Sabtu, 31 Oktober 2009

JANGAN KITA IMAM TIDAK BERAKHLAK TERASA DIRI HEBAT DAN BAGUS

Imam memang dilantik oleh pihak kariah dan penduduk setempat yang dipersetujui oleh jabatan agama daerah masing2.Tetapi bukan bererti kita yang terbaik dan terhebat.Tetapi mungkin tidak ada orang lain atau orang lebih baik dari kita tidak menunjukkan diri serta ahli kariah tidak tahu dan mengenalinya.Bila kita jadi imam bukan kita jadi pengarah masjid hingga kita tentukan siap boleh ceramah siapa tidak boleh.Jika ada ilmu dan ada tuliah berilah mereka laluan.Jika sudah beri laluan jangan kita tidak berakhlak pula,menyuruh penceramah berhenti dengan tiada beradab,mentang2 kita imam.Boleh suruh ustaz tu berhenti sebab sudah lama berceramah,tapi biar beradab jangan gunakan isyarat tangan.Itu biadab namanya.

Tulislah satu nota kan lebih beradab.Kalau rasa kita pandai jaga masa dan ada ilmu ajarlah.Sampai masa berhenti.Kita kan hebat segalanya.Imam ni bukan tugas jadi imam,baca khutbah,bawa tahlil,kepala bacaan yasin,baca talkin sahaja tetapi menjadi pemimpin agama setempat.Mencegah mungkar dan mengajak amal makruf serta mendalami ilmu lebih feqah,tajwid dan rukun2 solat yang lain.Sebab kita sebagai contoh kepada makmum yang lain. Jangan sampai bacaan fatihah,rukun2 lain salah kita buat.Ini menimbulkan fitnah pada diri kita sendiri.Kita kena sedar mungkin makmum kita yamg dibelakang lebih arif dari kita.Jadi kita sentiasa merendah diri bukan hidung tinggi.Inilah yang disuruh oleh agama.Segala kemungkaran jangan dipejamkan mata serta jangan sokong benda yang maksiat dan perkara bidaah.Lebih2 lagi,hendaklah kita menegah jika ada AJK yang hendak membuat penyelewengan atau hendak mengelap wang masjid.Jangan kita jadi syaitan bisu.Mungkin senyap sebab telah menerima imbuhan.Juga mustahak imam2 ini membereskan masalah keluarganya.Jangan sampai penduduk tahu kalangan anak2 kita tak solat dan tidak menutup aurat dan lebih malang anak kita buat maksiat yang lain.

Kalau begini eloklah letak jawatan kerana nanti menjadi umpat keji..kita berdosa sama sebab kita yang menimbulkan umpat keji itu.Ada baiknya juga kita yang membaca khutbah iaitu imam mengamalkan apa disarankan oleh teks khutbah itu.Jangan nanti kita baca tapi diri sendiri pun tak buat.Malulah atau sekurang2 kita reti malu. Apa dikatakan ni adalah untuk menunjukkan sukarnya jawatan imam yang disandang.Jawatan imam bukan satu jawatan glamur atau hendak dibanggakan tetapi satu jawatan yang sangat berat untuk dipikul.Jika sudah jadi imam pandai2lah mengurus diri sebagai imam bukan jadi imam tidak berakhlak atau syok sendiri..Jadi sentiasalah bermuhasabah diri agar tidak tersasar....

Tiada ulasan: