HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 29 Julai 2009
Ingat dirinya bagus
Ini membincangkan masalah hal menghairankan diri sendiri atau dalam istilah agama@arab ujub.Ujub adalah salah satu sifat2 10 yang Allah swt benci.Perkara ini disebut dalam blog saya ini atas permintaan sahabat penulis.Beliau yang juga banyak memberi input kepada penulis,lebih2 hal2 yang berlaku di sekolah.Beruntunglah pelajar yang menuntut disekolah yang mengkhaskan waktu solat...ada juga terdapat sekolah yang menyerahkan kepada kebijaksanaan pelajar untuk mendirikan solat.Lagi beruntunglah pelajar2 yang bersekolah di sekolah2 agama...solat berjemaah satu kewajipan.Ada dikalangan pekerja2 menganggap ia perkerja bagus,hingga menganggap orang lain kurang bagus.Sedangkan kalau kita fikir bidang pekerja berbeza2.Contoh tukang sapu dengan pengurus,jika sama pun sudah tentu kudrat lelaki dan perempuan berbeza,jika sama pun jantina dan bidangnya...mungkin berbeza umur atau pendidikan,ini sudah tentu ada yang lebih ada yang kurang.Itu belum cerita orang tidak berapa sihat dengan yang sihat...contohnya orang yang mengandung.Jangan kita mudah2 memandang negetif kepada orang lain dan memandang diri kita hebat.Itu kita yang memikir kita bagus.Betullah bagus jika orang lain menilai kita bagus,itu pun bukan dasar kawan atau satu dasar satu kepala dengan kita...atau kata lain kroni kita.Kalau betul kita bagus kita akan menerima anugerah cemerlang,itu hadiah sebab kita bagus bukan sebab kita kaki ampu dan kuat membodek bos.Itu hadiah jadi haram diterima sebab cemerlang membodek dan mengampu bukan sebab kerja kita bagus.Kerja2 ni benda subjektif susah hendak dinilai dengan adil sebab bidang2 masing2 berbeza kecuali bidang yang sama....contoh 20 tukang masak kita hendak cvari mana lebih cemerlang.Jangan nilai kita hendak nilai 20 pemandu lori dengan 20 tukang masak menjadi 40 pekerja....kita hendak cari satu cemerlang daripada 40 orang pekerja tadi memang sukar sebab bidang kerja berlainan.Cuma mudah dicari 1 cemerlang dari tukang2 masak dan 1 cemerlang dari pemandu2 lori.Kiaskan.Fikirkan.Jika kita bagus pun jangan bangga...bangga tu sombong,riak ...itu semua sifat terkeji dan haram.Apa salah kita bantu yang lemah,kita ajar orang yang tidak tahu.Ingatlah kita pun bukan lahir2 pandai...lahir2 terus kuat..kita juga diajar dan dibantu.Cuma kita ni jenis kacang lupakan kulit.Jika kita bantu orang akan sayang atau suka pada kita...dan jika kita susah ramai orangf akan menghulurkan bantuan.Kita sebenar tidak buat kerja sorang diri.Bolehkah kita,bila mati...mmemandikan,mengafankan,mengangkat ke kubur,menanam serta menimbus kita buat sendiri.Fikirlah sikit.Jangan kita ingat kita bagus sentiasa,kita kadang2 lupa,sakit dan macam2 lagi yang boleh kita terima dari kehendak Allah swt yang kita menjadikan kita perlu pertolongan orang lain.jika baik pun dunia dan akhirat...lebih takwa ..syukurlah dengan banyak solat sunat taubat juga sujud syukur serta istiqamah dengan amalan dan tidak ujub....tahniah jika dapat membuat atau tuan puan begini....
tak kenal maka tak cinta 16
Antara siri 1 hingga 15,ia berkisar kehidupan kita sehari-hari.Mungkin banyak berkisar pengalaman hidup dan persekitaran yang penulis lihat.Rata2 kita hidup dalam keadaan lupa kepada Allah swt yang menciptakan kita.Banyak dalam kehidupan seharian kita tidak mengikut peraturan Allah swt.Seolah-olah kita lupa wujudnya Allah itu sendiri.Mungkin waktu2 tertentu baru kita ingatkan Allah swt.Mungkin malang lagi kalau kita berfikir banyak peraturan Allah swt itu menyekat kehidupan atau aktiviti harian kita.Ini disebabkan kita tidak kenal atau tidak beberapa kenal dengan Allah swt.Mengenal Allah bukan satu perkara yang mudah..kalau kita fikirkan,kita hendak mengenal isteri,suami,anak-anak pun agak sukar ini apalagi Allah swt yang bersifat ghaib.Hanya dengan taufik dan hidayahlah boleh kita mengenalNya.Oleh kerana kita tidak mengenal Allah swt dengan sesungguhnya,menyebabkan berat tubuh badan untuk melaksanakan segala peraturanNya.Malah kita yang mengaku Islam kadang2 bercakap dipentas kafir atau bercakap bagi pihak kafir.Inilah kesan kita tidak mengenal Allah swt.Malah kita benci perkara2 makruf dan menyukai pula perkara2 maksiat.Mari kita renung dan fikir,setakat manalah hidup kita ini...akhirnya mati juga atau kembali juga kita kepadaNya.Kita pun sedar kita akan tua atau akan dimakan usia.Ini menyebabkan makanan kesihatan,awet muda sangat laris dipasaran.Memang tidak salah kita mengambil bahagian kita di dunia,tapi jangan sampai kita lupakan akhirat dan hari ajalnya kita.Bagi orang yang dapat hidup umur 50 ke 60 pun masih ada yang leka dengan dunia lagi. Kalau pun kita hidup sampai 80 ke 90 tahun,adakah kudrat@tenaga sama macam umur ketika 35 atau 40 tahun.Fikirkanlah umur yang sebegitu sudah tentu tidak larat lagi beribadah banyak2 dan kalau membaca quran pun sudah tidak nampak,malang lagi kalau ketika itu kita sudah nyanyuk.Adakah tuan puan tidak memikirkannya.Rebutlah peluang semasa hidup dan selagi kudrat masih kuat.Jangan asyik bertangguh-tangguh,ramai yang sudah mati...mati yang membawa azam atau cita2 hendak beribadah tapi tidak kesampaian.Mengenal Allah swt suatu perkara wajib dan haram jika diabaikan.Kesannya berat...kita terus bergelomang dengan dosa dan jika tidak sempat bertaubat kita akan dihumban ke dalam neraka di hari akhirat kelak.Kemanisan iman hanya dapat dirasa oleh individu itu sendiri dan tidak boleh dikongsi2...malah iman ini juga tidak boleh diwarisi macam harta pusaka.Maka eloklah tuan-puan menghadiri majlis2 ilmu dalam rangka untuk mengenal Allah swt.
tak kenal maka tak cinta 15
Itu,pelajar tingkatan 1...menarik pula bagi tingkatan 2...waktu zohor 3.55 petang dan rehatnya pukul 4.00petang...ini diberi masa 25 minit juga untuk solat dan minum@rehat dalam jumlah yang hampir sama 400 ke 500 orang pelajar.Ini lagi hujung waktu..sudah hampir waktu asar kalau asar bermula 4.25 petang,bagaimana,sudah tentu membimbangkan,mungkin tidak sempat solat zohor . Ini dikatakan percubaan,untuk dicuba2 sedangkan waktu solat telah maklum...begitulah standard@taraf hukum Allah swt...hukum2Nya diperkecilkan2...dipinggirkan2.Allah swt diletak terkemudian...kerana tidak untung dalam perniagaan,malah ada pula menjualkan pula agama dengan dunia.Mungkin begitu akhir zaman...mungkin kita tidak merasa hari kiamat tapi kiamat kecil iaitu mati mesti merasainya.Anda tidak takut dalam kubur yang gelap,bertilamkan serta berlangitkan tanah,lagi dalam keadaan sempit.Fikir2lah.Agama dipinggir bukan di sekolah2 atau di mana2 sekarang, malah di tv dan radio...ia sebagai acara tertentu...bulan puasa,malam jumaat dll,tapi diadakan waktu2 yang tidak sesuai menyebabkan ramai yang tidak boleh mendapat faedahnya.Malah kadang2 tajuk tidak langsung menuju kepada mentauhidkan Allah atau membincangkan kenapa hukum Allah kena@mesti dilaksanakan...inilah contoh2 Islam itu dipinggirkan.Kalau difikirkan banyak lagi contoh kita boleh dapat mungkin tuan puan pun dapat memberi contoh lain yang lebih banyak.Islam ini hanya terletak pada solat,haji,puasa,zakat,menguruskan mayat,nikah dan cerai,bahkan mungkin tahlil dan baca yassin malam jumaat.Islam lah ni macam perkara eksoseri@perhiasan luaran bukan digunakan pada keseluruhan hidup.Ingat tuan puan kita akan matikan dan dibangkitkan serta ditanya segala apa yang kita lakukan di dunia...dan satu zarah pun tidak akan terlepas.
tak kenal maka tak cinta 14
Sudahlah umur pelajar2 itu baru berumur antara 13 ke 14 tahun yang belum sebati dengan ibadah solat.Kita menghalang pula dengan alasan peraturan.Adakah peraturan manusia lebih besar dari peraturan Allah swt.Sudahlah waktu yang diberi itu lewat lagi singkat,atau dihujung-hujung waktu.Kalaulah pelajar itu mati sebelum solat adakah ia mampu menjawab dihadapan Allah swt nanti.Sebagai contoh solat zohor beri 3.20 petang,rehat pula 3.25 petang...mereka terpaksa berebut2 masa untuk solat dan minum atau makan.Cukupkah masa 25 minit untuk solat dan makan...jika seorang atau 50 orang pelajar memang cukuplah agaknya.Bagaimana kalau pelajar yang solat itu antara 400 ke 500 orang,yang telekung ada yang berkongsi,pili paip yang terbatas,malah bila diguna semua air menjadi kecil keluarnya.Mungkin yang pelajar yang tidak dididik agama secukupnya di rumah atau memang tidak solat,ia akan cuba lari dari solat.Jika pelajar yang mengutamakan makan sudah tentu ia akan makan dan meninggalkan solat.Jangan kita buat benda suruhan Allah ini macam melepaskan batuk ditangga.Bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar sahaja,tapi patut juga mereka dididik malah wajib kita mendidik mereka agar mengenal de Penciptanya.Itulah susah juga orang bertauhid atau berihsan diwaktu solat dan bukan diwaktu2 lain.Ia hanya sedar ketika susah baru sibuk mencari pertolongan dari Allah swt.Jangan ingat kita sudah berpelajaran tinggi kita sudah cukup pandai,dan memikirkan kita sudah cukup bagus...cakap kasarnya...'pooodaaah' ini dikatakan orang syok sendiri.Dalam agama dipanggil ujub...salah satu sifat yang dibenci oleh Allah swt.
Ahad, 26 Julai 2009
Mengapa kita menganut Islam 1
Ini sudah diletakkan pada blogtazkirah...sila layari...tk
Amalan 1
masalah feqah di blog lain...sila sila layari blog ini@taip di google....asyiklah kita dengan Allah
Lagu Raya - Raihan - Harapan Ramadhan
Gratisan Musik
Lagu Raya - Raihan - Harapan Ramadhan
Gratisan Musik
tak kenal maka tak cinta 13
Lah ni...mana2 surau@masjid sibuk dengan sambutan israq mikraj...dengan memanggil ustaz2 untuk berceramah tentang israq mikraj...dan salahsatu yang akan diceritakan ialah tentang solat,yang telah diwajibkan bagi orang Islam yang telah mukalaf.Dimana Rasullullah saw diangkat khas untuk menerima perintah solat untuk umatnya yang asalnya 50 waktu akhirnya tinggal 5 waktu sahaja.Begitulah besarnya hukum solat itu.Diceritakan juga dalam israq mikraj ada seorang yang menghentak kepala ke batu dan pecah,dan elok balik,hentak kembali...berlakulah berulang2...atas kesalnya tidak menggunakan akalnya,hingga meninggalkan solat waktu di dunia@masa hidupnya......hentakkan kepala itu mengambarkan rasa kesalnya.Walaupun berulang2 kali israq mikraj disambut dan diulang2 dalam ceramah.Malang sekali kalau kita tidak mengambil pengajaran@iktibar peristiwa tersebut,kerana masih ada lagi orang yang tidak faham hingga sanggup menghalang@tidak memberi, orang yang hendak bersolat.Tentu kita berfikir mana ada manusia Islam yang sanggup melarang orang yang bersolat.Mungkin kita fikir tidak munasabah,atau tidak akan berlaku....dengan kata lain mustahil.Ini memang benar berlaku,walaupun bukan semua,contoh di sekolah2 sesi petang.Alasan yang diberi ialah masa telah diberi maka ikutlah masa yang telah ditetapkan,atau katanya masa yang telah ditetapkan telah habis...saya memang tabik pada orang ini kerana berani menghalang orang hendak bersolat.Siapakah dia,ingatlah dia juga akan mati...dan akan ditanya@disoal atas perbuatannya itu.Ini disebabkan jahilnya tidak tahu yang mana fardu dan yang mana wajib atau fardu kifayah.Ini disebabkan dihijab oleh pangkat,gaji yang mahal dan kelulusan panjang menjela.Ia tidak sedar akal,hidup,rezeki dan semua dari Allah swt...ingat orang sombong tidak boleh cium syurga...Satu contoh makhluk Allah swt yang sombong ialah iblis.Ingat....sombong,kaya,dan apa saja kehebatan kita,kita tetap mati.Sedangkan mati tidak mengenal usia.
Isnin, 20 Julai 2009
tak kenal maka tak cinta 12
mari kita fikirkan sekolah dua sesi,iaitu kita tumpukan kepada sesi petang yang memang terlibat dua solat iaitu zohor dan asar.Kita jangan fikirkan solat itu menganggu solat atau sesi petang itu sendiri.Malah sesi petang itu menganggu solat.Ini disebabkan solat itu sendiri lebih awal dari sesi petang itu sendiri,lebih 1400 tahun dahalu.Lagi pun itu hak Allah swt yang wajib ditunaikan.Haram bagi orang perseorangan atau organarsasi tiada memberi waktu untuk solat.
Soal orang tidak solat itu antara dia dengan Allah swt.Solat wajib bagi setiap orang Islam yang telah mukalaf.Malang sekali orang berani meninggalkan solat atau meringan2kan solat.Seolah-olah ia tidak mahu bersyukur kepada Allah swt yang telah menciptanya serta memberi segala nikmat yang tidak terhitung.Cuba kita fikir kalau anak yang kita asuh serta didik sejak kecil tidak menghirau kita setelah ia berjaya dalam hidup.Rakyat yang diberi segala kemudahan dan kesenangan kemudian memilih pemimpin atau pemerintah lain.Kiaslah yang lain-lain,walaupun contohnya jauh sangat kalau hendak dibandingkan dengan pemberian Allah swt.Adakah dihari tua nanti yang baru hendak beribadat,sedangkan kita tidak larat lagi atau baru hendak belajar agama,kita pun sudah terasa malu.Mungkin telah koma atau lumpuh seluruh badan baru hendak insaf.Ingatlah wahai pengunjung blog mati itu tidak mengenal usia dan tidak ketahui bila ia akan menjemputnya.Oleh itu janganlah kita bertangguh2 lagi.
Ahad, 19 Julai 2009
JEREBU OH JEREBU
Kita sering mengalami jerebu.Kadang2 seban tahun.Peliknya kita tidak pernah menerima atau memikirkan itu ketentuan Allah swt.Hasil dosa atau apa sahaja yang menyebabkan Allah swt menurunkan....jerebu...ni semua rashia Allah swt....yang mustahil kita mengetahuinya kecuali kepada orang2 yang dkehendakiNya.Jangan kita asyik menyalahkan kebakaran hutan,asap motor,asap kilang dsbnya.Jika benar sekali pun itu juga kehendak Allah swt.Jangan kita tidak sedar segala milik Allah swt.Mungkin sebab dosa,makanan yang haram,atau sekurang2nya makruh atau syubahat....menyebabkan kita terhalang untuk mengambil iktibar,mungkin juga hati telah menjadi gelap atau apa2 semacam dengannya.Hingga apa saja yang datang,misal jerebu kita akan katakan bencana alam,atau sebab2 lain.Saya pun setuju tapi kita kena fikir semua itu juga kehendak Allah swt semuanya.Semuanya dalam perancangan dan takdir yang telah ditentukanNya.Fikirlah mungkin sebab dosa,maksiat,mungkar dan kejahatan yang kita lakukan.Lihatlah di dada akhbar2 seban hari cerita2...zina,tangkap basah,buka aurat,bercampur gaul secara bebas,buang anak,orang Islam yang tidak solat,judi,rasuah,pecah amanah,tidak mahu ikut hukum Allah,mencuri,rogol dan banyak lagi,mungkin pembaca boleh terfikir lebih banyak perkara2 jahat telah kita lakukan.Maka marilah kita bertaubat,muhasabah diri,pergi ke majlis2 ilmu untuk mengenal Allah swt.
"BUKAN MILIK KITA"
mana milik kita
tidak ada milik kita
semua yang ada
Allah yang punya
tidak ada yang kita punya
kita hanya mengusahakan saja
apa yang kita dapat
Allah telah sediakan
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaaNya
miliklah apa saja
tidak terlepas dari ciptaanNya
mana kita punya
tidak ada kepunyaan kita
kita hanya mengusahakan
apa yang telah ada
mana milik kita
tidak ada milik kita
semua yang ada
Allah yang punya
tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan saja
janganlah mengungkit
"sunnah orang berjuang"
sudah sunnah orang berjuang,
mengembara dan berkelana,
miskin dan papa jadi tradisi,
berenggang dengan anak isteri.
biasanya orang berjuang,
rumah mereka merata-rata,
rezkinya tidak menentu,
tidur baringnya tak berwaktu.
orang lain membuat harta,
tapi dia membuangnya,
orang lain kawan terbatas,
tapi pejuang kawan merata,
orang lain musuhnya kurang,
pejuang musuh tidak terbilang.
tidak kurang yang sayang padanya,
orang lain mati dilupa,
para pejuang tetap dikenang,
sejarahnya ditulis orang,
makamnya sentiasa diziarahi,
walau perjuangan tak berjaya.
"MALAM PERTAMA KITA"
Satu hal sebagai bahan renungan kita.....
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam pertama penuh kenikmatan duniawi semata-mata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa
Jestru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun.....harus dimandikan
seluruh badan kita terbuka
Tidak ada sehelai benang pun menutupinya
Tidak ada sedikit pun rasa malu
segala badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anu dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih.....
itulah susuk kita.....
itulah jasad kita waktu itu
setelah dimandikan
kita dipakai gaun@baju yang cantik berwarna putih
Kain itu....jarang orang memakainya...
kerana sangat terkenal bernama Kafan
wangian ditaburkan kebaju kita....
bahagian kepala....badan...dan kaki diikatkan
tataplah...tataplah...itu wajah kita
keranda pelaminan...langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
serta rasa para handai taulan
Gamelan syahdu bersyair azan dan zikir
akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahad...
saksi-saksinya nisan-nisan ....yang tiba duluan
siraman air mawar...pengantar akhir kekeringan daun
dan akhirnya.....tiba masa pengantin
menunggu dan ditinggal sendirian
untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
malam pertama yang indah atau meresahkan...
Di kamar bertilamkan tanah....
dan ketika 7 langkah telah pergi...
sang Malaikat lalu bertanya...
kita tak tahu apakah akan memperolehkan nikmat kubur....
ataukah kita memperolehi seksa kubur...
kita tak tahu...dan seorang pun tak tahu....
Gratisan Musik
Khamis, 9 Julai 2009
tak kenal maka tak cinta 11
Cerita solat tidak habis-habis....dari peringkat sekolah hingga ke liang lahat....solat ini sudah macam hak peribadi yang tidak boleh disentuh.Mereka inginkan kebebasan secara total.Sedangkan kalau dalam hukum Islam 0rang yang tidak solat boleh dihukum bunuh...begitu beratnya serta pentingnya solat,sebelum Rasullullah wafat,baginda juga memesan umatnya agar jangan meninggalkan solat....Begitu di hari pembalasan@di padang masyhar nanti pun,perkara yang mula-mula ditanya ialah solat.Solat juga yang perbezaan ketara antara muslim dengan orang kafir@non muslim.Juga hukum solat ini menyebabkan Rasullullah saw dipanggil oleh Allah swt dalam peristiwa Israq-mikraj.Ini,disebabkan kemurahan Allah swt yang tidak membalas perbuatan meninggalkan solat di dalam dunia secara terang-terangan.Walaupun kalau kita amat-amati,banyak Allah swt beri peringatan kepada orang hidup....dimana orang tidak solat ditimpa macam-macam muhsibah...tetapi kita semua tidak perasan atau tidak sedar.Kembali kita membicara tentang solat ini,di sekolah ia berlaku yang ada dua sesi,iaitu petang....yang ada solat zohor dan asar.Kadang2 perkara ini menjadi keliruan.Apakan tidak,ramai yang memikir belajar itu wajib,solat juga wajib...ada rasa kedua2 sama penting.Bagi saya,ambil kaedah menunaikan haji,ia dua rukun besar,iaitu fardu dan wajib.Fardu mesti dibuat,jika tidak haji jadi tidak sah atau batal,sedangkan rukun wajib jika tidak buat boleh digantikan dengan membayar dam.Harus diingat belajar perkara2 di sekolah itu kebanyakan fardu kifayah.Fardu ain pula ialah sudah maklum iaitu bersangkutan dengan agama contohnya bab solat,solat jumaat bagi lelaki,haji dan umrah bagi yang mampu,dan mungkin tidak sedar ilmu2 fardu ain spt feqah,bab solat dan lain-lain yang wajib kita pelajari.Maka berdosa kalau tidak mempelajarinya.Oleh itu eloklah kita waktu maghrib solat di masjid@surau...terus ikuti pengajian jika ada,bawa sekali anak dan isteri,bahkan elok kita cari surau@masjid yang ada pengajian.
tak kenal maka tak cinta 10
Ada pula yang berkuasa,menyuruh membuat kerja sukarela diwaktu cuti yang dikhaskan.Dimana hati perut mereka.Nama pun sukarela...tapi jika yang dikata sukarela,tiba2 orang2 bawahannya tidak datang,takut ia nilai sebagai tidak taat atau tidak patuh...Jadi sudah tentu orang2 bawah dalam keadaan serbasalah atau tertekan.Adakah ia tidak terfikir jika ia sendiri berada ditempat orang bawahan itu, ia juga akan merunggut.Tapi sebab sudah jadi orang atas dan mengarah.sudah tentu,jika kita tanya padanya...ia akan menjawab 'ia akan datang'hehehe..boleh percayake cakapnya itu.
Kalau penulis...penulis akan kata..'POODAH'...orang macam ini kurang pertimbangan,tidak bertimbangrasa,mementingkan diri sendiri atau syok sendiri.Tidakkah terfikir hari cuti hendak digunakan berehat bersama-sama anak2 dan keluarga.Itulah matlamat cuti diberi sabtu dan ahad.Hendak membeli keperluan2 rumah tangga,hadir majlis2 keluarga yang dijemput,dan memang biasa orang membuat majlis2 itu dihari cuti.Jarang orang buat dihari bekerja.Bodohlah orang itu jika buat majlis itu dari bekerja.Kecuali sudah tiada pilihan lagi.Hari cuti inilah,hendak memperbaiki rumah,membersih rumah,memperbaikan kereta dll,lebih-lebih lagi jika suami isteri bekerja dan ditambah tidak ada orang gaji.
Penulis tidak tahu manusia ini,jenis manusia apa...adakah ia tidak ada kawan yang berhati perut,yang boleh memberi nasihat atau memang ia tidak ada kawan.Mungkin kawannya pun satu kepala dengannya.Cuma penulis hendak beritau orang tertimpa malang ini bersabar,dan tuntutlah hak tuan puan dihadapan Allah swt di mashyar nanti...dengan pertukaran pahalanya bagi pada kita,jika tiada pahala lagi,biar dosa kita ia ambil.Ini sebabkan,apa yang ia buat kepada kita,kita tidak reda dan terasa tertekan...susah berhadapan dengan orang merasa dirinya superman...superman dalam cerita filem tu memang kita tahu dan kita lihat memakai seluar dalam di luar,yang sepatutnya dipakai didalam....nampak lucu tapi benar...
tak kenal maka tak cinta 9
Itulah,kalau kita tidak kenal Pencipta atau tidak beberapa kenal,menjadikan kita lupa daratan.Syok sendiri.Perasan.Ditambah dengan pujian2 dari pembodek2...bertambah lekalah.Bertambah ujub,takabur,gila kuasa,dan macam-macam gila.Malahan peraturan sudah baik atau sudah memadai diubah mengikut citarasa sendiri.Tidak memikirkan kerja itu jadi bertindih2....ia memang senang mengarah itu dan ini.
Bagi pihak kena arah macam mana.Kerja sedia ada pun mencunggap2 hendak dibereskan.Ia tentu kurang kerja,cuma banyak membuat mengarah dan mengubah2 polisi baru,sesuailah dengan pangkatnya.Elok kita berpandu Quran dan hadis,bertimbangrasa,memohon pertunjuk dari Allah swt,menghormati orang tua,menyayangi orang muda.Ini penting,sebab dulu ia muda...esok lusa giliran ia tua....itu pun jika sempat tua...jika Allah swt menjemput lebih awal,tidak merasalah tua.
Seperkara lagi,doa orang dizalimi tiada hijab.Ingat juga,jika pemberi khabar itu fasik,hendaklah siasat.Orang yang mengadu domba tidak akan cium syurga.Biasa orang menceritakan keburukan orang lain,ialah yang buruk perangai,sebab ia berbuat begitu bagi menutup keburukan dirinya sendiri,atau jika ia sedar perangai ia buruk,ia hendak beritau pada orang di atasnya,bukan sahaja dia berperangai buruk,ada lagi yang buruk perangai sama dengan perangainya.Lagi harulah kalau perangai buruk itu pun ada pada orang diadu atau yang dibodeknya itu.
Nilai manusia tidak akan tepat sebagaimana penilaian Allah swt,lebih2 lagi orang kita nilai itu memang kita benci,musuh atau tidak sebulu dengan kita.Malang,lebih malang lagi jika kita telah cap atau anggap orang itu negatif sejak awal2 lagi.Bagi saya...mari kita sama berdoa pada orang-orang ini...Biar Allah swt balas setimpal dengan kejahatan@sifat buruknya itu.amin.Bagi pembaca yang kena batang hidung jangan khuatir,sebab kita tidak dapat hukuman dari Allah swt,jika kita tidak membuatnya.Sebenarnya dosa@batil itu jelas,yang hak@benar itu juga jelas...cuma jika kita rasa berdosa....rasa dosa itu, kita buang jauh2...kalau macam itu bila kita hendak menjadi baik atau orang soleh.Jangan hendak jadi kaya@hendak jadi jutaan sahaja...jadi orang soleh tidak mahu pula,tentu orang ini ada something wrong.
tak kenal maka tak cinta 8
Ada pula yang lebih hebat.bukan superman tapi mungkin spiderman...bagi pekerja yang tidak boleh berubah atau dengan kata lain tidak pandai buat kerja disuruh atau digalakkan pekerja itu berhenti kerja.Macam ia pula majikan atau pembayar gaji.Ingatlah,perbuatan itu macam mencurah pasir dalam periuk nasi orang.Kalau perkerja itu tidak pandai berilah kursus atau sebagainya.Jangan kemampuan pekerja hendak disamakan dengan kemampuan kita.Dia,sudah tentu kerja lebih bagus,sebab berharap jawatan lebih tinggi dapat disandang.
Sedang pekerja tadi merana tidak ada mood kerana kebaikan tidak dinilai,mungkin juga sebab tidak pandai bodek,atau tidak dapat menunjukkan ia pekerja bagus kepada orang lebih atas daripadanya.Mungkin juga tidak cukup kipas atau bukan kroni orang atasan itu.Menindas,pilih kasih.dan sewaktu dengan itu haram juga namanya.Hairan juga,kerja2 arahan2 manusia disegerakan,dibuat dengan teliti serta menepati masa.
Kerja2 dengan Allah swt diabaikan atau lewat2kan.Ingat segala yang kita punya,bukan milik kita,baik pangkat,harta,ilmu,kudrat dll,Itu semua milik Allah swt.Jangan takbur,hairankan diri(ujub),ini semua haram.Takbur boleh menyebabkan kita tidak boleh cium syurga.Takbur itu selendang@pakaian Allah swt.Banyaklah muhasabah diri,hadirlah majlis2 ilmu.Kalau tidak hati kita akan mati.Orang yang bijaksana itu orang sentiasa ingatkan mati... al hadis.
Rabu, 8 Julai 2009
tak kenal maka tak cinta 7
Kejahilan tidak terhenti pada agama,malah (tidaklah semua orang)....yang ada ijazah,diploma bergulung2..mungkin melambak2 kursus yang dihadiri tapi jahil dalam menjalani sebagai petugas penjawat awam.Belum lagi dikira sebagai penjawat hamba Allah@mahkluk Allah yang ditimbang segala dosa dan pahala.
Lebih2 lagi sudah bergelar pentadbir yang dulu masuk sebagai pekerja biasa yang belum disahkan jawatan.Bila berada di atas, ia lupa masa ia di bawah,dan mungkin dulu ia juga tergulung dalam orang yang mengutuk dan mempersoalkan pentadbirnya ketika ia belum jadi pentadbir,malang lagi kalau dulu pun ia bukan pekerja contoh....cuma contoh pekerja pakar bodek.Apabila dibelakang pentadbir macam2 umpat keji.Ia dulu pekerja sering ponteng,yang sering bercakap 'penatlah,letihlah,dan macam2 lagi,yang menunjukkan ia pekerja biasa sahaja bukan pekerja super....tidak tahulah kalau ia superman yang pakai seluar dalam di luar.Bila jadi pentadbir ia tidak guna bicara seolah-olah ia super, semua tahu,mudah2 mengatakan orang2 bawahan lambat datang dapat gaji haram dan sebagainya.
Haram bukan terletak pada curi masa tapi termasuk rasuah,salahguna kuasa,menindas,cakap tidak serupa bikin,yang lucu,ia sendiri mengutamakan kerja2 peribadi dari bertanggungjawab sebagai penjawab awam.Dosa pahala Allah swt yang menentukan,walaupun garis panduannya telah dinyatakan dalam hukum agama.
tak kenal maka tak cinta 6
mungkin kita mengganggap bila telah memiliki ijazah pertama,kedua serta dr falsafah maka kita tidak tergulung orang jahil.Jahil pada Islam ialah tidak mengetahui ilmu agama,sekurang2 ilmu fardu ain,ditambah tidak mengamalkan Islam yang wajib pada diri kita.Ini pun ada yang fikir dengan mengamalkan asas2 Islam telah mencukupi serta memandang hukum2 lain dalam quran tidak payah dilaksanakan.
Lagi malang,jika kita tidak menguntukkan waktu@masa untuk hadir ke majlis ilmu di masjid@surau, majlis2 ini juga sebenar dianggap majlis
zikir yang menjadikan makanan untuk batin atau rohani....jika kita tidak ambilberat@dibiarkan...hati kita akan menjadi mati.
Matinya hati menyebabkan kita menolak perkara makruf dan suka kepada yang batil,serta malas @berat untuk beramal.Renungkanlah, bahawa dunia ini hanya sementara sahaja dan akan ditinggal apabila ajal kita sampai.Gunakan sisa-sisa hidup yang ada ini untuk mencari Syurga Allah swt.
Langgan:
Catatan (Atom)