HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 30 Oktober 2009
JANGAN KEMEWAHAN SERTA KEKAYAAN MENJADI KITA LUPA SERTA MELAWAN KEPADA ALLAH SWT
Memanglah agama Allah tidak melarang untuk mencari kekayaan.Itu sebabnya adanya hukum zakat harta dan zakat fitrah.Sebagai tanda syukur serta tanda taat patuh pada Allah swt yang telah menghidupkan kita serta mengurniakan rezeki dan segalanya kepada kita.Sama ada kita sedar atau tidak,mungkin buat tidak sedar.Itu masalah tuan-puan,biarlah tuan-puan menguruskan jawapan dihadapanNYA di akhirat kelak.Walaupun begitu agama Allah melarang hidup bermewah2 serta menunjuk2...dan bertambah rosaklah jika kemewahan itu menjadikan kita lupa serta lalai kepada tanggungjawab kita kepada Allah swt.Lagi zalim jika kemewahan yang ada untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.
Mungkin payah kita hendak meniru ketaqwaan Nabi Sulaiman as...walaupun kaya raya ia tetap sujud dan taat kepada Allah swt.Bukan kita tidak tahu kita akan mati dan segala harta akan ditinggalkan serta akan diwarisi.Sedangkan kita akan hitung segala kebajikan dan kejahatan kita lakukan didunia.Jika kejahatan itu mengatasi kebaikan atau tiada langsung kebaikan maka kita akan disumbat kedalam neraka jahanam.Waktu@masa yang kita lalui sebenarnya bertugas mencepatkan atau menanda ajal kian hampir bermakna peluang bertaubat dan ibadah kita kepada Allah bertambah kurang dan sedikit.Kekayaan serta hidup mewah,kelulusan tinggi serta pangkat yang tinggi serta yang sewaktu dengannya,ia amat bahaya.Ini boleh menyebabkan kita sombong,berlagak,mementingkan,sedikit ibadat kurang atau tak ada langsung,cakap besar,berbuat maksiat dan sebagainya,yang dikhuatiri lagi menjadikan kita lupa diri,lupa Allah dan lupa mati,walaupun ini bukan semua.
Sejarah pertama jadi kafir iaitu iblis dengan disebabkan sombong dan berlagak serta meninggi diri ia jadi kafir.Ada baiknya kekayaan kita disumbangkan kepada Islam dan orang yang memerlukan.Jangan kita berkereta besar serta mewah serta rumah yang mahal mengutip derma bagi anak yatim.Bukankah bagus kereta yang berlebih itu dijual dan dibagi @didermakan wang jualan kereta itu kepada anak yatim.Rumah dijual, beli setakat keperluan,lebihan jualan rumah didermakan kepada anak yatim.Sudah2lah tu hidup bemewah2 ,berlagak dan menunjuk2 tu.Akhirnya kita mati juga.Dunia ini kalau dimiliki semua pun masih tak puas.Sudah diikat 5 ikatan mungkin baru puas.Kadang2 yang pelik yang membuat macam ni gulungan2 ahli agama, walaupun tidaklah semua.Jangan kita pandai cakap sahaja diri sendiri bukan contoh yang terbaik...insaflah sebelum nyawa kita melayang dari badan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan