Merdeka! Merdeka!Merdeka!
Ya Allah.. kami memohon doa agar Rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup aman dan makmur
Dan memohon Rakyat Malaysia yang beragama Islam bersatu padu demi generasi baru dibumi bertuah ini.
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ

| Li Fook Gao |
|
MINDA NAIB PRESIDEN PAS – 31 OGOS 2010, Edisi Merdeka dan Hari Lahir Tuan Ibrahim
Jika saudara mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila hantarkan soalan saudara ke sembangnaibpresidenPAS@gmail.com. Pemilihan soalan pembaca adalah bergantung keistimewaan soalan dan juga budi bicara pengelola kolum ini. MARI KITA SEMBANG BERSAMA… Datuk Tuan Ibrahim (TITM), YB Salahuddin Ayub (SA) dan Datuk Mahfuz Omar (MO) Selamat membaca! Soalan 1:
Pada pendapat Naib Presiden sekalian, apakah sambutan Merdeka bersama PAS dan keluarga yang paling dikenangi sehingga kini?
TITM: Maaflah, saya memang tiada banyak peristiwa kenangan menyambut Merdeka dengan keluarga, kerana apabila cuti ada saja program untuk saya. Namun begitu, saya masih teringat satu malam Merdeka tahun 1986 saya bersama panel forum mengadakan forum merdeka di Bayan Baru Pulau Pinang. Saya masih ingat sambutannya agak baik, selepas forum, AJK ajak makan nasi kandar - tengah nak sampai kedai nasi kandar, ratusan motor belia, beliawanis keluar dengan bunyi yang sangat bingit, mereka bertempik, bersorak gembira…. beberapa minit kamudian mereka hilang... Saya bertanyakan kawan-kawan ke mana mereka menghilang.... mungkin ke pantai, begitulah Merdeka... mereka bebas nak buat apa yang mereka inginkan... terasa jauhnya erti perjuangan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang yang lalu dengan erti kemerdekaan-kebebasan yang dilakukan oleh remaja masa kini. Saya berharap suasana zaman jahiliyah itu akan bertambah baik dengan pelbagai program pembinaan akhlak untuk remaja kini. SA: Ucapan Merdeka saya kepada rakyat Malaysia: Kita mesti menjadikan kemerdekaan ini sebagai suatu turning point (titik perubahan) untuk kita menjadi rakyat yang betul-betul Merdeka dari segi minda, pemikiran, sikap dan tanggungjawab kita kepada negara ini. Saya mengimpikan satu keadaan kepada rakyat di mana mereka dapat menggunakan kebebasan mereka untuk berfikir, bertindak untuk memilih yang terbaik khususnya dalam kita mendepani urus tadbir dalam negara kita. Marilah kita memilih yang terbaik untuk negara kita ini dan kita menggunakan seluruh kekuatan dan kebijaksaan kita untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dalam negara kita. Kenangan manis saya ialah semasa saya berada di sekolah rendah dulu, di mana saya diberi peluang untuk menyertai satu syarahan mengenai bagaimana menghayati kemerdekaan negara. Saya tidak boleh tidur selama satu minggu kerana memikirkan bagaimana untuk menghadapi syarahan itu. Selepas saya dapat memberikan syarahan tersebut, saya berasa cukup gembira dan saya turut mendapat pujian daripada guru-guru saya ketika itu.
MO: Merdeka yang paling dikenangi khususnya semasa saya bersama keluarga, bukan dengan isteri anak-anak, tapi dengan mak dan ayah saya… pada waktu itu, trend sambutan merdeka lebih bersifat temasya dan bukan pengisian, jadi pada waktu itu, kita tidak tahu apa itu pengisian erti kemerdekaan yang ada… yang ada hanyalah tembakan bunga api pada malam kemerdekaan itu… Pada jam 12.01, semua akan berhimpun di bandar-bandar besar, antaranya Bandar Alor Setar… ayah saya akan bawa saya dan adik-beradik untuk tengok bunga api… maknanya itu hanya satu temasya, satu kemeriahan, keseronokan, kegembiraan dalam menikmati kecantikan bunga api… keesokan harinya kita pergi ke stadium pula tengok persembahan perarakan di jalan raya… dan saya sebagai murid sekolah akan kibarkan bendera dan berbaris di jalan raya… Itulah antara kenangan saya walaupun pada masa itu saya tak banyak tahu tentang apa itu erti kemerdekaan. Oleh kerana ia merupakan satu sambutan yang bersifat temasya, malah sampai sekarang sambutan kemerdekaan ini tidak dalam bentuk pengisian erti kemerdekaan kepada anak bangsa tapi lebih kepada hiburan untuk orang berseronok, dan lepas itu habis begitu sahaja. Kemudian kita marah orang tak pasang bendera di kereta dan sebagainya… Mesej saya kepada rakyat Malaysia bahawa di waktu kita menyambut kemerdekaan yang ke 53, iaitu seumur saya ini sebagai anak Merdeka, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia ini untuk memahat satu keazaman bagi mencetuskan satu kemerdekaan baru kepada negara kita ini iaitu satu pembaharuan kepada masa depan negara dari semua sudut termasuklah politik, ekonomi dan sebagainya. Ini kerana kemerdekaan pertama yang kita lalui itu, pengisiannya telah dicemari oleh pelbagai bentuk yang merosakkan nama baik Merdeka… kita sudah terlibat dengan rasuah, kita telah terlibat dengan salahguna kuasa, penyelewengan urus tadbir negara kita ini dan ini cukup memalukan. Jadi kita perlu bahawa satu kemerdekaan yang baru untuk memastikan slogan Merdeka itu membawa erti kepada sanubari rakyat Malaysia. Maknanya kita mesti bebas, bukan sahaja daripada orang putih, tetapi kita juga harus bebas daripada penjajahan bangsa kita sendiri yang bertujuan untuk mengaut kekayaan untuk diri mereka… terutamanya UMNO. Soalan 2:
PAS dilihat berhadapan cabaran pertembungan approach dalam pendekatannya antara dakwah dan siasah. Dakwah lebih bersifat mengajak, sedangkan pendekatan politik lebih bersifat menyerang. Bagaimana Naib Presiden sekalian menyesuaikan dua situasi yang bertentangan ini? SA: Sering kali saya percaya tentang satu yang pernah diperkatakan oleh Pak Nasir, seorang ulamak yang amat terkenal di Nusantara ini. Beliau sering kali mengingatkan gerakan Islam untuk berhadapan dengan dua situasi – iaitu kita akan berdepan dengan dunia politik dan dunia dakwah dan cabarannya. Oleh itu, gerakan Islam ini bijak untuk memposisikan diri mereka iaitu saya teringat ungkapan Pak Nasir yang berbunyi, “Kita mesti berpolitik di jalur dakwah, dan berdakwah di jalur politik.” Kedua-kedua pendekatan ini akan memberikan satu keberuntungan dan keberhasilan besar kepada gerakan Islam sekiranya kita bijak untuk menggunakan pendekatan ini. Kita mesti bijak meletakkan diri kita sebagai seorang pemimpin yang boleh menguasai kedua-dua cabaran ini di hadapan kita. MO: Saya tidak melihat ada penentangan di antara dakwah dan siasah. Kedua-dua dakwah dan siasah ini mempunyai pendekatan approach yang sama. Dakwah juga ada sifat menyerang, kita tidak boleh menafikan kerana Rasullulah s.a.w sendiri dalam misi dakwahnya, baginda berdepan dengan suasana peperangan. Kalau kita nak katakan, serangan hanya dalam bentuk ucapan dan percakapan tapi Rasullulah berhadapan dengan peperangan… dan begitu juga dalam al-Quran itu sendiri, kalau kita melihat bahawa Quran itu sendiri telah memberikan satu gambaran bahawa dalam dakwah ini ada yang bersifat mengajak dan ada yang bersifat menyerang, begitu juga dalam siasah – siasah tidak boleh menyerang sahaja tanpa mengajak, macam mana orang nak sokong kita? Kita mesti mengajak dan menyerang untuk orang menyokong kita – menyerang perbuatan, kita bukan menyerang orang, tapi kita menyerang perlakuan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam itu sendiri. Jadi saya tidak melihat ada pertembungan dan pertentangan approach, tapi sebaliknya dakwah dan siasah itu saling memerlukan. Dalam dakwah mesti ada siasah, kalau tiada maknanya kita akan gagal. Saya melihat siasah itu ialah kebijaksanaan, kelicikan dan kepandaian – kalau kita tiada kebijaksanaan, kelicikan, kepandaian dan siasah dalam melaksanakan dakwah kita, kita akan gagal dalam dakwah kita. Begitu juga jika dalam siasah tiada unsur dakwah, iaitu unsur nak memberi penerangan dan pemujukan dan sebagainya, kita juga akan gagal dalam siasah kita kerana kita gagal menyampaikan satu mesej yang terang kepada masyarakat. Jadi, dakwah dan siasah saling bertemu antara satu sama lain. TITM: Saya melihat ianya tidak bertentangan kerana dakwah bukan bermakna mengajak dengan lemah lembut sahaja… sebaliknya dakwah dilakukan dengan tiga cara yang dinyatakan oleh Allah, iaitu hikmah, contoh tauladan yang baik serta berdebat dengan cara yg berakhlak. Hikmah bukan lemah lembut, hikmah ialah melakukan dakwah sesuai dengan keadaan, ada masanya kita perlu menyerang, herdik, gertak dan serangan secara hujjah, itu adalah medan dakwah, dan itulah juga uslub politik PAS. Kita menggunakan pentas ceramah bagi menyedarkan rakyat terhadap penyelewengan kerajaan UMNO-BN. Kita membongkar penyelewengan mereka, kita mendedahkan salahguna kuasa mereka. Kita sebut nama bukan untuk membongkar peribadi, tetapi atas sifat dia sebagai pemimpin yang rakyat perlu tahu. Kita perlu mendedahkan semua yang terlibat kerana rakyat mempunyai kepentingan untuk mengetahuinya. Saya masih ingat, bilamana Imam Malik mengajar bab perawi hadis, beliau menyebut Si Fulan - Si Fulan adalah adil, terima hadis riwayatnya, tapi Sifulan bin Si Fulan adalah fasik, jangan terima hadisnya.... lalu bangun seorang muridnya menegur beliau dengan berkata, "Apakah kamu nak mengajar atau nak mengumpat?"… lalu dijawab oleh imam Malik, “Ini bab saya menasihati kamu tentang dirinya (perawi), bukan dalam bab mengumpat kepadanya.” Demikian uslub dakwah dan siasah Islam tentulah sama, dan tidak ,menimbulkan pertembungan seandainya kita memahaminya. Istimewa buat peminat kolum Minda Naib Presiden sempena Hari Jadi Datuk Tuan Ibrahim. Selamat Hari Jadi Datuk!
Kenangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sempena hari lahirnya 27 Ogos
27hb Ogos baru berlalu, tarikh keramat yang mengimbau bagaimana kini usiaku semakin lanjut. 50 tahun lalu aku dilahirkan oleh ibu, Nik Hasanah binti Nik Mat, adik kepada Nik Aziz Nik Mat. |
| Wan Nik Wan Yussof |
| Pendekatan bertugas Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang, 22 Ogos lalu semata-mata untuk memenuhi permohonan bantuan surau dan menyerahkan kepada pihak terbabit serta menyampai ucapan berhubung program pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sudah dipromosi secara salah oleh pihak tertentu. Menyebabkan terbongkar satu lagi kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan.” Rasa sedikit pilu atas keserlahan kejahilan beragama itu turut dirasai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana pendekatan itu merupakan antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Namun, menurut Tuan Guru ia menjadi bising kerana sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. Benarkah mereka ini jahil? Kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan” dapat dibaca secara terbuka, terang dan nyata. Antaranya dalam Utusan Online (27 Ogos 2010) menyiarkan kenyataan jahil tuke, seorang pejuang Melayu (bukan pejuang agama) merangkap Yang Dipertua kepada sebuah pertubuhan (peringkat Negeri Selangor) yang ada kaitan dengan pejuang Melayu Pasir Mas ada berkata, pihaknya memandang serius tindakan Nie Ching kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik sebelum ini. Lalu menganggap tindakan ahli parlimen itu bertentangan dan menyalahi hukum kerana orang bukan Islam tidak boleh memasuki ruang solat masjid atau surau apatah lagi untuk menyampaikan ceramah kepada umat Islam. Lantas menyifatkan ia betul-betul satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau berkenaan untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan di situ. Malah turut mempersoalkan pula tindakan Teo Nie Ching itu, apakah kerana politik, maka hukum dan larangan orang bukan Islam masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau boleh dihalalkan. Semua kenyataan itu disiarkan secara terang (bercetak) oleh akhbar Utusan Malaysia (28 Ogos). Turut disiarkan oleh akhbar yang sama ialah selaran oleh individu yang mengaku sebagai pengerusi kepada majlis gabungan pertubuhan tertentu (juga peringkat Negeri Selangor) dan sasarannya ialah menyelar tindakan pihak jawatankuasa surau Al-Huda ekroan berita membiarkan orang kafir (mungkin dimaksudkan kepada ahli parlimen Serdang) yang memasuki ruang solat dan memberikan ucapan dalam rumah ibadat itu. Selarannya itu turut dipetik sebagai berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan aktiviti surau terbabit, barisan jawatankuasa surau itu seharusnya bersikap lebih peka dan sensitif dalam hal melibatkan persoalan agama. Lalu mengaitkan peristiwa (dimaksudkan kepada orang kafir masuk surau) itu dengan persoalan, adakah ideologi politik yang menjadi kepercayaan ahli-ahli PAS yang dikatakan berada dalam surau berkenaan melebihi daripada hukum dan larangan yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Kemudian menyindir tindakan ahli politik (ahli parlimen wanita yang dimaksudkan itu mungkin Teo Nie Ching) dengan penegasan, “jika mahu memberikan bantuan atau mengadakan ucapan, kenapa tidak pilih saja tempat lain, kenapa perlu diadakan di dalam ruang solat surau berkenaan." Kenyataan mengejutkan Sesuatu yang mengejutkan ialah kenyataan salah seorang pihak berkuasa mengurus agama di Negeri Selangor (bukan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali) yang telah membuat siasatan ke atas kes ahli parlimen wanita bukan Islam memasuki surau al-Huda sebagai benar berlaku (Utusan Malaysia 28 Ogos), lalu pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau al-Huda dan mengurus pentadbrian surau itu serta merta. Jika kenyataan itu diamati, maka orang awam akan memahaminya sebagai suatu kesalahan besar bagi mana-mana pihak yang mentadbir masjid atau surau menerima kehadiran orang politik (bukan Islam) menyampaikan sumbangan dan berucap dengan menyentuh program Kerajaan Negeri Selangor. Maka layak dipersoalkan, apakah hukum (fatwa) menerima sumbangan dan ucapan dari orang politik di atas masjid? Atau apakah hukumnya orang bukan Islam hadir ke dalam masjid untuk menyampai sumbangan dan berucap? Implikasinya, jika hukum (fatwa) yang dipakai bagi kedua-dua keadaan itu adalah hukumnya haram, nyatalah ajaran Islam yang dianuti itu bukan menggambarkan keterbukaan Islam dan hakikat Islam itu bukan indah dan bukan untuk semua kaum. Natijahnya pendirian hukum itu boleh disifatkan batil. Tidak mengejutkan Di sebalik ada tindak balas sepertimana di atas, ada pula tindakan pemimpin cabang pemuda Umno Selangor (Bernama 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen Serdang itu sebagai “mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.” Kenyataan itu tidaklah mengejutkan kita kerana memang Umno berkarat memperjuangkan sentimen kaum Melayu. Kenyataan hampir sama dengan ulasan ketua cabang wanitanya (Utusan Malaysia 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen wanita (katanya dari DAP) itu adalah “menifestasi kebiadapan” pemimpin pembangkang kepada umat Islam. Persoalannya, adakah memberi sumbangan dan menceritakan program Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu kebiadapan? Mungkin bagi mereka (dua pemimpin Umno itu) rumah Allah (masjid, surau dan madrasah) hanya layak dimasuki orang Melayu sahaja. Lalu mata dacingnya begitu sensitif seakan-akan ahli parlimen (seorang dari kaum Cina) sudah menghunus senjata kepada pemimpin 1Malaysia. Jika demikian benarnya apa yang dipetik oleh Bernama (29 Ogos) itu, maka memang parah pemikiran 1Malaysia pemimpin generasi baru Umno, sampai gopoh begitu sekali! Penjelasan tuan terbabit Sehubungan dengan beberapa ulasan dan kenyataan yang mensasarkan kepada ahli parlimen Serdang itu, maka tuan punya diri (Teo Nie Ching) telah menjawabnya seperti dilapor menerusi blognya (http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522314). Antaranya beliau mengeaskan kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau. “Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik. “Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.” Berdasarkan pengakuan di atas, apakah pengadilan yang harus diberikan kepada ahli parlimen Serdang itu? Ataukah kita menerima apa yang dilaporkan media dan menganggap segala kecaman serta amaran daripada pelbagai pihak itu sesuatu yang benar dan adil? Hanya kerasionalan mampu menterjemahkan sesuatu yang benar dan adil. Kes sama dihadapi Jayakumar Pengarang Utusan Malaysia sebelum ini (5 November 2009) turut melaporkan cerita yang sama melibatkan sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang yang membenarkan Ahli Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dalam masjid. Lalu dikatakan seorang ketua bagi pihak berkuasa agama menegaskan, “orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.” Kenyataan itu berbau hukum (fatwa) sahih kerana membuat analogi yang tepat, iaitu Islam melarang wanita berhaid masuk dalam masjid. "Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.” Realitinya, Jayakumar hanya hadir berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan dibuat di dalam masjid (pada 31 Ogos 2009). Peristiwa itu seakan sama dengan apa yang dihadapi Teo Nie Ching. Apapun, tindakan pihak berkuasa agama itu adalah seakan menyokong memorandum Pemuda UMNO ketika itu yang dikatakan melihat tindakan Jayakumar itu hanya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dalam masjid. Fatwa bukan Islam boleh masuk masjid Apa yang difahami daripada beberapa kenyataan pemimpin Umno, pihak berkuasa agama mahupun beberapa penulisan yang termuat dalam Utusan Malaysia (akhbar Penyebar Fikiran Rakyat) pada 30 Ogos 2010 dilihat menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Malah kesan daripada kenyataan dan penulisan itu secara terang telah memberi imej buruk kepada ajaran Islam itu sendiri. Justeru Islam sudah tiada keindahan lagi dalam konteks hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Hayatilah kenyataan fatwa yang dibaca seperti berikut: “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. “Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. “Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.” Landasan mengukuhkan fatwa Sehubungan dengan fatwa tersebut, kita umat Islam seharusnya berfikiran rasional berasaskan beberapa landasan hukum harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid. Berpandukan beberapa sumber, tulisan ini memaparkan beberapa pandangan ulama’ mengenai hukum harus dan haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid. Antaranya pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram dengan berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif, yang masih belum Islam pada masa itu di masjidnya dan tinggal di situ sebelum mereka memeluk Islam. Dalam hal ini, Imam Ahmad Hanbal menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan yang munasabah. Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, Nabi menyebut kepada sahabat, “biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka).” Selain itu, Imam Bukhari menerusi sebuah hadis menyebutkan bagaimana seorang bukan Islam bernama Thumamah ibn Athal diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu): “Rasulullah SAW menghantar seorang berkuda ke arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) bernama Thumamah ibn Athal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selepas tiga hari, yakni setelah Thumamah melihat bagaimana umat Islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya, akhirnya dia memeluk Islam kerana tertawan dengan keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam. Meskipun firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Namun, ayat ini menegah orang-orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah adalah menghina Masjidil Haram. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Imam Abu Hanifah menyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu, tidak dibenarkan duduk dan menetap (sebagaimana sebahagian umat Islam) dan ‘kotor' sebagaimana difahami adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukan kekotoran fizikal. Begitu pula ada pandangan ulama-ulama mazhab Syafie membolehkan bukan Islam memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin kecuali Masjidil Haram (rujuk Raudhah Tolibin, Jil.1. Hlm. 296). Pandangan yang sama dengan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Mazhab Hambali. Ia berlandaskan kata-kata Said bin Musayyib: “Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia belum Islam, namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim mengenai ayat 28, surah al-Taubah). Apapun, pandangan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram orang bukan Islam memasuki masjid. Ia disokong majoriti fuqaha mazhab Hambali. Asasnya berpandukan hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah menyuruh seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar tidak membantah halangan Abu Musa. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya mengenai ayat 28 surah al-Taubah. Namun, pandangan mazhab Malik (rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki) orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan dalam keadaan darurat (tertentu). Asasnya kerana dibimbangi akan berlaku perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Keadaan darurat itu dirujuk kepada perbezaan jenis orang bukan Islam itu sama ada harbi, zimmi atau ’ahdi. Maka yang bertaraf zimmi adalah mereka yang sedia mesra dengan Islam tidak mungkin menghina kesucian masjid. Kunci fatwa Apapun perbahasan harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid tetap berteraskan kepada firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Justeru itu, ada pandangan yang melihatnya paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam: pertama, orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, kedua mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram, dan ketiga orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram. Sehubungan itu perlu juga dirujuk kepada maksud firman Allah (an-Nisa’ ayat 43), “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja.” Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat ini. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad menghalusi dalam hal tersebut. Sementara di sisi mazhab Maliki dan Syafie pula melarang memasuki Masjidil Haram, namun demikian bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) dibolehkan untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu. Masjid selain Masjidil Haram Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan memasuki masjid-masjid selain Masjidil Haram dengan syarat-syarat tertentu. Ibn Hajar juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah (merujuk hadis mengenai Thumamah ibn Athal) tersebut. Imam Nawawi yang merujuk hadis ini berkata harus mengikat tawanan dan menahannya serta harus bagi seorang yang bukan Islam memasuki masjid. Bagi Mazhab Syafie keharusannya dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam sama ada orang bukan Islam itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya (rujuk Syarah Sohih Muslim 12/87). Selain yang di atas, al-Muzani merupakan murid Imam Syafie juga berbeza ijtihad dengan gurunya. Bagi al-Muzani menyatakan tidak harus orang bukan Islam memasuki masjid, apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat (an-Nisa’:43) di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja. Bagi al-Mawardi pula, apa dimaksud al-Muzani, iaitu sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika tidak harus bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah orang bukan Islam lebih-lebih lagi dilarang––kerana mereka dikira sentiasa berjunub. Malah kata-kata Imam Syafie dalam hal ini, iaitu “tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram (rujuk al-Hawi al-Kabir 2/268). Rumusan hukum Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya. Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama. Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha’ mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa’: 43) majoriti fuqaha’ termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya. Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama’ membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi. |
| Nazri Abdullah |
| KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen. |
Jarir bin Abdillah Al-Bajali (w.51 H) seorang sahabat Nabi s.a.w. yang sangat kacak rupanya. Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah memanggilnya sebagai “Nabi Yusuf” umat ini. Jarir masuk Islam pada tahun 10 H di Madinah dan berbai’ah kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata, “Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu mendirikan solat, membayar zakat dan memberi nasihat terhadap setiap Muslim.” Alhamdulillah, sampai akhir hayatnya, Jarir tetap berpegang teguh dengan tiga janji yang ia ucapkan ini.
Imam Al-Tabarani dalam Mu’jam Al-Kabir meriwayatkan bahawa pada suatu hari Jarir pergi ke pasar dengan pembantunya untuk membeli seekor kuda. Setelah melihat kuda yang diinginkannya, Jarir memerintahkan supaya membelinya. Pembantunya dan pemilik kuda sepakat dengan harga tiga ratus dirham, lalu mereka mendatangi Jarir untuk mengambil wang yang disepakati.
Jarir bertanya, “Berapa harganya?” Pemilik kuda berkata, “Tiga ratus dirham.” Jarir berkata, “Kuda ini bernilai lebih dari itu.” Orang itu bertanya, “Berapa harganya menurutmu?” Jarir berkata, “Kamu harus menjualnya antara 500 hingga 800 dirham.” Ia lalu memberikan jumlah itu kepada pemilik kuda tersebut. Ketika ditanya mengapa ia melakukan hal itu, Jarir menjawab, “Saya berjanji kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu menasihati kaum Muslimin.”
Setiap pengkaji mazhab al-Syafii pasti mengenal nama Imam Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf Al-Juwaini (419-478 H), lebih dikenal dengan panggilan Imam Al-Haramain. Beliau seorang ulama besar mazhab al-Syafii yang banyak berjasa dalam perkembangan ilmu-ilmu keislaman di dunia Islam abad ke-5 hijriah.
Imam ahli hadis yang hidup bersamanya di kota Nisabur, Al-Hafiz Abdul Ghafir Al-Farisi, memujinya dengan berkata, "Beliau imam semua imam secara mutlak, disepakati keimamannya di belahan timur dan barat." Cukup untuk menunjukkan kebesaran beliau, Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali pergi dari kota Thus ke Nisabur untuk menimba ilmu darinya.
Kebesaran ini tidak dapat dipisahkan dari jasa besar ayahnya (Imam Abdullah bin Yusuf al-Juwaini) yang sangat memperhatikan pertumbuhan jiwa anaknya jauh sebelum anak itu dilahirkan. Sejak menikah, Imam Al-Juwaini selalu memastikan nafkah yang diberikan kepada isterinya benar-benar halal dan bersih dari syubhah, apalagi haram. Dan setelah anaknya lahir, ia juga tidak pernah mengizinkan orang lain menyusui anaknya selain isterinya. Hal ini untuk memastikan tubuh anak itu tidak bercampur sesuatu yang tidak dapat dipastikan kehalalannya.
Imam Ibn Khillikan dalam kitab "Wafayat Al-A'yan" bercerita bahwa suatu hari ayah Imam Al-Haramain pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya sedang sakit. Ia melihat seorang jirannya sedang menyusui anaknya yang sedang menangis. Ayahnya sangat marah. Ia lalu membalikkan tubuh bayi itu, menekan perutnya, bahkan memasukkan jari ke dalam mulutnya sehingga anak itu memuntahkan apa yang diminumnya. Al-Juwaini berkata, "Saya lebih suka melihat anak ini mati daripada tubuhnya dirosakkan dengan susu orang lain yang tidak diketahui kehalalannya."
Makna Halal
Pada bulan suci Ramadan ini, sengaja saya memilih bahasan tentang makanan halal agar kita mengkaji kembali apa yang kita makan dan yang kita berikan kepada keluarga kita. Masalah ini sangat penting sebab Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah Maha Baik (thayyib) dan hanya menerima yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya Allah Swt memerintahkan kaum mukminin (perintah yang sama) dengan para rasul. Allah berfirman, "Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh." (Qs Al-Mu'minun: 51). Dan Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu." (Qs Al-Baqarah: 172). Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah.
Dari sini, Imam Ahmad berpendapat bahawa makan merupakan aspek terpenting dalam agama.Kesan makanan haram terhadap akhlak dan perangai manusia juga dijelaskan oleh Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari, "Barang siapa yang memakan makanan yang haram, anggota tubuhnya akan melakukan maksiat, mahu tidak mahu, sadar atau tak sadar. Dan barang siapa yang makanannya halal, semua anggota tubuhnya akan tunduk kepadanya dan ia akan diberikan taufik menuju perbuatan baik."
Dari sini, kita boleh menyimpulkan bahawa seorang anak yang sejak kecil selalu makan dari yang haram atau syubhah, perkembangan akhlak dan spiritualnya akan terjejas. Bahkan tidak mustahil ia akan berjalan ke arah gejala sosial yang memadah muka keluarganya.
Setiap kali saya membaca kisah-kisah penyimpangan remaja masa kini yang berkaitan dengan seks bebas, penyalahgunaan dadah, kekerasan dan kes-kes lainnya, terbetik pertanyaan di benak saya, "Adakah kaitannya semua ini dengan makanan mereka sejak kecil?" Boleh jadi, terutama dalam sistem kehidupan moden kita yang tak boleh lepas dari riba.
Peranan ibu bapa dalam menghindari terjadinya penyimpangan remaja ini sangat penting, salah satunya dengan memastikan nafkah halal sahaja yang diberikan kepada anak-anaknya. Jika anda benar-benar sayang kepada anak, maka jadikan ucapan Ibn Al-Mubarak sebagai kaedah pencarian rezeki, "Menolak satu Dirham yang syubhah jauh lebih baik daripada bersedekah dengan 600 ribu Dirham."
Tergagap
Kembali kepada kisah Imam Al-Haramain sebagaimana diceritakan oleh Ibn Khillikan dan Tajuddin Al-Subki. Suatu ketika dalam suatu majlis diskusi, tiba-tiba Imam Al-Haramain dilihat agak tergagap dalam menjawab pertanyaan. Belum pernah terjadi hal itu selama beliau menghadiri semua majlis diskusi dan perdebatan. Seseorang lalu bertanya tentang sebab ketergagapan tersebut. Imam Al-Haramain menjawab, "Ini kesan dari sisa-sisa susu yang aku minum pada hari itu." Wallahu a'lam.
Hidupkan Sunnah Bersahur
Berdasarkan ayat 183 surah al-Baqarah, umat terdahulu juga diwajibkan berpuasa. Matlamatnya sama, iaitu melahirkan ketaqwaan kepada Allah. Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan besar antara puasa umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan umat terdahulu dalam aspek pelaksanaannya.
Perbezaan yang jelas ialah bersahur. Sahur hanyalah khusus untuk umat Muhammad s.a.w. Berdasarkan sebuah hadis Imam Muslim, dia meriwayatkan yang antara lain bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w.: "Beza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur." (Hadis no. 1836)
Berkat Bersahur
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah, sesungguhnya pada bersahur itu ada keberkatan." (Riwayat al-Bukhari no. 789 dan Muslim no. 1835)
Hadis ini menjanjikan kelebihan bersahur iaitu mendapat keberkatan dalam hidup. Ketika mensyarahkan hadis keberkatan sahur ini, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:
1. Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
2. Menyalahi (tidak menyamai) kaedah ahli kitab
3. Menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
4. Mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
5. Menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
6. Dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur.
Berkat adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat. Oleh sebab itu berkat adalah termasuk dalam perkara ghaib yang wajib diimani oleh seseorang Muslim. Maka bersahur yang menepati kehendak Islam akan menambahkan iman dan taqwa.
Tawaran daripada Rasulullah s.a.w., seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja malah setiap orang boleh mengukur keimanan masing-masing terhadap janji-janji Baginda. Sejauh mana kita sanggup merealisasikan amalan tersebut dalam kehidupan.
Selain itu Ibn Hajar juga membawakan hadis riwayat Imam Ahmad yang menyatakan sekurang-kurang sahur adalah sesuap makanan atau seteguk air. Menurut Sheikh Ibn Uthaimin dalam Syarh Riyad al-Salihin, antara bentuk berkat sahur ialah dia mampu menjadikan seseorang itu boleh bertahan sehingga waktu maghrib. Masakan seseorang yang hanya minum air sekadar seteguk boleh bertahan begitu lama kalau tidak ada keberkatan daripada Allah.
Kita boleh bayangkan kalau pada hari-hari biasa, setelah bersarapan pada waktu pagi, kita akan makan lagi pada tengah hari, itu pun masih terasa lapar. Lalu ditambahkan lagi dengan minum petang. Ya dengar bersahur kita mampu segar pada waktu petangnya.
Sunat Dilewatkan Bersahur
Sheikh Ibrahim al-Bajuri di dalam kitab Hashiyah al-Bajuri menyatakan bahawa waktu sahur bermula pada separuh kedua malam, maka makan sebelumnya tidak mendapat pahala sunah. Jadi, bersahur adalah satu sunah dan melewatkan sahur juga adalah satu lagi sunah berasingan yang sangat dituntut.
Para sahabat r.a. bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan kemudian menunaikan solat subuh berjemaah. Mereka menyatakan bahawa tempoh masa antara sahur dan solat Subuh adalah kadar membaca 50 ayat al-Quran. Peristiwa ini dirakamkan oleh Imam al-Bukhari no. 1787 dan Muslim no. 1837.
Jelas dari peristiwa itu menunjukkan bahawa Baginda melewatkan sahur sehingga hampir masuk waktu subuh. Jadi bagaimana dengan sahur anda?
Itu Bukan Sahur
"Ustaz, saya agak sukar untuk bangun bersahur sebelum subuh, selalunya saya supper sebelum tidur, kemudian hanya bangun apabila azan subuh dilaungkan. Adakah ini dikira sebagai sahur?" Soalan ini kerap dikemukakan apabila Ramadan menjelang. Sebenarnya amalan itu bukan supper (makan lewat malam), tetapi suffer (menderita).
Dalam ilmu kesihatan dan perubatan, sistem penghadaman seseorang menderita apabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur. Tindakan seumpama ini adalah budaya pemakanan yang tidak sihat bahkan boleh menyebabkan penyakit dan kegemukan. Jadi, pada bulan Ramadhan ini, budaya itu harus ditinggalkan.
Faedah Saintifik
Penekanan Nabi s.a.w. supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian semasa menunjukkan bahawa makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya daripada Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi. (Dr. Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik, hlm. 295)
Penemuan-penemuan ini menambahkan bukti kehebatan Islam yang datang daripada Yang Maha Mengetahui. Ilmu ini juga sangat bermanfaat untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat yang belum memeluk Islam. Walau bagaimanapun, seorang Mukmin wajar melakukan segala perintah Allah dan anjuran Rasul-Nya semata-mata kerana iman yang terpasak di dada. Islam menuntut kita melaksanakannya sama ada tahu hikmah atau tidak di sebalik sesuatu amalan.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita meghayati kemuliaan dan keistimewaan ibadah puasa yang fardukan oleh Allah s.w.t semoga dengan memahami hikmah dan kebaikan ibadah puasa ini akan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah s.w.t., di antaranya ialah:
Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di Syurga yang dinamai Al Rayyan. Pintu Syurga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.
Kata Nabi s.a.w.dalam satu hadisnya yang bermaksud : " Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya.
(HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).
Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai benteng yang kokoh dari siksa api Neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).
Nabi s.a.w. menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).
Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak kasturi. Sehingga Nabi s.a.w. bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak kasturi.”
Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah,” kata Nabi s.a.w dalam hadis riwayat Imam Muslim.
Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari berbagai penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).
Sayyid Muhammad menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.
Menurut kerangka berpikir beliau puasa ialah cara mendapatkan kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah Al Baqarah ayat 183).
Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api Neraka. Matanya tak akan sampai melihat siksaan api Neraka dalam bentuk apapun juga. Nabi s.a.w.l yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api Neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).
Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Mukmin itu.” (Surah At Taubah ayat 112).
Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) kepada Allah. Makna lawatan, tegas beliau, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) boleh sampai kepada Allah. Lawatan kepada Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilaksanakan (contoh makan, minum, mendatangi isteri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.
Sayyid Muhammad cuba mentafsirkan ayat 10 dalam Surah Az Zumar : “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Zat Yang Maha Pemberi, Allah s.w.t.
Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerana orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadis riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan do'anya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”
Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama seperti dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : " Seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan meski hanya seteguk air. (Hadis Riwayat Abu Ya`la).
Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjemaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menghayati 10 keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka yang berpuasa ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Di harapkan sampai akhiran bulan Ramadhan, semua dosa-dosa kita di ampunkan oleh Allah s.w.t., dapat pembebasan daripada api Neraka dan memperolehi taqwa kepada Allah s.w.t.
(Sumber daripada Pondok Habib)

| K'tan saman Petronas berhubung royalti minyak | |||
|
![]() |
1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.
2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.
![]() |
3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.
4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.
5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.
Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.
Pertikaian berlarutan
Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.
Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.
Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.
Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.
Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.

| Harakahdaily | ||||||||||||||||
|
BEZAKAN
|
Salam sejatera buat semua sahabat yang dihormati... berdoalah agar Malaysia dan juga jiran tertangga kita yang sama2 merai KeMerdekaan dinegara mereka sentiasa dilindungi Allah SWT... Amiin