Penulis ketika itu berada diwarung sambil melihat berita di TV yang biasa jarang ditonton dan ikuti.Apa yang menarik berita pada jam 8 malam bertarikh 27hb.oktober 2009 ialah perlaksanaan undang2 menutupan aurat di Acheh.Acheh yang pernah digemparkan dengan musibah tsunami beberapa tahun dahulu.Baru2 ini pula gempa bumi di Padang,Sumatera yang masih satu pulau dengan Acheh.Mungkin ulamak2 dan ahli2 agama di Acheh mengambil iktibar dari peristiwa di Padang.Dimana undang2 melarang wanita berseluar ketat dan hendaklah digantikan dengan kain labuh manakala lelaki dilarang memakai seluar pendek.
Perkara memang selaras dengan ajaran Islam.Acheh juga memang dikenali sebagai serambi Mekah dan kalau di Malaysia ialah Kelantan.Nas wajib penutupan aurat ada dinyatakan oleh Allah swt didalam Alquran ayat 31 surah An nur serta ayat 59 surah Al ahzab(sila rujuk Alquran).Dinyatakan suruhan menutup kepala hingga kebahagian dada agar tiada diganggu dan membezakan wanita yang beriman.Harus diingat penutupan aurat ialah meliputi dan punggung.Dengan kata mudah tidak menampak susuk tubuh badan wanita itu sendiri.Disamping warna tidak menarik perhatian lelaki.
Memang sifat lelaki dijadikan boleh berahi bila melihat bentuk yang memberahikan,Sebab itu wanita disuruh menutup aurat.Memang dan mungkin mereka ini(lelaki) tidak merogol kita tetapi dikhuatiri kita telah meransang nafsu mereka menjadikan ia merogol,melangani pelancur,onani,berzina dan lain-lain disebabkan kita.Dengan ini kita sendiri berdosa juga.Memakai purdah adalah sunat tetapi jika wajah kita terlalu cantik hingga boleh menimbul fitnah,maka memakainya jadi wajib.Cuma jika dalam urusan jual beli ketika akad berlaku hendaklah purdah itu dibuka.Apa yang dapat kita simpulkan dari undang2 ini ialah pihak Acheh tidak mahu dilanda tsunami kelai kedua atau gempa bumi seperti di Padang.Kemungkaran yang dibuat hingga melampaui batas,dibuat tanpa segan silu atau rasa bersalah ditambah ulamak2 dan ahli2 agama serta pemimpin membisu seribu bahasa.
Hingga kemungkaran dan kemaksiatan yang tidak mahu dibendung menimbulkan kemurkaan Allah swt,maka negara itu atau tempat itu Allah gturunkan bencana.Bencana yang secara tidak langsung kita sendiri mengundangnya atau dari hasil tangan2 serta kezaliman kita sendiri.Apa reaksi kita...sepatutnya dan wajib kita sokong tindakan Acheh dan wajib juga kita mengikut jejak langkah Acheh ini.Bukan sahaja masalah aurat sahaja tetapi masalah lain seperti arak,judi,pelacuran,pergaulan bebas,meninggalkan solat,perlaksanaan hukum quran dan banyak lagi yang difikirkan bersama.Sudah tentu ulamak2 serta ahli2 agama juga peimimpin memikirkan perkara ini.Jangan bencana sudah ditimpakan kepada kita baru hendak bertindak serta menyalahkan antara satu dengan yang lain.Tentu sudah tidak berguna kerna nasi telah menjadi bubur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan