Sabtu, 31 Oktober 2009

GURU AGAMA ATAU USTAZ SERTA PENCERAMAH JANGAN KENAKAN BAYARAN TERLALU TINGGI

Jangan kita berpendidikan agama bekerja untuk mengajar kekayaan dan kemewahan semata-mata.Jangan pandai bercakap tentang zohod,qanaah,memada dan sederhana dalam ceramah2.Sedang kita datang ke masjid2@surau2 dengan kereta mewah serta berjenama dalam pada itu mengutip derma anak yatim atau sebagainya.Sedangkan kaya kalau tidak bagaimana mampu pakai kereta mewah.Bayaran yang kita kenakan tinggi,tidak mengapalah kalau setakat rm50,kalau sekitar tempat tinggal kita atau beri percuma apa salahnya.Jika jauh..agak2lah,minyak,tol dll.Nazir atau pihak surau masjid tahulah mereka hendak beri saguhati.

Bukan mereka tidak berkereta atau duduk dalam hutan tidak tahu harga minyak,harga tol,upah penat lelah.Jangan kita tetapkan macam yuran atau upah.Macam surau masjid ini perniagaannya besar atau lubuk emas bagi penceramah.Patut2lah,jangan kita menghisap darah dari ilmu Allah.Nanti hilang keberkatan dan tiada rahmah lagi Allah bagi@beri , sebab awal2 lagi kita sudah ambil didunia.Ada yang yang mengenakan ribuan ringgit.Tidak masuk akal.Tidak mengapalah kalau hasilnya 50 orang jadi takwa dan masuk syorga.Diri sendiri pun tak tentu lagi.Pandai kita memainkan lidah dan kata2 hebat,diri belum tentu hebat.

Hebat2 kita belum ada darah gugur dimedan perang.Lainlah syuhada yang telah gugur dimedan perang menegakkan agama Allah,walaupun tak hebat bercakap dan tidak terkenal tetapi telah beri nyawa untuk agama Allah.Kalau kita ajaklah, gulungan penceramah2 hebat ini,belum tentu ia mahu.Mungkin ia akan cakap 'anta pergi dululah,ana dah tua,tak terdaya' dan macam alasan lagi.Sebenarnya,Allah swt sahaja yang tahu.Di akhirat nanti pandai2lah jawab,tu lah Rasullullah saw ada bersabda maksudnya lebih kurang 'Jika menuntut ilmu kerana wang ringgit dan pangkat, bukan taqwa ,maka mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka'.Gulungan ini bukan tidak tahu hadis ini,malah lebih arif tapi buat tak tahu atau buat lupa.Ini kerana kemewahan serta terlalu mengejar dunia hingga menjadinya lupa dan ditunggang oleh syaitan.Keikhlasan mengajar tentu sukar didapati kerana matlamat utama ialah imbuhan yang lumayan kerana ingin memiliki kekayaan di dunia.Lah ni sudah terbalik..dulu kereta@motor buruk atau rumah buruk atau biasa sahaja...itu ustaz punya atau itu rumah ustaz...sekarang lain.Zaman sudah berubah.Kadang2 mereka berfikir dengan kelulusan tinggi dan kaya raya,penuntut ilmu akan segan atau bertambah kagum.

Penuntut2 tu bukan budak2 kecil yang masih berhingus atau baru lahir ke dunia.Tidak tahu langsung hukum hakam.Yang penting bukan kekayaan dan ilmu yang mengunung tetapi ketaqwaan,keikhlasan serta nur yang Allah berikan kepadanya.Hingga Allah pandang dengan kerahmatan dan diberi keberakatan atas ilmu yamng diajar.Jadi janganlah kita mengajar untuk kepentingan perut kita semata2,kemewahan kita semata2 dll.

Jangan kita soal apa kebajikan yang diberi oleh pihak surau masjid kepada kita.Soal juga diri kita, apa kebajikan yang kita bagi pada surau masjid.Kita ni dah untung kerana sudah dihidupkan serta dikurniakan Islam oleh Allah swt.Jadi semaklah semulalah bayaran yang kita kenakan.Jangan menyesal dikemudian hari.Biar kita sederhana dalam segala hal itulah yang diajar oleh Islam.Kita kan memang arif dalam agama,tak kan hingga yang salah kita tidak tahu.Kita kan tahu kisah2 nabi,kisah sahabat2,karun,haman dll.Mengapa kita pilih amalan yang kita selalu beritahu kepada orang kita ajar jangan diikut dan jangan buat.Sedang kita sendiri membuatnya....hairan...hairan


Tiada ulasan: