Jumaat, 7 Mei 2010

BILA DOSA TIDAK DIPENDULI LAGI......DAN DOSA YANG DILAKUKAN DIRASA TAK BERDOSA LAGI

Apabila rasuah tidak jijik lagi Li Fook Gao


Ya, kita tewas di Hulu Selangor. Setelah seminggu menyepikan diri, ana telah banyak membaca pelbagai bentuk analisa mengenai kekalahan Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor, namun tiada satu analisa yang betul-betul dapat menjawab mengapa kita tewas.

Rata-rata analisa terlalu memokuskan kepada pengundian berdasarkan kaum, ada yang terlalu tua dan cepat untuk memuji kemenangan Hulu Selangor adalah kerana PERKASA, dan ada yang menuding jari terhadap tindakan sabotaj dalam Parti Keadilan Rakyat dan yang paling melucukan ada katak yang terus menuding jari kepada kaum Cina kerana ramalan majoriti kemenangannya jauh tersasar.

Namun hakikat tetap hakikat, Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi. Persoalannya adakah kita tewas di tangan Barisan Nasional atau kita tewas di tangan sendiri ataupun rakyat sendiri yang tertewas dalam pertarungan Hulu Selangor? Siapakah pemenang sebenar di Hulu Selangor?

Pemenang sebenar Hulu Selangor


Pemenang sebenar di Hulu Selangor ialah rasuah. Rasuah telah berjaya mendapat pengiktirafan halal secara senyap di PRK Hulu Selangor. Rasuah telah menjadi satu elemen penting dalam menentukan siapa yang berkuasa di dalam demokrasi negara ala 1Malaysia.

Rasuah sudah menjadi bahan penting dalam sistem barter moden untuk mendapatkan undi rakyat. Rasuah telah menggantikan suara rakyat sebagai suara keramat semata-mata kerana majoriti rakyat Malaysia sanggup melacurkan undi mereka demi habuan sementara.

Setelah 51 tahun minda rakyat diracun oleh kerajaan yang sinonim dengan rasuah, amalan sogok-menyogok diterima sebagai satu budaya yang sebati dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Akibatnya, rasuah diberikan nadi yang terus berkekalan kerana terjadinya sistem “supply and demand” untuk rasuah.

Kerana ada permintaan untuk dirasuah daripada rakyat, maka sudah tentunya akan wujud pembekal rasuah untuk memenuhi permintaan rakyat. Tanpa segan-silu, kerajaan Barisan Nasional yang ingin menjadi juara rakyat telah sudi memikul tanggungjawab sebagai pembekal rasuah rasmi di Malaysia menjelang setiap pilihanraya.

Di Hulu Selangor, secara tersiratnya kedua-dua parti, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tewas di tangan rasuah.

Dengan perbelanjaan sebanyak RM167 juta untuk mendapatkan majoriti 1725 undi, ternyata BN digigit sendiri oleh permintaan rakyat yang dimanjakannya sekian lama. Namun, oleh kerana taktik menabur pelbagai janji menjadi di Hulu Selangor, percayalah BN dengan slogannya “BN Mampu Berubah” tidak akan berganjak daripada terus menjadi pembekal rasuah terbesar negara semata-mata untuk memenangi pilihanraya. PR pula tewas di tangan rasuah apabila majoriti rakyat Hulu Selangor berpendapat janji-janji yang ditaburkan BN lebih menarik daripada janji-janji yang ditaburkannya.

Apa yang harus dilakukan?


Rakyat harus disedarkan bahawa bukan sahaja status kehidupan mereka, malah status kehidupan anak-anak dan cucu-cucu mereka sengaja dikekalkan pada tahap tertentu (cucu peneroka akan jadi kekal jadi peneroka) supaya permintaan untuk dirasuah bagi mendapatkan undi senantiasa wujud supaya bisnes pembekal rasuah negara dapat diteruskan seperti sedia kala.

Masyarakat luar bandar juga harus dididik bahawa status mereka dikekalkan supaya mereka senantiasa tidak berkemampuan untuk menjadi “informed” rakyat seperti masyarakat kota, yang rata-ratanya telah menolak kerajaan Barisan Nasional dan mula menuntut pembaharuan untuk satu sistem kerajaan yang lebih efisyen dan bebas rasuah.

Selain misi menjijikkan rasuah di hati rakyat, PR juga harus memulakan kempen untuk menobatkan betapa tidak ternilai harganya satu undi di hati rakyat. Rakyat harus diingatkan bahawa setiap undi akan membawa kesan yang mendalam kepada generasi-generasi akan datang. Rakyat perlu dididik untuk memahami tanggungjawab sebagai pengundi di mana undi mereka tidak boleh dijual, ditukar mahupun dirosakkan kerana ia boleh menjejaskan masa depan rakyat, bangsa dan sistem demokrasi negara.

Untuk mengurangkan amalan rasuah dalam pilihanraya, permintaan untuk dirasuah daripada rakyat perlu dihapuskan terlebih dahulu melalui kempen kesedaran dan pendekatan keagamaan. Sekiranya bermula dari sekarang, tiada usaha yang cukup dari pihak Pakatan Rakyat untuk mendidik rakyat dalam menjijikan rasuah dan menobatkan nilai undi dalam hati rakyat, percayalah lambat-laun, PR juga akan secara tidak langsung terjerumus dalam permainan rasuah-merasuah ini semata-mata untuk memenangi setiap pilihanraya.

-------------------------------
Li Fook Gao berpendapat bahawa Pakatan Rakyat semakin digeruni BN apabila BN memerlukan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri untuk berkempen bersama untuk menundukkan Datuk Zaid Ibrahim di kubu kuat sendiri.



NEGARA

Makam Tujuh Beradik diroboh


Kakitangan MBMB merobohkan khemah-khemah haram yang didirikan berdekatan Makam Tujuh Beradik di Pulau Besar semalam.


MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam merobohkan binaan batu di atas bekas tapak Makam Tujuh Beradik yang terletak di Pulau Besar dekat sini bagi membendung amalan khurafat di kawasan berkenaan.

Langkah itu diambil berikutan terdapat pihak tidak bertanggungjawab membina dua kubur baru bersebelahan tapak makam tersebut yang telah dipindahkan ke tempat lain sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, kubur baru itu dipercayai sengaja dibina oleh mereka yang melakukan pemujaan di makam tersebut sejak dua tahun lepas.

"Sebenarnya kawasan makam tidak lagi mempunyai kubur kerana kesemuanya telah kami pindahkan berdekatan Makam Sultan Ariffin tetapi beberapa pihak yang sering melakukan pemujaan telah membina semula kubur berkenaan.

"Kali terakhir binaan kubur tersebut dirobohkan ialah dua tahun lepas tetapi ia diwujudkan semula malah bilangannya bertambah menjadi sembilan pula,'' katanya selepas mengadakan operasi bersepadu merobohkan struktur kubur itu semalam.


16 remaja bawah umur berhibur ditahan



2010/05/03

KUALA LUMPUR: Seramai 16 remaja bawah umur ditahan dalam operasi berasingan ke atas pengunjung dua pusat hiburan di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam operasi Bahagian Narkotik Bukit Aman di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota itu, lebih 2,000 pengunjung diperiksa dan menahan 15 pengunjung termasuk lelaki dan perempuan kerana positif saringan ujian air kencing.


Sumber polis berkata, operasi bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 6 pagi itu dilakukan bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Dalam kejadian berasingan di Jalan Ipoh di sini, seorang remaja bawah 21 tahun bertindak kurang ajar apabila mempersoalkan tindakan seorang anggota polis menahannya kerana berada di premis hiburan lebih masa.


Remaja perempuan terbabit yang dipercayai mabuk mempersoalkan tindakan pihak berkuasa kerana menahannya bersama 15 lagi rakannya.


Manakala dalam serbuan Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur di sebuah kelab dangdut itu, mereka memeriksa 171 pelanggan yang kebanyakannya mabuk.


Dalam serbuan pada jam 4.55 pagi itu seramai 16 remaja bawah umur turut ditahan. Mereka antara 171 pengunjung yang diperiksa termasuk seorang pembantu rumah warga asing.


Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya mendapati premis itu beroperasi melebihi masa dan membenarkan remaja bawah umur berada di situ.






Bilik kebal kelab karaoke

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/05/03

KUALA LUMPUR: Sebuah premis karaoke eksklusif di Desa Hartamas di sini, ibarat sebuah bilik kebal bank apabila menyembunyikan kegiatannya dengan menggunakan tiga lapis pintu tebal bagi mengaburi pihak berkuasa.

TAHAN...dua wanita GRO yang ditahan, kelmarin.
TAHAN...dua wanita GRO yang ditahan, kelmarin.
KEBAL...pusat karaoke guna tiga lapis pintu.
KEBAL...pusat karaoke guna tiga lapis pintu.
Premis yang turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing itu hanya dibuka berdasarkan tempahan dan tidak dibuka kepada orang ramai. Ia hanya dibuka kepada warga asing dari Korea.


Aktiviti terbabit bagaimanapun dihidu Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur sebelum menjalankan operasi di situ jam 10 malam kelmarin.


Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya menahan 12 wanita termasuk lapan dari Korea dan empat Myanmar dipercayai GRO.


Razali berkata, pihaknya yakin mereka turut melakukan aktiviti tidak bermoral di premis yang berada di tingkat dua sebuah bangunan tiga tingkat di sini. “Lapan wanita dari Korea dan empat dari Myanmar itu mempunyai pas lawatan sah, malah tiga warga Myanmar terbabit mempunyai kad perlindungan pelarian (UNHCR).


“Premis yang baru lapan bulan beroperasi dan tidak mempunyai lesen itu mempunyai lima bilik utama serta mempunyai pintu rahsia digunakan pelanggan untuk masuk dan keluar kerana pintu utamanya tersembunyi,” katanya.


GRO berumur 21 hingga 23 tahun terbabit dipercayai datang ke premis berkenaan bagi melayan sembilan pelanggan yang di situ.


Dalam operasi itu juga, seorang GRO menyerang seorang jurugambar televisyen akibat berang aksinya dirakam.


Wanita terbabit terjun dari trak polis walaupun memakai skirt pendek dan meluru ke arah jurugambar berkenaan dan cuba menamparnya.

Dia yang terlalu berang dan mabuk itu pada mulanya menolak polis kerana enggan menaiki lori polis sebelum aksinya cuba dirakam.


Semua mereka termasuk pelanggan dan pemilik yang juga warga Korea dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.


Sedia arak untuk kaki judi

PUCHONG – Tidak hanya menawarkan kemudahan penyaman udara dan makanan ringan untuk keselesaan, pengusaha perjudian bertopengkan pusat siber di Taman Puncak Kinrara, turut ‘mengambil hati’ pengunjungnya dengan menyediakan minuman keras.

Difahamkan, air minuman terbabit ditawarkan kepada kaki judi yang mungkin mengalami kekalahan untuk meredakan perasaan mereka sebelum kembali bertaruh.

Ketika serbuan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di beberapa premis dekat sini, kesemua kaki judi sempat melarikan diri.

Namun mereka menemui puluhan tin minuman keras yang dipercayai menjadi hidangan kaki judi-kaki judi terbabit.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pengusaha menggunakan pelbagai taktik bagi meraih sokongan pelanggan mengunjungi premis mereka.

“Ini kerana, ada pelanggan mereka yang akan melakukan tempahan atau ‘booking’ tujuh set komputer sekali gus untuk melakukan taruhan.

“Kaki judi ini secara berseorangan akan bertaruh di kesemua komputer yang ditempah dan sekiranya kalah, mereka boleh menghilangkan dahaga dengan minuman keras itu,” katanya dalam operasi disertai Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membuat pemotongan bekalan elektrik di premis melanggar undang-undang itu.

Mohd Zulkurnain berkata, kebanyakan pengusaha berselindung di sebalik premis tanpa papan tanda dan ada di antaranya yang menyembunyikan aktiviti di pusat snuker.

“Operasi di sembilan premis yang diserbu hasil risikan bersama polis, semalam berjaya merampas 91 set komputer perisian perjudian,” katanya yang memaklumkan enam daripadanya kosong, namun tindakan pemotongan bekalan elektrik tetap dijalankan.

“Kami tidak berkompromi apabila menerima aduan orang awam kerana masalah berkenaan menimbulkan masalah sosial terutama kepada masyarakat.

“Melalui maklumat diterima, ramai kaki judi berdepan masalah penceraian dalam rumah tangga, hilang pekerjaan dan turut terbabit dengan kegiatan sosial yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun 2008 dan 2009 masing-masing 308 dan 417 premis disita di bawah Undang-undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007.

“Pada tahun 2008 sahaja, 3,920 set komputer dirampas manakala pada tahun lalu majlis berjaya merampas 5,945 lagi set komputer mempunyai perisian perjudian,” katanya yang mendakwa pengusaha berdepan tindakan kompaun RM1,000 bagi setiap kesalahan.


GRO cuba menyorok dicekup


Seorang GRO ditemui sedang bersembunyi dalam lorong rahsia ketika diserbu di George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Cubaan 25 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China bersembunyi di beberapa tempat rahsia untuk mengelirukan pihak berkuasa gagal apabila kesemua mereka dapat dicekup di sebuah pusat karaoke di sebuah hotel di Jalan Anson di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, sebahagian daripada mereka didapati bersembunyi di lorong rahsia yang dihadang dengan sofa, bilik yang berkunci dan atas bumbung.

Bagaimanapun, kesemua taktik tersebut dapat dihidu hasil kecekapan sepasukan 29 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu, Roslan Wan Chik berkata, sebaik serbuan dilakukan, mereka hanya mendapati seorang lelaki yang merupakan pemilik premis berusia dalam lingkungan 50-an berada di situ.


Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah
Harakahdaily

SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.

(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)

Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.

Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.

“Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.

“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.




Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Os

man berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya.




Titik hitam gadis ikut teman lelaki



2010/05/08

SEGAMAT: Tindakan seorang remaja berusia 16 tahun yang mengikut teman lelakinya pulang ke rumah akhirnya mengundang padah apabila bukan saja dirogol kekasihnya itu, malah menjadi alat pemuas nafsu lima lagi rakan lelaki terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 hingga 10 malam, 21 April lalu di sebuah rumah dua tingkat di Taman Ria Segamat, apabila mangsa ingin menemankan teman lelakinya yang bekerja sebagai jurujual menghantar pesanan pelanggan.


Namun, setibanya di kawasan persekitaran rumah suspek, jurujual terbabit membuat helah dengan mengatakan terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil barangan pesanan yang tertinggal. Mangsa yang percaya hanya menurut kehendak jurujual, malangnya apabila tiba di rumah sewa lelaki terbabit, suspek diminta membantu mengangkat barang di tingkat atas rumah berkenaan.


Malangnya, apabila tiba di bilik, mangsa dirogol lelaki itu sebelum dirogol bergilir-gilir lima rakannya.


Tidak cukup dengan merogol mangsa, teman lelaki itu turut merakam perbuatan mereka dan mengugut akan menyebarkan rakaman berkenaan sekiranya mangsa membuat laporan polis.


Bagaimanapun, mangsa bertindak nekad membuat laporan polis 28 April lalu iaitu seminggu selepas kejadian berkenaan.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata susulan laporan mangsa, pihaknya menahan enam suspek berusia 20 hingga 30 tahun dalam serbuan yang dilakukan sekitar daerah ini.


“Kesemua suspek ditahan secara berasingan termasuk di tempat kerja dan rumah sewa dua tingkat terbabit, bagaimanapun kelewatan mangsa membuat laporan polis sedikit dikesali.


“Soal siasat mendapati suspek turut mengugut mangsa dan tindakan itu mengakibatkan remaja berkenaan ketakutan dan tidak mahu melaporkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, walaupun laporan polis itu lewat dibuat, ia tidak mengganggu siasatan polis selain menahan suspek disyaki.


Katanya, kesemua suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan 20 sebatan.




Makin ramai amah dirogol majikan



2010/05/08

RIYADH: Duta Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kes dera dan cabul terhadap warganya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi.

Tahun ini, Kedutaan Indonesia menangani 56 kes kelahiran bayi yang dilahirkan wanita bekerja sebagai pembantu rumah dan kini berada di rumah perlindungan atau penjara Saudi.


Mereka turut berdepan dilema untuk membawa pulang bayi-bayi itu.


“Majoriti anak-anak ini lahir selepas ibu mereka dirogol majikan atau pekerja asing dari negara Asia lain,” kata Kaunselor Kedutaan Indonesia, Hendrar Pramudyo.


Beliau mendakwa kes cabul terhadap pembantu rumah Indonesia meningkat sejak awal tahun ini dan tahun lalu.


Jumlah itu tidak termasuk 159 bayi dilahirkan akibat dirogol majikan, pekerja asing atau hasil hubungan sulit. Hendrar turut mendakwa perogol tidak dihukum kerana pendakwaraya jarang memiliki bukti kukuh.


Di Saudi, mereka tidak berpeluang menggugurkan kandungan atau menyerahkan anak sebagai anak angkat. Polis akan menahan mereka yang hamil dan memenjarakan mereka. Ada juga yang dihantar pulang sebelum melahirkan anak meskipun bapa ataupun perogol dikenal pasti. Baru-baru ini, ujian DNA akhirnya membuktikan anak dilahirkan seorang pembantu rumah 25 tahun milik seorang pemuda Saudi.


Beliau dirogol pada 2007 ketika bekerja untuk keluarga pemuda itu yang baru berusia 17 tahun. Laporan turut mendakwa puluhan bayi kini ditinggalkan di rumah kebajikan Jakarta dan bandar besar lain selepas pembantu rumah ini pulang ke Indonesia. Bagaimanapun, ada juga yang kemudian diterima keluarga pembantu rumah dan juga diserahkan sebagai anak angkat. - Agensi.


Mail ‘diperkosa’ ibu tunggal

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
2010/05/10

SUNGAI PETANI: “Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya,” kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa ‘diperkosa’ seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit menyediakan khidmat mengurut.


Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.


Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.


Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.


“Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan,” katanya.


Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. “Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam,” katanya.


Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit.


Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana menyesal serta terkejut dengan tindakannya.

“Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup mengajak melakukan hubungan seks.


“Selepas kejadian itu, saya diberitahu rakan bahawa wanita itu memberi perkhidmatan urut kepada orang lelaki saja dan perkhidmatannya itu sudah berlarutan selama beberapa tahun dan sering menjadi tumpuan golongan lelaki,” katanya.


Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.



Buta hati kerana cinta

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/05/10

MELAKA: Akibat panahan cinta dan disogokkan dengan kemewahan, seorang remaja menjadi buta hati hingga terlalu setia dan taksub kepada teman lelakinya biarpun sering dipukul lelaki terbabit termasuk disepak sesuka hati hingga mengalami kecederaan teruk.

Kemuncaknya, gadis berusia 17 terbabit yang dikenali sebagai ‘Lisa’ (bukan nama sebenar) bertindak nekad membunuh diri dengan menelan puluhan pil, tetapi bernasib baik apabila doktor menyelamatkannya selepas ditemui dalam keadaan separuh nyawa oleh rakannya di dalam bilik rumah sewa mereka di Bachang, 28 April lalu.


Menceritakan semula kejadian mengejutkan itu, rakan mangsa dikenali sebagai El berusia 22 tahun, berkata dia difahamkan mangsa baru berkenalan dengan teman lelakinya sebulan lalu sebelum bersetuju keluar bersama.


Katanya, sejak awal perkenalan, dia melihat tiada keserasian antara mereka kerana masing-masing berbeza tingkah laku.


“Lisa ini agak degil orangnya manakala teman lelakinya kuat cemburu. Sebetulnya kami baru kenal kira-kira dua minggu melalui bekas teman lelaki saya yang mengenalinya melalui laman web.


“Sejak itu, kami sering keluar bersama termasuk lepak di pusat hiburan dan karaoke di pusat bandar mahupun Ayer Keroh.


“Malam pertama keluar bersama, saya lihat beberapa kali Lisa bertengkar dengan teman lelakinya, namun teman lelakinya pandai memujuk apabila memberikan wang untuk kegunaannya,” katanya.


El berkata, Lisa sebelum ini pernah menumpang di rumah kakaknya, namun melarikan diri kerana tidak sanggup menyara mereka.


“Dia menyewa bersama teman lelakinya di Ayer Keroh dan baru seminggu saya dapat tahu mereka bergaduh. Lisa sendiri telefon saya kira-kira jam 10 malam sambil menangis dan meminta segera menjenguknya.

“Saya lihat dia mengalami lebam pada mata kiri dan mengadu ditendang kekasihnya di kepala, dada dan perut.


“Kerana kasihan saya ajak duduk bersama dan lebih pelik teman lelakinya berada di rumah ketika itu beriya-iya merayu tidak ditinggalkan kerana menyesal dengan perbuatannya dan Lisa seperti memaafkannya,” katanya.


Katanya, dia membawa Lisa ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan dan doktor mengarahkan satu laporan polis dibuat.


“Dua hari Lisa ditahan di hospital sebelum saya bawanya balik ke rumah sewa di Bachang. Saya berpesan kepada rakan serumah melihat Lisa di bilik kerana saya keluar menghantar rakan.

“Ketika itu, saya lihat dia masih lagi berbalas sistem pesanan ringkas (SMS) dengan teman lelakinya itu, namun keadaannya dilihat agak kusut,” katanya.


El berkata, rakan serumah terkejut apabila mendapati Lisa cuba membunuh diri dengan menelan semua ubat diberikan doktor dan menelefonnya untuk memberitahu perkara berkenaan.



Parah dibelasah kakak, kekasih



2010/05/10

AMPANG: Hanya kerana ditegur supaya tidak membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah, seorang kakak dan kekasihnya yang juga warga asing berusia lewat 20-an membelasah adiknya itu di sebuah pangsapuri disewa mereka di Pandan Perdana di sini, baru-baru ini.

Semuanya bermula apabila mangsa yang berusia 17 tahun dan tinggal bersama kakaknya cuba menegur wanita berkenaan supaya tidak membawa masuk teman lelakinya ke dalam rumah kerana bimbang perkara buruk berlaku.


Niat murni mangsa yang mahu mencegah kakaknya supaya tidak terbabit perbuatan maksiat mengundang kemarahan kakaknya yang menampar mangsa sebelum berlaku pergelutan antara mereka berdua.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, pergelutan berkenaan berlaku lebih 10 minit sebelum kekasih kepada kakak mangsa yang juga seorang warga Arab campur tangan.


Menurut sumber, pergelutan yang berlaku di kawasan ruang tamu itu menjadi lebih genting apabila mangsa yang cuba mempertahankan diri mencapai parang sebelum mengarahkan kekasih kakaknya itu meninggalkan rumah mereka.


“Namun, teman lelaki kakaknya itu menolak mangsa menyebabkan remaja terbabit terlepas parang dalam genggamannya.


“Kesempatan itu diambil kakaknya apabila memukul kepala mangsa dengan kayu besbol,” katanya.


Difahamkan, hentakan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala.


Sumber berkata, kesengsaraan mangsa tidak berakhir di situ apabila teman lelaki kakaknya kemudian menghentak kepala mangsa menggunakan belakang parang yang dirampas daripada mangsa.

Mangsa yang tidak tahan dibelasah kemudian melarikan diri sebelum pergi ke rumah ibu saudaranya di Pandan Indah.


Sumber berkata, ibu saudara mangsa memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa bagi menghentikan pengaliran darah di kepalanya.


Difahamkan, kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa ditemani ibu saudaranya pergi mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta berhampiran.


Mangsa menerima beberapa jahitan pada bahagian kepala dipercayai akibat ditetak menggunakan belakang parang selain dipukul menggunakan kayu besbol.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.



5 kali hamil luar nikah

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/05/10

JOHOR BAHRU: Ketika jutaan wanita di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Ibu bersama insan tersayang, seorang wanita yang sering diperalat lelaki baru dikenali hingga pernah melahirkan empat anak luar nikah, kini menaruh simpati terhadap sebuah rumah perlindungan ibu mengandung untuk melahirkan anak kelimanya.

Pengurus Persatuan Kebajikan Tiram, Dr Salina Abdullah, 50, berkata wanita berusia 33 tahun itu menghubunginya baru-baru ini bagi mendapatkan bantuan kerana bakal melahirkan anak kelima tidak lama lagi.


Menurutnya, atas dasar perikemanusiaan pihaknya pernah menawarkan perlindungan kepada wanita itu sebelum ini, namun disebabkan dia tidak pernah insaf terhadap perbuatannya, permintaan wanita itu terpaksa ditolak.


Katanya, difahamkan anak yang bakal dilahirkan itu hasil hubungan sulit dengan teman lelaki baru dikenali lebih setahun lalu.


“Sebelum ini, kami pernah menawarkan perlindungan kepada wanita berkenaan kerana disisih keluarga dan menghadapi masalah berkahwin dengan teman lelaki sebelum ini kerana tiada kad pengenalan.


“Kami kasihan melihat wanita itu kerana dia terpaksa hidup serba kekurangan selepas teman lelakinya ditangkap polis akibat kes curi lori dan dihukum penjara,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka wanita itu terus bergelumang dosa apabila hamil anak kelima dan bakal melahirkannya tidak lama lagi.


Menurutnya, perkembangan terbaru itu memaksa pihaknya menolak rayuan wanita berkenaan.


“Wanita itu memberitahu dia mempunyai masalah mendirikan rumah tangga dengan teman lelaki barunya itu kerana lelaki berkenaan sudah beristeri dan mempunyai anak.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ketika beberapa kali mendapatkan perlindungan di sini, dia mengakui kesilapannya dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu selain melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu,” katanya.


Menurutnya, wanita itu mendakwa teman lelakinya enggan bertanggungjawab menyebabkannya keliru sama ada mahu membesarkan bayi yang bakal dilahirkan itu atau sebaliknya.


“Dalam perbualan kami, wanita berkenaan menyatakan masalah membesarkan anak sulung berusia 10 tahun serta anak keempat berusia tiga tahun menyebabkan dia bercadang menyerahkannya kepada orang lain.


“Ia menunjukkan pengalaman empat kali melahirkan anak luar nikah tidak menginsafkan wanita itu. Kami sedih dan ingin membantunya, tetapi sukar membantu mereka yang enggan membantu diri sendiri,” katanya.



Rejam madu



2010/05/10

KOTA BHARU: Pelik apabila seorang isteri muda tergamak menyerang madunya dengan membaling batu hingga menyebabkan kecederaan di kaki hanya disebabkan cemburu buta.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 42 tahun baru saja mengetahui dia bermadu dengan penyerangnya iaitu seorang wanita berusia 25 tahun berasal dari Pasir Mas, tetapi tidak mengetahui punca dirinya diserang.


Mangsa yang dikenali sebagai Zah berkata, secara tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran wanita itu di luar rumah ketika sedang nyenyak tidur bersama dua anak.


Katanya, dia terdengar suara seorang wanita memekik seperti dirasuk sebelum bergegas keluar rumah.


“Sebaik keluar, saya dapati seorang wanita menendang dan mematahkan cermin kereta yang diletakkan di dalam kawasan pagar rumah yang tidak berkunci.


“Dia turut membaling batu ke arah saya sehingga terkena kaki kiri,” dakwanya.


Katanya, sebelum itu dia pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan dan lucah yang dihantar oleh wanita itu.


“Dia mendiamkan diri saja dan tidak menyangka pula wanita terbabit bertindak menyerang,” katanya.


Difahamkan, wanita terbabit cuba bertindak agresif bagaimanapun berjaya dihalang suaminya yang turut berada di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu, Zah berkata, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu kira-kira jam 10 pagi selepas kejadian.


Bagaimanapun, katanya, tidak lama kemudian dia turut mendapat satu lagi SMS daripada wanita terbabit yang mengugutnya akan melakukan lagi perbuatan sama kerana mendakwa masih belum berpuas hati.


“Susulan ugutan terbabit, saya membuat satu lagi laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Bharu pada jam 4 petang hari sama kerana bimbang berlaku apa-apa ke atas diri dan keluarga saya.


“Setakat ini, saya masih tidak mengetahui motif serangan ini dan bimbang sekiranya dia cuba menyerang atau mengupah sesiapa untuk mencederakan saya sekeluarga,” katanya. Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kota Bharu ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes itu masih disiasat.


Menghalang fungsi masjid bererti meruntuh masjid
http://presiden.pas.org.my

Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 Surah Al-Baqarah bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Para mufassirun atau ulama-ulama tafsir khilaf (berselisih pendapat) dalam menyatakan sebab nuzulnya atau sebab turunnya ayat 114 surah al-Baqarah di atas.

Mengikut riwayat al-Kalbi daripada Ibnu Abbas katanya, ayat ini bersempena dengan serangan Putlos iaitu seorang Maharaja Rom ke atas Masjid Al-Aqsa, lalu masjid itu dirobohkan.

Mengikut satu riwayat yang lain daripada Qatadah, sebab turun ayat ini bersempena dengan serangan Bakhtanuso ke atas masjid tersebut di mana rumah Allah itu dibakar hangus.

Mengikut riwayat Ibnu Abbas dalam satu riwayat yang lain, ayat ini bersempena dengan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang kafir Makkah yang menghalangi Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang dan mengajar agama di masjid Makkah.

Walaupun ayat ini sebab nuzulnya ada tetapi mengikut kaedah hukum yang berdasarkan kepada Usul Tafsir iaitu pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum, bukan daripada sebabnya yang khusus.

Yang dimaksudkan dengan mengingati Allah di sini seperti yang dinyatakan oleh as-Syawkani dan beberapa mufassirun (ahli-ahli tafsir), termasuk di dalamnya bersembahyang, membaca al-Quran, berzikir, menghalang orang mengajar dan belajar agama di dalam masjid termasuk di dalam ayat ini.

As-Syawkani mengatakan, "dan dikehendaki menegah masjid bahawa disebut nama Allah padanya, Allah mencegah perkara yang berlaku padanya termasuk sembahyang, membaca al-Quran berzikir dan mengajar.

Dikehendaki dengan meruntuhkan masjid itu bukan dengan makna merobohkan bangunannyasahaja, tetapi juga berusaha untuk meruntuhkan tujuan-tujuan masjid itu dibina kerananya, umapamanya mengganggu ketaatan-ketaatan yang dilakukan padanya yang didasarkan masjid ke atasnya, merupakan suatu yang umum."

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Abu Jahal kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana Abu Jahal menghalang Nabi s.a.w. beribadat di masjid, menghalang baginda ntuk mengajar dan menerangkan hukum agama di dalam masjid.

Oleh kerana itu, menjadi amalan kepada Nabi s.a.w. dan para sahabatnya, tidak melarang orang mengajar agama di dalam masjid. Apabila dilihat seseorang yang diragui mengajar agama di dalam masjid dan bimbang kalau mengajar perkara yang tidak benar, dia perlu dipanggil dan disoal siasat tentang apa yang diajarkannya.

Kalau apa yang diajar itu perkara yang benar, dia tidak boleh dihalang dan dicegah. Barang siapa yang mencegah orang yang mengajar adalah hukuman yang termasuk dalam meruntuhkan masjid dan mencegah manusia daripada mengingati Allah di dalamnya.

Termasuk juga dalam mencegah manusia mengingati Allah dalam masjid ialah mereka yang mengunci masjid kononnya untuk menjaga keselamatan masjid.

Jaga keselamatan masjid bukan cara menguncinya. Jaga keselamatan masjid ialah dengan menghidupkan masjid itu dengan zikrullah serta melakukan kerja-kerja kebajikan yang ada hubung kaitnya dengan kegiatan masjid.

Satu kekeliruan apabila Islam hanya di masjid


Boleh jadi ada orang yang berkata, sekiranya masjid itu tidak dikunci nanti ia akan dimasuki penagih dadah, pencuri dan seumpanya. Sebab berlaku begitu kerana kita merasakan Islam itu hanya di masjid sahaja.

Antara sebab lain ialah kerana di luar masjid, Islam tidak dilaksanakan, dengan sebab itu hubungan antara masjid dengan luar masjid tidak dapat diselaraskan.

Mengapa orang yang melakukan kejahatan suka masuk ke dalam masjid untuk melakukan kejahatan? Ini kerana di luar masjid berjalan undang-undang jahat yang tidak berlandaskan kepada hukum Allah SWT, sebab itulah huru-hara boleh berlaku dalam masjid dan di mana-mana sahaja.

Kita mestilah mengetahui bahawa hukum agama Allah ini bukan sahaja dilaksanakan dalam masjid, tetapi juga di luar masjid.

Yang menjadi kacau-bilau hari ini kerana kita bimbang kalau-kalau masjid diganggu kerana kita tidak melaksanakan Islam di luar masjid.

Apabila Islam tidak dilaksanakan di luar masjid, maka berlakulah perkara yang tidak selaras dalam masalah keselamatan masjid sehingga kita membuat undang-undang sendiri dan undang-undang yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita hendaklah memhami bahawa yang dikatakan memakmurkan masjid itu ialah seperti yang disebut oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya yang memakmurkan masjid itu ialah seseiapa yang beriman dengan Allah dalam erti kata yang sebenarnya ( Surah at-Taubah, ayat 18).

Bukan dalam makna yang tidak sebenar iaitu beriman dengan sebahagian sahaja daripada ajaran Allah dan yang sebahagian lagi tidak beriman.
Orang yang beriman sebahagian sahaja daripada ajaran Allah SWT tidak layak untuk memakmurkan masjid dan disebut ayat berikut iaitu mereka yang beriman dengan hari akhirat.

Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang percaaya kepada hari akhirat bukan sebaliknya, dan mereka yang mendirikan solat. Iaitu orang yang mendirikan solat inilah orang yang memakmurkan masjid. Orang itu mestilah mendirikan solat, kalau kerajaan, kerajaan itu hendaklah mendirikan solat juga.

Apa makna kerajaan mendirikan solat? Makna memakmurkan masjid ialah kerajaan yang jemaah menterinya dan ketua-ketua negaranya menunaikan solat lima waktu, bukan solat sunat hari raya dan solat Jumaat sahaja.

Mereka juga hendaklah menjalankan undang-undang yang memerintah supaya orang mengerjakan solat. Kalau dalam negara itu tidak ada undang-undang demikian serta menghukum orang yang tidak solat, maka tidak dinamakan pemerintah yang mendirikan solat. Kerajaan seperti itu tidak layak untuk memakmurkan masjid.

Dan juga ciri terakhir ialah mengeluarkan zakat. Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang menunaikan zakat. Apa kena mengena memakmurkan masjid dengan menunaikan zakat? Orang yang menunaikan zakat ini ialah orang yang tahu tanggungjawab harta bendanya dengan menunaikan zakat mengikut hukum-hukum agama yang ditetapkan Allah dan Rasulullah s.a.w




Kerajaan mangsakan rakyat dengan ketagihan judi
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan tindakan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya sebagai satu perbuatan zalim ke atas rakyat.

"Kerajaan Najib hakikatnya menzalimi dan memangsakan rakyat dengan ketagihan judi. Setelah diberi lesen oleh kerajaan Malaysia, lebih ramai yang akan jadi kaki judi dan lebih ramai yang akan ketagih berjudi.

"Mula-mula memanglah kaki-kaki judi akan berjudi dalam perjudian yang berkaitan dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, tetapi mereka akhirnya akan ketagih dan selepas itu akan beralih kepada judi yang tidak diberi lesen pula, mungkin yang berkaitan dengan Piala Malaysia atau apa sahaja sukan asalkan boleh berjudi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Malah, katanya, kemajuan sukan di Malaysia akan terancam jika kaki-kaki judi, sama ada yang berlesen atau tidak, berjaya mempengaruhi keputusan permainan.

"Bayangkan jika kaki-kaki judi berjaya mempengaruhi keputusan Piala Malaysia dan liga-liga yang berkaitan dengannya, akan hancurlah kemajuan bola sepak negara ini.

"Akhirnya ranking bola sepak merudum teruk, ranking Malaysia sebagai syurga judi pula yang akan naik," kata Mahfuz.

Kesan dari tindakan kerajaan Umno BN memberi lesen judi itu bukan setakat mengancam kemajuan sukan di negara ini, malah lebih buruk lagi akan mengancam keharmonian institusi keluarga, memiskinkan lagi lebih ramai rakyat ketika Kumpulan Berjaya yang merupakan kroni Umno BN meraih keuntungan malah akhirnya akan menjadi ancaman sosial yang sangat mengerikan.

"Sebab itulah kita tegaskan bahawa tindakan kerajaan memberi lesen judi semasa Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya itu adalah perbuatan zalim yang sangat kejam terhadap rakyat dan keharmonian sosial dalam negara ini," katanya.

Dalam nada sini, katanya Kumpulan Berjaya mungkin akan memohon logo halal pula daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Menteri Kewangan kelmarin secara rasminya memberi lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya yang sekaligus bermakna kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) telah menghalalkan aktiviti yang haram di sisi agama dan mengancam keharmonian sosial itu.

"Apabila kerajaan Umno BN telah menghalalkan aktiviti yang haram itu, agaknya Kumpulan Berjaya akan memohon logo halal pula dari Jamil Khir atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berada di bawah bidang kuasanya," katanya sinis




Jenayah menjadi-jadi, hukum Allah penyelamat manusia
Anak Melaka

DARI sehari ke sehari, kita amat-amati jenayah semakin menjadi-jadi. Kes-kes yang dilaporkan luar biasa termasuk yang membabitkan keganasan rumah tangga. Ada suami mencurah asid ke muka isteri, mengelar kemaluan dan membunuh pasangan sendiri.

Kes bunuh menjadi kebiasaan. Mangsa termasuklah bayi yang dibiar mati dalam tong sampah. Kita menjadi bimbang dan bingung, apa sebenarnya telah menimpa negara kita yang didakwa pemimpin sebagai paling pesat pembangunannya malah menjadi contoh terbaik di kalangan negara-negara Islam.

Apabila disebut negara contoh, sewajarnya jenayah dalam negara terkawal tetapi perkembangan semasa membuktikan sebaliknya. Dari sehari ke sehari keadaan menjadi semakin buruk, oleh itu kita berpendapat adalah penting untuk semua pihak termasuk pemimpin negara bermuhasabah, melakukan semakan agar negara tidak terjerumus ke lembah hina. Kita tidak ingin apa yang kita bina bersama selama ini hancur berkecai disebabkan kealpaan dan kesombongan kita sendiri.

Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Kenapa suami tergamak mencurah asid atau mengelar kemaluan isteri? Kenapa anggota polis boleh menembak (atau tertembak) seorang pelajar berusia 15 tahun? Kenapa orang boleh membunuh dan membuang bayi sesuka hati?

Jawapannya kerana hukam-hakam Allah SWT yang menciptakan manusia tidak tertegak di negara ini. Dalam hukum-hakam Allah ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim, menggubal dan menuruti hukum-hakam berasaskan nafsu-nafsi manusia. Apabila manusia berani menolak hukum-hakam Allah, mereka sudah menempa kebinasaan diri.

Hukum jenayah Islam terbahagi kepada hukum hudud, qisas dan ta’zir. Hukum qisas yang dari segi bahasanya bermaksud memotong dan dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan melibatkan hak individu.

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga.

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya.” (Surah al-Maidah ayat 45)

Dengan tidak tertegaknya hukum-hakam Allah ini, masyarakat tidak menjadi gerun; tidak ada ketakutan bagi mereka melakukan jenayah. Cuba bayangkan bagaimana gentarnya anggota masyarakat untuk membunuh jika mereka tahu pengakhiran mereka dibunuh juga, seorang suami yang mencurah asid ke muka isterinya akan menerima pembalasan yang sama manakala yang mengelar kemaluan mangsa, akan dikelar juga kemaluannya.

Masyarakat juga perlu disedarkan akan mahalnya diat (denda) yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai. Kadar penuh diat 100 ekor unta; jika seekor unta RM3,000, nilaian diat adalah RM300,000!

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.

Demikianlah hukum-hakam Islam adalah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, bukankah kedatangan Rasulullah s.a.w membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi mengapa kita menolak hukum-hakam-Nya? Tidak sombong dan takaburkah kita?



'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.




Akar umbi Umno turut bantah konsert 12 jam
Jimadie Shah Othman
Mei 12, 10
1:28pm

Selepas dikritik hebat oleh PAS, Umno Segambut hari ini turut membantah penganjuran konsert panjang 12 jam tanpa henti yang akan dilangsungkan berdekatan kawasan mereka pada hujung minggu ini.

Ketua bahagiannya Senator Datuk Kamarudin Ambok berkata penganjuran konsert yang panjang sebegitu masih tidak dapat diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

"Tetapi kalau hendak buat juga, kalau tamat pada jam 2.00 pagi misalnya, boleh dipertimbangkanlah.

"(Tetapi) Kalau tempohnya panjang sangat, akan menghasilkan gejala yang kita tidak hendak (berlaku)," katanya.

Beliau diminta mengulas kontroversi penganjuran konsert '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei (Sabtu depan) di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang antaranya menampilkan kumpulan R&B terkenal Barat Pitbull.

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sebelum ini dilaporkan mendakwa penganjuran konsert panjang daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi itu "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".

Sambil mendesak Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) - sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - memberikan penjelasan, Nasharuddin mendakwa lirik lagu Pitbull berunsur lucah dan menggalakkan pengambilan ganja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Kamarudin meminta menteri berkenaan Datuk Seri Rais Yatim menggunakan kuasa yang ada padanya untuk campurtangan dalam kontroversi tersebut.

"Saya minta Datuk Seri Rais mainkan peranan (dengan) membatalkan konsert itu," tegasnya.

Ditanya berhubung dakwaan bahawa terdapat lirik Pitbull yang dikatakan berunsur lucah, Kamarudin berkata beliau tidak dapat mengulaskanya kerana tidak tahu.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Puspal setakat ini masih belum berhasil.






PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
Abdul Rahim Sabri
Mei 11, 10
1:56pm

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.

Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".

"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.

Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula dalam kenyataan balasnya kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

'Kelulusan tidak berlandaskan syarat'

KPKK dilaporkan berkata, agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini

"Antara yang terpenting dalam peraturan ini ialah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah.

"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah," kenyataan itu dipetik,

Bagaimanapun, Nasharuddin mendakwa berdasarkan kepada kenyataan balas itu, "kelulusan yang dibuat tidak berlandaskan kepada apa yang termaktub dalam syarat ketetapan kemasukan artis luar".

"Kita sedia maklum lagu hit Pitbull ialah Hotel Room Service, I Know You Want Me. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu ini di pentas konsert.

"Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka," tulisan Nasharuddin dipetik.

'Lirik galak seks ramai-ramai'

Nasharuddin - sambil memetik memetik lirik lagu Hotel Room Service - mendakwa lirik Pitbull "menggalakkan sesi seks beramai-ramai".

Manakala satu lirik bertajuk Sticky didakwanya menggalakkan budaya menghisap ganja dan pengambilan dadah bagi tujuan rekreasi.

Katanya, PAS difahamkan terdapat campurtangan Jawatankuasa Rayuan - bawah KPKK - telah campurtangan menggunakan kuasa veto mereka bagi membenarkan kemasukan artis tersebut walaupun kemasukan Pitbull didakwa telah dua kali ditolak oleh Puspal.

Sehubungan itu, Nasharuddin mempersoalkan bagaimana permohonan dan rayuan syarikat kedua diluluskan sedangkan syarikat pertama memohon terhadap artis yang sama ditolak.

"Yang menghairankan; walaupun dengan segala fakta kandungan lirik lagu Pitbull yang secara jelas berlandaskan unsur-unsur negatif; tetapi masih lagi mendapat kelulusan dari pihak Jawatankuasa Rayuan?" katanya.

Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Ia juga dilaporkan melibatkan persembahan beberapa DJ dan artis tempatan.



Dangkalnya bila MP BN Melayu pertahan lesan judi
http://idhamlim.blogspot.com

Saya sangat terkejut dan sangat merasa hairan apabila sorang Ahli parlimen Melayu yang beragama Islam dari Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini seperti yang disiarkan dalam edisi malaysiakini

Rahman mempertahankan tidakan terbaru kementerian kewangan dengan katanya bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

Satu kenyataan yang saya lihat untuk mempertahankan bosnya, Najib walaupun ternyata Rahman menampakkan kebodohannya bila dia cuba menggadaikan prinsip Islam dengan alasan yang cukup dangkal.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru. Itulah antara kenyataan Rahman sebagaimana yang disiarkan.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

Demikian lah antara kenyataan Rahman yang tidak lain untuk menghalalkan judi yang jelas banyak membawa masalah .

Tidakkah dia sedar bahawa tindakan kerajaan yang memberikan lesen judi untuk perjudian bolasepak menggambarkan betapa BN hanya mementingkan hal-hal yang berkaitan dengan pemberian lesen tanpa menrenung ke bawah bahawa orang Melayu dan rakyat malaysia yang terlibat dengan berbagai jenis judi di malaysia sedang membawa masalah sampingan yang lain kepada masyarakat dan negara.

Rahman kena sedar bahawa judi adalah satu masalah kepada masyarakat dan negara bila dia mengundang kepada kes-kes kecurian, rompak, samun, dan berbagai masalah sosial lain. Malah banyak yang bunuh diri kena kalah judi.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.


Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.




Rahman: Lesen judi supaya tak berlaku penipuan
Zulaikha Zulkifli
Mei 15, 10
10:34am

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Kaummo youth pc 100306 abdul rahman dahlantanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesgambling problem number betting 100606ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.

Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahmanterengganu crystal mosque masjid kristal 230408 berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

NONE11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.



Berhibur 24 jam

Oleh NAZARALI SAERIL dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
2010/05/16

KUALA LUMPUR: Sebilangan gadis yang gemar berhibur dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain selama 24 jam pada hujung minggu sanggup menyerahkan maruah mereka semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dengan meneguk minuman keras dan mengambil pil khayal atau lebih popular dengan gelaran pil lendir oleh pengunjung kelab malam.

Dengan menggoyang kepala tanpa henti diiringi muzik bingit, mereka ternyata tidak mempedulikan ajaran agama yang melarang perbuatan maksiat.


Wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki tiga kaki kelab malam yang mengakui pernah berhibur lebih 24 jam dengan bantuan pil lendir. Ikuti pengakuan mereka: ZARINA, 27: “HIBURAN 24 jam bukan asing bagi saya kerana sudah melaluinya sejak tujuh tahun lalu. Dadah jenis pil juga sudah sebati. Saya sememangnya menggemari hiburan namun kerana tidak mahu mengeluarkan belanja sendiri, saya hanya menanti pelawaan daripada rakan lelaki.


Pengambilan dadah adalah perkara biasa. Biasanya, saya menerima pelawaan daripada rakan meskipun kenalan yang hanya dikenali dari kelab malam yang dikunjungi.


Saya juga sering diberi pil dan syabu sebelum minum minuman keras. Semua itu bertujuan memberi tenaga supaya kami boleh berparti daripada malam hingga ke malam esoknya tanpa penat.

Malah, tidak kurang juga yang mengajak saya melakukan hubungan seks, lebih-lebih lagi ketika masing-masing dalam keadaan ‘high’. Dalam keadaan di bawah pengaruh dadah dan arak, semua itu menjadi perkara biasa.


Bagaimanapun, hubungan seks yang dilakukan bersama pasangan menjadi perkara terakhir dilakukan. Bagi saya, berparti dan menari adalah agenda utama sebelum mengadakan hubungan seks.


Biasanya, saya akan mengunjungi sebuah kelab malam di sekitar ibu kota. Selepas ditutup pada jam 3 pagi, saya menuju pusat hiburan di sekitar Sunway yang beroperasi sehingga 8 pagi.


Tidak cukup dengan itu, saya dan pasangan serta rakan lain akan menyambung keseronokan itu di bilik hotel. Ia seolah-olah pesta buat kami sebelum masing-masing kepenatan.” NABILA, 29: “KESERONOKAN tidak hanya setakat di ibu kota, malah saya turut mencari hiburan di luar negara. Di sana, saya bukan setakat berhibur di pusat hiburan tetapi turut bebas berpesta di tepi pantai hingga keesokan hari.


Pesta yang dianjurkan di luar negara lebih meriah, malah keseronokan yang dicapai lebih memuaskan daripada pusat hiburan di sini.


Di luar negara, kami dapat berhibur di kelab malam dan berpesta di pantai tanpa perlu rasa takut. Dalam masa sama, keadaan di sana seakan-akan membuat kami bebas melakukan apa saja, termasuk mengambil dadah ketika menari.


Jika di sini, saya hanya mengunjungi beberapa pusat hiburan yang dibuka hingga lewat pagi. Sukar untuk mencari premis yang dibuka 24 jam. Walaupun ada, saya tidak berani mengambil risiko.

Ada masanya, saya juga berpindah dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain. Ini kerana saya ingin menyambung keseronokan itu apabila premis lain ditutup awal.


Saya pernah tidur dua hari berturut-turut akibat kepenatan selepas menghabiskan tenaga di pusat hiburan lebih 24 jam. Tubuh berasa sakit tetapi tetap melakukannya lagi apabila ada peluang kerana ketagih dengan keseronokan berhibur.


Bagaimanapun, ia cerita dulu. Kini saya tidak lagi terbabit dengan gejala sosial dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya,” katanya yang berasal dari Selayang, Kuala Lumpur.” KHAIRI, 26: “SAYA mula menjejak kaki ke pusat hiburan sejak berumur 20 tahun ketika mula berjauhan dengan keluarga di Johor Bahru kerana menyambung pelajaran di ibu kota. Saya kini menjadi jemu dengan berhibur di satu tempat saja.


Sebab itu saya mula mencari pusat hiburan yang dibuka hingga keesokan hari. Untuk mendapatkan tenaga, saya berjinak-jinak dengan dadah jenis pil seperti Ecstacy dan Eramin 5.


Setiap kali ada kelapangan, saya akan berhibur di satu pusat hiburan sebelum bertukar ke tempat lain hingga mencecah lima tempat dalam tempoh 24 jam.


Selain berhibur, saya mencari keseronokan seks dengan mana-mana wanita yang ditemui di pusat hiburan. Saya akui, dadah dan air kencing syaitan adalah umpan terbaik untuk mendapatkan nikmat seks.


Sebahagian besar wanita tidak mahu mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli arak atau pil khayal terbabit, sebaliknya menanti pelawaan lelaki.


Saya sering menggunakan umpan itu, malah tidak kurang juga segelintir wanita yang datang mengenalkan diri kepada saya apabila melihat pelbagai minuman keras terhidang di atas meja,” katanya.


Tidak cukup dengan itu, ada juga yang meminta pil khayal untuk meningkatkan lagi keseronokan. Namun, selepas berada dalam keadaan ‘high’, mereka menawarkan tubuh sebagai ganjaran.


Dadah terbabit tidak sukar diperoleh kerana ramai menjualnya di dalam pusat hiburan. Bagi kaki kelab malam, mereka mengenali siapa penjual di kelab itu. Jadi, tidak sukar untuk memperolehnya walaupun kadangkala ia dijual dengan harga mahal.


Kerana itu saya gemar ‘melompat’ dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain walaupun ia mengambil masa seharian kerana selain berhibur, dapat juga memuaskan nafsu.” >Trend remaja buru keseronokan membimbangkan KUALA LUMPUR: Ghairah menikmati keseronokan di pusat hiburan melebihi 24 jam dan sanggup menggadai maruah diri untuk mendapatkan pil khayal adalah sesuatu yang sungguh menggerunkan.


Gejala tidak sihat ini menjadi petanda betapa remaja hari ini kian lemas dengan aktiviti yang tidak bermoral.


Perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali, berkata mungkin setakat ini ia hanya terjadi di bandar besar, tetapi tidak mustahil boleh berjangkit ke kawasan pinggiran jika tidak dibendung segera.


“Ada remaja pernah memaklumkan kepada saya, mereka terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan dan mahu mengubah tabiat buruk terbabit.


“Kerana itu saya katakan pola mencari keseronokan di pusat hiburan kini di tahap membimbangkan kerana ada yang tidak setakat minum minuman keras, malah mengambil bahan terlarang lain,” katanya.


Menurut beliau, ada pula yang sanggup menggadai tubuh untuk berseronok dan ia sebenarnya bukan saja mendatangkan keburukan ketika itu, malah untuk masa depan individu berkaitan.


Katanya, remaja atau pengunjung yang sanggup berhibur melebihi 24 jam di pusat hiburan sepatutnya bermuhasabah diri memikirkan apa sebenarnya yang mereka cari dalam hidup.


“Kita boleh tuding jari pada pemilik pusat hiburan kerana menyediakan pelbagai hiburan melampau, tetapi dalam masa sama kita juga perlu salahkan diri sendiri jika terbuai dengan keseronokan sementara di sana.


“Setiap individu perlu memikirkan masa depan dan tidak mensia-siakannya dengan merosakkan diri sendiri. Jika sudah berhibur 24 jam, bagaimana dengan komitmen kerja, pelajaran dan sebagainya,” katanya.


Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau keluarga supaya jangan mudah melepaskan anak masing-masing hingga ada yang tidak pulang ke rumah dengan alasan mereka sudah dewasa atau tahu apa yang dilakukan.


Ini kerana ibu bapa serta keluarga punya peranan penting dalam membentuk, mengawal atau membuat keputusan apa yang baik untuk anak.


“Jangan beri kebebasan penuh pada anak remaja. Jika tidak dikawal, mereka mungkin menyalahgunakannya. Sentiasa kawal atau awasi yang mereka lakukan.


“Selain itu, remaja perlu ada jati diri yang kuat. Dalami agama dan dekatkan diri dengan perkara kebaikan kerana jika kita hanyut, sukar untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.


Pihak berkuasa juga digesa menggandakan usaha membanteras kegiatan pusat hiburan haram kerana jika dibiarkan, tidak mustahil lebih ramai lagi remaja yang bakal binasa.


Sementara itu, Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata dalam teori psikologi, prinsip keseronokan dalam tubuh manusia menyebabkan seseorang itu mahukan perasaan terbabit pada bila-bila masa.


“Tidak mustahil bagi mana-mana individu untuk melakukannya hingga melampaui tempoh 24 jam kerana prinsip keseronokan terbabit menguasai dirinya.


“Kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja hatta menggadai maruah diri sendiri. Mungkin ada yang sedar perkara itu salah tetapi tetap tidak kisah asalkan keseronokan yang dihajati tercapai,” katanya.




Aksi panas pengkid, lesbian

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
2010/05/16

KUALA LUMPUR: Hanya selepas dua minggu akhbar ini membongkar pesta ‘jilat dan lekat’ khusus untuk pengkid dan lesbian, satu lagi pesta dengan pelbagai aksi yang lebih panas dikesan diraikan golongan berkenaan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.

Golongan wanita yang berperwatakan lelaki itu tanpa segan silu menari di atas pentas dan menari dengan gaya berahi bertujuan memperlihatkan mereka juga mampu menari seperti lelaki dan tidak kurang juga yang cuba menggoda pengunjung yang melihat mereka.


Pada 2 Mei lalu, akhbar ini melaporkan mengenai penganjuran pesta pengkid dan lesbian yang menyediakan permainan ‘jilat dan lekat’ di sebuah pusat hiburan.


Pelbagai aksi berahi disajikan golongan berkenaan yang tanpa segan silu menjilat pasangan masing-masing di tengkuk, dada serta bawah pusat sambil melentok-lentok seksi.


Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta awal pagi semalam selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial Facebook di Internet.

Namun berbeza dengan pesta sebelum ini, pintu masuk pusat hiburan itu dikawal ketat.


Hanya lesbian dan pengkid serta individu yang membuat tempahan untuk menyertainya dibenarkan masuk.


Pesta terbabit bermula kira-kira jam 10 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah aksi peragaan dan tarian pengkid yang dimulakan kira-kira jam 12.30 malam hingga 1.30 pagi.


Apabila pengkid yang mengambil bahagian mula ligat menari dengan pelbagai aksi menjijikkan, kira-kira 150 hingga 200 pengunjung turut memberi sorakan gemuruh.


Begitupun, usaha wartawan untuk merakam aksi panas berkenaan menemui jalan buntu apabila pihak penganjur mengambil langkah berhati-hati serta mengarahkan lampu disuramkan.


Tinjauan wartawan juga mendapati beberapa katil dihiasi cadar berwarna merah ditempatkan di ruang tertentu.


Beberapa pasangan dilihat mengambil kesempatan bercumbu-cumbuan dan melakukan aksi ghairah di atas katil itu diiringi muzik.

Menariknya, kali ini pesta itu mendapat khidmat ‘minah saleh’ selaku pengacaranya. Malah, tidak kurang juga segelintir pasangan lesbian dari negara luar didapati berhibur yang rata-ratanya dihadiri remaja Melayu.


Bagaimanapun, kemeriahan pesta itu terganggu seketika apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi melakukan pemeriksaan mengejut.


Menurut sumber, polis bertindak atas aduan orang ramai yang marah menerima jemputan daripada e-mel dan laman sosial.


“Orang ramai mungkin jelik dengan jemputan yang diterima mereka menerusi laman web sosial dan e-mel. Namun kami hanya melakukan pemantauan dan melihat kesalahan daripada segi undang-undang.


“Kami juga tidak mempunyai kuasa untuk menangkap atau menyekat golongan ini berpesta. “Mungkin lebih baik masyarakat membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi membanteras gejala songsang berkenaan,” katanya


Tiada ulasan: