Khamis, 4 Februari 2010

AJAL MENJEMPUT PELBAGAI CARA

NEGARA

Ayah mati ditikam anak sendiri


IRWAN dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kuala Terengganu selepas cedera parah ditikam oleh adik lelakinya semalam. Gambar kecil, Zainun.





KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda berusia 20 tahun terkedu melihat badannya berlumuran darah setelah menikam ayahnya sehingga mati manakala abangnya cedera parah akibat perbuatannya yang didakwa dilakukan tanpa disedari.

Lelaki itu bertindak demikian selepas mendakwa terdengar bisikan suara seorang gadis bernama Siti Aishah yang menyuruhnya menikam ayahnya, Che Mat Nik, 51, dan abang sulungnya, Irwan Affandi, 30.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Duyung Wan Su, Duyong Besar dekat sini, suspek hanya menyedari jenayah yang dilakukannya selepas dia mendengar suara ibunya, Zainun Hassan, 50 (gambar).

Mengikut Zainun, sebelum kejadian, suspek tidur bersama adiknya Mohd. Zulkifli, 13, di tingkat bawah manakala dia dan suami serta Irwan tidur di dua bilik di tingkat atas.

PERNIAGA ADIL MASUK SYURGA BEGITU PEMIMPIN YANG ADIL

NEGARA

Henti jual madu 'air gula'


Salah sebuah gerai jualan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak yang tidak lagi menjual madu lebah sejak semalam.


KUALA KANGSAR - Ada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang singgah di Hentian Rehat Sungai Perak untuk membeli madu kini terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan hampa.

Semuanya gara-gara beberapa Orang Asli yang menjual madu di situ sudah tidak lagi mengambil stok produk tersebut yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila hasil kajian seorang pakar mendapati ia sebenarnya air gula.

"Kami sudah tidak jual madu lagi, 'bos' tak kasi. Kalau nak beli produk hasil hutan lain, ada kami jual,'' kata seorang penjual Orang Asli yang enggan identitinya didedahkan semalam.

Dia dan beberapa peniaga lain bukan sahaja tidak lagi memperagakan botol-botol madu, malah enggan melayani permintaan pelanggan yang bertanyakan produk tersebut.

Sementara itu, beberapa pengunjung ketika ditemui mahu pihak pengurusan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) campur tangan dan memantau perkara tersebut kerana ia melibatkan imej kemudahan syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu sendiri.

DAH KERJANYA PUN BERLAKON...



Pelakon tua miang

DIVA tersenyum sahaja bila anak gadis dari Felda yang bersungguh-sungguh menceritakan betapa dia terperanjat dengan sikap pelakon lelaki tua yang popular dan selalu nampak baik di kaca televisyen ini.

Dia terkejut sampai cakap selepas melihat sikap sebenar pelakon itu, dia percaya bahawa lakonan adalah sebuah pentas yang penuh penipuan. Fuh, sampai begitu sekali dia terkejut dengan sikap pelakon lelaki ini.

Ceritanya, baru-baru ini dia terserempak dengan pelakon ini dalam satu perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Kerana perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam, dia pun telah dapat melihat sisi hitam pelakon ini.

Nak dijadikan cerita, pelakon ini sibuk mengambil gambar dengan peminat-peminat perempuannya. Tapi dalam ramai-ramai peminatnya ini, dia sudah berkenan dengan seorang gadis yang memang cantik. Sebab berkenan agaknya, dia asyik panggil gadis tersebut dan bila bergambar, dia pegang dan peluk seperti tak mahu lepas. Kemudian, asyik-asyik panggil gadis itu untuk berbual-bual dengannya.

"Muka dia nampak miang sangat dan macam nak makan budak perempuan itu apabila asyik memandang atas bawah dan 'keindahan' perempuan itu. Tak sangka dia miang sebab di TV nampak baik sangat. Aku terus tak hormat dia dah,"

TUA2 MATI JUGA....AKAN DITANYA APA DIBUAT DI DUNIA....BAGI YANG KAFIR MALANGLAH ...TAK PAYAH DITANYA LAGI HANYA MENERIMA HUKUMAN SEBAB KEINGKARANNYA

DUNIA

Wanita tertua di dunia meninggal




LISBON - Seorang wanita Portugal yang dipercayai sebagai individu tertua dunia meninggal pada umur 115 tahun, kata para pegawai kelmarin.

Maria de Jesus (gambar) yang meninggal dunia di bandar Tomar pada awal pagi Jumaat, sempat menyaksikan kelahiran lima piutnya.

Guinness Book of World Records menyenaraikan de Jesus sebagai manusia tertua dunia. Rekod manusia tertua dunia kini dipegang oleh seorang wanita berkulit hitam warga Amerika Syarikat (AS), Gertrude Baines yang berumur 114 tahun.

Beliau yang dilahirkan pada 10 September 1893 menjadi balu pada umur 57 tahun. Tiga daripada enam anak de Jesus masih hidup bersama 11 cucu dan 16 cicit.

Seorang anak de Jesus, Maria Madalena berkata, ibunya sempat menjamah sarapan pada pagi Jumaat tetapi beliau terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami bengkak-bengkak.

Menurut penyelidik Universiti California, Dr. Stephen Coles, kini terdapat 82 wanita dan sembilan lelaki yang disahkan berumur 110 tahun atau lebih tua di seluruh dunia. - AP

INI BOLEH MEMPENGARUHI ORANG ISLAM...BAGAIMANA HUKUMNYA PULA...

RENCANA UTAMA

Dilema tukar jantina

Sesiapa yang mahu menukar jantina mesti hidup sebagai ‘wanita’ sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.


PUNLOP TONGCHAI tersenyum puas di katil hospital selepas berjaya menjalani pembedahan tukar jantina di Poliklinik Pratunam, Bangkok.


AKHIRNYA selepas dua jam menjalani pembedahan, penantian Punlop Thongchai untuk merealisasikan impiannya sewaktu kecil tercapai jua.

Kini, dia sudah boleh digelar wanita 'sejati' apabila pembedahan menukar jantina yang dilakukan di sebuah klinik di Bangkok berjalan lancar.

Penari kabaret berusia 27 tahun itu sempat bersembang dengan jururawat sepanjang menjalani pembedahan yang hanya melibatkan pemberian ubat pelali di bahagian alat sulitnya sahaja.

Membesar di Thailand, iaitu salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender serta mempunyai teknik pantas mengubah jantina, semangat Punlop sentiasa berkobar-kobar. Dengan kos serendah AS$2,000 (RM6,743), Punlop kini bergelar wanita.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan mengetatkan prosedur menukar jantina seperti membuktikan keadaan psikologi individu tersebut kuat ke arah wanita sebelum dibenarkan berbuat demikian menyukarkan individu seperti Punlop.

Ini kerana baru-baru ini, kerajaan memutuskan sesiapa yang mahu menukar jantina di Thailand mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

Namun, Punlop menegaskan permintaan itu amat melampau dan terlalu sukar untuk dipenuhi.

"Sebenarnya ia tidak perlu. Saya benar-benar tidak mahu melalui proses tersebut, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan," katanya kepada AFP sebelum melakukan pembedahan pada awal November lalu.

Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.

Aktivis gay Thailand, Nathee Teerarojanapong berkata, perlindungan undang-undang secara sah amat penting untuk mengawal kes pertukaran jantina secara meluas di mana kemudian hari ia sering kali dikesali oleh mereka yang terlibat.

"Saya mendapat banyak panggilan di mana mereka mengakui kesilapan yang dilakukan kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

"Ia satu kesilapan besar dan mereka mahu kembali seperti sediakala tetapi perkara ini sudah tidak boleh diubah. Mustahil untuk mereka kembali menjadi lelaki sejati," tegasnya.


PAKAR bedah Thep Vedusit (tengah) sedang melakukan pembedahan menukar jantina ke atas Punlop Tongchai.


Sama seperti kesan psikologi terhadap perubahan jantina dan pemulihan selepas pembedahan, terdapat juga kesan sampingan daripada hormon yang harus diambil untuk mempercepatkan proses transformasi daripada lelaki kepada wanita. Ini termasuklah berpeluh pada waktu malam, keletihan, kenaikan berat badan, kehilangan otot lelaki dan libido.

Sehari sebelum pembedahan, Punlop memberitahu bahawa ketika masih kecil, dia gemar memakai pakaian wanita berbanding pakaian tradisional lelaki.

Justeru, menjelang usia 19 tahun, dia sudah mula mengambil pil hormon wanita dalam usaha untuk mengubah bentuk fizikal badannya.

"Saya tidak suka 'bahagian tubuh' ini kerana saya tidak menggunakannya," kata Punlop sambil menunjukkan ke arah kemaluannya.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilikinya. Jika saya mempunyai vagina, sudah tentu saya akan menggunakannya,"tambahnya.

Untuk mencapai impiannya, Punlop bertemu dengan Dr. Thep Vedusit, seorang pakar bedah di Bangkok yang mampu mengendalikan pembedahan pantas mengubah jantina tanpa penggunaan ubat bius yang biasa. Bagaimanapun, Thep percaya peraturan baru yang akan digubal boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang menukar jantina.

Ujar Thep, dia telah menjalankan lebih daripada 500 pembedahan perubahan jantina dan setiap minggu, dia mempunyai dua atau tiga kes. Separuh daripada jumlah itu terdiri daripada pelancong asing yang datang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang Thailand berhubung isu tersebut.

"Saya fikir pakar bedah boleh membuat keputusan siapakah transeksual. Setiap daripada mereka sudah mempunyai tekad yang tinggi untuk melakukan pembedahan dan saya tidak fikir pakar psikiatri memberi apa-apa faedah kepada mereka," ujar Thep.

Pada hari pembedahan, Punlop berjalan masuk ke sebuah klinik yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di Bangkok.


PUNLOP Tongchai meninggalkan Poliklinik Pratunam di Bangkok selepas membuat temujanji untuk pembedahan tukar jantina.


Tanpa sebarang solekan, Punlop yang berpakaian ringkas dengan dres tanpa lengan paras lutut, baju panas dan sandal diiringi masuk ke bilik pembedahan yang kecil dan suram. Dindingnya ditampal dengan helaian keratan akhbar mengenai bintang kabaret transeksual.

Thep mengambil satu jam lebih untuk 'membentuk' vagina menggunakan kulit organ genital lelaki miliknya. Punlop dibenarkan keluar pada hari yang sama selepas pembedahan dan dalam masa empat minggu, Thep telah menyempurnakan semua rawatan susulan yang ditetapkan ke atas Punlop.

"Ia tidak terlalu sakit. Saya boleh mengatasinya. Bagaimana perasaan saya sekarang? Sudah tentu saya amat gembira. Sepanjang hidup saya, inilah perubahan yang diinginkan. Ia impian saya sejak kecil lagi," kata Punlop. - AFP

Rabu, 3 Februari 2010

PELIK TAPI BETUL....

DUNIA

'Bapaku kini mak nyah'


EMILY WALLIS dan bapanya Chloe Harrison di Sussex, England.



SUSSEX - Misi Emily Wallis mencari bapanya yang terpisah sejak bayi berakhir dengan pengalaman luar biasa setelah mendapati bekas petinju tersebut bertukar jantina, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu Emily menggambarkan bapanya, Clive Harrison sebagai 'Kuda Itali' tetapi kini lelaki itu mahu dikenali sebagai Chloe, 52.

Emily berkata, Chloe kelihatan seperti nangka yang sarung baju berwarna perak, memakai alat solek dan rambut palsu.

"Lidah saya kelu tidak terkata apa-apa. Apa yang boleh saya katakan 'Ayah lebih cantik daripada saya, saya sukakan kasut ayah'," kata Emiliy di sini.

Katanya, dia mula menyedari memiliki seorang bapa kandung setelah mendapati perbezaan ketara pada wajahnya dengan tiga adiknya yang lain.

Rahsia terbongkar Emily ketika berusia 19 tahun apabila ibunya, Ann, 47, mendedahkan bahawa dia ialah anak hasil hubungannya dengan Chloe.

Ann yang tinggal di Hastings, East Sussex memberitahu Emily, dia pernah bertemu Chloe di Herne Bay, Kent pada 2005 dan sejak itu bapanya berhasrat untuk bertemu anaknya.

Namun, ibunya terputus hubungan kerana nombor telefon yang diberi Chloe tercicir sehinggalah seorang rakan memaklumkan Chloe berada di sini. - Agensi

ALLAH SWT NAK TUNJUK...PADAH HISAP ROKOK

DUNIA

Mangsa rokok meletup dalam mulut menyesal


GAMBAR yang dirakam dari sebuah laman web menunjukkan mulut Andi dibalut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup dalam mulutnya.


JAKARTA - Sebuah syarikat pengeluar rokok, Pt Nojorono Tobacco Indonesia bersetuju untuk membiayai rawatan perubatan seorang lelaki yang kehilangan enam batang gigi apabila sebatang rokok yang dihisapnya meletup di dalam mulutnya.

Lelaki itu, Andi Susanto, 31, memberitahu stesen televisyen Metro TV dalam satu temu ramah dari sebuah hospital bahawa syarikat tersebut membuat tawaran untuk membiayai rawatan perubatannya.

"Pegawai-pegawai syarikat itu telah berbincang dengan keluarga saya dan kami bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut atas dasar persahabatan sebagai satu penyelesaian di luar mahkamah.

"Mereka akan membiayai rawatan perubatan," katanya.

Punca letupan itu masih belum diketahui.

Menurutnya, dia tidak mengunyah makanan lain semasa menyalakan rokok Clas Mild dan tidak menyedari sebarang keganjilan mengenai bau, warna dan rasanya.

Ekoran kejadian itu, dia menyatakan akan berhenti merokok. - AP