Rabu, 1 Jun 2011

DAH NAK PRU 13..MASING2 MENONJOLKAN DIRI...DAH.MENANG..ADA YANG TAK NAMPAK BATANG HIDUNG....KEJAR ELAUN DAN KUASA DLL.....

Wakil rakyat diingat jangan promosi diri di Parlimen
Jun 1, 11 11:43am

Ketika spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini semakin hangat, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinasihatkan supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform "angkat bakul" diri mereka untuk menghadapi pilihan raya.

NONEYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata semua wakil rakyat sepatutnya menggunakan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu untuk berhujah demi kepentingan rakyat bukannya bercakap sesuka hati demi kepentingan politik diri.

"Sungguh pun mereka mempunyai visi dan misi tersendiri dan hendak menyuarakan pendapat di dewan yang mulia serta bertanggapan bahawa kemungkinan besar pilihan raya ke-13 akan datang, jangan sekali-kali guna kedua-dua Dewan menjadi platform hendak meraih simpati rakyat.

"Jangan menggunakan tindak-tanduk dengan cara hujah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada keselamatan dan ketenteraman negara," katanya dalam satu temubual di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Menurut Abu Zahar, semua wakil rakyat tidak kira di Dewan Rakyat atau Senator di Dewan Negara mestilah menghormati kemuliaan dewan berkenaan mengikut etika, Perlembagaan Persekutuan dan peraturan dewan.

NONE"Kalau seseorang itu berhujah dengan bijaksana dan idea yang konkrit, kami alu-alukan, ini yang diharapkan oleh semua rakyat tetapi jangan datang ke dewan yang mulia ini dengan sifat tak tentu arah, bersifat emosional, bersifat perkauman yang boleh menggugat ketenteraman dewan," katanya.

Abu Zahar berkata, setiap wakil rakyat juga perlu memegang prinsip ketika mengangkat sumpah yang mengatakan setiap Anggota Parlimen perlu memahami, menghayati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Dalam lafaz angkat sumpah mereka di depan Yang Dipertua kedua-dua Dewan sebelum menjadi wakil rakyat, mereka mesti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini sumpah ikrar yang dibuat oleh semua wakil rakyat sebelum mereka boleh duduk mewakili rakyat di dalam dewan yang mulia ini.

NONE"Saya nak tegaskan di sini, setiap Ahli Dewan Rakyat terutamanya mesti memahami dan jangan mengingkari lafaz ikrar sumpahnya, kalau dia datang ke dewan bercakap tanpa ada batasan, tiada perkara yang baik dan melanggar peraturan, itu sudah melanggar prinsip asas seorang wakil rakyat," katanya.

Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 13 Jun hingga 28 Jun depan selepas ditangguhkan pada 7 April lalu manakala Dewan Negara akan mula bersidang pada 4 Julai hingga 12 Julai depan selepas ditangguhkan pada 28 April lalu.

- Bernama

Muktamar: PAS nafi bukan Islam perlu bertudung
Jun 1, 11 8:27am

PAS menafikan ia telah menetapkan peraturan memerlukan wartawan wanita bukan-Islam supaya memakai tudung ketika meliputi muktamar parti itu hujung minggu ini.

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 02Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lalu oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita Islam.

"Saya percaya ini salah faham. Mungkin ia tidak dinyatakan dengan jelasvdalam nasihat berkenaan," katanya kepada Bernama.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA Chew Lee Giok yangvmembidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan-Islam yang meliputi Muktamar dari 3-5 Jun.

Chew berkata, "Dalam sebuah negara berbilang kaum saya menghormati sepenuhnya kod pakaian Islam, tetapi kita juga mahu PAS menghormati adat dan pilihan oang bukan Islam". Sementara itu, dalam satu kenyataan media Lajnah Penerangan PAS berkata semua lelaki diwajibkan berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek. Penggunaan kemeja-T juga tidak digalakkan.

pas youth muktamar 040609 03“Bagi wanita pula mereka diminta berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam. Bagi wanita bukan Islam mereka digalakkan memakai skaft dan dilarang memakai gaun ataupun skirt pendek,” petik kenyataan itu.

Lajnah Penerangan PAS juga mengingatkan wartawan bahawa rakaman audio video dan CD atau kaset hanya dibenarkan semasa majlis perasmian atau sidang media sahaja.

“Tiada rakaman audio video dibenarkan semasa sesi pembentangan dan perbahasan muktamar berlangsung, hanya gambar sahaja dibenarkan,” akhiri kenyatan itu.

Penganalisis: Pilihan raya awal tidak mungkin...
Razak Ahmad
Mei 31, 11
6:30pm

Kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung menjadikan peluang pilihan raya umum awal diadakan di negara ini agak tipis.

Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.

tenaga nasional and electricity priceKerajaan semalam mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak purata 7.1 peratus apabila subsidi kerajaan naik hampir sekali ganda kepada AS$6.9 bilion tahun ini.

Namun belum ada sebarang langkah bagi mengurangkan subsidi minyak yang dianggap lebih sensitif tetapi mempunyai impak lebih besar ke atas defisit fiskal.

Namun menurut penganalisis, menaikkan harga minyak tetap dalam perancangan kerajaan.

"Kenaikan tarif elektrik adalah detik percubaan kepada Najib untuk menguji rasa kurang senang orang ramai sebelum beliau memutuskan untuk menaikkan harga bahan api,” kata Bridget Welsh (bawah, kanan) pakar mengenai Malaysia di Universiti Pengurusan Singapura.

bridget welsh penang lecture 140810Najib dalam ucapannya baru-baru ini mengibaratkan subsidi minyak yang dinikmati rakyat Malaysia sebagai candu tetapi agak berhati-hati dengan kenyataannya kerana tidak mahu pengundi marah sehingga menjejaskan sokongan terhadap BN yang dilanda prestasi terburuk pada pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga pertengahan 2013 tetapi ramai pemerhati politik menjangkakan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya lewat tahun ini berdasarkan kekukuhan pertumbuhan dalam negara (KDNK) yang mencapai paras tertinggi dekad ini pada 7.2 peratus pada 2010.

azlanTetapi HwangDBS dan JP Morgan berkata dalam nota penyelidikannya jadual itu kini tidak mungkin dipatuhi lagi.

"Pengumuman pada Isnin menunjukkan kerajaan sanggup mengambil tindakan yang tidak popular dari segi politik tetapi positif dari segi ekonomi, ini kemungkinan bermakna pilihan raya akan ditunda sehingga 2012,” kata HwangDBS.- Reuters




Hata Wahari lepas jawatan presiden NUJ
Jimadie Shah Othman
Mei 31, 11
3:59pm

Hata Wahari melepaskan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) berkuatkuasa hari ini.

NONESehubungan dengan itu, majlis eksekutifnya telah melantik Naib Presiden Chin Sung Chew (kanan) sebagai presiden yang baru berkuatkuasa tarikh yang sama.

"Majlis eksekutif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Hata atas sumbangan kepada Kesatuan," kata Setiausaha Agung NUJ V Anbalagan.

Sementara itu, Hata ketika dihubungi Malaysiakini berkata, beliau mengambil keputusan kerana bimbang NUJ mengalami masalah pendaftaran.

Katanya, beliau menerima surat bertarikh 13 Mei daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa beliau hilang kelayakan sebagai presiden NUJ.

Menurutnya, pengarah jabatan itu Anita Ahmad memberitahu bahawa beliau hilang kelayakan sebagai presiden kerana tidak lagi mempunyai majikan selepas dipecat Utusan Malaysia.

Perkara itu menurut peruntukan dalam Seksyen 2, Akta Kesatuan Sekerja 1959.

"Oleh sebab itu saya letak jawatan. Ini pengorbanan saya supaya NUJ terus berjalan seperti biasa," katanya yang merasakan dirinya masih ahli kesatuan itu.

Nafi desakan dalaman

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat NUJ di pejabatnya di Brickfields sebentar tadi.

Hata juga menafikan terdapat desakan daripada dalam supaya berbuat demikian atau mahu menyertai parti politik.

NONESelepas dipilih sebagai presiden sebelas bulan lalu, Hata -- yang terkenal dengan kelantangannya -- mencetuskan pelbagai kontroversi apabila mengkritik pengurusan Utusan Malaysia secara terbuka.

Selepas mengubah imej NUJ kepada sebuah kesatuan yang sangat kritikal, wartawan kanan di akhbar milik Umno itu menerima padah apabila didapati bersalah kerana menjatuhkan imej syarikat.

Sementara itu, Chin ketika dihubungi Malaysia enggan mengulas berhubung jawatan baru dan rancangan masa depannya kerana mahu berbincang dengan jawatankuasanya terlebih dahulu.

Chin juga merupakan presiden NUJ cawangan Sin Chew Media Corp sejak tahun 2000. Beliau dipilih sebagai setiausaha agung NUJ pada 1999 dan sebelum menjawat naib presiden dua tahun kemudiannya.

Bot karam: 13 diselamatkan, 18 masih hilang
Jun 1, 11 12:19pm

Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu diselamatkan bot APMM, manakala selebihnya oleh kapal dagang, MV Huo Tuo yang berada di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka adalah pendatang asing tanpa izin," katanya hari ini.

Sumber itu, berkata usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 penumpang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan.

Perairan Pengerang dikenali sebagai salah satu laluan paling popular di kalangan pendatang asing tanpa izin untuk memasuki negara ini disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia.

Ia hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menggunakan bot laju untuk sampai ke Pengerang daripada Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan, Indonesia.

- Bernama

ADA TAK TAHU APA ITU MAKSIAT...BELAJAR TAK NAK..BODOH SOMBONG...GILA KUASA...BERTANDING NAK MENANG...RASA DIRI HEBAT DAN BERSIH KOD..PASTU TUBUH PARTI

Ulama bakal singkir Nasha
Jimadie Shah Othman
Jun 1, 11
2:18pm

Setelah berkhidmat selama tiga penggal, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dijangka dihumban keluar daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu oleh tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim juga diramal bakal melangkah bergaya ke kerusi nombor dua PAS dengan sokongan ulama yang kini beralih arah kepadanya, sekali gus turut mengetepikan pemimpin popular di peringkat akar umbi Mohamad Sabu.

azlanHasrat golongan ulama mahu mengangkat Tuan Ibrahim (kiri, tengah) sebagai 'ayam tambatan' baru bagi menggantikan Nasharudin tidak dapat dibendung lagi apabila dikatakan Tuan Ibrahim yang pada mulanya enggan bertanding dipujuk berulang kali.

Menurut pemerhati politik PAS Mohd Sayuti Omar, penyertaan Tuan Ibrahim -- kini naib presiden -- dilihat seakan-akan "firman" yang mampu memenangkannya.

"Penyertaan Tuan Ibrahim ini seperti firman, tidak kiralah daripada atas atau bawah (hierarki parti)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

"Bagaimanapun kelemahannya, (apabila) perwakilan melihatnya sebagai oportunis kerana mengumumkan kesediaan di saat-saat akhir (sebelum tarikh akhir penerimaan). Oleh kerana dapat pencalonan banyak, beliau pun masuk."

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Hadi AwangMohd Sayuti yang juga ketua pengarang Siasah -- akhbar yang banyak melaporkan kegiatan PAS -- bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas dari mana datangnya "firman" itu secara terperinci.

Sementara menurut sumber yang dekat dengan golongan ulama, usaha mengetengahkan Tuan Ibrahim dijalankan oleh beberapa "pemikir" di belakang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (atas, kiri) yang kebanyakannya terdiri daripada beberapa "ilmuan" dan ahli akademik.

Pujuk, ziarah rumah

Menurutnya, bagi menjayakan agenda ini, beberapa pemimpin penting PAS, antaranya Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib diutuskan menemui dan memujuk Tuan Ibrahim secara berterusan sehingga didakwa memberikan tekanan kepadanya untuk bertanding.

NONE"Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan (kiri)," jelasnya.

Menurut sumber lagi, golongan ulama dalam PAS terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada Nasharudin untuk menjeruskan agenda kumpulan itu.

"Imejnya sudah terjejas," katanya merujuk kepada prestasi anggota parlimen Bachok itu yang menjadi sudah menjadi cakap-cakap kuran senang di kalangan pemimpin PAS.

Kemasukan Tuan Ibrahim sebelum ini dilihat berikutan kebimbangan golongan ulama terhadap asakan kuat Mohamad yang bertanding untuk jawatan itu buat kali kedua dan menjadi yang paling awal mengumumkan hasratnya itu.

NONEIa juga dikatakan mengambil perkiraan jumlah pencalonan Tuan Ibrahim yang memberangsangkan. Menurut sumber, pesuruhajaya PAS Pahang itu mendapat 39 pencalonan di belakang Mohamad (kanan, tengah) (47) dan Nasharudin (43).

Bagaimanapun, difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 15 kawasan yang menyokong Tuan Ibrahim gagal menghantar pencalonan pada masa yang ditetapkan.

Sementara itu, ramai penganalisis politik rata-rata melihat pertembungan tiga penjuru untuk merebut kerusi nombor dua itu bakal berlangsung sengit dan tiada kemenangan mudah akan berlaku.

Tapi dia 'nobody'

Ramai daripada mereka sepakat bahawa pertembungan sebenar masih antara Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu. Nasharudin pula dilihat agak terkebelakang dan masih bergelut mempertahankan sokongan sedia ada, di samping memenangi hati golongan profesional PAS.

pas muktamar 070609 nasharudin mat isaFelo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff mengakui bahawa kali ini Nasharudin (kiri) masih menghadapai protes terhadap kepimpinannya yang besar.

"Cuma persoalannnya, ke mana undi itu akan pergi? Sama ada pada Mat Sabu atau Tuan Ibrahim. Tetapi saya dok jangka, kemungkinan besar Tuan Ibrahim akan memang. Kemungkinan ada kompromi dengan Mat Sabu (di saat akhir)," katanya.

Bagaimanapun, menurut Dr Kamaruzaman, cabaran bagi kumpulan ulama adalah apabila berlakunya perpecahan undi di antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan populariti Mohamad sebagai pemidato terkenal yang didakwa kukuh menguasai beberapa negeri seperti Sabah, Johor, sebahagian Selangor dan Kelantan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan pula berpendapat sebaliknya.

Baginya, walaupun Mohamad masih memikul beban pemikirannya yang berbeza, pendekatan kempennya setakat ini "bagus" dan tidak berlebih-lebihan.

NONE"Ia berjalan dengan betul," katanya sambil memberitahu dalam PAS, calon yang berkempen berlebihan boleh mengundang kekalahan.

Walaupun Tuan Ibrahim dianggap cabaran itu, tetapi bekas 'selebriti agama' itu dilihat "nobody" (bukan sesiapa) dalam sepak terajang poitik tanah air dan hanya berpengaruh dalam lingkarannya sendiri sahaja, dakwa Wan Saiful.



Senator MCA: MTV saluran media maksiat?
Salhan K Ahmad
Jun 1, 11
2:57pm

Bantahan PAS terhadap penganjuran konsert rock MTV World Stage Live di Shah Alam menerima kecaman dari MCA yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai cubaan untuk memaksa nilai agama mereka ke atas penganut lain.

NONETimbalan menteri belia dan sukan, Senator Gan Ping Siew berkata, PAS juga sepatutnya tidak mengeluarkan kritikan ke atas penganjuran konsert berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

"(PAS) menggunakan prejudis mereka seperti biasa ke atas perkara yang mereka sendiri tidak faham," katanya yang merujuk kepada bantahan yang disuarakan ahli parlimen PAS, Khalid Samad sebelum ini.

Khalid sebelum ini juga turut membangkit semula pesanan yang ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor yang tidak mahu Shah Alam menjadi bandar maksiat.

Mengulas kenyataan itu, Gan berkata pandangan yang diutarakan berhubung isu berkenaan perlulah rasional dan tidak bersandarkan andaian semata-mata.

Tutup semua televisyen

"Jika kita membuat andaian bahawa menganjurkan satu acara antarabangaa di Shah Alam... Anda pasti mempunyai niat tertentu untuk fikir bahawa ia adalah satu kegiatan maksiat. Oh, tolonglah.

"Adakah anda maksudkan MTV merupakan stesen media maksiat?

"Jadi adakah kita perlu tutup semua televisyen kita?

"Ia satu kerugian kecil untuk menganjurkan kegiatan maksiat di mana sahaja di dunia, berbanding (jika) ICT atau Malaysia harga lebih mahal.

NONEKatanya lagi, timbalan menteri belia dan sukan itu juga berkata, program itu turut dipromosikan menjadi sebahagian daripada aturcara kementerian.

Sekiranya program seperti itu dipertikaikan, bagaimana pula dengan acara kebudayaan, soalnya.

Jika ada aktiviti maksiat, atau jenayah di sini, bukan saja kerajaan negeri, kerajaan persekutuan juga tidak akan menyokongnya, kata Gan lagi.

"Kadang-kadang ada orang yang hendak menunjuk-nunjuk (playing to the gallery) dan kepada orang kawasan mereka.

"Macamlah (program) ini tergolong dalam perkara negatif," katanya dalam satu sidang media di I-City, Shah Alam hari ini.

Perkara negatif

Katanya, penganjur program kontroversi itu telah memastikan bahawa tiada perkara negatif seperti alkohol dan rokok dipromosikan dalam konsert berkenaan.

azlanSementara itu, ketua pegawai eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, beliau tidak mengetahui mengenai pesanan yang didakwa telah ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor.

"Tapi tindakan kerajaan negeri melulurkan status taman antarabangsa kepada I-City menunjukkan mereka telah mengambil kira perkara itu," katanya lagi dalam sidang media sama.

Konsert menampilkan kumpulan rock 30 Seconds From Mars itu akan turut disiarkan melalui saluran MTV Asia Tenggara pada tengah malah 8 Ogos.


PKR tuntut jawapan berhubung kematian Sarbani
Jun 1, 11 2:44pm

PKR hari ini menghantar memorandum kepada ketua polis negara bagi menuntut jawapan berhubung kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed.

NONENaib presiden parti itu N Surendran yang menyerahkan memorandum berkenaan kepada ibu pejabat polis di Bukit Aman pagi ini mempersoalkan mengapa tiada tangkapan ataupun pendakwaan berhubung kes tersebut setakat ini.

“Tidak ada tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis yang boleh mengembalikan keyakinan orang ramai ataupun apa-apa yang dilakukan bagi menyelesaikan kes itu,” katanya.

Rakan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga hadir bersama mahu tindakan segera dan juga jawapan daripada SPRM berhubung mengapa kes berkenaan masih belum diselesaikan.

“Mereka bukan sahaja berhutang jawapan kepada kami tetapi juga kepada balu Ahmad Sarbani,” katanya.

Sarbani, 56, dijumpai mati di tingkat satu ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April selepas secara sukarela ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

NONEBeliau adalah penolong pengarah di Jabatan Kastam Selangor dan adalah antara 62 orang yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi membanteras gejala rasuah yang dijalankan ke atas pejabat Kastam seluruh negara.

Namun balunya, Masiah @ Maziah Manap yang membuat laporan polis pada 2 Mei lalu mendakwa seorang pegawai kastam secara tidak langsung memberitahunya bahawa Sarbani dibunuh oleh seorang pegawai SPRM.

Menurut Surendran, dakwaan itu sangat serius tetapi SPRM terus membisu.

IAEA: Gebeng bukan 100% bebas radiasi
Jun 1, 11 2:22pm

Panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menyemak cadangan penubuhan pusat memproses nadir bumi kontroversial Lynas di Gebeng, Kuantan mengakui bahawa sisa yang bakal dihasilkan tidak akan mencapai 100 peratus bebas radiasi.

NONEBerdasarkan nota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dibuat semasa pembentangan semalam, seorang ahli panel berkata kemungkinannya adalah terlalu kecil bagi mencapai thorium atau uranium sifar - kedua-dua bahan radioaktif - selepas nadir bumi diproses.

Ini merujuk kepada soalan oleh perwakilan MMA berhubung dakwaan Lynas bahawa gipsum yang kaya dengan magnesium dan sintetik gipsum yang dinyah sulfur selepas diproses akan mempunyai thorium atau uranium sifar.

Menjawap satu lagi soalan oleh MMA, seorang ahli panel berkata adalah mustahil bagi memastikan kandungan radioaktif kedua-dua elemen itu akan dineutralkan 100 peratus.

NONE"Terdapat proses untuk mengurangkan kandungan radioaktif - kami berharap mencapai kecekapan 99 peratus tetapi mustahil bagi mencapai 100 peratus,” kata ahli panel itu mengikut laporan MMA.

Semasa mesyuarat tertutup itu, perwakilan MMA juga membuktikan bahawa pelbagai kajian menunjukkan pusat pemproses nadir bumi di China, Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai kesan negatif terhdap alam sekitar.





Zaid Ibrahim, KITA kini tukang karut Umno?
Wira Arjuna
Jun 1, 11
8:51am

Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan BN.

zaid ibrahim, KITA, umnoNamun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks 'Datuk T'.

Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

'Anak emas'

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid pernah digelar 'kaki kuda' dan 'kaki arak' oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam PKR dan menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

azlanNamun, Zaid menjadi 'anak emas' Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana pendaftar pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

azlanBegitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Agenda KITA

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

azlanKetika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan Isnin lalu pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai 'ilham' menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

azlanKesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan oleh mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Orang 'bijak pandai'

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Datuk Sharyzl Eskay – satu daripada tiga 'Datuk T' yang mendalangi video lucah itu.

NONEZamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan 'membela' nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang 'bijak pandai' seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

NONEAlangkah baiknya jika kereta Rolls Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit keperitan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Rakyat dibebankan

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya .

NONEYang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik

Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah
Abdul Rahim Sabri & Norsyafinas Ahmad Sukri
Mei 31, 11
9:34pm

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

NONEMengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'


Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

NONETokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, NONEPAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.

BAYI OH BAYI...ZINA OH ZINA...ROGOL OH ROGOL...BUANG OH BUANG...BUANG SEKALI HUKUM ALLAH..PADAH SENDIRI TANGGUNG DIDUNIA DAN AKHIRAT...SUSAH JADI MAKHLUK ALLAH PUN TETAP DEGIL JUGA..... MEMANG TAK SEDAR DAN TAK SEDAR DIK UNTUNG

Bayi 9 bulan meninggal didera

31/05/2011 8:12pm

SUNGAI SIPUT — Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dipercayai didera ibu bapanya yang mengalami masalah mental.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Supritendan Ernest John berkata, mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan diletakkan di dalam sebuah bilik di rumah keluarganya di Taman Muhibah Jaya, Sungai Siput oleh bapa saudara bayi itu semalam.
Bapa saudara bayi itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput pada 2.40 pagi tadi selepas membawa mayat bayi itu ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati bapa bayi itu yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai jurujual burger mempunyai rekod masalah mental manakala ibunya yang berusia 29 tahun turut mengalami masalah gangguan mental sebelum ini.
"Sehubungan itu, polis belum mengklasifikasikan kes berkenaan sehingga laporan bedah siasat dari hospital diperoleh,” katanya. - Bernama

Mayat bayi ditemui di Sungai Gombak

31/05/2011 6:10pm

KUALA LUMPUR — Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di tepi Sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, bayi yang sudah dipotong tali pusat, ditemui di celah-celah batu di tepi Sungai Gombak oleh seorang awam yang terlihat bayi itu semasa berada di stesen berkenaan pada pukul 9 pagi ini. - Bernama

Perceraian faktor utama dera kanak-kanak

28/05/2011 4:11pm

KUALA LUMPUR — Perceraian ibu bapa menjadi faktor utama berlakunya kes penderaan kanak-kanak yang menunjukkan trend peningkatan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.
"Perceraian yang tak diurus dengan baik akan memberi implikasi kepada kanak-kanak seperti berlakunya pengabaian, peminggiran dan penderaaan. Ini kerana pendera iaitu ibu atau bapa biasanya rasa tertekan dan melepaskan geram mereka kepada anak-anak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kanak-kanak 2011 bertemakan ”Suara Untuk Perubahan”, di sini hari ini.
Kes penderaan kanak-kanak di negara ini yang dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lepas meningkat kepada 2,961 kes berbanding 2,789 kes pada 2009.
Beliau berkata, jumlah pasangan Muslim yang bercerai menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu 27,116 kes pada 2009 berbanding 22,289 kes pada tahun sebelumnya.

Jumlah kes perceraian pasangan bukan Muslim pula menunjukkan penurunan iaitu 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes pada tahun 2009, katanya. — Bernama

Pelatih PLKN lahir bayi ditahan

PASIR MAS – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cancun Park dekat sini ditahan kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya yang baru dilahirkan di belakang sebuah asrama kem latihan itu semalam.
Remaja berusia 18 tahun itu difahamkan mendaftar untuk menyertai program latihan tersebut pada 15 Mei lalu bagi menjalani latihan siri kedua.
Dia ditahan sepasukan anggota polis sebaik mayat bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dan masih bertali pusat itu ditemui terbiar di belakang sebuah asrama di kem latihan itu pukul 4 petang.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, pelatih PLKN itu kemudiannya dihantar menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pasangan jahiliyah



KUALA LUMPUR: Pasangan lelaki dan wanita Islam yang tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan sah demi keseronokan nafsu semata-mata disifatkan golongan jahil walaupun berpelajaran dan berkelulusan tinggi.
Penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah, (gambar) berkata jahil golongan berkenaan seperti orang zaman Jahiliyah, kerana fitrah semua manusia berkahwin, termasuk orang bukan Islam mendirikan rumah tangga mengikut ajaran masing-masing.

Menurutnya, amat dangkal apabila golongan itu menolak berkahwin hanya kerana tidak mahu kepada komitmen berkeluarga dan beralasan bilangan kes perceraian tinggi kerana cerai itu sendiri halal walaupun dibenci.
“Golongan sedemikian jahil walaupun berpelajaran tinggi walaupun mempunyai ijazah sekalipun.

“Ini kerana bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan perbuatan mungkar, malah bakal mengundang bala bencana.

“Banyak implikasi perbuatan itu, bukan hanya dosa berzina setiap kali mereka berseronok, malah sekiranya hamil anak pula bermasalah untuk diberikan bin atau binti.

“Anak itu juga tidak boleh berdoa kepada ibu kerana dalam erti kata sebenar dia bukan anak melalui perkahwinan diakui syarak, bahkan tidak boleh mewarisi harta pusaka.

“Dalam suasana Islam, perbuatan ini memberikan imej buruk kerana si pelaku orang Melayu, dengan nama Islam,” katanya.
Beliau diminta mengulas pendedahan Metro Ahad semalam mengenai segolongan wanita terpengaruh dengan cara hidup ala Barat apabila sekadar menginginkan lelaki sebagai teman asmara atau ‘sex buddy’ untuk memenuhi nafsu serakah.

Golongan berkenaan biasanya duduk sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.

Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.

Melalui temu bual wartawan Metro Ahad dengan pengamal gaya hidup bebas itu, ada antara mereka yang hidup sebumbung dengan teman lelaki bertahun-tahun seperti suami isteri.

Ada antara mereka lebih selesa gaya sedemikian, malah ditambah dengan kerjaya dan pendapatan stabil membuatkan mereka tidak kisah dengan masyarakat sekeliling, bahkan memandang serong kepada perkahwinan sah lebih-lebih lagi pertambahan kes perceraian.

Moderator Halaqah di TV9, Ahmad Shukri Yusoff, berkata beliau berasa sangat dukacita dengan budaya itu kerana ia bercanggah dengan agama dan fitrah.

“Setiap pasangan tidak boleh lari daripada perkahwinan dan komitmennya. Mereka yang terjebak dengan budaya itu perlu sedar perbuatan berkenaan salah dan tersasar jalan kebenaran.

“Sampai satu waktu nanti mereka sedar kesalahan bergelumang noda,” katanya.


Bapa pelajar mangsa perkosa, bunuh kesal



TELUK INTAN: “Saya boleh menjaga estet yang luas tetapi tidak mampu menjaga anak sendiri,” begitu kata K Murali, 43, bapa kepada M Divya, 16, mangsa rogol dan bunuh yang ditemui dalam parit di sebuah ladang sawit berdekatan rumahnya di Ladang Rubana di sini, kelmarin.
Murali yang juga ketua pengawal keselamatan di Ladang Rubana meluahkan kekesalan itu selepas ditemui pada upacara membakar mayat anak gadisnya itu di sini, semalam.

Mayat Divya ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin dalam keadaan bogel dan tertiarap di sebuah parit di ladang berkenaan selepas mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas turun dari bas petang Jumaat lalu.
Menurutnya, dia berharap pembunuh anaknya itu segera ditahan dan dihukum setimpal dengan perbuatan kejam dilakukannya.

Katanya, mendiang anaknya begitu rapat dengannya dan seorang anak yang baik serta tidak banyak kerenah selain rajin membantu isterinya, P Letchumany, 35, membuat kerja rumah.

“Mayat Divya dibawa pulang ke rumah di Ladang Rubana semalam (kelmarin) selepas dibedah siasat di Hospital Teluk Intan (HTI),” katanya, semalam.

Usaha wartawan Harian Metro menemuramah Letchumany gagal apabila dia enggan kerana terlalu sedih atas kematian anaknya itu.

Sementara itu, Ketua MIC cawangan Ladang Rubana, K Damondran berkata, kejadian pembunuhan itu kali pertama berlaku di ladang itu.
“Saya tinggal di ladang ini sudah 40 tahun tanpa sebarang kejadian jenayah hingga berita mengejutkan itu berlaku semalam (kelmarin).

“Perbuatan itu kejam dan pihak yang melakukan pembunuhan itu perlu segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di sini, semalam.

Selain itu, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah, Dr Wan Norashikin Wan Noordin turut menghantar ucapan takziah dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di HTI mendapati, mangsa dirogol terlebih dulu sebelum mukanya dibenamkan ke tanah menyebabkan mangsa lemas dan meninggal dunia.

“Mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas mukanya dibenamkan ke tanah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang membunuh mangsa dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Asisten Superintendan Shamsudin Mamat di talian 019-4231500 atau balai polis berhampiran.

Budak lemas dalam kereta bapa


ISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin.


TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.
Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.
Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.
Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.

Suri rumah ditahan khalwat terkejut kekasih suami orang



ALOR SETAR: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang sanggup menyewa sebuah bilik motel di Jalan Pegawai, di sini, kelmarin semata-mata untuk memuaskan nafsu seksnya dengan seorang lelaki yang baru dikenali empat hari lalu.
Suri rumah berusia 26 tahun itu dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya dan mempunyai seorang anak tetapi berani berduaan-duaan dengan lelaki lain di sebuah bilik motel.

Mereka akhirnya dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam serbuan kira-kira jam 3 petang.
Wanita itu dikatakan terkejut apabila mengetahui pasangannya berusia 46 tahun dari Sungai Petani juga adalah suami orang dan mempunyai lima anak kerana sebelum ini, lelaki itu mendakwa masih bujang.

Wanita itu hanya mengetahui perkara itu ketika anggota penguat kuasa menyoal siasat mereka di pejabat agama sejurus selepas tangkapan.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, berdasarkan maklumat diterima, anggotanya bergegas ke motel terbabit dan mendapati sebuah bilik berkunci serta tertutup rapat.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka seorang lelaki yang mendakwa menyewa bersama `isterinya’.

“Selepas menyoal siasat pasangan itu, mereka akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan apabila wanita terbabit mendakwa baru mengenali lelaki yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu empat hari lalu manakala lelaki itu juga mengaku sudah berkeluarga.
“Ketika ditahan, wanita itu hanya sempat memakai tuala kerana terkejut apabila pintu bilik diketuk berkali-kali oleh anggota penguat kuasa dan tidak sempat memakai baju manakala keadaan katil pula berselerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

“Kami akan melakukan pemeriksaan lebih kerap dalam usaha mencegah maksiat,” katanya.


Isteri pernah kahwin orang lain

KANGAR - Seorang isteri yang menceraikan suaminya menerusi sepucuk surat taklik palsu daripada Jabatan Agama Islam Songkhla, Thailand Disember lalu rupa-rupanya pernah berkahwin dengan lelaki lain pada 2006 tanpa prosedur yang sah.
Ekoran pendedahan yang mengejutkan itu, permohonan suaminya, Yusri Ahmad Jusoh, 43, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk mengesahkan perkahwinan mereka di negara jiran akhirnya terbantut.
Lebih malang, kegagalan wanita tersebut, Intan Fazilah Othman, 34, menghadirkan diri ke mahkamah telah memaksa Hakim Syariah, Azeeman Omar menangguhkan prosiding tersebut sekali lagi.
"Saya perlu mendengar keterangan dan melihat kes Intan berhubung dia mendakwa pernah berkahwin dengan lelaki lain sebelum mengahwini kamu (Yusri).
"Oleh itu, kamu (Yusri) mesti berusaha meminta isteri kamu (Intan) hadir di mahkamah menjelaskan perkara tersebut serta bukti berhubung dakwaan itu," kata Azeeman.


PADK cekup pasangan warga Indonesia, Bangladesh bersekedudukan



KULIM: “Saya tidak mampu untuk membayar sewa rumah di Lunas menyebabkan saya terpaksa pindah dan tinggal bersama teman lelaki saya,” kata wanita warga Indonesia ketika ditahan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).
Wanita berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 malam bersama teman lelakinya warga Bangladesh kerana bersekedudukan di tingkat atas sebuah rumah kedai di Taman Beringin, dekat sini kelmarin.

Ketika diperiksa, wanita itu memberi alasan dia memilih untuk tinggal bersama teman lelakinya berusia 27 tahun kerana kadar sewa rumah yang disediakan majikannya terlalu mahal.
Dia yang pada mulanya tidak mengaku pernah melakukan sebarang hubungan seks dengan teman lelakinya, akhirnya mengaku baru selesai melakukan perbuatan terkutuk itu beberapa jam sebelum ditahan PADK.

“Saya tinggal di sini percuma dengan teman lelaki, saya hanya perlu melayan kehendak seksnya saja selain menyediakan makanan dan minuman untuknya selepas pulang kerja,” katanya.

Menurutnya, dia yang baru beberapa hari pindah ke rumah itu turut mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan terkutuk bersama teman lelakinya.

“Sejak pindah ke sini tiga hari lalu, saya sudah beberapa kali tidur bersama teman lelaki saya,” katanya.

Menurut jurucakap PADK, pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat daripada orang awam kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.
Beliau berkata, ketika anggota menjalankan pemeriksaan kira-kira jam 4 petang kelmarin, PADK hanya menemui wanita warga Indonesia berseorangan di dalam rumah itu namun pemeriksaan semula kira-kira jam 11.30 malam, menemui seorang lelaki warga Bangladesh bersama wanita Indonesia itu.

“Ketika pemeriksaan dibuat pada jam 11.30 malam, penghuni rumah itu enggan bekerjasama membuka pintu menyebabkan PADK terpaksa membuat helah dengan mengatakan ia pemeriksaan Imigresen,” katanya.

Terpedaya dengan taktik penguat kuasa, akhirnya warga Bangladesh itu membuka pintu untuk pemeriksaan dan ketika ditemui, lelaki itu hanya berkain pelikat manakala wanita Indonesia itu sedang tidur di dalam bilik lelaki itu.

“Pasangan perempuannya sedang tidur dalam bilik dengan hanya memakai baju T dan seluar pendek," katanya.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan penangkapan dan teman lelakinya ditahan di lokap Balai Polis Kulim manakala pasangan wanita ditahan di Lokap Balai Polis Lunas.

Menurut jurucakap PADK, kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali.


Kebahagian bergelar isteri hanya setahun



IPOH: “Biarpun dihantui dosa lampau akibat menggugurkan bayi dalam kandungan, saya sempat menikmati kebahagiaan selepas kami akhirnya bersetuju berkahwin di Yala, Thailand pada Januari tahun lalu,” kata Balqis, 32.
Harian Metro sebelum ini memaparkan kisah Balqis yang membuat pengakuan berani pernah mengugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun selepas bersekedudukan dengan seorang guru.

Balqis berkata, perkahwinannya dengan guru berusia 30-an itu hanya bertahan setahun sebelum dia diceraikan akhir tahun lalu tanpa sebarang penjelasan.
“Lebih mengejutkan, saya menerima dokumen lafaz cerai talak satu itu menerusi mesin faksimili ketika berada di pejabat sekolahnya di Pengkalan Hulu.

“Saya hampir terduduk selepas mendapat tahu, suami melepaskan lafaz cerai terhadap saya sambil disaksikan sendiri bekas madu saya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia hampir pengsan selepas menerima khabar itu dan percaya bekas madunya dalang di sebalik rancangan memisahkannya dengan bekas suami.

Balqis berkata, pada awal perkahwinan, hubungannya dengan bekas madu tiada masalah.

“Bagaimapun, selepas enam bulan, bekas madu mula menunjukkan ‘taring’ dan menghasut suami menceraikan saya,” katanya.



Poligami tidak mudah



POLIGAMI adalah penawar dan ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah kerana tujuan pensyariatannya bagi menyelesaikan masalah.
Bahkan poligami disyariatkan bagi mengelak masyarakat terbabit dengan pelbagai gejala moral yang boleh meruntuhkan institusi rumah tangga.

Malah, jika diteliti keburukan berpoligami jauh lebih baik bagi masyarakat, keluarga dan individu dibandingkan dengan keburukan membiarkan umat Islam terbabit dengan kancah zina dan persundalan dengan sewenang-wenangnya.

Justeru itu, sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu mengikut segala peraturan ditetapkan sama ada berlandaskan hukum syarak yang menetapkan syarat berlaku adil mahupun aspek perundangan syariah negara bagi mengelak suasana haru-biru yang mencemarkan imej institusi kekeluargaan Islam.


Malah, lebih memburukkan keadaan apabila ada yang mengambil jalan mudah berpoligami di negara jiran seperti di Selatan Thailand yang boleh dipertikaikan status pernikahannya.

Di Malaysia kebenaran untuk berpoligami tertakluk kepada peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam yang dikanunkan di seluruh negeri.

Melihat kepada peruntukan undang-undang yang begitu ketat sebenarnya sukar untuk suami berkahwin lagi.

Namun, ini tidak bermakna poligami diharamkan. Penetapan undang-undang yang sebegitu rupa digubal supaya hak dan kepentingan isteri sedia ada terjamin dan tidak dizalimi di samping itu juga bagi memastikan bahawa keadilan dapat diberikan kepada isteri-isterinya.

Disamping itu, ia juga bagi memelihara keperluan anak-anak yang kemungkinan terabai akibat perkahwinan yang baru.

Peruntukan sebegini juga perlu supaya keharusan berpoligami tidak disalahgunakan dan imej poligami Islam yang baik dapat dizahirkan.

Perlu juga diingat poligami bukan tiket untuk berseronok dan melampiaskan nafsu semata-mata.
Poligami juga bukan hak eksklusif untuk suami berkahwin lagi.
Suami yang ingin berpoligami tertakluk kepada syarat boleh berlaku adil antara semua isteri dan anak-anak yang di bawah tanggungannya.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil kepada anak-anak yatim, maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.

“Tetapi jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri) maka kahwinilah seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (Surah al-Nisa’;3).

Baginda Rasulullah turut memberi peringatan dengan sabdanya yang bermaksud: “Barang siapa memiliki dua orang isteri dan dia melebihkan salah seorang daripadanya, maka akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dalam keadaan bahunya senget sebelah”.


MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru



Diperkosa dalam stor

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

HULU SELANGOR: Wajah murung seorang gadis remaja yang tiba-tiba enggan bercakap akhirnya membongkar tragedi sedih apabila mangsa pernah diperkosa seorang pekerja kilang warga Bangladesh.
Mangsa yang berusia 16 tahun dikatakan dirogol lelaki terbabit di dalam bangunan kilang tempat mangsa bekerja di Batang Kali, di sini, menyebabkan mangsa mengalami trauma akibat kejadian itu. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa yang ketika itu sedang bekerja mendakwa dipaksa seorang rakan sekerjanya masuk ke dalam stor.

Sumber polis berkata, remaja terbabit yang mengenali suspek sebagai rakan sekerjanya kemudian diheret tangan masuk ke dalam stor berkenaan sebelum diperkosa.
“Mangsa kemudian ditinggalkan di stor sebelum lelaki Bangladesh terbabit keluar daripada stor untuk menyambung kerjanya,” katanya. Menurutnya, tiga hari selepas kejadian itu, mangsa yang kelihatan muram dan tidak berdaya ditanya ahli keluarganya, menyebabkan remaja itu menceritakan kejadian dia dirogol.

Susulan itu keluarga mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor berhubung kejadian berkenaan. “Malah, mangsa dirujuk ke Hospital Selayang sebelum ditempatkan di wad selama tiga hari untuk pemeriksaan. Laporan perubatan mendapati mangsa dirogol berkali-kali. “Anggota polis berjaya menahan lelaki warga Bangladesh itu untuk siasatan lanjut. “Suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 2 Oktober untuk soal siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.


Tidur bersama kawan abang

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu perumpamaan layak diberi kepada seorang abang yang sepatutnya menjaga maruah adik perempuannya daripada terjebak dengan gejala sosial, namun sebaliknya apabila dia pula membenarkan adiknya itu ditiduri rakannya di sebuah bilik hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 24 tahun, seorang nelayan berasal dari Kuala Kedah itu dikatakan turut membawa rakan adik perempuannya berusia 22 tahun menyewa sebuah bilik di hotel sama walaupun baru pertama kali bertemu kelmarin untuk memuaskan nafsunya.

Lelaki berkenaan dikatakan mengajak adik perempuannya berusia 21 tahun menyewa bilik bersama rakannya yang juga nelayan berusia 18 tahun dan masing-masing datang ke hotel itu sejak petang Jumaat dengan menunggang motosikal berasingan.
Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membuat serbuan di dua bilik berasingan hotel itu dalam ‘Ops Krismas’, kira-jam 4 petang.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, dalam pemeriksaan di bilik pertama hotel itu, seorang lelaki yang hanya berseluar denim tanpa baju terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jaik ketika membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita memakai baju labuh nipis dan bertali halus tanpa coli dan seluar dalam berselimut di atas katil di bilik berkenaan dalam keadaan takut.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sah dan memberi alasan hanya untuk makan bersama di bilik itu.

“Mereka mengaku baru berkenalan dan bertemu di hotel berkenaan. Mereka terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui, kelmarin.
Katanya, si adik mendakwa dia mengikut abangnya keluar dari rumah mereka kerana bergaduh dengan seorang lagi abang dan mahu mencari ketenangan sebelum dicekup berkhalwat di hotel itu.

Beliau berkata, pemeriksaan di bilik kedua menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa sebarang ikatan hingga menimbulkan syak.

Menurutnya, wanita itu mengaku yang dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel itu bersama rakannya yang juga pasangan abangnya.

“Kita mengesyaki sesuatu mencurigakan dan lebih mengejutkan apabila abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya bermalam dengan rakannya di bilik hotel itu sedangkan dia sepatutnya menjaga kehormatan wanita itu.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Pasangan adik beradik itu kemudian diikat jamin ibunya yang datang ke Pejabat Agama Islam Kota Star selepas dimaklumkan penahanan mereka oleh anggota penguat kuasa manakala pasangan mereka dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

Md Nasir berkata, dalam operasi sempena Krismas kelmarin, tiga pasangan berusia 18 hingga 24 tahun ditahan dalam pemeriksaan di beberapa hotel murah sekitar bandar raya ini bermula jam 2 hingga 7 petang.