Ahad, 8 November 2009

JADI KETUA KAMPUNG ATAU KETUA2 LAIN JANGAN DOUBLE STANDARD SERTA PILIH BULU



Tidak kisahlah ketua kampung atau ketua2 yang lain,yang penting ia ketua atau bos....jika kita bos atau ketua jangan sikap dauble standart,pilih kasih atau pilih bulu.Ini menjadikan orang tengok pun berbulu.Orang berbulu tak ape lagi jangan Allah swt pun tengok berbulu juga atau melihatnya dalam kemurkaan.Ditambah lagi kalau kita sedia menerima rasuah serta menambah harga.Kata orang sekarang menambah harga projek, sebenarnya harga tidak begitu maka selebihnya masuk poket sendiri.Tidak payah fikir panjang2 dan berkehendak ilmu tinggi dalam menghukum.Kita sendiri pun sudah rasa bersalah dan berdosa.Termasuklah elaun2 kerai'an yang sepatutnya dibelanja untuk tetamu kita guna untuk peribadi seratus peratus.Kita memang ada rasa berdosa dan bersalah tetapi kita buang rasa itu jauh2,Sebenarnya dosa itu dapat dirasa,cuma kita tidak perdulikan.Menarik pula kalau orang macam ini mereka nampak pulak dosa orang.

Orang macam ini tak tahu malu.Kuman diseberang laut mereka nampak.Gajah didepan batangnya hidung tak nampak.Tidak apa kalau mereka buat2 tak nampak.Allah swt pasti nampak.Orang macam ini cakapnya tak ada nur sebab dua kali lima sepuluh.Sama juga ustaz2 atau penceramah, mereka suruh orang lain buat baik dan yang sunnat2,diri sendiri pun tak buat.Bukan senang jadi ketua dan pemimpin serta penceramah.Nanti ditanya oleh Allah swt atas orang yang kita pemimpin>Lebih2 pemimpin2 yang membiarkan maksiat didepan mata dan tidak mengajak amar makruf.Teruk lagi jika mereka sendiri menganjurkan maksiat dan menentang pula amar makruf.Nerakalah tempatnya jika tidak sempat atau taubat tidak diterima Allah swt kerana syarat taubat tidak ditepati atau tidak cukup syarat.Bukan tidak boleh jadi ketua atau pemimpin.Kita tetap juga sebagai pemimpin sekurang2nya ketua keluarga.Jadilah kita pemimpin yang amanah serta adil mengikut panduan Islam yang telah ajarkan dan gariskan.Pemimpin dan ketua jangan pula tidak mahu belajar agama sebab sudah jadi bos.

Bos kita hanya didunia sahaja.BOS sebenar kita ialah Allah swt.Allah berkuasa di dunia dan di akhirat.Kita jadi pemimpin pun ada pencen juga,takut bila hendak bertaubat agak sukar.Ini jika kita membuat salah pada seseorang kita berjumpa dengannya.Bagaimana dengan orang yang banyak atau telah mati.Begitu kita mengaibkan orang dihadapan orang yang ramai,maka dihadapan orang ramai untuk membuat pembetulan.Sukarkan.Kita tahu tapi buat tidak tahu sebab sudah sombong bongkak..hidung kemen pun dah jadi tinggi.Sudah pencen siapa pun tak penduli atau jika belum pencen cuma kuasa sudah lucut atau sampai tempuh.Baru sedar sendiri.Perkara ini bukan berlaku kepada semua bos,ketua atau pun pemimpin.Mungkin segelintir atau mungkin juga banyak hanya Allah sahaja yang tahu.

Jadi jangan kita kemaruk sangat hendak jadi pemimpin kalau memikirkan diri kita perlu dipimpin dan dibimbing.Bersyukurlah jika kita tidak jadi pemimpin,ketua atau bos...cukuplah jadi pemimpin keluarga.Ini pun masih rasa tidak terpimpin banyak kurangnya hingga timbul umpat dan keji.Kena redalah kalau itu hakikatnya.Jangan jadi perasan sudahlah, sedangkan orang yang dipimpin jauh dari Islam dan jauh dari rahmat Allah swt.Jangan fikir solat itu sudah cukup dan memadai sedang Islam tiada diambil pusing.Hingga jika dihina berdiam seribu bahasa.Lagi malang sendiri tidak yakin pada Allah dan rezeki Allah.Rasa diri hebat dan betul Islam sedangkan sikap terlalu meterialistik.Hingga masa dihabiskan untuk menghimpun dunia bukannya akhirat.Hingga rasuah berkembang biak serta subur macam tidak dapat dibendung.Ini ketua,bos atau pemimpin kena fikirkan dan benteraskan.Berdoalah agar jadi pemimpin yang adil serta sentiasa memohon taufik serta hidayah disamping kerahmatan dan keampunanNya.

Tiada ulasan: