Khamis, 30 September 2010

POLITIK DI MALAYSIA...JANGAN BIMBANG SEMUA PARTI POLITIK BERDAFTAR BUKAN PARTI POLITIK YANG TIDAK BERDAFTAR..BERPOLITIKLAH DGN CARA BERHEMAH

Kerangka manusia dijumpai di kawasan buang sampah
Warta Rakyat

KUALA TERENGGANU, 29 Sept:Sebuah keluarga dari Kampung Gong Kepah,Marang,Terengganu terkejut,apabila hasrat seisi keluarga ini keluar mencari Kepah Sungai bertukar dengan penemuan kerangka manusia di kawasan lembah berhampiran tempat pembuangan dan pelupusan sampah daerah Marang jam 4.30 petang semalam.

Rahmat Hidayat Sharmin 44 tahun keluar bersama isteri Siti Aminah Habsu 42 tahun serta lima anaknya mendakwa menjumpai kerangka dan tulang manusia di celah-celah pohon nipah dalam keadaan bertaburan berdasarkan pada tengkorak kepala yang ditemui.

(GAMBAR: Ini dia kawasan kerangka ditemui)

Keluarga ini yang ditemui pagi tadi di kediaman mereka di Kampungg Batangan, Marang, 3 km dari tempat penemuan kerangka manusia menjelaskan, tengkorak kepala yang dijumpai itu retak di bahagian belakang terselam separuh di dalam air di celah-celah akar pokok nipah dan turut menjumpai seutas jam tangan yang masih melekat pada rangka tangan.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan pakaian dijumpai di sekitar kawasan kejadian.

Bapa kepada lima anak ini, Rahmat Sharmin, 44 tahun mendakwa kerangka itu seorang remaja perempuan berdasarkan jam tangan yang dipakai serta saiz tengkorak kepala.

"Terjumpa tengkorak manusia jadi ada semua ada kepala dan tulang itu dan ada jam tangan terjumpa ditepi itu, saya tak pasti lelaki atau perempuan saya tak tahu dari pandangan saya itu perempuanlah lingkungan umur belasan tahunlah,"katanya.

Dalam pada itu, Razali Mamat 37 tahun seorang pekerja kontrak di kawasan pelupusan sampah berhampiran penemuan kerangka manusia menyatakan, kerangka manusia berkenaan dibawa keluar jam 10 malam tadi oleh Unit Patologi dan Unit Forensik Polis Terengganu.

"Kita mari semalam tengok orang ramai doh, lepas orang ramai polis ambik tong dia bawa naik dalam kereta dialah, tong tuh mayatlah ada kerangka semalam dalam jam 10 malam,"katanya.

Sehubungan itu, Supritendent K.Manoharan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu yang dihubungi menjelaskan, pihaknya setakat ini mengesahkan penemuan rangka manusia berkenaan petang semalam dan sehingga kini tiada yang tampil menuntut atau memberi maklumat berhubung penemuan rangka manusia tersebut.

Rangka tersebut telah dibawa ke Kuantan awal pagi tadi untuk siasatan lanjut oleh pakar forensik dan siasatan awal, polis mengklasifikasikan setakat ini sebagai mati mengejut bagaimanapun pihaknya masih menunggu keputusan daripada pakar berkenaan untuk menyiasat lebih lanjut berhubung kejadian berkenaan



Galas: Razaleigh bijak berpolitik
Khairul Azlam Mohmad

KUALA TERENGGANU, 29 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang yang bijak berpolitik menjelang pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya rasa Tengku Razaleigh orang yang bijak berpolitik. Biasanya, dia pandang pada suasana dan realiti,” ujarnya pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau pada umumnya melihat ramai tokoh veteran Umno kini sudah bersama-sama dengan PAS khususnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini, katanya kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Begitupun, beliau tidak menafikan pengaruh Razaleigh sebab Dun Galas termasuk dalam kawasan parlimen Gua Musang yang merupakan kubu Umno.

“Tetapi Tengku Razaleigh sendiri pun insya Allah, akan memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas akan datang ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menaruh harapan para pengundi bertambah yakin kepada PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas nanti walaupun pertama kali PAS menang di situ pada pilihan raya umum lalu.

“Saya rasa selepas kita menang ini, perkhidmatan wakil rakyat itu orang boleh kenal, khususnya wakil rakyat PAS (Allahyarham Chek Hashim) berkhidmat dengan baik di sana (Galas) dan kerajaan negeri Kelantan pun memberi suatu perkhidmatan yang baik,” katanya.

Ini, katanya akan menambahkan keyakinan para pengundi kepada PAS.

“Insya Allah, kita akan sama-sama mempertahankan Dun Galas sehingga kekal menjadi milik PAS dalam pilihan raya kecil akan datang. Kita harap dapat majoriti yang lebih besar, insya Allah,” ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan jika Umno tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dun itu kerana parti itu sudah tidak berfungsi di Kelantan.

“Saya tidak mengharapkan (Umno tidak bertanding) tetapi jika Umno BN tidak mahu bertanding, kita mengalu-alukan,” katanya.

Ketika ditanya jika ada pertandingan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit, beliau berkata kemungkinan pandangan bukan orang politik membazir tetapi bagi Umno, mereka mahu mencuba kekuatan PAS di Kelantan.

“Kita menunggu sahaja,” katanya



Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.



The MACC was not set up to combat corruption. Just like the PDRM, SPR, AGC, and others, the MACC has proven to be just another component member of Barisan Nasional. Two years ago, Lim Soo Nee made a report that he was offered a bribe of RM5 million to jump ship. This is the MACC Early Investigation Report on the matter. The case, however, was finally marked NFA.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Munajat: Ulama muda Umno dangkal ilmu
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 29 Sept: Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.

Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.

“Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.

“Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.

“Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya lagi.


Galas: Jangan lupa Dun Kota Siputeh
Harakahdaily

TEMERLOH, 29 Sept: Di kala tumpuan kini terarah ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu perhatian wajar juga diberikan kepada kes Dun Kota Siputeh, Kedah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi tekanan kepada Mahkamah Rayuan agar segera membuat keputusan berhubung status kerusi Dun tersebut.

Menurutnya, adalah tidak kerusi Dun itu ditinggalkan kosong begitu lama iaitu hampir lapan bulan tanpa sebarang keputusan.

"Orang-orang di Kota Siputeh telah ditinggalkan tanpa wakil rakyat mereka," katanya.

Pertikaian berkenaan status kerusi Dun itu timbul apabila wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarip tidak hadir ke persidangan Dun dua kali berturut-turut.

Tindakan itu didakwa telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan mendorong Yang Dipertua Dun, Dr Abdul Isa Ismail menghalang Abu Hassan menghadiri Sidang Dun pembentangan bajet November lalu



Peneroka menang lagi kes saman Felda
Harakahdaily

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.


PAS yakin Ku Li ambil pendekatan 'low profile'

Nazri Abdullah

KOTA BHARU, 29 Sept: PAS yakin pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengambil sikap 'low profile' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.

"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.

"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku kepada Harakahdaily hari ini.

Galas merupakan Dun yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang iaitu kawasan Ku Li bersama Dun Nenggiri dan Paloh.

Selain sebagai Ahli Parlimen, Ku Li juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Faktor Ku Li disifatkan sangat menarik pada PRK kali ini kerana beliau satu-satunya pemimpin Umno yang bersetuju dengan tuntutan kerajaan PAS negeri itu menuntut hak royalti minyak yang dinafikan kerajaan Pusat.

Lebih menarik lagi, apabila isu tuntutan hak royalti negeri ini dijangka akan menjadi antara isu utama sepanjang kempen pilihanraya itu nanti.

Ku Li hari ini seperti dilaporkan media bagaimanapun berkata, beliau akan berusaha merampas Dun Galas dari PAS.

Mengulas kelebihan PAS pula, Abdul Fatah berkata beliau optimis parti itu mampu mempertahankan kerusi Dun itu malah dengan pertambahan majoriti undi berbanding sebelum ini.

Ianya disandarkan kepada beberapa faktor termasuk hubungan baik kerajaan negeri dengan rakyat sejak lama.

"Kerajaan negeri sekarang berada dalam keadaan sangat baik, hubungan yang lunak antara pemimpin politik dengan kakitangan kerajaan serta pihak istana.

"Malah rakyat juga dapat menilai segala dakwaan pihak pembangkang negeri bahawa terdapat penyelewengan telah dibuktikan bahawa tidak wujud," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000).

Menurut Abdul Fatah lagi, sokongan kesemua kaum kepada kepimpinan Tok Guru sangat baik termasuk dari penduduk Asal.

Sebahagian besar masalah dan keperluan penduduk Asal negeri itu juga jelasnya telah ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri.

"Kesemua kaum Melayu, Cina , India dan orang Asal memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan Tok Guru," tambahnya.



Maaf, makanan licin di majlis raya Dr Halimah
Harakahdaily

KLANG, 27 Sept: "Minta maaf makanan licin. Saya sendiri tidak sempat merasanya sedikit pun," kata Dr Halimah Ali, Exco kerajaan negeri Selangor mengulas kedatangan yang terlalu ramai ke majlis hari raya anjuran beliau semalam.

"Sambutan teramat luar biasa. Sesak, di dalam, di luar dewan dan di jalan raya. Memang makanan habis langsung. Saya tak rasa langsung. Tapi semua happy," kata Dr Halimah kepada Harakahdaily bagi mengulas majlis yang mendapat sambutan luar biasa semalam.

(Maaf...tunggu sekejap ye...makanan habis)

Dr Halimah, Adun Selat Klang menganjurkan majlis Aidil Fitri di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai dekat sini semalam. Orang ramai mulai memenuhi dewan itu sejak jam 1.30 tengahari walaupun majlis sebenarnya bermula jam 2.00 petang.

1000 sampul duit raya yang disediakan untuk kanak-kanak yang datang habis, kata Dr Halimah lagi.

Turut memeriahkan majlis adalah maskot Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Alif dan Anis di samping persembahan nasyid Urdu oleh qari Bangladesh yang berduet dengan Ustaz Mahfuz al Hafiz.

Antara tetamu yang hadir adalah CEO PKNS, Pengerusi Majlis Sukan Negeri, Presiden Inpens, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang dan lain-lain.

"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan," kata Dr Halimah kepada semua yang hadir semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis MPK, Jamuliddin Elias yang menjadi penganjur bersama majlis ini berkata, bekalan makanan terhenti sekejap apabila hujan turun dengan lebat semasa majlis itu berjalan.

(Orang ramai berdoa dalam keadaan bersesak di Dewan Teluk Pulai)

"Alhamdulillah makanan back up ada, lemang ,otak-otak dan Kuay Char Teaw goreng. Tetapi kerana hujan ribut, khemah terangkat dan ada yg patah tiang, terbantut persiapan. Lepas hujan reda, alhamdulilah makanan dapat disiapkan," kata Jamal.

Beliau berkata, mereka menjangka pengunjung sekitar 5,000 orang tetapi yang datang lebih 8,000.

"Sebab itu peralatan backup habis dan pinggan mangkok terpaksa dibasuh enam kali yang sepatutnya 3 kali jer. Semua bekas polystren habis," beritahu Jamal.

Bagi beliau, kedatangan dan sambutan yang baik ini lambang sambutan dan sokongan rakyat terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor



DARI FB...BAB2 NI LUAR BIDANG...BACA DAN TELITI...TENTU KITA TAU MANA YANG BENAR DAN YANG MANA SALAH

Orenji Ren Oren's Photos - Wall Photos


Assalamualaikum dan Salam Reformasi buat pejuang pejuang sekelian. Tak dilupai juga Salam Bodek 1FELDA 1MALAYSIA kepada juak juak UMNO yang suka berjuang tanpa tahu arah tuju perjuangan sebenar.. Tindakan Felda mengedar Majalah ICT, Bil. 4/2010 untuk Peneroka, sehari sebelum Hari Raya, memang tepat pada waktunya. Al-Maklumlah… Semua anak-anak Peneroka FELDA balik beraya. Masa ni la… FELDA canang sana-sini, nak bagitau FELDA baik sangat... TETAPI… Inilah Majalah penipuan tahap gaban dalam sejarah FELDA. FELDA dah takde keje lain… selain nak bagitau anak peneroka dan Peneroka tentang tak puas hati kekalahan Kes SAMAN Felda Kemahang 3. Kalah buat cara Kalah… Orang kata, kalo kalah… bior la kalah dgn bermaruah. Tapi FELDA kalah, memang TAKDE MARUAH. Dulu, masa memula Kes ini difailkan… Pengerusi FELDA, Yusof Noor kata… “Ini adalah kes terpencil”, tapi bila dah kalah… bagi alasan kartun, kata “Peguam FELDA tak hadir”…
Bukan setakat itu saja… bilamana FELDA cuba bandingkan wang yg diperolehi oleh Peneroka Felda Kemahang 3 dengan Peguam yang menangani kes ini. Peneroka dapat lebih kurang RM25,000 seorang dan Peguam dapat RM3 juta. Sekolah tinggi2, masuk universiti… ada diploma, ader degree, master dan PhD, tapi FELDA punya BANGANG ngalahkan bebudak sekolah… agak2 la kalo nak tunjuk BANGANG. Dah tentu Peguam tu ader guaman dia sendiri… dia berniaga… dia bukan badan welfare. Setakat 20-30% yg diperolehi dari hasil kemenangan… standard la tu… Kalau Peguam tu dapat RM3 juta, apa la sangat… jika nak dibandingkan dgn FELDA REMBAT dan SONGLAP duit peneroka lebih kurang RM11 JUTA SETIAP TAHUN melalui INSURANS LADANG.
Di Malaysia ada LEBIH 112,000 orang Peneroka FELDA. Korang darabkan RM8/bulan... pastu darabkan dgn 12 bulan??? Modal??? Sekeping kertas setiap bulan dan air liur je… Saper Pemegang POLISI??? Tak tau… Berapa SUM ASSURED??? Tak tau… Apa yang diINSURANSkan??? Haram Jadah lagi tak tau… Sila tanya dgn Pengurus FELDA di Felda terdekat, Mana POLISI INSURANS???... Terkial2, terhegeh2 dia nak jawab… Banyak sangat makan pulut. Berdasarkan AKTA INSURANS 1996, tidak kurang 10 kesalahan yang FELDA lakukan berkenaan INSURANS LADANG. Sejak bila FELDA diwartakan sebagai Penanggung Insurans Berlesen dan menjadi Ahli PIAM? pun aku tak tau…
KESIMPULAN : FELDA MENIPU PENEROKA.
OK. Isu diatas adalah selingan. Tapi yang menarik minat aku berkenaan Majalah ICT nie… ‘Statement’ FELDA pada muka surat 25, bhg. Kiri sebelah bawah… Suka sangat ako statement nie… memang jerat leher FELDA balik, ibarat senjata makan tuan. Statement dia… “FELDA melalui FELDA Palm Industries Sdn. Bhd. (FPISB) membeli hasil peneroka menurut KAEDAH PENGIRAAN dan HARGA yang ditetapkan oleh pihak MPOB”. Betul ker??? @ FELDA buat lawak bodoh??? Lawak BANGANG??? Cerita KARTUN???... Kalau memang betul la FELDA ikut Piawaian MPOB,… jawapan mudah ako… PENIPU YANG ABADI @ BIG LIAR… Nak aku buktikan??? Aku kira mcm budak sekolah… biar semua faham macamana FELDA REMBAT duit Peneroka.

Kita ambil harga untuk Wilayah Selatan..

Langkah 1 :
taip FFB dan aku SMS ke 39111… tak smpai 1 minit maklumat dihantar semula beserta Harga Bersih Jualan Minyak Sawit Mentah Wilayah tertentu. Wilayah Selatan utk semalam 28/9/2010 adalah RM576.

Langkah 2 :
BAHAGIkan Harga Bersih Jualan Minyak Sawit Mentah Wilayah Selatan dgn Jumlah Kadar Perahan Minyak Sawit Asas (KPA) 19% = Harga BTS (Buah Tandan Segar) bagi 1% Kadar Perahan Minyak Sawit Asas (KPA). RM576/19 = RM30.315789. nilai perpuluhan terdekat = RM30.32.. Oleh itu, Harga BTS (Buah Tandan Segar) bagi 1% Kadar Perahan Minyak Sawit Asas (KPA) 28/9/2010 = RM30.32. Berapa Harga BTS (Buah Tandan Segar) bagi 1% Kadar Perahan Minyak Sawit Asas (KPA) 28/9/2010 di KILANG SAWIT FELDA di Selatan? JAWAPANnya = RM30.00 , Kenapa tidak RM30.32??? Kemana hilang RM0.32??? wallahualam. Biasanya Felda rembat diantara RM0.01 hingga RM0.49. FELDA gunakan gandaan 0.50 yang terendah. Sebagai bukti untuk dakwaan ni, Kilang Sawit FELDA di Kulai, Johor RM29.50. Ini adalah SITUASI 1 FELDA REMBAT DUIT PENEROKA.

Langkah 3 :
Untuk mengetahui Berapa Harga BTS bagi setiap 1 Tan, kita DARABkan Harga BTS (Buah Tandan Segar) bagi 1% Kadar Perahan Minyak Sawit Asas (KPA) dengan KPG (Kadar Perahan diGred). Info : KPG = KPA – Penalti (Buah Busuk, Buah Muda, Benda Asing dan lain2 (Senang kata REJECT). KPG Kilang Sawit diKulai berdasarkan UMUR POKOK @ PURATA BERAT TANDAN adalah 19.75%, jadi… Harga BTS bagi setiap 1 Tan kat KILANG SAWIT tersebut pada 28/9/2010 adalah, 19.75 X RM30.00 = RM592.50.Untuk makluman, umur Pokok disana sekitar 8 tahun atau Purata Berat Tandan adalah 12kg/tandan dan KPG yang diperolehi adalah 19.75%. Mengikut PIAWAIAN MPOB, sepatutnya KPG berdasarkan UMUR POKOK @ PURATA BERAT TANDAN adalah diantara 20% hingga 21%. Sila RUJUK Buku Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB.Ini adalah SITUASI FELDA REMBAT DUIT PENEROKA. PURATA PIAWAIAN MPOB adalah 20.50%, Berapa Harga BTS bagi setiap 1 Tan yang sepatutnya Peneroka Felda tersebut perolehi pada 28/9/2010??? RM20.50 X RM30.32 = RM621.56..

BERAPA BANYAK FELDA REMBAT DUIT PENEROKA DI KULAI JOHOR BAGI SETIAP 1 TAN????? RM621.56 – RM592.50 = RM29.06/tan. Secara purata, Peneroka disana biasanya memperolehi 3.5 tan bagi sekali pusingan penuaian. Dalam sebulan ada 2 kali. Berapa RM FELDA REMBAT Duit Peneroka sana? RM29.06 X 3.5 tan = RM101.71 ,
Kalau Sebulan??? RM29.06 X 7 tan = RM203.42.. Kalau Setahun??? RM203.42 X 12 = RM2441.04..
SATU ORANG PENEROKA… FELDA REMBAT RM2441.04, KAT MALAYSIA ADA LEBIH KURANG 90,000 ORANG PENEROKA FELDA TANAM KELAPA SAWIT, DAN INI TIDAK TERMASUK PENEROKA FELDA YANG TELAH MENUKAR TANAMAN DARI GETAH KEPADA KELAPA SAWIT UNTUK TANAMAN SEMULA. CUBA KORANG KIRA KALO RM2441.04 X 90,000 SETAHUN??? AHHHH!!!...KALKULATOR AKU MELETOPPPPP PULAKKKK AKIBAT KIRAAN YANG BEGITU BESAR NILAINYA………
Untuk Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab, Pengarah Besar FELDA : Dato’ memang tak tau kira ker???, atau buat2 tak tau kira??? Dato’ tak rasa bersalah ker??? Tak rasa hina??? Dato’ tak rasa malu ker??? Rembat duit rakyat? REMBAT Duit Peneroka hasil dari titik peluh, keringat dan tangisan air mata mereka???
Untuk Majlis Belia FELDA Malaysia : Korang tak payah la nak bangga sangat… NAJIB umumkan FELDA bagi DUIT RAYA RM350 dan RM150… DAN korang jangan ghairah bilamana dalam 3 bulan nie SEKIRANYA (Itupun kalo ada) NAJIB umumkan Peneroka FELDA akan dapat BONUS TAHUNAN @ DUIT BUDAK SEKOLAH… WAKAKAKAKAKA… DUIT MAK BAPAK KORANG JUGAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK… RM2441.04 - DUIT RAYA- BONUS TAHUNAN = HUH!!! FELDA ADER UNTUNG LAGI BEB HASIL DARI REMBAT DUIT PENEROKA....
Korang JUAK JUAK UMNO nak kata aku mengajar tak tau BERSYUKUR??? KUFUR NIKMAT??? KACANG LUPAKAN KULIT??? TAK TAU KENANG BUDI??? TAKKAN NAK SURUH BERSYUKUR KEPADA KEZALIMAN, PENIPUAN, PENINDASAN? BARUA2 dan BALACI2 FELDA yang menzalimi peneroka perlu diAJAR.Ingin saya pinjam kata2 Musa Hitam… "Jika Melayu hendak maju Melayu perlu belajar untuk kurang ajar".. Akhirkata… Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dari fakta sy ini…
Added yesterday · ·

  • 50 of 272
    • Ymtuan Tuan wira???
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm nape td marah sgt ni yamtuan...ko marah sape?
      4 hours ago · ·
    • Ymtuan Tuan masa mana??? tang mana??? tak faham aku...aku marah ko org ka???
      4 hours ago · ·
    • Wira Tornado Ayem oii yg tadi tu pencacai umngok copy id tmtuan tuan....
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm kt wall kambing to.aku tya je.jgn marah.kita kan kawan
      4 hours ago · ·
    • Jessy Koh gwe tak faham laa...YMTT org umno? biaq betul.....pe citer ni ayem...
      4 hours ago · ·
    • Wira Tornado ayemm??Anda telah salah faham...yg tadi bukan tm yg sebenar...tu pencacai umngok yg menyamar
      4 hours ago · ·
    • Ymtuan Tuan dia pakai id...tuan ym tuan ka???
      4 hours ago · ·
    • Su Eja
      Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

      Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kam...u sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.See More
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm o yeke?bru aku paham..
      4 hours ago · · 1 personLoading... ·
    • Jessy Koh lor...brapa ramai yg kene klon ni...wakakaka...tu laa privacykan profile u all laa...
      4 hours ago · · 2 peopleLoading... ·
    • Ymtuan Tuan ok no hal...aku aafkan ko org...GURU NAJIS punya keje!!! pencacai umno bersama SDB dan rakan2...
      4 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing YG TADI TU Tuan Ymtuan, KAMU YmtuanTuan.... banggang semua
      4 hours ago · ·
    • Su Eja
      Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
      Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kej...ahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusiaSee More
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm pattla la aku tgk gambr pic profile lain.celaka btl najis umno.
      4 hours ago · · 1 personLoading... ·
    • Su Eja
      Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

      Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergej...olak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.See More
      4 hours ago · ·
    • Ymtuan Tuan hebat sever dia org...patutlah masa dlm sekitar kul 10.00 td...komen aku asyik hilang je...selang 2 minit automatik enter!!!...
      4 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing BIAR BETUL ... MENIPU TAK HABIS2,.. DIA TAK GUNA PON GAMBAR KAMU, APA TUJUAN NAK KLON GUNA GAMBAR LAINNYA
      4 hours ago · ·
    • Su Eja BUKAN SERVER TAPI PENAKUT.. BILA JADI PENAKUT BEGITULAH HAKIKAT ORANG-ORNG YANG BACUL... BIARKAN....SAYA ORANG UMNO SAYA TAU NAK MENGAJAR MEREKA BAGAIMANA NANTI.. MEREKA NI BUKAN ORANG UMNO TAPI MEREKA CUBA MEMBURUKAN UMNO DENGAN MENUNJUKAN KELAKUAN JIJIK MEREKA....
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm jahat2.dasar anjing.dia pakai nama ko yamtuan..aku nyaris benci ko td.he.he
      4 hours ago · ·
    • Ahmad Tejari Othman Ahmad wow i like u BK pjuang melayu sejati..
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm bk:sape yg td bg komen maki hamun kt wall ko pakai nama kawan aku.aku tgk nama sama tp gambr profile lain..geramye aku.eee.
      4 hours ago · ·
    • Su Eja
      Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
      Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?Bukankah Tuhanmu telah men...jadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan.Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.See More
      4 hours ago · ·
    • Wira Tornado Ayem sbnrnya....copy id dlm fb sudah menjadi perkara biasa....aku pun dah kena....tpi no hal la...sb aku pun copy jugak.....fight fire with fire......hahhhahha
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm geramya aku.bertambah benci aku dgn umno.
      4 hours ago · ·
    • Su Eja PERANGAI LAHANATTULLAH MEMANG BEGITU... AHAMAD TEJARI MEMANG MELAYU TULIN KERANA MEMUJI ORANG YANG TAK TAHU RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM SEBAGAI PEJUANG MELAYU... MACAM NI LA BARU PEJUANG UMNO.. MEMILIH ORANG JAHIL SEBAGAI IDOLA...
      4 hours ago · ·
    • Ayem Bkm diorg ni main tektik kotor.kaki fitnah.aku nyaris benci dgn kawan aku..bodo piang.
      3 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing AYAM, YG TADI TU GUNA BAHASA KEDAH, KAMU TAK TAHU KE, BUKAN NIAT DIA NAK TIPU KAMU RASANYA...
      3 hours ago · ·
    • Kakarocts Dbz Dajjal BK dah dtg...insaflah...
      3 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing ASYIK MARAH NANTI BURGER KAMU HANGIT.. KAHKAHKAH
      3 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing YG KAMU DATANG2 SAJA TERUS MARAH KNP PULAK
      3 hours ago · ·
    • Kelab Bekas Ahli Umno Bomoh Kambing MASYALLAH ADA DAJJAL ASYIK NAK GANGGU ORANG PULAK...<<<<<<<<<3 hours ago · ·
    • Ayem Bkm aku rasa ang bk.aku tgk fb dia.bru bt je.yamtuan yg sebenar ada lama add jd kawan aku.yg td to x ada senarai fb aku pun..
      3 hours ago · ·
    • Kelab Bekas Ahli Umno BK: UMNO YG DI PIMPIN NAJIB MENOLAK HUKUM ALLAH
      3 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing KAMU TETAPKAN SIAPA SAYA NAK JADI,.. AAKJ, GURU, SDB, SIAPA LAGI..???? MANA SEMPAT AKU NAK JADI SEMUA NI..??? JGN TAKUT DENGAN BAYANG2 LAH BANGGANG
      3 hours ago · ·
    • Ayem Bkm BK.KAKI KENCING.KAKI FITNAH...AKU AKAN LAWAN DGN KO BK.
      3 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing KIHKIHKIH, LAWAN JUAL BURGER KE
      3 hours ago · ·
    • Bomoh Kambing TAK NAK LAYAN KAMU KERBAU
      3 hours ago · ·
    • Kakarocts Dbz BK aku ada soalan IQ utk kau..nak tak??
      3 hours ago · ·
    • Ayem Bkm aku akan terus kaco ko.kih.kih.bt buger kambing.keh.keh
      3 hours ago · ·
    • Ayem Bkm lograt peneng..aku rasa mulut mami..tulisan dia besor2.
      3 hours ago · ·
    • Su Eja SUBHANALLAH.. TERUKNYA PERANGAI BOMOH KAMBING. BARU AKU FAHAM.. DIA SANGGUP MEMBUAT HADIS PALSU KEMUDIA MENYAMAR JADI AKU .. DALAM HADIS TU DIA BUAT AYAT YANG MENGYATAKAN NABI MUHAMMAD MATI KAFIR.. SUBHANALLAH. SEKARANG BARU AKU TAHU BOMOH KAMBING INI ADALAH MUNAFIK LAHANATULLAH... PATUTLAH ORANG MENGHENTAM AKU DENGAN MENGATAKAN AKU MENGHINA HADIS..DENGAN MENGATAKAN AKU TAK PERYA ALLAH..SEKARANG TEMBELANG DIA PECAH.. ..
      3 hours ago · ·
    • Kakarocts Dbz KALAU KORG NAK TAHU BK TU BUKAN ORG ISLAM..DIA TU SENGAJA NAK MENGHINA DAN MELAGA LAGAKAN ORG MELAYU ISLAM...TAK PERCAYA...TGK SAJA KOMEN DIA...ORG YG WARAS TAK AKAN KOMEN MCM TU...
      3 hours ago · ·
    • Ahmad Tejari Othman Ahmad
      عن ابن عباس قال خطب رسول الله فقال إن الله قد أعطى كل ذي حق حقه الا إن الله فرض فئرض وسن سننا و حد حدودا وأحل حلالا و حرم حراما وشرع الدّين فجعله سهلا سمحا واسعا و لم يجعله ضيقا ألا انه لا ايمان لمن لا أمانة له ولا دين لمن لا عهد له ومن ن...كث ذمة الله طلبه ومن نكث ذمي خاصمته ومن خاصمته فلجت عليه ومن نكث ذمني لم ينل شفاعتى ولم يرد على الحوض.
      رواه الطبرانى

      Maksudnya:
      “Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dan berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang berhak akan haknya. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan yang fardhu menentukan yang sunat, menggariskan (hukum) hudud. Allah telah menghalalkan perkara yang halal, mengharamkan perkara yang haram. Allah menggubal ad-Din cara hidup yang mudah, lapang dan luas. Ia tidak menjadikannya sempit. Sesungguhnya tidak beriman (sempurna iman) orang yang tidak amanah tidak beragama yang tidak boleh dipegang janjinya. Barang siapa yang menyalahi janji setianya dengan Allah pasti ia dituntut oleh-Nya. Siapa yang menyalahi janjinya denganku nescaya aku menjadi lawannya, manakala siapa yang menjadi lawanku pasti aku akan kalahkan. Siapa yang menyalahi janjinya denganku maka tidaklah ia mendapat syafaatkudan tidaklah ia sampai ke Haudh (kolam air pelepas dahaga di akhirat).”
      See More
      3 hours ago · ·
    • Jessy Koh KD dia org islam laa...isteri dia siap pakai tudung labuh lagi...tapi dah mmg perangai kat umah pun dia suka maki hamun..kesian bini dia...tapi yg peliknya kat kete dia penuh dgn sticker dan bendera PAS
      3 hours ago · · 1 personLoading... ·
    • Su Eja SAYA DAH AGAK DAH DIA BUKAN ORANG ISLAM.. DIA GUNA SIDANG INJIL BORNEO PUNYA KITAB INJIL.. SEBAB AKU PERASAN DIA MENGUNAKANNYA HADIS PASLSU BERKENAAN MUHAMMAD MATI KAFIR....
      3 hours ago · ·
    • Su Eja ITU BARU BETUL MUNAFIK LAHANATULLAH YANG PALING TULIN...TAPI AKU TAHU HADIS DIA GUNAKAN ITU MEMANG DARI KITAB INJIL SIB..SIDANG INJIL BORNEO..
      3 hours ago · ·
    • Jessy Koh dia dok kat johor...muka dia iras musa hassan
      3 hours ago · ·
    • Kakarocts Dbz tu sekadar pic yg nak mengatakan org pas sedemikian perangai mcm dia tu...hanya ALLAH saja yg tahu...kalau org waras tak akan bg komen mcm tu..klo dia islam, sama2lah kita berdoa agar dia cpt sedar..
      3 hours ago · ·
    • Ahmad Tejari Othman Ahmad
      Manusia digerakkan oleh berbagai dorongan. Dorongan itu bersumberkan dasar asas pemikirannya. Andaikata akal nya tidak di huni oleh suatu pola pemikiran khusus tetapi sekadar pemikiran yang terpancar pancar serta keyakinan yang tidak terar...ah maka sikap dan tindak tanduknya ditentukan oleh perasaan dan pertimbangan yang terkuat tanpa merujuk kepada suatu pola pemikiran khusus. Sebaliknya jika akar tersebut telah dikuasai oleh suatu minhaj berfikir atau pola pemikiran khusus maka seluruh gerak dan sikapnya akan merujuk kepada pola tersebut dengan segala kriteria khususnya.See More
      3 hours ago · ·