Rabu, 29 Julai 2009

Ingat dirinya bagus


Ini membincangkan masalah hal menghairankan diri sendiri atau dalam istilah agama@arab ujub.Ujub adalah salah satu sifat2 10 yang Allah swt benci.Perkara ini disebut dalam blog saya ini atas permintaan sahabat penulis.Beliau yang juga banyak memberi input kepada penulis,lebih2 hal2 yang berlaku di sekolah.Beruntunglah pelajar yang menuntut disekolah yang mengkhaskan waktu solat...ada juga terdapat sekolah yang menyerahkan kepada kebijaksanaan pelajar untuk mendirikan solat.Lagi beruntunglah pelajar2 yang bersekolah di sekolah2 agama...solat berjemaah satu kewajipan.Ada dikalangan pekerja2 menganggap ia perkerja bagus,hingga menganggap orang lain kurang bagus.Sedangkan kalau kita fikir bidang pekerja berbeza2.Contoh tukang sapu dengan pengurus,jika sama pun sudah tentu kudrat lelaki dan perempuan berbeza,jika sama pun jantina dan bidangnya...mungkin berbeza umur atau pendidikan,ini sudah tentu ada yang lebih ada yang kurang.Itu belum cerita orang tidak berapa sihat dengan yang sihat...contohnya orang yang mengandung.Jangan kita mudah2 memandang negetif kepada orang lain dan memandang diri kita hebat.Itu kita yang memikir kita bagus.Betullah bagus jika orang lain menilai kita bagus,itu pun bukan dasar kawan atau satu dasar satu kepala dengan kita...atau kata lain kroni kita.Kalau betul kita bagus kita akan menerima anugerah cemerlang,itu hadiah sebab kita bagus bukan sebab kita kaki ampu dan kuat membodek bos.Itu hadiah jadi haram diterima sebab cemerlang membodek dan mengampu bukan sebab kerja kita bagus.Kerja2 ni benda subjektif susah hendak dinilai dengan adil sebab bidang2 masing2 berbeza kecuali bidang yang sama....contoh 20 tukang masak kita hendak cvari mana lebih cemerlang.Jangan nilai kita hendak nilai 20 pemandu lori dengan 20 tukang masak menjadi 40 pekerja....kita hendak cari satu cemerlang daripada 40 orang pekerja tadi memang sukar sebab bidang kerja berlainan.Cuma mudah dicari 1 cemerlang dari tukang2 masak dan 1 cemerlang dari pemandu2 lori.Kiaskan.Fikirkan.Jika kita bagus pun jangan bangga...bangga tu sombong,riak ...itu semua sifat terkeji dan haram.Apa salah kita bantu yang lemah,kita ajar orang yang tidak tahu.Ingatlah kita pun bukan lahir2 pandai...lahir2 terus kuat..kita juga diajar dan dibantu.Cuma kita ni jenis kacang lupakan kulit.Jika kita bantu orang akan sayang atau suka pada kita...dan jika kita susah ramai orangf akan menghulurkan bantuan.Kita sebenar tidak buat kerja sorang diri.Bolehkah kita,bila mati...mmemandikan,mengafankan,mengangkat ke kubur,menanam serta menimbus kita buat sendiri.Fikirlah sikit.Jangan kita ingat kita bagus sentiasa,kita kadang2 lupa,sakit dan macam2 lagi yang boleh kita terima dari kehendak Allah swt yang kita menjadikan kita perlu pertolongan orang lain.jika baik pun dunia dan akhirat...lebih takwa ..syukurlah dengan banyak solat sunat taubat juga sujud syukur serta istiqamah dengan amalan dan tidak ujub....tahniah jika dapat membuat atau tuan puan begini....

tak kenal maka tak cinta 16


Antara siri 1 hingga 15,ia berkisar kehidupan kita sehari-hari.Mungkin banyak berkisar pengalaman hidup dan persekitaran yang penulis lihat.Rata2 kita hidup dalam keadaan lupa kepada Allah swt yang menciptakan kita.Banyak dalam kehidupan seharian kita tidak mengikut peraturan Allah swt.Seolah-olah kita lupa wujudnya Allah itu sendiri.Mungkin waktu2 tertentu baru kita ingatkan Allah swt.Mungkin malang lagi kalau kita berfikir banyak peraturan Allah swt itu menyekat kehidupan atau aktiviti harian kita.Ini disebabkan kita tidak kenal atau tidak beberapa kenal dengan Allah swt.Mengenal Allah bukan satu perkara yang mudah..kalau kita fikirkan,kita hendak mengenal isteri,suami,anak-anak pun agak sukar ini apalagi Allah swt yang bersifat ghaib.Hanya dengan taufik dan hidayahlah boleh kita mengenalNya.Oleh kerana kita tidak mengenal Allah swt dengan sesungguhnya,menyebabkan berat tubuh badan untuk melaksanakan segala peraturanNya.Malah kita yang mengaku Islam kadang2 bercakap dipentas kafir atau bercakap bagi pihak kafir.Inilah kesan kita tidak mengenal Allah swt.Malah kita benci perkara2 makruf dan menyukai pula perkara2 maksiat.Mari kita renung dan fikir,setakat manalah hidup kita ini...akhirnya mati juga atau kembali juga kita kepadaNya.Kita pun sedar kita akan tua atau akan dimakan usia.Ini menyebabkan makanan kesihatan,awet muda sangat laris dipasaran.Memang tidak salah kita mengambil bahagian kita di dunia,tapi jangan sampai kita lupakan akhirat dan hari ajalnya kita.Bagi orang yang dapat hidup umur 50 ke 60 pun masih ada yang leka dengan dunia lagi. Kalau pun kita hidup sampai 80 ke 90 tahun,adakah kudrat@tenaga sama macam umur ketika 35 atau 40 tahun.Fikirkanlah umur yang sebegitu sudah tentu tidak larat lagi beribadah banyak2 dan kalau membaca quran pun sudah tidak nampak,malang lagi kalau ketika itu kita sudah nyanyuk.Adakah tuan puan tidak memikirkannya.Rebutlah peluang semasa hidup dan selagi kudrat masih kuat.Jangan asyik bertangguh-tangguh,ramai yang sudah mati...mati yang membawa azam atau cita2 hendak beribadah tapi tidak kesampaian.Mengenal Allah swt suatu perkara wajib dan haram jika diabaikan.Kesannya berat...kita terus bergelomang dengan dosa dan jika tidak sempat bertaubat kita akan dihumban ke dalam neraka di hari akhirat kelak.Kemanisan iman hanya dapat dirasa oleh individu itu sendiri dan tidak boleh dikongsi2...malah iman ini juga tidak boleh diwarisi macam harta pusaka.Maka eloklah tuan-puan menghadiri majlis2 ilmu dalam rangka untuk mengenal Allah swt.

tak kenal maka tak cinta 15


Itu,pelajar tingkatan 1...menarik pula bagi tingkatan 2...waktu zohor 3.55 petang dan rehatnya pukul 4.00petang...ini diberi masa 25 minit juga untuk solat dan minum@rehat dalam jumlah yang hampir sama 400 ke 500 orang pelajar.Ini lagi hujung waktu..sudah hampir waktu asar kalau asar bermula 4.25 petang,bagaimana,sudah tentu membimbangkan,mungkin tidak sempat solat zohor . Ini dikatakan percubaan,untuk dicuba2 sedangkan waktu solat telah maklum...begitulah standard@taraf hukum Allah swt...hukum2Nya diperkecilkan2...dipinggirkan2.Allah swt diletak terkemudian...kerana tidak untung dalam perniagaan,malah ada pula menjualkan pula agama dengan dunia.Mungkin begitu akhir zaman...mungkin kita tidak merasa hari kiamat tapi kiamat kecil iaitu mati mesti merasainya.Anda tidak takut dalam kubur yang gelap,bertilamkan serta berlangitkan tanah,lagi dalam keadaan sempit.Fikir2lah.Agama dipinggir bukan di sekolah2 atau di mana2 sekarang, malah di tv dan radio...ia sebagai acara tertentu...bulan puasa,malam jumaat dll,tapi diadakan waktu2 yang tidak sesuai menyebabkan ramai yang tidak boleh mendapat faedahnya.Malah kadang2 tajuk tidak langsung menuju kepada mentauhidkan Allah atau membincangkan kenapa hukum Allah kena@mesti dilaksanakan...inilah contoh2 Islam itu dipinggirkan.Kalau difikirkan banyak lagi contoh kita boleh dapat mungkin tuan puan pun dapat memberi contoh lain yang lebih banyak.Islam ini hanya terletak pada solat,haji,puasa,zakat,menguruskan mayat,nikah dan cerai,bahkan mungkin tahlil dan baca yassin malam jumaat.Islam lah ni macam perkara eksoseri@perhiasan luaran bukan digunakan pada keseluruhan hidup.Ingat tuan puan kita akan matikan dan dibangkitkan serta ditanya segala apa yang kita lakukan di dunia...dan satu zarah pun tidak akan terlepas.

tak kenal maka tak cinta 14


Sudahlah umur pelajar2 itu baru berumur antara 13 ke 14 tahun yang belum sebati dengan ibadah solat.Kita menghalang pula dengan alasan peraturan.Adakah peraturan manusia lebih besar dari peraturan Allah swt.Sudahlah waktu yang diberi itu lewat lagi singkat,atau dihujung-hujung waktu.Kalaulah pelajar itu mati sebelum solat adakah ia mampu menjawab dihadapan Allah swt nanti.Sebagai contoh solat zohor beri 3.20 petang,rehat pula 3.25 petang...mereka terpaksa berebut2 masa untuk solat dan minum atau makan.Cukupkah masa 25 minit untuk solat dan makan...jika seorang atau 50 orang pelajar memang cukuplah agaknya.Bagaimana kalau pelajar yang solat itu antara 400 ke 500 orang,yang telekung ada yang berkongsi,pili paip yang terbatas,malah bila diguna semua air menjadi kecil keluarnya.Mungkin yang pelajar yang tidak dididik agama secukupnya di rumah atau memang tidak solat,ia akan cuba lari dari solat.Jika pelajar yang mengutamakan makan sudah tentu ia akan makan dan meninggalkan solat.Jangan kita buat benda suruhan Allah ini macam melepaskan batuk ditangga.Bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar sahaja,tapi patut juga mereka dididik malah wajib kita mendidik mereka agar mengenal de Penciptanya.Itulah susah juga orang bertauhid atau berihsan diwaktu solat dan bukan diwaktu2 lain.Ia hanya sedar ketika susah baru sibuk mencari pertolongan dari Allah swt.Jangan ingat kita sudah berpelajaran tinggi kita sudah cukup pandai,dan memikirkan kita sudah cukup bagus...cakap kasarnya...'pooodaaah' ini dikatakan orang syok sendiri.Dalam agama dipanggil ujub...salah satu sifat yang dibenci oleh Allah swt.

Ahad, 26 Julai 2009

Mengapa kita menganut Islam 1

Ini sudah diletakkan pada blogtazkirah...sila layari...tk

Mengapa kita menganut Islam 2

layari blogtazkirah....hanya taip di google dan search..







Gratisan Musik

Amalan 1

masalah feqah di blog lain...sila sila layari blog ini@taip di google....asyiklah kita dengan Allah



Lagu Raya - Raihan - Harapan Ramadhan





Gratisan Musik