Ahad, 2 Januari 2011

MATI ITU MESTI DAN HIDUP ITU INSYAALLAH.....










KITA AKAN MATI...BUKAN NAK DUK DUNIA SELAMA2NYA...HINGGA LUPA CARI BEKALAN AKHIRAT...JANGAN KAYA RAYA DI DUNIA TAPI MUFLIS DI AKHIRAT...

MARILAH KITA PAKAT2 TAKWA...RUGI KITA TAK TAKWA...SEBAB KITA DUK DUNIA SEKALI SAHAJA...SESAT DUNIA MAKA BERERTI KITA JUGA TELAH SESAT DI AKHIRAT...

YANG KITA CARI DIDUNIA NI IALAH KERAHMATAN DAN KEREDHAAN ALLAH SWT

ADA BERITA2 GEMBIRA...TAPI JANGAN LUPA ADA JUGA BERITA2 ANCAMAN DAN PERINGATAN...

INGAT MATI ITU ADALAH ORANG YANG BIJAKSANA

BUKAN KALANGAN MENTERI2....DUN2 DLL MALAH YANG PATUT DITEKANKAN ARTIS2 YANG AKAN JADI IKUTAN MASYARAKAT...

Khairy Sah Tidak Pertahan Kerusi Rembau

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait".

(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late".

(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.



Dasar PAS Kelantan Hanya "Hangat-Hangat Tahi Ayam", Kata Mustapa

RANTAU PANJANG: Umno Kelantan menyifatkan dasar yang dibuat kerajaan negeri Kelantan mengenai beberapa perkara termasuk hiburan hanya berupa "hangat-hangat tahi ayam" semata-mata yang akhirnya tidak membawa apa-apa makna.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata demi mencapai cita-cita politik termasuk untuk mendapatkan pengaruh golongan muda, kerajaan negeri pimpinan PAS itu sanggup berbuat apa sahaja.

"Dulu (dasar kerajaan negeri) adakan konsert hiburan haram kerana bercampur lelaki dan perempuan tetapi kini tidak.

"Dulu ada kaunter bayaran lelaki dan perempuan tapi sekarang sudah tidak diikuti lagi dan banyak lagi contoh yang boleh diberi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di sini, Ahad.

Mustapa mengulas persembahan kumpulan popular Indonesia, Wali Band di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu, dua hari lalu anjuran Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama kerajaan negeri.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mempersoalkan apakah persembahan pada malam itu tidak membabitkan percampuran penonton lelaki dan wanita.

"Inilah double standard pemimpin PAS yang pandai memutarbelitkan apa sahaja yang boleh menguntungkan mereka yang semua orang tahu terdapat percampuran antara lelaki dan perempuan pada malam itu," katanya.

Mustapa berharap rakyat Kelantan sedar yang PAS sebenarnya sudah lari daripada landasan menegakkan Islam sebaliknya hanya untuk kepentingan diri pemimpin itu semata-mata. - BERNAMA



Dr Asri: Ustaz jangan lupa 'kerakusan' atasan
Jan 2, 11 1:54pm


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.

"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan.

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang.

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan.

"Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.

Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan.

"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."

Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:

  • Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
  • Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
  • Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.


'Azam' NUJ: Tindakan tegas pada pengarang Utusan
Jan 2, 11 1:24pm


Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) memulakan tahun baru 2011 dengan lebih garang dengan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengarang dan ketua pengarang Utusan Malaysia kerana didakwa cuba mencetuskan beberapa isu perkauman.

"Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia menunjukkan mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah," kata presidennya Hata Wahari.

Dalam satu kenyataan, Hata juga mendakwa, Utusan yang pernah edarannya mencapai 350,000 sehari kini hanya menjadi alat propaganda kerajaan dan memainkan isu-isu perkauman serta cuba mencetuskan pertelingkahan kaum di negara ini.

Sementara itu, Hata yang juga wartawan kanan di akhbar milik Umno itu berharap pada tahun ini kebebasan media yang sebenar dapat dinikmati bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang benar dan seimbang.

"Kesatuan juga meminta pengarang-pengarang di media perdana terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star agar kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan bukan sebagai alat propaganda kepada kerajaan, mana-mana parti politik dan individu-individu tertentu kerana kepentingan peribadi," katanya.

Kejatuhan edaran akhbar media perdana seperti yang di umumkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC), tambahnya, jelas membuktikan bahawa orang ramai terlalu muak dengan isi yang disajikan dalamnya yang didakwa bukan sahaja tidak membina minda tetapi penuh dengan propaganda buruk.

Sehungan itu, Hata berkata, akhbar-akhbar itu boleh dikategorikan sebagai "akhbar murahan" dan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana "para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan".



Isu SUK: Kjaan tetap berfungsi, kata MB
Jan 2, 11 12:52pm


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini masih bertegas bahawa isu pelantikan Datuk Khusrin Munawai sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu masih diperbincangkan.

"Isu lantikan setiausaha negeri masih dibincangkan oleh pimpinan. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berfungsi sepenuhnya," katanya.

Semalam, kerajaan Selangor dilaporkan kesal dengan sikap ketua setiausaha negara yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Khusrin

Setakat ini, walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini.

Menulis di laman Twitter miliknya pagi, dalam nada mengeluh dan sinis, Khalid turut membandingkan pelantikan itu dengan jawatan ketua setiausaha negara yang merupakan lantikan kerajaan pusat.

"Bayangkan jika perdana menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan ketua setiausaha negara," tulisnya ringkas, ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak.


'Peraturan untuk Wali Band sama dengan Jom Heboh'
Jan 2, 11 12:21pm


Konsert kumpulan terkenal Indonesia Wali Band yang dibantah Pemuda Umno Kelantan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 negeri, sama seperti yang dikenakan terhadap aktiviti lain, seperti Jom Heboh anjuran TV3 suatu ketika dahulu.

Sehubungan itu, menurut Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, perkara itu merupakan pendirian kerajaan Kelantan sejak dasar
Membangun Bersama Islam diperkenal dan tidak "timbul soal mengubah pendirian untuk menarik golongan muda".

"Dalam enakmen kawalan hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, sudah disenaraikan bentuk-bentuk larangan yang dikenakan terhadap semua aktiviti persembahan hiburan di Kelantan dan persembahan konsert Wali Band tidak langsung melanggar enakmen tersebut.

"Manakala penganjur konsert, Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd telah diberikan syarat agar memastikan tidak berlakunya percampuran di antara penonton lelaki dan perempuan bukan mahram sepanjang persembahan berlangsung," kata ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.

Kelmarin Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mempersoal kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan Wali Band mengadakan persembahannya, yang didakwa semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian dilaporkan berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan, tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Fadhli yang juga setiausaha kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata, sebarang kelemahan dalam penguatkuasaan enakmen itu tidak sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung dalamnya.

"Pemuda PAS Kelantan ingin menasihatkan Pemuda Umno Kelantan, khususnya ketuanya sendiri agar membaca dan memahami dahulu Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang hanya menampakkan kedangkalan semata-mata," kata Ahmad Fadhli lagi.


Baju ketat MP: Menteri seru hormat etika pakaian
Jan 2, 11 12:36pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati.

Mengulas tindakan anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berpakaian ketat ketika bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor baru-baru ini, beliau berkata seorang ahli politik yang memahami pandangan masyarakat berhubung isu keagamaan seharusnya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh perasaan penganut agama tersebut apatah lagi mengulangi perbuatannya.

"Memang tidak salah masuk ke masjid tapi adab susila harus dijaga. Saya lihat peristiwa berulang ini, seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain terutamanya Islam dan masjid.

"Pengalaman yang dilalui sebelum ini tak diambil langsung sebagai peringatan untuk beliau ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Hijrah 1Malaysia 1Ummah peringkat Wilayah Persekutuan 1432H di Kuala Lumpur hari ini.

Nie Ching pernah sebelum ini mengundang rasa kurang senang masyarakat Islam apabila menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

Jamil Khir berkata Nie Ching perlu mengambil iktibar di atas tindakannya itu memandangkan banyak peringatan serta ulasan diberikan pelbagai pihak dan tidak hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

Katanya memang tiada halangan bagi penganut agama lain memasuki masjid terutamanya jika ia bertujuan mendekatkan diri dengan Islam namun mereka tetap tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan.

"Sebab itu di Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan kita sediakan jubah dan tudung... sebab kita tahu (bukan Islam) boleh masuk dalam masjid. Boleh dibenarkan apatah lagi untuk tujuan mendekatkan (dengan
Islam)," katanya.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, Jamil Khir berkata:

"Memang semua setuju tetapi sepatutnya semakin kita masuk ke dalam masjid tu semakin mendekatkan kita dengan Islam, semakin faham dengan Islam. Tapi apa yang berlaku ini terbalik, semakin masuk semakin nampak tak faham, semakin
menyakiti orang lain."

Bagi mengurangkan rasa tidak puas hati masyarakat Islam berhubung tindakan Nie Ching, Jamil Khir berkata Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) akan memberi penjelasan kerana insiden itu berlaku di negeri tersebut.

--Bernama






Neelofa Sedia Tepis Kontroversi

KUALA LUMPUR: Juara pertandingan Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa Mohd Noor, 22, yang baru saja dua bulan menyertai indutsri hiburan tempatan sudah bersedia untuk bersaing secara sihat dengan selebriti-selebriti tempatan untuk menjadi seorang pelakon dan pengacara profesional.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, walaupun takut untuk melalui cabaran dan dugaan, lebih-lebih lagi berkaitan gosip, dia cuba 'meredah' diri demi mencapai impiannya bergelar seorang pelakon dan pengacara profesional.

"Walaupun baru tiga bulan saya melangkah masuk ke bidang seni, saya sudah dapat merasai bahang dari segi privasi terumatanya. Habis segala gambar-gambar saya disebarkan di internet.

"Apa-apa pun, itu juga sebagai permulaan untuk saya menerima dimana hal-hal peribadi pasti akan diketahui umum dan saya bersedia semua itu.

"Selain itu, saya juga nampak perbezaan diri sendiri sebelum dan selepas bergelar selebriti keyakinan diri saya lebih tinggi dan cara berinteraksi saya dengan orang juga berbeza. Ia sedikit sebanyak mematangkan saya juga," katanya yang ditemui di parti Media Hiburan di sini, Khamis.

Tambah Neelofa, dia juga gembira kerana sudah memulakan tugas sebagai seorang pelakon dan pengacara dimana dia akan digandingkan bersama Gambit melakonkan watak utama menerusi filem arahan Aziz M Osman yang berjudul Azura.

Dalam pada itu, neelofa juga bersedia untuk menepis segala kontroversi yang bakal diterimanya.

"Insya-Allah, saya akan cuba menjadi yang terbaik buat masyarakat umum agar tidak terjebak dengan kontroversi. Selain itu, azam baru saya untuk tahun ini, saya akan mengurangkan cara pemakaian yang seksi.

"Ini kerana, saya perlu membawa gelaran Dewi kepada umum, dan secara tidak langsungnya, orang akan perhatikan tata tertib kita baik dari segi pertuturan, pemakaian dan personaliti diri," katanya yang turut mengacara bagi program Paparazi dibawah terbitan KRU TV




Parti Media Hiburan Meriah
Parti Media Hiburan bertemakan 'Masquerade' meriah.

KUALA LUMPUR: Sebagai acara penutup tahun 2010, majalah Media Hiburan (MH) telah mengadakan parti bertemakan 'Masquerade' di Menara Kuala Lumpur, Khamis, khas buat selebriti-selebriti dan pembaca-pembaca setia majalah itu.

Lebih kurang 300 tetamu hadir ke parti tersebut dan menariknya hampir kesemua tetamu begitu terbuka mengenakan pakaian tema seperti yang ditetapkan.

Antara selebriti yang memeriahkan parti MH ialah Linda Onn, Shamsul Yusof, Fazli yaakob, Neelofa (juara Dewi Remaja), Abby Abadi, Ifa raziah, Maya Matahari, Nubhan, Gambit, Shila OIAM, Fara Fauzana serta Shaheizy Sam.

Fara fauzana dan Shaheizy Sam

Beritahu editor media Hiburan, Meen Tahrin, sepanjang tahun 2010, MH telah mengadakan pelbagai aktiviti yang membabitkan antara artis dan pembaca majalah tersebut dan akan mengadakan lagi pelbagai aktiviti yang lebih menarik pada tahun ini.

"Dari awal tahun lagi, kami telah menetapkan syarat bahawa MH perlu mempunyai sebuah aktiviti pada setiap bulan dan perancangan itu kami berjaya lakukan. Malah kami akan mengadakan aktiviti sehingga dua kali bagi setiap bulan.

"Kami menganggap, cara ini adalah salah satu cara untuk menghargai para pembaca dan artis yang banyak menyokong MH selama ini.

"MH sudah menjangkau usia 26 tahun dan majalah kami sudah matang untuk melakukan beberpaa perubahan agar dapat memuaskan hati para pembaca.

"Memandangkan persaingan dari segi pengisian agak sengit, tambah pula pelbagai kisah-kisah artis boleh didapati di internet, kami cuba mengubah sedikit isi kandungannya yang membabitkan pembaca. Ertinya, setiap aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama pembaca, ia akan dipaparkan dalam majalah kami," katanya yang ditemui di parti MH, di sini, Khamis.

Dari kiri: Ery Putra dan Shajiri

Tambah Meen, perancangan tahun 2011 juga ditambah dengan beberapa anjuran konsert jelajah di seluruh negara.

"Bagaimanapun, perancangan ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana kami memerlukan penaja. Alhamdullah, setakat ini kami ada beberapa penaja yang sudi bekerjasama menjayakan konsert-konsert jelajah itu.

"Apa-apa pun, saya turut mengalu-alukan kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama kami sepanjang aktiviti tahunan kami," ujarnya.

Shafie Naswip dan Shiela OIAM3

Pada parti MH tersebut, Meen turut mengumumkan mengenai borang pencalonan awal bagi Anugerah Pembaca Pilihan Media Hiburan (PPMH) yang akan dibuka untuk undian bulan ini.

Sebanyak 20 kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Ikon, Anugerah Harapan, Anugerah Selebriti Kacak, Anugerah Selebriti Favourite, Anugerah Janda Hot, Anugerah Duda Hot, Anugerah Selebriti Jelita, Anugerah Body Sexy Lelaki dan perempuan, Anugerah Hot Mama dan Hot Papa, Anugerah Selebriti Stailo, Anugerah Selebriti Rambut Cantik Lelaki dan Wanita, Anugerah Kulit Cantik Lelaki dan Wanita, Anugerah Penghias Cover Favourite, Anugerah Selebriti Cekal dan dua Anugerah Khas MH.

Penyanyi Didie bersama isterinya

Selain itu, MH akan bekerjasama bersama Menara Kuala Lumpur dengan penganjuran pertandingan pencarian bakat baru nyanyian yang akan diadakan pada Februari ini.

Bagi yang ingin menyertai pertandingan tersebut, maklumat lanjut boleh didapai di majalah MH dan lama Facebook Media Hiburan

BAGAIMANA PULA...MASALAH PERGAULAN BEBAS BUKAN MUHRAM....PEGANG ATAU PELUK BUKAN MUHRAM....BAGAIMANA MASALAH AURAT...TAK SALAHKE....TAK BERDOSAKE....MENUNJUIK BENTUK TUBUH BADAN YANG MENGAIRAH MENONTONNYA TAK BERDOSAKE....BUKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA NI JAHIL HUKUM AGAMA...SENDIRI MAU INGATLAH....HABIS TAK BAHAYA KE....REMAJA MENGIKUT AJARAN MAKSIAT YANG ADA DALAM FILEM DAN DRAMA TU....SEPERTI BERGAUL BEBAS....BUKA AURAT YANG SEPATUT WAJIB DITUTUP....JAWAB AJE BESOK DIAKHIRAT NANTI...

Penerbit Filem Dan Drama Pastikan Karyanya Tidak Pesongkan Akidah

KUALA LUMPUR: Penerbit filem atau drama perlu memastikan karyanya tidak memesongkan akidah masyarakat walaupun mereka tidak dihalang daripada menghasilkan karya berunsur tahyul atau khurafat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Kita tidak tolak (filem atau drama) sebab kita perlu juga terangkan kepada orang ramai hal-hal begini, sejauh mana kewujudannya dan bagaimana sepatutnya kita tak terlibat (dalam tahyul dan khurafat)," kata beliau ketika ditanya pemberita berhubung lambakan filem dan drama tempatan yang berunsur sedemikian.
Katanya penerbit hendaklah merujuk pada garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain mengadakan perbincangan dengan Lembaga Penapisan Filem mengenai karya mereka.
Filem-filem di beberapa negara seperti Iran, Turki dan Indonesia mempunyai panel syariah yang memberikan panduan agar karya tidak terkeluar daripada garis panduan, katanya selepas melepaskan lebih 2,000 peserta pelbagai kaum dalam program Larian Hijrah 1Malaysia 1Ummah peringkat Wilayah Persekutuan 1432H di perkarangan Kompleks Pusat Islam di sini, Ahad.
"Penerbit filem ada yang meletakkan peringatan kepada penonton agar tidak terpengaruh dengan filem yang ditonton namun berharap agar usaha tersebut dapat ditingkatkan lagi," katanya.
Dalam pada itu, Jamil Khir mengingatkan artis wanita terutamanya yang beragama Islam agar menjaga ketertiban pemakaian ketika menghadiri majlis anugerah serta tidak menggunakan publisiti murahan demi mengejar populariti dalam bidang seni.
"Para penganjur juga harus memberi peringatan kepada mereka. Kita tak fikir seseorang individu itu hanya kejar glamor semata-mata sebab ada orang rasa apabila dia berbeza itu merupakan publisiti. Tapi kita tak harapkan publisiti murahan," katanya ketika diminta mengulas pemakaian artis-artis wanita tempatan yang dikatakan tidak sopan etika menghadiri majlis-majlis anugerah seni termasuk Majlis Anugerah Skrin TV3 2010 yang berlangsung 24 Disember lepas.
Ia turut menimbulkan rasa kurang senang masyarakat termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang membuat teguran dan meminta Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 menilai semula perkara itu supaya tidak berulang pada anugerah akan datang. - BERNAMA

SELAGI KITA MENGABAIKAN HUKUM ALLAH SWT...SELAGI ITU PENYAKIT MASYARAKAT...RASUAH...ZINA...ROGOL..CURI...RAGUT...BUNUH...TIPU DLL TAK SELESAI

Pulau Pinang akan bina universiti di Penanti
Fakhri Ali

PENANTI, 2 Jan: Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah universiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dalam tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman berkata demikian selepas menyerahkan bantuan keperluan persekolahan kepada golongan yang tidak berkemampuan di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi.

Ketika ditemui beliau berkata, adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi masyarakat negeri ini untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

"Lokasi kawasan telah pun dikenal pasti. Segala perkara berkaitan dengan penubuhan insititusi tersebut sudah pun berada pada peringkat terakhir. Kita sekarang berada dalam proses pembangunan sahaja.

"Selain dari universiti dalam kawasan Penanti yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah lagi institusi yang akan memberi fokus kepada pembangunan ummah yang dikenali sebagai Yayasan Islam Pulau Pinang," tegasnya lagi.

Tambahnya, dengan kewujudan institusi tersebut, ia membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Difahamkan, yayasan yang akan beroperasi awal tahun ini, akan memberi penekanan kepada keperluan masyarakat Islam seperti pendidikan, ekonomi dan sosial.

“Kita bukan saja mahu masjid berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat yang menitikberatkan ilmu agama semata-mata, tetapi juga membuka ruang sebagai tempat untuk meningkatkan ekonomi dan membentuk peribadi atau pembangunan insan, " katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Penanti, optimis apa yang termaktub dalam manifesto pilihan raya yang lalu bagi mewujudkan institusi ini ternyata berjaya direalisasikan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.



Tenang: Pengundi campuran sangat baik
Hazayani Zakaria

LABIS, 2 Jan: PAS tidak akan mengikut cara Umno BN yang membangkitkan semangat perkauman kerana ia bercanggah dengan fitrah Islam, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sebaliknya berkata, PAS dan Pakatan Rakyat sedang berusaha menarik semua kaum untuk bersama-sama dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

Hal ini, tegasnya selaras dengan tujuan Allah menciptakan pelbagai kaum untuk memberikan sumbangan mengikut kelebihan masing-masing.

"Saya menarik perubahan berlaku di kawasan pengundi campuran. Melayu, Cina dan India, kita berjaya menghantar wakil ke Dewan Undangan Negeri.

"Di Tenang ini juga pengundinya campuran. Ini satu campuran yang sangat baik.

"Kita tidak mahu menggunakan cara Umno membangkitkan semangat perkauman yang tidak ada sifat Islam," katanya ketika berucap di majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya bagi PRK N.05 Tenang, dekat sini malam tadi.

Menurut beliau, Allah tidak melarang manusia mencintai kaum masing-masing namun tidak boleh berlebihan sehingga menzalimi kaum lain.

"Tak salah kita sayang pada bangsa, pada kaum kerana Allah menjadikan manusia pelbagai kaum dan bangsa.

"Allah menjadikan pelbagai bangsa dengan keistimewaan masing-masing. Cina, Melayu dan India ada keistimewaan mereka yang boleh memberikan kemajuan kepada negara.

"Ini yang perlu diatur dengan baik. Jangan lakukan serangan kaum dan menzalimkan kaum lain," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir.

Tegasnya, PAS bersama Pakatan Rakyat akan menggantikan Umno untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang diperkenalkan Umno lebih 50 tahun dahulu.

"Akibat Umno memperkenalkan semangat lain selain Islam, Melayu dan Islam hilang entah ke mana.

"PAS akan ganti Umno untuk melakukan perubahan. Kita buktikan di Terengganu dahulu disebabkan kita ada hasil minyak,kita berjaya menghapuskan cukai pintu," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat khusunya pengundi di Johor agar membuka minda untuk melakukan perubahan dengan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

"Sebab itu kita minta pengundi memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk kita buktikan bahawa kita mampu membuat perubahan secara perlahan-lahan.

"Kita tidak mahu memaksa pengundi,tapi mahu mereka berfikir dan menilai mana yang baik dan mana yang buruk," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahuddin Ayub, bendahari, Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya Johor Dr Mahfodz Muhammad, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman sebagai pengerusi majlis.

Kaunter tandatangan kempen "Katakan Tidak Kepada Isa Samad" turut dibuka malam tadi



Tenang: Jangan gentar hadapi Umno BN
Hazayani Zakaria

LABIS, 2 Jan: Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang.

"Orang kata di sini kubu kuat Umno tapi saya nak bagitahu sifir pilihan raya,sekarang ini tiada lagi istilah kubu kuat bagi Umno BN.

"Di seluruh negara, kita pernah menawan kerusi-kerusi mereka dan di Dun Tenang ini pilihan raya kecil ke 14. Dari 13 pilihan raya kita telah menang dengan agregat 8-5.

“Dalam orang tak percaya kita boleh menang, kita mampu melakukannya.

"Ini bermaksud kita ada keupayaan untuk menang.Inilah yang harus kita yakin. Saya tak mahu pemuda-pemuda kita tak yakin dengan kekuatan yang kita miliki," katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat dekat sini, semalam.

Justeru Nasrudin berkata, jentera pemuda harus bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.

"Saya harap jentera yang turun hari ini mampu menggunakan segala kekuatan untuk memenangi Dun Tenang ini," katanya disambut laungan takbir oleh kira-kira 500 pemuda yang hadir.

Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, pemuda Pakatan akan membuat agihan tugas secara tepat dan tersusun dalam gerak kerja PRK kali ini.

"Rupa-rupanya di Tenang ini satu kebangkitan rakyat akan berlaku. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pekan Tenang jangan disangka tak akan mengamuk.

"Kita berhadapan realiti, iaitu kawasan Felda yang dikatakan kubu kuat Umno.

"Pemuda PAS, Dapsy dan AMK akan agih tugas dengan betul kali ini. Kalau kita tengok pengalaman di Sibu, semua orang kata kita susah nak menang. Tapi oleh kerana kita bekerja secara tersusun, kita mampu menawan Sibu," katanya.

Bukan Islam yakin dengan PAS

Penolong setiausaha Dapsy Kebangsaan, Tey Kok Siew pula berkata, orang Melayu Islam harus meninggalkan Umno BN yang ternyata tidak mampu membela nasib mereka.

"Saya tahu Islam itu satu sahaja. Tapi kalau orang tanya saya, saya boleh terima Islam cara PAS atau Islam cara Umno,saya akan jawab saya terima Islam cara PAS.

"Saya dan kawan-kawan saya orang Cina yang bukan Islam boleh terima PAS, saya nak tanya orang-orang Melayu Islam terutamanya di Tenang, kamu tunggu apa lagi? Nak tunggu Umno berubah? Bila Umno akan berubah? Tunggu kucing bertanduk dulu.

"MCA boleh berubah tak? Boleh...tunggu pisang berbuah dua kali. Jadi kita tidak boleh percaya lagi pembohong-pembohong besar ini.

"Kita nak tanya orang Umno,kalau betul Umno jaga Melayu,kenapa sampai sekarang semakin ramai orang Melayu yang miskin?"soalnya yang juga Adun Bandar Hilir Melaka.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan DHPP Johor, Subramaniam memberi jaminan bahawa mereka akan membantu PAS sedaya mungkin untuk menawan Tenang.

"Saya berjanji Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan rombongannya akan bertungkus lumus menggegarkan Tenang terutamanya kaum India.

Tambahnya, orang India sudah yakin bahawa hanya Islam yang dibawa PAS mampu memberikan kesejahteraan kepada negara.

"Saya seorang Hindu, dilahirkan sebagai seorang Hindu, hari ini pun saya masih Hindu, esok belum tahu...di hati saya, di dalam tanah yang bertuah ini, hanya Islam akan menjamin kesejahteraan semua.

"Sekarang masyarakat India tidak bimbang dengan parti PAS. Dulu mereka khuatir kerana mungkin mereka nampak PAS itu parti hanya untuk Islam dan mereka tidak faham kerana tidak terlibat dalam PAS.

"Tapi hari ini mereka faham hanya Islam sahaja boleh membanteras gejala sosial termasuk rasuah dan akan membawa Malaysia menyelamatkan maruah Malaysia," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub,setiausaha DPPP, Ahmad Sabki Yusuf, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi DHPP Johor,Nadarajan.



Muzik bingit jadi kegilaan remaja! Gila!
http://annasru.wordpress.com

Itulah kesimpulan yang tak bermakna boleh saya gambarkan ketika berada dalam stadium sewaktu menguruskan sukarelawan Konsert Wali Band. Terlintas dalam hati saya mujurlah aku tidak pernah teruja untuk bawa anak isteri saya ke program seperti ini, walupun anak-anak saya juga fasih dengan lagu-lagu Wali Band. Saya pun kadang-kadang pelik juga di mana mereka dengar sedang saya tiada pun koleksi lagu Wali Band. Kereta saya tiada radio! Oh! Telefon Umi mereka agaknya!

Kelantan di bawah PAS sekali lagi memecah tradisi 20 tahun pemerintahannya membawa datang sebuah band yang dikategorikan sebagai band rock. Satu langkah yang berani dan bisa mengundang kontroversi. Ternyata kedengaran suara-suara bingit kontra dari dalam dan luar. Itu sudah menjadi lumrah. Pemikiran kita tidak semestinya sentiasa sehaluan dan sealiran. Pandangan yang berbeza itu kadang-kadang menghasilkan suatu natijah yang baik, berhikmah dan keputusan yang berkat.

Sungguh! Saya katakan bahawa ketika zaman kanak-kanak saya, kehidupan saya adalah di rumah. Saya seperti dikawal ketat oleh ibu saya walau pun saya selalu ikut ma dan ayah berniaga di dua permis perniagaan mereka.

Kehidupan saya boleh dikatakan berlegar di rumah kecuali ketika tengok bola. Selalunya saya bersama ayah ke Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Jarang-jarang sekali, saya akan berjalan kaki dengan rakan-rakan ke stadium ikut jalan short cut melalui Raja Dewa, tembus ke Jalan Sultan Yahya Petra, langsung sampai stadium. Saya nak beritahu bahawa berjalan kaki dari rumah ke stadium sampai. Kalau sekarang bayar sekali pun saya tak buat. Huhu..

Stadium tentu sahaja tidak putus-putus dengan acara dan keramian. Walau pun begitu ia seperti tidak menarik perhatian saya kecuali bola. Sebutlah apa sahaja konsert, hati saya tidak sekuat tarikan untuk tengok bola yang mana abang saya adalah sayap kiri skuad Kijang ketika itu.

Kalau saya katakan tidak pernah tengok konsert mungkin saya berbohong kerana zaman Umno Barisan Nasional memerintah program maksiat seperti itu berleluasa. Tapi ia boleh dibilang dengan jari bila ada kalangan ahli keluarga (bukan adik beradik) saya yang bawa saya ke stadium. Sengoti! ketika itu, tiap kali berada dalam program yang agak bingit-bingitan, saya akan mendongak ke langit! Apa berlaku kalau Tuhan turunkan tanda-tanda pengajarannya ketika itu!!?

Cuma suasana ketika dianjur oleh Umno dan PAS yang sangat berbeza. Apa yang boleh saya katakan jika dengan cara dan sistem keselamatan seperti hari ini dikendali oleh Umno, mahu hancur lebur Stadium Sultam Mohamad ke IV! Tetapi malam semalam suasana tetap terkawal walaupun hanya pagar musang yang dipasang 100 meter dari stage.

Dulu, kawan-kawan sekampung pergi pun saya tidak join. Mungkin mereka juga rasa segan untuk ajak saya kerana walaupun saya berseluar jeans (rock la tu) sewaktu di Maahad Muhamadi, tetapi rakan-rakan sudah memanggil saya ustaz! Ustaz rock! Huhu…

Namun hari ini siapa sangka, saya bukan sahaja sering berada dalam program konsert di stadium, malah saya dilibatkan sebagai urusetia kerana saya berkhidmat dalam kerajaan. Bawah exco kebudayaan pula. Soalan.. Adakah ustaz tidak layak mengurus budaya? Owh! Tok Guru minta ustaz pun berdikir barat!

Bila berbicara dengan rakan-rakan sering saya luahkan “kalau tidak kerana tugas dan kerja, mungkin saya tak datang!” Saya ingin menzahirkan bahawa saya tidak biasa sangat dengan majlis seperti ini walaupun zaman remaja saya, boleh berkira juga lagu –lagu rock saya ingat. Tapi bukanlah yang bingit-bingit sangat! Huah!

Wali Band! Itulah yang masih bingit diperkatakan. Kumpulan tersohor dari Seberang yang dikatakan membawa unsur-unsur dakwah dan nasihat dalam lirik lagu mereka. Muzik tetap bingit, bingit bangat! Tapi liriknya ada yang positif. Ada kritik dari band bingit lain yang mengatakan Wali Band hipokrit. Saya bukan hendak bincangkan itu.

Menyoro­­t pengalaman saya berada dalam Konsert Jom Heboh di Kota Bharu awal tahun lalu. Saya bukan sekadar hadir kerana tugas, tetapi saya melihat bagaimana ragam dan reaksi anak muda yang sememangnya fanatik dengan muzik bingit. Antara artis yang diundang Raihan, Lan Typewritter, Jamal dan Jay jay. Saya melihat bagaimana reaksi berbeza remaja yang gilakan muzik itu apabila aliran muzik aliran pop dan rock bingit dipersembahkan dan aliran nasyid mengambil tempat di pentas.

Bila sahaja Raihan mengambil tempat di pentas mereka mula mengundur, duduk, bercakap-cakap, isyarat tidak minat dengan aliran itu. Tetapi apabila sahaja Lan keluar, mereka kembali merapat.

Nasyid sebenarnya punya kumpulan peminat tersendiri. Selalunya pelajar aliran agama dan pelajar IPT. Nasyid hanya menjadi hiburan aliran perdana di saat kemunculan awal Raihan. Selepas itu ia kembali menjadi milik kelompok tersendiri. Taksub nasyid pun wujud. Makan nasyid, tidur nasyid, bangun nasyid. Dalam bilik air pun bernasyid. Apa jaminan bahawa nasyid tidak membawa kelekaan! Nasyid tak bingitkah? Tak kut! Hehe..

Soalnya adakah suatu yang terlalu negatif apabila kumpulan rock seperti Wali Band diundang ke Kelantan. Saya bukan bermaksud untuk mempertahankan, atas dasar kerana saya berada dalam kerajaan. Kita bincangkan atas asas bahawa bagaimana kelak situasi kita bila Putrajaya menjadi milik kita dalam suasana politik, sosial, pemikiran rakyat dan sebagainya yang telah dirosakkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Program malam itu adalah anjuran sebuah konsultant sebagai memberi sokongan usaha pihak Cakna Palestin yang mengadakan program mereka. Kerajaan dilibatkan sebagai pihak yang bekerjasama. Yalah, apabila dilibatkan kerajaan, maka banyak perkara yang melibatkan kerajaan menjadi mudah. Tempat, pelbagai kemudahan, bajet lebih kurang dan sebagainya.

Berbalik kepada persoalan waqi’e dakwah. Kenapa Datuk Seri Ustaz Azizan yang menerajui kerajaan PAS Kedah tidak menutup semua kedai arak terutama di Langkawi yang bukan setakat merata, bahkan berlambak wak. Adakah Tuan Guru itu tidak patuh pada ajaran syariat yang tidak ada kompromi lansung tentang haramnya arak. Kerja jaga di kedai arak pun haram, apatah lagi menjadi cashernya. Tidak lain kerana berhikmah dalam berdakwah. Bukan mudah untuk membenteras 1001 tahi-tahi kemungkaran yang ditinggalkan oleh pemerintah sebelumnya.

Saya bersependapat dengan sahabat guru saya, Ustaz Nik Abduh lewat pertanyaan saya kepadanya, bagaimana kedudukan seni seperti ini kelak bila Islam yang memerintah. Ringkas sahaja beliau menjawab “dengan sendiri rakyat tak akan mahu..”

Ternyata 20 tahun PAS memerintah Kelantan, masyarakat yang tidak mahukan program seperti konsert wujud tetapi masa seiring dengan itu lahir remaja yang hidup dalam dunia yang direka oleh Yahudi. Muzik adalah kegilaan remaja yang sukar dibendung. Apabila kita memerintah adakah dalam tempoh 24 jam kita akan mengharamkan terus muzik? Buat masa ini saya tidak fikir begitu.

Remaja perlu dilayan mengikut citra mereka, tanpa membiarkan mereka hanyut tanpa kawalan. Kita di Kelantan memperkenalkan Enakmen Kawal Hiburan tanpa menyekatnya. Kawal, bukan sekat. Jika enakmen tidak dipatuhi, maka ia tidak dibenarkan. Itu adalah usaha kita.

Namun buat masa ini, sebagai jalan dan cara untuk kita mencari puncak kemenangan, kita perlu memenangi hati dan citarasa masyarakat yang pelbagai. Asasnya Islam bukan agama regid sebagaimana yang digambar oleh barat. Walaupun tidak rigid tetapi bukan bermakna kita boleh bermudah-mudah. Dasar tetap menjadi dasar yang perlu dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir. Prinsip dan methodogi yang boleh berubah mengikut masa dan keadaan.

Cukup mudahkah kita ingain mendakwah remaja untuk join program kita seperti memetik jari? Jom gi masjid, jom dengar nasyid, mari pergi ceramah, jom join usrah! Begitu mudah sekali?

Malangnya kita hanya tahu mengkritik, menghentam dan memberi komen yang emosional tanpa menghulur tangan untuk bersama menanganinya. Lagi malang memerhati dari jauh, kemudian menunggu peluang untuk menghentam dan terus menghentam. Bila diajak untuk berdakwah, paling kurang edar risalah seperti yang dilakukan oleh Sukarelawan malam itu pun, masing-masing mula bergeliat. Baik minum air di kedai katanya, atau main futsal lagi menyihatkan badan sendiri. Sendiri!!. Biarlah puak-puak itu punah dengan kepunahan akhlak mereka.

Tetapi sungguh! Semalam hati saya agar berdebar. Bukan berdebar kerana muzik bingit yang bisa mencopot jantung saya, tetapi terkilan dengan pihak pengurus konsert, Anjung Tulus yang tidak secukupnya tulus. Kerajaan positif bila mereka juga tidak bersetuju jika ada countdown. Katanya mengapa harus mengikut budaya barat. Saya mungkin boleh berkompromi dengan muzik bingit Wali Band tetapi tidak dengan pihak yang gagal mematuhi enakmen kawalan hiburan. Atas kertas panganjur bersetuju membuat halangan pemisah antara penonton, tetapi mereka hanya membuat halangan antara pentas dan penonton. Ternyata mereka hanya jaga Wali Band dan tidak jaga pengasingan penonton. Alasan mereka pihak stadium yang mensyaratkan saat akhir padang tidak boleh dipijak tidak boleh diterima. Padanlah muka mereka rugi kerana jualan tiket yang lembab. RM 20 besar bagi orang Kelantan besar. Lebih mahal dari tiket bola kata bos saya. Yang jadi mangsa Sukarelawan. “ aku beli tiket mahal-mahal duduk jauh.” “ Ikut kawe nok duk mano pun.” Itu pula herdikan mereka bila Sukarelawan menegur tempat duduk. Itu orang lain tak rasa kecuali Sukarelawan kami.

Khabarnya selepas ini Maher Zain pula akan datang. Pastinya saya juga akan terlibat walaupun sekadar jong gi mari gi mari. Bos saya adalah orang yang bertanggungjawab akan membawa Maher Zain. Saya cukup yakin dengan cara dan pengurusan bos saya. Walau pun saya juga minat lirik lagu Maher Zain, tetapi kalaulah majlis ini diserahkan kepada pihak yang tidak cakna dan tak menghayati aspirasi pihak kerajaan, saya rasa tak payahlah dianjurkan, walaupun Maher Zain dikategorikan sebagai penasyid. Nasyid yang pastinya bingit cara nasyid!



Tenang: PAS lawan secara gentleman

Hazayani Zakaria

LABIS, 2 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi Dun Tenang, Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi Umno BN secara 'gentleman', berdisiplin dan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenar.

Bercakap sewaktu melancarkan jentera pemuda Pakatan di sini petang semalam, beliau juga menasihatkan jentera Umno agar tidak membuat sebarang provokasi sehingga mencabar kesabaran jentera Pakatan.

"Ingat lagi apa mereka buat pada jentera pemuda kita di Bagan Pinang? Mereka kepung bilik gerakan kita, pukul petugas kita.

"Kali ini kita nak beritahu mereka, walaupun kita begini, jangan cabar kita.

"Kita sedia menari ikut irama yang mereka dendangkan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Selain itu, beliau juga yakin Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan pada PRK kali ini.

Katanya, biarpun Johor dilabel kubu kuat Umno, tapi kejayaan PAS dan PR menghantar wakil rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu membuktikan label itu sudah tidak terpakai.

Dengan kekuatan dan hubungan erat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, beliau yakin, seorang lagi wakil rakyat PAS akan berjaya dihantar ke Dun itu.

"Dulu Johor dikatakan kubu kuat Umno. Tapi itu dulu, once upon a time," katanya lagi.

PRK Tenang ujarnya juga, merupakan panggilan perang dan semua jentera Pakatan harus bersedia menghadapinya.

Ianya juga sebagai medan persediaan menghadapi PRU ke 13 yang dakwanya akan berlangsung Jun tahun ini.

"Kita telah bersedia dengan gendang perang dan bersedia setiap saat.

"(Datuk Seri) Najib kena buat pilihanraya umum tahun ini juga sebab dia perlukan mandat baru.

"Mandat yang ada ini adalah mandat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi)," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Desas-desus PRU ke-13 tahun ini katanya makin jelas apabila Najib didakwa akan memanggil semua ahli parlimen BN membincangkan hal itu.



Lebih 600 mahasiswa sertai XPDC Dakwah Gamis
Gamis

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) telah berjaya mengumpulkan mahasiswa terbesar di Malaysia dalam programnya, XPDC Dakwah sempena kehadiran tahun baru 2011 di Masjid As-Syakirin KLCC pada 31 Disember 2010 baru-baru ini.

XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat dalam membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat ketika menyambut tahun baru 2011.

Program ini telah mendapat sambutan lebih 600 mahasiswa dari pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, USIM, UMP, USM, UKM, UIA Gombak, UKMKL, UM, Darul Quran, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Kolej Lagenda, KUIS, Institut Pendidikan Bangi dan beberapa kampus lain.

Penyelaras program yang juga Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional (MDK), Saudara Ridhuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa yang telah bersama-sama dalam program ini yang bermula selepas Maghrib dengan solat hajat, forum dan diikuti XPDC dakwah langsung bertemu dengan golongan sasaran iaitu golongan anak muda disekitar KLCC sehingga ke Bukit Bintang dan berakhir dengan qiamullai di Masjid As-Syakirin KLCC.

Dalam pada masa yang sama, program ini telah menarik perhatian TV9 untuk membuat liputan untuk dimasukkan dalam rancangan Nasi Lemak, Kopi O yang disiarkan pada hari Sabtu keesokan padanya. Ini telah menunjukkan program tahunan dakwah tahun baru Gamis ini telah mendapat perhatian dari media tempatan.

Program ini juga telah mendapat reaksi positif di kalangan ibu bapa dan juga orang ramai yang telah ditemui. Pelbagai kelakuan yang tidak enak seperti remaja Melayu berpeluk-pelukan tanpa segan silu, berpakaian yang terlalu seksi dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang dapat dilihat di KLCC adalah anak muda dan juga terdapat segelintir pelajar sekolah yang kelihatan di sana.

Acara tahunan yang saban musim ini menjadi medan dakwah yang akan mengembelingkan segala keringat mahasiswa dan anak muda berjiwa merdeka untuk berkongsi erti iman dan Islam bersama reranting umat yang kian rapuh oleh gelojak sosialisasi.

Dalam ucapan pembukaan, Presiden Gamis, Saudara Syazwan telah mengajak seluruh mahasiswa untuk bersama-sama membantu masyarakat dengan memberi penerangan terutama mengenai masalah seks bebas dikalangan anak muda sehingga berlaku banyakkan pembuangan bayi yang tidak bersalah. Inilah menyebabkan anak muda kita ketandusan akhlak yang baik untuk diwarisi.

XPDC Dakwah ini bermula seawal pukul 9.30 malam dengan taklimat pergerakan dan juga pembahagian kumpulan. Gamis turun bertemu masyarakat di ruang legar utama Masjid KLCC. Kedatangan para peserta, khususnya ahli Gamis sangat menggalakkan, bukan sahaja mahasiswa di sekitar lembah kelang, malah dari utara, timur malahan juga dari Borneo datang bersama-sama untuk membawa misi dakwah.

Pergerakan bermula dari masjid KLCC dengan edaran risalah dakwah yang berkaitan serta pengenalan kepada adab-adab sosialisasi cara Islam akan dilakukan sekitar medan KLCC dan juga beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari, inilah peluang mahasiswa untuk menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yang kian menghujani negara kita. Kita bertanggungjawab untuk membersihkan ‘banjir’ ini agar tidak terus menghanyutkan anak-anak muda kita kini dan masa akan datang.

“Saya yakin dengan usaha kita sebegini dapat memberi kesan yang baik pada golongan muda kita khusunya dan masyarakat umum amnya, dalam mengenal adap-adap sosial dalam Islam. Dalam masa yang sama menanamkan rasa malu untuk melakukan dan mendekati maksiat. Mencegah lebih baik dari mengubati,” ujarnya.

Semoga program-program seperti ini mendapat sambutan pada masa-masa akan datang



Suspek jual barang curi ditahan polis
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 2 Jan: Tindakan tiga beradik bersama seorang rakan untuk menjual barang yang dipercayai dicuri dengan harga RM300 menggunakan kereta milik bapa di hadapan sebuah kedai T-Shoppe kepada pembeli berputih mata apabila diberkas Polis Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Bahagian D4 malam tadi.

Tiga beradik masing-masing berumur 35 tahun hingga 21 tahun serta rakannya 20 tahun berasal dari Kampung Tok Adis, Kuala Ibai diberkas di hadapan kedai T-Shoppe di Jalan Gong Kapas jam 10.30 malam tadi selepas pegawai jabatan siasatan Jenayah Bahagian D4 menyamar sebagai pembeli barang curi.

Dua daripadanya adalah penuntut di Kolej Komuniti Kuala Terengganu jurusan elektrik dan seorang lagi penuntut Tesdec Bukit Kor,Marang jurusan mekanikal.

Hasil penggeledahan di bahagian bonet kereta yang dipandu rakan tiga beradik itu turut menemui sebilah pedang panjang, satu pemain video dan satu set karaoke.

Supritenden K.Manoharan, Ketua Siasatan Jenayah Negeri Terengganu yang dihubungi mengesahkan, kesemua barang yang dirampas adalah barang curi milik seorang kakitangan pekerja swasta dari sebuah kediaman di Kuala Ibai.

Siasatan awal turut mendapati abang kepada dua baradik itu yang masih dalam perbicaraan mahkamah pernah ditahan sebanyak empat kali terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan dadah.

Dua daripada adik beradik itu turut positif saringan awal ujian air kencing mengandungi methaphitamine.

Semua ditahan di lokap IPD Kuala Terengganu di bawah Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan dan kereta Perodua Kancil yang digunakan turut disita untuk siasatan lanjut



Ayuh isytihar 2011 Tahun Pemulihan Malaysia
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin percaya bahawa rakyat semakin bijak.

Katanya, PKR dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik.

“Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia!” ujarnya dalam perutusan Tahun Baru 2011.

Berikut adalah perutusan beliau.

2010 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai perkembangan yang bercampur baur dan menarik perhatian rakyat. Pastinya, impak yang pelbagai juga akan mengesani rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.

Di sebalik perencanaan agenda transformasi yang bermacam-macam jenis oleh Umno-BN, rakyat seolah-olah tidak merasai kesannya baik secara langsung ataupun tidak langsung. Yang pasti, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kemungkinan kenaikan harga tarif air dan elektrik nyata sekali akan terus menghimpit kehidupan rakyat yang terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi dari hari ke hari.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) meyakini sepenuhnya bahawa cabaran tahun 2011 bukan sesuatu yang mudah bagi generasi muda Malaysia. Ternyata, melalui propaganda Umno-BN, rakyat seolah-olah sedang dihipnotis agar melupakan bala yang dilakukan oleh Umno-BN. Dalam masa yang sama, tawaran KEADILAN dan Pakatan Rakyat (PR) diperkecil dan dihenyak sepanjang masa oleh media.

KEADILAN dan PR konsisten di dalam menawarkan penyelesaian kepada kemelut politik dan ekonomi yang membelenggu rakyat Malaysia. Segalanya dihalusi dengan kajian dan penyelidikan yang terperinci dengan mengambil kira pembaziran yang dilakukan oleh Umno-BN.

Memperlihatkan kepada keampuhan KEADILAN dan PR, Umno-BN tergamak untuk membelakangi prosedur untuk melakukan pelbagai tekanan ke atas KEADILAN, antaranya ialah mengharamkan permit Suara Keadilan dan juga menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen PR: YB Karpal Singh, YB Azmin Ali dan YB Sivarasa Rasiah daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan.

Serangan ke atas KEADILAN khususnya pasca pemilihan juga bertubi-tubi dilakukan Umno, kononnya KEADILAN berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pemilihan 2010 yang menyaksikan sejarah tercipta dengan sistem 1 Anggota 1 Undi. Meskipun masalah kecil yang diperbesar media, KEADILAN berjaya memperkemas barisan kepimpinannya dengan pengenalan muka-muka baru khususnya suara-suara muda di dalam kepimpinan KEADILAN untuk terus kekal relevan dalam arus politik semasa.

Hakikatnya Umno buntu mencari butir jawapan kepada serangan KEADILAN dan PR. Isu penyelewengan dalam tadbirurus Felda, kenaikan harga minyak dan barangan, ketirisan dalam pelbagai perolehan kerajaan seperti yang dilapor oleh Laporan Ketua Audit Negara, semuanya gagal dijawab dengan fakta melaluikan 'auta' berpanjangan melalui media arus perdana kepunyaan Umno-BN.

Yang terus berlaku ialah rakyat ditindas secara senyap, keupayaan Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dinafi dan dicabul di bawah semangat Federalisme.

Dalam keadaan 2011 bakal menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan dalam suku tahun kedua, rakyat seharusnya membulatkan tekad. 53 tahun Umno memerintah Malaysia, kita kekal berada di takuk lama. Menyandarkan kejayaan hanya pada menara pencakar langit dan pembangunan fizikal sama sekali tidak tepat untuk mengatakan bahawa rakyat telah berada pada tahap kehidupan yang terbaik. Isu keselamatan, kenaikan kos sara hidup, pencabulan hak asasi dan sebagainya kekal membungkam rakyat.

AMK percaya bahawa rakyat semakin bijak. KEADILAN dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik.

Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia!



Eksperimen politik: Slogan retorik Najib

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib Razak sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan ke hadapan walaupun beliau ini terkenal dengan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata demikian sebagai mengulas gesaan Perdana Menteri itu supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang.

“PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

“Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat.

Katanya, kebahagiaan rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas, bantuan sekolah agama rakyat, tamil dan China, bantuan kemasukan universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri.

“Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno sepanjang 53 tahun memerintah,” katanya.

Beliau menambah, jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot.

Soalnya, apakah salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini megkhianat amanah rakyat.

Menurutnya, akibat rakyat masih belum buat ekperimen untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%, barang makanan naik 10% sementara Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Januari 2011.

Katanya, apabila barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak.

Baginya, eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun kerajaan Pakatan Rakyat.

Buktinya, kata beliau pada 21 Oktober 2010, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir mengakui "Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima”.

“PAS hendak berpesan kepada Presiden Umno sudah cukuplah Umno BN mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan kerajaan yang bernanah,” katanya.




XPDC dakwah cekup 11 pasangan
Khaulah Azwar

GOMBAK, 1 Jan: Seperti sebelumnya setiap kali menyambut tahun baru pasti akan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina, pengambilan pil yang berlebihan dan sebagainya.

Begitulah pada tahun baru 2011 kali ini tidak lepas dicemari maksiat apabila 22 ditahan dengan menaiki 2 buah van di sekitar daerah Gombak, dalam serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal pagi tadi.

Lima individu daripada 11 pasangan 'kantoi' ditahan terdiri warga asing beragama Islam berasal dari Indonesia dan Bangladesh, bersama pasangan masing-masing warga tempatan yang merupakan lelaki dan juga perempuan.

Dalam operasi di lokasi hotel bajet itu, tiga pasangan ditahan di kawasan Rawang, manakala lapan lagi di sekitar Batu Caves, apabila gagal membuktikan ikatan suami isteri dan bukan muhrim.

Wakil Jais yang mengetuai serbuan itu berkata, pasangan ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah Seksyen 29 (1a & b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9/95”.

“Mereka ditahan kerana didapati berkhalwat dan berada dalam satu bilik antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah. Pelbagai alasan diberikan ketika serbuan dan tangkapan dilakukan".

“Terdapat 4 pasangan wanita bujang menunggu dalam 4 buah bilik mungkin mereka menanti kedatangan pasangan mereka. Rata-rata mereka yang terlibat umur di antara 16 tahun ke atas.

“Ini termasuk alasan sukar diterima seperti 'hanya mahu menumpang sekejap' di bilik pasangan, 'hendak menghadiri kenduri' dan sebagainya,” katanya dalam Operasi XPDC Dakwah Daerah Gombak Menjelang Tahun Baru pihaknya itu, yang berpusat di Masjid Al-Amaniah, di sini.

Antara terlibat dalam operasi berkenaan bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga jam 8 pagi itu ialah Ketua Unit Penguatkuasa Jais Daerah Gombak, Lukman Ramli dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS), Ahmad Zaidy Abdul Talib.

Turut membantu dalam menjayakan operasi ialah Penguatkuasa Agama Daerah Gombak, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Nazir-nazir masjid daerah Gombak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, walaupun mengandung lima bulan dan membawa anak berumur tiga tahun bersama seorang rakannya, seorang wanita tempatan berusia 29 tahun, turut ditahan dalam serbuan ketika jam 4 pagi.

Ditanya apakah kaitan hubungannya dan lelaki ditahan di bilik hotel, wanita itu yang tinggal di Ampang mengakui menghadapi masalah rumah tangga, manakala pasangan lelakinya dikatakan hanya seorang rakan untuk membantu beliau mencari kediaman seketika.

Semasa serbuan di Batu Caves, anggota Jais sedang mengawal lorong belakang hotel terlibat, dikejutkan dengan tindakan mencampakkan sejenis alatan 'dapur' menagih dadah dipercayai 'ice' dari tingkap hotel.

“Bagi melihat sama ada mereka ditahan ini positif dadah atau tidak, kami difahamkan tujuh lelaki dan tujuh wanita terlibat menjalani saringan air kencing semasa dibawa ke balai polis.

“Keputusannya ujian itu masih belum kita ketahui. Bagaimanapun selepas ini kesemua mereka dikehendaki hadir ke Pejabat Agama pada tarikh ditetapkan untuk tindakan lanjut dan akan dikenakan hukuman jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, wakil Jais turut menasihatkan orang ramai yang sudah berkeinginan, supaya menjauhi maksiat dengan berkahwin secara sah, sekali gus supaya dapat mengurangkan gejala sosial masa kini.

Difahamkan, tindakan boleh diambil terhadap mereka ditahan, adalah di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 10, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

250 ahli Yayasan Amal, NGO terlibat

Pihak Yayasan Amal Malaysia diketuai ahli jawatankuasanya, Mohd Farhan Madzlan memberitahu seramai 25O terlibat termasuk ahlinya dan NGO membantu mengedarkan risalah berkenaan mencegah maksiat.

“Sebanyak kira-kira 5,000 risalah berkaitan 'amal makruf nahi mungkar' telah kita edarkan di seluruh daerah Gombak, seperti di pasaraya, uptown dan tempat awam bermula jam 10 malam lagi, sebelum operasi ini dimulakan.

“Dalam operasi ini, kita juga mengambil kesempatan memberikan tazkirah kepada mereka ditahan. Kebanyakan maksiat ini berlaku kita percaya ia berpunca apabila tidak bersolat dan ini diakui mereka ditahan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Farhan juga bertindak sebagai Penyelaras Ekspedisi Dakwah Malam Tahun Baru Daerah Gombak, malam semalam juga berkata, pihaknya merancangkan dalam masa terdekat akan menubuhkan Unit Kaunseling khususnya untuk mereka berkaitan.

Dalam pada itu, Ahmad Zaidy pula berkata, orang ramai kini terutamanya di Negeri Selangor sudah malu membuat maksiat secara terbuka, menunjukkan kejayaan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus mengadakan berbagai program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS) , Anti Zina dan sebagainya bagi menangani masalah berkaitan terutamanya kepada golongan belia.

“Kalau sebelum ini, mereka berani buat (maksiat) secara terbuka seperti cara 'kereta rosak' dan sebagainya, tetapi dalam operasi kita lakukan kali ini ia tidak ada lagi.

“Dalam kajian pihak Yayasan Amal sejak tahun lepas juga mendapati, kebanyakan mereka ingin melakukan kerja-kerja maksiat ini mencari kawasan luar Selangor untuk tujuan itu,” katanya.



NEGARA

Tidak tahan godaan wang


RAMAI gadis tempatan terperangkap dengan dunia pelacuran kerana mahu hidup mewah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Bermula dengan mahu mencari wang bagi menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang ketika di asrama, Arin (bukan nama sebenar), 27, tidak menyangka dia akhirnya terjebak dalam dunia pelacuran kelas atasan yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.

Meskipun dia terlibat dalam dunia penuh noda itu selama 45 hari sahaja, ia sudah cukup untuk menyebabkan gadis itu merasakan dirinya sangat kotor berbanding insan lain di dunia ini.

Malah bekas pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu yang kini bekerja di sektor awam, masih tidak percaya tentang hakikat sisi gelap hidup yang dilaluinya itu.

"Saya perlu mendapatkan RM3,000 untuk menggantikan komputer tersebut tetapi ia bukan mudah bagi seorang pelajar seperti saya," katanya secara jujur dalam pengakuan terbuka kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini



Peralat anak buat maksiat

Oleh SURAYA ROSLAN

TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.
TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, perbuatan maksiat wanita berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan teman lelakinya warga Bangladesh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika menjalankan operasi cegah maksiat sempena sambutan tahun baru.

Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat dan mengaku berkahwin beberapa tahun lalu.

Katanya, wanita itu mendakwa mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kepenatan selepas bersiar- siar di Dataran Merdeka.


“Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan,” katanya.


Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengikut Seksyen 27 Akta 559 (a) (b) Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik ‘asmara’ mereka diserbu penguat kuasa.

Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.

Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit.

“Remaja itu mendakwa akan bertunang beberapa hari lagi, namun kita akan panggil ibu bapa mereka untuk soal siasat lanjut bagaimana mereka boleh sampai ke ibu kota,” katanya.

Mereka antara 20 orang membabitkan 11 pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru, membabitkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa Jawi.

Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu antara usaha berterusan Jawi bagi ‘membersihkan’ ibu kota daripada dicemari gejala maksiat, malah membendung budaya pembuangan bayi.