Rabu, 28 Oktober 2009

LAGI BERKENAAN AZAN


Azan ini memang banyak gunanya bukan sahaja memanggil orang solat@sembahyang sahaja tetapi boleh diguna ketika musibah@bencana datang secara tiba2 dsbnya.Azan ini mempunyai alunan yang berbeza2 mengikut tempat contoh azan di Madinah dengan azan di Mekkah begitu juga di Malaysia.Lain alunanya membuatkan azan lebih istimewa dan menarik,masing2 ada daya tarikan tersendiri.Di Malaysia macam ada satu kelebihan atau satu kesalahan dalam melaungkan azan.Memang membaca selawat atas nabi saw serta tahmid itu sunnat sebelum azan tetapi ia sepatutnya dibaca sangat pelahan(shir) bukan kuat sama kuat dengan laungan azan.Ini salah dan perlu diperbetulkan segera.Jika tidak generasikan akan menganggap bacaan2 sunat sebelum azan itu wajib atau menganggap itu juga sebahagian daripada azan yang perlu dilaungkan.Sebenarnya bacaan itu tidak perlu kuat hanya untuk diri sendiri(tukang azan)sahaja yang dengar dan itu yang betulnya...dan tukang azan(mu'azin)sepatutnya mempunyai akhlak yang tinggi agar azannya mempunyai nur atau aura.Pernah berlaku dizaman Rasullullah saw seorang sahabat memohon kepada Rasullullah saw ingin melaungkan azan solat subuh,memang baik suaranya dan sebutannya tapi Rasullullah saw menolaknya...tapi setelah didesak beberapa kali maka Rasullullah mengizinkannya.Setelah selesainya semuanya maka Jibrail as bertemulah Rasullullah saw serta bertanya adakah azan subuh sudah dilaungkan.Rasullullah saw menjawab sudah diazankan tetapi menurut Jibrail as ,beliau tidak mendengar azan tersebut.Begitulah kesannya,kerana azan semata2 untuk mendengarkan suara yang merdu dan sebutan yang baik tetapi mungkin tidak ada keikhlasan yang ada pada dirinya.Pernah suatu ketika apabila Syaidina Bilal datang ke Mekah dan beliau diminta melaungkan azan,maka penduduk Mekah berduyun2 datang kerana kenal benar suara Bilal.Ini hasil dari laungan azan orang yang bertakwa.Mudah2an penerangan saya yang tidak ilmiah serta jahil ini sedikit sebanyak boleh membantu muazin2 dan orang ingin menjadi muazin agar belajar tentang azan secara berguru@berilmu disamping memestikan akhlak benar2 baik atau sekurang2 cuba memperbaikkan diri sebaik mungkin atau setakat yang termampu.Sekurang2nya sedikit sebanyak membantu orang akan datang berduyun2 ke masjid@surau hasil dari nur atau aura yang kurnia oleh Allah hasil dari taqwa kita....InsyaAllah.

Sabtu, 17 Oktober 2009

APA ITU AZAN SERTA GUNA NYA

Azan ini memang telah maklum.Seban hari didengar samada ada disurau2 atau masjid2.Malah di radio2 juga TV .Secara umumnya masyarakat tahu bahawa azan menandakan masuk waktu solat.Ia juga telah diketahui umum oleh penganut2 agama lain di Malaysia.Hingga kita lupa fungsi2 azan yang lain.Disamping telah tertanam dijiwa kita dan pada kefahaman kita bahawa azan ini menandakan waktu sembahyang@solat.Mungkin juga kita telah dididik secara langsung atau tidak,bahawa waktu solat itu berpandu kepada waktu solat yang ada di dada2 akhbar,kelender2 atau sebagainya.Termasuk berpandu kepada azan di radio atau TV.Sedangkan itu sebagai panduan agar lebih mudah untuk menentukan masuknya waktu solat.Harus dingat penentu waktu telah disebut didalam kitab2 feqah.Maka wajiblah kita mengetahuinya lebih2 lagi tukang azan,jangan main belasah aje.Paling mudah sebagai contoh iaitu waktu maghrib.Adakah kita boleh solat,laungkan azan,berbuka puasa memandangkan azan telah dilaungan diradio@TV atau masjid@surau(jika ia juga berpandu jam atau radio@TV) serta jam kita pun telah menunjukkan memang telah masuk waktu.Sedangkan cuaca diluar dilihat masih terang belum ada tanda waktu maghrib telah masuk(belum ada tanda matahari telah terbenam).Ini memang pernah berlaku dan mungkin sering berlaku,ini memang pengalaman penulis sendiri.Maka kias2kanlah pada waktu2 lain.Disini diperturunkan tanda2 masuk waktu, agar menjadi pendoman kita bersama....
1.Zohor
Waktunya mulai dari gelincir matahari ditengah2 langit hingga bayang2 sesuatu benda sama panjang dengan benad itu,lain daripada bayang2 yang sedia ada pada ketika matahari itu ditengah2 lagi.
2.Asar
Waktunya mulai dari bayang2 sesuatu benda itu jadi panjang lebih daripada sekali ganda benda itu tolak bayang tengah langit hingga terbenam masuk matahari.
3.Maghrib
Waktunya mulai dari terbenam matahari berkekalan hingga hilang cahaya merah dikaki langit.Ini menurut qaul qadim bagi imam Safie.Jikalau ikut qaul jadidnya waktu maghribnya tidak lebih daripada 15 minit sudah habis.Iaitu lepas masuk masuk matahari ambil air sembahyang,bang@azan,qamat,sembahyang magrib tiga rakaat,sembahyang sunat dua rakaat atau sembahyang jamak taqdim bagi isyak empat rakaat habislah waktunya.Bila sudah habis waktu maghrib terus masuk waktu isyak tidak ada penceraian antara keduanya.
4.Isyak
Waktunya mulai daripada hilang cahaya merah di kaki langit berkekalan hingga naik fajar kedua yang disebut fajar sidiq.
5.Subuh
Waktunya mulai dari terbit fajar kedua(fajar sidiq) berkekalan hingga terbit matahari.
Sebenarnya azan bukan untuk menandakan masuk waktu tetapi hendak memberitahu bahawa disitu hendak ditegakkan solat berjemaah atau memberitahu tidak lama solat hendak dirikan.Siapa yang mendengar tiada uzur syarie sepatutnya datang untuk menunaikan solat berjemaah.Tapi sekarang macam sudah jadi trend azan menandakan waktu solat sudah masuk.Biasanya azan isyak dilaungkan,pengajian atau ceramah agama diteruskan.Ini adalah tidak betul.Sepatutnya tidak payah azan sebab memang sudah tahu pengajian akan disambung.Disini siapa yang bodoh.Ini berlaku sebab masyarakat sekarang tahu azan menandakan masuk waktu.
Azan juga digunakan untuk bayi yang baru lahir,azan ditelinga kanan dan qamat ditelinga kiri.Tidak kira bayi lelaki atau pertempuan.Azan juga boleh digunakan semasa seseorang dirasuk syaitan@histeria,ketika ribut melanda,gempa bumi,gelombang besar,kebakaran dan lain2 yang berbentuk bala@musibah datang tiba2.Hingga jemaah haji hendak berangkat ke Mekah disunatkan azan.Maka kias2kan yang lain...



Jumaat, 16 Oktober 2009

LAGI CERITA BENAR AKIBAT SOMBONG DAN MENGAIBKAN ORANG...

Kisah ini benar dan baru berlaku serta sedang berlaku...juga mungkin akan menimpa kepada diri kita dengan kehendak serta izin Allah swt,pada hari2 yang akan mendatang.Akibat kita tersalah langkah...dari hasil sifat kita yang sombong serta suka mengaibkan orang.Ini juga mungkin disebabkan kita ada perasaan dengki kepada seseorang,juga mungkin kita jenis suka mengadu domba...tamak..gila kuasa....suka mengampu dan di ampu....suka menunjuk2 dan ujub(dll)...Ujub ni ia rasa hairankan diri...terasa dirinya hebat dari orang lain ...dan sifat ini susah nak dikesan melainkan sombong kita boleh lihat.Apa jua perkara yang saya sebut ini ada dilarang serta dibenci oleh Allah swt.Semuanya datang dari hasutan syaitan kerana kurang ilmu dan amalan yang tak ikhlas.Penulis pun mengakui bahawa penulis sendiri juga tidak terlepas dari masalah ini.Sama2 kita memohon perlindungan dari Allah swt.Jika kita berdegil juga ...dan kita rasa kita betul juga....cuba renungkan cerita ini...berlaku disatu kariah...memberhentikan ustaz yang mengajar agama disebuah surau dengan alasan yang mengaibkan atau memalukan ustaz tersebut...sedangkan ustaz tu mengajar secara percuma dan sukarela...bagi penulis, ustaz tu akan dapat pahala lagi walaupun tidak mengajar lagi..Itulah menunjukkan PemurahNya Allah swt...mungkin mereka menjadi kepala atau menambah2 agar ustaz tu aibkan...yang pelik kenapa ustaz itu tidak panggil untuk membela diri.Dengar cerita diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan keaiban ustaz itu.Kesian ustaz tu.Selang beberapa tahun@masa...apa terjadi wahai pembaca budiman...orang yang mengaibkan ustaz itu terlibat dengan zina...hebuh satu kariah... dan ia tidak mengaku ...cuma mengaku bercumbu2 saja.Tetapi ia telah mengaku telah berzina dengan seorang yang bergelar haji merupakan kawan karibnya yang dia segani.Sepatutnya ia direjam mengikut hukum hudud sebab ia sudah kahwin...tengok Kebesaran Allah ia aibkan ustaz Allah swt aibkan dia pulak.Sementara rakannya yang sama bersetuju untuk mengaibkan ustaz ditimpa sakit barah hati (pembaca tentu bagaimana keadaan orang kena barah hati)bentuk sakit yang aib...Inilah kesan kita suka mengaibkan orang...Ini mungkin secebis kisah benar...mungkin banyak lagi kes2 macam ini berlaku dalam dunia ini.Itu belum cerita menghina orang bermadu dan berpoligami.akhirnya kena batang hidungnya..anaknya juga bermadu dan berpoligami...ada pula kisah pengetua@pentadbir yang sangat tegas gila...macam tak penulis kata tegas gila...anak sakit tidak boleh cuti...apa katanya 'yang sakit anak bukan kita'(abis sapa nak jaga lebih2 lagi kalau masih baby)..dan kalau kaki sakit sebelah sahaja...apa ia kata@suruh..'sebelah pakai seliper dan sebelah yang tak sakit pakai kasut'..tak kah gila tegasnya....Kan baik kalau ia tegas dalam beragama...apa terjadi..dengan kuasa Allah swt orang diharap dan dipercayai@disanjung menzina pelajarnya hingga guru itu dihukum buang kerja...dan anak gadisnya sendiri(anak pengetua yang tegas gila tu berumur 10 ke 11 tahun didapati sakit di dalam perut dibahagian dada...apa bila dibelah@dilakukan pembedahan tiada apa2 penyakit yang dijumpai...nampak kenapa ia cuti...yang kena bedah anaknya bukan dia...menarikkan an hukum@balasan Allah swt...kenapa kerana Allah Maha Bijaksana.......
...Ingat...kadang2 orang yang kita hina atau aib itu ia benar disisi Allah...Jangan kita pandang orang dengan sebelah mata...mungkin orang itu ada kelebihan yang tidak ada pada kita.Sebenarnya banyak lagi cerita@kisah begini yang penulis ada@tau...tapi biar ini saja sebagai tauladan mungkin boleh jadi kita insaf dan sebagai pendoman pada pembaca termasuk penulis sendiri.....

ETIKA ITU HENDAK DISUBURKAN TAPI DIRI TAK BERETIKA


Baguslah kita tahu apa itu etika.Kecewalah kita kalau kawan tak ada etika.Sedarkah kita...diri kita juga tak ada etika.Boleh menjatuh maruah kawan merangkap cikgunya sendiri dihadapan pelajar.Mengarah atau menyuruh panggilan ustaz digugurkan panggil saja cikgu.Ini disebabkan ilmu tak setaraf dengan dirinya.Ditambah katanya cikgu ni tak sesuai kerana tidak berakhlak mulia.Bagi saya ,suruh sahaja panggil pakcik,uncle atau orang tua...atau orang tua tidak sedar diri dan tak berguna.mungkin ia terlepas pandang dan tak menyelidik gurunya memang ustaz mengajar agama bertauliah dari jais...mengajar disekitar daerah ia bertugas dengan sukarela..mengajar serta ada tauliah sejak tahun 1987 lagi.Dimana orang tempatan yang mengenali beliau memanggil ustaz dan ada yang tidak tahu ia sebenar guru.Ramai yang tidak tahu ia belajar agama selama lima tahun...barulah ia diberi tauliah dari jais.......dan memang penulis kenal beliau....
Berakhlakkah mereka yang boleh membiarkan solat dilewat2kan,sombong,kasar,biadap menjatuh maruah gurunya.Baguskah kita hadir dimajlis bercampur gaul,berbincang dunia semata2 tidak menyuruh orang bertaqwa...membiarkan perkara yang bertentang agama didepan mata....dan bla bla...berakhlak mengarah guru macam mengarah pelajar2...contoh..'Ini ingatan pada pelajar dan guru'...lu sapa..majikan ke secara total ke...membayar gaji pekerja dari wang saku sendiri.Mencatit kesalahan guru lambat masuk dibuku pergerakan pelajar...yang mana boleh dibaca oleh pelajar...tak hina ke guru itu...memarah pelajar sedang guru ada dalam kelas...nak tunjuk hebat dan kuasa kod...apa salah pelajar tu dibawa kebiliknya...tak biadap ke...bagi saya ia syok sendiri...bangga...nak tergelak pun ada...tengok orang macam ni...ia belum matang...suka mencerca dan menghina guru didepan pelajar...contoh ....'nak kena cikgu ini'...siap sebut nama... ada etika orang macam ni.Manusia bermacam2 perangai...sekurang2nya..... lagi kita garang dan biadap...lagi dia lawan dan degil....tapi ada juga yang jadi takut ....kan elok kita buat pekerja atau guru2 seronok datang ke sekolah...dan suka pada ketua bukan benci....bukan sebaliknya...macam ni penulis cerita satu cerita benar di kedah...begini..pengetua tu tak banyak cakap...apa kelebihanya ialah mengutip sampah bila ia nampak sampah tanpa memanggil pelajar membuatnya...cikgu2 lain malu...ia pun ikut pengetua...nampak sampah kutip...pelajar2 juga malu...akhirnya sekolah bersih dari sampah...penulis pun tak mampu buat ..tabiklah...Satu lagi cerita benar di zaman dulu...dimana seorang khatib@pembaca khutah..apa kelebihannya ...para jemaah yang mendengar saranannya akan membuat saranan apa ia cakap dalam sesuatu khutabnya...hingga tertarik seorang hamba abdi kepadanya...akhirnya ia berjumpa dan meminta ceritakan kelebihan membebaskan hamba...tujuannya agar tuannya yang solat jumaat di masjid yang sama membebaskannya...khatib itu tu pun setuju....tetapi setelah 3 bulan ditunggu perkara itu tidak dicakap didalam khutbahnya...maka berjumpalah hamba abdi kepada khatib itu...apa jawapan khatib itu...'tunggu aku tengah kumpul duit...cukup nanti saya beli hamba kemudian bebaskan'...lihat dan fikirkanlah...berkat ia buat dulu dengan ikhlas bukan kerana membodek atau menunjuk2 atau bukan semata berharap dinaikan pangkat...maka cakapnya makbul atau diikuti orang...Insaflah ..belajarlah...jangan hanya melihat kehebatan diri dan memandang orang lain negetif atau tak berguna macam kita....harap sedarlah kita...... sedar bahawa kita tidak boleh buat semua perkara tanpa pertolongan orang lain .... contoh mengunting rambut sendiri dengan sempurna...berhentilah....nanti banyak orang mengumpat kita...tapi nanti kita kata..... orang mengumpat tu lah salah dan berdosa...betul...tak tahukah kita pun salah dan berdosa sebab perbuatan kita menjadikan orang mengumpat kita...gunalah akal yang mengikut agama dan gunakan budi bicara....bukan guna kuasa dan sombong bodoh...takut nanti kita tak bertugas lagi...pencen...orang jumpa kita ..orang tak penduli@tegur...salah sapa...kitalah...tapi kalau orang degil dan sombong nanti ia cakap 'lantaklah'....maka orang ni memang confirm degil dan sombong....

JANGAN BERLAGAK PANDAI CUMA SEBAB BERKUASA


Kuasa satu bab lain..tahniah sebab ada pangkat...tapi pangkat disandang itu bukan dalam dunia dia@kita sorang sahaja tetapi ramai lagi...Bagitu juga dengan master yang ada...cuma malang master itu tidak diiktiraf.Redalah.Kehebatan diri jangan disebut2....jangan syok sendiri...yang menilai diri kita bukan diri sendiri tetapi orang lain , tapi yang tepat nilaian ialah Allah swt.Jangan kita bercakap tentang hukum kerana bukan bidang kita.Ijazah kita dan master kita bukan bidang agama.Pergi haji dan solat tak tinggal bukan bermakna kita tahu semua hukum agama.Kalau tahu tahniahlah...pergi ambil tauliah mengajarlah agama ...baru ilmu itu berguna.Memang azan dikemundang tetapi kita tak solat isyak sebab ada pengajian...pengajian itu .... pengajian fardu ain dan memang wajib, haruslah dilewatkan solat isyak itu.Tetapi azan bukan tanda masuk waktu..azan dikemundang itu menandakan tak lama solat nak dirikan solat berjemaah...hukumnya azan tu pun sunnat...tapi eloklah dibuat sebagai syiar.Bodohlah AJK masjid ....azan tetapi ....lepas tu sambung pengajian...mana ada nas atau dalil azan itu sebagai penanda waktu sudah masuk...Azan digunakan adalah untuk nak beritahau pada orang ramai tidak lama lagi solat berjemah hendak didirikan.Azan boleh dibuat pukul 9.30 malam ,iaitu lepas pengajian.Susah juga bercakap orang tau sikit2 tentang agama tapi berlagak tahu.Memang makan dulu lebih baik walaupun azan dah dilaungkan supaya jangan menganggu solat kerana teringat makan...Perkara ini kena tengok waktu yang tinggal....kalau masa hanya tingal 5 minit nak abis waktu nak makan juga ke...Tentu tidak...melarang orang nak solat memang haram...kita boleh benar orang kencing atau berak dll kenapa tidak pada solat....kenapa taksub dengan jadual solat kita buat.Jadual solat kuasa mutlak kita ke...Kalau jadual yang disediakan hanya lebih kurang 18 minit saja tinggal lepas tu masuklah waktu asar ....melewat2kan solat pun dah tak boleh dengan alasan belajar( fardu kifayah aje) kalau fardu ain pun logik ke kerana hanya 18 minit lagi masuk solat asar.....untuk turun ke surau..minum..bergilir ambil wudhu..air kecil bila semua paip dibuka...telekung bergilir2(jangan paksa pelajar bawa..sebab ada yang miskin)...sedangkan orang yang nak solat berjumlah 200 ke 300 orang...adakah sempat dalam masa 18 minit....Belajar fardu kifayah...sistem sekular pula tu..tak terfikirke..atau memang bodoh..solat fardu ain...jika orang itu dengan izin Allah mati belum sempat solat dia nak tanggungke....bukan hari2 pun orang itu pergi solat begitu jadualnya..Mungkin masa itu kelapangan yang ada.Jangan kita gila kuasa terasa pandai orang lain kita fikir bodoh dan tak betul....pada duduk2 eloklah dia solat..jangan fikir kita sahaja pandai menguruskan waktu orang lain bodoh menguruskan waktu...pandaikah kita menguruskan waktu jika kita sendiri tidak menunaikan ...hingga waktu dijanji masih bercakap...kadang2 lebih masa kita gunakan hingga penjaga merunggut...Susah juga orang yang syok sendiri...Jangan ajar orang makan vitamin,makan baik2 supaya cergas...umur muda bolehlah...tak kan kita tak tua....memang begitu susunan Allah ...bayi..kanak2..remaja..muda..dewasa...tua...lemah lepas sakit dan mati.....dan ada yang tak sempat tua ...ia mati dulu...Cakap..nasihat orang memang senang dan pandai...tetapi biar pakai kepala otak atau berdiri dibumi nyata...Tak kan umur 60 hendak kita sama kekuatan orang umur 40...pakailah otak...jangan berlagak dan kemaruk kuasa...jangan sampai kita fikir kita berkuasa kita boleh jadi biadap...biadap pada manusia ok lagi...jangan biadap pada Allah...Orang nak taat pada Allah kita tegah atau ditangguh2...kita sapa disisi Allah kita tau kah bila kita mati...memang kita berkuasa boleh cakap apa kita suka...dan buat apa kita suka...orang bawah yang bodoh lagi tolol ia tak akan ajak berdebat lebih2 kalau orang yang nak ajak berdebat tu jahil agama.Tapi orang bodoh lagi tolol ni boleh berdoa pada Allah...boleh mengadu pada Allah...kerana sikap orang yang bangga diri serta sombong...Sombong selendang Allah ..maksud hadis...sejarah sombong yang terawal sombong ialah Iblis....Bukan nak mengajar manusia itu satu cara..atau dua cara..undang2 atau menguatkuasa undang2 sahaja atau bla bla...kita lupa ke DOA..kita boleh juga berdoa pada Allah...boleh mengadu pada Allah...mohon orang itu jadi...mohon orang itu jadi macam kita...ingatlah manusia ni ada muda ada tua..ada perasaan...bukan robot...manusia ada sakit ada kelemahan...manusia tidak sempurna...dan lagi dalam bermasyarakat atau bekerja tentu ada orang atas ada orang bawah...tentulah orang bawah lebih bodoh dari orang atas...jangan kita bercakap berbelit2....budak jahat jangan buang ...kesian...nanti tiada masa depannya...orang tak pandai kerja suruh berhenti...mungkin kita lupa apa kita cakap...tapi orang mendengar dengan izin Allah...ia ingat...jadilah kita orang yang menyayangi orang muda...menghormati orang tua....sebab, kalau kita panjang umur kita juga tua....dalam hadis...mengatakan..."orang sombong dibalas sombong...itu sedekah...maksud hadis...jangan kita haramkan sebab lambat masuk bertugas...dan memang haram kalau tak ada sebab...seperti terlupa...terkencing dulu...terberak dulu..tersilap baca jadual dan pelbagai yang bukan semata2 bertujuan ponteng dan curi tulang...bagaimana ketua tak masuk kelas langsung dalam masa yang panjang dengan alasan ada tugas...yang jadual telah ditetap...kenapa kita pejam mata atau bela...ini dauble stardard...fahamlah sebab hendak berada dalam zone selesa dan zone selamat...Ingat!... doa orang yang dizalim tak ada hijab lebih2 lagi disisi Allah ia betul....tapi jika kita rasa kita dizalimi dan betul disisi Allah kita boleh berdoa....sama juga tidak ada hijab juga...mudah sebenarnya...yang benar itu satu hari akan nyata benarnya..dan yang salah@batil satu hari akan nampak atau nyata salah ....dengan izin Allah swt...maaf dari saya...berfikir gunakan otak dan ilmu Islam jangan berfikir dalam keadaan takabur menyangka berkuasa dan berada diatas...sebab besok kita kebawah juga...iaitu kedalam bumi cuma cepat atau lambat aje....