Rabu, 4 November 2009

KESIAN ORANG YANG TIDAK BERKEMAMPUAN




Jika dasar ini diluluskan dan kerajaan melaksanakan dasar ini maka tentu gusar,terharu serta memeningkan kepala pemilik kereta yang umur 15 tahun keatas.Kecuali memang pengumpul kereta2 lama mereka ini memang berduit.Bagaimana pula mereka yang memang tidak mampu dimana banyak anak yang masih bersekolah lagi,hutang rumah masih tidak selesai lagi,isteri tidak bekerja,anak yang ramai untuk ditanggung,namanya black list dibank(tentu tidak boleh beli kereta baru),pinjaman along lagi dan pelbagai masalah kewangan terpikul pada diri yang terlibat.Ini patut kita sedar dan fikirkan dengan semasak2nya sebelum sesuatu dasar yang melibatkan rakyat terlebih lagi miskin lagi daif.

Sejauh mana kereta buruk boleh berjalan serta selaju mana boleh dipandu dan mungkin lagi lucu seramai mana boleh membawa orang.Takut sebelum kereta bergerak ada bahagian2 kereta tercabut.Penulisan ringkaskan sahaja tajuk ini sebab dasar ini iaitu ELV (jangka hayat kenderaan) telah dibatalkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan...lihat harian kosmo 7/11/09.Kita bersyukur kepada Allah swt kerana pembatalan dasar ini.Dikhuatiri dasar ini juga akan membebankan rakyat,menguntungkan sesuatu pihak serta akan menyuburkan lagi rasuah...

Tiada ulasan: