Khamis, 1 November 2012

ADAKAH KITA SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT MAKAN HAK RAKYAT...SONGLAP SERTA TIPU RAKYAT

RM207b: Nizar akan bawa buruh paksa ke parlimen

Muhammad Faizal, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mempersoalkan ke mana wang pampasan sebanyak RM207 bilion hak milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma dibelanjakan serta disalurkan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini wang pampasan tersebut, beliau berkata terdapat maklumat mengatakan perkara itu telah selesai.

Namun beliau sendiri belum pasti dalam bentuk apakah ia diistilahkan sebagai telah selesai.

"Ada usaha mengatakan isu ini telah selesai dan pihak persatuan juga mengatakan mereka menerima surat dan memberitahu isu ini telah selesai.

"Tetapi saya sendiri tidak mengetahui apa yang telah selesai, sedangkan sewaktu saya kemukakan di Parlimen sehinggalah penggulungan tidak ada jawapan dari menteri berhubung isu tersebut," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Malah beliau juga turut bertemu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan bertanyakan kenapa kementerian tidak memberi maklum balas berhubung isu tersebut.

Namun, Donald Lim menyatakan tidak mengetahui dan meminta Nizar menulis surat kepada kementerian bagi mengetahui status sebenar.

"Saya akan ketengahkan isu ini dan ia merupakan isu yang besar apatah lagi kebanyakan mereka yang terlibat merupakan ahli Umno.

"Saya akan membawa ahli persatuan dan mereka yang masih hidup ke Parlimen bagi mengetengahkan permasalahan ini dan menjelaskan kepada rakyat," sambung beliau lagi.

Beliau yang terus memperoalkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap wang pampasan tersebut sedangkan ada dokumen-dokumen yang mengatakan ia berada dalam simpanan perbendaharaan.

"Kerajaan perlu jelaskan dan kita tidak mahu wang tersebut lesap begitu sahaja. Kalau di Indonesia, Filipina mahupun Vietnam bila Jepun menyerahkan wang pampasan terus diberikan kepada rakyat kenapa tidak di negara ini," soal beliau.

Sebelum ini, Nizar telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada 10 Oktober lalu.

Nizar memaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

‘Wang ehsan’ bukti Umno tidak bertanggungjawab

Muhammad Faizal, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan penggunaan istilah ‘wang ehsan’ adalah menggambarkan sikap yang tidak bertanggungjawab Umno.

Malah apabila istilah wang ehsan digunakan maka mereka yang menerima wang tersebut boleh berbelanja mengikut kehendak serta boleh disalahguna.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, selain ia boleh disalahgunakan, wang tersebut juga tidak boleh diaudit oleh sesiapa.

"Istilah wang ehsan telah direka ciptakan oleh Umno apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS sebelum ini dan bagi saya penggunaan istilah ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

"Kita tahu wang ehsan boleh dibelanjakan sesuka hati dan tidak boleh diaudit oleh sesiapa sahaja, malah bila keadaan ini wang tersebut senang disalahgunakan oleh mereka yang menerimannya," katanya di lobi parlimen.

Salahuddin juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengikuti apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian Petronas sebelum ini dengan menggugurkan istilah wang ehsan kepada royalti.

"Najib perlu kembali kepada landasan yang sebenar, apabila istilah wang royalti digunakan maka setiap wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri.

"Ini akan meletakkan satu sikap kebertanggungjawaban terhadap sumber tersebut terutamanya dalam soal perbelanjaan, kita mahu apabila segala wang yang disalurkan dibelanjakan dengan betul bukannya disalahgunakan," sambung beliau lagi.

Beliau yang sebelum itu merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri berhubung penemuan baru minyak di pengairan Negeri Pahang, yang mana Najib menyatakan Pahang berkemugkinan akan mendapat RM100 juta setahun wang ehsan dari sumber tersebut.

"Saya menyeru rakyat Pahang mengambil peluang dalam soal ini kerana apabila Pakatan Rakyat memerintah, Pahang akan mendapat lebih dari yang dijanjikan oleh Najib kerana Pakatan menetapkan 20 peratus untuk bayaran royalti.

"Selain itu juga istilah wang ehsan tidak akan digunakan dan ini bagi memastikan tidak ada penyelewengan berlaku apabila wang tersebut disalurkan kepada kerajaan negeri," kata beliau lagi.

Hudud: Utusan jahil terus kelirukan rakyat

Datuk Harun Taib, 01 Nov 2012
Utusan masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk ‘Polemik Hukum Hudud PAS’ menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.
Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat 2 versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok, apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam.

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Adapun berkenaan dengan dakwaan bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan seperti mana yang dilaporkan dalaman artikel itu bahawa Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah dakwaan yang tidak benar dan menyeleweng daripada hakikat yang sebenarnya.

Pengarang artikel juga turut juga sudah tersasar daripada perbincangan ilmiah apabila cuba mengelirukan pembaca dan mencampuradukkan di antara perbincangan berkenaan manifesto dan enakmen.

Berkenaan isu liwat dan umur aqil baligh dalam enakmen tersebut, ianya telahpun dijawab oleh Dewan Ulamak sebelum ini tetapi sebagai manfaat bersama, ulamak tidak keberatan mengulanginya.

Adapun dakwaan Penasihat Agama Menteri Besar Terenganu, Mohd Kamal Saidin yang mempertikaikan umur bagi mukallaf adalah 15 tahun dan bukannya 18 tahun menggambarkan beliau jahil tentang perbahasan para ulamak.

Berkenaan dakwaan bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak, masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah.

Sebagai contoh, kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan di samping ianya merupakan petunjuk kepada tahap baligh dan kematangan atau dikenali sebagai 'sinnu rusyd', itu hanya sebahagian sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah.

Berkenaan dakwaan meliwat isteri yang didakwa oleh seorang ahli parlimen yang seolah-olah dilihat dibenarkan dalam enakmen hudud yang dikemukakan oleh PAS, adalah dakwaan yang melambangkan kejahilan orang yang membangkitkan isu ini.

Liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah. Perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman tetapi ia akan dikenakan hukum takzir.

Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu yudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri.

Pengarang tersebut tidak sepatutnya membaca sepintas lalu dan terus menjatuhkan hukuman tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Sebelum ini Dewan Ulamak telah memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut secara rasmi. Dakwaan yang menyatakan Ulamak PAS gagal memberikan penjelasan berkenaan dakwaan ahli parlimen tersebut adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali.

Isu hukum hudud yang hanya dilaksanakan ke atas orang Islam manakala orang bukan Islam diberikan pilihan, Enakmen kelantan dan Terengganu jelas menerangkan bahawa enakmen ini terpakai kepada orang Islam dan orang bukan Islam secara mutatis mutandis iaitu mereka yang bukan beragama Islam diberikan pilihan untuk memilih samada ingin diadili dengan hukum Islam ataupun memilih untuk dibicarakan mengikut undang-undang mereka.

Ini adalah berdasarkan ayat al-Quran daripada surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud: "Apabila mereka(orang yang bukan Islam) datang kepada kamu untuk diadili, hendaklah kamu adili mereka (dengan Islam) atau biarkan mereka (untuk membuat pilihan), sekiranya mereka enggan ianya tidak memudaratkan kamu, apabila kamu mengadili manusia hendaklah kamu berlaku adil seadil-adilnya”.

Ianya jelas berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, apabila orang bukan Islam khususnya Yahudi yang datang bertemu Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan kes mereka yang berkaitan hudud, lalu Allah s.w.t memberikan pilihan kepada nabi sama ada mengadili dengan hukum Islam atau sekiranya mereka enggan mereka boleh menyelesaikan pertikaian itu berdasarkan undang-undang mereka sesama di kalangan mereka. Ini nas al-Quran. Al-Quran memberitahu sekiranya kamu mengadili mereka hendaklah berlaku seadil-adilnya. Mazhab Syafie menyatakan adil di sini ialah hukum Islam.

Kenyataan Nazri terhadap Chia diragui, kata PKR

Muhammad Faizal, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah dilihat mempunyai konflik berkepentingan, kata PKR.

Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, PKR mendapati keluarga beliau khususnya anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.

Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.

"Sebagai seorang menteri kanan, yang bertanggungjawab dalam soal perundangan terutamanya dalam isu rasuah dan pengubahan wang haram, Mohamed Nazri perlulah lebih telus dan bersih tanpa mempunyai sebarang kepentingan terutama dengan individu yang dikaitkan dengan tuduhan," kata Rafizi.

Rafizi turut menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal.

Rafizi menyatakan dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun dalam masa yang sama Mohamed Nazri mempertahankan Chia telah menimbulkan konflik kepentinga,

"PKR menunggu maklum balas dari Mohamed Nazri yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.

Tolak royalti 20%, PAS Sabah bidas Shafie Apdal

Anis Nazri, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Sabah terlebih dahulu perlu menerima hasil dari sumber minyaknya sebelum diagihkan ke negeri-negeri lain.

Apabila terdapat lebihan dari agihan tersebut, barulah ia wajar diagihkan ke negeri-negeri lain, tegas Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling (gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menolak tawaran Pakatan Rakyat memberikan bayaran royalti sebanyak 20 peratus jika berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Seperti yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika sambutan hari Malaysia di Sabah sebelum ini, Islam telah memperingatkan mana-mana hasil yang diperoleh dari negeri tersebut perlu diagihkan untuk keperluan negeri itu sendiri sebelum diagihkan ke negeri lain.

"Justeru, untuk mengagihkannya (hasil negeri) untuk negeri lain dengan meninggalkan Sabah terus terpinggir dari arus pembangunan, merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima rakyat Sabah," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau lagi, mengapa Sabah perlu berkongsi kemakmuran bersama di saat Sabah ketinggalan dari pelbagai aspek keperluan asas.

Katanya, Sabah masih ketinggalan dari segi jajaran jalan rayanya, bekalan air terawat, kemudahan elektrik yang menghantui penduduk Sabah sekian lama.

"Kenapa hasil dari Sabah itu tidak ditawarkan kepada Sabah terlebih dahulu?  Jika selesai masalah di Sabah, tidak mengapalah jika hendak diagihkan kepada negeri lain sekalipun," kata Aminuddin lagi.

Sambil menyifatkan Shafie sebagai pemimpin yang tidak memahami denyut nadi penduduk Sabah, Aminuddin berkata kerana ketakutan mereka terhadap kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak sedar apa yang mereka ucapkan.

Shafie, yang juga Naib Presiden Umno, sebelum ini berkata tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

Menteri itu juga sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

Jangan guna 'alasan kartun' naik harga barang

Abdul Aziz Mustafa, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan kerajaan supaya menggunakan alasan munasabah untuk menaikkan harga barang dan bukan "alasan kartun".

Dengan mengambil contoh alasan kerajaan untuk menaikkan harga gula, beliau mempersoalkan "apakah dengan menaikkan harga gula, kita boleh mengurangkan penyakit kencing manis?"

"Alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa ini baik untuk kesihatan kerana apabila harga gula mahal, orang kurang makan gula.

"Akan tetapi apakah munasabah gula mahal, orang kurang makan gula?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan alasan tersebut ketika membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Sambil mengemukakan harga gula yang sentiasa naik dari masa ke semasa, Mahfuz berkata, "kalau ikut logik kerajaan apabila berlaku kenaikan tidak ada penyakit kencing manis, tetapi wad kencing manis ramai, penuh".

Sambil mengaitkan dengan statistik yang beliau kemukakan dalam perbahasan sebelum itu, beliau menyatakan, angka penyakit kencing manis terus meningkat malah yang sangat kritikal.

"Adakah munasabah maknanya hujah apabila hendak kurangkan penyakit kencing manis, kita naikkan harga gula?

"Lepas ini hendak kurangkan penyakit darah tinggi, naikkan harga garam. Hendak mengurangkan penyakit kolesterol, naik harga sotong dan udang... Hendak mengurangkan penyakit gout," kata Mahfuz.

Kalau hendak mengurangkan penyakit obesiti, adakah menaikkan harga tepung, sebab makan tepung banyak jadi gemuk, beliau mempersoalkan lagi.

"Gunalah alasan yang munasabah. Ini bagi alasan yang jadi kartun," katanya.

Beliau menyifatkan kerajaan sendiri yang mendorong kepada kenaikan harga barang yang berangkai.

"Kenaikan harga gula ini sudah tentu dia akan mengheret kepada kenaikan-kenaikan barangan yang menggunakan gula," katanya.

Mahfuz juga menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh membantu rakyat meringankan kos sara hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga barang.

Bantuan tersebut, katanya, "tidak mampu mengatasi masalah kenaikan harga barang yang berlaku saban hari".

Malah, Mahfuz melihat kenyataan Perdana Menteri itu sebagai pengakuan kerajaan "bahawa berlaku kenaikan harga barang".

Tangguh AES: Kerajaan PR prihatin keluhan rakyat

Harakahdaily, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang telah bersetuju menangguhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“Walaupun AES ini dibuat bagi bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut, namun ianya seolah-olah ingin mencari keuntungan dengan merompak duit rakyat,” kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob (gambar).

Bahkan, katanya kedudukan AES yang tidak munasabah dilihat bagaikan ingin mencari kesalahan pemanduan rakyat dengan apa cara sekalipun.

Menruutnya, DPPWP melihat penangguhan perlaksanaan AES sebagai satu pengajaran kepada pihak kerajaan Umno BN supaya berhenti dari menyembelih tengkuk rakyat demi memenuhi poket kroni-kroni.

“Apakah kerajaan ingin mendidik rakyat atau memeras ugut rakyat sendiri? Apakah kerajaan begitu terdesak kini untuk mendapatkan sumber pendapatan sehingga sanggup memecahkan tabungan rakyat sendiri?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPWP juga bersetuju bahawa pemasangan AES seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

Katanya, tindakan penangguhan tersebut juga dilihat bertepatan memandangkan begitu ramai rakyat yang teraniaya dengan saman AES.

Beliau berkata, ia juga membuktikan betapa kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat begitu prihatin dengan keluhan setiap rakyatnya yang kian dihimpit dengan pelbagai kos hidup yang kian mencengkam saban hari.

Justeru, ujarnya DPPWP mencabar kerajaan negeri Umno BN supaya turut menangguhkan perlaksanaan AES jika benar-benar prihatin terhadap permasalahan rakyat.

“Janganlah kerana AES ini projek kroni maka rakyat sanggup dikorbankan,” katanya.

Bantah AES: Rakyat tidak boleh berpeluk tubuh

Harakahdaily, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bantah AES mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
Koordinator bersama Bantah AES, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, menyedari segala hakikat mengenai pelaksanaan kamera itu, rakyat tidak boleh berpeluk tubuh.

Katanya, hasil mesyuarat yang dijalankan pada 27 November lepas yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut telah sepakat untuk menubuhkan Bantah AES.

“Bantah AES dengan ini telah memutuskan untuk menggerakkan satu himpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan di Pejabat Parlimen Lumut Barisan Nasional di Sitiawan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, di parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai ahli parlimennya bakal dipasang 9 buah kamera AES.

Sejak dilaksanakan pada 23  September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 saman dikeluarkan.

Justeru, ujarnya Perhimpunan Rakyat Bantah AES diadakan pada 9 November ini selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

“Bantah AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha,” ujarnya lagi.

SAPE DEGIL...DAN SAPE KEJAR KEUNTUNGAN...SAPE BUAT KEKAYAAN UNTUK KRONI2...SAPE MENINDAS...SAPE CUCI BUNTOT...SAPE SELAMATKAN KAWAN...ALLAH SAJA AKAN MENGHUKUM...MEREKA TAK KAN LEPAS

Apa susulan 2 kes rogol terima hukuman ringan

Harakahdaily, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Dr. Siti Mariah Mahmud [PAS-Kota Raja] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk membawa usul meminda hukuman yang lebih berat kepada pesalah rogol bawah umur (statutory rape) dan apakah langkah dan tindakan susulan Kementerian terhadap 2 kes rogol bawah umur yang menerima hukuman ringan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah bentuk latihan dan berapakah kekerapan ia dijalankan untuk melatih kakitangan bagi membantu kewujudan perkhidmatan sokongan untuk pesakit mengerjakan ibadah semasa berada di hospital.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan keperluan guru mengikut opsyen juga masih belum dapat diatasi walaupun kita telah merdeka lebih 54 tahun. Kekurangan guru opsyen utama terutamanya Bahasa Inggeris masih berlaku, apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah ini secara total.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan menyatakan usaha-usaha terkini yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong-pelancong dari Asia Barat melancong ke Malaysia.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah konkrit dan strategik kerajaan, untuk menjamin 'survival dan daya saing' Proton dapat dipertahankan sama ada Kerajaan menghapuskan eksais duti, import duti atau cukai jualan terhadap kereta nasional ini.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen; dan
(b) kategori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh oleh Kerajaan dalam bentuk cukai dari tahun 2008 hingga 2011.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam usaha menubuhkan Institusi Wasatiyah sepertimana diuar-uarkan sebagai usaha memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan jenis dan jumlah amaun hutang Negeri Terengganu dengan Kerajaan Pusat dari tahun 2005 hingga September 2012.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan untuk mengumumkan lokasi keseluruhan kamera AES di seluruh negara sama ada di jalanraya atau lebuhraya untuk mengesan hadlaju dan juga kesalahan di lampu isyarat.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan bagi projek-projek pembangunan di kawasan Parlimen Hulu Langat bagi tempoh 2008 hingga kini. Senaraikan projek yang dimaksudkan dengan peruntukan terperincinya.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan mengenai berapakah jumlah individu yang dapat dikumpulkan sejak program cari-cari dilaksanakan dan bagaimanakah ianya dapat mengurangkan kadar kemiskinan di dalam masyarakat dan apakah inisiatif Kementerian untuk menjadikan mereka ini boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan sepanjang hidup.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan terkini jumlah tanggungan hutang negara dan jumlah hutang isi rumah rakyat seluruh negara sehingga tahun 2012 dan penyelesaiannya.

RM12 juta kos selenggara kediaman rasmi PM, TPM

Muhammad Faizal, 31 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.

Penyelenggaraan bagi Seri Perdana (gambar), kediaman Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria untuk kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebanyak RM5,117,305.26.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan demikian dalam jawaban bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.

Nazri dalam jawapan itu memberitahu kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).

Sementara itu kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).

Kamu, apa yang kamu makan

Kemilau Publika, 31 Okt 2012
Kamu, Apa yang Kamu Makan
oleh Ann Wan Seng
Harga: RM18.00/RM21.00
ISBN: 978-967-361-060-0
Tarikh Terbit: November 2012
Jumlah Muka Surat: 274

----------------------------

Pemakanan merupakan salah satu aspek yang sangat diberikan penekanan oleh Islam.

Umat Islam bukan sahaja diminta memakan makanan yang halal iaitu yang suci dan bersih tetapi juga toyyiban yakni makanan yang baik, selamat serta memberikan manfaat kepada tubuh dan kesihatan.

Selain itu, aspek pemakanan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan amalan keagamaan dan amal ibadat yang dilakukan.

Bagi mencapai kesempurnaan dan tahap tertinggi dalam ibadat, roh perlu dalam keadaan yang bersih.
Untuk membersihkan roh, seseorang perlu membersihkan hatinya. Untuk membersihkan hati pula, seseorang harus memastikan makanan yang dimakan adalah bersih dan datang daripada sumber yang halal.

Menyedari betapa pentingnya aspek ini dalam kehidupan umat Islam dan manusia secara umumnya, buku ini memberikan perhatian khusus untuk memberikan panduan mengenai pemakanan berasaskan sunnah Nabi dan tuntutan ajaran Islam.
Sesungguhnya sebaik-baik contoh tauladan ialah baginda Rasulullah .
Setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan cara hidup baginda mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Semoga dengan memiliki buku ini akan memberikan kesedaran kepada kita dalam menjaga pemakanan seharian kerana ia melibatkan bukan sahaja aspek kesihatan malah keagamaan.

Lawati www.kemilau.net.my untuk maklumat lanjut

Selamat Membaca.

Khalid Menteri Besar terbaik

Subky Latif, 30 Okt 2012
PERDANA Menteri menunggu Datuk Seri Anwar menobatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik dengan segala hujahnya.
Pertama dia ada integriti dan tidak rasuah dan tidak menjadikan pangkat dalam politik untuk mencari kekayaan. Malah dia bukanlah orang politik sangat, tetapi dia orang yang bekerja.

Jika Anwar katakan Khalid Menteri Besar/Ketua Menteri yang terbaik di seluruh negara sejak merdeka pun boleh bersetuju secara umum sebelum dibuat auditan untuk semua.

Kerana itulah kalau Anwar memberi kuasa kepada saya untuk menyusun kabinet bayangannya saya akan namakan Khalid sebagai calon menteri kewangan seperti yang saya tulis dalam Harakah dua minggu lalu.

Selepas saya namakan  dia calon menteri kewangan, Anwar pula kata  dia Menteri Besar Selangor yang terbaik. Maka sebagai Menteri Besar yang terbaik, boleh ditimbangkan dia untuk menjadi calon terbaik bagi menjadi menteri kewangan.

Selepas Perdana Menteri Mahathir ada tiga orang menteri kewangan – Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim – Barisan Nasional sudah  tidak jumpa orang untuk menjadi menteri kewangan lalu semua Perdana Menteri menjadi menteri kewangan. Sejak tahun 1999 hingga PRU13 kita tidak ada menteri kewangan khusus dan penuh masa. Malaysia ada menteri kewangan sambilan saja.

Malaysia kini adalah sebuah negara yang kucar kacir politiknya, ekonomi, kewangan dan pentadbirannya. Maka Perdana Menteri menunggu memerlukan seorang menteri kewangan yang lebih hebat dari Tun Tan Siew Sin.

Siew Sin jadi menteri kewangan pada masa negara baru merdeka yang masalahnya darurat dan ancaman komunis bersenjta saja. Rasuah tak ada, orang melarikan wang negera tiada selain dari penjajah kaut. Kewangan yang British tinggal tiada banyak masalah. Cuma ekonomi saja belum dibangunkan. Siew Sin tidak banyak masalah menyambung tugas yang Inggeris tinggalkan.

Tetapi negara yang Pakatan Rakyat hendak ambil ialah sebuah negara yang penuh dengan beban hutang, mata wang yang tidak kukuh, inflasi, rasuah, penyelewengan dll, maka tugas menteri kewangan adalah berat bagi menghadapi sistem pemerintahan yang porak peranda itu.

Negara memerlukan seorang menteri kewangan berwatak kuat macam Al-Marhum Tun Dr. Ismail yang tidak suka bermuka-muka. Orang yang tidak banyak politiking yang ada pengalaman boleh mengawal pentadbiran, kewangan  dan sebagainya.

Tentu Selangor juga merasa perlu wibawa sepertinya bagi menentukan reformasi pentadbiran dapat diteruskan. Apabila Selangor beroleh Menteri Besar terbaik tentulah ia berhadapan masalah mendapatkan ganti sebaiknya.

Seperti zaman Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar, mungkin dia tidak sebaik Khalid, tetapi dia terlalu popular. Selangor berdepan dengan masalah untuk mencari penggantinya hinggalah datang Khalid Ibrahim.  Selangor bertuah beroleh Khalid. Payahlah mencari ganti sepertinya.

Jika Selangor boleh dapat pengganti, maka dia adalah calon pertama paling sesuai jadi menteri kewangan.

Saya kenal Khalid sebelum saya kenal Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Masa jadi guru sementara sebelum masuk universiti, saya sudah kenal dia. Saya kenal neneknya, ayahnya, emaknya dan semua adik beradiknya. Maka saya tahu dan yakin dengannya.

Ketika dia mula bekerja di PNB sebelum jadi CEO, dia cerita pada saya kerja yang sedang dibuatnya. PNB belum ada apa-apa. Saya tanya bolehkan dia buat? Lepas itu dia  jadi CEO. PNB jadi gergasi yang sebelumnya adalah Awang Kenit.

Kerana itu saya terasa kementerian kewangan perlukan orang sepertinya.
Ahli majlis berdemo tolak SUK Kedah

  • Susan Loone
  • 12:20PM Nov 1 2012
Sekumpulan ahli majlis berkumpul di luar Wisma Datul Aman, bangunan pentadbiran negeri di Alor Setar, hari ini bagi menuntut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir meletakkan jawatan.

Jurucakap mereka Mohd Jamal Nasir berkata, kumpulan mereka, termasuk penghulu-penghulu kampung sudah mengadakan tiga kali bantahan yang sama sebelum ini.

NONEPerhimpunan melibatkan 200 orang itu dimulakan dengan bacaan Yasin di bawah pokok berdepan dengan bangunan itu.

Mohd Jamal yang juga ahli majlis Kubang Pasu berkata, mereka benar-benar mahukan Rasli berundur.

"Kami serius dengan perkara ini. Ini kali keempat kami protes dan kami akan terus lakukannya sampai mesej ini sampai kepada Rasli.

Rasli sebelum ini dikecam atas tindakan menukar beberapa pegawai daerah, termasuk Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Mohd Nor ke ke Kuala Muda.

Difahamkan Rosli kini berada di Mesir atas lawatan kerja.
PAS: Jangan 'aniaya' Pahang macam Kelantan
11:20AM Nov 1 2012
Ekoran penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, Pahang, PAS berharap nasib negeri itu tidak seperti Kelantan yang masih bergelut untuk mendapatkan royalti minyak 5 peratus daripada Petronas.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, royalti daripada Blok PM307 itu haruslah dibayar mengikut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan bukannya ditukar kepada "wang ehsan".

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sistem wang ehsan adalah tidak adil kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Pahang dan Kelantan kerana ia amat tertakluk pada budi bicara kerajaan persekutuan kepada negeri-negeri," katanya yang juga ketua penerangan PAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di Blok PM307.

Katanya, penemuan itu sangat penting memandangkan belum pernah ditemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan pengeluaran dijangka pada 2014 dengan sasaran antara 17,500 dan 20,000 tong sehari.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim juga mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menaikkan bayaran royalti minyak kepada 20 peratus jika berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru, katanya, semua pihak, termasuk Pahang perlu menyambut baik perkara itu.

"Di bawah Pakatan, Pahang dan Kelantan akan memberi duit royalti sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak dan bukannya ‘sedekah' wang ehsan berdasarkan budi bicara kerajaan persekutuan," katanya.
Ahli majlis: Kohilan tak boleh cuci tangan

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 11:52AM Nov 1 2012
Tidak benar Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay tidak terlibat dalam kelulusan projek kondominium kontroversi dekat kuil Batu Caves, kata seorang ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Lee Khai Loon berkata, walaupun mengakui kelulusan dibuat oleh Bahagian Unit Setempat (OSC) seperti didakwa Kohilan, ia bagaimanapun mesti dipersetujui oleh ahli majis sebelum boleh dilaksanakan.

mediarakyat talkshow 160312 lee khai loon"Kebiasaannya terdapat tiga atau empat ahli majlis dalam OSC. Wakil-wakil agensi kerajaan juga mengganggotainya," katanya.

Menurut Lee, OSC dalam majlis perbandaran bertujuan memudahkan proses permohonan untuk projek pembangunan dan mengurangkan karenah birokrasi.

A Kohilan sebelum ini menjelaskan, beliau sama sekali tidak terlibat dengan kelulusan projek dekat kuil tarikan pelancong itu walaupun menjadi ahli MPS ketika keputusan itu dibuat.

Sebaliknya, kata senator itu, kelulusan terhadap projek yang dipertikaikan itu dikeluarkan oleh OSC.
'Datuk' pada pengarah SPRM Pahang tangguh

  • Hafiz Yatim
  • 8:38AM Nov 1 2012
EKSKLUSIF Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menggelegak' berhubung anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' kepada pengarah SPRM Pahang, walaupun beliau sudah dua kali dikenakan tindakan kerana dakwaan salahlaku dan kini menghadapi siasatan ketiga.

Beliau dijadual menerima anugerah 'Darjah Indera Mahkota Pahang' yang membawa gelaran 'Datuk', kata satu sumber yang ingin tahu mengapa beliau boleh terlepas proses saringan yang dibuat ke atas mereka yang dicalonkan untuk menerima anugerah darjah kebesaran.

Bagaimanapun, berikutan pertanyaan berterusan daripada Malaysiakini sejak dua hari lepas, portal berita ini telah dimaklumkan lewat semalam bahawa anugerah tersebut telah "ditangguhkan".

Menurut sumber tersebut, SPRM ditugaskan untuk menyaring semua mereka yang dicalonkan menerima darjah kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan bagi memastikan mereka tidak terlibat - atau disyaki - melakukan salahlaku termasuk rasuah dan kegiatan jenayah.

Pada akhir tahun 1990-an, sebagai contohnya -  Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ia dikenali sebagai SPRM sekarang - telah mengenal pasti dua individu yang sedang disiasat berhubung kes rasuah, semasa raptai majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Melaka.
"Jadi bagaimana nama Moh Samsudin boleh terlepas saringan tersebut sedangkan namanya terdapat dalam senarai yang disiarkan dalam akhbar pada 24 Oktober dan sekali lagi pada Sabtu lepas?" kata sumber tersebut.

Apatah lagi, calon tersebut adalah dari kalangan pegawai SPRM sendiri.

Ketika dihubungi semalam, Moh Samsudin hanya berkata: "Memandangkan aduan telah dibuat kepada anda (Malaysiakini), anda perlu menyiasatnya (sendiri)."

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, juga ketika dihubungi, telah  mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Mohd Shukri Abdull (kanan) untuk memberi respon.

Shukri berkata Moh Samsudin tidak dimasukkan dalam proses saringan kerana pencalonan untuk anugerah itu datang terus dari istana Pahang.

Bagaimanapun, satu lagi sumber yang biasa dengan proses saringan tersebut menegaskan bahawa SPRM mempunyai kuasa untuk menyaring calon-calon dan menyekat pemberian anugerah walaupun dalam keadaan sedemikian.

Pada kira-kira jam 6.30 semalam, Shukri menghantar SMS kepada Malaysiakini menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa kerajaan Pahang telah menangguhkan anugerah darjah kebesaran itu kepada individu berkenaan.

Satu daripada tiga tuduhan salahlaku dibuat terhadapnya ialah tiga tahun lalu ketika menjadi pengarah SPRM Selangor, selepas beliau memberikan 'nasihat' kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum merakam kenyataannya berhubung kontroversi berkaitan penggunaan kereta rasminya.

Satu sumber yang biasa dengan kes itu berkata Moh Samsudin tidak diberi kuasa untuk menawarkan 'nasihat' atau merakam kenyataan itu.

"Dia boleh telah dipecat, tetapi telah diberi amaran keras dan dipindahkan untuk menjadi pengarah (SPRM) Pahang.

"Tangga gajinya telah diturunkan daripada gred khas kepada D54, dan gajinya dan promosinya telah digantung sehingga 2014," kata sumber itu.

Tuduhan salahlaku ketiga sedang disiasat, tetapi butiran mengenainya tidak didedahkan sementara menunggu keputusan siasatan.
'Tiada undang-undang antidiskriminasi OKU'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 10:39AM Nov 1 2012
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik menggesa semua pertubuhan Orang Kurang Upaya (OKU) supaya bangkit menuntut "hak kesaksamaan" seperti yang dinikmati kumpulan lain.

Katanya, pertubuhan OKU itu perlu bersama-sama mendesak, termasuk melobi di parlimen supaya polisi dan undang-undang untuk membolehkan OKU menikmati hak tersebut seperti yang dilaksanakan di negara barat.

NONE"Di negara-negara Barat, mereka ada polisi dan undang-undang ini. Hak kesaksamaan ini seperti peluang untuk kerja, pendidikan, peluang muncul di media, peluang untuk bersuara dan yang paling penting ialah undang-undang antidiskriminasi terhadap OKU.

"Perlu ada undang-undang tersebut... Ini perlu perjuangkan bersama dengan orang lain. Contohnya, keluar berita di media cerita (yang) memfitnah OKU, kita boleh saman syarikat media itu.

"Ada syarikat yang tidak mahu mengambil OKU bekerja, walaupun kita mampu dan berkelayakan, kita saman syarikat tersebut. Kawasan perniagaan, dia (syarikat) halang kita jual tisu, kita saman syarikat tersebut," katanya.

Bercakap dalam forum bertajuk "Isu OKU, penjaja bebas dan zakat" di Brickfields, Kuala Lumpur malam tadi, Dr Maszlee yang juga seorang moderator terkenal mendakwa, ketika ini undang-undang antidiskriminasi terhadap OKU "tidak ada".

"Jadi perkara ini yang kita perlu perjuangkan," katanya.

'Orang Kurang Sedar'

Mengakui dirinya sebelum ini tergolong dalam kumpulan "Orang Kurang Sedar" atau "Orang Kurang Peduli", tetapi selepas melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, sikap beliau mengenai kumpulan itu berubah.

Ini kerana, katanya, hal tersebut berlaku selepas beliau melihat satu rancangan di televisyen yang memberi peluang kepada kumpulan berkenaan muncul dalam rancangan khas dalam media.

NONE"Ada rancangan khas untuk kanak-kanak OKU. Saya rasa bila balik ke Malaysia, tidak ada. Saya ingat, bila sambutan Krismas, tiap-tiap hari ada saja rancangan dalam setengah jam mengenai orang kurang upaya.

"Anak saya bercakap, alangkah baiknya kalau orang buat program ini, (adalah) orang Islam, kerana dia mendapat pahala membantu orang yang memerlukan. Lalu hati saya tersentuh," katanya.

Turut hadir sebagai penalis dalam forum itu aktivis kumpulan pelobi Kempen OKU Bangkit Mohammad Faizal Che Yusof dan wakil Persatuan Kebajikan Pekerja Sendiri OKU Penglihatan Kuala Lumpur (PKB) Omar Ahmad.

Menegur sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia yang memandang OKU ini sebagai "peminta sedekah, merempat dan menyusahkan orang lain", Dr Maszlee menegaskan perkara itu perlu diubah.

Kononnya negara Islam...

"Sedangkan mereka (rakyat) ini tidak nampak orang-orang (OKU) ini membawa rahmat, pahala dan melengkapkan kehidupan mereka dengan menyedarkan bahawa mereka diberikan nikmat oleh Allah. Maka mereka (OKU) kena bantu," katanya.

Dengan memberikan contoh Tokyo yang disifatkannya sebagai NONE"bandar raya Islam" kerana kepeduliannya dan mesra kota besar itu menyediakan jalan khas untuk orang yang cacat penglihatan.

"Kuala Lumpur nama sahaja... kononnya negara Islam, tetapi tidak Islamik langsung kerana tidak mesra kepada tuan-tuan dan puan-puan," katanya sambil diiringi tepukan dan sorakan kira-kira 50 OKU yang hadir di Dewan Rukun Tetangga di Brickfields malam tadi.

Ahli akademik dalam bidang pengajian Islam itu turut berpendapat zakat boleh disumbangkan kepada kumpulan OKU kerana mereka tergolong dalam kumpulan fisablillah (golongan berjihad di jalan Allah) - antara lapan asnaf yang layak menerima zakat.

"Masalahnya bila sebut pasal zakat, dia nampak individu... Jangan tengok OKU pada individu, tetapi tengok kepada institusi.

"Institusi nak jaga mereka, institusi nak ajar mereka, institusi nak membantu memudahkan kehidupan mereka. (Ada di kalangan mereka) nak berniaga atau bekerja...Jadi mereka perlukan dokongan, dana dan institusi," katanya.
Aktivis gesa isi parlimen dengan wakil mesra OKU

  • Abdul Rahim Sabri
  • 10:28AM Nov 1 2012
Aktivis orang kurang upaya (OKU) menggesa pertubuhan berkaitan mereka memastikan anggota parlimen yang akan dipilih dalam pilihan raya umum akan datang terdiri daripada pihak yang
"mengambil tahu dan mahu mendengar" pandangan mereka.

Jurucakap kempen kumpulan pelobi hak kumpulan itu "OKU Bangkit" Mohammad Faizal Che Yusof berkata, sudah sampai masanya hasrat golongan itu disuarakan mereka.

NONE"Jadi tolonglah, kita ini menjadi OKU sejak kecil sehingga sampai ke mati. Jadi sudah sampai masanya kita menyuarakan (hasrat kita).

"Pastikan parlimen diisi dengan orang yang hendak ambil tahu hal rakyat, yang boleh mendengar pandangan rakyat termasuk OKU dalam dewan ini," katanya dalam forum di Brickfields di ibu negara malam tadi.

Mohammad Faizal juga mengajak pertubuhan OKU berbincang tentang program melibatkan golongan itu memandangkan pilihan raya umum "semakin hampir".

Katanya, rakyat termasuk OKU perlu memanfaatkan parlimen untuk menyuara dan mendesak kerajaan yang memerintah supaya merancang program yang menyeluruh melibatkan kumpulan itu

NONESehubungan itu, beliau yang juga pengerusi Sekretariat Prihatin OKU mengumumkan akan menyertai wacana bersama parti politik yang akan membincangkan khususnya berkaitan isu dan program berkaitan kumpulan itu.

Wacana itu akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, dekat ibu negara pada 10 November ini anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Sekretariat itu yang berfungsi sebagai badan pemikir dan sumber rujukan kepada parti politik mengenai isu berkaitan OKU, setakat ini mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat, tambahnya yang juga seorang peguam.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik dan wakil Persatuan Kebajikan Pekerja Sendiri OKU Penglihatan Kuala Lumpur (PKB) Omar Ahmad.
Anggota Parlimen setuju AES ditangguhkan

  • Bernama
  • 6:13AM Nov 1 2012
Rata-Rata anggota Parlimen bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan.
  
Malahan mereka berpendapat kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sistem itu dilaksanakan, lapor Bernama.
  
Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

"Saya menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di seluruh negara tetapi pemasangan AES harus diletakkan di kawasan yang sesuai.

"Apa yang berlaku sekarang, terdapat banyak rungutan daripada pengguna jalan raya bahawa pemasangan AES bukan sahaja diletakkan di tempat yang tidak sesuai, malah ia turut mendedahkan pengguna jalan raya kepada bahaya," katanya kepada Bernama di bangunan Parlimen hari ini.
  
Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyarankan supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta halaju praktikal sesebuah kawasan.
  
Mohd Radzi juga berkata beliau percaya ramai yang telah ditangkap gambar kerana melakukan kesalahan lalu lintas tidak akan membayar saman untuk menunjukkan protes.
  
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan sistem tersebut dan mendapatkan pandangan pakar sebelum meneruskannya pada masa depan.
  
Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin pula berkata penangguhan AES itu perlu supaya kerajaan, khususnya pihak Kementerian Pengangkutan, dapat memberi penjelasan sepenuhnya kepada rakyat berhubung kepentingan melaksanakan sistem baru tersebut.
  
Beliau turut berpendapat aspek pendedahan awal terhadap pelaksanaan sistem AES terlalu kurang menyebabkan rakyat tidak bersedia sehingga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penguatkuasaannya.
  
"Sungguhpun pemasangan AES bertujuan untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya, namun ramai kurang tahu mengenai pelaksanaan ini (AES)... tahu-tahu dapat saman sahaja.
  
"Jadi, ini yang mereka (rakyat) tidak puas hati," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu.
  
Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, yang menyambut baik cadangan penangguhan AES, mencadangkan supaya sistem itu diberi satu tempoh percubaan.
  
Beliau berkata sepanjang tempoh percubaan itu, kerajaan akan mempunyai ruang untuk mengkaji keberkesanan sistem tersebut terutama dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
  
"Saya cadangkan tempoh percubaan selama enam bulan boleh menjadi proses untuk mendidik rakyat, yang kemudiannya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) misalnya, boleh mengemukakan laporan sejauh mana tempat yang dipasang AES ini betul-betul berkesan dari segi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,"
katanya.
  
Pada masa sama, Ibrahim turut mencadangkan agar saman yang dikeluarkan kepada pengguna jalan raya ditangguhkan bagi menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap desakan rakyat.

Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata beliau menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara kerana jumlah kemalangan di negara ini antara yang tertinggi di dunia.
  
Bagaimanapun, katanya, sistem itu perlu diwujudkan kerana sudah terbukti ramai pengguna jalan raya gemar melanggar lampu merah serta memandu melebihi had laju, yang boleh membahayakan pengguna lain.
  
Bagi Anggota Parlimen Kubang Kerian Salehuddin Ayub, penangguhan pelaksanaan AES adalah wajar kerana ia bukan penyelesaian dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya tetapi lebih kepada membebankan pengguna.
  
"Semua pihak harus bersuara dengan memberi pendapat mengenai isu ini, dan memastikan ia mencapai matlamatnya untuk menyelesaikan kes kemalangan jalan rayadan bukan menjadikan pengguna jalan raya sebagai mangsa kepada sistem penguatkuasaan yang tidak berkesan," katanya, lapor Bernama.
Sebelum ini, negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sepakat untuk menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian dijalankan mengenainya.
Manakala Harakahdaily melaporkan Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar semalam menyeru orang ramai tidak membayar saman AES, sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.

Katanya, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu.
"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Langat 2: Kedegilan Selangor menyusahkan

  • Mohd Faizal Hassan & Yuri Azhar Mazlan, Bernama
  • 11:01AM Nov 1 2012
Kerajaan Selangor tetap berdegil untuk meneruskan penggunaan teknologi penapis air membran bagi meningkatkan pengeluaran air terawat walaupun kerajaan persekutuan memutuskan pembinaan loji
rawatan baru adalah lebih baik dan berdaya maju bagi penduduk di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan persekutuan, disokong dengan bukti dan kajian terperinci memutuskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) jauh lebih baik daripada penggunaan teknologi penapis air membran yang cuba dicanang kerajaan Selangor selepas mendapat nasihat 'pakar-pakar mereka'.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mendapati pembinaan logi Langat 2 adalah lebih ekonomi dan berdaya maju dengan memindahkan air dari negeri Pahang ke Selangor daripada angan-angan kerajaan Selangor yang mengambil dan menggunakan sumber mentah dari sungai, tasik dan lombong di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata kalau kerajaan negeri Selangor bijaksana, mereka harus melihat penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya.

Katanya penggunaan teknologi penapis air membran itu tidak praktikal dan hanya boleh meningkatkan mutu air yang dirawat serta akan melibatkan kos yang lebih tinggi.

Di Dewan Rakyat pagi Selasa lalu, fakta yang dijelaskan daripada KeTTHA dengan mudahnya menangkis idea Mat Jenin kerajaan Selangor mengenai penggunaan teknologi penapis air membran itu sehingga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa mengadakan sidang akhbar bagi membuktikan pihaknya benar pada sebelah petang.

Pihak KeTTHA hairan bagaimana kerajaan Selangor yang penuh dengan taburan janji kosong itu boleh meneruskan penggunaan teknologi membran sedangkan sumber mentah dari lima sungai di negeri itu telah diguna pakai secara optimum.

"Teknologi itu tidak dapat dibuktikan boleh mengeluarkan atau boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran air dalam skala besar atau tinggi. Mungkin jangka pendek tapi tidak dapat memenuhi unjuran permintaan.

"Lebih-lebih lagi kalau perlu melibatkan loji-loji sedia ada. Kosnya tinggi. Kita masih lagi menunggu laporan pakar.

"Perlu juga diingatkan apa juga teknologi, memerlukan sumber air mentah yang banyak. Sungai sedia ada sudah hampir optimum dan ada yang beroperasi dengan beban yang lebih. Kos untuk teknologi ini melebihi pembinaan Langat 2," kata Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Noriah Kasnon.

Noriah turut membidas kerajaan Selangor yang tarik tali dan berdolak dalik dalam mencari jawapan dan penyelesaian kepada bekalan air bersih dan terawat ini.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan negeri terdesak mencari jalan penyelesaian kepada masalah air ini sehingga wujud cadangan pembenihan awan dan ini menunjukkan mereka seolah-olah menekan butang panik dalam keadaan itu.

Dalam sidang media Khalid Selasa lalu, pihaknya mahu melakukan penstrukturan terhadap syarikat-syarikat milik kerajaan negeri seperti Syabas, Puas, Puncak Niaga sebelum bersetuju terhadap Langat 2.

Baginya, projek Langat 2 bukan sesuatu yang harus diutamakan sekarang kerana kerajaan negeri kini lebih tertarik dalam pilihan lain iaitu penggunaan teknologi membran bagi meningkatkan pengeluaran air terawat tanpa pembinaan loji rawatan baru.

Noriah ketika dihubungi Bernama hari ini untuk reaksi mengenai kenyataan Khalid itu berkata seharusnya Khalid tidak mencampuradukkan hal penstrukturan syarikat tersebut dengan isu Langat 2.

Sambil terkejut dengan pendirian Khalid itu, Noriah meminta kerajaan Selangor untuk tidak menjadikan ia satu syarat persetujuan kerana kepentingan rakyat perlu didahulukan.

"Projek Langat 2 perlu mula pertengahan 2013 atau kita akan berdepan krisis air di kawasan terlibat.

"Penstrukturan itu bila-bila boleh dilakukan termasuk secara berterusan. Kita tiada masalah untuk pihaknya ambil alih (empat syarikat) itu. Pergilah bincang dengan mereka.

"Tapi jangan merisikokan kebajikan rakyat dengan meletakkan syarat itu," katanya.

Umum perlu tahu bahawa projek Langat 2 melibatkan kerja pembinaan loji rawatan air untuk merawat air mentah dari Sungai Semantan, Pahang, pemasangan paip agihan air dan juga pembinaan kolam takungan air di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Mengikut perancangan, projek ini akan dilaksanakan melalui dua fasa di mana fasa pertama akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 23 pakej pembinaan termasuk pembinaan sebuah loji air di Langat.

Penyiapan fasa pertama dijangka berupaya membekalkan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari dan sehingga 30 September ini, kemajuan keseluruhan sebenar projek adalah 28.39 peratus berbanding jadual sebenar 66.34 peratus dan projek ini telah mengalami kelewatan 589 hari bekerja.

Pembinaan loji rawatan air ini yang dilaksanakan melalui Tender Pakej 2A di mana penawaran tender akan ditutup pada 20 Nov, 2012. Berdasarkan kemajuan ini, pembinaan loji rawatan air ini dijangka akan bermula pada pertengahan tahun 2013.

Bagi Khalid, apa jua berlaku beliau tetap menolak Langat 2 sehingga berhajat untuk bertemu timbalan perdana menteri bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Alasan Khalid dalam cadangan pengstrukturan semula pengurusan air di Selangor adalah untuk mengawal tarif air agar ia tidak naik dengan sewenang-wenangnya.

Menteri Besar Selangor juga berpendapat projek Langat 2 tidak akan memberi sebarang faedah sekiranya syarikat air di Selangor masih belum dimiliki kerajaan negeri. Masalah ini kelihatan seperti situasi stalemate dalam permainan catur, tetapi kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM606 juta untuk projek mitigasi bagi menampung permintaan air di kawasan yang terjejas.

Noriah juga berseloroh namun dalam nada keyakinan yang tinggi, bahawa Langat 2 pasti akan diteruskan jika kerajaan Selangor berpindah tangan dan kembali kepada kepimpinan BN selepas pilihan raya umum nanti.

- Bernama

PERJUANGAN KEARAH ISLAM...JADI KEWAJIPAN ORANG ISLAM MENYOKONG...BUKAN MENENTANGNYA

MB Pahang mesti pertahan hak negeri!

Nasrudin bin Hassan, 01 Nov 2012
1. Negeri Pahang kelak akan menjadi satu lagi negeri pengeluar minyak di Malaysia dengan jumlah pengeluaran 17,500 sehingga 20,000 tong sehari  bermula suku tahun ketiga 2014. Jika diambil kira pengeluaran dari medan minyak Malay Basin yang sama, petroleum dari medan minyak luar pesisir (99 batu dari pantai) Pahang ini berkemungkinan dari jenis Tapis Blend yang sangat bermutu tinggi dengan telaga berada pada kedalaman 76 meter (blok Tapis di Terengganu pada kedalaman 64 meter, 118 batu dari pantai), kos pengeluaran dijangka rendah.

2. Jumlah pengeluaran di bawah purata 25,000 tong ini sebenarnya masih kecil tetapi perlu diingatkan bahawa ini cuma jumlah permulaan. Potensi ekonominya tinggi mengambil kira jumlah simpanan terbukti mencapai 64 juta tong sehari dan angka-angka ini dijangka terus meningkat melalui usaha eksplorasi minyak yang terus digiatkan.

3. Sebaiknya sebagai orang Islam, kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas pemberian rezeki dan nikmat-Nya kepada kita. Begitupun, pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa hasil mahsul petroleum Pahang akan dibayar melalui mekanisme wang ehsan cukup mengejutkan dan mengundang persoalan perundangan dan politik.

4. Berdasarkan amalan terdahulu, pemberian wang ehsan bermakna hasil mahsul petroleum Pahang akan disalurkan ke agensi persekutuan di peringkat negeri dan bukannya ke akaun kerajaan negeri sepertimana amalan pembayaran wang tunai Petronas ke Terengganu pada tahun 1999-2003. Anggaran RM100 juta setahun sepatutnya memberi tambahan 20 peratus kepada perolehan negeri yang sekarang ini berada di dalam lingkungan RM530 juta setahun.

5. Dari segi perundangan, pemberian wang ehsan adalah bertikaian dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan negeri Pahang. Dari segi politik, kaedah ini menampakkan ketidakyakinan kerajaan pusat dan negeri Umno-BN untuk mengekalkan pemerintahan di Pahang selepas PRU-13, lantas memastikan awal-awal lagi agar hasil minyak tidak diberikan kepada kerajaan negeri.

6. Alasan kerajaan Pusat, sewaktu kes di Terengganu dahulu adalah kerana kerajaan negeri pimpinan PAS pada waktu itu tidak kompeten di dalam pengurusan wang tunai hasil petroleum negeri. Maka bolehlah diandaikan bahawa kerajaan negeri Pahang sekarang ini juga tidak kompeten?

7. Menteri Besar seharusnya merasa kecewa dengan perkembangan ini tetapi sebaliknya beliau terus sahaja mengucapkan terima kasih. Selayaknya, kerajaan Pusatlah yang seharusnya berterima kasih kepada Pahang kerana memberikan hasil tambahan kepada negara.

8. Fakta medan minyak Blok PM 307 Pahang ini juga menguatkan hujah tuntutan royalti petroleum kerajaan negeri Kelantan ke atas pengeluaran medan minyak yang berada pada kedudukan 93 batu dari pantai Kelantan. Apakah tidak cukup pembuktian bahawa pemerintah Umno-BN di Putrajaya mempolitikkan urusan sumber hasil petroleum negara dengan wewenangnya?

9. Kes-kes sebegini dipantau pula oleh masyarakat antarabangsa lalu menjatuhkan kredibiliti Petronas. Antara sebab kerajaan pusat Ottawa menghalang pembelian Petronas ke atas Progress Energy Canada adalah kerana wujud campur tangan kerajaan dalam Petronas.

10. Alasan ini jugalah yang digunakan oleh Fitch Ratings dalam memberi komentar negatif terhadap kebolehupayaan masa depan Petronas. Tindakan-tindakan kerajaan pusat Umno-BN khususnya pada era pentadbiran Datuk Seri Najib ini sebenarnya menghambat prestasi Petronas.

11. Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan negeri Pahang menunjukkan sikap tegas dalam mempertahankan hak negeri ke atas sumber hasil alamnya. Sikap ini harus dimulakan dengan menuntut ketelusan daripada Petronas dan Kerajaan Pusat dalam urusan pengeluaran minyak ini dan seterusnya membentangkan perinciannya dalam sidang Dun agar rakyat boleh membuat penilaian.

12. Pada asasnya, kita berandaian jumlah pembayaran royalti 5 peratus adalah lebih besar daripada jumlah wang ehsan yang ingin diberikan Kerajaan Pusat. Kita juga berharap agar kerajaan Pusat menghormati semangat federalisme yang telah dimetarai di bawah perlembagaan, akta dan perjanjian sedia ada dengan membuat pembayaranf royalti dan bukannya wang ehsan yang bunyinya cukup menjengkelkan.

Selamatkan Pahang dan Malaysia

Minyak: PAS saran Pahang dibayar ikut perjanjian

Harakahdaily, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada negeri Pahang atas penemuan minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM307.

“Namun, PAS Pahang berharap Negeri Pahang tidak dianiaya seperti Kelantan dalam sistem pemberian wang ehsan. Sepatutnya semua negeri termasuk Pahang bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974,” kata Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada negeri Pahang atas penemuan minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM307.

Namun, PAS Pahang berharap Negeri Pahang tidak dianiaya seperti Kelantan dalam sistem pemberian wang ehsan. Sepatutnya semua negeri termasuk Pahang bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Semua negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

Sistem Wang Ehsan adalah tidak adil kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Pahang dan Kelantan kerana ia amat tertakluk pada budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Kelantan, yang minyaknya dicuri bertahun-tahun hanya diberi wang ehsan dalam lingkungan kurang daripada RM25 juta dibandingkan dengan Pahang, sebelum korek dah diumum bakal mendapat RM100 juta setahun.

Ini membuktikan negeri yang ditadbir oleh pembangkang akan teraniaya dalam sistem ini kerana Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan dasar federalisme secara professional dan sering membalas dendam terhadap rakyat yang menolak mereka seperti keengganan mereka membayar royalti kepada Kelantan.

PAS Pahang turut menyarankan Jawatankuasa khas bagi mengkaji bayaran hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur yang dianggotai wakil daripada tiga kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang agar menyokong Pahang dan Kelantan supaya dapat menikmati hasil minyak secara pembayaran royalti dan bukannya melalui wang ehsan.

Apakah status jawatankuasa khas ini yang sudah lama tidak kedengaran berita?

Janji Pakatan Rakyat untuk menaikkan royalti  negeri yang mempunyai minyak kepada tahap 20% mesti disambut baik oleh seluruh rakyat Pahang dengan menggerakkan perubahan kepimpinan negeri selepas PRU ke 13 nanti.

Di bawah PR, Pahang dan Kelantan akan memberi duit royalti sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak dan bukannya ‘sedekah wang ehsan’ berdasarkan budi bicara Kerajaan Persekutuan.

PAS Pahang yakin dengan usaha bersungguh sungguh dan strategi yang tepat, tidak mustahil Pahang akan turut mengecapi perubahan. Insya Allah.

Meneruskan perjuangan Tuan Guru

Abd Shukur Harun, 01 Nov 2012
Apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan bahawa, “Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah menyambung dan meneruskan perjuangan memarbatkan Islam.”, maka saya teringat akan pesan Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor bahawa perjuangan Islam ini bagai perjalanan kafilah yang panjang.


Menurutnya lagi, kafilah itu ada ketikanya berhenti menurunkan orang dan barang-barang, kemudian orang lain naik pula dan kafilah itu meneruskan lagi perjalanannya, begitulah seterusnya. Penumpang silih berganti, tetapi kafilah meneruskan perjalanan. Pendukung perjuangan Islam silih berganti dan tidak akan ada putus-putusnya justeru kafilah perjuangan Islam itu akan terus hadir meneruskan perjuangan.

Apabila para pejuang itu meninggal, kata Al-Marhum lagi, orang lain akan meneruskan perjuangannya. Demikianlah unik dan indahnya perjuangan Islam.

Analogi yang sama diberi oleh murabbi PAS, Al-Marhum Ustaz Yahya Orhman  ketika menyampaikan kuliah tarbiyahnya lama dulu dan masih saya ingat.

Dalam hubungan ini, kita tidak akan melupakan perjuangan dan pesan-pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu dan marilah kita berdoa kepada Ilahi agar beliau sihat wal’afiat dan dapat terus berbakti untuk memartabatkan Islam, memimpin jamaah PAS dan rakyat Negeri Kelantan.

Untuk meneruskan perjuangan penuh cabaran ini, Tuan Guru berharap generasi pelapis hari ini akan meneruskan perjuangan Islam dan beliau
melahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai meninggalkan Umno dan menyertai PAS, termasuk juga di Sabah dan Sarawak.


Beliau menyatakan ini dalam pertemuannya dengan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir baru-baru ini.

"Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan, di mana pemimpinnya tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah. Ini menjadi model kepada masyarakat untuk lebih mempercayai perjuangan PAS," kata beliau.

Seperti pemimpin besar PAS yang lain, Tuan Guru telah menjadi sebuah legasi yang akan dikenang lama oleh rakyat, bukan saja di kalangan pendukung PAS, tetapi juga di kalangan lain baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam yang tidak prejudis terhadap PAS. Tuan Guru menjadi legasi bukan semata-mata kerana nama besarnya, tetapi justru lebih kerana usahanya menjadi besar.

Bayangkan hingga ada di kalangan pemimpin politik bukan Islam, seperti Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Negeri Sembilan membela Tuan Guru dari cercaan Ketua MCA, Chua Soi Lek dangan menyifatkan Chua biadap kerana mencaci Tuan Guru serta mengkritik hukum Islam. Dalam masa yang sama pendukung Umno membisu seribu bahasa.

Saya percaya, ramai lagi kalangan bukan Islam yang marah dengan sikap pemimpin MCA itu, memandangkan Tuan Guru mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kalangan bukan Islam dalam usaha politik dakwahnya yang sangat berkesan.

Tuan Guru sebagai Mursyidul ‘Am PAS, Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kelantan telah meneruskan perjuangan Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor untuk membawa perubahan kepada PAS dari segi pendekatan, sedangkan teras perjuangan Islam PAS tetap unggul.

Beliau mengalu-ngalukan kemasukan sekian ramai golongan profesional - dengan pelbagai kepakaran - ke dalam PAS, menghapuskan imej ‘jumud’ atau ‘beku’ yang dilemparkan oleh musuh-musuh PAS. Kini imej itu sudah dapat dihapuskan dan PAS telah diakui bukan saja oleh penganalisis politik yang tidak prejudis, tetapi juga di kalangan intelektual dan kalangan rakyat biasa yang prihatin – Muslim dan bukan Muslim.

Perwatakannya yang warak, dengan berjubah, berserban  dan bertongkat tidak menghalangnya berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat Muslim dan bukan Muslim di mana saja bertemu. Ternyata Tuan Guru tidak dipuja tetapi disayangi.

Kalangan pimpinan Kerajaan PAS Kelantan yang dididiknya sejak puluhan tahun menerima siraman tarbiyah dan ilmu dari beliau, terutama dari segi memegang amanah, memimpin melalui teladan, mendekati dan peduli rakyat. Lebih dari segalanya, tanggungjawab pemimpin di depan Allah s.w.t.

Selama 22 tahun beliau memimpin Kerajaan Kelantan, negeri itu menjadi negeri cemerlang, bagaikan emas tempawan yang sangat tinggi mutunya. Benar, masih terdapat kelemahan dan kekurangan di sana sini dalam kerajaan Kerajaan Kelantan pimpinannya, tetapi kejayaan jauh lebih besar dari kekurangan dan hakikat ini sentiasa disedari dan berusaha membaikinya.

Sementara itu, PAS di bawah pimpinannya bersama Datuk Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan saf pimpinan pada umumnya mendapat inspirasi dan panduan sangat bernilai akan bentuk kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Beliau dan pasukan pimpinannya sentiasa ke depan dalam menangani perubahan yang membawa PAS menjadi sebuah parti politik moden Islam yang dinamik, penuh toleransi, terbuka dan terkini. Beliau telah mempertahankan Tahaluf-Siasi (pakatan dengan parti politik lain) dan menganggapnya sebagai ijtihad jamai’e yang sesuai dengan persekitaran politik negara ini masa ini.

Sebab itu, ramai pemerhati melihat, walaupun umurnya sudah lanjut, tetapi pemikiran dan idea Tuan Guru jauh ke depan, malah mendahului zamannya. Inilah kehebatannya yang dianugerah oleh Allah s.w.t.

Keunggulannya bukan saja di bidang kepimpinan politik dan agama tetapi juga peribadinya yang sangat bersahaja dan tawaduk. Bayangkan seorang wartawan Jerman yang datang ke rumahnya di Pulau Melaka untuk menemuramahnya, tercengang melihat Tuan Guru sedang memberi makan kambingnya di belakang rumah.

Biasanya jika tidak menghadiri jemputan di mana-mana, Tuan Guru akan balik ke rumah atau makan nasi bungkus bersama staf atau tetamu yang datang di pejabatnya. Biasanya pula, beliau mengangkat sendiri minuman ke ruang tamu rumahnya jika ada tetamu.

Ada banyak lagi hal-hal yang menggambarkan wataknya yang sangat sederhana, bukan dibuat-buat tetapi semula jadi.

Kesimpulannya, saya tidak mengatakan Tuan Guru Nik Abd Aziz tidak ada kelemahan dan kekurangan, namun keunggulannya sangat menyerlah dan wajar diteladani, terutama mereka yang menjadi pemimpin.

Kini Tuan Guru masih besedia untuk terus berkhidmat, suatu pengumuman yang menggembirakan bukan saja rakyat Kelantan, pendukung PAS, bahkan umat Islam dan juga bukan Islam yang melihat kejayaan kepimpinannya.

PAS Perak anjur kembara jelajah seluruh Felda

Muhammad Faeez Azahar, 01 Nov 2012
IPOH: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi menyedarkan serta memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.

Pengerusinya, Razman Zakaria berkata, program Kembara Oren Selamatkan Felda itu akan berlangsung pada Sabtu ini.

Menurutnya, program dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu akan disertai oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Anak, Mazlan Aliman.

Katanya, program kembara tersebut bertujuan memberi penerangan tentang beberapa isu hangat termasuklah berkenaan tanah Felda Plantation yang diserah kepada Felda Global Ventures Holdings (FGV) dimana pemiliknya bukan lagi hak Melayu dan peneroka scara total.

“Peneroka juga perlu tahu tentang Penipuan dalam jumlah pemberian dan pembelian saham unit peneroka sebanyak 800 unit pada harga tawaran (IPO) RM4.55 bernilai sekitar RM3640 sedangkan pinjaman peneroka unit jumlah itu RM5000,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan, pihaknya akan memberi penjelasan tentang harga saham peneroka semakin turun dan akan memberi kesan langsung yang sepatutnya kerajaan tidak membawa peneroka ke dalam kancah perniagaan berisiko.

“Peneroka dikelirukan dengan durian runtuh sebanyak RM15000 dan peruntukan RM5000 daripada jumlah itu untuk anak peneroka dijangka akan diberi menjelang PRU13 nanti yang bertujuan untuk memancing serta mengaburi mata peneroka.

“Kami akan mengemukakan tawaran Pakatan Rakyat kepada peneroka yang ternyata lebih berbaloi daripada pemberian durian runtuh daripada kerajaan,” jelas beliau.

Pengerusi Badan Bertinda Peneroka Felcra (Bapa) itu juga berkata, kembara tersebut bermula di Felda Lasah, Sungai Siput jam 8.00 pagi sebelum bergerak ke Felda Ijok, Larut dan akan sampai kira-kira 12.00 tengahari.

Ujarnya, Program tersebut akan diteruskan ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut disebelah petang sebelum program kemuncak iaitu ceramah Umumnya pada malam tersebut.

“Saya menyeru seluruh rakyat Perak khususnya peneroka untuk bersama-sama menyertai kembara ini bagi merealisasikan matlamat kami untuk memberi kesedaran kepada peneroka,” tegasnya.

Polis wajar benarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat

Muhammad Faizal, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak polis sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu ini.

Katanya, alasan yang dibangkitkan berhubung pengisian borang permohonan tidak lengkap adalah perkara kecil dan beliau percaya pihak penganjur akan mengambil maklum perkara itu.

"Apa yang penting adalah tempat yang telah ditetapkan untuk perhimpunan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan undang-undang dari sudut keselamatan.

"Isu pengisian borang yang tidak mengikuti peraturan adalah perkara yang kecil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly semalam bahawa  himpunan yang dijadualkan Sabtu ini itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Saiful Azly berkata sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Ini kerana borang permohonan dari penganjur tidak dapat diproses ekoran maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki undang-undang.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihak polis wajar membenarkan himpunan itu kerana ianya peluang untuk rakyat mendengar amanat daripada pemimpin mereka.

"Perhimpunan tersebut tetap diteruskan dan ia merupakan perhimpunan terakhir untuk rakyat dan pengundi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

DAP cabar MP MCA sokong tangguh AES

Harakahdaily, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar ahli-ahli parlimen MCA menyokong penangguhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang didedas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan beberapa orang ahli parlimen Umno.

Beliau berpendapat, AES boleh ditangguh jika ahli-ahli parlimen MCA turut menyokong penangguhan itu sekaligus mewujudkan bilangan majoriti di parlimen.

Bukan itu sahaja, Menteri Pengakutan Datuk Seri Kong Cho Ha tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan jika menolak bantahan majoriti ahli parlimen.

"Pakatan Rakyat mempunyai 76 Ahli Parlimen dan sekiranya ada sekurang-kurangnya 36 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan Bebas yang menyokong penangguhan AES, itu akan menjadikan jumlah majoriti parlimen paling kurang 112 daripada 222 Ahli Parlimen.

"Dengan itu Kong Cho Ha tidak ada pilihan lain lagi melainkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya beliau menolak untuk mendengar suara majoriti Ahli Parlimen supaya segera menangguhkan AES," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Bantahan katanya boleh dibuat ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2013 ke atas Kementerian Pengangkutan pada 20 November nanti.

Sebelum ini beberapa ahli parlimen Umno, termasuk Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), serta ahli parlimen bebas Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) menyokong AES ditangguhkan sehingga satu kajian meneluruh dilakukan.

Kerajaan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pula telah awal-awal lagi membuat keputusan untuk menangguh pemasangan kamera AES di negeri mereka sehingga kajian penuh dan satu proses rundingan dengan semua pihak diadakan.

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa perlaksanaan saman AES ini bakal menguntungkan dua syarikat pengendali yang mendapat kontrak daripada kerajaan yang didakwa ada kaitan dengan MCA.

Difahamkan setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.

Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu sebelum ini mendakwa, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

MCA bagaimanapun telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.

"Persoalannya sekarang adalah apakah ada Ahli-Ahli Parlimen MCA, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri yang berani untuk turut serta menuntut penangguhan segera AES supaya menghasilkan “politik berprofil tinggi” MCA yang pertama atau apakah semua cakap besar tentang “politik berprofil tinggi” itu hanyalah mengarut," kata Kit Siang.

Penduduk Matau lawan pemaju di mahkamah

Khairil Abdul Rahim, 01 Nov 2012
BANDAR TUN RAZAK JENGKA: Kira-kira 300 penduduk Matau di sini akhirnya mengambil keputusan untuk membawa masalah mereka ke mahkamah setelah tidak berpuas hati dengan tawaran pemaju yang bakal mengambil tapak kediaman yang telah diduduki sejak lebih 40 tahun lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Matau, Zakri Yusof, 45, berkata mereka sepakat meskipun mungkin kehilangan segala-galanya setelah tidak berpuas hati dengan tawaran hanya RM7,500 bagi setiap keluarga tanpa tapak rumah gantian.

Katanya, sedangkan permintaan penduduk untuk persetujuan berpindah ialah RM20,000 serta tanah setengah ekar setiap keluarga bagi bertapak semula perniagaan di lokasi baru.

“Pada kami ‘demand’ kami amat munasabah kerana kami kehilangan kampung halaman serta sumber menyara hidup jadi dengan wang dan tanah itulah kami memulakan penghidupan baru yang belum pasti.

“Namun proses rundingan (mediasi) melalui Mahkamah Tinggi Temerloh antara penduduk dengan pemaju Topland Resources menemui jalan buntu dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk lawan di mahkamah,” katanya.

Tambahnya, penduduk sedar dengan risiko yang mungkin ‘tidak dapat apa-apa’ tetapi terpaksa bersepakat mengambil keputusan melawan demi maruah dan hak.

Pengambilan kawasan Matau untuk pembinaan pusat perdagangan baru merupakan isu yang menghantui penduduk sejak sekian lama apabila apabila tahun lalu Majlis Daerah Maran (MDM) telah mengarahkan penghuni di situ mengosongkan kediaman masing-masing atau akan dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja syarikat pembalakan dari Kanada di samping penghijrah-penghijrah dari luar Pahang yang membuka tanah di situ.

Ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan.

Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh MDM dan penduduk telah dikenakan bayaran TOL. Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan.

Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM.

Permasalahan penduduk Matau yang tidak mendapat geran tanah dan ketiadaan bekalan air paip telah lama diperjuangkan mereka dan mendapat perhatian pemimpin politik terutama daripada Umno sehingga seringkali berjanji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setiap kali pilihan raya.

Menurut Zakri, kini terdapat 75 keluarga dan 300 penduduk dengan seratus peratus Melayu daripada 101 buah rumah termasuk 33 premis kedai di kawasan seluas 22 ekar itu.

[Gambar: Zakri (kiri) bersama Ketua Penerangan PAS Kuala Krau, Aris Fezul.]

Difahamkan, anak syarikat kerajaan negeri Mentiga Corporation Bhd. telah melantik Topland Resources untuk membangunkan 212 kedai dua tingkat berserta 20 buah gerai dan 25 buah warung medan selera.

Jelas Zakri, sebelum ini penduduk Matau telah menyediakan pelan alternatif dengan bersetuju kawasan tersebut dijadikan pembangunan tersusun kerana menyedari kerajaan mahu membesarkan jalan dan mencantikkan kawasan. Penduduk boleh lakukannya cuma pada masa ini kawasan Matau nampak tidak tersusun kerana masalah status tanah.

“Sebenarnya tempat lain luas lagi untuk dimajukan kenapa pilih tempat penduduk yang sudah duduk di sini sejak puluhan tahun. Di sini ada 33 buah kedai semuanya dan kami sanggup buat lot kedai sebelah depan jika sekarang ini cacatkan pemandangan.

“Kami pun  dah jenuh menderita. Bayangkan pihak berkuasa bagi premis niaga, ambil cukai pintu tapi kemudahan bekalan air paip tak disalurkan. Sebenarnya dah lama hak kami dinafikan.

“Ada juga sesetengah pemimpin yang mainkan isu negeri-negeri, kononnya kebanyakan penduduk Matau dari pendatang dari negeri lain. Sebenarnya generasi pertama dah ramai yang meninggal dan sekarang ini kebanyakan yang ada merupakan generasi kedua dan ketiga. Semuanya lahir di sini.

“Lagi pun cuba tengok di Sungai Jerik, dalam daerah Maran ini juga... kenapa boleh buat kedai untuk penduduk yang meneroka tanah di sana yang berbangsa Cina. Lagikan bukan bangsa Melayu pun boleh bangunkan dengan tidak ketepikan peneroka asal. Begitu juga dengan Gambang dan Sri Jaya... kenapa boleh? Sebab itu saya rasa ini hanya untuk kepentingan pihak tertentu saja," tegasnya.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, telah beberapa kali menyatakan akan menyelesaikan permasalahan penduduk dengan sebaik-baiknya jika Pakatan Rakyat diberi peluang mentadbir negeri Pahang.

Syria: PAS cadang adakan p’raya dikendali OIC

Harakahdaily, 01 Nov 2012
TEMERLOH: PAS berpandangan kemelut di Syria mesti diselesaikan melalui satu pungutan suara rakyat negara itu secara adil dan saksama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, campurtangan kuasa asing bukan sahaja tidak menyelesaikan kemelut di negara iru malah hanya memburukkan lagi keadaan.

“Sebuah pilihan raya yang diselenggara oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mesti diadakan segera.

"PAS bertegas menentang sebarang campurtangan kuasa asing di Syria, samada ianya ditaja oleh kuasa barat atau timur,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS, katanya melahirkan dukacita di atas tindakan badan dunia yang terus membiarkan kezaliman berlanjutan, sehingga mengorbankan ribuan nyawa rakyat Syria.

Kata Tuan Ibrahim, tindakan tersebut nyata sangat jauh bezanya dengan tindakan segera badan antarabangsa di Libya, Iraq dan Afghanistan.

“Sikap double standard ini akan hanya merendahkan martabat dan kedudukan badan dunia di mata umat Islam khasnya dan mereka yang cintakan keadilan dan kesaksamaan,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.

Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa pendirian rasmi PAS berhubung isu keganasan Bashar di Syria sangat jelas iaitu menentang kezaliman pimpinan Syria terhadap rakyatnya dan mendesak Bshar turun dari tampuk pemerintahan.

"Kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat. Dan kita tidak sesekali menyokong kezaliman ke atas rakyat Syria.

"Bahkan kezaliman pemimpin ke atas rakyat sendiri adalah malapetaka besar yang sering berlaku di dunia Islam semata-mata dalam usaha mempertahankan kekuasaan yang ada,” tegas beliau.

Bagi mana-mana ahli PAS yang memberikan pendapat yang berbeza dengan parti dalam isu Syria, Tuan Ibrahim berkata itu hanya pandangan peribadi mereka.