Isnin, 31 Ogos 2015

ROKOK ELEKTRONIK...VAPE....VAPOR

Kebaikan dan keburukan rokok elektronik ( e-cigarette )
Rokok elektronik atau e-Cigarette merupakan pilihan alternatif bagi menggantikan rokok sebenar. Bukan sahaja langkah 'tukar' ini mampu memberi manfaat pada diri sendiri malah orang-orang yang berada disekeliling anda juga, akibat kesan pelbagai kandungan bahan-bahan yang merbahaya dalam rokok sebenar yang mengancam kesihatan. Ini adalah satu cara yang sihat dan selamat menikmati rokok seperti yang sekarang anda hisap!
Kelebihan Electronic-Cigarette
1. Menghindar / kurangkan kesan sampingan seperti anda menghisap ROKOK sebenar yang megandungi lebih 4000 jenis bahan kimia!
2. Rokok elektronik ( Electronic Cigarette ) tidak mengaratkan gigi dan menghitamkan bibir..
3. Rokok elektronik ( E-Cigarette ) mengandungi nikotin yang tidak membahayakan kesihatan kerana ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia seperti CARCINOGENS, TEMBAKAU, TAR, KARBON MONOKSIDA, SISA ABU, BAU BUSUK.
4. Tiada kesan terhadap Smoke Detector (pengesan asap) oleh kerana E-Cigarette hanya mengeluarkan wap air yang seakan-akan asap sebenar.
5. Variasi perasa (dunhill, marlboro dll ) seperti ROKOK sebenar.
6. MENJIMATKAN wang sehinga 80% sebulan.
7. Mengurangkan atau menghentikan terus kadar pengambilan ROKOK sebenar.
8. Anda juga boleh menikmatinya ketika memandu (tak perlu buka tingkap).
9. Tiada masalah menghisapnya di runagan berpenghawa dingin.
10. Menghisap di tempat awam atau tempat larangan merokok juga tidak menjadi masalah.
11. Baju tidak lagi berbau ROKOK.
12. Bau mulut tidak lagi busuk.
13. Electronic-Cigarette (rokok elektronik) juga sesuai dibuat cenderahati untuk orang yang tersayang.
14. Tidak perlu risau jika anak-anak kecil menghidu wap dari rokok elektronik kerana ianya selamat dan tidak berbahaya
15. Bahan yang terdapat didalam rokok elektronik tidak boleh menyebabkan kanser atau penyakit-penyakit yang berat
Kekurangan Electronic-Cigarette
1. Semasa menggunakan rokok elektronik, pengguna tidak akan tahu berapa banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini kerana jika kita menghisap rokok sebenar kita akan berhenti jika abu rokok sudah habis, ini kerana rokok elektronik apabila di "charge" penuh akan bertahan selama 8 jam tanpa henti.
2. Terlalu banyak kita sedut boleh menyebabkan kesan sampingan nikotin yang berlebihan dalam badan.
3. Tidak sesuai untuk penguna yang alah pada propelyne glycol (PG).Tanda alahan ialah bila sedut dengan liquid PG base gusi bengkak, gigi jadi sensitif dll

Menghisap Vape Yang Benar

puff-vaping
Ingin tahu cara terbaik untuk menghisap vaporizer kamu? Nah kita akan mencakup semua dasar-dasar dan segala sesuatu yang perlu kamu ketahui untuk mendapatkan hit yang paling memuaskan! Jika kamu memakai vaporizer kamu harus mendapatkan semua manfaatnya. Tidak seperti merokok tradisional, dengan vaporizer itu sedikit berbeda dan memerlukan teknik yang agak berbeda. Jadi di sini kamu akan menemukan langkah-langkah yang tepat diperlukan untuk menggunakan vaporizer benar ketika hitting.
Pertama-tama, inilah yang kamu tidak boleh lakukan: mencoba menggunakan vaporizer kamu seperti rokok tradisional. Mengingat rokok elektrik adalah alternatif untuk rokok tradisional, hal itu mungkin tampak normal dan natural untuk menggunakan metode yang sama, namun, untuk vaping menggunakan teknik yang berbeda. Jangan menghisap cepat dan pendek, karena hal ini akan menyebabkan e-Liquid di mulut kamu – yuck!
Chain (secara terus-terusan) vaping is a no-no. 3 sampai 7 puff adalah batas yang dianjurkan, karena perangkat kamu dapat menjadi terlalu panas, sesi pendinginan sangat diperlukan.
Oke, jadi sekarang kamu tahu apa yang tidak boleh dilakukan, berikut ini adalah langkah yang harus kamu ambil untuk hasil terbaik:
1. Tarikan: ketika menghirup, pastikan pelan-pelan dan teratur. Hasil dari hisapan tersebut akan smooth sampai mulut kamu penuh dengan uap, mirip dengan bagaimana kamu merokok cerutu. Juga dengan vaping, kamu tidak perlu untuk menarik uap ke dalam paru-paru, seperti saat kamu merokok, untuk mendapatkan efek penuh.
2. Tahan dan menghembuskan: setelah menghisap, tahan uap di mulut kamu selama 3 sampai 5 detik sebelum menghirup lebih jauh lagi atau menghembuskan. Nikotin terserap melalui membran mukosa di mulut kamu, tidak seperti rokok tembakau tradisional di mana hanya akan diserap melalui paru-paru. Jadi ini adalah faktor besar yang perlu diingat untuk memastikan kamu mendapatkan jumlah yang tepat dari nikotin.
3. Kesabaran adalah suatu kebajikan: kamu harus menunggu sekitar 30 detik sebelum kamu merasakan efek dari nikotin. Sementara rokok tradisional memerlukan waktu tunggu sekitar delapan detik, penyerapan ini sedikit berbeda dengan uap rokok elektrik, tetapi kamu akan terbiasa untuk itu.
Satu hal lagi yang perlu diingat ketika vaping, adalah bahwa pemanasan atomizer dengan priming adalah cara terbaik untuk memanaskan coil. Ini akan membuat hit uap yang banyak.
Jadi itu! Pasti akan berbeda dengan menggunakan rokok biasa, tetapi dengan hanya sedikit tweaking hasil yang kamu dapat lebih memuaskan! Selamat Menikmati!


Penyakit Penyebab Kematian Akibat Menghisap Rokok Vapor 

SIAPA tak kenal dengan rokok elektrik alias vapor yang menjadi trend moden terkini. Malangnya, banyak fakta telah mendedahkan bahawa setiap hisapan rokok elektrik tersebut mengandungi bahan-bahan berbahaya yang menyebabkan penyakit yang boleh menyebabkan kematian.
Dipetik dari pelbagai sumber internet, berikut adalah tiga risiko penyakit yang boleh menyebabkan kematian disebabkan oleh rokok elektrik atau vapor ini.
Jangkitan paru-paru
Penyelidik mendapati wap dari vapor mengandungi racun. Kesan dari menghirup asap rokok elektrik boleh mengganggu sistem pernafasan, sehingga menyebabkan jangkitan paru-paru.
Melemahkan sistem kekebalan tubuh
Vapor boleh melemahkan respon sistem kekebalan terhadap bakteria dan virus. Misalnya, pecinta Vapor akan mudah diserang bakteria pneumonia, sinusitis dan virus flu.
Kanser
Penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida seperti yang terkandung dalam wap vaporizer. Bahan-bahan ini menjadi pencetus kanser penyebab kematian.

Irsyad Fatwa Ke-63: Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor

Ditulis oleh Admin PMWP pada . diterbitkan di dalam Irsyad Fatwa

SOALAN
Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vapor?

JAWAPAN

Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor
Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.
Suka kami nyatakan di sini, selepas dikeluarkan isu ini dalam Irsyad Fatwa yang lalu, maka kami dapati terlalu banyak pro dan kontra serta yang menanya kepada kami dengan pelbagai soalan samada dari sudut hukum dan juga illahnya serta sebab kesihatan.  Justeru kami terpaksa mengemaskinikan hujah, dalil dan maklumat serta data yang terkini bagi mengukuhkan lagi keabsahan pendapat kami.

Definisi Rokok Elektrik
Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.

Pendapat Pakar
Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :
  • Jumlah nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik ini berbeza bergantung kenyataan tertulis pada labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.
  • Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nikotin dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.
  • Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”[1].
  • Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh American Lung Association (ALA), pihak ALA menyatakan kegusaran mereka terhadap penggunaan rokok elektronik kerana kajian awal telah mendapati bahawa rokok elektronik bukan sahaja mengandungi nikotin bahkan terdapat juga bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti carcinogens[2]. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa rokok elektronik yang menggunakan voltage yang tinggi mempunyai amaun formaldehyde yang tinggi. Formaldehyde juga merupakan bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh manusia[3].
  • Pihak FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat telah menjalankan uji kaji makmal terhadap kandungan rokok elektronik dan di dalam satu sampel kajian,, mereka telah mendapati bahan diethylene glycol iaitu bahan yang digunakan di dalam proses anti beku dan ianya sangat berbahaya kepada tubuh manusia[4].
  • Menurut Dr. Daniel Lee, Pakar Perubatan dan Pernafasan di Pusat Perubatan Prince Court, dakwaan yang mengatakan asap yang terhasil dari rokok elektronik adalah dari cecair biasa dan bukannya dari nikotin adalah salah sama sekali. Hakikatnya, rokok elektronik mempunyai nikotin yang mana boleh meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon ‘adrenalin’ serta melembapkan sistem urat saraf. Selain itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan ulser perut dan usus.
  • Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin ketika dihubungi mengatakan proses pengewapan cecair nikotin yang dihasilkan oleh rokok elektronik, akan disedut oleh pengguna, dan wap nikotin ini mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Tambah beliau lagi, asid nitrik merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia. Selain itu, cecair nikotin, walaupun sukatannya sedikit, dikhuatiri resapannya ke dalam saluran darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin[5]
  • Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Ashok Zachariah Philip juga berpendapat bahawa rokok elektronik boleh membawa kemudharatan kepada penggunanya. Tambah beliau lagi, kebanyakan bahan kimia yang terkandung di dalam asap rokok kenvesional juga terdapat di dalam rokok elektronik walaupun kadarnya lebih rendah. Beliau juga melalui persatuan menggesa agar Kementerian Kesihatan menimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik melihat kepada kemudharatan yang bakal berlaku[6].
  • Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Khairulfaizi Haron berkata, walaupun peratusan untuk pengguna vape mendapat penyakit tersebut terlalu rendah, mereka perlu berwaspada dan berhati-hati. Beliau juga menegaskan bahawa sangkaan menggunakan rokok elektronik adalah lebih selamat berbanding rokok adalah tidak benar[7].

Hukum
Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
  • Qiyas kepada rokok sebenar bahkan mudaratnya tidak kurang daripada merokok.[8]
  • Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
  • Pembaziran yang berlaku samaada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar ratusan ringgit dan bagi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan ringgit.
  • Meniru budaya yang bukan Islam.
  • Dilihat tidak bermaruah dan beretika. Hal ini selaras dengan budaya Timur sementelahan lagi dengan budaya Islam.
  • Sad al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan). Pihak polis kini sedang menggiatkan tinjauan dan siasatan terhadap lokasi-lokasi yang dikesan cuba mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir pengguna rokok elektronik[9]. Laporan dari pihak berkuasa juga menunjukkan bahawa penggunaan dadah sintetik dikalangan remaja sedang meningkat dan ini akan lebih memburukkan keadaan jika penggunaan rokok elektronik juga terdapat unsur-unsur dadah didalamnya.[10]. Langkah-langkah pencegahan perlulah dilakukan agar masalah ini tidak membarah dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya buat para remaja.
Pada hari ini, 17 Ogos 2015 bersamaan 2 Zulkaedah 1436H, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya[11]. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu diputuskan dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah difatwakan sebelum ini[12]. Tambah beliau lagi, apabila telah cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ianya membazir dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.
Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.

Fatwa Ulama’& Pendapat Ilmuan Islam
Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah HARAM[13].
  • Sheikh Muhammad Saalih al-Munajjid di dalam jawapan beliau terhadap isu penggunaan rokok elektronik mengatakan bahawa rokok elektronik hukumnya adalah sama seperti rokok tradisional iaitu haram. Padanya tidak ada kebaikan bagi mereka-mereka yang ingin cuba meninggalkan amalan menghisap rokok beralih dari rokok tradisional kepada rokok elektronik kerana mudaratnya juga sama seperti rokok biasa berdasarkan laporan dari pakar[14].
  • Sheikh Uthman al-Khamis juga berpendapat bahawa rokok elektronik adalah haram kerana ianya memudaratkan[15]. Setiap yang memudharatkan, maka Islam terlebih dahulu akan menolaknya demi menjaga maslahah sekalian umat.
Berdasarkan kepada kenyataan dan hujah oleh pakar dan juga ulama’ maka isu vape dari sudut keharamannya adalah mempunyai asas yang kukuh. Justeru, tiada sebab dan alasan lagi untuk menolak pandangan berkenaan dengan isu vape ini untuk menjadi harus atau makruh sahaja. Sekali lagi kami tegaskan di sini kerana mudarat adalah lebih besar dari semua aspek samada kesihatan, orang disekelilingnya, harta benda dengan pembaziran dan maruah serta etika sebagai seorang Islam yang sepatutnya menjaga tingkah-laku dan adabnya.
Penutup
Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Ogos 2015 bersamaan 3 Zulkaedah 1436H

Bangga menghisap vape, bukan adab seorang wanita

U. Nik Norsaha
Oleh Amrah Zamani
SEREMBAN, 25 Ogos – Berikutan aksi menghisap Rokok elektronik (vape) oleh sekumpulan wanita yang menjadi viral ini di media sosial baru-baru ini, Ketua Wanita ISMA Cawangan Rembau, Ustazah Nik Norsaha binti Nik Mohd melahirkan rasa kecewa dan empati kerana aktiviti sedemikian dilihat kurang nilai dari segi adab dan sopan bagi seorang wanita beragama Islam.
“Anak-anak perempuan hendaklah kita suburkan jiwa mereka dengan sifat malu, manakala anak-anak lelaki pula perlu disuburkan dengan adab. Jika nipis malunya, macam-macam kebobrokan dan kemerosotan nilai adab dan akhlak yang dapat kita lihat hari ini,” katanya selepas ditemui wartawan.
Katanya lagi, meskipun ada dalam kalangan masyarakat yang menyokong aktiviti tersebut dengan alasan ianya tidak memudaratkan kesihatan dan sebahagiannya tidak mengandungi bahan nikotin serta bahan-bahan lain yang merbahaya, namun sebagai seorang muslim hendaklah kita menilainya dari sudut neraca syarak, adab dan budaya.
“Aktiviti sedemikian bukanlah berasal dari budaya agama Islam yang kita imani. Maka hendaklah kita meninggalkannya kerana hadis nabi ada menyebut bahawa,
Diantara tanda-tanda kebaikan keislaman seseorang adalah dengan meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat baginya,” katanya.
Di samping itu, Ustazah Nik juga berpendapat masyarakat Islam hendaklah menjauhi amalan merokok samada menggunakan rokok biasa ataupun vape sebagai satu tabiat kerana boleh memudaratkan kesihatan, ekonomi dan kehidupan sosial.
“Kita perlu menilai sendiri, apakah dengan menghisap vape tersebut, memberi nilai dan qudwah yang baik terhadap anak-anak dan masyarakat sekeliling?,” soalnya lagi.
Majlis Fatwa Kebangsaan serta Mufti di beberapa buah negeri turut menfatwakan bahawa penggunaan vape adalah haram, dengan mengambil pertimbangan bahawa vape tersebut sebagai memudaratkan kesihatan dan ekonomi keluarga.

Tiada ulasan: