Isnin, 9 November 2009

tak kenal maka tak cinta 18


Penghuni syorga dan orang bersyukur memang sedikit.Masuk syorga bukan boleh dicita2 sahaja atau diangan2 sahaja.Sedangkan diri tidak mahu bertungkus lumus untuk mendapatkannya.Sentiasa relax2 atau bertangguh2 dalam hendak beribadat kepada Allah tetapi dalam bekerja,belajar dan perkara2 yang membawa duit@keuntungan dunia dibuat bersungguh2 atau tidak berhenti2 juga tidak penat2.Macam rasa tidak mati2 dan tidak tua2.Bukan salah belajar tetapi jangan abaikan hubungan kita dengan Allah dan kerja2 Islam.Hingga menuntut ilmu agama diabaikan.

Mengaku jahil,mengaku tidak tak tahu ilmu Islam tetapi kenapa tidak mahu belajar.Mereka tidak tahu,hendak belajar pun banyak halangan dan sudah belajar payah pula hendak beramal apa yang telah dipelajari.Inikan pula langsung tidak belajar. Semua ini adalah angkara syaitan.Kita pandai cakap aje dan tahu syaitan itu musuh kita tetapi tidak menjauhkannya malahan menyuburkan serta mendekatinya pula.Agak susah kalau kita terdiri dari orang berfikir dari logik semata2 dan pengalaman kita sendiri tetapi tidak menyelidik kenapa Allah takdir begitu.Mungkin itu ujiannya untuk penghapuskan dosanya atau untuk dinaikkan darjatnya disisi Allah.Mungkin juga atas kezaliman diri mereka sendiri.Jangan terlepas pandang kuasa Allah.Allah akan menjaga orang yang menjaga agamaNYA.

Jangan kita fikir orang menjaga agama dan memperjuang agama Allah itu bodoh serta kolot.Mereka ini memikir hari matinya,dalam kuburnya dan nasibnya diakhirat.Mereka bukan pula meminta wang dari kita,sekurang2 ia baik dari orang tidak fikir agama dan beribadat.Itu pun mereka masih lagi berasa kerdil kalau hendak dibandingankan perjuang yang telah gugur syahid dan orang yang berani berjuang dibarisan hadapan menentang musuh Allah atau tentera2 kafir.Mereka ini yang kenal Allah,cinta Allah hingga memberi nyawa untuk Allah.Kita...untuk beri malam dengan beribadah pun tidak mampu.Pastu rasa diri hebat dan betul.Hendak pergi menuntut ilmu ke masjid2 dan surau2 pun susah.Itu pun masih betul.

Bila dah tua baru nak berubah,sudah tentulah terlambat.Masa yang lepas tidak boleh berulang lagi walaupun kita menangis keluar darah sekali pun.Cerdiknya kita,pangkat tingginya kita,kayanya kita,cantiknya kita dan pelbagai lagi kehebatan,itu semua anugerah Allah swt.Maka bersyukurlah dan jangan jadi orang tidak bersyukur,sombong bongkak,takabur,tamak,rakus,ahli maksiat dan lain2 yang sewaktu dengannya.Ini namanya orang kenal makhluk2 dan benda yang diciptaNYA tetapi tidak kenal benar2 PENCIPTA itu sendiri.Cuma rasa2 kenal sebab tidak mahu orang kata kita tidak bertauhid pada Allah.Tapi mereka ini masih degil tidak mahu mendalami ilmu agama.Dikhuatiri bila sudah tua malu pergi masjid atau surau untuk menuntut ilmu.Mereka mencari guru2 agama secara sebunyi2.Ditakuti ilmu yang tidak tepat dan lebih malang jika sesat dan terpesong.Elok menuntut ilmu ditempat2 awam seperti suarau dan masjid kerana jika salah guru mengajar dapat dikesan@tahu.Ini disebabkan bukan yang datang menuntut ilmu bodoh belaka malah mungkin lagi alim@berilmu.

Tiada ulasan: