Khamis, 2 Disember 2010

TEMPAT YANG PATUT MENGADU DAH TAK PENDULI...JANGAN KEKAYAAN HANYA MILIK SEORANG...JGN KRONI DIDAHULUI DARI RAKYAT

Sidang DUN Perak panas: ADUN terus tikam lidah
Dis 1, 10 6:03pm


Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) hari ini bertikam lidah dengan speaker, Datuk R Ganeson dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada hari kedua membahaskan Bajet 2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh.

NONEPusingan pertama menyaksikan perang mulut dengan Ganeson kerana tidak membenarkan wartawan membuat liputan langsung sidang DUN itu.

Nga berkata: “Ini mengarut dan tidak adil apabila hanya media yang mesra BN dibenarkan masuk dan membuat liputan manakala media berkecuali dihalang.”

Ganeson kemudian membalas semua media tidak bersikap sopan dan tidak menghormati dewan dengan merakamkan gambar dan mengadakan sidang akhbar di dalam dewan.

ngah kor mingNONENga (kiri) menuduh Ganeson (kanan) menghina media kerana adalah suatu pembohongan bahawa media mengadakan sidang akhbar di dalam dewan.

Menurut beliau semua sidang akhbar dilakukan di bilik media yang dibuat oleh perwakilan yang dilantik rakyat.

“Ini adalah jelas menghina pihak media dan bukti BN kecut bahawa media akan melaporkan perkara yang benar,” kata Nga.

NONESelain Nga, ADUN BN juga kurang senang dengan telatah Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semasa perbahasan Bajet 2011.

Anggota exco Datuk Hamidah Osman mendakwa Mohamad Nizar "berceramah" dan meminta Ganeson mengarahkan ADUN PAS-Pasir Panjang itu supaya tidak menyeleweng daripada topik perbahasan.

NONE"Jangan bazirkan masa dewan, jangan merewang dengan berceramah kerana kita bahas mengenai bajet," kata Hamidah.

Sesi perbahasan Mohammad Nizar yang berlarutan lebih sejam sebelum itu telah menggamatkan dewan beberapa kali apabila beliau menyentuh pelbagai isu politik terutama kritikan terhadap Umno.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinjamaluddin mohd radziWalaupun "panas" tetapi sesi perbahasan Mohammad Nizar (kiri) turut melucukan apabila beliau memberi laluan kepada beberapa wakil BN untuk mencelah tetapi tidak mengendahkan permintaan Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang).

Jeritan "katak" kedengaran dari kerusi pembangkang setiap kali Jamaluddin bangun meminta laluan malah Ganeson juga turut merayu kepada Mohammad Nizar untuk memberikan peluang kepada wakil Behrang itu tetapi tidak diendahkan.

Jamaluddin adalah antara tiga wakil rakyat pakatan pembangkang yang berpaling tadah hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri yang dipimpin Mohammad Nizar sebelum ini.

NONEMohammad Nizar sementara itu menegaskan bahawa kerjasama antara Pakatan Rakyat terutama antara PAS dan DAP tidak merugikan Melayu dan Islam malah parti itu kini lebih memahami prinsip-prinsip Islam.

Beliau berkata pemimpin DAP tidak anti-Islam dan orang Islam tidak rugi jika parti terbabit mahu berjinak-jinak dengan Islam.

raja ahmad zainuddin raja omarDatuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) dalam perbahasannya memberitahu dewan bahawa antara punca pelabur kini "takut" melabur ke Perak adalah disebabkan oleh gelagat pembangkang yang keterlaluan.

"Ada pelabur takut datang ke Perak kerana takut perangai pembangkang... persidangan ini disiarkan secara langsung dalam internet, eloklah semua boleh lihat sendiri perangai pembangkang," katanya.

Sidang dewan disambung esok


Anwar: Ketuanan Melayu, hubungan tuan dan hamba
Dis 1, 10 3:49pm


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang partinya, PKR menolak konsep Ketuanan Melayu berkata konsep itu hanya mencerminkan hubungan 'tuan' dan 'hamba'.

NONEKatanya, isu itu dieksploitasi oleh Umno dan BN melalui lidah rasminya, Utusan Malaysia dengan memutarbelitkan fakta berhubung isu ketuanan rakyat yang dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada persidangan kongres PKR minggu lalu.

"Dalam Agenda Ekonomi Malaysia yang kita perkenalkan, kita menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia hanya menguntungkan segelintir walaupun permasalahannya adalah terdiri daripada majoriti masyarakat Melayu / Bumiputera dan di kalangan orang Cina dan India miskin yang menjadi teras program kita.

"Jikalau kita lihat maksud 'tuan', ia bermakna yang berkuasa atau yang memiliki, jadi bagaimana pula tentang kedudukan orang Iban, Kadazan, Cina dan India?

NONE"Kita menolak ketuanan yang cuba diputarbelitkan Umno-BN dan Utusan sebagai cuba menolak Perlembagaan Negara,” kata anwar di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, apa yang jelas adalah setiap ucapan dan pendirian PKR dan Pakatan Rakyat mengenai isu bahasa Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan. Malah, katanya, ia dipertahankan.

"Yang tuan itu adalah kedudukan Raja dan sebab itu disebut Yang di-Pertuan Agong, Yam Tuan Negeri Sembilan. Kedudukan itu kita tidak dipertikaikan.

Justeru, beliau berharap agar isu tersebut tidak dipolitikkan.




MB ketuai pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor
Dis 1, 10 3:22pm


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan melantik Ahli Dewan Diraja Selangor pada satu istiadat di Balairong Seri Istana Alam Shah, di Shah Alam.

Pelantikan mereka berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 30 November 2013.

sultan selangor and selangor state excoTiga Ahli Ex-Officio Dewan Diraja Selangor yang menerima watikah pelantikan ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Empat ahli dari waris yang lain, lima Orang-Orang Besar dan enam Orang Tua-Tua turut menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris, Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah dan Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah.

Antara Orang-Orang Besar itu termasuk Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah, Engku Setia Lela Bestari Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf dan Tan Sri Ambrin Buang.

- Bernama



Penjual mi tuntut keadilan selepas ditembak polis
Hazlan Zakaria
Dis 1, 10
12:53pm


Penjual mi, Ho Chei Hang, yang nyaris terbunuh selepas ditembak empat das oleh polis menuntut keadilan dan mahu tindakan dikenakan ke atas mereka yang melepaskan tembakan tanpa sebarang justifikasi.

NONEHo, 32, yang ditembak oleh polis yang tidak memakai pakaian seragam berhampiran rumahnya di Kepong pada 16 November lalu mendakwa anggota berkenaan langsung tidak memperkenalkan diri mereka, mahupun melepaskan tembakan amaran.

"Saya menggesa supaya anggota polis yang terlibat dalam menembak saya dikenalpasti dan butir-butir nama mereka dibekalkan kepada saya agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka," katanya.

Ho juga menggesa supaya anggota polis yang menembaknya disiasat untuk cubaan membunuh "dan lain-lain penyalahgunaankuasa tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa".

Beliau membuat gesaan itu dalam memorandum yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Terus tembak

Ho menceritakan bagaimana dua lelaki yang tidak dikenalinya tiba-tiba menjerit kepadanya ketika dia sedang memandu berhampiran rumahnya pada kira-kira jam 6 petang, selepas menemui seorang kawan.

NONEKetika memusing kepala Ho berkata, dia nampak orang tersebut mengeluarkan pistol dan terus menembaknya.

Ho yang tercedera hilang kawalan keretanya lalu melanggar tembok rumah di depannya.

Selepas pelanggaran, katanya, pintu kereta terbuka dan dia tercampak ke dalam longkang tepi rumah tersebut.

Keluar longkang

Menurut Ho lagi, dia menggunakan seluruh tenaganya untuk memanjat keluar dari longkang, dan beberapa lelaki menghala muncung pistol ke kepalanya.

Ho, yang terpaksa dimasukkan selama 11 hari di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur dibenarkan pulang Isnin lalu meskipun sebutir lagi peluru ditubuhnya masih belum dikeluarkan.

Memorandum menuntut keadilannya hari ini diserahkan kepada naib pengerusi Suhakam, Khaw Lake Tee.

NONEDia diiring ke pejabat Suhakam oleh peguamnya, Keppi Wong, isteri, ibu bapa dan seorang perwakilan dari pertubuhan hak asasai, Suaram.

Keluarga Ho sebelum ini mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu.

Mereka berkata tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Apa yang dijumpai oleh polis menurut peguamnya adalah hanya 42-45 pil tidur di kereta mangsa dan pil tidur itu bukan barangan larangan dalam Akta Dadah Berbahaya.




Anwar ramal p'raya Mac 2011
S Pathmawathy
Dis 1, 10
1:42pm


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2011 ekoran pengumuman penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan.Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan," katanya.



Isu air: Mahasiswa ikrar iring MB S'gor berdemo
Jimadie Shah Othman
Dis 1, 10
12:21pm

Kumpulan mahasiswa di negara ini berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Ahad ini.

Kumpulan yang membabitkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang.

NONEPresiden KAMI, Hilman Idham (kanan) berkata, ini kerana banyak mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus.

"Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara.

"Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej kediaman," katanya.

Ahad ini, satu perhimpunan dianjurkan di Masjid Negara di Kuala Lumpur bagi mengiringi Khalid ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum itu.

Menteri besar dilaporkan akan turut menyerahkan tandatangan rakyat Selangor yang menolak kenaikan tarif air pada 31 Mac tahun depan.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Hilman - mahasiswa tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - berkata kesan kenaikan tarif air di negeri itu bakal membebankan separuh daripada puluhan ribu mahasiswa di seluruh Selangor.

Menurut pelajar tahun akhir UKM itu, di universitinya sahaja, kira-kira 40 peratus mahasiswa tinggal di rumah sewa manakala di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula didakwa lebih 60 peratus terlibat.

NONEDitanya kenapa masih banyak kumpulan mahasiswa yang dilihat 'senyap' berhubung perkembangan itu, Hilman mengakui masih ada di kalangan mereka yang masih "gagal menyuarakan prinsip" masing-masing.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, exco perhubungan MPM Unisel Mohd Fikri Hamdan pula menafikan bahawa mahasiswa di universiti milik kerajaan negeri itu 'digunakan' bagi kepentingan pihak tertentu dalam bantahan itu.

"Ini inisiatif kami sendiri. Lagi pun, mahasiswa di Unisel bukan semuanya rakyat Selangor, (sebaliknya) daripada pelbagai negeri."

Jumaat ini - dua hari sebelum perhimpunan itu - KAMI dan MPM Unisel merancang menyebarkan risalah di masjid sekitar universiti di Lembah Klang bagi mengajak mahasiswa lain turut serta berhimpun bersama Khalid.

LAWAK DULU BERKUASA PENUH TAK TIMBUL PERKARA NI...BOLEH NIZAR TEGUR BUKANNYA ILMUAN2 DAN MUFTI2...

GAMBAR DIATAS INI DAPAT DARI FACEBOOK
Ombak merah dan hitam banjiri Istana Negara
Fadzly Esa & Jimadie Shah Othman
Dis 1, 10
3:36pm


Istana Negara menjadi tumpuan dua kumpulan anti dan pro-kerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini. NONEBagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam. Khalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu. Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan. azlanMengulas kemungkinan berlakunya pertembungan, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Badrul Amin Bahrom menyifatkan tindakan Gaps merancang berhimpun pada hari yang sama sebagai satu provokasi. "Apa yang kita boleh buat, menasihatkan peserta kita tidak termakan provokasi mereka. "Mereka hendak bawa, bawalah. Itu hak mereka. Cuma, kita 20,000, mereka 2,000 orang. Jadi faham-fahamlah, kita pun manusia juga," katanya yang juga pengarah komunikasi di pejabat menteri besar. Manakala Gaps pula dalam sidang media di Shah Alam pagi ini menegaskan "tak mahu bertembung dengan siapa-siapa". "Kalau kita berkumpul pun kita berkumpul secara aman kita bukan nak bertembung pun, kalau dia (kumpulan prokerajaan negeri) nak bersalaman (pun) tiada masalah. Kita buat kerja kita, kita maksudkan demonstrasi aman.

Tiada permit “Gaps bukan sebuah pertubuhan politik tetapi kita rasa prihatin terhadap rakyat Selangor dianggarkan 58 peratus bangsa Melayu cuba diketepikan," jelas presidennya Hamidzun Khairuddin (gambar, tidak berikat kepala). NONEKumpulan berbaju merah dijadual berkumpul di Masjid Negara pada jam 12 tengah hari sebelum berarak ke Istana Negara, tidak jauh daripada tempat itu. Manakala Gaps pula akan berkumpul di Masjid Jamek setengah jam selepas itu. Laluan yang akan digunakan kedua-dia pihak setakat ini masih belum jelas. Menurut kedua-dua penganjur, mereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa. Dalam perkembangan berkaitan, Gaps juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan Selangor Jumaat ini.



Nik Aziz sedia terima Kit Siang sebagai TPM
Dis 1, 10 6:45pm


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz shake hand with limkit siangNik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam. "Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa. "Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa. Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam. Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul. "Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur,” katanya.


ROS sahkan AKIM parti politik sah
Dis 1, 10 5:59pm


Parti Keadilan Islam Malaysia (AKIM) boleh bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah di negara ini, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat.

Katanya, ini berikutan anggota jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatannya baru-baru ini.

akim banner 230808Oleh itu tidak timbul parti politik itu tidak boleh menjalankan aktivitinya kerana diragui status pendaftarannya dengan jabatan ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keraguan orang ramai, khasnya pemerhati politik terhadap kesahihan status parti berkenaan berikutan berlakunya pergolakan dalaman pimpinan parti itu.

Wan Rahimah berkata Akim didaftarkan sejak lebih 15 tahun lalu atas nama Presidennya Hanafi Mamat, dengan dianggotai jawatankuasa parti peringkat pusat.

Beliau tidak menolak berlakunya pergolakan di peringkat pimpinan dalam parti itu tetapi ia berjaya diselesaikan secara kekeluargaan dengan kerjasama jabatannya.

“Sehingga ini tidak timbul parti itu bergerak secara haram dan tidak sah kerana ia mengikut perlembagaan parti, seperti yang ditetapkan mengikut Akta Pertubuhan,” katanya.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini disebut-sebut akan menyertai AKIM tetapi dipersoalkan status kesahihan parti itu.

- Bernama





Mahathir lahirkan lagi rasa bimbangnya
Dis 1, 10 5:31pm


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua minggu ini melahirkan rasa bimbang terhadap kadar penghunian yang rendah di bangunan tinggi di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, keadaan ini mungkin boleh memberi kesan kepada sektor perbankan kerana ia boleh membawa kepada hutang jangka panjang.

NONE"Saya hanya menyuarakan kebimbangan saya. Saya lihat di bandar-bandar banyak bangunan untuk dijual atau disewakan. Jelas sekali, bangunan-bangunan ini tidak berpenghuni dan tidak mendatangkan keuntungan. Jika pemaju tidak dapat untung daripada apa yang ia bina, di mana pula ia akan dapatkan wang untuk membayar semula hutang bank.

"Kita pernah melihat ini berlaku di Jepun, Hong Kong dan Dubai baru-baru ini. Jika kita terlebih bina bangunan dan tidak dapat raih pendapatan, maka kita tidak dapat membayar hutang kepada bank dan ini menjuruskan kepada muflis.

"Jadi, kita perlu lebih berhati-hati," kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Mobiliti Mampan 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas artikel di blognya baru-baru ini yang berpendapat kemungkinan berlakunya letusan gelembung hasil daripada lebihan bangunan di Kuala Lumpur.

Semata-mata spekulasi

Mengenai Menara Warisan PNB setinggi 100 tingkat, Dr Mahathir berkata projek itu perlu diteruskan seperti yang dirancang jika pembeli asli benar-benar berminat terhadap menara itu dan bukannya semata-mata spekulasi.

"Jika ada pembeli, tak mengapa. Apa yang saya bimbangkan ialah jika mereka hanya spekulator, membeli dengan harapan yang hartanah itu akan meningkat," katanya.

azlanSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pembinaan menara itu akan diteruskan jika ia berdaya maju secara komersial dan menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih luas dalam lingkungan kawasan berkenaan serta menyediakan peluang perniagaan.

Mengenai persidangan berkenaan, Dr Mahathir berkata ia adalah platform yang amat sesuai untuk para penyelidik dan pakar dalam bidang itu untuk membincangkan kepentingan pergerakan yang mampan dan teknologi hijau.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk semua pengeluar kereta merealisasikan dan menggunakan sepenuhnya potensi teknologi hijau kepada industri.

Persidangan tiga hari yang bermula hari ini itu dianjurkan SAE International Malaysia Section dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ia bertujuan menyediakan peluang untuk peserta bertukar pendapat, penemuan, meningkatkan perkongsian pengetahuan dan bekerja sama dalam bidang mobiliti mampan.

Persidangan itu turut mengetengahkan model elektrik Proton Saga yang dimajukan hanya dalam tempoh 11 bulan oleh Proton dengan kerjasama UTM.

- Bernama



Nizar: Rosmah perlu berpakaian secara Islam
Humayun Kabir
Dis 1, 10
8:35pm


Ketua Pembangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.

Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini.

Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

rosmah mansorBeliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian.

Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.

Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.

Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan.
"Kembalikan Pulau Pinang kepada Kedah"
Dis 1, 10 2:52pm


Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.

Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

- Bernama

JANGAN BERPILIH2 BERTINDAK...DIMANA KETELUSAN...ADIL DAN SEBAGAINYA...SIBUK DENGAN KAUM DAN BANGSA HINGGA PERJUANGAN ISLAM KANTOI@TAK DIHIRAUKAN

Islam Jemaah tumpas, Ayah Pin terlepas?
Mohd Nasir Awang

Belum terlalu lambat rasanya untuk mengalungkan tahniah kepada pihak berkuasa agama negara kita, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas kejayaannya menumpaskan satu lagi kumpulan ajaran sesat, Jumaat lalu.

Media melaporkan seramai 21 pengikut ajaran Islam Jemaah ditahan di sebuah surau persendirian di Kampung Tangkas, Bangi, selepas mereka mengadakan ‘solat Jumaat’ di situ pada hari berkenaan.

Ajaran Islam Jemaah difatwakan salah dan sesat pada 1998. Antara ajarannya ialah menolak hukum ijmak dan qias (hanya berpegang kepada hukum al-Quran dan hadis), tidak perlu menyembelih haiwan untuk dimakan dan menolak ajaran Mazhab Syafie.

Ekoran penahanan mereka itu, Jakim mengingatkan umat Islam agar tidak mengambil jalan singkat menyertai mana-mana pertubuhan yang sudah dikenalpasti dan diwartakan sesat oleh kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, malah dipetik media sebagai memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran sesat agar bersedia menghadapi tindakan pihaknya.

“Kalau ada yang cuba nak menghidupkan kembali pergerakan (ajaran sesat) kita akan ambil langkah pencegahan dengan bantuan agensi keselamatan. Siapa yang berani nak cuba, bersedialah untuk dikenakan tindakan,” cabarnya.

Tidak syak lagi, dapat kita simpulkan bahawa tindakan tegas Jakim itu membuktikan kecekapannya membanteras aktiviti menyesatkan dalam masyarakat, khususnya ajaran salah dan sesat. Manakala kenyataan tegas tadi pula menggambarkan keseriusan pihak berkuasa agama itu menghalang fahaman karut berleluasa.

Dukacitanya, keseriusan dan kecekapan sama tidak berlaku dalam kes ‘Kerajaan Langit’ di Terengganu. Setakat ini, tidak ada tindakan konkrit yang boleh disifatkan sebagai muktamad sama ada dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mahu pun Jakim sendiri dalam membanterasnya.

Sebaliknya, semakin diperkatakan orang mutakhir ini bahawa ajaran tersebut kini sedang dihidupkan semula. Beberapa media cetak arus perdana bulan lalu turut melaporkan maklumat diperolehi mereka secara eksklusif oleh wakil mereka sendiri yang bersemuka dengan pemimpin ajaran itu, bahawa usaha menghidupkan semula ajaran tersebut dilakukan secara terbuka.

Majlis Fatwa Negeri Terengganu telah mengisytiharkan ajaran dipelopori Ariffin Mohamad di Besut adalah sesat, mengikut Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1986.

Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, memimpin sebuah perkampungan dan ajaran dinamakan “Kerajaan Langit” berpusat di Kampung Batu 13, Hulu Besut. Beliau pernah mengisytiharkan secara terbuka meninggalkan Islam pada 1998.

Begitu juga para pengikutnya. Bagaimana pun, mereka seakan bebas mengamalkan ajaran itu tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa agama buat beberapa lama.

Ayah Pin hanya ditahan setelah kerajaan Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS. Beliau dibicarakan atas dakwaan menghina Islam.

Pada 27 Jun 2001, dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut dan dihukum penjara selama 11 bulan serta denda RM2,900.

Pada Julai 2005, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dipaksa keadaan untuk melakukan operasi menahan pengikut-pengikut ajaran Kerajaan Langit. Segala binaan dan replika berbagai bentuk yang mempunyai signifikan tersendiri bagi ajaran itu di perkampungan mereka juga dirobohkan.

Pada zahirnya ia memperlihatkan ketegasan dan keberanian BN membanteras ajaran sesat. Namun, sebenarnya tindakan itu dilakukan secara terpaksa. BN merasa serba-salah apabila dicemuh rakyat kerana tergamak meroboh rumah rakyat yang diperolehi secara sah di beberapa Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di seluruh negeri.

Ia juga dianggap biadab apabila sanggup menyondol sebuah masjid di perkampungan Bujal, Kemaman, semata-mata atas perkiraan politik rakusnya. Ekoran itu, BN dicemuh, antaranya dengan kata, “mengapa masjid diroboh, sedangkan binaan di kampung ajaran sesat (Kerajaan Langit) tidak disentuh?”

Lalu, disebabkan rasa malu dan tercabar serta sebagai mengimbangi kemarahan rakyat akibat tindakan jahatnya terhadap rumah Allah itu, BN terpaksa bertindak terhadap kumpulan Ayah Pin. Hampir 80 pengikut ajaran itu ditahan.

Ayah Pin sendiri bagaimana pun kekal bebas dan tidak pernah ditangkap hingga kini. Cerita mengenainya tenggelam-timbul. Cakap-cakap dalam masyarakat sering mengakui beliau masih berada di perkampungan itu dan kerap mengumpulkan kembali para pengikutnya.

Bulan lalu perkara itu disahkan beberapa media cetak. Para pengikutnya berkumpul kembali mendengar ajaran Ayah Pin. Antara mereka dari Selangor, Pahang dan Johor. Mereka termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.

Dalam pengajarannya yang turut disaksikan wakil media, Ayah Pin menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga ke arasy ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka. Beliau mendakwa turut menyertai sesi mesyuarat bersama malaikat, jin dan iblis.

“Saya dilantik sebagai wakil ‘Kerajaan Langit’ untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu,” media memetik katanya (rujuk Berita Harian & Harian Metro, 7 Oktober 2010).

Ayah Pin juga seakan mencabar pihak berkuasa menahannya apabila mengakui masih tinggal di kampung tersebut dan tidak melarikan diri. Beliau amat yakin tidak akan ditahan kerana percaya ajarannya tidak mengancam keselamatan negara.

Catatan seorang saksi (eyewitness account) sebagaimana dihuraikan secara terperinci oleh wakil media tersebut membuktikan bahawa Ayah Pin memang berada di perkampungan tersebut dan kembali aktif menyebarkan ajaran sesatnya.

Daripada butir cakap dan pengakuan beliau, sepertimana dicatatkan wakil media itu, terbukti juga Ayah Pin tidak pernah insaf, bertaubat atau kembali kepada ajaran Islam. Beliau sebaliknya masih tebal dengan pendirian sesatnya.

Keterangan beberapa penduduk yang mendakwa melihat sendiri kelibat Ayah Pin di perkampungan berkenaan juga mengukuhkan lagi dakwaan bahawa ketua ajaran sesat itu memang berada di situ.

Malangnya, pihak berkuasa seakan-akan tidak ada kepekaan terhadap perkembangan tersebut. Dalam reaksinya, Exco Agama negeri sekadar mengatakan pihaknya tidak menerima apa-apa laporan kegiatan pemimpin ajaran sesat itu (rujuk Berita Harian, 8 Oktober 2010). Cheh!

Pasukan polis pula, yang selama ini sangat terkenal cekap dan amat pantas bertindak terhadap penjenayah atau pihak yang disyaki, sekadar mengatakan tiada maklumat mengenai pemimpin tersebut. (Harian Metro, 8 Oktober 2010).

Justeru, di mana silapnya sehinggakan tindakan terhadap pemimpin yang secara terbuka menyatakan pendirian sesatnya itu gagal dilaksanakan? Apakah pihak berkuasa sengaja buat-buat tidak tahu?

Ataukah benar sepertimana didakwa Ayah Pin, bahawa pihak berkuasa tidak akan dapat mengambil tindakan terhadapnya kerana tidak mengancam keselamatan negara, walau pun secara terang-terangan merosakkan akidah umat Islam?

Barangkali keseriusan dan kecekapan Jakim dalam bertindak terhadap kumpulan Islam Jemaah tadi wajar diperturunkannya kepada JHEAT. Atau mungkin kes ini perlukan Jakim sendiri mengambil perjalanan menyelesaikannya secara muktamad




Ketuanan Islam: Alternatif yang enggan difikirkan?
Nasrudin Hassan

1. Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .

2. Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor . Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini .

3. Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat .

4. Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting :

A. ] Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .

UMNO dan BN awal - awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh. Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .

Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? . Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri .

B. ] Tidak salah perjuangkan bangsa dan pertahankannya sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan .

Melalui perlembagaan Malaysia yang sedia ada telah dimaktubkan hak keistemewaan orang melayu . Saya tidak prejudis mengenainya bahkan mempertahankan hak bangsa dan berbangga dengan bangsa kita melayu juga adalah adalah suatu yang tidak bertentangan dengan Islam . Sebagaimana nabi saw sendiri berbangga sebagai bangsa Arab Quraisy .Terutama majoriti penduduk negara ini ialah melayu dan mereka pula rata - ratanya masih perlu pembelaan kerana taraf hidup yang rendah angkara amalan kronisme dan dasar ekonomi yang korup oleh kerajaan UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu .

[ Lantaran selama ini hanya segelintir melayu yang kaya raya dan harta negara berlegar dari kalangan pembesar dan kroni mereka. ]

Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa yang saya maksudkan tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba . Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang.

C. ] Saya mencadangkan Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu tajaan UMNO dan BN .

Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua .

Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim yang rata - rata pemimpin Pakatan Rakyat termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam . Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah .

5. Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan Islam . Saya menegaskan demikian bukan bermakna Islam memaksa manusia menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka. Seperti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadikan Khlaifah Umar bin Abdul Aziz sebagai idola dan contoh kepimpinannya , maka perlu difahami bahawa Khalifah umar bin Abdul Aziz menjadi hebat kerana Islam yang diyakininya

BERANGAN2 NI SERONOK GAK...TAPI JANGAN SAMPAI TAK BERUSAHA...EGO ATAU TERLALU YAKIN...IBADAH SERTA DOA DISAMPING KERJA YANG BERLIPAT GANDA

Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu
Harakahdaily

TEMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.


Kenapa tak rogol saya?
Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.



Bekas Adun Gual Ipoh meninggal dunia
Wartawan Kita

TANAH MERAH, 1 Dis: Bekas Adun Gual Ipoh, Muhamad Kamil Harun, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 7 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia ketika berada di kebunnya di Kampung Sokor, terletak di pedalaman pekan Gual Ipoh.

Difahamkan sebelum ini bekas wakil rakyat terbabit pernah mendapat rawatan jantung.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, Allahyarham berada di kebunnya ketika diserang sakit jantung.

“Saya bagi pihak rakyat di Gual Ipoh merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya di atas kematian Paksu Kamil. Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya di sini.

Muhamad Kamil yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Kamil dilahirkan di Kampung Bukit Durian, Tanah Merah.

Pernah dilantik sebagai anggota jawatankuasa PAS Tanah Merah pada 1993. Beliau menang di kerusi Gual Ipoh pada pilihan raya umum 1999.

Mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Rohani Hussin.

Turut menziarahi jenazahnya Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood.

Selain itu Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdullah Ya’kub dan pemimpin PAS Tanah Merah.

Jenazahnya dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Durian.



Daulah Islamiyah anugerah kepada umat Islam
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 1 Dis: Tokoh Pemikir Dunia Islam Antarabangsa, Prof Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Bouti menegaskan, Daulah Islamiyah adalah anugerah kepada umat Islam setelah mereka berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah SWT dalam semua hal kehidupan dan meninggalkan larangan-Nya.

Dr Said berkata, umat Islam wajar kembali melihat bagaimana manhaj dan pendekatan yang dilaksanakan oleh kalangan Sahabat di zaman Nabi dahulu kerana mereka melakukan segala ketundukan hanya semata-mata untuk mentaati Allah SWT, bukan untuk yang lain daripada itu.

Menurutnya, hasil daripada melakukan segala kebaikan berpandukan arahan dan didikan Nabi Muhammad di sepanjang perjalanan kehidupan mereka, akhirnya Allah SWT. hadiahkan sebuah Negara Islam kepada mereka setelah berbelas tahun berjuang.

"Wujudnya Negara Islam di Madinah adalah hadiah daripada Allah SWT. kepada sekumpulan sahabat besar yang sentiasa melaksanakan arahan dan mengikut perintah-Nya.

"Pertama mereka melaksanakan wathifah yakni tugas yang wajib dilakukan serta meninggalkan segala larangan-Nya dan keduanya, baharulah mereka mendapat hadiah daripada Allah SWT.

"Persoalannya kepada kita sekarang, kenapa Daulah Islamiyah pupus? Jawapannya adalah kerana terdapat sebahagian besar daripada umat Islam meninggalkan segala arahan dan melakukan larangan-Nya," tegasnya dalam satu ceramah di Masjid Negeri, dekat sini, kelmarin.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Utama Diraja, Mohamad Tamyez Abdul Wahid, Imam Besar Masjid Negeri, Syeikh Ahmad Mustafa Sidin, Presiden Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Ustaz Roslan Mohamed dan Timbalan Dekan Fakulti Syariah Universiti Damascus, Dr Tawfik Ramadhan Al-Bouti, Dr Said Ramadhan Al-Bouti merupakan Ketua Jabatan Tauhid dan Agama, Fakulti Undang-undang Islam di Universiti Damascus, Syria berada di Malaysia atas undangan Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pengucap Utama dalam Konferen Antarabangsa Pendidikan Islam (ICIEd2010) anjuran bersama KUIS dan Ilmuan bermula 29 November hingga 1 Disember.

Menurutnya lagi, kini masalah yang sedang melanda umat Islam di mana mereka lebih mengutamakan tudung atau penutup daripada memikirkan bagaimana untuk mewujudkan sesuatu bekas itu terlebih dahulu.

Beliau juga mengingatkan umat Islam agar jangan berasa gembira apabila kedapatan buah yang hanya diikat dengan benang lalu disambungkan di pokok dan isytiharkan 'inilah buah yang dihasilkan oleh pokok' berkenaan.

Dalam pada itu dengan nada menasihatkan umat Islam agar semua pihak memberikan perhatian sepenuhnya kepada pendidikan dalam keluarga sendiri menuju kejayaan yang baginya, merupakan saliran-saliran sungai kecil akhirnya membentuk sebuah 'banjir besar' yang diibaratkan sebuah Daulah Islamiyah.


Kenapa Umno takut bukan Islam dekati al-Quran
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya



Subsidi IPP RM15.1b, rakyat cuma RM11 bilion
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebagai membelakangkan rakyat.

Anwar ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat berkata, subsidi sebanyak RM15.1 bilion berbanding subsidi minyak kepada rakyat yang hanya sebanyak RM11 bilion jelas tidak munasabah.

"Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?" katanya yang juga ketua pembangkang di Parlimen, semalam.

Anwar turut mempertikai dasar penswastaan yang dilihat hanya memberi kepentingan kepada syarikat konsesi yang sedia kaya, sehingga kerajaan tidak berupaya untuk mengkaji dan membuat runding semula perjanjian yang termeterai.

"Kita tidak menentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas ekoran keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP. Sikap yang sama dilihat dalam isu air di Selangor," kata beliau.

Dakwa beliau juga, kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk mengkaji dan mengadakan runding semula semua perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar mengkaji semula perjanjian dengan IPP dan juga syarikat konsesi air agar rakyat tidak terbeban dengan dasar penswastaan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) yang tidak memihak kepada pengundi Hulu Selangor kerana menyokong tindakan Syabas yang berhasrat menaikkan taraf air sebanyak 31 peratus.

Sebelum itu, usul memotong gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dikemukakan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor), namun tidak dipersetujui wakil Barisan Nasional


Kempen derma Tabung Serambi Mekah, esok
Rizal dan Mohd Nor

KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan telah membelanjakan sejumlah RM2 juta kepada rakyat Kelantan yang ditimpa bencana dan musibah sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tabung Amanah Darulnaim (Tabung Serambi Mekah), Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan berkenaan diberikan kepada semua mangsa bencana alam, termasuk banjir dan kebakaran.

“Ketika kerajaan negeri menghulurkan sumbangan kepada rakyat, kita juga ingin rakyat yang berkemampuan juga turut serta membantu golongan yang memerlukan ini.

“Kita ingin berkongsi masalah dengan mereka yang menerima bencana dari Allah, mudah-mudahan kita semua diberikati-Nya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, sumbangan yang diperolehi dari para dermawan termasuk individu, syarikat-syarikat swasta dan agensi kerajaan negeri melalui tabung ini telah disalurkan pada mereka yang memerlukan.

Sumbangan dari semua pihak sangat diperlukan sebagai alternatif menambah dana ekoran kerajaan pusat masih membisu berhubung tuntutan wang royalti Kelantan.

Selain itu ianya juga sebagai satu saluran bagi memberi peluang kepada para dermawaan dan individu prihatin bersama kerajaan negeri membantu mangsa ditimpa musibah.

“Kita harapkan wang royalti, kerajaan Pusat sehingga kini juga masih membisu berhubung tuntutan kita, jadi sama-sama kita bantu membantu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz akan melancarkan kempen kutipan derma sempena ulang tahun ke-20 Tabung Serambi Mekah, jam 9.30 pagi esok di Dewan Kompleks Balai Islam Lundang.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru orang ramai termasuk dermawan hadir pada pelancaran tersebut.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan derma tersebut melalui akaun yang telah disediakan oleh kerajaan iaitu Akaun Bank Islam – 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal).

Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) akta acara kewangan (1957) disemak (1972).

Ia diwujudkan dengan bermatlamat untuk membangunkan individu atau orang ramai yang miskin lagi dhaif, mereka yang ditimpa mala petaka, penyakit kronik disamping itu ia juga untuk menampung projek sosioekonomi rakyat.