Rabu, 1 Jun 2011

BILA KITA TAK BOLEH MENUTUP KELEMAHAN YANG ADA..SEDANGKAN MUSUH KITA MENUNJUKKAN KECEKAPAN...MAKSIAT TETAP MAKSIAT TAK BOLEH JADI KEBAJIKAN@PAHALA....

UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI




H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.


MB: Konsert diluluskan sejak tahun lalu
Salhan K Ahmad
Jun 1, 11
5:49pm

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata semua pihak berhak untuk menyuarakan bantahan ke atas penganjuran konsert rock MTV World Stage Live.

Namun, katanya, kelulusan telah diberikan bagi penganjuran konsert yang akan diadakan di kawasan komersil antarabangsa I-City.

NONEMenurut Khalid, kelulusan itu telah diberikan sejak tahun lalu, hasil cadangan yang dikemukakan sendiri oleh Sultan Selangor.

"Ini ialah hasil cadangan Tuanku Sultan untuk adakah satu kawasan yang boleh diadakan aktiviti keusahawanan dan tidak terlibat dengan daerah tengah Shah Alam yang berhampiran masjid dan sebagainya.

"Bagi saya perkara ini tidak jadi satu masalah untuk MTV jalankan aktiviti mereka.

"Bagaimanapun beberapa sekatan perlu dilakukan terutama keadaban, terutama dari segi pakaian," katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga bersetuju dengan dasar MTV bagi pementasan konsert berkenaan -- tiada penggunaan alkohol, dadah mahupun rokok.

NONETambahnya, sekatan yang dikenakan kerajaan negeri termasuk mengehadkan sistem bunyi daripada konsert berkenaan supaya tidak memberi kesan kepada kejiranan di situ.

"Persembahannya juga mesti tidak melebihi 12 malam," katanya..

Kelulusan berkenaan juga selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan penglibatan golongan muda untuk menyertai kegiatan di Shah Alam.

"Tapi dengan cara yang beradab dan tertib," tegasnya.



JANGAN PERJUANGKAN PERKARA MUNGKAR...MANUSIA MARAH KURANG LAGI...BAGAIMANA ALLAH MURKA DAN MELAKNATKANNYA....BERHATI2..DAN BERTAUBAT SERTA BERTAQWALAH.....

Liwat II: Anwar mohon lucutkan hakim lagi
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 1, 11
5:00pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga.

“(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.azlanPasukan pembelaan akan mengemukakan permohonan esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Katanya, butiran permohonan akan diberikan kepada wartawan esok.

"Prosedur memerlukan kita memfaikan usul dengan salinan penghakiman yang disahkan. Kami telah menulis kepada hakim pada 18 Mei memintanya tetapi hanya menerimanya hari ini,” katanya.

Pihak pembelaan berharap permohonan akan didengar pada Isnin depan sebelum perbicaraan bermula.

Bulan lalu, hakim memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap Anwar dan mengarahkan tertuduh mempertahankan dirinya.

NONEHakim Zabidin juga berkata, beliau mendapati bahawa keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Ini kali ketiga bagi Anwar untuk melucutkan Zabidin sebagai hakim yang mendengar kes itu.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan maran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

azlanKedua-dua permohonan itu ditolak.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.




MP lancar petisyen bantah konsert MTV
Fadzly Esa
Jun 1, 11
4:25pm

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini melancarkan petisyen mengumpul tandatangan penduduk membantah penganjuran konsert MTV World Stage yang akan diadakan di I-City Shah Alam pada 24 Julai ini.

orange book forum klscah 250111 khalid samadKatanya, petisyen itu akan diserahkan kepada pejabat menteri besar Selangor dan datuk bandar Shah Alam pada akhir bulan ini.

"Kita dah buat surat bantahan akan diserahkan kepada menteri besar, datuk bandar, seluruh ahli majlis dan pihak pengurusan I-City Shah Alam dalam masa terdekat.

'Selain itu, kita akan turun ke surau, masjid dan persatuan penduduk untuk mendapatkan tandatangan. Kita minta sekiranya nak diadakan konsert sekalipun, sila buat dekat Stadium Bukit Jalil, jangan buat dekat sini," katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidan media yang sama, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail berpendapat sekiranya konsert itu diadakan semata-mata untuk publisiti dan mempromosikan I-City Shah Alam, ia sudah bertentangan daripada tujuan asal.

NONEDitanya sama ada bantahan mereka memberi kesan negatif terhadap pelancongan di Shah Alam, Rodziah (kanan) menafikannya.

"Saya rasa itu sudah cukup dengan publisiti yang ada tetapi tidak memadai dengan mengadakan konsert hiburan kerana kita memang tak boleh tampung dan kena hormat masalah dihadapi penduduk sekitar," katanya.

Rodziah yang juga exco jawatankuasa tetap kebajikan, hal ehwal wanita, sains, teknologi dan inovasi selangor berkata, sudah beberapa kali mereka mengemukakan bantahan berhubung gangguan kepada penduduk setiap kali aktiviti hiburan diadakan.

"Bukan hari ini kita buat petisyen, dahulunya mereka membuat program hiburan (dengan) alasan memperkenalkan kawasan kepada orang ramai. Sekarang dah dua tahun, cukuplah itu, dah kena kembali kepada konsep asal," katanya.

Pekerja Western Digital masih dikurung?
Aidila Razak
Jun 1, 11
5:32pm

Beberapa pekerja firma gergasi elektronik Western Digital dipercayai masih ditahan di pusat tahanan imigresen di Shah Alam kerana majikan mereka gagal mengemukakan permit kerja.

western digital indonesian workers 1Ini di sebalik kenyataan bahawa semua mereka itu telah bekerja dengan firma yang pernah memenangi anugerah 'Majikan Terbaik Asia 2009' selama dua tahun.

Menurut seorang pegawai imigresen yang terbabit dalam operasi minggu lalu, pekerja berkenaan dicekup di sebuah pasar tani yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari asrama mereka dengan kilang di Sungai Way, Selangor.

“Saya boleh sahkan bahawa ada kumpulan yang ditahan dan ada yang telah dibebaskan tetapi bukan semua,” katanya ketika dihubungi tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Pegawai penyiasat yang dihubungi pula enggan memberikan butiran dan hanya berkata perkara itu agak 'sensitif'.

“Kami hanya boleh mengeluarkan maklumat seumpama itu kepada pegawai berkuasa di Western Digital,” katanya.

western digital indonesian workersMalaysiakini sebelum ini dimaklumkan oleh seorang pekerja Western Digital, Ully Suryana (nama ditukar bagi melindungi identiti) bahawa lima rakannya ditangkap ketika keluar membeli sarapan di sebuah pasar tani dan kemudiannya dibebaskan beberapa hari tanpa diberikan sebarang alasan.

Katanya, tidak seorang daripada mereka yang mempunyai permit kerja dan sepanjang dua tahun lalu mereka diberitahu permit itu sedang diproses oleh pihak imigresen.

Astora Jabat tanding p'raya Thailand
Abdul Rahim Sabri
Jun 1, 11
5:27pm

Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.

NONEAstora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya.

"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Astora - bekas ketua pengarang Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga dariapda dijangka memberi tentangan sengit.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.

"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.

NONELebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak menembak hampir setiap hari.



Elektrik: K'jaan didakwa sembunyi 'kesan berantai'
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 1, 11
4:55pm

PAS menuduh kerajaan cuba "bermain silap mata" dalam isu kenaikkan tarif elektrik apabila cuba menyembunyikan 'kesan berantai' peningkatan kos harga barang kepada pengguna.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad secara sinis berkata, menjadi kebiasaan kepada pemimpin berhujah bahawa rakyat bawahan tidak terjejas setiap kali berlaku kenaikan harga barang.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Hujah mereka kenaikkan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa.

"Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik di rumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik," kata Idris.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan tarif elektrik dengan purata sebanyak 7.12 peratus sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi yang berkuatkuasa hari ini.

Idris juga mengetengahkan semula pandangan ketua ekonomi Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng yang berpendapat harga barang makanan akan turut meningkat ekoran kenaikan tarif elektrik.

Menurut analisis Yeah, walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikkan tarif elektrik, rakyat tetap memikul beban apabila pengeluar memindahkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

Skim baru miliki tanah di Selangor
Salhan K Ahmad
Jun 1, 11
5:56pm

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan satu skim baru bagi memudahkan rakyat Selangor memiliki hartanah di atas tanah kerajaan.

Katanya, skim yang berkuatkuasa hari ini, membolehkan rakyat Selangor menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar pendahuluan premium sebanyak RM1,000.

"Skim ini hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Menurut beliau, skim ini akan melengkapi skim pemberian geran melalui pembaikan sistem pemilikan tanah.

"Pejabat daerah akan mengenalpasti rakyat yang tinggal di tanah TOL (lesen penempatan sementara) lebih dari 10 tahun untuk beri hakmilik kekal dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

"Skim ini boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah.

"Bagaimanapun, pindahmilik melalui mahkamah, turunmilik dan pewarisan adalah dibenarkan," katanya lagi.

Sekolah pondok berkonsep Ala Chelet akan dibangunkan di Juru P. Pinang..
Benarkah Lim Guan Eng Beretorik Tentang Pembanguan Islam Dan Ummah Di P. Pinang Seperti Tuduhan UMNO Sebelum Ini

Sekolah pondok berkonsep Ala Chelet akan dibangunkan di Juru P. Pinang..

Sorotan berita dari Malaysiakini.com
2009

BUKIT MERTAJAM, 15 Dis (Bernama) - Kampung Sekolah, Juru di Seberang Perai Tengah (SPT) bakal dibangunkan sebuah institusi pondok tradisonal bercirikan chalet di kawasan berbukit mulai tahun depan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali dengan Pertubuhan Pondok Turath Islam Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar, tujuan utama penubuhan pondok berkenaan ialah mahu memastikan institusi pondok lama tidak hilang ditelan zaman dan ia disokong sepnuhnya oleh ketua menteri P.Pinang Saudara Lim Guan Eng.

Menurut Ustaz Ahmad lagi, Lim Guan Eng Juga mahu memperbanyakkan lagi sekolah2 podok di seluruh P.Pinang bagi melahirkan generasi melayu muslim yang mampu menghadapi segala cabaran dunia masa kini..

"Pemilihan Kampung Sekolah, Juru sebagai sebuah pusat pengajian pondok tradisional berkonsep chalet kerana tanah seluas dua ekar telah diwakafkan oleh aktivis masyarakat, Haji Abdul Razak Saad yang turut mahukan institusi ini tumbuh subur selari dengan kebangkitan Islam sekarang," ujarnya

Kata beliau lagi, walaupun terdapat ketinggian namun tidak merbahaya kerana ia tidak terletak di kawasan cerun yang boleh mengundang keruntuhan bukit seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah mewah.
Ia agak tinggi dari paras jalan raya dan mempunyai pemandangan yang cantik, tambahan lagi bukit dulunya tinggi kini telah diratakan bagi pembinaan 60 buah pondok untuk pelajar seramai 120 orang, katanya. Katanya, pondok yang bakal dibina nanti mempunyai keluasan 10 x 12 kaki persegi boleh menempatkan dua orang dalam satu rumah.

Di situ juga sebuah surau akan dibina melibatkan RM950 ribu termasuk infrastruktur asal, tenaga pengajar dan sebagainya, jelasnya. "Buat pertama kali kita akan menerima pelajar seramai 120 orang tidak termasuk golongan veteran yang berminat kerana pengajian bercorak umum akan dibangunkan selepas fasa pertama siap," terangnya yang juga pengerusi pondok yang akan dikenali dengan Al-Majma' Attutath Al-Islami Al-Malizi.

Menurut Ustaz Tajudin lagi, pemilihan lokasi itu juga kebetulan Kampung Sekolah telah berjaya menubuhkan Pusat Pendidikan Islam (Pasti) dan menjadi pusat gerakan aktiviti masyarakat tanpa melibatkan percaturan politik mana-mana pihak. Faktor itu sambungnya, membuatkan pertubuhan yang bakal diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan penghujung bulan ini menumpukan sepenuh kerja-kerja pembinaan yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangkakan pada bulan Februari 2009. "Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka bagi meneruskan pengajian pondok bercorak tradisional boleh mendaftarkan diri pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Buat masa ini kami lebih menumpukan pencarian dana dan pembangunan untuk institusi yang mendapat pengiftirafan Pejabat Agama Islam Pulau Pinang," jelasnya. Pengajian di sini katanya, lebih tertumpu pada pengajian bukan setakat penghafalan al-Quran malahan memahami kaedah Bahasa Arab secara mendalam berbanding Pusat Tahfiz yang ada. Selain itu ia juga ia dapat menjamin pengajian secara nahu Bahasa Arab, Mantik, Balahaq, Bayan dan sebagainya bagi memudahkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah, katanya. "Selepas itu baru ilmu Tafsir dan Hadith akan menyusul.

Lim Guan Eng juga menubuhkan jawatan kuasa bagi majlis tahfiz Quran P. Pinang agar generasi akan dtg terus dipimpin oleh ulama`. hasrat Guan Eng setiap keluarga muslim ada seorg tahfiz Quran. semua pelajar tahfiz diberi alaun sama spt pelajar di institusi kemahiran yg lain. tenaga kerja KAFA dinaikan elaun mereka. Guan eng lancarkan sekolah Pondok di juru Bkt mertajam berkonsep Ala Chelet. target beliau akan wujud 24 buah sekolah pondok di seluruh P. Pinang.

Ada penduduk melayu yg kata sukar nak wujudkan seorang tahfiz bg sebuah keluarga guan eng mengingatkan mereka " sentiasalah berdoa pd tuhan kalau niat kita baik maka tuhan akan tunaikan. janji kita percaya pada kuasa tuhan.. Ada manusia yg konon2nya beragama islam & percaya pd tuhan tapi dlm masa yg sama mkn rasuah, meluluskan lesen judi & menganjurkan pesta2 yg melalaikan. kalau dlm islam mereka2 yg lidah bercabang mcm ni dpanggil golongan Munafik & mereka wajib dtentang" - ujar Guan eng lagi..

" Bila saya bangunkan Melayu saya cuma akan kelihatan membantu masyarakat melayu sahaja tetapi bila saya bangunkan Agama Islam secara tak langsung saya bangunkan Ummah dan seluruh Masyarakat P. Pinang yg berbilang bangsa dan agama termasuklah bangsa melayu itu sendiri..
Nabi muhamad bukannya membangunkan bangsa arab tetapi nabi muhamad membangunkan islam dan ummah maka hasilnya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama" - ujar Guan Eng.

Guan eng mendedahkan bhw UMNO yg luluskan kesemua lesen2 kelab malam, perjudian & arak kpd tokeh2 Cina S`pura yg berkongsi dgn Cina Parti Gerakan.. & UMNO tak pernah menafi dan mempertikaikan semua pendedahan tersebut ... sbb takut kecoh satu Malaya kot..!!

sedarlah wahai ahli dan penyokong UMNO..!!

Anjing dan Babi DAP ini lah yang memberi kesempatan kepada Pak Imam masjid dan Para Ulama` memberi ceramah kepada masyarakat cina P.Pinang tentang kesyumulan sistem pemerintahan Islam di dewan Sri Pinang..

Anjing dan Babi inilah yg mengiktiraf Pak Imam surau sebagai pendidik masyarakat dan menaikkan elaun mereka setaraf dgn gaji guru2 sekolah..

Anjing Dan Babi inilah yang dahulunya bermati-matian mempertahan seorang gadis melayu yang maruahnya dilacurkan oleh pemimpin UMNO – Rahim Thambi Chik ( KM Melaka ) beliau lebih rela masukkan ke dalam ISA semata-mata demi perjuangannya mempertahan maruah gadis melayu tersebut – memang melayu UMNO mudah lupa dan Haprak..??

Harap UMNO dapat senaraikan sekolah2 pondok yang telah mereka bangunkan di P. Pinang sebelum mempertikaikan hasil Usaha Lim Guan Eng terhadap pembangunan islam di P.Pinang

Kerajaan Negeri Akan Lancar Perumahan Mampu Milik


SHAH ALAM 6 Mei – Kerajaan negeri Selangor akan melancarkan program Rumah Mampu Milik yang lebih selesa dengan harga berpatutan dikhususkan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah dengan purata pendapatan keluarga antara RM2′500 hingga RM5′000 sebulan di negeri ini, kata Exco kerajaan negeri Iskandar Abdul Samad.

Rumah mampu milik berkenaan akan mempunyai keluasan 750-850 kaki persegi berbanding rumah kos rendah 600 kaki persegi yang dibina sebelum ini.

Harga untuk unit-unit rumah berkenaan tidak akan lebih daripada RM100,000.Program rumah mampu milik akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan beberapa pemaju swasta.

“Kita telah menetapkan pendapatan sekitar RM2,500 hingga RM5,000 sebulan dan untuk projek pertama ini kita mahu sekurang- kurangnya 30 peratus dari pembelian rumah- rumah itu ialah dari kalangan mereka yang berumur 35 tahun
ke bawah,” kata Iskandar.

Iskandar berkata projek perintis rumah mampu milik akan dilancarkan di Bandar Baru Bangi oleh Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim pada 29 Mei ini.

Beliau berkata sebuah seminar akan diadakan pada 14 Jun untuk memilih reka bentuk sesuai yang dibentangkan oleh beberapa arkitek yang dipertanggungjawabkan dengan projek itu.

“Seminar ini penting untuk pihak kami mendapatkan satu rekabentuk terbaik untuk rakyat. PKNS telah memanggil beberapa syarikat arkitek untuk merumuskan rekabentuk- rekabentuk tersebut,” kata Iskandar.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga melancarkan pertandingan bagi memberi nama kepada projek Rumah Mampu Milik ini kepada seluruh warga Selangor. Pemenang peraduan akan menerima hadiah RM3 ribu.

BERMUKTAMARLAH..TAPI JANGAN BERMEWAH2 SAKAN...BERJIMAT CERMAT SERTA SEDERHANA ADALAH AJARAN ISLAM....

Naib Presiden PPP intai kerusi parlimen Kuala Krai?
M Faqih

KUALA KRAI, 1 Jun: Tanpa perlu pendidikan tinggi, pemimpin yang tidak dikenali pun boleh menjelma sebagai ‘dewa’ apabila mempunyai hubungan rapat dengan Presiden parti dan kini muncul Nik Sapiea Nik Yusof (gambar), Naib Presiden PPP di Kuala Kerai.

Itulah yang berlaku dalam Umno sejak dahulu sehingga sekarang. Antaranya Datuk Ramzi Abdul Rahman tidak dikenali sebelum mempunyai hubungan rapat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pernah dilantik sebagai setiausaha kepada Pak Lah ketika menjadi orang nombor satu kerajaan Malaysia.

Kelibatnya dalam politik bermula di Tumpat, kampung asalnya. Namun di Tumpat beliau tiada tempat untuk berada di kedudukan tinggi.

Nasib menyebelahinya apabila dilantik sebagai ketua penaja Umno Kuala Krai menggantikan Datuk Wan Zaid Wan Abdullah, yang dikatakan tidak sebulu dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dan selepas Pak Lah diketepikan Datuk Seri Najib Razak dengan bantuan Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih setahun lalu, tiada lagi kedudukan istimewa buat Ramzi.

Malang juga bagi dirinya selepas menyiapkan rumah agam di puncak bukit di Jelawang, Dabong tiba-tiba beliau ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Beliau tewas biar pun berdepan dengan calon bukan popular dari PAS, Arifabillah Ibrahim.

Malah kedudukan Ramzi tergugat lagi apabila ura-ura Wan Zaid berusaha keras bagi mendapatkan semula kedudukannya di Kuala Krai.

Dan sekarang muncul pula Datuk Nik Sapiea Nik Yusof, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) dikatakan sedang mengintai peluang di parlimen Kuala Krai.

Pada pilihan raya umum lalu BN diwakili tokoh tidak dikenali pengundi tempatan iaitu Datuk Dr Che Musa Che Omar bagi mempertahankan kerusi parlimen Kuala Krai, namun tewas kepada Dr Mohd Hatta Ramli.

Ramzi pula gagal mempertahankan Dun Dabong pada pilihan raya umum lalu.

Keributan yang mulai melanda Kuala Krai sekarang menyebabkan Umno bahagian itu terpaksa mencipta gimik baru bagi menarik perhatian ramai.

Lalu dicetus program ceramah dan majlis penyerahan borang kononnya seramai 38 bekas ahli dan penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Program itu diadakan di Taman Sri Nal, Batu Jong. Pada majlis itu seorang penduduk yang didakwa sebagai ahli PAS, Stahan Awang menyerah borang permohonan ahli Umno kepada Ramzi.

Namun keghairahan tersebut hanya mampu bertahan sehari apabila PAS Cawangan Setaphonal menafikan Stahan sebagai ahli PAS di cawangan tersebut.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tidak ada ahli PAS di Setaphona yang bernama Stahan seperti dilaporkan menyertai Umno baru-baru ini.

Katanya, ahli PAS yang berdaftar di cawangan itu hanya 25 orang dan bukan 38 orang seperti didakwa Stahan.

”Lagi pun tiada cawangan bernama Ladang Setaphona seperti dilaporkan media tempatan semalam. Hanya ada cawangan Setaphonal dan Lubuk Jong di mukim tersebut,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, dakwaan Umno kononnya tiada kemudahan disediakan kerajaan negeri di Taman Sri Nal tidak berasas.

Katanya, peruntukan RM20,000 dilulus beberapa tahun lalu bagi membesar madrasah di taman tersebut untuk keselesaan penduduk.

Selain itu membaiki jalan, membina longkang dan pelbagai kemudahan lain disediakan.

”Sebenarnya Umno di Kuala Krai cuba menyembunyikan krisis dalaman yang berlaku sehingga terpaksa mencipta gimik kononnya ada ahli PAS menyertai Umno,” ujarnya.

Menurutnya juga pemimpin Umno dikatakan bimbang dengan kehadiran Nik Sapiea agak kerap berulang alik ke Kuala Krai sekarang.

Malah golongan veteran Umno lebih mengenali Naib Presiden PPP itu berbanding dengan ketua Umno bahagian sekarang.


Polis diminta beri kerjasasama perhimpunan Bersih
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Kerajaan BN diingatkan agar mendengar suara dan pendapat rakyat kerana tidak mendengar suara rakyat adalah merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pihak pemerintah.

Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan, di seluruh dunia kini gegaran untuk mengukuhkan demokrasi sedang berlaku, justeru pihak berkuasa wajar menghormati suara tersebut.

Menurut beliau, sehubungan itu, pihak berkuasa atau pihak polis di negara ini tidak sewajarnya menghalang perhimpunan rakyat kerana ia bertujuan untuk menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah.

Begitu juga dengan Himpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai ini yang sepatutnya tidak diganggu oleh pihak polis, sebaliknya wajar diberikan kerjasama oleh pihak polis.

"Apa pun, apa yang penting, kita jangan berhenti dan jangan mudah kalah. Apa yang kita mahukan adalah agenda perubahan,” tegas beliau.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Bar Council berkata demikian pada pertemuan Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu dan timbalannya, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sewaktu kunjungan hormat mereka ke pejabatnya, Jumaat lalu.

Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini menjelaskan, dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Koodinator Bersih 2.0, Maria Abdullah itu, mereka telah bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan politik tanah air serta usaha-usaha ke arah pendemokrasian di negara kita.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, Mohamad Sabu yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan sokongan padu Penggerak Demokrasi atas usaha Bersih 2.0 bagi menggadakan ‘Perhimpunan Rakyat’ pada hari Sabtu, 9 Julai 2011 ini.

Katanya, Mohamad menegaskan, Penggerak Demokrasi akan menggembeling seluruh ahli dan penyokong PAS di seluruh negara bagi bersama-sama menjayakan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu, dengan berusaha mengumpulkan seberapa ramai untuk hadir.

Mohamad Sabu juga berkata, PAS juga kesal dengan sikap SPR yang sehingga kini masih membisu walaupun pelanggaran undang-undang pilihan raya jelas berlaku.

“SPR hanya jadi tokong yang tidak bergerak dan tidak berfungsi sebagai pengadil. Rakyat harus sedar, untuk pilihan raya bersih rakyat wajib bangkit menuntut pilihan raya yang adil,” tegasnya.

Tambah Mohamad Sabu lagi, SPR harus memenuhi tuntutan segera rakyat iaitu kepincangan undi pos yang harus dikaji semula dan akses ke arah media yang adil.

Sementara Syed Azman yang juga Adun Baru Buruk pula turut melahirkan sokongan penuh PAS kepada Ambiga yang menyaman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telah menghalang beliau dari memasuki Sarawak secara sah walaupun ini merupakan hak bagi setiap warganegara Malaysia.



Lim Guan Eng: Perjanjian bersejarah penstrukturan air
Lim Guan Eng
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan telah mencapai persetujuan di mana Kerajaan Negeri akan bersetuju untuk memindahkan aset teras Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai pertukaran penyelesaian penstrukturan semula baki pinjaman Persekutuan yang dimiliki oleh Pulau Pinang.

Kementerian Kewangan mewakili Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), salah sebuah syarikat di bawah Perbadanan Kementerian Kewangan.

PAAB akan memikul tanggungjawab untuk projek bekalan air di bawah ‘National Water Services Industry Restructuring Initiative’.

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Water Services Industry Act 2006-WSIA) yang berkuatkuasa pada 2007 dan telah bersetuju bahawa Kerajaan Negeri kini akan mengambil alih bidang kuasa pembekalan air.

Objektif utama WSIA adalah:

• Resolusi kepada pinjaman air Kerajaan Persekutuan

• Penyediaan air sebagai hak asasi

• Kerajaan Negeri akan mempertahankan pemilikan ke atas tanah tadahan air

• Kerajaan Negeri akan mempertahankan hak ke atas bekalan air mentah

Di bawah WSIA, semua syarikat bekalan air akan dikawal selia dan dilesenkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN bertanggungjawab untuk menetapkan serta memantau pengoperasian syarikat-syarikat bekalan air.

Penstrukturan semula diperlukan untuk meningkatkan kualiti air dan meringankan bebanan pembiayaan pembangunan infrastruktur air yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat konsesi, yang mana kini menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan PAAB.

PAAB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan untuk memudahkan pemindahan serta menyediakan peruntukan kewangan demi pembangunan bekalan air di masa hadapan.

Ketua Menteri, Y.A.B Lim Guan Eng berkata bahawa Kabinet telah meluluskan penstrukturan dan pemindahan latihan berdasarkan terma-terma serta syarat-syarat berikut:

• Pinjaman Kerajaan Negeri berjumlah RM655.24 juta kepada Kerajaan Persekutuan akan diberikan tanpa faedah dan tanpa batasan pemsempadanan berkaitan aset air terhadap PAAB bagi tempoh 45 tahun.

PAAB akan menyewa kembali aset air kepada PBAPP untuk tempoh 45 tahun. PBAPP akan membayar PAAB kadar sewaan tahunan sejumlah RM14.56 juta sehingga tamat tempoh 45 tahun, secara automatik tanah akan dikembalikan kepada negeri.

• Pembiayaan projek pembesaran Empangan Mengkuang berjumlah RM1.2 bilion akan diberikan sebagai geran oleh Kerajaan Persekutuan;

• Segala semakan semula atau kenaikan kadar tarif air mestilah mendapat persetujuan dan kelulusan Kerajaan Negeri.
Hal ini adalah peningkatan dari terma-terma sebelumnya sebagai pinjaman negeri berjumlah RM655.24 juta yang seharusnya dikenakan kadar faedah sebanyak 3%.

Berbanding kadar faedah 3% yang dikenakan, kini ia akan bebas kadar faedah dan akan dibiayai oleh PBAPP. PAAB juga akan menyediakan peruntukan pada kadar terendah mengikut harga pasaran semasa kepada PBAPP bagi projek baharu dan projek peningkatan infrastruktur bekalan air di Pulau Pinang.

Tambahan pula, sejumlah RM1.2 bilion akan ditukar menjadi geran dan bukannya pinjaman bebas kadar faedah yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Akhirnya Kerajaan Negeri dapat mengawal kadar tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kementerian Kewangan dan PAAB akan menandatangani Perjanjian Penstrukturan (Restructuring Agreements) pada 2 Jun 2011 di Putrajaya. Manfaat utama ’National Water Services Industry Restructuring Initiatives’ terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah:

1. Tidak perlu membayar semula RM655.24 juta pinjaman bekalan air kepada Kerajaan Persekutuan, di mana akan dibiayai oleh PBAPP.

2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diberi peruntukan geran sejumlah RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang.

3. Kerajaan Persekutuan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek pengendalian sumber bekalan air.

4. Meringankan bebanan kewangan untuk pembangunan dan peningkatan penyediaan bekalan air.

5. Membolehkan PBAPP menfokuskan sepenuhnya terhadap penyediaan bekalan air dirawat dan penyediaan perkhidmatan serta tumpuan terhadap pencapaian operasi yang efisien, peningkatan kualiti air dan lain-lain perkhidmatan.

6. Membolehkan PBAPP bergerak ke arah pemulihan kos dan kemandirian kewangan untuk jangka masa panjang.

7. Mempertahankan kawalan terhadap penentuan kadar tarif air Pulau Pinang oleh warga Pulau Pinang sendiri.

Geran yang bernilai RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang akan dipercepatkan pemindahannya. Pada masa ini, kapasiti Empangan Mengkuang adalah 23 juta meter padu dan akan diperluaskan serta ditingkatkan kapasitinya kepada 78 juta meter padu serta mampu menampung keperluan air semasa dalam negeri sehingga tahun 2020.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan modal yang besar untuk sistem bekalan air dan penstrukturan semula perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi dan pembekalan bekalan air mencukupi.

Kami berharap agar inisiatif ini dapat meringankan bebanan kewangan negeri dalam membangunkan sumber bekalan air dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan untuk meninjau kenaikan kadar tarif air pada masa hadapan.

Pulau Pinang bergantung kepada janji Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri dan PBAPP tidak perlu bergantung pada peruntukan pinjaman dari mana-mana institusi kewangan pada masa hadapan.

Kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memeterai perjanjian bersejarah berkaitan penstrukturan semula bekalan air dengan Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional demi kepentingan nasional dan manfaat kepada rakyat.


Wang Ehsan mula diguna untuk pancing undi
Harakahdaily

KOTA BHARU, 1 Jun: Kerajaan negeri Kelantan perlu bersedia dengan serangan Wang Ehsan apabila ia mula diedarkan untuk 'memujuk' rakyat Kelantan agar menyokong Barisan Nasional.

Pelbagai program mula dikesan di Kelantan, Wang Ehsan yang dikatakan berjumlah RM20 juta itu mula digunakan untuk memancing undi.

Di Tumpat, Adun BN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar menggunakan Wang Ehsan untuk memancing undi para pelajar yang mendapat tawaran masuk ke UiTM.

Pelajar bersama dengan ibu dan bapa mereka dipanggil menerima Wang Ehsan itu di samping mendengar ucapan dari beliau.

Wang Ehsan adalah wang hasil royalti petroleum yang sepatutnya diserahkan Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang termetri dalam perjanjian antara kedua-dua pihak dahulu.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memaklumkan, rakyat Kelantan akan menerima Wang Ehsan sebanyak RM20 juta untuk permulaan ini.

Menurut sumber, setiap pelajar diberikan RM500 dalam majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu pada 17 Mei lalu.

Yang menariknya, walaupun beliau Adun Pengkalan Kubor tetapi Wang Ehsan digunakan oleh beliau untuk seluruh kawasan Tumpat kerana SMK Wakaf Bharu bukannya dalam Dun Pengkalan Kubur yang diwakili beliau.

Wan Zahidi adalah Ketua Umno Bahagian Tumpat.

Surat memanggil para pelajar yang mendapat tawaran itu juga menunjukkan ia digunakan sepenuhnya untuk kepentingan BN bukannya atas nama peribadi beliau sebagai Adun.

Ini kerana, logo BN jelas sekali di atas surat itu (gambar atas).

Menurut seorang bapa kepada pelajar itu, anak beliau telah ditemani isteri beliau telah ke SMK Wakaf Bharu 17 Mei lalu dan menerima Wang Ehsan itu.


Shah Alam sedia muktamar Pemuda dan Muslimat
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 1 Jun: Bandaraya Shah Alam siap sedia untuk menerima tetamu yang menyertai Muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat yang bakal berjalan mulai malam ini.

Persiapan berjalan lancar dan hanya menanti saat dan ketikanya sahaja untuk dipenuhi oleh semua perwakilan pemuda dari negeri-negeri seluruh Malaysia.

(Gambar: Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) siap sebagai tempat Dewan Pemuda PAS Pusat bermuktamar kali ke 52)

Tahun ini, Muktamar Pemuda diadakan di Auditorium Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Muktamar Dewan Muslimat Pusat pula di Dewan Jubli Perak, di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) kedua-duanya di sini.

Perasmian Muktamar Pemuda akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pada jam 8 malam ini manakala muktamar Dewan Muslimat pada esok pagi oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kali ini, penginapan dan persiapan pentas diserahkan kepada Dewan Pemuda Shah Alam, persiapan tempat (Kapar), promosi dan publisiti (Kota Raja) serta Klang (penyediaan makanan).

Menurut Ketua Pemuda Shah Alam, Mohd Hilmi Radzuan, semua persiapan berjalan lancar dan hanya menanti masa sahaja untuk majlis perasmian pada malam nanti.

Dalam pada itu, beliau berharap semua 674 perwakilan dapat datang lebih awal untuk pendaftaran bermula petang ini bagi mengelakkan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.

"Sistem pembesar suara yang dicuba memang mampu menampung keperluan hadirin dan akan dipastikan ia menjadi baik berterusan sepanjang program," jelasnya yang sudah biasa dengan kerenah sistem itu bila majlis berjalan.

(Ketua Pemuda PAS Shah Alam Mohd Hilmi Radzuan (dua dari kiri), Kapar, Taslim Haidar (kanan Hilmi) dan Kota Raja, Zainal Said (dua dari kanan) menanti kehadiran semua perwakilan Pemuda dari seluruh Negara.)


Dalam masa sama, Ketua Unit Persiapan dan Logistik untuk Muktamar Dewan Muslimat, Siti Zubaidah Yusof berkata, seramai 628 perwakilan muslimat akan berkumpul di SUK bermula malam ini.

Menurutnya, persiapan sedang rancak dilakukan untuk persiapan pentas, multimedia, dewan untuk media dan sebagainya dalam usaha menceriakan suasana bermuktamar kali ini.

Sementara itu, Muktamar PAS ke 57 pula akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor, Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini dengan perasmian pada pagi Jumaat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pada tahun ini, menyaksikan persaingan sengit melibatkan pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden PAS antara penyandang, Ustaz Nasharudin, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pemilihan untuk jawatan Naib Presiden juga amat menarik termasuk 18 Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memandangkan tahun diyakini pilihan raya umum ke 13 akan diadakan dalam masa terdekat.

Perwakilan kawasan-kawasan yang terdiri daripada mereka yang sudah lama dan berpengalaman di dalam memilih pemimpin terbaik, sudah pasti menggunakan peluang ini sebaik-baiknya.



Kaji perjanjian IPP dalam menifesto
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 1 Jun: Pakatan Rakyat diminta memastikan kandungan manifesto pilihan raya akan datang mestilah dimasukkan janji untuk mengkaji dan merombak semula semua perjanjian konsesi Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas membebankan rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Puan Hajah Rodziah Ismail senada dalam hal ini dan bersepakat meminta perkara ini dimasukkan dalam janji dalam manifesto PRU13 akan datang.

(Gambar: Khalid dan Roziah menunjukkan akhbar Shah Alamkini yang mereka terbitkan)

Dalam nada soal, Khalid bertanya, kenapa rakyat perlu dibebankan dengan segala jenis bayaran yang kerajaan boleh elakkan jika mereka mempunyai pemikiran dan perasaan untuk membela nasib rakyat?

Rodziah pula membangkitkan bagaimana Kerajaan Pusat boleh mencari sumber kewangan baharu dengan tidak payah membebankan rakyat ekoran kenaikan tarif dan bayaran dalam berbagai jenis tenaga.

Mereka berkata demikian ketika sama-sama melancarkan tiga program serentak; Briged Info Penerangan Parlimen Shah Alam, Kempen Mesra Polis dan buletin Shah AlamKini, di pejabat Khalid dekat sini, hari ini.

"Selain membantah kenaikan tarif baru tenaga elektrik ini, kita juga kesal dengan cara Perdana Menteri Najib Razak yang berkata seolah-olah memperli rakyat kononnya kenaikan itu tidak membebankan rakyat.

"Sewajarnya Najib hendaklah lebih bersopan terhadap rakyat dengan berkata; meskipun kenaikan ini akan membebankan rakyat, namun kerajaan tidak mempunyai jalan lain lagi," pintanya.

Dalam soal berkaitan, Rodziah berkata, Kerajaan Pusat sewajarnya melihat bagaimana bila Pakaran Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar terus membuat keputusan mengkaji dan merombak perjanjian air dengan Syabas yang membebankan rakyat.

Kempen Mesra Polis

Sementara itu, Khalid ketika bercakap tentang program Kempen Mesra Polis, ramaia dalam kalangan anggota polis itu yang mempunyai sikap positif dalam membantu rakyat namun kerana ada segelintir kecil berperangai negatif, ia men dapat publisiti.

Katanya, terdapat dua acara seperti warga Shah Alam menulis esei mengenai pengalaman mereka menerima khidmat baik daripada seorang anggota polis sama ada cerita rekaan atau benar.

Peraduan dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini dibuka sehingga 31 Julai 2011 menawarkan hadiah tempat pertama RM1,000, kedua RM750 dan ketiga RM500 dalam kedua-dua kategori.

Acara kedua pula iaitu Anugerah Polis Contoh di mana warga Shah Alam dikehendaki membuat satu laporan benar mengenai mereka mendapat khidmat baik dan bermutu dari salah seorang polis yang bertugas di Shah Alam.

Hadiah untuk anggota polis yang mendapat laporan terbaik itu akan diberikan ganjaran wang tunai untuk tempat pertama RM2,500 dan pelapornya, RM500, kedua RM1500 (RM350) dan ketiga RM1,000 (RM150).

Untuk acara kedua ini, ia dibuka sehingga 31 Disember 2011 dan pengumuman pemenangnya pada Mac 2012, pengumuman program ini akan dibuat melalui iklan di akhbar-akhbar.


Umno ajar tidak hormat pemimpin
Fakhri Ali

PARIT BUNTAR, 1 Jun: Para pelajar sama ada di sekolah atau insitusi pengajian tinggi, tidak harus dipersalahkan apabila mereka tidak menghormati pemimpin kerana bibit-bibit tersebut telah ditanam oleh Umno semasa pentadbiran mereka sejak dahulu, kini dan selamanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) semasa berucap di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussain, Titi Serong, malam tadi berkata, apabila pemimpin Umno boleh merasmikan mesyuarat agung PIBG di sekolah, kenapa pula wakil rakyat yang dipilih oleh masyarakat kawasan tersebut, tidak dibenarkan pula untuk menghadiri majlis dalam kawasan yang diwakilinya.

Menurut beliau lagi, baru-baru ini Jabatan Pendidikan Daerah Parit Buntar turut mengeluarkan surat amaran kepada pelajar-pelajar dari salah sebuah institusi pengajian tinggi yang telah menjemputnya untuk berucap dalam kawasan beliau.

"Ini membuktikan guru besar dan pengetua lebih takut kepada ketua umno bahagian. Umno bahagian yang telah ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya, diberi keutamaan dan ruang untuk masuk ke sekolah, tetapi wakil rakyat tidak dibenarkan.

"Amalan kuno ini dilihat sukar untuk dibuang dari pemikiran pimpinan Umno walaupun mereka sendiri menyedari, penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka dalam kawasan Parlimen Parit Buntar ini.

"Sikap 'double-standard' yang dipamerkan oleh Umno ini menjadi satu pendidikan yang diajar kepada pelajar sama ada di sekolah maupun di institusi pengajian tinggi, supaya menghurmati Umno bahagian melebihi dari suara rakyat yang telah memilih wakil rakyat dalam pilihan raya," ujarnya lagi.

Malah katanya lagi, sekiranya Umno terus dibiarkan memimpin dan menjadi peneraju dalam memimpin negara, banyak lagi kerosakan yang boleh berlaku sehingga merosakkan pemikiran dan pandangan positif pelajar dan masyarakat.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard.


PERUBATAN CARA ISLAM...MENGGUNAKAN AYAT2 QURAN...

AYAT2 RUQYAH SBG AMALAN(USAHA IKHTIAR SEBAGAI JALAN @ CARA)UTK MENGHINDARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS,SIHIR & SAKA....insya ALLAH.

1)Al-Fatihah.
2)Al-Baqarah (1-4),(254-257),(284-286).
3)Al-Imran(1-9),(18-19).
4)An-Nisa'(115-121).
5)Al-A'raf(54-55).(117-122).
6)Yunus(79-82).
7)Thaha (65-70).
8)Al-Mu'minun (115-118).
9)Yasin (1-12).
10)As-Soffat(1-10).
11)Ghafir @ Mu'min (1-3).
12)Ar-Rahman (1-16).
13)Al-Hadid (1-15).
14)Al-Hasyr (21-24).
15)Al-Jin (1-3).
16)Al-Zalzalah,Al-Qariah,Al-Humazah,Al-Fil,Al-Quraisy,Al-Kafirun,Al-Lahab,Al-ikhlas,Al-Falaq & An-Nas.

ATAU

1)Al-Fatihah.
2)Al-Ikhlas.
3)Al-Falaq.
4)An-Nas.
5)Al-Baqarah (1-5),(255-257),(284-286)
6)At-Taubah 14.
7)Yunus 57.
8)As-Syuaara' 80.
9)An-Nahl 69.
10)Al-Isra' 82.
11)Al-Fusilat 44.
12)Al-Mu'minun (115-118).
13)Al-Hasyr (21-24).




















....................................................................................................................................













PARTI ATAU KERAJAAN DITOLAK BUKAN SATU SEBAB...SEBAB BESAR BERLAKU PENYELEWENGAN..DOUBLE STANDARD DAN MEMBIARKAN KEMUNGKARAN....

Tarif elektrik: Jaminan Muhyiddin ditolak
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

“Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah,” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar).

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

“Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,”ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

Tiada arahan wartawan bukan Islam pakai tudung

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam.

"Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini.

Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan.

Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita.

"Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

"Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam.

"DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik.

Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung.

Pemuda PAS Wilayah tawar Hata sertai PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) amat mengalu-alukan jika mantan Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Mohd Hata Wahari (gambar) mahu menyertai PAS.

"Parti Islam inilah medium terbaik buat beliau untuk meneruskan perjuangan bagi mengangkat suara-suara wartawan yang tertindas dan juga mengembalikan hak kebebasan akhbar dinegara ini," kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen

Bagi beliau, berjuang bersama PAS sebagai satu pasukan adalah lebih baik dari terus bersendirian dan Pemuda PAS Wilayah bersedia membantu beliau jika beliau benar-benar berminat menyertai PAS.

Pemuda PAS Wilayah juga bersedia menemui beliau pada bila-bila masa untuk berdiskusi mengenai hal ini.

"Harapan DPPWP, semoga beliau memilih tempat yang lebih baik untuk meneruskan perjuangan dan PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menjadi ahli," kata Herman.

Hata Wahari dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau sedia menimbang untuk menyertai parti politik bagi meneruskan perjuangannya selepas tidak lagi terlibat dengan NUJ.

Bercakap ketika dihubungi Harakahdaily sebelum ini, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu berkata, beliau bagaimanapun masih belum membuat keputusan parti mana mahu disertainya.

"Setakat ini saya berjuang secara individu dahululah. Lagi pun parti politik mana nak terima saya.

"Lain la kalau PAS tawar, saya boleh la pertimbangkan," katanya dalam nada berseloroh.

Hata melepaskan jawatannya sebagai presiden NUJ berkuat kuasa serta merta selepas dipecat daripada Utusan Melayu, bulan lalu.

Menurut Hata, keputusan itu diambilnya demi kepentingan kesatuan berkenaan.

"Saya tidak mahu NUJ timbul masalah dengan Jabatan Hal Ehwal Pendaftaran Kesatuan Sekerja sebab saya bukan lagi ahli mana-mana anggota kesatuan," katanya lagi.


Buktikan tarif elektrik naik tidak beban pengguna
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Kerajaan dicabar memberikan satu formula bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan 4.4 juta pengguna domestik.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, dakwaan kerajaan itu sangat tidak masuk akal kerana kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa hari ini saling berkait dengan kenaikan harga barang lain.

Menurutnya, kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga petrol RON97, harga gula dan disusuli kenaikan tarif elektrik tapi pendapatan rakyat tidak bertambah, akta gaji minima masih belum dilaksanakan.

"Kerajaan perlu sedar pendapatan rakyat tidak bertambah. Bukan tarif elektrik sahaja yang naik. Sebelum ini harga minyak naik, harga gula naik ditambah pula kenaikan tarif elektrik.

"Mustahil tidak membebankan rakyat. Saya nak tahu formula apa yang dipakai untuk mengatakan bahawa kenaikan tarif elektrik kali ini tidak menjejaskan isi rumah sedangkan kenaikannya saling berkait dengan harga barang lain," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan tarif elektrik baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dilaporkan berkata, kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.

Anuar bagaimanapun menolak kenyataan itu kerana katanya kebanyakan isi rumah sangat bergantung kepada penggunaan elektrik menyebabbkan sukar untuk mereka mengurangkan perbelanjaan bagi bil elektrik.

"Kita sekarang ini bukan zaman pakai lampu minyak tanah tapi zaman semua benda pakai elektrik. Di dapur terutamanya banyak pakai perkakas elektrik.

"Sudah pasti susah semua orang nak berjimat. Takkanlah sebahagian pakai elektrik sebahagian pakai minyak tanah, pakai dapur arang, dapur arang, langkah itu tak praktikal zaman ini," katanya.

Menyentuh mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik ini, beliau menyifatkan ianya sebagai penafian semata-mata untuk menjaga kepentingan syarikat korporat.

"Kerajaan memang selalu menafikan apa yang mereka buat tapi biasanya yang dinafi itu yang mereka buat.

"Mereka lebih menjaga kepentingan golongan kapitalis, syarikat-syarikat besar dariapda menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Rakyat seperti Burung Kakak Tua

Sementara itu, beliau berkata kerajaan seolah-olah menutup kesalahan mereka menggunakan media massa dengan memberikan pelbagai tips penjimatan keapda rakyat.

"Saya perhatikan pihak kerajaan melalui media mereka sangat apologetik memberikan bermacam-macam tips untuk mengurangkan penggunanan untuk menjimatkan elaktrik.

"Ini menunjukkan bahawa tak dapat dielakkan lagi bahawa kenaikan tarif elektrik ini pasti akan meninggalkan kesan tersendiri kepada perbelanjaan isi rumah," katanya.

Menurutnya, rakyat melalui media juga disuruh menjadi seperti burung kakak tua dengan sentiasa mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan kerajaan walaupun ternyata membebankan mereka.

"Apa yang kerajaan buat semua rakyat kena sokong. Tidak boleh berkata tidak.

"Rakyat disuruh jadi seperti burung kakak tua yang mengikut apa yang tuannya suruh kata. Disuruh kata selamat pagi, kata selamat pagi. Disuruh kata pergi berambus, kata pergi berambus," katanya.

Amat malang katanya apabila Malaysia yang mengaku sebagai nagara demokrasi masih membentuk rakyat menjadi pengikut sahaja.

"Saya dukacita apabila negara demokrasi tapi rakyat dibentuk supaya hidup dalam negara fasis, mesti ikut kata pemerintah. Macam negara komunis rakyat mana boleh lawan cakap pemerintah," katanya.

Boleh ambil tag media muktamar PAS hari ini
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Pihak media boleh mengambil tag media pada hari ini di Tingkat 3, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini mulai jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang.

Jurucakap urusetia media, Mohd Shahir Abu Hassan memberitahu, bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh berjumpa beliau di Auditorium MBSA, Shah Alam malam ini.

Katanya, tag media itu bagi membolehkan untuk membuat liputan pada mana-mana muktamar sama ada Dewan Pemuda, Muslimat ataupun Ulamak.

Tambahnya, sempena muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

Antaranya, kata beliau ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan berbaju T (T-shirt).

“Wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan digalakkan memakai skaft bagi bukan Islam, dilarang memakai gaun atu skirt pendek,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, rakaman audio video dan CD atau kaset hanya dibenarkan semasa majlis perasmian atau sidang media sahaja.

Tambahnya, tiada rakaman audio video dibenarkan semasa sesi pembentangan dan perbahasan muktamar berlangsung, hanya gambar sahaja dibenarkan.

Justeru, sebarang masalah boleh menghubunginya di talian 019-2153225.

Imam Muda patut bersihkan dalaman Astro
Pok Deng

Saya nak komen sedikit aktiviti yang dilaksanakan dalam pertandingan Imam Muda.

Keseluruhannya memang baik. Walau bagaimanapun saya ada perkara yang perlu Imam Muda kena laksanakan. Saya lihat aktiviti Imam Muda ini banyak membuat kerja-kerja luar (out-door activities), antaranya membuat kerja-kerja amal, membuat operasi-operasi JPJ, menangkap mereka yang membuat maksiat, menjadi khatib semasa solat Jumaat serta menyempurnakan urusan jenazah. Semua kerja-kerja amal itu ialah kerja-kerja outdoor.

Ini bermakna tugas-tugas amal luar dari Astro. Dan saya berpendapat, mengiring dan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam, JPJ dan lain-lain agensi kerajaan tidak seharusnya dijadi sebahagian kurikulum dalam Imam Muda. Lebih murni dan lebih baik jika kurikulum Imam Muda ini diajar dalam aktiviti ketenteraan dan dalam urusan pengurusan perniagaan.

Justeru itu Mursyid dan Imam Muda terlupa untuk melakukan aktiviti wajib dalaman Astro. Dengan lain perkataan Imam Muda wajib bersihkan dalam rumah sendiri sebelum pergi membersihkan luar rumah.

Jika tidak, projek Imam Muda hanya sia-sia sahaja di mana tuan masih belum membersihkan dalaman Astro. Jika benar Imam Muda berhasrat untuk menghapuskan maksiat di luar sana, cuba bersihkan maksiat dalam Astro dulu seperti maksiat drama-drama Melayu yang banyak mengandungi perkara khurafat, hiburan melampau dan Akademi Fantasia.

Tuan-tuan bukan tidak tahu bahawasanya mereka yang melakukan semua ini anak Melayu Islam. Cuba tegur merek ini. Barulah anda semua dan tuan-tuan True Imam Muda.


Pemuda PAS, Umno, ulama sepakat tolak fitnah
Afiq Hizami, Pelatih UKM

SHAH ALAM, 1 Jun: Forum yang menemukan dua tokoh politik muda daripada PAS dan Umno serta ahli agama sepakat menolak politik fitnah yang menjadi punca keruntuhan sesebuah kerajaan dan tamadun.

Bercakap dalam forum itu, Ketua Pemuda PAS pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menjelaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh dan sekiranya ia dilakukan akan menyebabkan berlakunya keruntuhan dan kekacauan dalam masyarakat serta menjatuhkan nilai sesebuah tamadun bangsa.

Bercakap dalam forum yang sama pengerusi pemuda Barisan Nasional yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersetuju dan menambah bahawa fitnah bukan sahaja dilakukan terhadap individu tatapi juga sesebuah masyarakat atau kerajaan yang mana akan menimbulkan stereotaip-stereotaip negatif dan akhirnya menimbulkan perjudis terhadap sesuatu kelompok.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata dalam forum yang sama, fitnah adalah satu senjata yang tertua yang pernah digunakan manusia sejak berabad lamanya.

Beliau juga turut mengecam tindakan ahli agama yang dipergunakan serta akur dengan tuntutan ahli politik yang menjejaskan kredibiliti sebagai ahli agama.

"Agama boleh menjadi madu dan penawar bagi membetulkan arus dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

“Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh.

"Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

“Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang berada atas golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka,” jelas beiau dengan semangat dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.


Hentikan video seks

Forum yang bertajuk Fitnah: Ancaman umat akhir zaman itu dihadiri lebih 500 orang yang memenuhi Auditorium Kumpulan Media Karangkraf bermula pada jam 2 petang hingga 5 petang menyaksikan hujahan ilmiah daripada ketiga-tiga panel jemputan bagaimana pun disentak dengan isu video seks Anwar Ibrahim sewaktu sesi soalan dibuka kepada hadirin.

Suasana mula hangat apabila hadirin yang terdiri daripada penyokong Khairy dan juga Penyokong PAS mula menggamit supaya ahli panel menjelaskan isu tersebut.

Moderator forum Dr. Maszlee Malik cuba menenangkan keadaan dengan menjelaskan bahawa forum ini adalah berbentuk ilmiah dan tidak akan dicelah dengan bauran politik.

Bagaimana pun setelah dibincang atas desakan hadirin, ketiga-tiga panel bersetuju untuk mengulas isu tersebut.

Mengulas perkara itu, ahli parlimen Rembau Khairy turut menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang kerana pekara itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam kerana kita punyai peradaban," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin berkata berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

Selain itu, beliau juga menjelaskan akhbar-akhbar tertentu perlulah menghentikan spekulasi isu tersebut yang akan membawa kepada merayakan lebih lagi isu fitnah.

Sementara itu, Dr. Asri menjelaskan beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik.

"Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu pembunuhan Altantuya, dan berbagai isu sebelum ini pun turut dijadikan senjata untuk menyerang kelemahan peribadi seseorang," katanya.

Beliau juga turut membidas golongan ahli agama yang sesetengahnya tidak betul bagi keadaan yang berpihak kepada "polisinya" terus mengeluarkan dalil dari al-Quran menyokong tindakan itu

Sebaliknya pekara yang dilakukan itu salah dari sesi agama, ahli agama ini terus diam tanpa berdalil atau yang lebih teruk mengeluarkan dalil yang menghalalkan tindakan tersebut.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"Ini budaya fitnah saya tidak bersetuju dan saya menggesa kerajaan dan akhbar supaya menghentikan isu berkenaan yang tidak tahu kebenarannya lagi," tegas beliau yang mendapat sorakan gemuruh daripada hadirin.

BN kawal IPP atau IPP kawal kerajaan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan Kerajaan BN membubarkan sahaja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jika benar dakwaan menterinya, Datuk Peter Chin bahawa kementerian itu tidak ada kuasa bagi mendesak Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didedahkan kepada umum.

Sehubungan itu, ketua penerangannya, Herman Samsudeen mempersoalkan adakah kerajaan BN yang memimpin IPP atau IPP memimpin Kerajaan BN sekarang ini.

“Bila rakyat mahu tahu pasal kontrak perjanjian, menteri kata tiada kuasa. Tapi bila mahu umum kenaikan tarif elektrik, menteri ada kuasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat kini melihat pemimpin yang ada sebagai boneka kepada IPP dan bukannya berkhidmat untuk rakyat lagi.

Justeru, ujarnya, slogan kerajaan sekarang patut ditukar kepada "IPP didahulukan, kroni diutamakan".

Beliau berkata, dasar Fuel Cost Pass Through (FCPT) yang dicipta oleh Kerajaan BN pula adalah tindakan culas yang jelas mahu membebankan rakyat kerana kos gas asli yang akan dinaikkan daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap 6 bulan melalui arahan kepada Petronas bakal menyebabkan kenaikan tarif elektrik berganda di masa depan.

“Dan segala kos bahan api itu akan dibayar sendiri oleh rakyat bila mana Kerajaan BN kini nekad membuat pemansuhan subsidi kepada perkhidmatan tenaga elektrik dan gas,” ujarnya lagi.

DPPWP juga, katanya melihat jaminan Kerajaan BN bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan dipasaran tidak akan naik dengan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik ini sebagai satu lawak jenaka sahaja.

Menurutnya, orang yang faham tentang ekonomi tidak akan bercakap demikian.

Baginya, adalah mustahil harga barang-barang dan perkhidmatan di pasaran tidak naik bila bahan mentah mereka tidak naik.

“Jika kerajaan gagal mengawal tindak tanduk kapitalis dalam IPP dan TNB maka semakin sukarlah matlamat mengurangkan jurang pendapatan rakyat dilaksanakan. Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus melarat,” katanya.

Tambahnya, DPPWP juga berasa hairan, kenapa kerajaan beria-ria sangat mahu menghapuskan subsidi dan cuba perkenalkan GST.

“Di manakah peranan GLC Kerajaan yang ditubuhkan untuk melabur dan memberikan pulangan kepada negara?

“Ke mana duit hasil-hasil bumi dan industri yang dijana selama ini pergi sampai kerajaan terpaksa mengambil langkah ortodoks dengan menumpukan kepada pengambilan hasil-hasil negara dari kantung-kantung rakyat melalui pemansuhan subsidi serta pelbagai kenaikan harga dan cukai?” soalnya.

Sehubungan itu, DPPWP mengajak rakyat turun ke jalan raya pada pada 9 Julai ini untuk mendesak Kerajaan BN menghentikan kegilaan mereka mencipta mala petaka ekonomi kepada rakyat.

Katanya, 9 Julai ini juga adalah Hari Demokrasi untuk rakyat.

Tambahnya, ia adalah hari untuk rakyat menuntut keadilan dalam memastikan sistem demokrasi dan pengurusan pentadbiran negara berjalan dengan cekap.

“Inilah masa dan peluang terbaik bagi rakyat menunjukan kuasa mereka sebagai mana kebangkitan rakyat di Thailand dan Timur Tengah yang bangkit menolak kezaliman ke atas diri dan negara mereka.


Rasionalisasikan dasar memihak korporat sebelum potong subsidi rakyat
KPRU

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan tarif elektirk secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 mahupun pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi telah mengingatkan kerajaan bahawa tekanan inflasi semakin mendesak. Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap 6 bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual oleh Petronas kepada pengeluar tenaga.

Pengumuman kerajaan bahawa 4.4 juta atau 75% pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik memang dalam jangkaan. Akan tetapi, kerajaan secara sengaja mengabaikan satu fakta, iaitu harga barangan harian dan makanan akan meningkat susulan daripada pengumuman tersebut. Hal ini kerana pihak industri pengeluaran makanan yang menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik dijangka memindah kos berkaitan kepada pihak pengguna.

Pandangan sedemikian juga disahkan oleh ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia (RAM) Yeah Kim Leng yang mengatakan bahawa walaupun sebahagian besar isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka tetap akan menghadapi bebannya apabila pengeluar dan peniaga memindakan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

KPRU ingin menekankan bahawa kenaikan tarif elektrik dengan kuantum yang tinggi pada ketika inflasi cukup membebankan rakyat adalah kurang wajar. Dalam konteks kenaikan kos atau harga barangan utama dan barangan harian lain beberapa kali sebelum ini, kenaikan tarif elektrik kali ini akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna.

Misalnya, mulai Julai 2010, harga minyak RON97 mula dinaikkan sehingga RM2.15/liter pada 2 November 2010, RM2.30 pada 1 Disember 2010, dan RM2.50 pada 4 Januari 2011. Harga minyak RON97 terbaru mencecah RM2.90/liter.

Minyak RON95 mula diperkenalkan dalam pasaran domestik pada 1 September 2009 untuk menggantikan RON92. Harganya bermula pada RM1.75/liter dan seterusnya dinaikkkan kepada RM1.80. Dalam tahun 2010, harga minyak RON95 telah meningkat sebanyak dua kali. Harga terkini minyak RON95 adalah RM1.90/liter, dan dijangka akan naik lagi dalam masa yang singkat.

Dalam tahun 2010 sahaja, harga gula telah naik mendadak sebanyak 55%. Pada Januari 2010, harga gula hanya berada pada paras RM1.10/kg, kemudian naik sebanyak tiga kali, iaitu 20 sen dalam Jan 2010, 25 sen dalam Julai 2010 dan 20 sen dalam 4 Disember 2010 sehingga RM2.10/kg. Pada 10 Mei 2011, harga gula sekali lagi naik sebanyak 20 sen menjadikan harga runcit sebanyak RM2.30/kg. Ekoran itu, Persatuan Kedai Kopi Wilayah Persekutuan-Selangor telah menaikkan harga minuman daripada RM1.20 secawan kepada RM1.40 secawan mulai 1 Jan 2011.

KPRU ingin memaklumkan bahawa fenomena kenaikan harga bukan sahaja berlaku ke atas barangan tertentu, malah kesannya besar merangkumi sektor yang luas, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Barangan

Harga Sebelum 2010 (RM)

Harga 2011(RM)

Kenaikan

Pakaian cita

30-50%

Tayar Baru

200

210

3-7%

Tayar Celup

10-15%

Minuman panas bancuhan

+0.20

16%

Kacang Kuning

3/kg

5/kg

67%

Kacang

4/kg

7/kg

75%

Kacang Hitam

5/kg

14/kg

180%

Kacang Merah

4/kg

7.5/kg

88%

Kacang Hijau

4/kg

7/kg

75%

Halia

4/kg

7/kg

75%

Cili Kering

7/kg

10/kg

43%

Bawang Putih

4/kg

10/kg

150%

Bawang Besar

1.2/kg

3.2/kg

167%

Kentang

1.8/kg

3/kg

67%

Nescafe dan Milo

30.00

31.50

5-6%

Gula

1.1/kg

2.30/kg

110%

Minyak RON95

1.75 /liter

1.90/liter

11%

Minyak RON97

2.05/liter

2.90/liter

41%

(Sumber: Sinchew Jit Poh, Malaysiakini, 2011)

Ekoran itu, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 mencecah 2.2%, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Indeks Harga Pengguna (CPI) kemudian melonjat ke 3% pada Mac 2011, dan seterusnya 3.2% pada April 2011, menjadikan kadar inflasi setinggi 2.9% sepanjang bulan Januari hingga April tahun 2011.

Perkembangan ini sejajar dengan unjuran dalam Laporan Tahunan Bank Negara bertarikh 24 Mac 2011 bahawa kadar inflasi akan mencatat 2.5%-3.5% bagi tahun 2011.Peningkatan kadar inflasi jelas akan memberikan impak negatif seperti menjejaskan kuasa membeli dan meningkatkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya kepada golongan yang kurang berdaya dan berupaya.

Satu lagi faktor penting yang telah diabaikan oleh kerajaan ialah kadar kenaikan gaji dan pendapatan boleh guna rakyat tidak dapat menyaingi kadar kenaikan inflasi. Mengikut Laporan Bank Dunia, purata kenaikan gaji sebenar di negara ini hanyalah sekitar 2.6% dari tahun 1994 hingga tahun 2007.

Satu lagi kajian yang bernama Reshaping Economic Geography Report in East Asia, an East Asian and Pacific region companion volume to the World Development Report 2009 juga menunjukkan kadar kenaikan gaji secara purata selepas krisis ekonomi 1997 di Malaysia hanya sekadar 1.9%.

Selain itu, walaupun Robert Walters Global Salary Survey 2011 mengunjurkan kenaikan gaji sebanyak 5-30% di Malaysia bagi tahun ini, tetapi unjuran tersebut hanya merujuk kepada golongan professional daripada sektor ICT, akaun, kewangan, bank, logistik dan penjualan yang jauh lebih selesa dari segi kehidupan dan pendapatan boleh guna.

Hakikatnya, pada tahun 2010, antara lebih 10 juta tenaga kerja di Malaysia, hanya 3.76 juta orang rakyat yang layak membayar cukai. Dengan kata lain, hampir 6.4 juta rakyat Malaysia tidak mampu membayar cukai pendapatan peribadi. Golongan 6.4 juta ini membentuk lapisan rakyat miskin, seperti yang disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai ‘40% isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan dengan purata pendapatan hanya mencapai RM1,440’.

Jika pengagihan pendapatan diteliti mengikut subjek pekerja, satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja di Malaysia mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Hampir 34% pekerja memperoleh gaji di bawah garis kemiskinan yang bermaksud seramai 1/3 pekerja bergaji di bawah paras kemiskinan

Golongan sebeginilah yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, kekurangan peluang pekerjaan, tekanan harga barang dan sewa rumah yang melambung serta masa depan yang muram. Akibatnya, dasar rasionalisasi subsidi secara tergesa-gesa ini memang tidak banyak menggoyangkan gaya hidup golongan atasan dan elit, tetapi kehidupan rakyat biasa terjejas dan terbiar papa kedana.

KPRU berpendapat pemotongan subsidi wajar dilaksanakan sekali dengan ‘rasionalisasi’ dasar kerajaan sedia ada yang bersifat berat sebelah. Pengurangan subsidi rakyat sewajarnya dilaksanakan selepas kerajaan menilai dan merunding semula perjanjian yang memberikan subsidi ‘luar biasa’ kepada korporat besar, antaranya termasuk perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Penjana Tenaga Swasta (IPP) yang memberikan subsidi sebanyak RM22 billion setahun. Jika tidak, langkah kenaikan kos kehidupan rakyat tersebut bukan sahaja akan mewujudkan persepsi ketidakadilan dan kurang ‘legitimate’, malah dilihat sebagai menjalankan penjajahan berbentuk ekonomi terhadap golongan rakyat marhaen.


Pemuda PAS dan Umno sepakat anti fitnah
Nasrudin Hassan
Alhamdulillah, semalam kami baru selesai menghadhiri wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman di Auditorium Krangkraf Shah Alam yang mempertemukan saya dengan Dr Asri Zainal Abidin dan Khairy Jamaludin .

Satu program yang menarik dan menjadi lembaran baru dalam perkembangan intelektual yang mempertemukan pemimpin dari dua parti yang berlainan ideologi biar hanya di peringkat pemuda. Ia menjadi permulaan yang baik dan positif untuk terus menyuburkan budaya intelektual. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Sinar Harian, Pengurus dan warga Karangkraf yang bertindak selaku penganjur.

2. Sekitar tajuk yang diwacanakan hari ini, semua pihak bersetuju agar fitnah diperangi, fitnah ditolak dan fitnah tidak wajar disuburkan dalam sosial, ekonomi dan politik tanahair kita. Kita mahu menuju ke alam politik yang yang matang dan dewasa pemikiran para politikusnya. Politik yang telus dan tulus. Politik yang berakhlak dan beradab. Politik hujjah dan fakta bukan politik lucah dan fitnah, politik jijik dan keji.

3. Jika kesemua pihak tidak mengira PAS atau Umno menjauhi politik kotor dan cemar ini, insyaallah negara akan lahir sebagai sebuah negara sejahtera dan harmoni serta rakyatnya bestari dan damai. Iklim politik baru yang diharapkan ini tidak akan tercapai hanya dengan satu pihak bertindak, sebaliknya semua pihak termasuk ngo mestilah akur dan tunduk kepada prinsip politik yang berasas kehendak pencipta iaitu Allah Azza wa Jalla.

4. Sebijak mana kita, parti mana yang kita wakili dan seramai mana pengaruh kita, sekali - kali kita tidak berhak untuk mengenepikan landasan syariat untuk kita menggerakkan agenda politik kita. tergelincir dari landasan wahyu Allah itulah meletakkan kita dalam jerangkap fitnah yang tidak berkesudahan.

5. Insyaallah bagi pihak saya, segigihnya saya mahu membina para pemuda PAS agar mewarnai perjuangan suci untuk menegakkan Islam di atas tanahair ini dengan membentuk medan politik yang disinari hidayah atau petunjuk Allah Azza wa Jalla. Sebagaimana kita tidak mahu orang lain memfitnah maka demikianlah kita tidak mahu kita turut terjebak dalam budaya fitnah. Justeru kita mesti mulakan dari diri kita dan parti kita.

6. Namun tidak bermakna PAS dan para pemudanya akan diam membenarkan segala kemungkaran dan kefasadan yang berlaku di pentas politik tanahair. Membongkar penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selaku pemegang amanah rakyat mestilah dilaksanakan asal sahaja ianya bertunjangkan bukti yang kukuh, maka ia bukan fitnah malah ia adalah satu kewajipan.

7. Ketika saya memberikan penegasan bahawa saya akan berusaha untuk memastikan budaya fitnah ini tidak berlaku bagi pihak PAS khasnya pemuda, Khairy Jamaludin berkata bahawa beliau akan pegang kata - kata saya. Ya ! saya konsisten akan memastikan ianya tidak berlaku dan sehingga kini rekod kita terkawal dan saya juga mengharapkan pemuda Umno dipastikan tidak terjebak dalam budaya fitnah. Kedua - dua pihak mesti meletak azam yang sama dan kemudian melunaskannya dalam tindakan politik seharian.

8. Pemuda PAS dan Pemuda Umno boleh bersaing dipentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Sertai pilihanraya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata. Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita.

9. Insyaallah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujjah dan fakta bukan fitnah dan tohmah. Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan , pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu.

10. Ayuh pemudaku, kita bangun dan mara untuk memulakan langkah berhemah memimpin politik negara berteraskan akhlak Islami. Biarpun tindakan kita tidak popular dan berdepan pula dengan 1001 kesukaran, namun sunnah seorang pejuang, sunnah seorang muslih [ pengislah ] dan sunnah rijaaluttaghyir [ tokoh perubah ] terpaksa mengharungi sahara yang luas lagi panas sebelum tiba kedestinasi yang menepati objektif dan matlamat perjuangan suci ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia