Khamis, 19 November 2009

INSURAN KERETA LAMA MEMBEBANKAN



Selepas rancangan memeriksan kereta lama iaitu 15 tahun keatas bila hendak pembaharui cukai jalan dibatal atau ditangguh.Timbul masalah serta telah dikuatkuasakan dengan kena mengambil insuran first party dinilai kereta lama itu dengan rm8000 tidak kira apa bentuk keadaan.Menjadikan kereta yang 1500 cc kena membayar lebih kurang 400 ringgit untuk insuran dan cukai jalan untuk setahun.Bagi orang tidak berduit dan berpendapatan rendah ini membebankan.Kenaikan terlalu tinggi,sedang dahalu lebih kurang hanya rm180 siap dengan cukai jalan selama setahun.Bagi orang tidak berduit lagi miskin ini membebankan.Jika ia kaya sudah tentu ia akan membeli kereta baru.

Siapa yang tidak hendak berkereta baru jika mampu.Apa guna beli,jika tidak mampu membayar kereta itu akan ditarik balik oleh bank jika tidak dapat menjelaskan dalam masa 3 bulan.Satu kelegaan bagi pembeli kereta bila kereta telah dihabis bayar dengan jayanya.Maka kereta itu jaga dengan baik agar perbelanjaan keluarga dapat dikurangkan.Mungkin boleh menyimpan sedikit wang untuk ke Mekah.Jangan kita jadi orang yang memikir diri sendiri untuk hidup mewah.Orang lain pergi jahanam.Sudahlah sistem pinjaman menggunakan sistem riba dan juga membeli menggunakan sistem jual beli Islam.Riba memang diharamkan dalam Islam.Tidak tahulah kereta jenis lama yang banyak claim insuran kalau hendak dibandingkan dengan kereta baru.Bagaimana yang telah bertahun2 membayar insuran tidak pernah claim.Menindaslah, hukumnya haram dan zalim.Orang yang dizalimi doanya makbul.Tidak mustahil syarikat2 insuran boleh bangkrap.Sebab syarikat insuran terbesar pun boleh bangkrap.

Apa yang ingin diberitahu disini,jika kita tetap hanya mementingkan diri ,pihak yang ditindas dan zalimi akan berdoa dan tidak reda dengan bayaran yang dikenakan.Jika doa makbul, kesannya syarikat yang menanggung dan jika tidak reda kesanya ialah akan ditanya oleh Allah swt di padang masyhar nanti.Sama juga bayaran tol.Jika pembayar tol tidak reda dengan bayaran itu maka mereka yang terlibat akan didakwa di akhirat. Sudah tentu ada orang diatas juga yang beragama Islam dan telah jadi tuan haji.Ini sudah tentu serba sedikit ia tahu hukum agama.Dengan rasa rendah diri penulis yang kerdil memohon agar cara@kaedah ini kaji semula.Bagi manusia yang tiada kuasa dan pengaduan tidak bernilai maka kami boleh mengadu kepada Allah swt yang mempunyai Kuasa yang Maha Tinggi di dunia dan di akhirat.Cuma kita tunggu sahaja bila sampai masa,mereka ini akan dihukum oleh Allah swt kerana sikap mementingkan diri.InsyaAllah masanya akan sampai.Sebab ramai terasa dizalimi.

Tiada ulasan: