Rabu, 3 November 2010

MASING2 NAK MENANG...BIARLAH MENANG CARA YANG JUJUR BUKAN MENIPU....KITA AKAN TANYAKAN DIAKHIRAT NANTI

Melarat tapi Kg Mangkalinau tetap sokong 'bapa'
Joseph Sipalan and Kuek Ser Kuang
Nov 3, 10
10:38am


Sekumpulan kanak-kanak dilihat membincangkan peraturan yang perlu diikuti sebelum mereka membuat garisan di tanah liat berhampiran rumah mereka.

Selepas persetujuan, masing-masing mengambil kedudukan sambil membaling guli di lubang yang digali itu. Ada yang bertempik gembira kerana guli mereka mengena sasaran.

Bagi kebanyakan orang, mereka tidak faham apa yang seronok sangat dengan permainan itu tetapi bagi kanak-kanak di Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.

Seperti kenbanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.

Tiada bekalan elektrik atau minuman yang bersesuaian. Malah mereka juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.

Keperitan hidupan ini boleh disaksikan hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Sandakan.

Bagi rakyat Sabah, setinggan itu dihuni oleh kebanyakannya pendatang asing, hasil 'Projek IC', yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan pentadbiran pembangkang yang diterajui oleh PBS ketika itu pada tahun 1994. Beliau didakwa memberi kerakyatan serta merta bagi menjamin sokongan kepada BN meningkat.

Penghuni setinggan itu mempertahankan klesahih kewarganegaraan mereka serta membuktikannya dengan menunjukan MyKad milik mereka dan tidak kurang juga yang mempunyai kad keahlian Umno.

Tidak kira stigma sosial dan persepsi yang menyelubungi setinggan ini, hakikatnya mereka ini adalah golongan miskin tegar dan buta huruf.

Mereka amat memerlukan pertolongan tanpa hampir langsung tidak dibantu.

Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'.

Jaafar Lama, 60, seorang pengawal keselamatan berkata penduduk Kg Mangkalinau, yang ditubuhkan pada 1993, seringkali terpaksa mencari sisa bangunan dan apa-apa sahaja bahan buangan bagi memperbaiki rumah mereka serta jambatan usang yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.

Katanya di sebalik kesetiaan kepada BN, mereka sebagai anak ada kalanya terasa “dipinggirkan oleh bapa”.
"Sokong, mana boleh tak sokong (BN). Itu bapa sendiri, mana boleh sokong orang lain... tapi tengok macam mana dia jaga anak. Ini bapa kita, mana boleh sokong orang lain...tapi tengok cara dia jaga anaknya,” kata Jaafar.

Pengerusi keselamatan dan pembangunan kampung, kampung bersebelahan Kg Mangkalinau Orang, Ahmad Musa, 55, bersependapat dengan sentimen Jaafar.

Katanya, penduduk di situ yang kebanyakan mereka nelayan tidak dapat menganggarkan berapa yang mereka perolehi setiap bulan kerana ramai yang tidak pasti sama ada perahu yang digunakan mampu menghadapi badai di laut





PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah
Salhan K Ahmad
Nov 3, 10
11:29am


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya sebagai rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya


Galas kuat betul bau 'pitih'
Salhan K Ahmad
Nov 3, 10
9:43am


Deria bau bagi sesiapa yang menjejakkan kaki buat pertama kali ke Gua Musang pasti terangsang. Itulah salah satu ciri unik yang diperhatikan dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Galas kali ini. Ciri ini mudah dikesan di segenap ceruk kawasan ini, termasuk di Bandar Gua Musang sendiri.

Bagi seseorang yang tidak pernah menghidu bau seperti getah skrap, bau yang tidak begitu menyenangkan itu mungkin menyebabkannya tersentak apabila disebarkan oleh lori dan trak pikap yang lalu lalang di sini.

Realitinya, bau seperti itulah yang dianggap sebagai bau 'pitih' (wang dalam loghat tempatan) bagi golongan pengusaha ladang dan penoreh getah di sini.

Golongan petani ini membentuk sebahagian besar daripada pengundi Melayu di sini dan taruhan bagi undi mereka ialah isu tanah.

Umno dilihat giat membangkitkan isu ini pada peringkat awal, namun di akhir tempoh 10 hari berkempen, PAS nampaknya turut mara dengan isu-isu tanah.

Isu tanah


Dalam satu majlis pada Isnin, menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertindak menyerahkan Sijil Penempatan Berkelompok kepada seramai 75 orang penduduk di kawasan Orang Asli di Pos Sandrop, dalam jajahan kecil Lojing.

Bagaimanapun, bagi BN, sijil berkenaan bukanlah sesuatu yang baru namun hanya satu kesinambungan kepada usaha yang dijalankan parti itu sebelum ini.

"Rumah itu memang kita sudah buat, bukan kerajaan negeri yang buat," kata ADUN Nenggiri Mat Yusoff Abd Ghani ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya rumah contoh untuk masyarakat Orang Asli di situ telahpun dibina oleh BN di atas tapak yang sememangnya disediakan.

"(PAS) cuma bagi surat saja," katanya lagi yang berpendapat bahawa BN masih mendahului PAS dalam mengutarakan isu berkaitan tanah.

PAS juga mendakwa, masih terdapat "senjata sulit" dalam soal tanah untuk memenangi pilihan raya ini.

'Senjata sulit' PAS


Pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron berkata, senjata tersebut merupakan ketetapan untuk meletakkan semua kawasan Orang Asli di dalam satu kawasan rizab, seperti yang dituntut oleh masyarakat itu.

Bercakap dalam satu sidang media lewat petang semalam, katanya, perkara itu juga menjadi "satu perjanjian" antara masyarakat Orang Asli dengan PAS.

Golongan berkenaan membentuk 17 peratus daripada keseluruhan 11,553 orang pengundi yang disebut-sebut sebagai 'kingmaker' dalam pilihan raya kecil kali ini.

Pengundi Cina juga disebut sebagai penentu pilihan raya ini, berdasarkan kejayaannya memenangi semua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu, termasuk Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.

Namun, di peringkat kedua kempen, penasihat pilihan raya PAS Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata keadaan itu telahpun berubah.

Undi masyarakat Cina dijangka turun berbanding sokongan sebanyak 54 peratus pada pilihan raya umum lalu, katanya.

Melayu penentu sebenar?

PAS juga hanya meletakkan sasaran untuk mengekalkan 33 peratus undi daripada masyarakat Orang Asli dan secara keseluruhannya, hanya 48 peratus undi.

Dalam keadaan ini, parti itu perlu berusaha keras bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang besar, malah melebihi jumlah 81 peratus yang dicatat dalam pilihan raya umum lalu.

"Pengundi Cina pun ada tapi masih 60 peratus (pengundi Melayu) yang akan tentukan kemenangan," katanya," katanya lagi.

Beliau mengambil contoh kawasan Kampung Baru yang mempunyai hampir seribu pengundi Melayu daripada lebih 2,000 pengundi di daerah mengundi itu.

PAS sebelum ini berjaya memenangi semua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu termasuk di Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.

Di kawasan pengundi Melayu, PAS bagaimanapun hanya mendapat sokongan majoriti di Batu Papan dan Sungai Terah.

"Kita hanya dapat sikit saja undi di Batu Papan (pada 2008). Tapi kali ini kita berharap sokongan akan meningkat khususnya di Tanah Putih." kata naib yang dipertua PAS Gua Musang Husin Embong.

PAS mengharapkan undi simpati daripada kalangan pengundi di situ yang banyak menerima bantuan kebajikan daripada PAS, termasuk menerima rumah PPRT.

"Satu lagi kawasan seperti Kampung Lembaga di Sungai Terah boleh dikatakan kubu kuat kita. Kita lihat Umno sendiri beri tumpuan di Sungai Terah untuk pecahkan kubu kita," katanya lagi.

Kawasan Sungai Terah merupakan antara kawasan utama ceramah perdana Pakatan Rakyat pada hari ketiga kempen, 28 Oktober lalu.

Bagaimanapun, isu yang dibawa oleh dua pemimpin utama Pakatan – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng itu dilihat tidak banyak memberi kesan kepada pengundi di sini.

Menurut seorang pemerhati, sentimen pengundi di sini tidak lut dengan isu nasional seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat, mahupun dengan isu lesen perjudian. Soal utama di hulu Kelantan ini tetap merupakan isu tanah.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Tengku Razaleigh bersama calon BN Abdul Aziz Yusof turun ke tempat ceramah yang sama tapi dengan program yang berbeza – pertandingan futsal 1Malaysia.

Fokus setempat

Pada malam Isnin pula, PAS dilihat mula menukar rentak serangannya. Parti itu membariskan beberapa tokoh untuk mengupas isu-isu tanah setempat mengikut kawasan sasaran.

Di satu pentas PAS di Kampung Panggung Lalat itu, antara yang kerap diulang-ulang dalam ceramah di termasuk oleh exco kanan Datuk Husam Musa ialah "kerajaan negeri tidak rampas tanah."

Turut hadir di pentas tersebut ialah pengerusi biro tanah dan pembangunan wilayah PAS pusat Mazlan Aliman serta bekas ketua jajahan Gua Musang Abdullah Mat Yusof.

Isu tanah Felcra seluas 1,400 ekar itu bukanlah satu perkara baru memandangkan ianya berlarutan sejak 20 tahun lalu. Ia kembali menjadi isu dalam pilihan raya 2008 apabila dibangkitkan oleh Tengku Razaleigh sejak awal tahun lagi.

Sokongan masyarakat dalam daerah mengundi Batu Papan itu bagaimanapun tetap memihak kepada PAS pada Mac 2008 walaupun dengan majoriti tipis di ketiga-tiga saluran.

PAS sebelum ini memasuki gelanggang Galas dengan keyakinan bahawa pengaruh ahli parlimen kawasan ini Tengku Razaleigh Hamzah telahpun semakin pudar di kalangan golongan peniaga, pekerja dan juga Orang Asli.

Di peringkat akhir kempen ini pula, PAS mendakwa telah menghidu bau sogokan dalam bentuk 'pitih' , yang dikatakan berpunca daripada putera Kelantan itu.

Dakwaan ini timbul dalam keadaan sentimen pengundi yang dilihat masih 'cair'. Kajian oleh Ilham Centre yang diterbitkan semalam menyebut, peratusan pengundi atas pagar di Galas masih tinggi dengan kadar 54.1 peratus.

Sekuat mana bau itu akan berlegar di peringkat terakhir kempen ini masih belum dapat dipastikan namun BN dijangka tidak akan berdiam diri sahaja dengan dakwaan seperti itu.

PAS dijangka akan menjadi sasaran kerana tanpa berselindung lagi parti itu mengumumkan untuk memberikan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar.

Bagi PAS, ini merupakan amalan biasa dan BN juga didakwa mengamalkan perkara yang sama









Hillary hubungi Anwar bertanya ke liwat II
Nov 3, 10 11:12am

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton disahkan ada menghubungi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapiny, lapor TV Selangor.

Anwar juga memaklumkan tiada pertemuan empat mata dengan Clinton tetapi memberitahu, bekas wanita pertama Amerika itu meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi semalam.

“Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini (semalam), beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu.

“Dan, beliau meminta saya menyampaikan salamnya dan meminta maaf kerana tidak menyedari kehadirannya ketika dialog itu,” kata Anwar selepas satu majlis kempen di sebuah restoran di Sandakan semalam.

Tambah Anwar , Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes liwat II yang sedang dihadapinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.

“Beliau bercakap mengenai keadaan saya dan saya memberitahu beliau bahawa saya perlu melalui proses perundangan sewajarnya.

“Beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat ambil berat dan mahu kerajaan Malaysia menghormati lunas perundangan,” kata Anwar lagi yang berada di Batu Sapi.

Bernama
sebelum ini melaporkan kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Clinton untuk menemui ketua pembangkang itu kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes liwat II Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

“(Tambahan pula) kerajaan BN kini menghadapi pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan kawasan Parlimen Sabah (Batu Sapi) jadi kita tidak mahu individu atau pihak tertentu untuk menyalah tafsir bahawa Amerika Syarikat atau Setiausaha Clinton membantu orang ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama dengan Clinton di Putrajaya, semalam.

Clinton, yang tiba malam Isnin lalu, adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Sebelum itu, Anifah dan Clinton mengadakan mesyuarat dua hala berhubung isu antarabangsa dan serantau untuk kepentingan bersama.

Clinton, ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Anwar lewat hari ini berkata, para pegawai dari Amerika Syarikat dan Jabatan Negara sentiasa berhubung dengan Anwar, kami akan terus berhubung dengannya dan kami memantau kesnya dan seperti apa yang disebut Menteri Luar mengenai perbicaraan yang terbuka dan bebas, itu yang sebenarnya kami jangkakan.

Beliau berkata perkara mengenai pendakwaan Anwar, yang didakwa sebagai bermotifkan politik oleh sesetengah pihak, juga dibincangkan dalam mesyuarat.

“Sudah diketahui umum bahawa Amerika Syarikat percaya adalah penting bagi semua aspek kes ini untuk dikendalikan dengan adil dan telus dan sebaliknya yang meningkatkan keyakinan dalam kedaulatan undang-undang di Malaysia.

“Kedutaan kami mengekalkan hubungan baik dengan parti pemerintah dan pembangkang memandangkan disiplin penting dalam proses demokrasi di Malaysia dan kami akan terus menyokong pembangunan pesat Malaysia dalam mengukuhkan institusi demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Anifah juga mengulangi bahawa beliau akan memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil kerana jika wujud “pendakwaan berunsur politik'' ia boleh berlaku kepada sesiapapun



Banjir ragut mangsa pertama di Bachok
Nov 3, 10 10:01am

Seorang kanak-kanak Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di Bachok ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.

Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang.

"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan kepada anggota keluarga.




Insiden di Galas: Kumpulan TBH tuduh Heng berbohong
Wong Teck Chi
Nov 2, 10
8:23pm


Gerakan 'Malaysian for Beng Hock' hari ini mengeluarkan gambar-gambar untuk membuktikan bahawa salah seorang anggotanya telah dikasari oleh seorang pemimpin MCA Gua Musang Sabtu lalu.

Penyelarasnya, Ng Yap Hwa berkata, gambar-gambar tersebut
membuktikan bahawa anggotannya itu, Soh Cher Hai, jelas ditolak dengan ganas oleh seorang individu yang dikenalpasti sebagai setiausaha MCA bahagian Gua Musang.

Gerakan itu berkata, gambar tersebut merupakan bukti bahawa Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, telah membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai kejadian tersebut.

Heng telah mendakwa bahawa Soh tidak benar-benar jatuh ke tanah dan beliau telah memastikan keselamatan Soh sebelum beredar dari situ.

Ng berkata, gambar-gambar tersebut juga menjukkan Heng tidak sahaja menyaksikan insiden itu, tetapi beredar tanpa memperdulikan Soh, yang terjatuh di tanah, hanya beberapa kaki sahaja darinya (kanan).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibunegara, beliau mendesak MCA supaya memecat setiausaha bahagian yang bertindak ganas itu, dan mengambil tindakan displin terhadap Heng kerana didakwanya berbohong.

Soh turut hadir di sidang akhbar tersebut. Sabtu lalu, Soh cuba menemui Heng selepas satu majlis di Gua Musang, di mana timbalan menteri itu berkempen untuk BN dalam pilihan raya kecil Galas.

Ekoran insiden kekasaran terhadap Soh itu, masyarakat Cina di Gua Musang telah menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap MCA berhubung apa yang berlaku itu.Dalam usaha untuk meredakan keadaan, Heng mengeluarkan
kenyataan semalam untuk menunjukkan sokongannya terhadap salah satu isu yang dibangkitkan oleh gerakan tersebut, iaitu penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh

- Bernama

DUNIA MUNGKIN SELAMAT...AKHIRAT INSYAALLAH SANGKUT.....

Sampai Bila Mahu Begini? – ’Skandal PKFZ Dalam Bikinan’ – Ketua Audit Negara
Dr Dzukefly Ahmad

Laporan Ketua Aduit Negara (KAN) 2009 lewat dibentangkan kali ini. Selalu ia mendahului atau bersekali dengan Bajet. Apa jua disebalik muslihat PM Najib membentangkannya kemudian termasuk ianya tidak mahu membayangi Bajet atau Program Peralehan Ekonomi (ETP)nya, yang pasti ia tidak mengizinkan Ahli Parlimen menggunakan fakta dan maklumat laporan audit dalam perbahasan Bajet 2011.

Walau apa pun, buat kesekian kalinya, Laporan Ketua Audit Negara terus mendedahkan bahawa pentadbiran dan pengurusan kerajaan ini masih belum bebas dengan kepincangan, ketirisan bahkan kebocoran akibat ketidakatuhan, penyalahgunaan kuasa atau paling parah lagi rasuah. Ini melibatkan Kementerian-kementerian Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan, agensi-agensi dan badan-badan berkanun.

Yang paling penting bagi rakyat umum ialah ’Apakah negara ini lebih baik sekarang atau lebih parah lagi dari laporan audit sebelumnya? Di semua segi khususnya pengurusan perbendaharaan dan wang rakyat dari pelbagai cukai langsung seperti pendapatan, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai dsbnya. Rakyat ingin tahu. Laporan Audit Negara menceritakan kesemua.

Secara tidak langsung pula umum mengetahui bagaimana tanggapan dunia erhadap prestasi negara dalam hal ini. Contoh ukuran adalah menggunakan kajian oleh pihak antarabangsa contohnya Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Terkini, mengikut dapatan Transparency International (TI-Malaysia), Malaysia mengalami penurunan markah CPI dari 4.5/10 turun 4.4/10. Markah penuh ialah 10 dan 0 paling marah. Kedudukan negara kini tetap pada tangga 56/178.

Laporan Ketua Audit Negara 2009

Disamping menggegarkan rakyat dengan hutang awam ke paras RM362.39 bilion atau bersamaan dengan RM 53.7% KDNK, Laporan Ketua Audit Negara terus membariskan pelbagai kepincangan dan keitirisan. Yang baik ada, samada di Pusat mahupun negeri. Pencapaian-pancapaian itu semua mungkin perlu diiktiraf. Itu memang sepatutnya maka tidak perlu disanjungi sangat. Ya, mereka perlu dicontohi. Namun ia bukan tajuk penulisan ini.

Yang buruk, jelek dan bobrok tidak reda dan masih menebal. Terlalu kelaziman sehingga terbudaya. Ini yang paling ditakuti pemimpin di semua peringkat.

Kalau Laporan Audit Negara dalam 2005 pernah mendedahkan tentang kepincangan awal PKFZ, kini ada satu kes persis PKFZ 2.0. Amat malang ketika didedahkan tentang PKFZ dahulu tidak ada siapa pimpinan kerajaan pun mahu bertindak. Pembangkang memekik macam nak keluar anak tekak seperti veteran YB Lim Kit Siang. Baru-baru ini sahaja semuanya terlondeh, setelah hilang berbilion RM.

Kes Pengurusan Pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bernilai RM243.38 juta adalah ’skandal PKFZ dalam bikinan – ’scandal in the making’. Jalan cerita lebih kurang sama

Projek usahama LKIM dengan Bindforce Sdn Bhd melalui penubuhan Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) pada 12 April 2004.

Bindforce Sdn Bhd memegang ekuiti 60% bernilai RM29.05 dan LKIM memegang 40% bernilai RM11.62 juta malaui sewaan tanah LKIM seluas 20 ekar yang bakal dibangunkan. Perjanjian konsesi penswastaan secara Bina-Operasi-Pindah (BOT) selama 30 tahun.

38 juta yang dibiyaibentuk bon daripada OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) mengeluarkan surat sokongan kepada OSK Trustee Berhad pada 15 September setelah mendapat pandangan Penasihat Undang-undang MOA.

LKIM mengeluarkan ”Letter of Undertaking” yang menyatakan dalam Klausa 24 perjanjian konsesi akandikuatkuasakan apabila terdapat ’event of default’ berlaku di pihak MITP.

Pada 6 Januari 2010, OSK Trustees mengisytiharkan ’event of default’ terhadap MITP. OSK menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah. Kerajaan perlu tanggung RM83.45 juta iaitu ekuiti sebanyak 40% di dalam MITP. Perpindahan ekuiti itu juga tidak diambil tindakan oleh MITP.

Implikasi kewangan kini ialah jelas – tanggung pinjaman bon (RM83.45 juta), surat sokongan merupakan liabiliti kepada kerajaan Pusat dan tanah LKIM seluas 20 ekar tidak dapat dituntut kembali kerana telah dicagari MITP dan syarikat MITP kini tidak aktif.

Berapa banyakkah projek-projek ETP dan RMK serta Bajet 2011 yang akan diberi ’jaminan undertakings’ oleh Kerajaan Pusat dalam apa yang kononnya ialah Inisiatif PPP atau Public-Private Partnership Iniatives ????

Kesemua ini adalah ’off-balance-sheet’ budgetting yang akan berkahir dengan perbelanjaan kerajaan Pusat juda dan pastinya ’Pelebaran Desifit Fiskal !!

Selainnya secara terpilih dari (tidak termasuk dari JPM, Pertahanan, Imigresen dsbnya)


Dana Suntikan Fiskal dalam tahun 2008, disalahgunakan untuk membeli barang-barang mewah, contohnya pembalian Candelier, home-teater, karpet, sofa set di Penakalan Udara Labuan yang menelan RM301,900.

KTMB pula, disebabkan kos operasi dan segala kelemahan pengurusan, telah mengalami kerugian 3 tahun berturut-turut serta menanggung kerugian sebanyak RM1.45bilion. KTMB mendapat 4 kali suntikan dana dari kerajaan Pusat sebanyak RM500 juita. KTMB kini mahukan hutang mereka ditukar sebagai pegangan ekuiti kerajaan dalam KTMB.

Tabung PTPTN pula dilaporkan memberi RM23.78 juta kepada 16,013 pelajar tanpa mereka memohon pinjaman tersebut yakni tidak menandatangani perjanjian untuk membayar kembali pinjaman ini. Kini dilaporkan bahawa PTPTN sedang menanggung hutang tak bebrbayar sejumlah RM45.98bilion.

Pengeluaran tidak sah yang melibatkan RM435,850 juga meninggalkan tanggapan buruk oleh pencarum dan bakal pencarum terhadap institusi Tabung Haji.

Amat memalukan apabila laporan Ketua Audit mendedahkan bahawa terdapat amalan pembekalan makanan yang sub-standard di sekolah dan di hospital. Contohnya di Sekolah Jeroko di Lahad Batu, membekalkan sandwich yang tak ada sardin, salad dan tomato. Pelajar-pelajar malang ini hanya dibekalkan roti bersapu margerin sahaja.

PEMANDU yang mendapat peruntukan RM40 juta (?), perlulah memandu dan memantaulah sikit-sikit demi tumbesaran generasi masa depan ini kearah Malaysia Maju 2020(?).

Sampai Bila Mahu Begini?

Dr Dzukefly Ahmad,
AJK PAS Pusat.

TEKTIK BIAR JANGAN MUSUH AMIK KESEMPATAN BUAT FITNAH...JIKA NIAT PANCING UNDI..MAKA DAPATLAH APA YANG DINIATKAN....

Orang Asal@Asli diberi wang zakat selepas masuk Islam
Harakahdaily
GUA MUSANG, 3 Nov: Umno didakwa benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asal yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya.

Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang Asal yang menganut Islam.

Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, tidak timbul sama sekali duit yang diberi kepada pemuda Orang Asal yang menganut Islam sebagai rasuah pilihan raya kerana ia merupakan pemberian zakat.

“Islam menggalakkan saudara baru dibantu bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. Jadi bantuan tidak seberapa yang diberi kelmarin ketika kunjungan Menteri Besar ke penempatan Orang Asal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru.

“Saudara baru termasuk dalam lapan asnaf yang perlu dibantu terutamanya melalui sumbangan duit. Jadi isu ini nampak sangat dipolitik Umno selepas mereka kehabisan modal,” katanya.

Dalam Islam, terdapat lapan asnaf yang layak menerima zakat. Salah satu darinya adalah saudara baru atau mualaf iaitu mereka yang baru masuk Islam.

Laman berita Umno semalam menganggap PAS terdesak apabila merasuah wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi Orang Asal di perkampungan Sendrop.

Pemberian duit zakat kepada tiga Orang Asal tersebut disumbang Tabung Amanah Tok Kenali sebagai bantuan awal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru selepas menganut Islam.

Bagaimanapun bagi Umno pemberian zakat seolah-olah hina bagi mereka. Ini secara tidak langsung menggambarkan Umno benar-benar memperjuangkan kebendaan tanpa menghiraukan kehidupan rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, Umno cuba menyembunyikan perkara sebenar pemberian zakat disampaikan Menteri Besar kepada tiga Orang Asal yang menganut Islam.

Katanya, segala strategi Umno bagi memburukkan PAS ternyata menyimpang jauh termasuk juga isu khalwat yang dijaja mereka terkena kepada batang hidung pemimpin Umno sendiri.



BN rampas Galas, kalah di Batu Sapi?

http://kalamperantau.wordpress.com/

Ramalan saya supaya pilihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi serentak telah menjadi kenyataan. Pada 4hb. November 2010, pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan akan menentukan wakil rakrat mereka yang baru.

Di DUN N45 Galas, pertandingan satu lawan satu antara calon BN (UMNO) dan PR (PAS). BN mengemukakan Abdul Aziz Yusof, Setiausaha UMNO Gua Musang dan PR pula menamakan Dr. Zulkifli Mohamad, Pemangku Yang Dipertua PA Gua Musang. Kerusi ini kosong ekoran kematian Che Hashim Sulaima (PAS).

Sebelum Che Hashim Sulaima (PAS) menawaskan Mohamad Saupi Deraman, calon BN pada pilihanraya umum 2008 dengan kelebihan 646 undi. Sebelum itu, kerusi ini adalah milik BN dan tidak pernah jatuh ketangan pembangkang, melainkan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan 1995 sahaja kepada calon parti Melayu Semangat 46 yang di pimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Malah faktor pengaruh Ku Li turut diakui oleh PAS yang telah ber”kubu” di sini sejak lebih 3 dekad lalu. Sekiranya Ku Li bertanding dalam pilihanraya kecil ini, PAS sanggup untuk tidak bertanding.

Kehebatan Ku Li yang sentiasa dijaja media adalah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS pada tahun 1978 melalui kerjasama UMNO-Berjasa dan kemudian sekali lagi berjaya merampas Kelantan pada tahun 1990 melalui kerjasama PAS-Semangat 46-Berjasa-Hamim.

Tetapi setelah membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada bulai Oktober 1996 dan menyertai UMNO semula pengaruh Ku Li semakin merosot. Dalam pilihanraya umum 2008, Ku Li gagal mengatasi undi yang diperolehi Dr Zulkifli Mohamad, calon PAS di DUN Galas bagi pengundian parlimen Gua Musang.

Kekalahan BN di DUN galas dalam pilihanraya umum lalu bukanlah kerana kekuatan PAS di sini, tetapi lebih kepada faktor masalah dalaman UMNO yang wujud ekoran penyertaan semula Ku Li dan pengikutnya ke dalam UMNO Gua Musang.

Mengikut maklumat yang sampai kepada saya daripada beberapa pihak, peluang PAS dan UMNO dalam pilihanraya kecil ini adalah “50-50” tetapi kelebihan ada pada UMNO kerana kerusi ini merupakan kubu meraka sejak awal lagi.

Sungguhpun begitu peluang Dr Zulkifli memang kerusi ini tetap ada jika beliau berjaya menyakin orang asal dengan perjuangannya untuk membentuk Jawatankuasa Khas Orang Asal dan Urusetia Orang Asal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang asal di Galas ini.

3 Penjuru di Batu Sapi

Manakala di Palimen Batu Sapi pula berlaku pertandingan 3 penjuru dalam pilihanraya kecil kali ini diantara BN (PBS), PR (PKR) dan bekas komponen BN, SAPP. BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin (PBS) yang akan bersaing dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan peguam, Ansari Abdullah (PKR). Kesemua calon ini adalah dari luar Batu Sapi.

Dalam pilihanraya umum 2004, Ir Edmund Chong Ket Wah (PBS) menang tidak bertanding dan dalam tahun 2008, beliau menewaskan calon bebas, Dr Chung Kwong Wing dengan majority 3,708 undi.

Rekod PKR di kerusi ini tidak baik apabila gagal menghantarkan calon mereka dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 yang lepas. Peluang Ansari Abdullah bergantung penerimaan lebih 15,000 pengundi muslim di sini yang menjadi pengundi majoriti kerana pengundi Cina dijangka akan lari kepada Yong Teck Lee, Presiden SAPP.



Perutusan PRK N.45 Galas
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Salam persaudaraan semua Pengundi Galas.

Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita semua bertemu dalam pilihan raya kecil N.45 Galas, Gua Musang.

Semoga semua Pengundi Galas daripada orang Melayu, Cina, Orang Asal sampai kepada orang India berada dalam sihat dan ‘afiat.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan pengharapan agar Pengundi Galas dapat menghayati jasa dan bakti serta ketulusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bersempena panggilan keluar mengundi pada hari Khamis, 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 4 November 2010 nanti.

Maka, undilah Calon Kito, Dr. Zul dari Parti PAS, iaitu Parti Kerajaan yang mentadbir Negeri Kelantan hari ini.

Sesungguhnya, ambillah pengajaran daripada tujuan Allah SWT menciptakan manusia ini "lelaki dan perempuan, dan berbangsa-bangsa, supaya kita semua berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain". (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:13).

Justeru Allah menciptakan manusia semua adalah dari satu keturunan, iaitu Nabi Adam.

Ini bermakna asal-usul sesuatu kaum itu, tidak kira Melayu, Cina, India dan Orang Asal adalah dari seorang manusia bernama Adam yang kemudian berkembang menjadi pelbagai keturunan, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pelbagai adat resam.

Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas semua perbezaan, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT.

Memahami ciptaan Allah itu, saya dapati Saudara Dr. Zul selaku Calon Kito telah memberi kesanggupan untuk berkhidmat kepada semua rakyat, Pengundi Galas, termasuk Melayu, Cina, Orang Asal dan India.

Ini sesuai dengan perintah Allah SWT, agar kita semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan, menerangkan kebenaran dan jangan timbul rasa kebencian terhadap sesuatu kaum sehingga melakukan
ketidak-adilan ke atas kaum itu (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Maidah 5: 8).

Inilah misi dan matlamat sebenar Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan Ulama’ tatkala berkuasa– sedia membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat– sentiasa utamakan prinsip keadilan untuk semua.

Begitu pula dari segi kemasyarakatan, Allah SWT melarang perbuatan saling cemuh-mencemuh dan rendah-merendah terhadap kaum tertentu. Ini mungkin kaum yang dicemuh itu lebih baik.

Dan kita harus mengelakkan daripada panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:11).

Oleh itu, semua Pengundi Galas sama ada orang Melayu atau Cina, India atau Orang Asal hendaklah saling hormat-menghormati.

Prinsip ini telah menjadi pendirian dan dasar sosial Kerajaan Negeri Kelantan sepanjang mentadbir Negeri ini sejak pilihan raya umum 1990 lagi.

Maka prinsip ini menjadi panduan Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan (dari Parti PAS/Pakatan Rakyat) menjalankan tugas dan berkhidmat kepada rakyat.

Saya yakin Saudara Dr. Zul bersedia mengamalkan khidmat terbaik untuk rakyat Galas berpandukan prinsip tersebut.

Sesungguhnya, pilihan raya kecil Galas berlaku pada saat Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyambut 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Dalam tempoh 20 tahun itu, banyak usaha pembangunan sudah dibuat dan sedia dinikmati oleh semua rakyat.

Aspek kebajikan rakyat, kepentingan dan hak rakyat menikmati hasil pembangunan adalah keutamaan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

Termasuklah, Pengundi Galas sudah menerima banyak perubahan hasil daripada pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Jajahan Gua Musang.

Justeru itu, tiada pilihan lain bagi Pengundi Galas, melainkan bersetuju untuk mengundi Calon Kito, Dr. Zul yang sanggup memberi khidmat terbaik bagi menyambung usaha Wakil Rakyat sebelum ini, malah sedia menjadi penghubung dan pemudah-cara antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

Semua Pengundi Galas harus menerima hakikat bahawa segala rancangan pembangunan akan berjalan lancar apabila Dun Galas ini mempunyai Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri. Ini kerana banyak urusan pembangunan adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Di antaranya rancangan pemilikan tanah, pembinaan jalan, bekalan air paip, pembinaan rumah, bangunan perniagaan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Maka, pesanan saya, janganlah mudah percaya kepada janji pemimpin BN yang jelas menentang Kerajaan Negeri, kononnya mereka ada kuasa untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah atau bekalan air, atau pun perumahan rakyat.

Semua urusan ini tidak akan selesai tanpa kerjasama Wakil Rakyat dari Parti yang mewakili Kerajaan Negeri.

Memahami keadaan yang sedemikian, apa pasal kita nak pilih calon BN?

Natijahnya calon BN tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin BN yang terlibat dengan rasuah, kroni dan pilih kasih yang jelas berlawanan dengan ajaran agama, bercanggah dengan hasrat rakyat dan tidak sehaluan dengan dasar-dasar Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Maka seruan saya, berilah keyakinan dan kepercayaan kepada Calon PAS, Dr. Zul sebagai Calon Kito yang sedia berkhidmat untuk semua Pengundi Galas.

Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi dan undilah bulan.

“Pertahan Galas Kito”

Calon Kito, Dr. Zul – Cakno & Mesra

Malah mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, pengundi-pengundi yang menolak calon BN di sini bersedia memberikan peluang kepada bekas Ketua Menteri Sabah itu mewakili mereka dalam pilihanraya kecil kali ini.

Berdasarkan pemerhatian saya, setelah 11 PRK diadakan selepas PRU ke-12 pada 2008 lalu, Sembilan daripadanya diadakan dalam era pemerintahan Najib Tun Razak. Semuanya kekal kepada status quo, melainkan Kuala Terengganu jatuh kepada PR (PAS), Hulu Selangor kembali kepada BN (MIC) dan Sibu jatuh kepada PR (DAP).

Jika kekalahan BN di Batu Sapi benar-benar terjadi, satu lagi musibah yang akan dihadapi BN Sabah selepas ini setelah BN Sarawak juga sudah tidak semantap dulu lagi bila BN (SUPP) gagal mempertahankan kerusi parlimen Sibu pada Mei lepas kepada DAP.

Adalah lebih baik BN melipatgandakan usaha mempertahankan Batu Sapi dari menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka merampas Galas. Pilihanraya kecil serentak pada April, 2009 sebelum ini pun menyaksikan BN mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, PKR mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau dan PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Apa pun, kita tunggu dan lihat keputusan kebijaksanaan pengundi-pengundi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi pada 4hb. November, 2010 ini. Apakah kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen mulai 2hb. November semalam memberikan kesan kepada rakyat untuk tidak lagi yakin kepada BN menjaga kebajikan rakyat?

MENARIK UNTUK KITA KONGSIKAN....HANYA ALLAH YANG MENENTUKAN...JIKA KITA MOHON HIDAYAH..INSYAALLAH KITA DAPAT MENILAI.....

Kafirkan Tok Guru Nik Aziz: Penulis jawab Mohd Nor Deris



Oleh: Pria Malaya

Berikut adalah jawapan balas penulis terhadap rakaman video Mohd Nor Deris ini..penulis akui awal2, ilmu penulis tidak sehebat ilmu yg ada padanya..tetapi bak kata orang, belajar tinggi-tinggi tidak semestinya cerdik kalau otak dan pemikiran jumud dan sempit...


1. Pemimpin Umno telah mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz

Perhatikan pada minit ke-3.38..



Jika diperhati, ungkapan2 seperti inilah yang menjadi modal pemimpin Umno menuduh PAS suatu ketika dahulu telah mengkafirkan Umno...sehingga hari ini, dgn berbekalkan modal ini, umno terus menjaja berita kononnya PAS telah mengkafirkan pemimpin2 Umno..

Kali ini kita lihat pula, apa reaksi mereka apabila pemimpin mereka mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz..penulis tunggu jawapan beliau termasuk sesiapa yg ingin pertahankan beliau...


2. Menuduh Pakatan Rakyat hasil gabungan PAS-PKR-DAP sebagi musuh negara dan musuh Islam kerana tidak bersetuju dan berpakat menolak kerajaan Barisan Nasional..(minit 1.30)

Penulis nak tanya..yang pertamanya, beliau ni berpegang (terima) pada demokrasi atau tidak? kalau terima, beliau faham tak apa yg dimaksudkan negara demokrasi?..biar jelas dahulu soal dasar dan prinsip ni...beliau nk persoalkan demokrasi, tapi dalam masa yg sama menyertai parti politik (umno)..mcm mana tu?...

Yang kedua, kononnya pakatan pembangkang yg ada hari ini adalah Pakatan yg memusuhi Islam, pakatan 'kafir' yg memecahbelahkan ummat, dan wajib diperangi..

Penulis nk tanya, semasa PAS bersendirian dahulu, semasa PAS tidak berpakat secara 'rasmi' dengan DAP ketika PRU ke-11 pada tahun 2004 (contohnya), apakah beliau yg juga merupakan bekas Bekas anggota Dewan Ulamak PAS Pusat 1988 telah dan sedia kembali menyokong PAS ketika itu? apakah beliau antara orang pertama yg pertama mempertahankan dasar dan perjuangan PAS sehinga PAS mendapat kemenangan?...tidak..



Maka alasan kononnya gabungan PAS dengan DAP adalah antara punca beliau menentang dan menyerang PAS adalah ALASAN kosong semata-mata...sedangkan matlamat beliau sebenarnya adalah untuk menjatuhkan pembangkang (PAS), dalam masa yang sama memenangkan Umno dan Barisan Nasional..boleh lihat bukti printscreen di bawah dimana beliau telah menuntut PAS dibubarkan dan menyertai Umno...

Kerana itulah penulis berani kata, andai PAS mengambil pendekatan tidak berpakat dengan DAP dan PKR menjelang PRU akn datang, beliau tetap tidak akan menyokong PAS..dan ketika itu PAS langsung tiada kuasa, kerusi yg dipegang PAS terlucut, sementara Umno terus bermaharajela..


3. Mengeluarkan kenyataan sombong dan biadap..

i. "Kehadiran Rombongan Tok Guru di Galas merupakan senjata musuh yang diperalatkan oleh syaitan sedunia terutamanya syaitan Iblis kawan (Tok Guru) Nik Aziz..."(minit 1.54)

ii."(Tok Guru) Nik Aziz datang bukan dalam bentuk yang asal..dia datang seolah-olah dirasuk hantu, dirasuk jin..."(minit 2.12)
Maaf kata..sebijik macam ayah pin dah..

Memang melucukan bila terdengar statement ini dari beliau...sedangkan orang lain termasuk pemimpin Umno yg lain, golongan agamawan yang berlambak di dalam PAS, ulamak2 dan golongan ustaz dan tokoh agama yg lebih hebat dari beliau bersalam dan berjumpa dengan Tok Guru, langsung tak timbul kononnya ada hantu dan syaitan menyerupai Tok Guru..



Malah golongan non-muslim dan artis terharu apabila dapat bersalam dan bertemu dengan Tok Guru..Tok Guru dijadikan icon penyatu dan boleh dijadikan contoh tauladan..boleh lihat contoh di SINI..



Tetapi ntah bagaimana, tiba2 beliau mendakwa wujud syaitan dan jin ketika Tok Guru menghulurkan salam, tangan Tok Guru adalah tangan Syaitan..sungguh hina lagi memalukan tokoh Umno seperti ini..


4. Tidak menyambut salam yang dihulurkan Tok Guru kononnya tangan Tok Guru adalah tangan Syaitan..(minit 2.37)

Maknanya beliau akui beliau telah berpelakuan kurang ajar di dalam rumah orang..kononnya ingin menyatukan umat Islam, kononnya inginkan perpaduan, tapi perangai tidak ubah seperti orang yg tidak pelajari agama..

Tok Guru walau 'tidak gemar' dengan (akhlak dan idelogi) lawannya, tetapi apabila berhadapan secara bersemuka dengan lawannya itu, beliau tetap menunjukkan akhlak yg baik, perwatakan yg baik..

Bukti Tok Guru bukan menghina atau menyerang peribadi (batang tubuh) seseorang, apatah lagi ingin bermusuh (bergaduh) dengan lawannya itu, tetapi hanya tidak gemar terhadap perlakuan dan ideologi (sikap) seseorang lawannya itu..bahkan Mahathir yg menjadi 'musuh' politiknya itu pun disambut baik dan mesra..



(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

Berbeza dengan perlakuan pemimpin Umno ini, yg kononnya sudah mengaku pandai tetapi berkelakuan biadap di depan tokoh agama, pulak tu di dalam majlis (rumah) orang..
"Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.


(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.."- Harakahdaily
5. Beliau telah mendakwa kononnya beliau mempunyai ilmu kasyaf..
"Dengan kasyaf saya, tangan dia (tok guru) macam tangan syaitan hulur kepada saya..jadi saya tidak sambut salam dia..saya tidak mahu jamah tangan syaitan.."
Lagi sekali bila penulis terdengar je ucapan ini, terus penulis terfikir, apakah beliau sebenarnya gila isim?..beliau sedar x apa yg diucapkan ni?..siapa beliau nk dakwa beliau punyai kasyaf dan diheboh2kan kpd khalayak?..
"..Walaubagaimana pun, kasyaf yang diberikan oleh Allah adalah boleh jadi kerana Allah menyukai kita, atau juga Allah ingin menguji kita dalam bentuk pemberian kasyaf. Namun kita hendaklah menganggap ia sebagai ujian supaya tidak timbul sifat riak, ujub dan sombong dan diri kita.

Oleh itu, bagi menjaga pemberian Allah, dan bagi menjaga diri dari tercemar dengan sifat mazmumah, para Mukasyafah Haq kebiasaannya akan mematuhi etika seorang kasyaf / etika mukasyafah iaitu:

- Merahsiakan bahawa diri seorang kasyaf- kecuali kepada orang yang paling dipercayai sahaja. Dan jika terbongkar sekalipun bahawa dirinya kasyaf, hanya mendiamkan diri, tidak menjawab “ya” dan tidak menjawab “tidak”.
- Merahsiakan segala keburukan orang yang “terlihat” olehnya- Yakni tidak menceritakan keburukan orang lain. Dengan kata lainnya “menjaga aib orang”.
- Menjaga rahsia alam- iaitu tidak sewenang-wenangnya menceritakan apa yang dilihatnya secara kasyaf dengan sebarangan melainkan kepada orang yang paling dipercayai, atau mereka yang ahli dalam bidang ini sahaja."
Baca seterusnya di SINI..

Harap beliau belajar lagi ilmu2 agama ini..tok guru walau sudah lanjut usianya, tetapi tetap mempelajari dan mengulangi ilmu agama..bayangkan, saban hari Tok guru mengajar dan menyampaikan kuliah dan ceramah agamanya kepada rakyatnya di Kelantan..namun sayang siri ceramah agama (bukan politik) ini tidak disebarkan oleh media kerajaan..kerana itu penyokong fanatik Umno hanya mengenali Tok Guru sebagai 'tokoh politik', tetapi tidak mengenali tok guru sebagi 'tokoh agama'...


6. 'Menentang PAS dan Pakatan Rakyat adalah JIHAD..'

Penulis nak tanya, beliau fahamkah apabila mengeluarkan kenyataan "Gerakan UMNO adalah jihad" sepertimana yang disuarakan dalam rakaman video di atas?..beliau sedarkan parti yg beliau dokong itu bagaimana sifat dan keadaannya?..

Tak lain dah tak bukan, kenyataan kononnya menentang PAS adalah JIHAD bagi penulis tidak ubah sepertimana kenyataan pemimpin wanita Umno Shahrizat Jalil, yg pernah mengishtiharkan JIHAD menantang Anwar dan PKR semasa PRK Permatang Pauh 2008..boleh rujuk di SINI..langsung tidak memberi apa2 makna...

Jika kalian pernah membaca artikel penulis sebelum ini, penulis ada menceritakan bagaimana beliau telah mengihstiharkan JIHAD menentang PAS sehingga mewujudkan derma jihadnya untuk menentang PAS..boleh rujuk artikel penulis dahulu di SINI..printscreen di bawah menjadi bukti..




Ternyata, beliau sememangnya telah 'mengkafirkan' Tok Guru malah PAS itu sendiri dlm sedar, sehingga terdesak melancarkan kutipan jihad menentang PAS..kini, apa reaksi penyokong2 dan pemimpin Umno? apa respon majlis fatwa? sama2 kita tunggu (sehingga kucing bertanduk)..

Untuk yang terakhirnya (terakhir utk kali ini, bukan yg terakhir), penulis mengajak kalian menilai sendiri siapakah sebenarnya insan yg bernama 'Mohd Nor Deris' ini..jangan terkejut jika penulis mengatakan beliau adalah antara pemimpin/penyokong TEGAR/FANATIK Umno...

Beliau pada pandangan penulis tiada bezanya dengan Ali Rustam, Ustaz Firdaus, Jamil Baharom dan lain2 pemimpin dlm Umno....maka tidak pelik sekiranya beliau sanggup menyerang dan mengkafirkan PAS semata2 mahu melihat musuh politiknya itu, iaitu PAS termasuk Pakatan Rakyat musnah dan terkubur...











Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas...selanjutnya, kalian boleh rujuk sendiri di dalam facebook beliau, 'Mohd Nor Deris'..wallahua'lam..

Akhir kalam, penulis akan sentiasa kemaskini entry ini..penulis akan tunggu reaksi Nor Deris terutama dalam isu 'mengkafirkan' ini, termasuk mereka yg ingin mempertahankan pemimpin Umno ini...wallahua'lam..

Bukan Mahathir, bukan Najib: Tuan Guru Nik Aziz adalah "Guru Aku"- Amy Search

"Tok Guru Nik Aziz adalah idola saya" - Amy Seacrh



Oleh: Pria Malaya

Penulis baru pulang dari ceramah Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Kota Damansara..dua orang ahli panel, pertama, Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, dan keduanya Amy Seacrh, penyanyi dan icon rock tanah air..

Majlis dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob..

Memang menarik isi2 yang dilontarkan oleh kedua-dua ahli panel..terutama penghayatan mengenai junjungan besar nabi kita Muhammad SAW oleh Ust Dasuki..sementara Amy banyak menceritakan pengalaman serta kehidupan beliau dari zaman rockers hinggalah ke saat ini, disamping cabaran dan harapan dari segenap masyarakat terhadap beliau..

Penulis tidak berhajat menceritakan satu persatu apa yg diperkatakan oleh kedua2 ahli panel tersebut yang bagi menulis betul-betul menyentuh hati penulis (kisah mengenai kehidupan Rasulullah SAW)..cuma apa yg ingin dikongsi disini, Amy Serch apabila ditanyakan soalan siapakah idola beliau, beliau dengan yakinnya menyatakan idolanya adalah Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar kelantan merangkap Mursyidul Am PAS...



Menurut beliau, Tok Guru adalah seorang yang a'lim, hidup besederhana, serta wajar dicontohi oleh orang lain..ia mendapat perhatian hadirin termasuklah pengerusi majlis..menurut pengerusi majlis, 'jika penyanyi rock pun hormat Tok Guru, siapalah Ibrahim Ali yang memperlekeh Tok Guru'..begitulah hampir bunyinya..

Sebelum majlis berakhir, seorang lagi artis yang terkenal suatu ketika dahulu, dari kumpulan Rainbow (jika tidak silap penulis) turut sempat 'meluahkan' perasaannya sebelum diberi peluang mengalunkan lagu gubahan beliau sendiri, 'Membangun Bersama Islam'..

Menurut beliau, beliau sangat mengkagumi Tok Guru dan Tok Guru adalah contoh tauladan dan ikutan yang terbaik..menurut beliau lagi, beliau pernah bertemu dengan Tok Guru suatu ketika dahulu dalam keadaan diri yg 'rock' (berpakaian rockers), namun Tok Guru tetap menyambutnya dengan 'terbuka' dan senang hati..

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat penulis kongsikan dikesempatan ini..insyallah, berita ini akan di'hebah'kan oleh teman-teman kita yang lain (yg hadir pada malam tadi), termasuklah gambarnya yang lengkap berjubah dan berkopiah putih..wallahua'lam..

Artikel berkaitan:
- Wardina mahukan anaknya mencontohi sifat sederhana Tok Guru (Nik Aziz)

p/s:Ada seorang hamba Allah bertanyakan, apa perlu berlebih2an Amy memuji Tok Guru (jadikan idola)..

Penulis jawab,

"Idola tertinggi beliau tetap pd Rasulullah..n cara beliau 'luahkan perasaan' beliau semalam jelas tidak berlebih2an, tampak ikhlas pengakuannya..n beliau nyatakan demikian krn beliau punyai pengalaman bertemu sendiri dgn Tok Guru..

Seperkara lagi yg lupa penulis ingin beritahu, Tok Guru yg dikatakan idola beliau itu adalah dlm konteks ulamak/ilmuan Islam khususnya dlm negara kita..

Beliau juga ditanya, siapakah idola beliau dlm kontek dunia hiburan, so beliau jawab idolanya adalah M.Nasir n Loloq, coz banyak senikata2 yg berunsur ketuhanan, ketenangan, metafora n sebagainya..

Di akhir majlis, beliau berharap ulamak2/org agama tidak pinggirkan org sepertinya krn ia sebenarnya lebih menjauhkan org2 seperti mereka kpd agama..maka, bimbinglah mereka, dekatilah mereka, sayangilah mereka..itu luahan Amy la sebagai seorang yg mewakili artis..wallahua'lam



"Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW"- Yusuf Qardawi



Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh Dr Yusof Qaradhawi kepada pimpinan PAS sewaktu Tokoh Maal Hijrah 1431H itu mengunjungi pejabat PAS Pusat untuk pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Pusat.

Banyak lagi pandangan beliau tentang perjuangan Islam di Malaysia, ikuti tulisan sahabat saya Exco Pemuda PAS Pusat, Sdra Abdullah Hj Karim yang turut sama dalam pertemuan tersebut.

"Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.

3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini".

Gambar pertemuan itu juga saya lampirkan di sini - Abdullah Karim

Sumber, Mohamad Taufek



Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz dari pandangan penulis novel Ketika Cinta Bertasbih

Cerita dari Kelantan
Wednesday, 17 February 2010

Siang itu,14 Februari 2010,saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput.Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan,yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu.Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas.Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih,yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang.Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu.Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00,dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani,sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya.Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers.Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia.Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu.Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir.Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak.Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu.Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat.Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia.Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri BEsar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah MEnteri BEsar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga.Tak ada protokoler.Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri BEsar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya,jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara,dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini,pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur- yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia.Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka,kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, ”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.

” Selama tiga hari juga,saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab,mungkin iya.Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab,mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan.Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara.Menurut dia keduaduanya salah. Dia berkata,”Mereka bertemu secara tidak baik-baik,dan berpisah juga dengan tidak baikbaik.

Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik,tetapi disangkutpautkan dengan negara.’ Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, ”Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara.Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

Habiburrahman El Shirazy
Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih

Sumber: seputar-indonesia.com



TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia



The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.



Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam "Honorable Mention".

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

sumber, Kelab Greenboc

[[ Tahniah kepada Tok Guru atas pengiktirafan antara tokoh Islam yang paling berpengaruh di dunia ini..Syabas juga diucapkan kepada saudara Anwar Ibrahim atas anugerah antara tokoh politik Islam yang berpengaruh di rantau ini..mungkin juga ramai yang masih mengingati, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi turut pernah tersenarai antara 50 tokoh termasyhur di rautau ini..ianya boleh dirujuk di sini..

Memetik kalam junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W,"kasihanilah kamu kepada mereka yang berada didunia, nascaya kamu akan dikasihani 'mereka' yang berada di langit"..

Ternyata asakan demi asakan puak-puak 'gerombolan' siang dan malam kepada kalian berdua tidak langsung memberi kesan, malah semakin melonjakkan 'saham' anda di mata rakyat khususnya dimata para muslimin..semoga penganugerahan ini tidak mematah atau mengendurkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan islah di muka bumi Malaysia, insyaallah...

Akhir kalam, sesungguhnya kita berjuang dimuka bumi ini bukan bertujuan untuk mengejar penghargaan dan pengiktirafan dari manusia..pengiktirafan didunia bukan bersifat abadi..pengiktirafan dan penganugerahan yang mutlak adalah hak milik Empunya alam, ia adalah sebaik-baik pengiktirafan..akhir kalam, mabruk alaika ya Tuan Guru Nik Aziz....wallahua'lam..

p/s: Boleh dibaca dalam bentuk PDF di sini, atau di sini..]]

Selasa, 2 November 2010

JIKA BANYAK RASUAH...APA SAJA UNDANG2 TAK KAN BERKESAN...ADAKAH KITA TAK TAKUT NERAKA ALLAH KE



Eksklusif: Bayi RM21,000


2010/11/02

  • Tujuh suspek ditahan selepas urusan
  • Polis serbu hospital swasta jual bayi

  • KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket menjual bayi di sebuah hospital swasta di sini terbongkar selepas polis menahan enam suspek sebaik saja selesai urusan jual beli seorang bayi perempuan berharga RM21,000, semalam. Suspek terbabit termasuk pemilik hospital, isterinya dan anak perempuan mereka serta tiga kakitangan ditahan dalam Ops Pintas Sayang yang dilancarkan Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman, kira-kira jam 4.30 petang.

    Dalam serbuan di hospital itu yang diketuai Asisten Superintendan Nordin Ibrahim bersama lebih 20 anggota hasil maklumat awam, polis juga merampas sijil lahir bayi perempuan berusia seminggu itu dan wang tunai RM21,000 dipercayai yang dibayar suami isteri terbabit.

    Menurut sumber, siasatan awal polis mendapati pasangan terbabit membeli bayi perempuan itu selepas berurusan dengan hospital berkenaan sejak sebulan lalu dan mereka sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

    “Ibu kandung bayi itu dipercayai keturunan Melayu, manakala bapanya seorang warga Pakistan,” katanya kepada Berita Harian.
    Beliau berkata, hospital berkenaan yang dikatakan dimiliki seorang doktor bergelar Datuk, dipercayai menjalankan kegiatan menjual bayi sejak lebih 10 tahun lalu.

    Hospital itu dipercayai memalsukan maklumat ibu bapa kandung bayi terbabit bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit mendapatkan sijil kelahiran bayi itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Seorang wanita yang juga kakitangan hospital berkenaan, turut mengiringi pasangan terbabit ke JPN di Putrajaya sejurus selepas urusan jual beli bagi membantu mendaftarkan kelahiran bayi itu dengan menamakan suami isteri terbabit sebagai ibu dan bapa kandung yang sah.

    “Wanita itu kemudian ditahan polis di JPN Putrajaya selepas selesai menjalankan urusan berkenaan,” katanya.

    Difahamkan, harga bayi yang dijual sindiket itu boleh mencecah lebih RM30,000 mengikut bangsa dan jantina. Harga bayi lelaki dikatakan lebih mahal yang biasanya dijual antara antara RM15,000 ke RM20,000.

    Bayi berbangsa Cina pula paling mahal dan dijual mengikut berat, iaitu RM10,000 sekilogram berikutan permintaannya tinggi dan sukar diperoleh.

    “Jika bayi itu beratnya tiga kilogram, maknanya harga bayi itu adalah RM30,000, berbeza dengan bangsa lain,” katanya.

    Beliau berkata, kebanyakan wanita menjual bayi itu kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan perubatan yang mencecah sehingga RM5,000.

    “Selalunya yang datang ke situ adalah wanita warga asing yang mengandung anak luar nikah selepas menjalin hubungan dengan lelaki senegara atau tempatan.

    “Oleh kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan tidak mahukan bayi itu, mereka datang ke hospital berkenaan yang sememangnya diketahui menjalankan kegiatan menjual bayi.

    “Si ibu akan bersalin di hospital itu dengan kos bersalin serta rawatan ketika pantang ditanggung hospital berkenaan, selain turut diberikan sedikit habuan selepas menyerahkan bayi mereka,” katanya.

    KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket menjual bayi di sebuah hospital swasta di sini terbongkar selepas polis menahan enam suspek sebaik saja selesai urusan jual beli seorang bayi perempuan berharga RM21,000, semalam. Suspek terbabit termasuk pemilik hospital, isterinya dan anak perempuan mereka serta tiga kakitangan ditahan dalam Ops Pintas Sayang yang dilancarkan Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman, kira-kira jam 4.30 petang.

    Dalam serbuan di hospital itu yang diketuai Asisten Superintendan Nordin Ibrahim bersama lebih 20 anggota hasil maklumat awam, polis juga merampas sijil lahir bayi perempuan berusia seminggu itu dan wang tunai RM21,000 dipercayai yang dibayar suami isteri terbabit.

    Menurut sumber, siasatan awal polis mendapati pasangan terbabit membeli bayi perempuan itu selepas berurusan dengan hospital berkenaan sejak sebulan lalu dan mereka sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

    “Ibu kandung bayi itu dipercayai keturunan Melayu, manakala bapanya seorang warga Pakistan,” katanya kepada Berita Harian.
    Beliau berkata, hospital berkenaan yang dikatakan dimiliki seorang doktor bergelar Datuk, dipercayai menjalankan kegiatan menjual bayi sejak lebih 10 tahun lalu.

    Hospital itu dipercayai memalsukan maklumat ibu bapa kandung bayi terbabit bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit mendapatkan sijil kelahiran bayi itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Seorang wanita yang juga kakitangan hospital berkenaan, turut mengiringi pasangan terbabit ke JPN di Putrajaya sejurus selepas urusan jual beli bagi membantu mendaftarkan kelahiran bayi itu dengan menamakan suami isteri terbabit sebagai ibu dan bapa kandung yang sah.

    “Wanita itu kemudian ditahan polis di JPN Putrajaya selepas selesai menjalankan urusan berkenaan,” katanya.

    Difahamkan, harga bayi yang dijual sindiket itu boleh mencecah lebih RM30,000 mengikut bangsa dan jantina. Harga bayi lelaki dikatakan lebih mahal yang biasanya dijual antara antara RM15,000 ke RM20,000.

    Bayi berbangsa Cina pula paling mahal dan dijual mengikut berat, iaitu RM10,000 sekilogram berikutan permintaannya tinggi dan sukar diperoleh.

    “Jika bayi itu beratnya tiga kilogram, maknanya harga bayi itu adalah RM30,000, berbeza dengan bangsa lain,” katanya.

    Beliau berkata, kebanyakan wanita menjual bayi itu kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan perubatan yang mencecah sehingga RM5,000.

    “Selalunya yang datang ke situ adalah wanita warga asing yang mengandung anak luar nikah selepas menjalin hubungan dengan lelaki senegara atau tempatan.

    “Oleh kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan tidak mahukan bayi itu, mereka datang ke hospital berkenaan yang sememangnya diketahui menjalankan kegiatan menjual bayi.

    “Si ibu akan bersalin di hospital itu dengan kos bersalin serta rawatan ketika pantang ditanggung hospital berkenaan, selain turut diberikan sedikit habuan selepas menyerahkan bayi mereka,” katanya.



    JPN siasat laporan kakitangan terbabit kes jual bayi


    2010/11/02

    KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan dalaman sekiranya wujud salah laku di kalangan petugas berikutan laporan yang mendakwa kakitangan JPN disyaki bersubahat menjual bayi.

    "Sekiranya didapati ada unsur-unsur salah laku dan penyelewengan, jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan perundangan sedia ada," kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Zulkifli Rahmat, dalam satu kenyataan di sini

    Berita Harian hari ini melaporkan terdapat kakitangan JPN disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.
    Laporan itu mendakwa selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke Pejabat JPN, manakala "kaki" mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam.

    Berhubung dakwaan pembabitan petugas JPN dalam kes itu, Zulkifli menjelaskan bahawa sistem pendaftaran kelahiran di JPN adalah dikawal dan kelulusan setiap permohonan tidak dilakukan oleh petugas kaunter secara berseorangan.

    "Bagi tujuan kawalan dan keselamatan, JPN juga mempraktikkan sistem kelulusan berperingkat di mana setiap permohonan pendaftaran kelahiran perlu disemak oleh penyelia sebelum diluluskan dan dikeluarkan sijil," katanya. - BERNAMA

    NI BUKAN BALASAN RAKYAT..JIKA BERLAKU APA2....TAPI BALASAN ALLAH...JANGAN SEKALI2 KITA KURANG AJAR PADA ALLAH...KERANA ALLAH KITA HIDUP DIDUNIA INI...

    Selepas jumpa Clinton, M'sia ikrar keadilan bagi Anwar
    Nov 2, 10 6:53pm

    Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

    NONE"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

    Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan terbaru dengan seorang lagi pembantunya.

    Pakatan pembangkang yang diterajuinya membuat kejutan pada pilihan raya umum 2008 lalu dengan menafikan kerajaan BN kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat, - sesuatu yang tidak diduga sejak BN memerintah negara ini lebih separuh abad.

    NONEAnwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.

    Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

    Meliwat walaupun di kalangan golongan dewasa atas dasar kerelaan kedua-dua pihak adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

    Perbicaraan Anwar bermula pada Februari lalu tetapi tergendala akibat penangguhan dan tidak mencapai banyak kemajuan



    PAS bantah penjumlahan 4 peti undi Orang Asli
    Salhan K Ahmad
    Nov 2, 10
    7:29pm


    PAS akan menghantar notis bantahan berhubung proses penjumlahan undi bagi empat kawasan mengundi Orang Asli dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

    Pengarah pilihan raya PAS negeri Abdul Fatah Haron berkata, proses berkenaan dicurigai kerana ia hanya akan dikira di pusat penjumlahan.

    Amalan sebelum ini adalah mengira undi berkenaan di pusat mengundi masing-masing, katanya.

    Jelasnya, ejen calon tidak dapat mengikuti helikopter yang membawa peti peti undi dari empat pusat mengundi Orang Asli - di Belatim, Balar, Bihai dan Hau.

    "Kita ragui keselamatan peti undi ini kerana (ejen parti) tidak dapat ikuti bersama (dalam helikopter tersebut)," katanya.

    Ketika ditanya, beliau berkata PAS mengambil masa yang lama untuk membuat bantahan kerana perlu meneliti peruntukan undang-undang yang ada.

    "Memang ada fakta untuk kita bantah. Kita akan bawa ke mahkamah.

    "Peguam kita sedang buat persiapan terakhir. Esok pagi kita akan faks surat (bantahan)," katanya lagi dalam sidang media lewat petang ini di markas jentera PAS di Gua Musang.

    SPR menetapkan untuk membawa peti undi di empat pusat mengundi berkenaan dengan dua perjalanan selepas tamat tempoh mengundi.

    Perjalanan pertama akan membawa peti undi dari Balai Rawatan JHEOA Pos Belatim dan SK Bihai ke pusat penjumlahan di Dewan Sivik.

    Perjalanan kedua helikopter berkenaan pula akan membawa dua lagi peti dari Dewan TBK Ladoi dan SK Balar


    Mahkamah perintah Khir Toyo beri jawapan
    Nov 2, 10 7:21pm

    Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk memfailkan jawapannya 3 Disember ini berhubung samannya terhadap ADUN Sekinchan Ng Suee Lim.

    Pada 25 Oktober tahun ini, Mahkamah Tinggi mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Mohamad Khir untuk menjelaskan kenapa samannya ke atas Ng tidak perlu dibatalkan kerana pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan selepas Ng memfailkan pernyataan pembelaannya sejak 26 Mac lalu.

    Peguam bela Ng, M Manoharan memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mankiranjit Kaur telah mengarahkan peguam Mohamad Khir, M.Athimulan untuk memfailkan jawapan balas Mohamad Khir itu pada 3 Disember, tahun ini.

    Mohd Khir tidak hadir di mahkamah tetapi Ng berada di mahkamah bersama Manoharan untuk pengurusan kes yang dijadualkan hari ini.

    Manoharan juga berkata pada tarikh itu, hakim dijangka membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perbicaraan berhubung saman sivil ke atas anak guamnya atau tidak.

    Pada 7 Januari, Mohamad Khir menyaman Ng kerana memfitnah beliau dengan menyatakan bahawa bekas menteri besar itu memiliki sebuah rumah agam di Seksyen 7 di sini yang di luar kemampuannya.

    - Bernama



    Karpal desak Azhar Ibrahim didakwa ikut Akta Hasutan
    S Pathmawathy
    Nov 2, 10
    7:38pm


    Ahli parlimen veteran, Karpal Singh mahu ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim diheret ke mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 6 Mei lalu.

    Semalam, DUN Pulau Pinang menggantung Azhar untuk selama enam bulan.

    Menurut Karpal, perkara yang diutarakan oleh Azhar serius dan membawa implikasi negatif terhadap perhubungan kaum di Malaysia walaupun Azhar menarik balik kenyataannya itu.

    "Perlembagaaan Persekutuan dan semua perlembagaan negeri di Malaysia dipinda selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk sebarang hasutan dibolehkan dibawa kepada pertuduhan jenayah walaupun diutarakan dalam prosiding parlimen atau DUN," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

    Azhar dilaporkan berkata mahu pihak tentera mengambil alih tugas polis dan mengatakan benci kepada orang Melayu bererti benci orang Islam.

    Menurut Karpal kes pendakwaan kata-kata berbaur hasutan di parlimen pernah berlaku sebelum ini dan agak hairan mengapa DUN Pulau Pinang tidak membuat laporan polis berkenaan isu ini.

    "Saya agak terkejut DUN Pulau Pinang tidak merujuk perkara ini dalam bentuk laporan polis untuk tindakan diambil terhadap.

    "Tahun 1982, seorang ahli parlimen disabit kesalahan kerana mengutarakan perkataan berunsur hasutan dalam prosiding parlimen. Ahli Parlimen tersebut, Mark Koding didapati melanggar seksyen 3(1)(b) akta hasutan kerana meminta pindaan perlembagaan dan penarikan pindaan artikel 152 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

    Karpal juga pernah dihadapkan dengan tuduhan di bawah akta Hasutan tahun lalu kerana membuat kenyataan Sultan Perak harus dibawa ke mahkamah kerana peranan yang dibawa baginda ketika tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009.

    Justeru beliau meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis ke atas Azhar (atas, pertama dari kiri).

    "Azhar tidak boleh dibenarkan terlepas hanya dengan digantung enam bulan.

    "Peguam Negara, sebagai Pendakwaraya bertanggungjawab untuk bertindak tanpa takut atau pilih kasih demi kebaikan awam," sarannya



    SDO mengaku peruntukan diberi kepada ketua Umno bahagian
    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

    Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

    Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

    Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.

    Beliau mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

    Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

    "Namun dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.

    Namun begitu, katanya, semua 10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan keperluan dan keutamaan.

    "Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India.

    Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.

    Bagi beliau, Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno.

    "Mereka hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am. Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan sembah orang Cina dan India.

    "Alhamdulillah mereka tak sembah orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya.

    Lo ' Lo' sekali lagi memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini.

    "Bayangkan di Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    "Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental dll," katanya.

    Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan Parlimen beliau.

    "Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

    "Siapakah ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau.

    Kerana pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru.

    "Bila saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh silih berganti datang.

    "Semuanya kita layan dan lakukan apa yang termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi.

    Beliau sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat beliau.

    "Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata beliau lagi