Khamis, 19 November 2009

PUSAT ZAKAT ADAKAH MENGIKUT KEHENDAK ISLAM




Adanya pusat zakat ni memudahkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajibkan zakat.Bukan sahaja zakat tetapi kewajipan2 yang lain.Jangan kita beratkan hanya yang melibatkan keuntungan wang dan membiarkan kewajipan lain seperti hukum atau undang jenayah@undang hudud yang termaktub dalam quran.Serta perkara2 lain penutupan aurat,riba,rasuah,judi,arak,bercampur gaul lelaki dan perempuan dan sebagainya.Satu perkara lagi sudah tentu pihak pusat zakat tahu ia sebagai amil...ia berhak hanya satu perlapan....sebagai upah mengutip.membanci dan mengagih2kan zakat.Salah serta haram mengambil lebih dari itu.Sebab menyalahi hukum serta mengambil bahagian asnaf yang lain....iaitu
1.mualaf
2.fisabillah@berjuang ke jalan Allah
3.Orang berhutang@kerana agama
4.Musafir
5.fakir
6.miskin
7.Mukattab@hamba yang nak membebaskan dirinya
8.Amil yang sekarang diambil tugas oleh pusat zakat........

Harus diingat dasarnya telah digubal dan disebut dalam bab feqah....jadi tidak boleh sewenang kita tadbir mengikut sistem kita sendiri.Contoh wang boleh diberi pinjam,diambil sebagai membayar wang iklan atau cabutan bertuah atau kuiz,dibelanja sepenuh bagi tahun itu juga....dll...guru2 agama mahir bab feqah lebih arif.Elok kita berbincang dengan mereka dan bertanya kepada mereka bagaimana hendak ditadbir wang zakat secara telus dan mengikut syarak ....sebab ini wang zakat@wang orang ramai bukan haq badan2 berkanun kita hanya sebagai amil.Jangan kita tadbir macam haq syarikat kita punya atau sebagainya.Kita hanya makan gaji dan diambil dari asnaf satu perlapan sahaja.Kita ada tanggungjawab dihadapan Allah swt di padang masyhar nanti.

Jangan sampai orang berhak tidak dapat dan orang tidak berhak dapat pula.Jangan kita bagi mengikut kroni2 atau sebagainya.Jangan rasa orang yang datang itu peminta sedekah...ia datang menuntut haqnya..Jika ia berhak bagikan sahaja.Wang kitu bukan milik kita@kita makan gaji sahaja.Jangan kita agih ikut suka atau sukatan kita hingga ada lebihan dan dibawa ketahun hadapan.Kalau begini sampai bila hendak menyampai matlamat.Mengikut kefahaman bodoh saya....jika dijalankan dan ditadbirkan dengan betul serta bahagian yang tepat mengikut syariat kemiskinan akan berkurangan.Sebab wang yang banyak itu boleh dibuat modal berniaga atau sebagainya.

Tidak tahulah bagaimana pihak pusat zakat menguruskan.Kita tidak boleh tuduh semberono.Cuma kita harap ia mengikut syariat.....jangan sampai kita didakwa tidak amanah dan melakukan pengagihan tidak mengikut syarak.Ini sudah tentu kita akan disumbat dalam neraka disamping pembayar2 zakat akan mendakwa kita dan penerima yang sepatut menerima juga mendakwa kita lagi....Dikhuatiri juga kita memakan wang zakat yang sepatutnya kita tidak memakannya.Ingat manusia boleh kita tipu2,belit2.herdik2 tetapi Allah swt tidak boleh buat begitu.Jujurlah dan teluslah.

Tiada ulasan: