
1.Zohor
Waktunya mulai dari gelincir matahari ditengah2 langit hingga bayang2 sesuatu benda sama panjang dengan benad itu,lain daripada bayang2 yang sedia ada pada ketika matahari itu ditengah2 lagi.
2.Asar
Waktunya mulai dari bayang2 sesuatu benda itu jadi panjang lebih daripada sekali ganda benda itu tolak bayang tengah langit hingga terbenam masuk matahari.
3.Maghrib
Waktunya mulai dari terbenam matahari berkekalan hingga hilang cahaya merah dikaki langit.Ini menurut qaul qadim bagi imam Safie.Jikalau ikut qaul jadidnya waktu maghribnya tidak lebih daripada 15 minit sudah habis.Iaitu lepas masuk masuk matahari ambil air sembahyang,bang@azan,qamat,sembahyang magrib tiga rakaat,sembahyang sunat dua rakaat atau sembahyang jamak taqdim bagi isyak empat rakaat habislah waktunya.Bila sudah habis waktu maghrib terus masuk waktu isyak tidak ada penceraian antara keduanya.
4.Isyak
Waktunya mulai daripada hilang cahaya merah di kaki langit berkekalan hingga naik fajar kedua yang disebut fajar sidiq.
5.Subuh
Waktunya mulai dari terbit fajar kedua(fajar sidiq) berkekalan hingga terbit matahari.
Sebenarnya azan bukan untuk menandakan masuk waktu tetapi hendak memberitahu bahawa disitu hendak ditegakkan solat berjemaah atau memberitahu tidak lama solat hendak dirikan.Siapa yang mendengar tiada uzur syarie sepatutnya datang untuk menunaikan solat berjemaah.Tapi sekarang macam sudah jadi trend azan menandakan waktu solat sudah masuk.Biasanya azan isyak dilaungkan,pengajian atau ceramah agama diteruskan.Ini adalah tidak betul.Sepatutnya tidak payah azan sebab memang sudah tahu pengajian akan disambung.Disini siapa yang bodoh.Ini berlaku sebab masyarakat sekarang tahu azan menandakan masuk waktu.
Azan juga digunakan untuk bayi yang baru lahir,azan ditelinga kanan dan qamat ditelinga kiri.Tidak kira bayi lelaki atau pertempuan.Azan juga boleh digunakan semasa seseorang dirasuk syaitan@histeria,ketika ribut melanda,gempa bumi,gelombang besar,kebakaran dan lain2 yang berbentuk bala@musibah datang tiba2.Hingga jemaah haji hendak berangkat ke Mekah disunatkan azan.Maka kias2kan yang lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan