سُوۡرَةُ الرّعد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَلَوۡ أَنَّ قُرۡءَانً۬ا سُيِّرَتۡ بِهِ ٱلۡجِبَالُ أَوۡ قُطِّعَتۡ بِهِ ٱلۡأَرۡضُ أَوۡ كُلِّمَ بِهِ ٱلۡمَوۡتَىٰۗ بَل لِّلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ جَمِيعًاۗ أَفَلَمۡ يَاْيۡـَٔسِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن لَّوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ لَهَدَى ٱلنَّاسَ جَمِيعً۬اۗ وَلَا يَزَالُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ تُصِيبُہُم بِمَا صَنَعُواْ قَارِعَةٌ أَوۡ تَحُلُّ قَرِيبً۬ا مِّن دَارِهِمۡ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ وَعۡدُ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٣١)
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (31)
baca 33x selepas solat sunat@baik diwaktu malam...setiap sekali baca mohon kepada Allah swt barang@anak hilang agar balik atau jumpa
2. lembutkan hati
سُوۡرَةُ طٰه
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ (٦) وَإِن تَجۡهَرۡ بِٱلۡقَوۡلِ فَإِنَّهُ ۥ يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ وَأَخۡفَى (٧)
Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5) Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. (6) Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. (7) Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. (8)
baca 3x hembus di tengkuk anak@atau sape yang nak dilembutkan hatinya...bayangkan saja jika orang itu tiada dekat kita...sekali baca sekali hembus...boleh juga buat 7x...kita hembus berdoa@memohon lembutkan hati mereka.
doa pemisah...hanya tukar maksud@hajat
Ya Allah pisahkan anak saya@sebut nama dengan lelaki@sebut nama jika tahu...sebagaimana Engkau pisah bumi dengan langit...sebagaimana Engkau pisahkan Syurga dengan Neraka....sebagaimana Engkau pisah Iman dengan Kufur...Ya Allah makbulkan doa hambamu ini...Amin Yarobbill'Alami....baik doa ketika dalam sujud....doa dalam hati jika sujud dalam solat...
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 30 Ogos 2012
TAK PERNAH DIBUAT...NAMPAKNYA KEMPEN TERDESAK...BODEK TERDESAK...AMPU TERDESAK...MUNGKIN APA CARA PUN...JALAN TELAH SUKAR...SEDARLAH ALLAH MAHA KUASA...MUNGKIN ALLAH SEDANG MENGHUKUM
Mat Sabu: Saya tak tarik balik selepas tekanan
|
Beliau bagaimanapun menegaskan isu membentangkan usul itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya tidak timbul dalam wawancaranya yang disiarkan semalam.
"Tidak. Tak ada tekanan apa. Lebih 1,000 laporan (polis) hal Bukit Kepong pun saya tak tarik (kenyataan).
"PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," katanya merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mohamad (atas) menegaskan, beliau yakin bahawa hudud sebahagian daripada hukum syariat Islam.
Bagaimanapun, katanya, perlaksanaannya hendaklah melalui proses demokrasi berparlimen dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan Rakyat.
Walaupun Mohamad telah menafikannya semalam, Sin Chew hari ini menyiarkan artikel dalam empat halaman, termasuk muka depan bagi mempertahankan laporannya.
Tajuk utama muka depannya berjudul "Pindaan Perlembagaan perlu untuk laksana hudud; Mustafa: Sama ada Parlimen lulus atau tidak perkara lain".
Tulisan itu memetik Setiausaha Agung Mustafa Ali sebagai berkata, orang Islam tidak boleh menolak hudud, tetapi pindaan perlembagaan diperlukan secara demokratik. Sama ada diterima atau tidak ia isu yang lain.
Aktivis didakwa ekoran buku 'haram' Manji
|
Aktivis
Faisal Mustaffa didakwa di Mahkamah Syariah Shah Alam atas dakwaan
enggan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam
siasatan berkaitan buku kontroversi Irshad Manji yang diharamkan.
Beliau didakwa bawah Seksyen 215 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 kerana enggan menjawab soalan ketika disoal siasat.
Menurut
seksyen itu, enggan menjawab soalan semasa ditanya merupakan kesalahan
dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau
penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Kes itu ditetapkan didengar pada 25 Januari depan.
Terdahulu, Faisal diminta hadir ke pejabat JAIS di Shah Alam sebelum ditahan kerana didakwa enggan menjawab soalan yang dikemukakan, kata peguamnya Afiq Noor.
"JAIS tanya soalan mengenai buku Irshad Manji. Tetapi Faisal menjawab, 'saya akan menjawabnya di mahkamah'," jelas Afiq ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Afiq, Faisal disoal selama 2 jam setengah bermula 10.30 pagi tadi.
28 buku dirampas
Pengamal undang-undang itu juga berkata, JAIS sebelum ini merampas buku kontroversi itu di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Julai lalu dan disoal siasat pada hari yang sama.
Kementerian Dalam Negeri pada 24 Mei lalu mengumumkan pengharaman Allah, Kebebasan dan Cinta dan versi Inggeris Allah, Liberty and Love atas alasan mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah.
Difahamkan JAIS merampas 28 buah buku yang terdiri enam tajuk daripada rumah Faisal.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Faisal menyuarakan perasaan tidak berpuas hatinya apabila pegawai penyiasat kes itu didakwa tidak membenarkannya ditemani peguam ketika sesi itu.
"Sebenarnya saya bertengkar dengan mereka untuk membenarkan peguam bersama saya. Kemudian, empat pegawai JAIS mengelilingi saya.
"Ini adalah sebahagian daripada proses menakut-nakutkan," dakwanya.
Faisal turut mendakwa wakil JAIS mengganggunya apabila hadir ke rumahnya selepas tengah malam untuk menyerahkan notis hadir memberi keterangan.

Utusan: Pemimpin PAS negeri pertahan kedudukan Nasha
| 1:17PM Ogos 29 2012 |
Beberapa
pemimpin PAS negeri mempertahankan kedudukan bekas timbalan presiden
PAS Nasharuddin Mat Isa yang dijangka akan diputuskan dalam mesyuarat
Majlis Syura parti itu, 9 September depan.
Akhbar Utusan Malaysia hari
ini melaporkan kenyataan tiga pemimpin PAS negeri - Johor, Terengganu
dan Selangor - berhubung tindakan ke atas anggota Majlis Syura itu atas
cadangannya supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang
hukum hudud.
Laporan itu timbul susulan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam akhbar itu semalam yang menyifatkan Nasharuddin "masih relevan dan mampu menyumbang" kepada perjuangan parti.
Dalam laporan Utusan hari ini, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamed pula berkata Nasharuddin menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin kerana pernah memegang jawatan setiausaha agung dan timbalan presiden PAS.
Menurut Mahfodz lagi, berdasarkan rekod, kepimpinan dan pengalaman Nasharuddin (kiri)
masih diperlukan dalam parti dan berharap ahli Majlis Syura "tidak
terikut-ikut dengan pihak yang mahu mengetepikan" Nasharuddin dalam
mesyuarat berkenaan.
"Dengan kata lain, tiada keputusan drastik yang akan dibuat. Insya-Allah keputusan yang bakal diambil pada mesyuarat berkenaan lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharuddin dalam PAS," katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan.
Mahfodz yang juga ahli Majlis Syura tidak menafikan pandangan bahawa "tindakan drastik" ke atas Nasha berkemungkinan besar akan memberi kesan negatif kepada parti lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum.
Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah pula dipetik sebagai berkata, Nasharuddin "sangat relevan" kepada perjuangan parti kerana MP tersebut merupakan anak didik bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin muda yang menjadi harapan PAS.
"Harapan saya, dia sepatutnya boleh diberi ruang lagi kerana kelebihan yang dia ada.
"Masing-masing ada jasa dan setiap insan ada kelemahannya, begitu juga dengan Ustaz Nasharuddin, setiap orang ada kelebihannya dan perjuangan PAS terbukan untuk sesiapa sahaja," kata Mohd Nor seperti dipetik.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Muhamad Zin Abdul Rahman pula dalam laporan sama berkata, pemimpin parti tidak seharusnya menghukum Nasharuddin tanpa memberi peluang kepadanya memberi penjelasan kepada Majlis Syura.
Katanya, tidak adil untuk menghukum Nasharuddin berdasarkan laporan media, sebaliknya beliau berhak mempertahankan diri dengan memberi penjelasan kepada Majlis Syura.
"Hanya selepas memberi penjelasan dan mempertahankan tindakannya itu, barulah Majlis Syura Ulama boleh menilai sama ada beliau bersalah atau sebaliknya," katanya seperti dipetik.
Berundur secara baik
Nasharuddin sebelumm ini turut disarankan supaya berundur secara sukarela bagi mengelakkan isu berkenaan dieksploitasi.
Saranan itu disuarakan oleh bekas naib preside PAS Ahmad Awang yang melihat perkara itu sebagai jalan terbaik bagi tujuan itu, walau jawatankuasa tersebut berkuasa menggugurkan keahlian Nasharuddin.
Laporan itu timbul susulan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam akhbar itu semalam yang menyifatkan Nasharuddin "masih relevan dan mampu menyumbang" kepada perjuangan parti.
Dalam laporan Utusan hari ini, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamed pula berkata Nasharuddin menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin kerana pernah memegang jawatan setiausaha agung dan timbalan presiden PAS.
"Dengan kata lain, tiada keputusan drastik yang akan dibuat. Insya-Allah keputusan yang bakal diambil pada mesyuarat berkenaan lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharuddin dalam PAS," katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan.
Mahfodz yang juga ahli Majlis Syura tidak menafikan pandangan bahawa "tindakan drastik" ke atas Nasha berkemungkinan besar akan memberi kesan negatif kepada parti lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum.
Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah pula dipetik sebagai berkata, Nasharuddin "sangat relevan" kepada perjuangan parti kerana MP tersebut merupakan anak didik bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin muda yang menjadi harapan PAS.
"Masing-masing ada jasa dan setiap insan ada kelemahannya, begitu juga dengan Ustaz Nasharuddin, setiap orang ada kelebihannya dan perjuangan PAS terbukan untuk sesiapa sahaja," kata Mohd Nor seperti dipetik.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Muhamad Zin Abdul Rahman pula dalam laporan sama berkata, pemimpin parti tidak seharusnya menghukum Nasharuddin tanpa memberi peluang kepadanya memberi penjelasan kepada Majlis Syura.
Katanya, tidak adil untuk menghukum Nasharuddin berdasarkan laporan media, sebaliknya beliau berhak mempertahankan diri dengan memberi penjelasan kepada Majlis Syura.
"Hanya selepas memberi penjelasan dan mempertahankan tindakannya itu, barulah Majlis Syura Ulama boleh menilai sama ada beliau bersalah atau sebaliknya," katanya seperti dipetik.
Berundur secara baik
Nasharuddin sebelumm ini turut disarankan supaya berundur secara sukarela bagi mengelakkan isu berkenaan dieksploitasi.
Saranan itu disuarakan oleh bekas naib preside PAS Ahmad Awang yang melihat perkara itu sebagai jalan terbaik bagi tujuan itu, walau jawatankuasa tersebut berkuasa menggugurkan keahlian Nasharuddin.
Rais alu-alukan 'kumpulan kuning' ke Dataran
| 2:58PM Ogos 29 2012 |
"Kuning ke, merah ke, pada hari itu kita tak kisah, semua rakyat boleh hadir, siapa sampai dulu dia dapat," katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia ketika ditanya berhubung program anjuran 47 NGO itu.
"Kita tidak tetapkan tempat ini untuk orang BN, yang itu atau yang ini. Kalau orang PKR hendak datang sekalipun, kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan tapi jangan buat jahat.
"Jangan buat tiupan trompet, jangan guna bahasa kesat, datang ke situ sebagai warga yang cintakan perpaduan, apa parti pun."
Beliau bagaimanapun menegaskan, warna kuning bukan milik parti pembangkang kerana sesiapa pun boleh memakainya pada bila-bila masa.
Merdeka: Kit Siang ditawar duduk sebelah PM
| 2:30PM Ogos 29 2012 |
Datuk
Seri Rais Yatim menafikan sambutan hari kemerdekaan cuba mengetepikan
pemimpin pembangkang dengan tidak menyediakan tempat duduk untuk mereka.
Sebaliknya, kata menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, semua pihak yang hadir akan diberikan tempat kerana ia bukan acara untuk orang BN sahaja.
"Kalau
Kit Siang datang awal, boleh duduk di depan dengan perdana menteri
sekalipun," katanya ketika diwawancara Utusan Malaysia.
Malah, katanya, kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tempat duduk khas di stadium boleh disediakan.
Menurutnya, undangan rasmi telah dihantar kepada ketiga-tiga pemimpin utama pembangkang itu.
"Memang terbaik jika mereka bertiga datang malam itu, kita bukan nak burukkan atau tengking sesiapa, ini demi masa depan negara kita.
"Sebelah pagi juga kita sudah jemput mereka bertiga secara rasminya ke Dataran Merdeka, jangan kata kita tidak jemput pula. Kita alu-alukan semua," katanya lagi.
Sebaliknya, kata menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, semua pihak yang hadir akan diberikan tempat kerana ia bukan acara untuk orang BN sahaja.
Malah, katanya, kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tempat duduk khas di stadium boleh disediakan.
Menurutnya, undangan rasmi telah dihantar kepada ketiga-tiga pemimpin utama pembangkang itu.
"Memang terbaik jika mereka bertiga datang malam itu, kita bukan nak burukkan atau tengking sesiapa, ini demi masa depan negara kita.
"Sebelah pagi juga kita sudah jemput mereka bertiga secara rasminya ke Dataran Merdeka, jangan kata kita tidak jemput pula. Kita alu-alukan semua," katanya lagi.
IGP: Manipulasi angka jenayah 'satu dosa besar'
|
Beliau seterusnya meminta supaya dakwaan tersebut dibuktikan untuk membolehkan beliau mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab.
Katanya lagi, beliau juga maklum dengan insiden jenayah yang banyak dilaporkan dan polis sedang menangani atau menyiasat perkara itu.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa kadar jenayah itu dimanipulasi, melibatkan jenayah indeks dan jenayah bukan indeks.
Pemuda PAS gesa tindakan pada 'perang bikini'
| 6:19PM Ogos 29 2012 |
Pemuda
PAS mendesak pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan tegas
terhadap penganjur acara 'perang bikini' yang akan diadakan di sebuah
tempat bersantai di Ampang hari ini.
Timbalan ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan itu perlu diambil kerana program "mungkar" dibimbangi mengundang bala Allah.
"Pihak
penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi
dengan kod berpakaian seksi, mengghairahkan, serta pakaian renang,"
katanya dalam kenyataannya hari ini.
Pesta dinamakan "Wet and Mad Wednesday Pool Party: Bikini Wars" (Parti kolam renang Rabu yang basah dan gila: Perang bikini) itu akan diadakan bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi.
Selain itu, Nik Abduh berkata, beliau menganggap acara tersebut sebagai pesta seks yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.
Beliau berkata lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila pesta tersebut dianjurkan di negara ini.
"Pemuda PAS menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. Manusia sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.
"Manusia sudah kembali ke alam jahiliah di mana wanita dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata," katanya.
Sehubungan itu, Nik Abduh mempersoalkan bagaimana program tersebut mendapat kelulusan serta publisiti yang meluas.
Beliau juga berkata, sebagai sebuah negara Islam, aktiviti seperti itu sepatutnya tidak dibenarkan untuk dianjur sewenang-wenangnya.
"Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini? Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.
"Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, penzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.
"Kami merasa kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan serta suara para ulama yang bangkit menentang program seumpama ini.
"Lebih dikesali apabila pusat-pusat hiburan, kelab malam, disko, rumah-rumah urut dibiarkan beroperasi selama ini di pusat bandar raya di negara ini tanpa usaha untuk menutupnya," kata Nik Abduh.

Felda ambil alih hutang peneroka beli saham
| 5:37PM Ogos 29 2012 |
Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu
lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (kiri) berkata
peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan
untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10
konsortium bank.
"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.
Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.
Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.
Beliau berkata dengan itu, pihak peneroka juga dapat melakukan urusniaga saham mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat, dan ia juga dapat mengelakkan 'jualan paksa' di mana jika mereka berhutang dan masih belum melunaskan bayaran penuh kepada bank selepas enam bulan, mereka perlu menjual saham itu, sekaligus merugikan sekiranya harga saham pada masa itu rendah.
Kita tak bagi (pinjaman ini) sebelum ini sebab kita tak jangka berapa keuntungan yang kita dapat. Tapi akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka," katanya.
Sementara itu Ahmad turut menafikan tuduhan pihak pembangkang bahawa pemilikan peneroka terhadap saham FGV terlalu sedikit, malah Felda dan peneroka adalah pemegang utama saham itu 39.5 peratus.
Beliau berkata 17 peratus saham itu adalah milik Felda, dan 22.5 peratus lagi milik peneroka iaitu 2.5 peratus daripada pemilikan 800 unit saham dan 20 peratus tabung amanah.
Saham itu juga turut dimiliki syarikat atau organisasi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7 peratus, Tabung Haji 7 peratus dan kerajaan Sabah serta Pahang masing-masing 5 peratus, sekaligus menafikan dakwaan bahawa saham itu banyak dimiliki oleh syarikat asing, katanya.
- Bernama

Pengarah besar Felda didakwa 'disingkir' ke Rom
| 1:26PM Ogos 29 2012 |
Datuk
Dzulkifli Abd Wahab kini "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda
dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom,
Itali, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
Presiden NGO antipenyenaraian Felda itu Mazlan Aliman berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi semalam, lapor Harakahdaily.
Perkara
itu akan dimaklumkan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul
Samad sebelum dibawa kepada perhatian perdana menteri, dakwa Mazlan (kanan) lagi.
November tahun lalu Dzulkifli (kanan) dilapor diarah bercuti dan mengikuti kursus pengurusan lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.
ANAK bagaimanapun beranggapan tindakan itu ekoran beliau tidak disenangi kerana didakwa menentang usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika diminta mengesahkan dakwaan itu enggan mengulasnya dan minta ia dirujuk kepada Isa sendiri.
"Tak payah komenlah. Awak tanyalah Isa Samad hari ini," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.
Usaha mendapatkan komen Isa setakat ini masih belum berhasil.
Laporan tambahan oleh Zulaikha Zulkifli.
Presiden NGO antipenyenaraian Felda itu Mazlan Aliman berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi semalam, lapor Harakahdaily.
November tahun lalu Dzulkifli (kanan) dilapor diarah bercuti dan mengikuti kursus pengurusan lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.
ANAK bagaimanapun beranggapan tindakan itu ekoran beliau tidak disenangi kerana didakwa menentang usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika diminta mengesahkan dakwaan itu enggan mengulasnya dan minta ia dirujuk kepada Isa sendiri.
"Tak payah komenlah. Awak tanyalah Isa Samad hari ini," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.
Usaha mendapatkan komen Isa setakat ini masih belum berhasil.
Laporan tambahan oleh Zulaikha Zulkifli.
NGO Islam buat laporan polis terhadap Karpal, Donald Lim
|
Dalam laporan polis itu dibuat Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - gabungan 40 NGO Islam - terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.
Dalam laporannya, Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya mendakwa kenyataan Karpal itu dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan The Star Online.
Manakala kenyataan Donald pula dilaporkan dalam portal Malaysiakini.com, bertajuk "MCA Selangor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam".
Dalam kedua-dua laporan itu Karpal dilapor mendakwa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia yang dianggapnya sebagai sebuah negara sekular.
Manakala Donald pula dilapor berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
Dalam laporan polis itu, Aminuddin mendakwa ketiga-tiga artikel berkenaan "berniat jahat serta mengelirukan masyarakat awam".
Sehubungan itu, Aminuddin berkata laporan polis itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat kenyataan kedua-dua pemimpin itu mengikut Akta Hasutan atau undang-undang yang bersesuaian demi menjaga ketenteraman awam.
Laporan itu dibuat di ibupejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.05 petang tadi di mana Aminuddin mengetuai kira-kira 20 anggota NGO gabungan itu yang turut hadir untuk memberi sokongan.
Dalam sidang media selepas itu, Aminuddin menempelak kedua-dua pemimpin politik itu termasuk mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka yang didakwanya membiarkan kenyataan "tidak berwibawa dan berprasangka jahat" terhadap Islam dibuat.
Seksyen 114A: 3 pemimpin BN berdepan amaran
|
Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu (kiri) dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos.
Satu sumber mendedahkan, dicadangkan perdana menteri atau timbalannya memanggil dua timbalan menteri berkenaan dan memberi amaran kerana tindakan mereka bertentangan dengan pendirian kerajaan.
Sehari sebelum mesyuarat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu berada di luar negara mengarahkan kabinet membincangkan kontroversi itu ekoran bantahan besar dalam talian yang digelar "Hari Cegah Siar Internet".
Bagaimanapun, mesyuarat memutuskan tidak menyemak semula pindaannya. Keputusan itu kemudiannya dijelas dan ditegaskan kembali oleh Nazri.
Menurut sumber lagi, kabinet berpandangan jika tiada tindakan diambil, ia akan menjejaskan kewibawaan kerajaan dan melemahkan pentadbiran.
"Kabinet juga berpendangan ketiga-tiga pemimpin itu secara terbuka mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan," tambah sumber itu.
HIMPUNAN MERDEKA KENA PANDANG JUGA SUDUT AGAMA...LEBIH2 BERCAMPUR GAUL BEBAS...ALAT MUZIK YANG MELALAIKAN...AURAT2 WANITA TAK DIJAGA...MENINGGALKAN SOLAT DAN LAIN-LAIN
Tanah lot jadi pilihan ketika pasaran hartanah meningkat
| Zulkifli Sulong, | 29 Ogs 2012 |
SELAYANG:
Jika anda menaiki kenderaan ke Kundang, Kuang atau sekitar Sungai Buluh
bahkan di mana-mana saja sekarang, anda akan jumpa banyak iklan 'Tanah
Lot Untuk Dijual'.(Iklan tanah lot untuk dijual sebegini terdapat di mana-mana sekarang)
Iklan sebegini sejak kebelakangan ini bertambah-tambah bilangannya. Ia sebagai penanda aras ramai yang mencari tanah lot untuk di buat rumah kediaman sejak kebelakangan ini.
Di pasaran hartanah pula, harga rumah sama ada di atas tanah (landed) atau kondo dan apartmen melonjak naik.
Kalau 10 tahun dahulu, apartment 3 bilik boleh dibeli dengan harga RM100,000 kini sudah mencecah RM200,000. Pendek kata, sudah meningkat sekali ganda.
Mungkin atas dasar itulah, ramai yang memilih untuk membeli tanah lot untuk dibuat rumah sendiri.
Ekoran itu, ramai yang menceburi bidang ini...menjadi pembeli dan penjual tanah atau broker tanah.
Namun salah seorang dari mereka, Dr Abu Bakar Mohamed (gambar), tidak mahu menggelarkan dirinya broker tanah tetapi 'land breaker'.Atas dasar itulah, beliau menamakan syarikatnya Land Breaker Sdn Bhd.
Dr Abu Bakar mempunyai PhD bidang cendawan atau kulat. Beliau memiliki master dan PhD dalam bidang ini dari sebuah universiti di Jepun.
Apabila pulang ke tanah air pada tahun 1994, Dr Abu menjadi pensyarah di Universiti Malaya.
Namun akibat masalah dengan pemilik rumah sewanya, Dr Abu mula mencari tanah sendiri untuk dibuat rumah. Dari situlah beliau mula bermain dengan tanah ini.
Projek pertama yang beliau buat adalah pada tahun 1997 apabila beliau dan rakan-rakannya membantu seorang tua di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buluh untuk menyelesaikan tanahnya yang terbiar.
Beliau membeli tanah seluas setengah ekar itu dengan harga RM105,000 dan dipecahkan tanah itu kepada 8 lot seluas 60 x 40 kaki setiap satu.
Hasilnya, Dr Abu dan rakan-rakannya mendapat keuntungan sekitar RM30,000 dari usaha itu.
"Sejak itu, saya mula memberikan tumpuan kepada kerja-kerja ini. Mula-mula pada waktu malam sahaja kerana kerja siang, lepas itu saya berhenti dan memberikan tumpuan kepada kerja ini," cerita Dr Abu Bakar ketika ditemui di pejabatnya dekat Kuang.
Selain beliau sendiri, Dr Abu dibantu oleh isteri dan beberapa pekerja untuk menguruskan pejabatnya. Faktor akaun sangat dititip beratkan oleh beliau selepas pernah di tipu oleh rakan kongsinya sebelum ini.
Di dinding pejabatnya penuh dengan pelan pecah lot tanah yang beliau pernah buat di seluruh negara.
Dalam melaksanakan kerjanya, beliau bekerjasama rapat dengan juruukur tanah berlesen, peguam, pejabat tanah dan sebagainya.
Mula-mula
Dr Abu membuat kerja ini untuk mencari duit lebih dengan membeli,
memecah lot dan menjual tanah ini kepada orang ramai.(Dr Abu menunjukkan projek pecah lot tanah yang pernah beliau buat di seluruh negara)
Namun, oleh kerana latar belakang kegiatan sosialnya yang rapat dengan parti Islam dan kerja-kerja dakwah, Dr Abu melihat faktor sosial memainkan peranan penting dalam kerja sehariannya.
"Saya melihat tanah ini tidak boleh dibiar terbiar begitu sahaja tanpa diusaha iaitu mesti dihidupkan.
"Sebab itu, kebanyakan projek saya adalah membantu menghidupkan tanah yang terbiar misalnya tanah yang tersangkut dengan bank akibat dicagar, tanah pusaka yang dilanda konflik kerana pembahagian yang tidak selesai dan sebagainya," cerita Dr Abu yang merupakan seorang AJK PAS kawasan Selayang.
Beliau juga memberikan tumpuan kepada tanah rezab Melayu kerana stigma yang melekat selama ini adalah tanah jenis ini harganya murah.
"Padahal bukan begitu. Ia murah sebab tidak diuruskan. Apabila kita uruskan, pecahkan jadi lot-lot, ia akan naik harga dan dimajukan," kata beliau.
Fokus beliau sekarang adalah menguruskan tanah bermasalah untuk dimajukan, memecah lot dan menjual balik tanah-tanah itu.
"Sistem
yang saya pakai mudah. Pertama jangan ada riba. Sebab itu, tanah lot
yang saya jual boleh dibayar secara ansuran tanpa perlu pinjaman bank,"
beritahu beliau lagi.(Tanah lot di peringkat akhir sebelum dijual oleh Dr Abu di Puchong)
Peringkat permulaan dahulu, Dr Abu Bakar memberikan tumpuan kepada tanah-tanah sekitar kawasannya, iaitu Sungai Buluh, Kuang, Kundang dan sekitarnya.
Tetapi, kini beliau mula melangkau keluar dari kawasannya.
Projek terkini yang beliau sedang usahakan adalah memecahkan lot tanah seluas 8.8 ekar di Sungai Pusu, Gombak.
"Kami sudah rangka tanah ini untuk dipecahkan kepada 123 lot. Tiap-tiap satunya dari sais 60 x 40 kaki yang kami anggarkan dijual dengan harga RM60,000 satu lot," kata Dr Abu.
Selain di Sungai Pusu, Dr Abu juga sedang mengusaha satu projek di Kampung Sri Aman, Puchong.
Di sana beliau mengusahakan 35 lot tanah untuk dijual dengan harga RM35,000 satu lot bersais 24 x 49 kaki.
Selain kedua-dua projek itu, beliau juga mempunyai tanah di Kuala Kangsar, Bandar Muar, Lancang dan sebagainya.
Pendek kata, ketika pasaran hartanah meningkat, pasaran untuk tanah lot yang diusahakan Dr Abu dan ramai lagi pengusaha juga turut meningkat.
Iklan..

Selangor anjur Malam Kemerdekaan ke-55 esok
| Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
“Saya bagi pihak barisan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55, dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya perbarisan dan perarakan 56 kontinjen yang terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.
“Kita juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.
Tambahnya, tema bagi sambutan tahun ini sama dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa.
Justeru, ujarnya orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan itu.
Rakyat, pelancong bimbang laporan jenayah di Perak
| Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
“Perkembangan ini amat mencemaskan bukan hanya rakyat, tetapi juga pelancong luar yang datang melawat negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 pada kali ini,” kata Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri al-Amin.
Sebagai contoh, ujarnya satu akhbar hari ini telah memuatkan satu muka surat berita laporan polis tentang kes-kes yang berlaku di Perak sudah tentu akan memberikan persepsi tidak sihat dalam isu berkaitan keselamatan.
Katanya, rakyat negeri itu khasnya dan pelancong luar yang berkunjung ke Perak sudah tentu mengikuti perkembangan itu dan tidak merasa selesa dan selamat untuk berada di negeri itu.
Menurutnya, insiden yang berlaku di musim perayaan ini akan memberi gambaran yang tidak elok terhadap suasana sambutan hari-hari kebesaran yang dibimbangi akan menjejaskan sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos ini jika tidak ditangani dengan sebaiknya, sama ada dari pihak media atau polis.
“Justeru, kami mengharapkan agar pengamal media dapat membantu pihak polis dalam usaha untuk mencegah kejadian jenayah yang sering berlaku agar proses pencegahan awal dapat mendidik rakyat khasnya,“ ujarnya.
Beliau berkata, usaha bagi memberikan teguran awal melalui media dapat memberikan didikan kepada semua lapisan masyarakat bagi menangani isu ini secara berkesan.
“Kami akan sentiasa menyokong usaha bagi memberikan informasi pendidikan kepada masyarakat agar isu keselamatan dapat dibendung lebih awal lagi,” katanya.
Pihak polis juga, tambah beliau disarankan agar memberikan tumpuan yang serius terhadap isu jenayah yang semakin meruncing di Perak demi untuk menyumbang ke arah negeri yang lebih selamat kepada semua.
'Dari saksi di luar stadium, baik di rumah saja'
| Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
(Rais sedang bersilat lidah dengan rakyat Malaysia)
Katanya,"Daripada menyaksikannya di luar stadium, lebih baik mereka menontonnya di rumah sahaja!"
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya selepas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang menafikan penyataan beliau melalui Twitter itu.
“Dakwaan yang dibuat sesetengah pihak bahawa perhimpunan ulang tahun kemerdekaan ke-55 hanya untuk tetamu undangan tidak benar.
“Amat dikesali bahawa ada beberapa 'pemimpin pembangkang tertentu' yang mahu menggagalkan usaha rakyat untuk menyambut kemerdekaan ke-55,” kata Rais dalam kenyataannya hari ini.
"Selepas mengkaji laporan Malaysiakini malam semalam serta komen Rais hari ini, saya akan tetap mempertahankan lima ‘tweet’ malam semalam bahawa sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil berskandal, dahsyat.
"Ia merupakan batu penghalang kepada pembangunan negara 55 tahun sebelum ini apabila rakyat Malaysia sendiri dikecualikan daripada menghadiri sambutan kemerdekaan yang hanya eksklusif kepada “jemputan BN sahaja” didalam stadium yang berkapasiti 100,000," kata Kit Siang menjawab kenyataan Rais itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kamaruddin Siaraf berkata, orang awam boleh menyaksikan 'sambutan' Hari Kemerdekaan Ke-55 daripada tayangan empat skrin diluar Stadium Bukit Jalil.
Ini telah disahkan oleh susunan Pelan Kedudukan Khalayak oleh Kamaruddin semalam dimana hanya orang ternama (VIP), anggota parti komponen BN, penjawat awam, kanak-kanak sekolah serta kumpulan-kumpulan lain yang telah khas dipilih – termasuklah dua parti politik kecil Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) – telah diperuntukkan sebanyak 100,000 tempat duduk di dalam stadium tersebut.
Laporan Malaysiakini malam semalam yang memetik kenyataan Kamaruddin apabila ditanya mengapa parti pembangkang tidak dimasukkan dalam pelan kedudukan khalayak, berkata “anggota parti pembangkang boleh menyertai orang umum diluar stadium tersebut”.
Katanya lagi: “mereka boleh masuk diatas 'tiket rakyat'. Tiada masalah.”
Berdasarkan kenyataan ini, kata Kit Siang, "disebabkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terpaksa membayar untuk sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil, maka patutkah mereka diberi layanan sebagai 'orang luar', dan ‘diletakkan’ diluar stadium untuk menyaksikan sambutan daripada empat skrin yang terletak diluar?"
Penoreh gesa media dedah harga getah semasa
| Mohd Sabri Said, | 29 Ogs 2012 |
Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.
Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.
"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.
Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.
Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.
"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.
“Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling.
Hospital Shah Alam tergendala lagi?
| Khalid Samad, | 29 Ogs 2012 |
Sepatutnya Hospital ini siap pada tahun 2011 pada asalnya. Tarikh baru dikatakan hujung 2013. Dengan kelewatan di tapak, mungkin terlajak lagi! Sila lihat pada laporan Skala JKR yang disertakan dibawah. Ia menunjukkan jumlah hari ketinggalan sebanyak 61 hari. Dari segi % kerja pula, hanya 9.7% dicapai dalam masa 9 bulan! Pukul rata 1% sebulan!
Adalah amat memalukan sekiranya projek seperti ini, ditengah-tengah bandaraya Shah Alam, bukan ditengah hutan, tidak dapat dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan baik. Rasa-rasanya Menteri Kerja Raya kena buat sesuatu kot? Apa? Letak jawatan? Hmmm... kena tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Adakah mereka memahami bahawa jawatan datang dengan tanggung jawab dan juga pertanggung-jawaban?
Kalau tanya golongan yang agak kuno, mungkin akan dikatakan tapak itu berhantu. Kena sembelih kambing dan sebagainya. Tapi kita tahu itu semua karut dan bertujuan memindahkan kesalahan dan menutup kegagalan diri. Adakah pihak kementerian juga akan menggunakan alasan yang sama?
WaLlahu 'Alam
Anak muda Kelantan gerak Merdeka Royalti
| Muhamad Faizal Che Yusoff, | 29 Ogs 2012 |
Himpunan yang dinamakan “Merdeka Royalti” yang diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan negara ke-55 dapat dilihat sebagai fokus ia diadakan.
Himpunan yang digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai aktivis-aktivis R yang disebut juga Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas di Kelantan, bukanlah suatu gerakan yang didokong secara langsung ahli-ahli politik.
Ia adalah satu gerakan rakyat, bahkan ahli-ahli politiklah yang menumpang kekuatan gerakan ini.
Himpunan mereka tidak lain tidak bukan, kerajaan Malaysia sempena sambutan kemerdekaan ke-55 perlu menyempurnakan pembayaran royalti petroleum melalui Petronas kepada Kelantan.
Apa yang lebih penting gerakan R telah berjaya merakyatkan tuntutan terhadap kerajaan pusat dan Petronas.
Kumpulan anak muda terbabit juga mampu merakyatkan gerakan menuntut pelaksanaan syariat di bumi Malaysia ini. Dengan gerakan dan aktiviti yang konsisten, rakyat mudah faham apa yang dibawa dan mesej ingin disampaikan.
Apatah lagi baru-baru ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memperakui PAS hanya akan melaksanakan hudud melalui saluran demokrasi.
Secara mudah demokrasi ialah apa yang diinginkan rakyat. Perjuangan PAS dalam mendaulatkan hukum Islam bukan lagi rahsia. Bahkan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP dalam isu berkenaan telah diperakui pimpinan Pakatan Rakyat.
Bahkan telah wujud kesepakatan untuk bersetuju pada apa jua yang tidak dipersetujui. Bukankah itu suatu perakuan yang hanya menunggu suara rakyat untuk bersuara?
Maka senario inilah memerlukan satu gerakan yang bersepadu dan konsisten memberi kefahaman dan mesej jelas kepada rakyat untuk menerima hukum Islam sebagai undang-undang tertinggi negara.
Dengan pembabitan secara langsung dengan aktivis-aktivis R, saya penuh yakin keupayaan mereka mampu untuk menyemarakkan obor-obor perjuangan Islam di Malaysia.
Semoga gerakan massa ini tidak dipandang hanya sebelah mata oleh pendokong-pendokong kebenaran. Aktivis-aktivis parti di pelbagai sayap bolehlah mencontohi apa yang dilakukan kumpulan anak muda di Kelantan.
Mereka bergerak hanya dengan perbelanjaan sendiri. Semoga sambutan kemerdekaan ke-55 tahun ini membuka lembaran baru kepada gerakan yang lebih agresif demi mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini.
Al-Quran dan hadis hanya menunggu kita untuk membongkar segala isinya bagi diterjemahkan secara nyata. Ayuh tekadkan semangat, tingkatkan jihad!
KATA DULANG PAKU SERPIH....KALAU DIBONGKAR...ATAU ALLAH BONGKAR ....SUDAH TENTU ADA YANG LEBIH DAHSYAT...ALLAH SAJA YANG TAU
Bantah Seksyen 114A: Najib juga mesti dipanggil
| zulsulung, | 29 Ogs 2012 |
(Kempen hentikan Akta 114A)
KUALA LUMPUR: Kabinet diminta turut menyenaraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipanggil kerana menyuarakan pendapat dan bantahan terbuka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.
Ini kerana, beliau adalah antara orang yang pertama berkata akan mempertimbangkan tuntutan agar akta itu dikaji balik.
Pada 14 Ogos Najib mengarahkan kabinet untuk membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menjadi isu besar dalam alam maya.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang telah digazetkan pada Julai lepas.
"Saya telah meminta kabinet untuk membicangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Apa saja yang kita lakukan, kita mesti mendahulukan kepentingan rakyat," kata Najib ringkas dalam ruang Twitternya dari Mekah.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk "Stop 114A" itu telah dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet negara ini.
Akta 114A dikatakan bersifat berat sebelah kerana undang-undang boleh mendakwa mereka yang menyiar dan menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu.
Kabinet dikatakan telah menerima cadangan supaya tiga pemimpin BN diberi amaran kerana menyuarakan bantahan terbuka mereka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.
Mereka ialah adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu (kiri) dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Yang menariknya, cadangan ini dibuat ketika Kabinet sedar Najib juga membuat kenyataan serupa dan kajian itu dikemukakan ketika mesyuarat Kabinet dipengerusi Tan Sri Muhyidn Yassin.
Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos.
Satu sumber mendedahkan bahawa dicadangkan perdana menteri atau timbalan perdana menteri perlu memanggil dua timbalan menteri berkenaan dan memberi mereka amaran
kerana tindakan mereka bertentangan dengan pendirian kerajaan.
Katanya, ia juga telah mencadang supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya bertemu dengan dua timbalan menteri dan Khairy untuk mendengar pandangan mereka, dan menyediakan kepada mereka penjelasan kerajaan."
Kerajaan tolak dakwaan pembangunan punca banjir
| Rizal Tahir, | 29 Ogs 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan pembangunan
sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, Tumpat akan
memberi masalah kepada penduduk di musim tengkujuh.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan penduduk tidak tepat kerana pembangunan yang dirancang di kawasan berkenaan dijangka tidak memberi kesan berlakunya banjir.
“Berdasar kepada rekod yang ada khususnya dalam tempoh 50 tahun ini sejak 1926, hanya pada 2004 paras banjir direkod paling tinggi iaitu tujuh meter daripada paras bahaya.
“Selepas tahun itu khususnya sejak bermula projek pembangunan di Lembah Sireh, keadaan mula berubah dari segi paras banjir,” katanya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.
Semalam akhbar melaporkan penduduk Kampung Laut mendakwa mereka kemungkinan diancam banjir buruk pada musim tengkujuh sekiranya kerajaan negeri membangunkan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok.
Kata mereka pulau seluas 404.7 hektar yang terletak di seberang Sungai Kelantan bermula dari Kampung Cina sehingga Kampung Kijang, Kota Bharu dibangunkan sekarang.
Timbalan Menteri Besar berkata, setiap pembangunan yang dirancang terlebih dahulu diambil kira aliran dan paras air termasuk ekologi sungai.
“Kalau nak dikira banjir besar direkod pada 1926 dan 2004, tetapi selepas kerja-kerja mendalamkan Sungai Kelantan dilakukan tidak ada lagi banjir besar yang melanda sekarang,” ujarnya.
Katanya juga kerajaan negeri turut mengambil pandangan semua pihak sebelum projek diluluskan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.
KUALA LUMPUR:
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri
bahawa 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan kerana
mereka telah pulih dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan
negara.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan itu tidak masuk akal kerana tahanan tidak pernah dibicarakan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.
"Bagaimana menteri boleh mengatakan tahanan telah insaf sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan dan mereka tidak pernah diberi peluang untuk membela diri.
"Ironinya kenyataan menteri itu seolah-olah mengambarkan orang yang tidak bersalah tetapi telah insaf daripada kesalahan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Seramai 12 orang yang dibebaskan itu terdiri daripada tujuh warga tempatan, tiga Indonesia dan dua Pakistan.
Manakala tahanan masih berbaki seramai 30 orang iaitu 12 warga tempatan, Indonesia (tiga), Sri Lanka (enam), Pakistan (satu), India (dua), Bangladesh (satu), Iraq (dua) dan Filipina (tiga).
Justeru GMI menggesa Menteri Dalam Negeri mendedahkan secara terperinci proses pemulihan yang dilalui oleh tahanan semasa kem tahanan dan menjelaskan sama ada penyeksaan dalam tahanan juga merupakan proses pemulihan yang terpaksa dilalui tahanan.
"Menteri Dalam Negeri juga mesti mendedahkan laporan keselamatan yang dijadikan penilaian untuk menentukan samada tahanan boleh dibebaskan atau tidak seterusnya membebaskan kesemua baki tahanan," katanya.
Syed Ibrahim juga yakin pembebasan itu hasil perjuangan berterusan GMI dan rakyat Malaysia dan turut disokong oleh tindakan nekad tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar.
Syeikh Dr Solah Abdul Fatah al-Khalidi menyebut hadis ini sebagai sahih, merujuk kepada tahqiq kitab di bawah. Mari memahami...
“Ketahuilah, sesungguhnya roda Islam terus berpusing (berdepan penentangan musuh). Maka hendaklah kamu berpusing bersama al-kitab (al-Quran) di mana saja ia berpusing.
Ketahuilah, sesungguhnya penguasa dan al-kitab akan berpisah. Maka janganlah kamu berpisah daripada al-kitab (al-Quran).
Ketahuilah, suatu masa kamu akan diperintah oleh para penguasa yang jika kamu taati mereka, mereka akan sesatkan kamu. Jika kamu melawan mereka, mereka akan membunuh kamu.
Sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimana harus kami lakukan saat itu?
Baginda menjawab: Jadilah seperti mana pengikut-pengikut Nabi Isa alaihissalam. Mereka dipasung pada tiang-tiang dan dihiris dengan gergaji (tetapi mereka kekal beriman dan menolak taat pada penguasa). Mati di jalan Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam maksiat kepada tuhan pencipta.”
(Hadis Riwayat at-Tabarani)
Ini sebuah hadis yang indah. Ia pesanan jelas daripada baginda Rasulallah SAW agar umatnya,
1) Terus bersama dan berpegang pada al-Quran pada saat para penguasa negara mula mengikut nafsu dan meninggalkan pengajaran al-Quran.
2) Sanggup mati demi mempertahankan hak untuk berlindung hidup dengan al-Quran.
3) Kehinaan hidup dalam maksiat dan kemuliaan mati dalam perjuangan pada jalan Allah.
Semoga Allah memuliakan kita dengan perjuangan Islam.
*(Hadis ini walau bagimanapun menerima kritikan pada sanadnya. Ada yang melihatnya sebagai hadis Dhaif)
http://nikabduh.com
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan penduduk tidak tepat kerana pembangunan yang dirancang di kawasan berkenaan dijangka tidak memberi kesan berlakunya banjir.
“Berdasar kepada rekod yang ada khususnya dalam tempoh 50 tahun ini sejak 1926, hanya pada 2004 paras banjir direkod paling tinggi iaitu tujuh meter daripada paras bahaya.
“Selepas tahun itu khususnya sejak bermula projek pembangunan di Lembah Sireh, keadaan mula berubah dari segi paras banjir,” katanya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.
Semalam akhbar melaporkan penduduk Kampung Laut mendakwa mereka kemungkinan diancam banjir buruk pada musim tengkujuh sekiranya kerajaan negeri membangunkan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok.
Kata mereka pulau seluas 404.7 hektar yang terletak di seberang Sungai Kelantan bermula dari Kampung Cina sehingga Kampung Kijang, Kota Bharu dibangunkan sekarang.
Timbalan Menteri Besar berkata, setiap pembangunan yang dirancang terlebih dahulu diambil kira aliran dan paras air termasuk ekologi sungai.
“Kalau nak dikira banjir besar direkod pada 1926 dan 2004, tetapi selepas kerja-kerja mendalamkan Sungai Kelantan dilakukan tidak ada lagi banjir besar yang melanda sekarang,” ujarnya.
Katanya juga kerajaan negeri turut mengambil pandangan semua pihak sebelum projek diluluskan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.
Tiada bukti tahanan ISA bersalah dikatakan insaf?
| Hazayani Zakaria, | 29 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR:
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri
bahawa 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan kerana
mereka telah pulih dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan
negara.Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan itu tidak masuk akal kerana tahanan tidak pernah dibicarakan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.
"Bagaimana menteri boleh mengatakan tahanan telah insaf sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan dan mereka tidak pernah diberi peluang untuk membela diri.
"Ironinya kenyataan menteri itu seolah-olah mengambarkan orang yang tidak bersalah tetapi telah insaf daripada kesalahan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Seramai 12 orang yang dibebaskan itu terdiri daripada tujuh warga tempatan, tiga Indonesia dan dua Pakistan.
Manakala tahanan masih berbaki seramai 30 orang iaitu 12 warga tempatan, Indonesia (tiga), Sri Lanka (enam), Pakistan (satu), India (dua), Bangladesh (satu), Iraq (dua) dan Filipina (tiga).
Justeru GMI menggesa Menteri Dalam Negeri mendedahkan secara terperinci proses pemulihan yang dilalui oleh tahanan semasa kem tahanan dan menjelaskan sama ada penyeksaan dalam tahanan juga merupakan proses pemulihan yang terpaksa dilalui tahanan.
"Menteri Dalam Negeri juga mesti mendedahkan laporan keselamatan yang dijadikan penilaian untuk menentukan samada tahanan boleh dibebaskan atau tidak seterusnya membebaskan kesemua baki tahanan," katanya.
Syed Ibrahim juga yakin pembebasan itu hasil perjuangan berterusan GMI dan rakyat Malaysia dan turut disokong oleh tindakan nekad tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar.
Bersama al-Quran – suatu pesanan daripada Rasulallah
| Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz, | 29 Ogs 2012 |
“Ketahuilah, sesungguhnya roda Islam terus berpusing (berdepan penentangan musuh). Maka hendaklah kamu berpusing bersama al-kitab (al-Quran) di mana saja ia berpusing.
Ketahuilah, sesungguhnya penguasa dan al-kitab akan berpisah. Maka janganlah kamu berpisah daripada al-kitab (al-Quran).
Ketahuilah, suatu masa kamu akan diperintah oleh para penguasa yang jika kamu taati mereka, mereka akan sesatkan kamu. Jika kamu melawan mereka, mereka akan membunuh kamu.
Sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimana harus kami lakukan saat itu?
Baginda menjawab: Jadilah seperti mana pengikut-pengikut Nabi Isa alaihissalam. Mereka dipasung pada tiang-tiang dan dihiris dengan gergaji (tetapi mereka kekal beriman dan menolak taat pada penguasa). Mati di jalan Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam maksiat kepada tuhan pencipta.”
(Hadis Riwayat at-Tabarani)
Ini sebuah hadis yang indah. Ia pesanan jelas daripada baginda Rasulallah SAW agar umatnya,
1) Terus bersama dan berpegang pada al-Quran pada saat para penguasa negara mula mengikut nafsu dan meninggalkan pengajaran al-Quran.
2) Sanggup mati demi mempertahankan hak untuk berlindung hidup dengan al-Quran.
3) Kehinaan hidup dalam maksiat dan kemuliaan mati dalam perjuangan pada jalan Allah.
Semoga Allah memuliakan kita dengan perjuangan Islam.
*(Hadis ini walau bagimanapun menerima kritikan pada sanadnya. Ada yang melihatnya sebagai hadis Dhaif)
http://nikabduh.com
Projek Penapis Air 1 Malaysia ada E.coli?
| Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
KOTA BHARU: Saban hari media harian memaparkan
keprihatinan kerajaan pusat mengatasi masalah bekalan air di Pasir Mas
dan Tumpat di bawah projek Penapis Air 1 Malaysia.
Projek berkenaan dikendalikan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menggunakan penapis Ultra BIO Pure, di mana dilaporkan berharga antara RM65,000 hingga RM95,000 seunit.
Sehingga kini beberapa lokasi sudah dipasang peralatan tersebut termasuk Kampung Belukar di Pasir Mas dan Kampung Derdap, Tumpat.
Di Kampung Belukar dipasang di sebelah rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Dan Projek Penapis Air 1 Malaysia Padang Tok La difahamkan akan dibina berhampiran rumah Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.
Secara jelasnya projek berkenaan biar pun di bawah peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM2 juta, namun ia ada kaitkan secara langsung dengan Umno.
Biar pun rakyat Kelantan di kawasan yang dikenal pasti menghadapi tekanan rendah sebelum ini sekarang menerima tambahan bekalan air melalui projek berkenaan, namun ada isu lain pula yang tidak diketahui umum.
Berdasar kepada keputusan makmal yang dikeluarkan sebuah badan daripada kajian sampel air di Kampung Derdak, Tumpat didapati banyak yang tidak menepati piawaian ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Antaranya ujian pH didapati gagal di mana keputusan didapati 6.050 sedangkan standard ditetapkan 6.5.
Begitu juga ujian baki klorin didapati gagal di mana hasil diperolehi 0.01 mg/l sedangkan ditetapkan SPAN tidak kurang 0.2 mg/l.
Manakala kandungan besi juga gagal menepati ketetapan SPAN, di mana ujian mendapati 0.62 mg/l, sedangkan sepatutnya tidak melebihi 0.3 mg/l.
Bagaimanapun menurut kajian tersebut paling membimbangkan ujian kandungan coliform didapati melebihi 200 cfu/100ml sedangkan sepatutnya tiada bahan tersebut.
Begitu juga dengan ujian kandungan E.coli didapati terdapat 4 cfu/100ml, sedangkan sepatutnya 0 cfu/100ml.
Sumber pakar dalam industri air berkata, sepatutnya SPAN dan Jabatan Kesihatan tidak berdiam diri terhadap isu yang dibangkit tersebut kerana dibimbangi boleh memudaratkan orang ramai.
KUALA LUMPUR: Suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com.
Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.
“Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.
"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya,” kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.
Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.
“Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya,” tulis blogger itu lagi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan
Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan
Hari Malaysia peringkat negeri pada malam esok, 30 Ogos di Dataran
Kemerdekaan Shah Alam bermula pada jam 8.30 malam.
“Saya bagi pihak barisan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55, dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya perbarisan dan perarakan 56 kontinjen yang terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.
“Kita juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.
Tambahnya, tema bagi sambutan tahun ini sama dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa.
Justeru, ujarnya orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan itu.

(Tentera Amerika di Afghanistan)
WASHINGTON: Perang Amerika Syarikat di Afghanistan telah berlarutan hampir 11 tahun dan meragut nyawa kira-kira 2,000 rakyat Amerika.
Jadi mengapa Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat, dan Mitt Romney, calon presiden Republikan, tidak menyentuh mengenai isu ini dalam kempen pilihan raya AS 2012?
Obama mewarisi situasi rumit antara Amerika dengan Afghanistan dari presiden sebelumnya, George W Bush, tetapi dia menangani misi ini sepenuh hatinya, menggelar peperangan ini sebagai 'peperangan yang diperlukan'.
Pada Disember 2009, Obama melancarkan strategi baru untuk penglibatan Amerika Syarikat di Afghanistan dalam apa yang dikenali sebagai ‘the surge’ atau lonjakan – dengan menghantar 30,000 tentera tambahan AS ke Afghanistan.
Antara perkara penting yang lain adalah pelaksanaan strategi awam yang lebih berkesan termasuklah pengawalan ke atas agensi-agensi kerajaan Afghanistan yang tidak efektif dan menerima rasuah, dan juga taktik untuk mempunyai hubungan yang lebih kukuh dengan Pakistan yang dibina di atas dasar saling menghormati dan mempercayai.
Tetapi sebahagian penganalisis berpendapat taktik Obama ini sebagai satu kegagalan dengan kira-kira 1,000 tentera AS kehilangan nyawa mereka, jumlah angka korban yang hampir sama dalam tempoh lapan tahun sebelumnya.
Di samping angka korban Taliban dan pemberontak yang tidak diketahui, dianggarkan bahawa lebih daripada 10,000 tentera Afghanistan telah kehilangan nyawa mereka dan sekurang-kurangnya 10,000 orang awam telah menjadi korban sejak peperangan itu bermula pada tahun 2001.
Pada bulan Mei 2012, Obama dan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, menandatangani perjanjian yang tidak jelas tentang butirannya.
Tetapi tujuannya adalah untuk menyerahkan tanggungjawab berperang kepada tentera Afghanistan sehingga akhir 2014, sambil memberi AS peluang untuk mengekalkan anggota tenteranya di Afghanistan untuk tahun-tahun yang mendatang.
Terdapat sedikit tanda-tanda yang menunjukkan Taliban akan dikalahkan.
Pelan penyerahan kuasa pula menjadi rumit dengan timbulnya isu yang dipanggil ‘serangan hijau ke atas biru’, merujuk kepada serangan tentera Afghan terhadap tentera AS dan lain-lain tentera NATO.
Dua puluh dua tentera AS telah dibunuh oleh sekutu mereka, tentera Afghanistan tahun ini.
Serangan terbaru berlaku Isnin lalu apabila dua tentera AS terbunuh selepas seorang askar Afghanistan melepaskan tembakan di wilayah Laghman.
Tetapi dengan kempen presiden AS yang bergerak di tahap optimum, tiada pihak yang kelihatan mahu membincangkan isu Perang Amerika Syarikat di Afghanistan.
Mitt Romney, calon Republikan khususnya, tampak tidak pasti tentang perbezaan yang akan beliau lakukan dalam isu ini.
Peperangan Amerika Syarikat di Afghanistan
- AS melancarkan perang ke atas Afghanistan pada 2001 selepas serangan 11 September.
- Kini terdapat 88,000 tentera AS di Afghanistan, turun dari jumlah tertinggi sebanyak 101,000 pada tahun 2010.
- AS akan mengeluarkan kira-kira 23,000 tentera dari Afghanistan, meninggalkan 68,000 kakitangan.
- Dianggarkan sebanyak 2,000 tentera AS telah terbunuh sejak konflik itu bermula di Afghanistan, dengan separuh daripada mereka berlaku dalam tempoh tiga tahun Obama menjadi Presiden.
- Hampir 16,000 tentera AS telah cedera ketika berkhidmat di Afghanistan sejak permulaan perang.
Projek berkenaan dikendalikan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menggunakan penapis Ultra BIO Pure, di mana dilaporkan berharga antara RM65,000 hingga RM95,000 seunit.
Sehingga kini beberapa lokasi sudah dipasang peralatan tersebut termasuk Kampung Belukar di Pasir Mas dan Kampung Derdap, Tumpat.
Di Kampung Belukar dipasang di sebelah rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Dan Projek Penapis Air 1 Malaysia Padang Tok La difahamkan akan dibina berhampiran rumah Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.
Secara jelasnya projek berkenaan biar pun di bawah peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM2 juta, namun ia ada kaitkan secara langsung dengan Umno.
Biar pun rakyat Kelantan di kawasan yang dikenal pasti menghadapi tekanan rendah sebelum ini sekarang menerima tambahan bekalan air melalui projek berkenaan, namun ada isu lain pula yang tidak diketahui umum.
Berdasar kepada keputusan makmal yang dikeluarkan sebuah badan daripada kajian sampel air di Kampung Derdak, Tumpat didapati banyak yang tidak menepati piawaian ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Antaranya ujian pH didapati gagal di mana keputusan didapati 6.050 sedangkan standard ditetapkan 6.5.
Begitu juga ujian baki klorin didapati gagal di mana hasil diperolehi 0.01 mg/l sedangkan ditetapkan SPAN tidak kurang 0.2 mg/l.
Manakala kandungan besi juga gagal menepati ketetapan SPAN, di mana ujian mendapati 0.62 mg/l, sedangkan sepatutnya tidak melebihi 0.3 mg/l.
Bagaimanapun menurut kajian tersebut paling membimbangkan ujian kandungan coliform didapati melebihi 200 cfu/100ml sedangkan sepatutnya tiada bahan tersebut.
Begitu juga dengan ujian kandungan E.coli didapati terdapat 4 cfu/100ml, sedangkan sepatutnya 0 cfu/100ml.
Sumber pakar dalam industri air berkata, sepatutnya SPAN dan Jabatan Kesihatan tidak berdiam diri terhadap isu yang dibangkit tersebut kerana dibimbangi boleh memudaratkan orang ramai.
Suspek kes sumbang mahram kaji fail saman
| Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com.Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.
“Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.
"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya,” kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.
Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.
“Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya,” tulis blogger itu lagi.
Selangor anjur Malam Kemerdekaan ke-55 esok
| Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan
Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan
Hari Malaysia peringkat negeri pada malam esok, 30 Ogos di Dataran
Kemerdekaan Shah Alam bermula pada jam 8.30 malam.“Saya bagi pihak barisan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55, dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya perbarisan dan perarakan 56 kontinjen yang terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.
“Kita juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.
Tambahnya, tema bagi sambutan tahun ini sama dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa.
Justeru, ujarnya orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan itu.
Obama dan Romney sudah lupakan Afghanistan?
| Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 29 Ogs 2012 |

(Tentera Amerika di Afghanistan)
WASHINGTON: Perang Amerika Syarikat di Afghanistan telah berlarutan hampir 11 tahun dan meragut nyawa kira-kira 2,000 rakyat Amerika.
Jadi mengapa Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat, dan Mitt Romney, calon presiden Republikan, tidak menyentuh mengenai isu ini dalam kempen pilihan raya AS 2012?
Obama mewarisi situasi rumit antara Amerika dengan Afghanistan dari presiden sebelumnya, George W Bush, tetapi dia menangani misi ini sepenuh hatinya, menggelar peperangan ini sebagai 'peperangan yang diperlukan'.
Pada Disember 2009, Obama melancarkan strategi baru untuk penglibatan Amerika Syarikat di Afghanistan dalam apa yang dikenali sebagai ‘the surge’ atau lonjakan – dengan menghantar 30,000 tentera tambahan AS ke Afghanistan.
Antara perkara penting yang lain adalah pelaksanaan strategi awam yang lebih berkesan termasuklah pengawalan ke atas agensi-agensi kerajaan Afghanistan yang tidak efektif dan menerima rasuah, dan juga taktik untuk mempunyai hubungan yang lebih kukuh dengan Pakistan yang dibina di atas dasar saling menghormati dan mempercayai.
Tetapi sebahagian penganalisis berpendapat taktik Obama ini sebagai satu kegagalan dengan kira-kira 1,000 tentera AS kehilangan nyawa mereka, jumlah angka korban yang hampir sama dalam tempoh lapan tahun sebelumnya.
Di samping angka korban Taliban dan pemberontak yang tidak diketahui, dianggarkan bahawa lebih daripada 10,000 tentera Afghanistan telah kehilangan nyawa mereka dan sekurang-kurangnya 10,000 orang awam telah menjadi korban sejak peperangan itu bermula pada tahun 2001.
Pada bulan Mei 2012, Obama dan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, menandatangani perjanjian yang tidak jelas tentang butirannya.
Tetapi tujuannya adalah untuk menyerahkan tanggungjawab berperang kepada tentera Afghanistan sehingga akhir 2014, sambil memberi AS peluang untuk mengekalkan anggota tenteranya di Afghanistan untuk tahun-tahun yang mendatang.
Terdapat sedikit tanda-tanda yang menunjukkan Taliban akan dikalahkan.
Pelan penyerahan kuasa pula menjadi rumit dengan timbulnya isu yang dipanggil ‘serangan hijau ke atas biru’, merujuk kepada serangan tentera Afghan terhadap tentera AS dan lain-lain tentera NATO.
Dua puluh dua tentera AS telah dibunuh oleh sekutu mereka, tentera Afghanistan tahun ini.
Serangan terbaru berlaku Isnin lalu apabila dua tentera AS terbunuh selepas seorang askar Afghanistan melepaskan tembakan di wilayah Laghman.
Tetapi dengan kempen presiden AS yang bergerak di tahap optimum, tiada pihak yang kelihatan mahu membincangkan isu Perang Amerika Syarikat di Afghanistan.
Mitt Romney, calon Republikan khususnya, tampak tidak pasti tentang perbezaan yang akan beliau lakukan dalam isu ini.
Peperangan Amerika Syarikat di Afghanistan
- AS melancarkan perang ke atas Afghanistan pada 2001 selepas serangan 11 September.
- Kini terdapat 88,000 tentera AS di Afghanistan, turun dari jumlah tertinggi sebanyak 101,000 pada tahun 2010.
- AS akan mengeluarkan kira-kira 23,000 tentera dari Afghanistan, meninggalkan 68,000 kakitangan.
- Dianggarkan sebanyak 2,000 tentera AS telah terbunuh sejak konflik itu bermula di Afghanistan, dengan separuh daripada mereka berlaku dalam tempoh tiga tahun Obama menjadi Presiden.
- Hampir 16,000 tentera AS telah cedera ketika berkhidmat di Afghanistan sejak permulaan perang.
Langgan:
Catatan (Atom)