Selasa, 15 Disember 2015

LEMAH MUNGKIN FAKTOR USIA ... PENYAKIT DLL





Doa Untuk Menguatkan Tenaga Batin



mati pucuk

Lemah Tenaga Batin Atau Mati Pucuk

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens” dalam istilah perubatan ( mati pucuk ). Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin (Mati Pucuk)

Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:
1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
3- Lebihkan memakan ikan.
4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.
Menjaga Kesihatan Diri Adalah Tuntutan Agama
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (HR Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah” (HR Muslim)
Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)” (HR Ibnu Majah)
Kita juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris “Prevention is better than cure” atau “Mencegah itu lebih baik daripada berubat”.
Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Baginda s.a.w :
“Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat”. (HR Bukhari)
Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam, jampi syari’ (amalan doa’, ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain lagi yang tidak bercanggah dengan Islam.
Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini, berdasarkan hadithnya:
“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku”. (HR Ahmad dan Muslim)
Rujukan : Ustazah Azhani Abu Basri. Dipetik dari: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba’i dan Dr.Muhammad ‘Ali Bar.
Berdoa Meminta Kebaikan
Doa‘ adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firman Allah Ta’ala maksudnya:
“Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: Ayat 60)
Oleh itu berdoalah dengan penuh keyakinan diri bahawa doa’ itu akan diperkenankan dan sentiasalah istiqamah didalam mengamalkannya.
“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling “ (HR At-tirmizi)

Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin

1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:

2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:

3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:

4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.
lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
Oleh: Ustaz Abu Nafis
HafizAmri.Com

Penyakit Lemah Tenaga Batin


Thursday, 31 October 2013 13:36

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Haji. Saya seorang suami yang berumur 35 tahun dan sudah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan masih belum ada zuriat. Saya dan isteri telah pun membuat ujian kesuburan dan kami didapati normal dan tidak mempunyai sebarang masalah fisikal untuk mendapatkan zuriat. Namun setiap kali bersama dengan isteri, saya tidak dapat menumpukan perhatian dan ini menyebabkan saya tidak dapat mengekalkan ereksi. Lebih memburukkan lagi keadaan, rasa keinginan saya terhadap isteri saya juga semakin berkurangan. Bolehkah tuan membantu untuk memulihkan kebahagian rumahtangga saya dengan menggunakan rawatan Al-Quran? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikummussalam.  Apa yang sebenarnya berlaku ialah saudara menhadapi masalah lemah tenaga batin dan jauh lebih kompleks kerana ianya turut melibatkan peranan psikologi.  Lemah tenaga batin atau Disfungsi erektil (ED), juga dikenali sebagai mati pucuk, ialah ketidakupayaan untuk mendapatkan ereksi atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk melakukan hubungan seks yang memuaskan. Kadang-kadang penyakit ini juga bersabit dengan masalah “premature ejaculation” atau cepat keluar air mani semasa bersama.
Lemah tenaga batin adalah satu keadaan yang sangat biasa, terutamanya di kalangan lelaki sudah berumur. Adalah dianggarkan bahawa separuh daripada semua lelaki berusia antara 40 dan 70 akan mengalaminya hingga ke tahap yang tertentu.
Silalah datang ke klinik Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk dikenal pasti punca masalah lemah tenaga batin ini. Ini adalah kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan masalah lemah tenaga batin termasuk ganguan emosi, masalah fisikal dan tidak kurang juga gangguan makhluk halus seperti sihir pemisah.

Pengenalan & Ciri-ciri Umum

Lemah tenaga batin merujuk kepada ketidakupayaan kaum lelaki untuk mengekalkan ketegangan yang mencukupi untuk melakukan hubungan seks. Kebanyakan lelaki pernah melalui kesukaran untuk mendapatkan ereksi namun ia tidak semestinya apa-apa yang perlu di bimbangkan dan hanya bersifat sementara. Jika ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan itu berterusan selama lebih daripada beberapa minggu atau bulan, bantuan perubatan harus dicari. Lemah tenaga batin boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan masalah keyakinan diri yang boleh memberi kesan negatif kepada hubungan suami isteri.
Sebilangan besar orang-orang yang mempunyai masalah lemah tenaga batin berasa malu untuk berbincang dengan doktor tentang hal itu. Ini adalah kerana ianya boleh dirawat dengan berkesan dan lemah tenaga batin juga adalah tanda dan kesan kepada masalah kesihatan asas seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa.
Jika masalah kesihatan asas dapat dikesan dan dirawat dengan cepat dan berkesan, masalah lemah tenaga batin boleh diatasi dan dapat diselesaikan, InsyaAllah..

Punca-punca

Punca masalah lemah tenaga batin mungkin disebabkan oleh penyakit kesihatan asas, komplikasi daripada pembedahan, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, faktor gaya hidup dan faktor psikologi. Ereksi melibatkan otak, saraf, hormon dan saluran darah. Apa-apa yang mengganggu fungsi-fungsi normal otak, saraf, hormon dan saluran darah boleh membawa kepada masalah mendapatkan ereksi. Apabila seorang lelaki menjadi seksual ataupun teruja (terangsang), otak menghantar isyarat ke zakar melalui saraf. Saraf meningkatkan aliran darah ke zakar, menyebabkan tisu berkembang dan mengeras. Oleh itu, apa-apa yang mengganggu sistem saraf atau peredaran darah boleh membawa kepada lemah tenaga batin.
Apa-apa yang menjejaskan nafsu (tahap keinginan seksual) juga boleh menyebabkan lemah tenaga batin kerana nafsu yang dikurangkan menjadikan ia lebih sukar untuk otak mencetuskan ereksi. Keadaan psikologi, seperti kemurungan (depression), boleh mengurangkan nafsu dan berlaku perubahan hormon (bahan kimia yang dihasilkan oleh badan).
Lemah tenaga batin boleh terjadi atas pelbagai sebab yang berpunca dari keadaan fizikal dan mental (psikologi). Sebab-sebab fizikal termasuk:
  • Penyempitan saluran darah ke zakar - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi   (hipertensi), kolesterol tinggi atau kencing manis
  • Penyakit jantung atau tiroid, aliran darah yang lemah, atau gangguan sistem saraf (seperti multiple sclerosis atau penyakit Parkinson)
  • Masalah tulang belakang seperti slip disk, osteoporosis atau berlaku kemalangan yang merosakkan tulang belakang atau saraf-saraf di tulang belakang
  • Ubat-ubatan, termasuk ubat-ubatan tekanan darah, ubat-ubatan jantung, ubat-ubatan ulser peptik, pil tidur, dan antidepresan
  • Nikotin, alkohol, kokain atau penyalahgunaan dadah yang lain
  • Masalah hormon
  • Pembedahan atau kecederaan seperti kerosakan saraf dari pembedahan prostat dan kecederaan saraf tunjang

Sebab-sebab psikologi lemah tenaga batin termasuk:
  • Masalah hubungan seperti komunikasi yang lemah dengan pasangan
  • Kebimbangan seperti berulang perasaan keraguan dan kegagalan
  • Kemurungan seperti tekanan perasaan, ketakutan, atau marah
  • Jangkaan seksual yang tidak realistik, yang membuat seks satu bebanan dan bukannya keperluan.

Masalah ereksi menjadi lebih biasa dengan meningkatnya usia. Walau bagaimanapun, lemah tenaga batin boleh menjejaskan lelaki pada sebarang usia. Sebab-sebab fizikal adalah lebih biasa di kalangan lelaki lebih tua. Sebab-sebab emosi adalah lebih biasa di kalangan lelaki muda. Paras hormon rendah boleh membawa kepada masalah ereksi. Mereka juga boleh mengurangkan nafsu seks lelaki.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit lemah tenaga batin, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus atau serangan jin yang menyebabkan masalah sekatan pada sistem saraf sehingga berlakunya kelemahan tenaga batin. Perkara ini juga banyak berlaku pada pasangan yang baru kahwin dan apabila terkena sihir pemisah menyebabkan kesukaran untuk bersama dan kesukaran untuk mendapatkan zuriat.  Di dalam hal ini, kebiasaannya jin dan iblis yang berada di dalam badan pesakit ini akan merosak urat-urat saraf di tulang belakang atau di dalam otak pesakit yang menguasai tenaga batin sesaorang itu.  

Tanda-tanda

Tidak mampu untuk mendapatkan ereksi atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk aktiviti seksual adalah tanda yang menunjukkan mati pucuk. Masalah ini boleh muncul sendiri dalam beberapa cara seperti di bawah:
  • Adalah sementara atau muncul hanya sekali-sekala, masalah tidak mungkin menjadi serius, semua lelaki mengalami masalah dengan ereksi pada suatu masa dalam hidup mereka
  • Terjadi secara beransur-ansur dan berterusan, mungkin ada sebab fizikal; ini biasanya kes mati pucuk kronik
  • Terjadi tiba-tiba tetapi anda masih mempunyai ereksi di awal pagi dan dapat mempunyai ereksi sewaktu bersama, masalah itu mungkin mempunyai komponen psikologi, mungkin juga faktor fizikal.

Gejala mati pucuk berterusan mungkin termasuk:
  • Masalah untuk mendapatkan ereksi
  • Masalah mengekalkan ereksi
  • Keinginan seksual yang berkurangan
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah mati pucuk, walau bagaimanpun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius jika ianya berulang dan berjumpalah doktor atau datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Ini kerana terdapat beberapa kes di mana setelah pergi ke hospital dan menjalani beberapa ujian termasuklah ujian kesuburan dan darah, menunjukkan semuanya berada pada paras normal tetapi mengalami tanda-tanda lemah tenaga batin terutamanya bila hendak bersama dengan pasangan.  

Rawatan moden

Lemah tenaga batin boleh dirawat pada sebarang usia. Rawatan bergantung kepada kesihatan anda secara keseluruhan dan punca-punca asas masalah. Kemajuan yang signifikan telah dibuat pada dekad yang lalu untuk merawat lemah tenaga batin. Sekarang, terdapat beberapa terapi yang boleh dipilih sebagai rawatan. Doktor anda boleh membantu anda memilih yang terbaik dan paling selamat untuk dilakukan.
Dalam beberapa kes, perubahan gaya hidup yang mudah, seperti mengurangkan berat badan, atau berhenti merokok, boleh meghilangkan lemah tenaga batin. Jika lemah tenaga batin disebabkan oleh ubat-ubatan tertentu, doktor mungkin mencadangkan anda mengurangkan dos anda atau cuba ubat alternatif. Sesetengah ubat darah tinggi, ubat alahan, antidepresan, sedatif, suppressants selera makan, dan ubat ulser boleh memberi kesukaran bagi seorang lelaki untuk mendapatkan ereksi kukuh.
Kebanyakan lelaki dengan lemah tenaga batin, bagaimanapun, akan memerlukan rawatan lanjut. Pilihan rawatan untuk mati pucuk termasuk:
  • Psikoterapi (kaunseling)
  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan
  • Fisioterapi

Rawatan penyakit lemah tenaga batin dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit lemah tenaga batin akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah Yusof ayat 46 hingga 52
  • Surah Al-A’raaf ayat 56 hingga 62
  • Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
  • Surah Adz Dzariyat ayat 31 hingga 60.
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Yusuf tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al A’raaf tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adakala pula pesakit perlu disentuh oleh perawat kami dibahagian tulang belakang terutama di bahagian “sacral” iaitu di tulang belakang S1 hingga S5.  Urat-urat saraf di bahagian tulang belakang ini lah yang mengusai kekuatan tenaga batin sesaorang lelaki.  Urat-urat saraf dari bahagian tulang-tulang S1 hingga S5 inilah yang menghubungi aliran saraf dari otak ke bahagian kemaluan lelaki. Sekiranya urat saraf di bahagian tulang belakang “sacral” ini rosak akibat kemalangan, penyakit tulang seperti osteoporosis, penyakit slip disk atau akibat gangguan sihir, urat saraf yang rosak di bahagian ini perlu diperbetulkan.
Selain dari membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu untuk membetulkan urat saraf yang rosak ini, teknik sentuhan “pressure point” yang diamalkan oleh saya dan juga para parawat saya yang hanya menggunakan jari tangan untuk menyentuh di tulang-tulang belakang tertentu, boleh memberi kesan positif kepada aliran saraf yang rosak.   Inshallah sekiranya Allah swt mengizinkan.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Penutup

Kepada semua pesakit di luar sana yang mengalami penyakit lemah tenaga batin, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk rawatan masing-masing. Janganlah hanya berserah kepada takdir. Sabar dan yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
Dalam pengalaman kami merawat pesakit lemah tenaga batin, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari segi kasih sayang didalam keluarga. Dari segi hubungan suami isteri pula lebih mesra berbanding dengan kali pertama membuat rawatan. Ada yang cepat sembuh dan ada yang lambat. Terpulang kepada yang Maha Esa untuk menyembuhkanNya kerana sebagai manusia kita perlu berikhtiar.  Walaupun ada yang masih belum sembuh, tetapi jiwa lebih tenang dan redho.
Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda,
"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." - HR. Muslim
InsyaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu anda yang mempunyai masalah penyakit lemah tenaga batin ini.
Sekian.

Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin

Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga BatinCara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin

Mengatasi masalah lemah tenaga batin atau impotensi amat mencabar bagi anda dan pasangan anda. Jika seorang lelaki mengalami masalah impotensi atau lemah tenaga batin atau disfungsi ereksi, kejantanannya amat tercabar dan mungkin pasangan anda akan terasa diabaikan atau tidak disayangi. Impotensi melibatkan pemasalahan kedua-dua pasangan.
Anda dan pasangan wajib menguruskannya bersama-sama. Tanpa pemahaman kedua pihak mengenai kenapa terjadi disfungsin ereksi dan kesan-kesannya, anda tidak akan menyelesaikan masalah lemah tenaga batin. Kaedah paling berkesan utk mengatasi kesan-kesan disfungsi ereksi ialah berkomunikasi secara efektif dengan pasangan anda. Dibawah adalah antara tips, petua, kaedah dan Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin.
Petua Dan Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin
Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin1. Bawang Merah – Kupas bawang merah dan basuh bersih. Amalkan memakannya mentah-mentah sehingga terdapat perubahan.
Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin2. Pinang – Biji pinang yang telah masak (kulit berwarna perang) direbus dengan segelas air. Setelah air rebusan kelihatan pekat, angkat dan tapiskan. Minumlah air rebusan itu 3 jam sebelum ingin melakukan persetubuhan dengan isteri anda.
3. Durian – Perah buah durian hingga mengeluarkan air dan amalkan meminumnya.
4. Bachang – Ambil daun muda atau pucuk bachang dan direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Tapis air rebusan dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah. Kacau rata dan minumlah ketika ia masih panas.
5. Beras – Basuh beras sebanyak tiga kali, basuhan terakhir itu hendaklah menggunakan air masak. Air basuhan terakhir itu diambil dan jadikan sebagai minuman, segelas sekali minum. Amalkannya 3 kali sehari.
Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin6. Buah Kantan – Ambil buah kantan dan rebus hingga mendidih. Tapiskan air rebusan apabila telah sejuk dan minum. Amalkan selalu.
7. Balung Ayam Ungu – Ambil biji balung ayam ungu dan campurkan dengan sedikit gula dan segelas air susu. Kacau rata dan minum.
8. Som Jawa – Basuh bersih 5 gram akar Som jawa dan masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas. Tutup cawan tersebut untun beberapa minit, tapis dan minum ketika ia masih panas.
Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin9. Jerangau – Rebus rizom jerangau dengan tiga gelas air dan biarkan hingga mendidih dan menjadi satu gelas. Tapis dan minum ketika ia masih panas.
10. Tongkat Ali – Akar tongkat ali direbus dengan tiga gelas air dan biarkan ia mendidh sehingga airnya tinggal segelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Akar tongkat ali dikeringkan. Kemudian, rebus dengan 3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Baki yang tinggal hendaklah ditapis dan minum apabila telah sejuk. Lakukan petua ini secara teratur.
11. Nampu – Ambil 100 gram akar nampu segar dan parut. Campurkan dengan 1 gram garam dan 10 gram kelapa parut. Gaul rata dan kukus untuk 20 minit untuk dimakan.
12. Lalang – Ambil akar lalang, batang beluru dan rebung buluh gading. Potong kecil kesemua bahan tersebut. Setelah dibasuh sebersih-bersihnya, rebus dengan tiga gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis dan minum. Amalkan selalu.
Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin13. Senduduk Putih – Basuh bunga senduduk putih sebersih-bersihnya dan makan mentah sebagai ulam.
14. Seroja Air Putih – Ambil 7gm akar kering Seroja air putih dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi 2 gelas air sahaja. Setelah sejuk, tapis dan minum 2 kali sehari, segelas sekali minum.
15. Belimbing Bukit – Ubi belimbing bukit dikeringkan dan direbus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Selasa, 17 Jun 2014

Tanda-tanda suami lemah tenaga batin.

Untuk mengetahui tanda-tanda lemah tenaga batin seseorang lelaki itu, seelok-elaoknya marilah kita perhatikan apakah yang berlaku semasa peroses erektil. Proses ereksi adalah proses dimana apabila zakar seseorang lelaki terangsang akan bertukar dari keadaan lembik kepada keadaan tegang dan tersedia untuk melakukan hubungan jenis dengan pasangannya.
Untuk memahami apa yang menyebabkan berlakunya lemah tenaga batin atau mati pucuk, penting untuk kajian pertama dilakukan untuk mengetahui bagaimana proses ereksi berlaku. Bagi seorang lelaki proses ereksi merupakan satu proses yang kompleks berlaku di dalam badan. 
Ereksi melibatkan sistem saraf pusat, sistem saraf periferal, faktor-faktor psikologi dan yang berkaitan dengan tekanan, faktor-faktor tempatan dengan badan-badan atau ereksi zakar itu sendiri, dan juga hormon dan komponen vaskular (aliran darah atau edaran). Bahagian zakar dimana proses yang membawa kepada ereksi mewakili hanya satu komponen tunggal.
Ereksi berlaku sebagai tindak balas terhadap sentuhan, bau, pendengaran dan rangsangan visual yang mencetuskan impulse elektrik di dalam otak. Maklumat bergerak dari otak ke pusat-pusat saraf di pangkal tulang belakang, di mana gentian saraf utama menyambung ke zakar dan mengawal aliran darah semasa ereksi dan selepas itu.
Rangsangan seksual menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada saraf pada zakar yang mencetuskan satu siri peristiwa yang akhirnya menyebabkan kelonggaran otot semasa ereksi zakar. Kelancaran otot-otot dalam badan-badan semasa ereksi mengawal aliran darah ke dalam zakar. Apabila otot relaks, aliran darah secara mendadak meningkatkan, dan ereksi menjadi penuh dan tegar, itulah yang menyebabkan ereksi. 
Jika satu atau lebih daripada proses fizikal dan / atau psikologi di atas terganggu, lemah tenaga batin boleh berlaku. Disfungsi erektil menggambarkan ketidakupayaan untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar lelaki yang mencukupi untuk melakukan hubungan.
Secara umumnya, punca lemah tenaga batin dibahagikan kepada 2 jenis. Ramai lelaki akan mempunyai kedua-dua sebab ini iaitu psikologi (mental) dan fizikal atau organik (yang mempunyai kaitan dengan organ tubuh badan atau sistem organ).

Tanda-tanda merujuk kepada lemah tenaga batin.

1. Suatu ketika dulu sebelum aku disahkan mengidap penyakit leukemia CML, pada suatu hari tetiba saja zakar aku terus lembik tak sampai satu minit bersama isteri aku. Puas aku cuba pelbagai cara untuk kembalikan keteganganya namun ia tetap gagal. Selepas seminggu rawatan di hospital, zakar aku sudah menunjukkan peningkatan keaktifan yang cukup ketara. Kualiti dan komposisi darah yang betul dan stabil adalah penting dalam memastikan kesihatan tenaga batin lelaki.

2. Ada juga sesetengah lelaki yang mengalami masalah cepat pancut. belum pun ape-ape dengan isterinya ia sudah pancut. Kemudian zakarnya lembik dan tak nak keras lagi dah. Situasi ini mungkin ada kaitan dengan aktiviti onani yang dilakukan olehnya diwaktu zaman remajanya menyebabkan saraf dan otot-otot zakarnya gagal untuk kekalkan keteganan sepatutnya.

3. Zakar menjadi lembik dan tak mampu melakukan senggama. 

Sebab-sebab fizikal lemah tenaga batin.
Dalam kebanyakan kes, mati pucuk adalah disebabkan oleh sesuatu berbentuk fizikal. Sebab-sebab biasa lain termasuk:
1. Penyakit jantung
2. Saluran darah tersumbat (aterosklerosis)
3. Kolesterol tinggi
4. Tekanan darah tinggi
5. Diabetes
6. Obesiti
7. Sindrom metabolik - keadaan yang melibatkan tekanan darah, tahap insulin yang tinggi, lemak badan di sekitar pinggang dan kolesterol tinggi
8. Penyakit Parkinson
9. Multiple sclerosis
10. Testosteron yang rendah
11. Penyakit Peyronie - pembangunan tisu parut di dalam zakar
12. Pengambilan Ubat-ubatan tertentu
13. Penggunaan tembakau
14. Penagih arak dan lain-lain bentuk penyalahgunaan dadah
15. Rawatan untuk kanser prostat atau prostat membesar
16. Pembedahan atau kecederaan yang menjejaskan kawasan pelvis atau saraf tunjang

Sebab-sebab psikologi lemah tenaga batin.
Otak memainkan peranan penting dalam mencetuskan siri peristiwa fizikal yang menyebabkan ereksi, bermula dengan perasaan keseronokan seksual. Beberapa perkara yang boleh mengganggu perasaan seksual dan menyebabkan atau memburukkan lagi mati pucuk. Ini termasuk kemurungan, kebimbangan atau lain-lain keadaan kesihatan mental, masalah hubungan disebabkan oleh tekanan, komunikasi yang lemah atau kebimbangan lain.

3 Menu Berpotensi Menyebabkan Lemah Tenaga Batin

Maaf.... Artikel ini khas hanya untuk mereka yang berimpian untuk mencegah atau merawat masalah lemah tenaga batin tanpa menggunakan ubat kuat sahaja kerana pengamalan memakan ubat kuat adalah sangat, sangat merbahaya.



Malangnya hampir kesemua makanan yang disebut oleh Datuk Seri Dr Subramaniam sebagai 10 menu berbahaya tersebut adalah makanan kegemaran kita.

Kandungan garam di dalam nasi goreng terlalu tinggi.
Sudah lah banyak garam,  ia juga berminyak dan tinggi kolestrol.

Belum campur udang goreng lagi tu.

Garam tinggi, kolestrol tinggi, tekanan darah pun boleh jadi tinggi!

Ingat, tekanan darah tinggi merupakan salah satu punca utama masalah lemah tenaga batin!

Oat pula memang bagus. Tapi takkan tiap-tiap hari kena makan oat je kan?

Menurut pakar diet klinikal pula, Tan Yen Sing, buah mangga dan buah epal pula sememangnya sudah terbukti mampu mencegah masalah lemah tenaga batin sekiranya diamalkan secara konsisten kerana makanan sebegini mengandungi:

1. Vitamin.
2. Mineral. 
3. Serat. 
4. Karbohidrat.

Tapi takkan tak boleh langsung nak makan keropok ikan, udang goreng, kari kambing dan sebagainya?

Berpuluh tahun bekerja, duit bertimbun dalam bank, tak boleh makan makanan yang sedap-sedap?

Saya sendiri pun suka makanan-makanan berlemak dan bergoreng macam tu.

Hmmm...



Tapi saya mulakan dengan satu RAHSIA.

Kita tak perlu meletakkan diri anda dalam risiko setiap hari untuk memakan ubat kuat sebelum bersama!

Kerana faktor untuk sihat dan gagah perkasa tenaga batin adalah dua sahaja, iaitu:

1. 70% mencegah penyakit kronik.
2. 30% minda yang sihat.

Setiap doktor sakit tuan pasti akan akui fakta ini.

Jadi, kalau anda makan ubat kuat ataupun mengurut batin ataupun menyapu krim tertentu setiap kali sebelum bersama, tetapi tidak mencegah penyakit kronik dan sentiasa stres, ini strategi salah!

Kita mesti mula dengan pencegahan dulu. Ia 70% faktor bebas dari masalah lemah tenaga batin.

Tapi masalahnya...



Ada orang yang menganggap bahawa masalah lemah tenaga batin ini adalah perkara yang wajib berlaku ke atas setiap kaum lelaki.

Sebenarnya tanggapan ini adalah 100% salah. Apatah lagi sekiranya seseorang lelaki itu masih belum menjangkau 60 tahun umurnya.

Masalah yang paling besar adalah hampir 80% kaum lelaki dalam kalangan kita yang tidak tahu apakah punca sebenar kepada masalah lemah tenaga batin ini.



Mengikut salah seorang Pakar Sakit Tuan yang tersohor di dalam negara kita, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi, punca utama kepada masalah lemah tenaga batin ini adalah:

1. Kencing manis.

2. Darah tinggi.

3. Sakit belakang.

4. Kandungan kolestrol yang terlalu tinggi.

Apabila menghidap penyakit-penyakit kronik seperti yang tersebut, kesan sampingannya yang terpaksa tubuh anda alami adalah pengaliran darah yang tidak lancar.

Pengaliran darah yang tidak lancar di dalam tubuh badan kita bermakna akan berlaku gangguan ereksi zakar seseorang lelaki seperti gambar rajah di bawah.



Nak tak nak, kita kena cegah ataupun rawat penyakit-penyakit kronik tersebut.

Ingat, ianya adalah 70% faktor bebas dari masalah lemah tenaga batin!

Ini adalah antara faktor penyumbang lemah tenaga batin. Adakah anda juga mengalaminya?Ini adalah antara faktor penyumbang lemah tenaga batin. Adakah anda juga mengalaminya?



Jika anda boleh berhenti makan nasi goreng, kari kambing, bebola ikan, semua jenis makanan segera dan yang sudah tersebut sebelum ini, ini cara anda boleh cegah penyakit kronik dari sekarang lagi.

Sekejap lagi, saya akan cerita cara mahu cegah penyakit kronik dan masalah lemah tenaga batin tanpa perlu mengelak makanan kegeraman tuan-tuan ataupun menghabiskan masa yang banyak setiap hari di taman rekreasi inshaALLAH..

Tiada ulasan: