Rabu, 28 Oktober 2009

LAGI BERKENAAN AZAN


Azan ini memang banyak gunanya bukan sahaja memanggil orang solat@sembahyang sahaja tetapi boleh diguna ketika musibah@bencana datang secara tiba2 dsbnya.Azan ini mempunyai alunan yang berbeza2 mengikut tempat contoh azan di Madinah dengan azan di Mekkah begitu juga di Malaysia.Lain alunanya membuatkan azan lebih istimewa dan menarik,masing2 ada daya tarikan tersendiri.Di Malaysia macam ada satu kelebihan atau satu kesalahan dalam melaungkan azan.Memang membaca selawat atas nabi saw serta tahmid itu sunnat sebelum azan tetapi ia sepatutnya dibaca sangat pelahan(shir) bukan kuat sama kuat dengan laungan azan.Ini salah dan perlu diperbetulkan segera.Jika tidak generasikan akan menganggap bacaan2 sunat sebelum azan itu wajib atau menganggap itu juga sebahagian daripada azan yang perlu dilaungkan.Sebenarnya bacaan itu tidak perlu kuat hanya untuk diri sendiri(tukang azan)sahaja yang dengar dan itu yang betulnya...dan tukang azan(mu'azin)sepatutnya mempunyai akhlak yang tinggi agar azannya mempunyai nur atau aura.Pernah berlaku dizaman Rasullullah saw seorang sahabat memohon kepada Rasullullah saw ingin melaungkan azan solat subuh,memang baik suaranya dan sebutannya tapi Rasullullah saw menolaknya...tapi setelah didesak beberapa kali maka Rasullullah mengizinkannya.Setelah selesainya semuanya maka Jibrail as bertemulah Rasullullah saw serta bertanya adakah azan subuh sudah dilaungkan.Rasullullah saw menjawab sudah diazankan tetapi menurut Jibrail as ,beliau tidak mendengar azan tersebut.Begitulah kesannya,kerana azan semata2 untuk mendengarkan suara yang merdu dan sebutan yang baik tetapi mungkin tidak ada keikhlasan yang ada pada dirinya.Pernah suatu ketika apabila Syaidina Bilal datang ke Mekah dan beliau diminta melaungkan azan,maka penduduk Mekah berduyun2 datang kerana kenal benar suara Bilal.Ini hasil dari laungan azan orang yang bertakwa.Mudah2an penerangan saya yang tidak ilmiah serta jahil ini sedikit sebanyak boleh membantu muazin2 dan orang ingin menjadi muazin agar belajar tentang azan secara berguru@berilmu disamping memestikan akhlak benar2 baik atau sekurang2 cuba memperbaikkan diri sebaik mungkin atau setakat yang termampu.Sekurang2nya sedikit sebanyak membantu orang akan datang berduyun2 ke masjid@surau hasil dari nur atau aura yang kurnia oleh Allah hasil dari taqwa kita....InsyaAllah.

Tiada ulasan: