HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 29 Oktober 2010
BILA KITA MENGABAIKAN HUKUM...MENEGAK KEMUNGKARAN...BALA DAN MUSIBAH KERAP BERLAKU.....INGAT YANG BERKUASA IALAH ALLAH BUKAN MAHKLUK....JANGAN JAHIL SANGAT TENTANG PENGETAHUAN KITA BERKENAAN PENCIPTA IAITU ALLAH....NI KESAN ASYIK SIBUK DENGAN DUNIA....
NEGARA
AC Mizal nyaris dipenjara
firdaus.hassan@kosmo.com.my
![]() |
AC MIZAL nyaris dipenjara selama 25 hari semalam. |
KAJANG – Akibat ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800, pengacara popular AC Mizal dijatuhi hukuman penjara 25 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam.
Bagaimanapun, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, terselamat daripada hukuman tersebut setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.
Abdul Halim memerintahkan responden iaitu AC Mizal dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.
Sebelum itu, Abdul Halim yang membacakan penghakiman setebal 36 halaman berkata, dia mengambil kira tindakan responden memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai untuk mematuhi perintah mahkamah.
“Tindakan responden memasukkan RM8,200 ke dalam akaun anak kedua adalah untuk mematuhi perintah mahkamah tetapi cara kemasukan wang tersebut adalah terpesong kerana pembayaran semula diperintah dimasukkan ke dalam akaun anak yang pertama.
“Ini merupakan perlanggaran perintah tetapi tindakan responden itu tidaklah sehingga menghina mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah lain untuk responden patuhi,” ujarnya sebelum mengarahkan AC Mizal membayar tunggakan RM9,800 ke dalam akaun bank RHB milik bekas isterinya, Shafnie Zainudin dan anak pertama.
Dia turut diperintahkan membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya, Best Line Entertainment (M) Sdn. Bhd., kepada bekas isteri, Shafnie, 35.
NEGARA
Penoreh korban cinta terhalang
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
![]() |
MUDA yang bertarung nyawa meninggal dunia di HSNZ semalam. |
KUALA TERENGGANU - Selepas 10 hari menanggung derita akibat dipaksa meminum racun oleh ahli keluarga teman wanitanya yang berusia 16 tahun, seorang penoreh getah akhirnya menemui ajal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, Muda Mohd., 27, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi selepas menunjukkan komplikasi teruk lewat malam kelmarin sebelum disahkan koma beberapa jam kemudian.
Bagaimanapun, katanya, polis sempat mendapatkan keterangan daripada mangsa.
"Sehubungan itu, kita telah mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang memberitahu polis telah menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes itu
NEGARA
Pelajar UiTM koma dibelasah
khairi.mohamad@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang bakal menamatkan pengajian Disember ini koma selepas dipercayai dibelasah oleh teman lelakinya pada 22 Oktober lalu.
Mangsa, Hizreen Ieraqueen Haberi, 21, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perbankan tidak sedarkan diri sejak hari kejadian akibat luka dalaman yang teruk di bahagian kepala.
Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Bapa mangsa, Haberi Hamzah, 49, yang merupakan seorang juruteknik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi berkata, dia menerima panggilan daripada teman serumah anaknya itu pada pukul 1.30 pagi 22 Oktober lalu di rumahnya di Semenyih, Selangor.
"Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Hizreen, dia dikejarkan ke Hospital Machang kerana cedera dipukul oleh kawan lelaki yang dikenalinya.
"Keadaannya tenat dan saya diberitahu Hizreen dipindahkan ke HUSM.
"Daripada cerita rakan anak saya itu, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 10 malam pada 22 Oktober lalu di hadapan rumah sewa Hizreen berhampiran kampus UiTM Machang selepas mereka bergaduh," katanya.
Rakan anaknya itu mendakwa sebelum kejadian Hizreen dilihat bertemu dengan teman lelaki yang datang ke rumah sewa mereka dan berlaku sedikit pertengkaran
BAGAIMANA TUAN PUAN...ADAKAH CERITA PEMBUNUHAN HARI2...TIDAK MEMBIMBANGKAN...KEMBALILAH KEPADA HUKUM ALLAH...DIPANCUNG KEPALA DIKHALAYAK RAMAI....MUNGKIN MENYEDARKAN MANUSIA...ALLAH YANG MENCIPTA SEGALANYA....ALLAH MAHA BIJAKSANA...
NEGARA
Pekerja terkejut mayat dalam beg
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja di sebuah bengkel kereta di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang dekat sini tidak menyangka beg pakaian yang ditemuinya semalam berisi mayat seorang remaja perempuan.
Terkejut dengan penemuan itu, lelaki itu yang berusia 20-an terus menghubungi pihak polis yang kemudian bergegas ke tempat kejadian pada pukul 3.35 petang.
Mayat yang diletakkan di dalam beg itu ditinggalkan dalam semak samun di belakang bengkel berdekatan sebuah parit yang boleh dilalui menggunakan sebuah jambatan.
Mayat remaja yang dipercayai belasan tahun itu lengkap berpakaian gaun berwarna biru dan dia dipercayai masih baru dibunuh kerana tidak mengeluarkan bau.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat remaja yang berkulit sawo matang itu masih dalam keadaan sempurna lengkap dengan anggota badan.
Ujarnya, mayat mangsa tiada kesan kecederaan luaran yang jelas dan sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti sementara menunggu hasil siasatan forensik
NEGARA
Harga Toyota Prius turun RM35,100

KUALA LUMPUR - UMW Toyota Motor mengurangkan harga atas jalan dengan insurans kereta Toyota Prius di Semenanjung Malaysia kepada RM139,900 berbanding RM175,000 berkuat kuasa semalam.
Harga di Sabah dan Sarawak pula kira-kira RM141,500 berikutan kos logistik yang lebih tinggi.
Presiden UMW Toyota Motor, Kuah Kock Heng berkata, langkah itu adalah selari dengan lanjutan dan peningkatan insentif cukai untuk kereta hibrid berkuat kuasa 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 yang diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.
"Sejak pengumuman itu, kami secara proaktif menyemak semula harga semasa Toyota Prius meskipun tarikh penguatkuasaan itu pada 1 Januari 2011.
"Dengan keputusan itu, rakyat Malaysia kini boleh menikmati kereta hibrid popular Prius, pada harga mampu milik," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam
NEGARA
Anak tiada sijil lahir
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – “Kedua-dua anak saya teringin untuk ke sekolah. Malangnya mereka tiada surat beranak untuk diterima belajar.”
Itulah keluhan seorang mekanik, Mahamud Kadir, 46, memikirkan masa depan dua anaknya, Norazlina, 10, dan Normazlin, 9, yang tidak memiliki sijil lahir sejak mereka dilahirkan.
Menurut Mahamud, kegagalan mendapatkan sijil lahir itu disebabkan dia dan isterinya, Raihanah Lahakim, 44, tidak memiliki sijil nikah seperti yang diminta pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
“Saya dan isteri berkahwin di Kampung Titingan, Tawau, Sabah pada 2 Oktober 1999 dan sewaktu kembali ke Semenanjung, saya terlupa membawa bersama sijil nikah asal, cuma terambil dokumen fotokopi.
“Malangnya, salinan sijil nikah itu pun hilang sewaktu banjir besar pada 2006 manakala sijil asal sudah hilang berikutan keluarga telah berpindah,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Pasir Gudang di sini semalam.
Mahamud berkata, ekoran tidak dapat menunjukkan sijil nikah, proses permohonan sijil lahir kedua-dua anaknya tidak dapat dilakukan
INI PERINGATAN ALLAH...JANGAN BUAT BODOH DAN DEGIL...BERHENTILAH BUAT SEGALA KEMUNGKARAN...DAH MATI DAH TAK BERGUNA....
RENCANA UTAMA
Awan panas luar biasa
amir.azam@kosmo.com.my

SEBAGAI pengarang kanan yang mengetuai pasukan laporan khas portal berita Vivanews.com, jiwa wartawan Yuniawan Wajyu Nughroho untuk memperoleh rencana-rencana eksklusif sentiasa membara. Ketika Yogyakarta berdepan dengan ancaman letusan Gunung Merapi, Yuniawan enggan ketinggalan mendapatkan bahan-bahan menarik.
Empat tahun lalu Yuniawan pernah mewawancara warga emas yang dianggap sebagai penjaga Gunung Merapi Mbah Maridjan, 83. Kali ini dia mahu bertemu semula dengan lelaki tersebut yang dianggap oleh ramai penduduk sebagai seorang yang boleh meramal letusan Merapi.
Namun, Yuniawan mungkin tidak menyangka bahawa petang Selasa lalu adalah perbualan terakhirnya dengan pengarangnya, Nezar Patria yang sempat menghubungi beliau. Nezar mengingatkan Yuniawan supaya berhati-hati dan meninggalkan kawasan terbabit sekiranya mendengar siren kecemasan.
Sekitar pukul 7 malam, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Rini Soegiharto memaklumkan kemungkinan Yuniawan dalam kebahaya.
Menurut Rini, perbualannya dengan Yuniawan sekitar pukul 6 petang terputus. Rupa-rupanya itu adalah panggilan telefon terakhir Yuniawan.
Kira-kira pukul 10.42 malam, Vivanews menerima panggilan daripada seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan Gunung Merapi. Mereka menemui kad pengenalan Yuniawan. Beliau disahkan sebagai salah seorang mangsa korban yang ditemui di rumah Mbah Maridjan.
Debu-debu volkanik
Selain orang ramai, wartawan Yuniawan merupakan salah seorang yang menjadi mangsa korban Merapi. Sejak beberapa hari lalu, awan panas dan debu-debu vulkanik dimuntahkan gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, yang memaksa ribuan penduduk yang tinggal di lereng-lereng gunung itu berpindah mencari tempat perlindungan.
Perkampungan di sekitar lereng gunung berapi yang dahulunya menghijau dengan tanaman pertanian yang subur telah berubah wajah menjadi kelabu apabila diselimuti debu-debu vulkanik.
Bahkan, letusan Gunung Merapi tersebut mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk setempat yang ingin mendapat perlindungan daripada debu-debu vulkanik dan awan panas yang melanda kawasan penempatan mereka.
Gunung Merapi dengan ketinggian 2,968 meter meletus selepas para saintis memberi amaran tekanan di bahagian bawah kubah lahar gunung tersebut akan menghasilkan letusan paling kuat dalam tempoh beberapa tahun.
![]() |
| SUKARELAWAN mengangkut mayat-mayat yang menjadi mangsa awan panas Gunung Merapi. |
Ketua daerah Sleman di Pulau Jawa, Sri Purnomo berkata, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada kira-kira 11,400 penduduk yang tinggal di selatan lereng gunung itu supaya bersedia untuk pemindahan segera.
Terdapat kira-kira 40,000 penduduk yang menetap berhampiran gunung paling aktif di Indonesia itu bahkan penduduk itu sebelum ini enggan meninggalkan rumah dan tanaman mereka.
Kebanyakan penduduk tempatan juga dipercayai masih menjalankan aktiviti harian mereka seperti mengusahakan ladang dan memberi makan haiwan ternakan sebelum letusan gunung berapi itu berlaku.
Sri Purnomo berkata, khemah-khemah untuk penduduk yang dipindahkan telah didirikan di bangunan-bangunan kerajaan dan beberapa padang sukan lebih 10 kilometer (km) dari kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua ahli vulkanologi, Subandriyo berkata, letusan itu berlaku sebelum waktu senja.
Sebelum letusan berlaku, gunung itu terlebih dahulu telah mengeluarkan bunyi menderam dan asap tebal selama beberapa jam.
“Kita dapat mendengar bunyi deraman yang sangat kuat bagaikan badai selama beberapa ketika. Kemungkinan bunyi berkenaan berlaku selama 15 minit.
“Selepas itu kelihatan kepulan debu panas besar mula dikeluarkan ke udara dari Gunung Merapi,” kata seorang petani yang masih belum meninggalkan rumahnya di kawasan cerun gunung berapi itu ketika ia meletus.
Muntahan awan panas
Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa mereka ada terbau belerang yang sangat kuat sebelum letusan gunung berapi itu berlaku.
“Tenaganya meningkat... kami berharap ia akan reda perlahan-lahan.
“Jika tidak kita akan melihat satu letusan yang besar, lebih besar daripada apa yang kita lihat semasa ia meletus beberapa tahun lalu,” kata ahli vulkanologi kerajaan, Surono.
Dalam pada itu, pegawai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Vulkanik Yogjakarta (BPPTK), Agung Nandaka berkata, sukar bagi penduduk yang berada lima kilometer dari puncak gunung berkenaan untuk berpindah sebelum berlaku muntahan awan panas.
“Ini kerana ia panas dan mempunyai kelajuan yang luar biasa,” katanya.
Sementara itu, seorang bayi berusia dua bulan telah terkorban dalam letusan berkenaan, manakala 20 lagi cedera apabila gunung itu mula meletus.
Bayi tersebut yang tidak diketahui jantinanya mati semasa didukung ibunya ketika orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri.
Stesen televisyen swasta, Metro TV melaporkan, mayat bayi itu telah dihantar ke hospital berdekatan.
Seorang wartawan agensi berita berkata, kebanyakan yang cedera akibat terkena debu panas yang dihamburkan oleh Gunung Merapi melecur teruk.
Selain itu, pasukan penyelamat telah menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah Mbah Maridjan di Cangkringan daerah Sleman. Mbah Maridjan merupakan Jurukunci Merapi sejak awal tahun 1980-an.

Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia disebabkan melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik.
Bagaimanapun, pasukan penyelamat enggan mengesahkan mayat Jurukunci Merapi berkenaan adalah antara 15 mayat yang ditemui sehingga hasil ujian asid deoksiribonukleik ( DNA ) diperoleh.
Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati.
Merapi yang membawa erti Gunung Api biasanya mengalami letusan-letusan kecil pada setiap dua atau tiga tahun dan akan mengeluarkan laharnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.
Kali terakhir gunung berapi berkenaan meletus adalah pada tahun 2006 apabila ia mengeluarkan gas dan serpihan batu menyebabkan dua orang terkorban.
Pada tahun 1994, letusan Gunung Merapi lebih dahsyat berbanding tahun 2006 apabila ia mengakibatkan 60 orang maut.
Pada tahun 1930, ia telah mengorbankan 1,300 orang manakala lebih satu dozen perkampungan musnah.
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, lokasi terletaknya pertemuan lapisan-lapisan benua yang menyebabkan kekerapan berlaku aktiviti seismik dan gunung berapi. Negara itu dikatakan mempunyai lebih 120 buah gunung berapi yang aktif
LAH NI ORANG DAH CERDIK...TAK BOLEH TIPU2...JIKA KITA GUNA TEKTIK PENIPU...ORANG LAH NI BERBULU
| Nik Abdul Aziz Nik Mat | ||||||||
| Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :
''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni. Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak. Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah. Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan. Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam? Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO? Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula.. Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata
|
Khamis, 28 Oktober 2010
DEDAH AURAT...BERCAMPUR GAUL....SECARA BEBAS JELAS HARAM...ADAKAH KITA HENDAK MENGUNDANG TSUNAMI ATAU SEDARJAT DENGANNYA....

| PERKASA tukar hala, anjur demo bantah hab hiburan | ||
|
PERKASA menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lau, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).
Sehubungan itu, menurut Arman Azha, PERKASA akan menganjurkan satu bantahan bagi menentang cadangan kerajaan itu.
“Saya akan anjurkan satu bantahan dengan kerjasama bersama semua NGO yang tidak mahu perlaksanaan hub hiburan (ditubuhkan) di Malaysia dalam masa terdekat ini.
![]() |
Semalam Arman Azha berkata “lebih baik disediakan hab untuk operasi bagi memenuhi permintaan mereka yang sebegitu di suatu tempat yang khusus."
Katanya, tindakan itu dapat memudahkan pemantauan daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.
Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan awal minggu ini, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.
![]() |
Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014
| Korban tsunami mencecah 311 orang | ||
|
![]() |
Sementara itu, majlis pengkebumian beramai-ramai diadakan hari ini untuk mensemadikan korban letupan gunung berapi, yang terjadi sejurus selepas berlaku gempa bumi yang mencetuskan tsunami tersebut.
Para pegawai berkata mayat-mayat ditemui di kawasan pantai di Mentawai, selepas tsunami memusnahkan keseluruhan perkampungan di kepulauan itu.
![]() |
Mangsa yang selamat berkata, mereka tidak menerima sebarang amaran dan ramai yang bertanya apakah sistem amaran mahal - yang diwujudkan selepas tsunami di Asia pada 2004 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 168,000 orang di Indonesia sahaja - gagal berfungsi.
Satu amaran rasmi tsunami dikeluarkan selepas berlakunya gempa bumi dengan kekuatan 7.7 di skala Richter, tetapi ia mungkin terlambat dikeluarkan atau tidak sampai kepada masyarakat yang terdedah kepada bahaya besar bencana itu.
![]() |
"Kira-kira 10 minit selepas gempa bumi, kami terdengar bunyi gemuruh. Kami keluar dan terlihat gelombang menuju ke arah kami. Kami cuba menyelamatkan diri ke kawasan tinggi tetapi gelombang jauh lebih cepat daripada kami," katanya kepada AFP.
Katanya, dia terselamat dengan menggenggam sepotong kayu. Isteri dan tiga anaknya terkorban.
Sementara itu, gerakan mencari mangsa yang masih hilang diteruskan.
"Mereka mungkin berlindung di kawasan bukit, atau tertimbus dalam runtuhan atau dihanyut ke laut," kata pegawai pengurusan bencana wilayah Sumatera Barat, Ade Edward.
![]() |
Para pegawai berkata hampir 42,000 orang mencari perlindungan sementara di sekitar bandarayua Yokyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggalkan rumah mereka.
Gunung Merapi setinggi 2,914 meter adalah antara 69 gunung berapi di Indonesia yang mempunyai sejarah pernah meletup sebelum ini. Ia pernah meletup pada Jun 2006, membunuh dua orang
MUNGKIN IA CERDIK... CERDIK TAPI TAK BERMORAL....DALAM CERDIK IA TERPERANGKAP VIDEO LUCAH YANG DIAKUINYA....SENDIRI

| Chua: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik' | |||
|
Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.
![]() |
Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.
“Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdik dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.
![]() |
Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.
Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.
“Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India,” kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.
Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari.
YANG BUAT PERKARA TAK BERMORAL...MACAM DISANJUNG...YANG MENGEDAR PERKARA TAK BERMORAL...TAK TAHU NASIBNYA....
| Video seks Chua: Siasatan ke peguam negara | ||
|
![]() |
Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan dan kertas siasatannya telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, sebelum Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan.
![]() |
Hee dalam soalannya ingin tahu rasional Chua tidak dihadapkan ke mahkamah walaupun wujud bukti akan kes tersebut.
Hishammuddin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292/509 Kanun Keseksaan.
Pada Januari 2008, Chua melepaskan jawatannya dalam kabinet dan naib presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.
Laporan polis dibuatnya ketika itu berikutan penyebaran video berkenaan.
- Bernama
Baitul mal
Baitul mal berasal daripada perkataan Arab (bayt al-mal) yang bermaksud "rumah harta". Dalam sejarah Islam, baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir cukai. Baitul mal berfungsi sebagai perbendaharaan khalifah dan sultan yang mengurus kewangan peribadi dan perbelanjaan kerajaan. Ia juga mengurus pengagihan zakat untuk rakyat awam. Pakar ekonomi Islam moden menganggap rangka institusi baitul mal sebagai sesuai kepada masyarakat Islam sekarang.Harta kekayaan milik Daulah Islamiyah
- Anfal, ghanimah, fai dan khumus.
- Kharaj.
- Jizyah.
- Bermacam-macam harta milik umum.
- Harta milik negara yang berupa tanah, bangunan, sarana umum dan pendapatannya.
- Harta usyur.
- Harta tidak sah para penguasa dan pegawai negara, harta hasil kerja yg bertentangan dgn syarak serta harta yg diperolehi dari tindakan curang lainnya.
- Khumus harta temuan dan bahan galian.
- Harta kelebihan dari sisa pembahagian waris dan harta yang tiada pewaris.
- Harta orang-orang murtad.
- Pajak.
- Harta Zakat
Kharaj
Kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Dalam undang-undang syariah, Kharaj ialah cukai ke atas tanah pertanian. Kharaj tidak disebut dalam Quran atau Hadith tetapi lebih kepada ijma' atau persepakatan ulama Islam dan sebahagian daripada tradisi islam atau urf.
Dalam sejarah Islam, kharaj berupa duti yang dikenakan ke atas tanah yang telah dirampas daripada Empayar Byzantine dan Sassanid, sama ada melalui peperangan atau damai. Jika perjanjian damai antara kaum Muslimin dan penduduk ini telah bersepakat mengatakan tanah tersebut adalah milik Daulah Islamiyah (negara), dan mereka mengakuinya dengan membayar kharaj, maka mereka harus menunaikannya. Kharaj menurut bahasa bermakna al-kara' (sewa) dan al-ghullah (hasil). Setiap tanah yang diambil daripada kaum kuffar dengan cara paksa, setelah diumumkan perang ke atas mereka, maka tanah teresbut dikategorikan sebagai tanah kharajiyah. Walaupun mereka masuk Islam selepas penaklukan itu, namun tanah tersebut statusnya masih tanah kharajiyah.
Abu Ubaid meriwayatkan dalam kitab Al-Amwal dari Az-Zuhri yang mengatakan : " Rasulullah s.a.w menerima jizyah daripada orang Majusi Bahrain." Az-Zuhri menambah lagi: "Siapa sahaja di antara mereka yang memeluk Islam, maka keIslamannya diterima, dan keselamatan diri dan hartanya akan dilindungi melainkan tanah. Kerana tanah tersebut adalah tanah fai' (rampasan) bagi kaum Muslimin, kerana orang itu tidak menyerah diri sejak awal, sehinggalah dia terlindungi." Maksudnya sehingga mereka di lindungi oleh kaum Muslimin.
Manakala jumlah kharaj yang wajib dipungut daripada tanah itu hendaklah dikira berdasarkan kandungan tanahnya. Pada masa Umar menetapkan kharaj, beliau meneliti kandungan tanahnya, dan tidak bertindak zalim terhadap si pemilik dan penanamnya. Dalam beberapa situasi beliau telah memungut kharaj untuk setiap 1 jarib dengan 1 qafiz dan 1 dirham. Dalam keadaan dan tanah yang lain beliau memungut kharaj dengan jumlah yang berlainan pula. Di daerah Syam pula beliau memungutl jumlah kharaj yang berlainan . Oleh kerana itu, memang diketahui yang beliau meneliti setiap tanah berdasarkan kadar kandungan tanahnya.
Jika beliau telah menetapkan kharaj tersebut berdasarkan kandungan tanahnya, maka beliau akan mengambilnya bersesuaian dengan apa yang telah beliau tetapkan. Jikalau beliau telah menetapkan kharaj ke atas sebidang tanah dengan kadar tahunan, maka beliau akan memungut kharaj itu pada akhir tahun qamariyah. Ini kerana tahun qamariyah merupakan tahun yang sudah diketahui umum hukum syara'nya. Apabila beliau menetapkan untuk sepetak tanaman, maka beliau akan memungut kharaj pada akhir setiap tahun syamsyiyah. Ini kerana tahun syamsyiyah adalah tahun yang hujan turun dan orang akan mulai bercucuk tanam. Jikalau beliau menetapkan dengan sistem hasil , ianya akan ditentukan bila tanaman itu akan mengeluarkan hasil secara amnya. Kemudian beliau akan memungut kharaj apabila tanaman itu telah mengeluarkan hasil.
Seorang Imam (Khalifah) boleh mengira kharaj dengan memerhatikan perkara-perkara yang sepatutnya berdasarkan tiga aspek ini:
- berdasarkan luas tanah, atau
- tanamannya, ataupun
- akan dikira berdasarkan kadar hasil tanaman yang dapat pada waktu itu.
Jika tanah itu disuburkan sehingga boleh meningkatkan hasil tanamannya, ataupun tanah itu diserang faktor-faktor yang boleh membuatkan hasil tanamannya berkurangan maka perkara sebegini harus diteliti terlebih dahulu.: Jika peningkatan hasil tanaman itu merupakan hasil usaha daripada petani, contohnya mereka telah menggali telaga, ataupun mereka membuat saluran air,maka kharaj mereka tidak akan ditambah walaupun sedikit.
Jika hasil tanaman petani berkurangan disebabkan kerosakan yang mereka lakukan sendiri, seperti mereka merosakkan saluran air, ataupun tidak memanfaatkan telaga yang ada, maka pungutan kharaj mereka tidak akan dikurangkan walaupun sedikit. Malah mereka akan diperintahkan untuk memperbaiki alat-alat yang telah mereka rosakkan. Jikalau hasil pertanian mereka bertambah dan berkurang disebabkan tindakan yang dilakukan oleh negara seperti negara telah menggali telaga (sumur bor) untuk mereka ataupun tidak memperbaiki saluran-saluran air untuk mereka, maka negara boleh menambahkan kharajnya apabila hasil tanaman mereka bertambah, dan wajib menguranginya apabila hasil tanaman mereka berkurangan. Tetapi jika hasil tanaman itu bertambah atau berkurangan disebabkan faktor alam seperti bencana alam yang menyebabkan tanamannya rosak, ataupun hanyut disebabkan banjir. Maka kharajnya akan ditentukan berdasarkan kadar kandungannya sehinggakan penduduk setempat tidak merasakan yang mereka dizalimi. Kharaj juga akan ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan bukannya secara berterusan. Penetapan ini boleh berubah-ubah ataupun berakhir pada waktu tertentu kerana kadar kandungan tanahnya juga memerlukan perkiraan yang baru (berubah).
Jizyah ( bahasa Arab: جزْية ) adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada kaum Muslimin untuk menuntutnya daripada orang-orang kafir, kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam (Daulah Islamiyah).Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :
"Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk." (Surah At-Taubah:29)
Abu Ubaid meriwayatkan di dalam kitab Al-Amwal dari Hassan bin Muhammad yang mengatakan: Nabi pernah menulis surat kepada Majusi Hajar untuk mengajak mereka memeluk Islam :
"Siapa sahaja yang memeluk Islam sebelum ini, serta siapa sahaja yang tidak diambil jizyah atas dirinya: Hendaklah sembelihannya tidak dimakan, dan kaum wanitanya tidak dinikahi."
Orang-orang kafir wajib dikenakan jizyah selagi mereka masih kufur, namun apabila mereka memluk agama Islam maka jizyah tersebut gugur dari mereka. Jizyah dikenakan ke atas orang , bukannya harta. Maka setiap orang kafir wajib membayar jizyah dan bukan ke atas harta mereka.
Perkataan jizyah diambil daripada perkataan jaza', yang mana jizyah itu diambil kerana kekufuran mereka. Oleh kerana itu jizyah tersebut tidak akan gugur sehingga mereka memeluk agama Islam. Jizyah juga tidak akan gugur walapun mereka ikut berperang. Ini kerana jizyah itu bukan bayaran untuk melindungi mereka. Jizyah juga tidak akan diambil melainkan daripada orang yang mampu sahaja. Allah berfirman: "Illa'an Yadin." Maksudnya kerana kemampuan mereka. Oleh kerana itu jizyah tidak diambil daripada orang yang tidak mampu. Disamping itu jizyah diambil daripada kaum lelaki sahaja dan tidak wajib bagi kaum wanita, anak-anak dan juga orang gila. Walaupun wanita tersebut datang ke negara Islam dan sanggup membayar jizyah sebagai bayaran kerana ingin menetap di sana, namun jizyahnya tidak wajib diambil , dia akan diterima tinggal di negara Islam dan dia bebas untuk tinggal dimana sahaja di negara Islam.
Jumlah jizyah ditetapkan mengikut kebijaksanaan dan ijtihad Khalifah. Harus diingat bahawa jizyah itu hendaklah tidak melebihi kemampuan orang yang berhak membayar jizyah. Daripada Ibnu Abi Najih yang mengatakan: "Aku bertanya kepada Mujahid: 'Apa alasannya penduduk Syam dikenakan 4 dinar sedangkan penduduk Yaman hanya 1 dinar?' Mujahid menjawab: 'Hal itu haya untuk mempermudah'." (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari).
Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya ituApabila Jizyah dikenakan terhadap orang yang mampu, manakala dia keberatan untuk membayarnya, maka dia dianggap mempunyai hutang jizyah. Dia akan diperlakukan sebagaimana orang yang berhutang dalam keadaan yang dia keberatan. Kemudian akan dilihat bagaimana mudahnyaTAKUTLAH KITA DENGAN ALLAH....DAN BERTAQWA LAH
| Pemuda PAS dakwa Zambry teruskan amalan syirik | |||
|
![]() |
Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".
"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
![]() |
Katanya, dewan itu hari ini turut menghantar bantahan yang sama kepada kesemua mufti di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, meminta penjelasan mengikut hukum Islam berhubung perkara ini.
Zawawi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam tidak terkeliru.
![]() |
Zawawi berkata, rombongan 15 orang anggota Pemuda PAS Perak menemui Harussani pada 22 Oktober lalu untuk menyampaikan memorandum bantahan tersebut.
Dalam pertemuan di pejabat tokoh agama itu, katanya, Pemuda PAS meminta Harussani menegur atau mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Zambry itu.
Zawawi mendakwa mufti perak itu menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan Zambry itu dan berjanji akan menegurnya
| PKR: Tak adil calonkan suri rumah | ||
|
Ketika sidang media di Bandar Ramai-ramai hari ini, pengarah pilihan raya PKR, Fuziah berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi BN untuk mencalonkan Tsen yang masih bersedih dan terpaksa membesarkan empat orang anaknya.
![]() |
“Kalau saya jadi beliau, saya rasa cukup cukup tertekan kerana dipergunakan untuk jadi calon sedangkan tanggungjawab untuk mengantikan MP Batu Sapi adalah tanggungjawab parti, bukan tanggungjawap isterinya,” katanya.
Menurut Fuziah, sebagai seorang balu, Tsen bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang dirinya tetapi juga kepentingan anak-anaknya.
“Seorang balu perlu memikirkan tentang anaknya yang perlu menerima kematian seorang ayah yang mati secara mengejut, anak-anak yang masih dalam trauma, beliau yang masih dalam trauma, perlu berhadapan dengan pilihan raya yang begitu sengit, “ katanya.
![]() |
Tsen seorang suri rumah adalah juga guru piano sementara dipilih sebagai calon berdasarkan sentimen bahawa belai mampu meneruskan legasi suaminya.
Dari segi politik, Tsen adalah ahli exco Wanita PBS. Beliau juga adalah timbalan pengerusi Wanita PBS bahagian Elopura.
Dari segi kerjaya, beliau adalah pemain piano yang berbakat dan fello Kolej Muzik Trinitydan mengajar piano secara separuh masa.
Mengulas kelayakan Tsen, Fuziah berkata balu itu tidak layak menjadi perwakilan di Dewan Rakyat.
“Untuk meletakkan seorang suri rumahtangga untuk bertanding di Parlimen, saya rasa tidak adil, bukan mudah untuknya. Bukan mudah untuk berdebat di peringkat Parlimen,” kata Fuziah
| Dr Zulkefli ajak calon BN lumba lari atau tarik tali | |||
|
Malah, secara berjenaka juga beliau menyatakan kesudiannya untuk bertanding dengan calon BN Abdul AzizYusof – sama ada dalam lumba lari ataupun tarik tali.
![]() |
"Saya tidak ambil (ejekan itu) sebagai satu isu, sebab pertandingan di sini sebenarnya adalah pertandingan antara BN dengan PAS.
"Kata-kata itu hanya untuk memeriahkan suasana sahaja," katanya dalam sidang media di markas PAS, Gua Musang pagi ini.
Keadaan “perlawanan persahabatan” ini dapat dilihat melalui suasana kempen yang masuk hari ketiga hari ini.
Diperhatikan, kempen di Galas berlangsung dengan sederhana dan agak tenteram. Walaupun bendera parti sudah banyak dipasang di sekitar kawasan tumpuan pengundi, poster bagi calon yang bertanding tidak banyak yang dilihat.
Seperti biasa, anggota polis melakukan rondaan seperti rutin mereka dalam pilihan raya kecil yang lain, namun tidak banyak insiden ketegangan antara penyokong kedua-dua parti yang berlaku kali ini.
![]() |
BN tidak akan mengadakan ceramah besar, seperti yang dilihat dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Fungsi yang lebih besar juga diberikan kepada pemimpin tempatan untuk menguruskan program kempennya, menurut pengarah jenteranya Tengku Razaleigh Hamzah.
Namun, anjuran “perlawanan persahabatan” itu juga tidak dipandang mudah oleh PAS. Diperhatikan, jenteranya tetap menjalankan tugas masing-masing.
Pada hari kedua kempen semalam, peraih undi PAS telahpun cuba mendekati kakitangan Kesedar, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Jumlah kakitangan agensi itu merupakan antara kumpulan kakitangan kerajaan yang paling besar di Gua Musang.
Di sebuah program makan malam bersama pengundi di Kampung Pulai semalam, para pengundi di sebuah restoren Cina itu dilihat ceria apabila bergambar dengan Dr Zulkefli.
Kawasan berkenaan, dengan kira-kira 250 orang pengundi, merupakan “kawasan putih” bagi PAS.
Walaupun dengan kehadiran beberapa ekor anjing peliharaan masyarakat Cina di situ, para petugas parti PAS di sebuah bilik gerakannya di situ nampaknya tidak mengendahkan keadaan tersebut.
Di dalam bilik gerakan itu pula, petugas parti dilihat sedang menjalankan perbincangan untuk menetapkan hidangan bagi satu majlis “Cakna Jalinan Kasih” yang akan berlangsung pada hari Ahad.
Seorang wakil masyarakat Cina dalam perbincangan itu berkata: “Orang Cina di sini tak kisah. Kita buat biar semua orang boleh makan. Nasi lemak ke, nasi dagang ke, nasi kerabu dengan budu, ada ayam sikit pun boleh,” katanya



Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2009 mendedahkan hutang isi rumah negara tahun ini jika dinisbah pada Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara (KDNK) adalah tertinggi di Asia.


















