

Perabut beribu ringgit,tanah berekar-ekar,bini dua tiga,dan segala kemewahan.Tapi masih berkira-kira atau masih tamak untuk berkorban.Memang manusia memang mudah lupa bila ada kejsayaan dalam hidup.Jadi bongkak dan sombong,berlagak.Jika pada manusia pun tidak ni kan pada yang menciptanya iaitu Allah swt.Pandai menjawab,misal katanya tak usaha pun mana boleh dapat.Betullah.Tapi kena ingat tulang emapt tu sempurna disempurnakan oleh Allah,kesihatan juga anugerah Allah dan semua dari Allah swt.Bodohke,bebalke kita.Jadi fikir2lah untuk berkorban.Pada seekor kambing atau sebahagian dari 7 bahagian dari seekor lembu atau yang sama besar dengannya seperti kerbau atau unta.Korban hendak dibuat pada hari tasyrik iaitu pada 10,11,12,dan 13 bulan zulhijjah.Tidak boleh dibuat dihari-hari lain.Samaada korban sunnat atau wajib seperti nazar.Cuma korban nazar orang berkorban serta dalam tanggungan tidak boleh memakan daging tersebut.Bagi korban sunnat,sunnat juga memakannya sedikit.Daging ini elok diberi kepada fakir miskin.Jika tiada beri hadiah kepada orang berkemampuan.Mudahan2 orang fakir miskin dapat makan daging setahun sekali.Apa bila telah diberi terpulang apa yang dibuat olehnya.Boleh dimakan atau dijual.Tidak bolehlah kita ambil semua bahagian dan tidak disedekahkan.
Bagi aqiqah pula boleh dibuat bila2.Dua ekor kambing atau dua bahagian dari 7 bahagian dari seekor lembu untuk anak lelaki.Bagi anak perempuan pula satu ekor kambing atau sebahagian dari 7 bahagian dari seekor lembu.Sunnat dibuat pada hari ketujuh anak itu dilahirkan.Sunnat juga hari ini memberi nama yang baik2,khatan,bercukur dan tahnik@belah mulut.Aqiqah dibuat hari ketujuh memang afdal sebab menyukakan isteri.Dilihat suami memberi orang makan tanda syukur dikurniakan anak.Tentu hilang rasa semasa mengandung dan melahirkan anak.Korban elok@sunnat disedekah mentah2 sedangkan akiqah sunnat diberi dalam keadaan telah dimasak(telah dijadikan lauk).Baik juga lauk berasa manis seperti kurma .Keterangan agak ringkas,baiklah kita menuntut ilmu ini disurau@masjid yang guru bertuliah.Biarlah kita berkorban dan berakiqah dengan berilmu bukannya main ikut2 sahaja...selamat berkorban dan berakiqah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan