Jumaat, 2 Oktober 2015

SUAMI YANG MIANG

Suamiku miang keladi

Suamiku miang keladi
Gambar hiasan
SAYA berumur 29 tahun dan merupakan isteri kedua kepada suami yang kini berumur 40 tahun.                  

Isteri pertama suami sebaya dengannya. Usia perkahwinan baru masuk tahun kedua, tapi saya sudah tidak tahan dengan perangai miang si suami. Suami saya seorang guru sekolah menengah.

Ketika mengorat saya dulu, saya lihat kemachoannya, ketegasan dan tanda berhemah yang dibawa dalam perwatakannya.

Namun setelah mendirikan rumah tangga hampir setahun, baharu saya sedar suami saya seorang yang miang.

Di rumah dia mempamerkan sikap manja dan sedikit keanak-anakkan. Dan di luar pula, hatta di hadapan saya ketika berjumpa dengan pelajar-pelajarnya, dia mempamerkan sikap mengada-ngada dan miang.

Saya dapat lihat ada riak tidak senang di wajah anak muridnya yang datang membuat ulang kaji atau menghadiri kelas tambahan yang dia buat di rumah kami.

Ada masa saya lihat suami saya akan berdiri dekat dengan pelajarnya sambil membahasakan diri sebagai abang dengan intonasi penuh lembut.
Saya hairan dengan perubahan sikapnya itu. Hendak kata saya tidak melayannya dengan baik, lebih lagi. Saya layan dia seperti saya melayan seorang kanak-kanak. Baju, stokin pun saya yang sarungkan.

Sewaktu bercinta dulu, dia tidak pula menggatal dengan saya. Saya hanya tahu dia suami orang beberapa bulan sebelum kami bernikah tapi dek kerana sayang, saya abaikan statusnya dan meneruskan perkahwinan.
Madu pula baik dengan saya. Tapi saya tidak berani menceritakan perangai suami kepada madu. Bimbang dia sakit hati atau berfikir saya mereka-reka cerita.

Saya kini bekerja sebagai seorang pembantu tadika. Saya mohon nasihat doktor, bagaimana menawan hati suami miang keladi ini. Saya tak fikir suami mahu bernikah lagi, sebab dia bukan dalam kalangan orang senang.

Gaji seorang guru tak seberapa. Tapi tak tahulah jika dia ada niat lagi mahu tambah cawangan. Lagi pun perkahwinan kami masih baharu.

Zie, Klang.


APA KATA PAKAR - oleh Dr HM Tuah Iskandar al -Haj,

Tips mengurangkan miang suami

Hampir semua lelaki semula jadinya ‘miang’, maklumlah setiap lelaki normal pasti bersyahwat, yang membezakan adalah mereka yang pandai mengawal sifat itu dek dibatasi pengetahuan agama, menjaga imej di tengah masyarakat dan lain-lain sebab peribadi.

Sifat ini sebenarnya tidak hilang setelah seseorang lelaki itu berkahwin. Nafsunya sentiasa memuncak apabila terpandangkan wanita cantik, apalagi kalau wanita itu melayaninya, dia akan menjadi semakin gatal. Hingga ada ungkapan, ‘kalau tak miang bukanlah lelaki’.
Namun kebanyakan lelaki akan lebih terkawal apabila berumah tangga. Biarpun nafsunya bagai ombak yang sedang menggila, dia tetap ingat akan hukum ALLAH dan siapa dirinya, lalu berjaya mengawal dirinya daripada berbuat perkara-perkara yang tidak baik.

Suami anda boleh terjerumus kepada perbuatan yang lebih 'daring' andainya dia tidak berusaha mendidik dirinya sendiri, lebih-lebih jika pelajar-pelajar perempuan itu memberi ruang atau peluang untuknya terus menggatal. Seorang lelaki yang berpoligami tentunya seorang yang amat kuat soal ini.

Anda tentu faham apa yang saya maksudkan, bukan?

Oleh itu, di bawah ini saya berikan tiga panduan.

i. Seorang lelaki apabila mencecah umur 40 tahun, dia memang sedang macho.

Kalau diibaratkan buah nangka, sekarang nangka itu sedang sempurna masak dan enak kalau dimakan. Kalau diibaratkan kereta, ia bersedia untuk dipecut dengan laju kerana sempurna buatan dan selenggaraannya. Kalau diibaratkan rumah, ia adalah sebuah rumah yang telah sempurna dibina, enak dan selesa untuk didiami. Bermakna dia kacak luar dan dalam. Inilah saatnya seseorang lelaki itu ‘baligh kali kedua’.

Maksud saya, pemikiran, sikap serta prestasinya berulang sebagaimana dia mula-mula baligh pada usia remaja dahulu. Oleh yang demikian, usah terlalu risau, insya-ALLAH apabila usianya melepasi 40-an nanti, dia akan kembali ‘perlahan’. Usia 40 memanglah sedang matang, malah ada ungkapan berbunyi, Life begin at 40.

ii. Bantu suami dengan memberikannya layanan A1.
Tentu dia ada sebab hingga mengahwini anda sedangkan dia sudah ada isteri. Bongkar kelebihan-kelebihan yang dikagumi ini dan pamerkan selalu, moga-moga dia perasan bahawa apa yang diperlukan itu ada pada diri anda, justeru, dia tidak perlu terlalu miang lagi.

Kesilapan kebanyakan para isteri ialah mereka tidak lagi mempamerkan apa-apa yang dikagumi oleh suami terhadap diri mereka dahulu.

Misalnya kerap kusam di rumah, comot, cincai dan tidak mahu menghias diri. Kerap letih pada waktu suami sangat-sangat memerlukannya. Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia mendapat kesemuanya di rumah.
iii. Bawakan suasana orang beriman di dalam rumah tangga.

Kerap membaca al-Quran, kerap bangun solat malam dan kerap membuka rancangan-rancangan agama di radio dan televisyen.

Juga beli buku-buku motivasi keagamaan, saya cadangkan Komplikasi Jiwa Muslim, Membina Unggul Lelaki dan 101 Rahsia Penguat Nurani.

Letakkan sahaja buku-buku ini di atas meja di ruang tamu, jika dia tidak mahu membaca pun, tajuk-tajuk berkenaan cukup memberikan hentakan. Moga-moga usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri.

Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.

Isteri orang dan suami orang yang miang .. akhirnya kantoi ..

Tindakan sepasang kekasih yang juga suami dan isteri orang memadu asmara membawa padah apabila mereka dicekup buat kali kedua kerana melakukan kesalahan sama di rumah yang baru disewa di Kampung Tok Kesop, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi, pasangan berusia 25 dan 29 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), selepas mengesyaki mereka bersekedudukan.

Sebelum ini, pasangan itu pernah ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumah di kawasan perumahan di Kamunting, dekat sini, pada jam 11.45 malam pada 7 Januari lalu.
Ketika tangkapan itu dilakukan, dua anak wanita terbabit iaitu bayi lelaki berusia tujuh bulan dan kanak-kanak dua tahun turut berada di rumah itu.

Bagaimanapun, dua anak wanita itu diambil ahli keluarganya untuk dipelihara menyebabkan pasangan berkenaan mengambil kesempatan untuk menyewa di rumah lain.

Namun, mereka dicekup sekali lagi kerana berkhalwat selepas tindakan tinggal bersama di rumah itu menimbulkan curiga kepada orang ramai yang membuat aduan kepada pihak PADKP untuk tindakan lanjut.

Pegawai PADK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai kemeja-T dan berkain pelekat membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita yang berkain batik dan memakai kemeja-T sedang berbaring di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan.

“Berdasarkan rekod, pasangan itu pernah ditahan sebelum ini kerana berkhalwat, tetapi di tempat lain menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Radzi berkata, lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori sebelum ini dikatakan pernah membawa wanita itu yang menetap di Sungai Petani ketika isterinya tiada di rumah hinggakan wanita itu sanggup membawa dua anaknya sewaktu suaminya keluar bekerja.

Beliau berkata, pasangan itu sanggup bersekedudukan dalam rumah itu walaupun masing-masing masih berstatus isteri dan suami orang, malah pernah ditahan sebelum ini.

“Berikutan itu, kami terpaksa menahan mereka untuk siasatan lanjutan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan.

“Mereka dibawa ke pejabat agama daerah dan dibebaskan dengan jaminan keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Kedah 1988 dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sabarkah Aku Sebagai Isteri? Suami yang Sentiasa Miang


Hi..aku nak kongsi pengalaman..
aku dah berkahwin hampir 5 tahun
dan spjg tahun..sentiasa ada kes la laki aku nie..
first yg aku nk bagi tau..aku kenal ngn laki aku dalam satu pejabat..
and mulanya aku mmg tk berkenan pun ngn dia
n masa aku berkenalan dgn dia..aku dah pun bertunang dgn org lain..
so..mmg niat waktu tu..just kawan2..
dan pada masa itu juga aku mmg sedang dilema dgn tunang..
tgh berkira2 untuk putuskan pertunangan..
di pendekkan cerita..husband aku..begitu beriya2 nk berkwn..n aku ceritakan delema aku pada dia
dia tak cucuk suh aku putus tunang pun..tapi suh aku berfikir untuk masa depan aku..
stelah beberapa minggu..aku decide untuk putus tunang..walau dlm keadaan payah..
dan dia (husband) jdi teman setia waktu tue..menyabar dn meriangkan hati aku..
tanpa ku sangka..dia dengan berani pergi berjumpa org tua dan menyatakan kesudian dan keinginan dia memperisterikan aku..
aku terkejut dan tanpa aku sedari..aku nyatakn kesetujuan aku..even waktu tu..aku rasa terlalu cepat menerima dia..
dan selang beberapa bulan..kami di satukan..(dan waktu tu..bekas tunang aku..menangis melihat aku bersanding)..tapi aku pasrah
seawal perkahwinan..hidup aku di sulam dengan air mata..masa tu..baru ku tahu luar dalam husband aku..
mungkin aku ank bongsu dan dia pun sama..so masing2 sgt manja dan suka kan perhatian..
dan waktu tu..dia belum pandai melayan kerenah aku yang manja nie..n aku plak selalu la di hati nie nk comparekan dia dengan bekas tunang yg lebih pandai melayan aku..namun kami tetap menjalankan tgungjawap masing2 suami isteri n cuba bahagiakan antara satu sama lain..

sebagai isteri, hari pertama saja ku digelar isteri..aku melayan dia seperti raja..mandikan dia..masak..hidangkan makanan..gosokkan baju..urut bdn nya..dn mcm2 lagi..hingga hari nie..belum pernah berubah layanan ku..

setahun selepas kahwin..aku bersedia menjadi seorang ibu..dan alhamdullillah..aku mengandung..
dan bermula episod kecurangan suami..

masuk bulan yang kedua mengandung..aku mula perasan yang suami aku sering tido lewat n sentiasa ber sms tgh2 mlm..
aku tk boleh nk tuduh yang bukan2..sebb xder bukti kukuh lagi..sehingga pada suatu hari..
dia tertinggal hphone di rumah sewaktu kuar ke kedai..dn ader sms yang sampai di hphone suami aku..aku pun buka dan baca..
n kalo korang nk tau..per yang keluar hanya mms gmbr..yg mmg lucah..
pergh..hati ku disayat2 rasanya..terus aku kol perempuan tu..dan tnya..per hubungan dia dengan laki aku..
n dia pun terus terang..kata tu..abg angkt nya..
huhhhhhhh...pe kejadah abg angkat nk hantar mms gmbr mcm tue..
perempuan tu..minta maaf dan kata dia tk tau..yang abg angktnya sebenarnya dah beristeri..
dan aku tau..suami aku selalu jumpa dgn dia n angkt dia dari pulang keje..
aduhaii..siao tolong topup kan hp lgi..
hancurnya hati aku waktu tue..
aku menangis semahunya..dan sementara menunggu husband balik dari kedai..aku dah siap masukkan baju2 dlm beg..untuk kuar dari rumah..
bila dia smpai rumah..dia terkejut tgk beg aku didpn pintu..aku suruh dia jelaskan..kenapa dia perlu curang dari aku..
aku suh jelaskan..pe kurangnya aku..tidak cantikkah..tak pandai layan dia kah..dan sebagainya

dia mengaku salahnya..dia merayu supaya aku maafkan dia..
dia suruh aku bersabar n cakap aku sedang berbadan dua..dan aku tak boleh tinggalkan dia..
aku dngn langtang berkata 'kalo sayang boleh tinggalkan tunang sayang yang syg kenal dh 8 tahun macam tu aje..abg yang baru sayang kenal setahun ini..dengan mudah syang lupakan..jgn uji kesabaran syg"
aku bukan mengugut..tapi itu yang ku rasa saat tu,,yang aku boleh hidup sendiri besarkan ank..
tapi dia merayu2..minta maaf..dia janji takkan ulang lagi..
hatiku lembut semula,..dan memaafkan..tapi dendam tetap ada..sekali terguris..sampai mati ku ingat..
kemudian..untuk beberapa bulan aku bahagia semula..
sehingga melahirkan..sekali kecurangan terjadi..

dia melayan org lain rupanya..n kawan dengan perempuan yang menyewa di rumah sewa kami..
terkantoi kerana sms lagi..
waktu tu..aku baru seminggu melahirkan ank lelaki kami..
dan aku menangis lagi..
payahnya suami aku utk setia..

sedangkan bagi aku..
susahnya dia..aku sentiasa ada disisi..
aku pernah cakp pada husband
'abg..syg boleh terima abg kalo tk berduit..syg boleh terima abg..walaupun kita selalu susah..syg boleh terima keluarga abg..syg boleh terima apa adanya abg..tapi syg tk boleh terima kalo abg curang"

sekali lagi dia minta maaf..n aku sekali lagi memaafkan n melayan dia seperti biasa
dan mungkin jgk kasih syg dah terlalu tebal untuk husband aku..sehingga mudahnya aku memaafkan..

dan suamiku mula berubah menjadi penyayang selepas kelahiran ank.
dan aku bahagia sgt..
dia menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga..
dan aku meneruskan tgjungjawab sgai isteri dan ibu...

sehingga ank ku masuk dua tahun
sekali lagi dia curang..dia kantoi dengan fb plak
bila aku terbaca ayat2 cinta pada kenalan dia msg fb..Allah nk tunjuk..
dan kali nie..aku betul2 nekad
aku kemas dan bawak ank balik kerumah mk
aku tinggalkan nota di rumah..dan bercakap bahawa kesabaran ku sudah hilang
hati ku sudah tawar..
kukatakan pada dia..
aku tk perlu laki mcm dia
aku masih cantik
aku berkerjaya
dan aku boleh jaga anak aku sendiri

baru satu jam di rumah mak..dia pun sampai..
meminta maaf sekali lagi..
memujuk ku pulang..dan berjanji tk kan buat lagi..
mak memujuk aku suruh mengikut suami dan berdamai
oleh kerana mak..aku pulang ikut suami..
tapi hati ku tawar..cintaku tk sekuat dulu..
sentiasa mudah menangis..
tapi layanan aku pada suami masih mcm hari pertama aku bergelar isteri..
dan dia tak tau perasaan aku yang dah mula berubah..

tapi aku nk tanya korang..
adakah aku terlalu manjakan suami sehingga dia boleh buat mcm tu?
boleh korang bagi pendapat mcm mana nk pastikan yang dia benar2 akan berubah?


Suami miang, isteri dingin


ANGKA 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan.

Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'.

Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya.

Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat!


Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk me nguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit panduan untuk isteri me nyekat suami bermain mata dengan wanita lain.

# Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh mem bangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi usah sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan.

Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

# Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin.

Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil.

Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

# Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam pe nunggu pohon beringin.

Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.

Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan ha ruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

# Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu.

# Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.

Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi.

Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin.

Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.

Suamiku miang keladi

on Sunday, May 4, 2014

Suamiku miang keladi

SAYA berumur 29 tahun dan merupakan isteri kedua kepada suami yang kini berumur 40 tahun.                 

Isteri pertama suami sebaya dengannya. Usia perkahwinan baru masuk tahun kedua, tapi saya sudah tidak tahan dengan perangai miang si suami. Suami saya seorang guru sekolah menengah.

Ketika mengorat saya dulu, saya lihat kemachoannya, ketegasan dan tanda berhemah yang dibawa dalam perwatakannya.

Namun setelah mendirikan rumah tangga hampir setahun, baharu saya sedar suami saya seorang yang miang.

Di rumah dia mempamerkan sikap manja dan sedikit keanak-anakkan. Dan di luar pula, hatta di hadapan saya ketika berjumpa dengan pelajar-pelajarnya, dia mempamerkan sikap mengada-ngada dan miang.

Saya dapat lihat ada riak tidak senang di wajah anak muridnya yang datang membuat ulang kaji atau menghadiri kelas tambahan yang dia buat di rumah kami.

Ada masa saya lihat suami saya akan berdiri dekat dengan pelajarnya sambil membahasakan diri sebagai abang dengan intonasi penuh lembut.
Saya hairan dengan perubahan sikapnya itu. Hendak kata saya tidak melayannya dengan baik, lebih lagi. Saya layan dia seperti saya melayan seorang kanak-kanak. Baju, stokin pun saya yang sarungkan.

Sewaktu bercinta dulu, dia tidak pula menggatal dengan saya. Saya hanya tahu dia suami orang beberapa bulan sebelum kami bernikah tapi dek kerana sayang, saya abaikan statusnya dan meneruskan perkahwinan.
Madu pula baik dengan saya. Tapi saya tidak berani menceritakan perangai suami kepada madu. Bimbang dia sakit hati atau berfikir saya mereka-reka cerita.

Saya kini bekerja sebagai seorang pembantu tadika. Saya mohon nasihat doktor, bagaimana menawan hati suami miang keladi ini. Saya tak fikir suami mahu bernikah lagi, sebab dia bukan dalam kalangan orang senang.

Gaji seorang guru tak seberapa. Tapi tak tahulah jika dia ada niat lagi mahu tambah cawangan. Lagi pun perkahwinan kami masih baharu.

Zie, Klang.

 
APA KATA PAKAR - oleh Dr HM Tuah Iskandar al -Haj,

Tips mengurangkan miang suami

Hampir semua lelaki semula jadinya ‘miang’, maklumlah setiap lelaki normal pasti bersyahwat, yang membezakan adalah mereka yang pandai mengawal sifat itu dek dibatasi pengetahuan agama, menjaga imej di tengah masyarakat dan lain-lain sebab peribadi.

Sifat ini sebenarnya tidak hilang setelah seseorang lelaki itu berkahwin. Nafsunya sentiasa memuncak apabila terpandangkan wanita cantik, apalagi kalau wanita itu melayaninya, dia akan menjadi semakin gatal. Hingga ada ungkapan, ‘kalau tak miang bukanlah lelaki’.
Namun kebanyakan lelaki akan lebih terkawal apabila berumah tangga. Biarpun nafsunya bagai ombak yang sedang menggila, dia tetap ingat akan hukum ALLAH dan siapa dirinya, lalu berjaya mengawal dirinya daripada berbuat perkara-perkara yang tidak baik.

Suami anda boleh terjerumus kepada perbuatan yang lebih 'daring' andainya dia tidak berusaha mendidik dirinya sendiri, lebih-lebih jika pelajar-pelajar perempuan itu memberi ruang atau peluang untuknya terus menggatal. Seorang lelaki yang berpoligami tentunya seorang yang amat kuat soal ini.

Anda tentu faham apa yang saya maksudkan, bukan?

Oleh itu, di bawah ini saya berikan tiga panduan.

i. Seorang lelaki apabila mencecah umur 40 tahun, dia memang sedang macho.

Kalau diibaratkan buah nangka, sekarang nangka itu sedang sempurna masak dan enak kalau dimakan. Kalau diibaratkan kereta, ia bersedia untuk dipecut dengan laju kerana sempurna buatan dan selenggaraannya. Kalau diibaratkan rumah, ia adalah sebuah rumah yang telah sempurna dibina, enak dan selesa untuk didiami. Bermakna dia kacak luar dan dalam. Inilah saatnya seseorang lelaki itu ‘baligh kali kedua’.

Maksud saya, pemikiran, sikap serta prestasinya berulang sebagaimana dia mula-mula baligh pada usia remaja dahulu. Oleh yang demikian, usah terlalu risau, insya-ALLAH apabila usianya melepasi 40-an nanti, dia akan kembali ‘perlahan’. Usia 40 memanglah sedang matang, malah ada ungkapan berbunyi, Life begin at 40.

ii. Bantu suami dengan memberikannya layanan A1.
Tentu dia ada sebab hingga mengahwini anda sedangkan dia sudah ada isteri. Bongkar kelebihan-kelebihan yang dikagumi ini dan pamerkan selalu, moga-moga dia perasan bahawa apa yang diperlukan itu ada pada diri anda, justeru, dia tidak perlu terlalu miang lagi.

Kesilapan kebanyakan para isteri ialah mereka tidak lagi mempamerkan apa-apa yang dikagumi oleh suami terhadap diri mereka dahulu.

Misalnya kerap kusam di rumah, comot, cincai dan tidak mahu menghias diri. Kerap letih pada waktu suami sangat-sangat memerlukannya. Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia mendapat kesemuanya di rumah.
iii. Bawakan suasana orang beriman di dalam rumah tangga.

Kerap membaca al-Quran, kerap bangun solat malam dan kerap membuka rancangan-rancangan agama di radio dan televisyen.

Juga beli buku-buku motivasi keagamaan, saya cadangkan Komplikasi Jiwa Muslim, Membina Unggul Lelaki dan 101 Rahsia Penguat Nurani.

Letakkan sahaja buku-buku ini di atas meja di ruang tamu, jika dia tidak mahu membaca pun, tajuk-tajuk berkenaan cukup memberikan hentakan. Moga-moga usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri.

Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.


Aliahzakaria:
Krisis lelaki pertengahan usia - 40 thn keatas

http://mindaperkasa.blogspot.com/2009/12/krisis-lelaki-pertengahan-usia-40-tahun.html
pakutih:
Salam Ratuhatian yg dimuliakan

Persoalan, mengapa lelaki miang berumur 40 ke atas?

1. Biasanya umur 40an ke atas, kedudukan kewangannya mula berlebihan, (jika bergaji besar), dan kedudukan kerjayanya di tangga tertinggi menjawat  jawatan Timbalan, Penolong Ketua dan yang setaraf dengan ini, yang mempunyai kuasa di tempat kerjanya. Keadaan begini menyebabkan kegagahan kemachoannya meninggi.

2. Apabila dirinya berada di atas ketinggian tangga kerjayanya ini, kuasa berada di tangannya, maka hormon testosterone nya bertambah dan berlebihan apabila dia berada dia pejabat.

3. Keadaan ini menyebabkan dirinya semula kembali asasinya iaitu Pemburu. Minatnya untuk memburu mula membara. Apa yang dia burukan? Terpulang kepada minat masing-masing. Jika hobinya menyimpan barang antik, maka dia mula menjadikan hobi ini galeri utamanya, jika memancing, dia akan cuba untuk memenangi GP Joran anjuran Berita harian, jika Superbike, dia akan berkonvoi dan menjadi Marshal mengetuai team convoi ke seluruh dunia, DAN jika yang minat perempuan, dia akan memburu perempuan-perempuan muda yang cantik terutama sekali yang susah untuk ditawan. Jika kesemua perkara ini dapat dicapai, maka dia merasai kepuasan yang tidak terhingga.

4. Kembali kita kepada lelaki 40an miang. Lelaki ini berkemungkinan hobinya memburu wanita. Perangainya ini dibawanya seawal persekolahan lagi. Jika anda kenal suami anda sejak di bangku sekolah yang ramai teman wanita di keliling pinggangnya.. maka suami ini berkemungkinan akan menjadi pemburu wanita muda selepas berumur 40an.

5. Seorang pemburu berasa bermotivasi untuk menangkap mangsanya, berusaha berbagai cara untuk mendapatkannya. Disebabkan kedudukannya yg stabil dan hormon jantannya tinggi, maka dorongannya memang hebat untuk menjerat wanita buruannya itu. WALAUPUN DIA ADA ISTERI YANG CANTIK DI RUMAH. Namun mengejar wanita buruan adalah satu nikmat dan kepuasannya. (Walaupun perempuan yg dia buru itu tidak secantik isterinya).

6. Sebagaimana pemburu binatang, apabila sudah menangkap buruan itu dan menyembelih, maka hilanglah mindanya terhadap binatang buruan itu. Esoknya dia akan mencari binatang yang lain pula. Maka bergitulah si pemburu wanita umur 40an ini, dia amat bermotivasi memburu wanita pilihannya. Dan akan berasa megah menceritakan pada teman2 seangkatannya kejayaannya menangkap wanita muda buruan ini. Apabila telah dapat apa yang dihajati, maka dia akan tinggalkan wanita itu dan mencari wanita lain pula.

7. Mengapa lelaki ini miang di luar rumah dan dingin di dalam rumah dengan isterinya? Ini kerana secara semula jadinya, bila umur meningkat lebih 40an, badannya hanya mengeluarkan hormon testosteronenya 50%. Tahap rendah ini menyebabkan diri lelaki ini menjadi lemah dan stress. Apa lagi jika dia balik ke rumah, dia dileteri atau tidak mendapat sokongan yang boleh membantu dia menambah hormonnya ini. Dia merasakan stres sebab di rumah dia tak dapat tambahan hormon jantannya ini. Tetapi di luar rumah, dia diminati oleh wanita muda dan dapat menguasai mereka dan menyebabkan dia mendapat menambah hormon testosteron yang meningkatkan keceriaanya dan kehebatanya.

8. Oleh itu, jika puan-puan inginkan suami 40an tidak miang di luar rumah, pastikan anda membantu suami anda menambahkan hormon testosteronenya setiap kali dia pulang ke rumah dengan:
a) Menyambut dia pulang dengan senyuman dan ucaplah perkataan yang dia rasai anda bahagia kepulangannya dan dirinya dirasai dihargai.
b) Teruskan beri dia kerehatan, minuman kesukaannya, biarkan dia membaca / nonton TV sesampai di rumah dalam 15-20 minit agar dia dapat mengembalikan kehilangan hormon jantannya.
c) Layanilah dia hingga dia merasai dirinya dihargai. seolah-olah hanya dialah RAJA di rumah yang memberikan kebahagian kepada isteri dan anak2nya. Jangan mengeluarkan perkataan dan perbuatan yang menyebabkan dirinya berasa GAGAL membahagiakan isteri di rumah. Ini menyebabkan dia mencari KEJAYAAN di luar rumah.

Selamat Mencuba
Pak Utih
HaNa:
Thanx Pak Utih atas penjelasan..

Pada pendapat peribadi sayalah, it is not untuk usia 40an jer. But kepada sesiapa pun yang lepas kahwin, orang akan nampak kemiangan dia.

Ini melalui pemerhatian dan juga pengalaman hasben.
Time bujang, tak kisahlah umur berapa pun, orang tak berapa nak kata dia tu miang, sbeab orang tak pernah nak query kalau lelaki tu asyik nak mengorat ker, bergurau ker atau lain-lain. Tapi bila dah kahwin, rasa lain jer kalau lelaki still berperangai macam tu.

Contohnya macam kawan sekerja saya, dia memang jenis peramah. Waktu belum kahwin, memang dia selalu jer gurau, tegur2 staf lain, kadang tu panggil dengan panggilan sayanglah, tapi sebab memang dah tahu perangai dia macam tu, orang layan jer, tak kata apapun.
Tapi once dia dah kahwin, dan masih bergurau dengan cara macam tu, memang rasa macam "hee! gatalnya, miangnya" sedangkan memang sejak dulu dia macam tu pun.

Macam hasben pun, dia memang jenis suka bergurau terutama dengan nurse. Dia pun selalu kata, dulu time dia bujang, dia ayat perempuan (bergurau), diorang layan jer, tapi sekarang, baru jer nak tegur dah diorang kata, "toksah dok nak gatai la, nanti report kat bini kot"

Dan mungkin juga, bila dah naik 40an ni, penampilan berbeza, dah berusia dah, so bila diorang mendekati perempuan ,memang nampaklah gatal dan miang, tapi bagi lelaki yang 20-30an, ni kalau diorang menggatal pun tak nampak sangat sebab umur tu kira acceptable untuk menggatal.. Lagipun 40an ni cakap dia ada unsur2 luc*h sikit kan bila bersembang

Ni pendapat peribadi sayalah

SUAMI BERLAKU CURANG SIAPAKAH PATUT DISALAHKAN ?



SUAMI CURANG – SIAPA PATUT DI SALAHKAN ?
Bila di sebut bab suami curang pasti ramai antara kita yang melenting, cuba menuding jari kea rah orang lain dengan pebagai tomohan dan andaian.  Tap tidak terfikarkah yang patut disalahkah kerana membuka ruang suasana kepada; suami untuk berlaku curan adalah isteri.
Pernah seorang isteri memberi bukti sebab utama suami curang adalah kerana isteri, memmbuatkan aku sendiri tersentak dan terfikir.. "kalau suami curang aku takkan salah kan dia, tapi aku salah kan diri aku sebab aku isteri yang gagal" kata Anita semasa berborak dengan ku pada satu petang.
Yes statement yang memang kasar tapi itu la hakikatnya.kadang kala kita lupa memandang diri sendiri kerana terlalu asyik menunding jari pada orang lain. Sebab berlaku di katakana suami miang, kuat nafsu seks, tak kenang jasa isteri, dan juga perempuan lain yang dipersalahkan. Dituduh perampas suami oaring, penggoa suami orang, mata duitan, betina gatal dan pelbagai tuduhan lagi. Tapi si isteri lupa yang dirinya sendiri sebagai penyebab utama hilang dek perasaan yang suka menuduh orang lain bukan-bukan. Bla-bla…..bla……. itu lah lumrah realiti kehidupan dunia ……. Dunia…. Astarfillahulazim…
Bagaimana nak kenali Suami yang telah berlaku curang……
jom mari kita teliti  CIRI-CIRI SUAMI CURANG.
1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami anda ? , mungkin teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.  Kekasih lamanya tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lamanya. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih-lebih lagi kalau kekasihnya itu pun memang memeberi respon kepada  suami anda.
2. Bila suami mula jaga badan dan berdandan tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.
3. Talifonnya selalu silent atau padam kalau dia  kat rumah,  memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, mungkin itu adalah kod rahsia hubungan mereka berdua.
4.  Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!
5. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka dan tidak begitu mesra dengan anda. Juga sering membatu bila bersama anda.
 6. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2 haa, ini baru mula menjalin hubungan, khayalan dengan pasanganya dah mula mempengaruhi fikiran suami anda.
 7. Suami mula pelupa! fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa tentang urusan berkaitan keperluan rumah dan keluarga. Cakapnya sering tersasul sahaja.
8. Kalau out station isteri nak ikut, dia beriya-iya pujuk isteri supaya  tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh mereka pasti akan rancang pertemuan dengan pelbagai cara.
9. Memberi perhatian lebih pada isteri  secara tiba-tiba, ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert isteri punya syak wasangka dengan bertindak pura-pura, lainlah jika perhatian sepecial tu memang amalanya.
10. Selalu lewat tidur, dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis dan tidak banyak gangugan luar.
11. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan isteri yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?. atau terkedu bila isteri tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain? Atau ada tak niat nak kahwin dua ?.
12. Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak. Diberi alasan dia sibuk dengan kerja pejabat, perlu layan klien.
13. Rajin menghantar anak ke persatuan  semasa  hari cuti,  dan isteri ditinggalkan di rumah. Masa ni dia  gunakan untuk menghubungi kekasihnya.  Jika ada perubahan sebegini cuba mendekakitnya untuk mengetahui apa yang di lakukan atau apa yang dia pendamkan,
1st of all tanya diri kita kenapa suami kita memandang orang lain selain kita? lets check it out! SEBAB atau PUNCA SUAMI CURANG!
Diantara sebab utamanya adalah kerana sikap isteri itu sendiri yang telah begitu berubah semenjak berumahtangga, lebih-lebih lagi bila anak sudah tidak boleh di bilang dengan sebelah jari tangan, sesibuk mana dengan anak dan kerja rumah tapi keperluan belian kasih sayang dan memenuhi kehndak batin suami janga di abikan…. Bila di abaikan inlah jadinya… suami mula cari makan luar yang servisnya 5 star ?
Kajian mendapati suami curang cuba berjinak-jinak dengan perempuan di luar sana apabila isteri mulai abaikan aspek berikut:-
Layanan yang kurang buat suami, samada makan minum dan lebih-lebih lagi layanan di bilik semasa hunungan intim.. (jangan la layan sebulan sekali pulak, harus la suami cari yang lain, dan mesti ingatlaah suami kita ada tiga kouta lagi yang diberi oleh  Islam, kerana sememangnya lelaku ditakdirkan mempunyai keinginan seks yang lebih berbanding wanita)
2.Tiada kelembutan atau   manja dalam berbicara (sekali pompuan yg kat luar tu cakap lebih manja dari korang, kat situ je korang dah kalah dah) Selekeh/ tak nak bersiap dan melawa untuk suami.( Cane la suami korang tak pandang pmpn lain.. bila duk rumah pun selekeh je,  tak nak  berhias comel-comel seperti korang ke pejabat.)  Ini satu kecuaian tanggung jawab yang besar kerana Islam memberi amah kepada isteri supaya memberi tumpuan kepada suami sepenuhnya dari segi keprluan nafkah batin.
3.      Tidak mahu melayan kehendak/ keinginan suami (suami teringin nak korang pakai itu ini korang buat dek je, so dia pun cari la yang boleh ikut selera dia ).Tidak menyediakan keperluannya.  Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.
4.       Sukar beri layanan seks.  Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat suami anda..
5.      Melakukannya seperti orang suruhan.  Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.
6.      Amalkan gaya hidup social.  Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang, terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.
7.      Berpenampilan tidak menarik.  Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.
Kesimpulannya,  boleh la aku conclusion kan di mana sex tu sangat penting. jangan korang abaikan n buat tak tau je. selagi suami kita masih bernafsu tengok kita jaga la dia dengan sebaiknya.. sebab kalau suami dah takde hati nak tengok kita memang your're in trouble la beb! and korang memang dah terlambat so selamat menerima madu la ye.. hahaha.. choiiii ok now.. kalau korang rasa dia dah ada yang lain dari ciri-ciri yang tersebut.. masih belum terlambat untuk grab dia balik. jangan lepas kan pulak ye.. bukan senang nak kawin woiii...
Projek Memikat Suami Sekarang Jom jalankan PROJEK MEMIKAT SUAMI. Dear friends.... kenali la sebaik-baiknya suami korang.. jangan biarkan mereka menyesal, bosan , rasa wasted time, sedih dan tak bahagia hidup dengan kita. Mereka pasti mencemburui kawan-kawan mereka yang hidup lebih bahagia dari mereka walaupun tidak kaya. Jangan Abaikai mereka hanya kerana kita sibuk dengan rutin harian yang lain. kerana mereka juga perlukan perhatian kita. Itu penderaan namanya. kalau kita di tempat mereka, apa yang kita rasa? Here aku nak share beberapa tips yang bermanfaat untuk di praktikkan. untuk yang takde problem pun boleh guna jugak untuk memperkasakan lagi hubungan suami isteri.
Tips2 ni aku dapat dari pembacaan, pengalaman dan juga pemerhatian.kalau korang rasa tak betul sila ignore.
Iktiraf Kelelakian Suami -memahami hak dan kelebihan seorang suami -memahami ciri-ciri tersendiri suami -menjiwai watak kelelakian suami
-Bersangka baik pada suami –
Redha dengan kelemahan suami –
menghormati nilai hidup yang di pegang suami
-Akur kepada hak suami kepada isteri
-Sentiasa menggambarkan kata2 penghargaan kepada suami Jangan Leteri Suami
-berbincang bagi menyelesaikan masalah
 -sentiasa berfikiran positif -sentiasa bertenang dan bersabar
 -merapatkan jurang komunikasi dengan suami
 -menyelesaikan masalah dengan sistematik
 -berhati-hati menegur suami -marah pada benda yang betul sahaja. Fahami Perasaan Suami –
Sentiasa menjadi pendengar yang baik
 -sentiasa bersikap simpati pada perasaan suami
-jauhkan diri dari perlakuan yang tidak disukai suami
-sentiasa peka dengan perlakuan bukan lisan yang di lakukan suami
-sentiasa menghormati pilahn dan keputusan suami
-Jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami Berbincanglah Dengan Suami
-berusaha memahami suami semasa berbincang -jangan membuat kritikan ataupun tuduhan semasa berbincang
-Jangan memandai2 membuat keputusan sebelum berbincang dengan suami
-memberikan tindak balas yang sesuai semasa berbincang serta mampu menyumbangkan idea yang bernas.
 Hiasilah Diri buat Suami -menjaga kesihatan fizikal dan mental -menghias diri dengan ahklak yang mulia -sentiasa membersihkan diri -Jaga penampilan -mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu harian yang diambil yang berkhasiat dan seimbang.
 Lemah- Lembut Dengan Suami -Jangan membantah suami dengan menunjukan cara yang tidak sopan -tangani masalah dengan tenang dan bertoleransi dengan suami
 -Semasa melayan suami lakukan dengan penuh tertib bersopan dan wajah yang manis. -sentiasalah bergurau senda dengan suami untuk menambahkan kemesraan
-panggil lah suami dengan panggilan yang manja. -sentiasa lah mengucapkan terima kasih kepada suami diatas apa jua kebaikkan yang ditunjukkan.
Hargailah Pemberian Suami -Menerima pemberian suami dengan penuh kesyukuran, minat dan bangga -mengucapkan termia kasih dengan iklas dan dengan wajah yang gembira -sekiranya pemberian suami tidak menepati citarasa anda jangan mengkritik pemberian itu -jangan terlalu memikirkan nilai zahir pemberian itu sebaliknya hargailah nilai ingatan dan kasih sayang suami. -setiap kali memakai barang pemberian suami jangan lupa memuji n memuji kebaikkan suami. -menjaga dan menghargai barang pemberian suami dengan baik. tunjukkan rasa bangga.
Jagalah makan Minum Suami -sesekali ubahlah menu harian dengan mencuba resipi baru -sambut la kepulangan suami dengan minuman. -menghidangkan menu sihat dan makanan seimbang.
Jagalah Pakaian Suami -Sediakan pakaian suami yang lengkap bergosok setiap hari -meneliti kekemasan pakaian suami sebelum keluar rumah -sesekali belikan suami pakaian baru
Sembunyikan Kepintaran dan Kelebihan mu di hadapan Suami -berhati-hati sebelum mengeluarkan pendapat -meminta pendapat suami sebelum melakukan sesuatu -jangan mengkritik dan merendahkan pendapat suami -mengiktiraf kepimpinan suami -bersikap suka beralah dengan suami -jangan bongkak dan sombong dengan kejayaan diri.
Jangan Membuang Masa -menetapkan satu polisi masa untuk diri sendiri -menggunakan waktu terluang bermesra dengan anak-anak dan suami
.
Jangan Banyak Kerenah -jangan suke membesarkan sesuatu isu -sentiasa muhasabah diri -bersabar dan pandai menyesuaikan diri dengan kelemahan orang lain Patuh/Taat Suami -sentiasa insaf dan akur bahawasanya Allah menjadikan lelaki itu pemimpin kepada wanita -berusaha n ikhlas melayan suami -patuh dan akur dengan suruhan suami selagi tidak menyipang dari ajaran islam.
Jangan Cemburu Buta -Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan aduan orang -menjauhkan prasangka buruk dan perasaan negatif -bersabar dan berfikir sebelum bertindak -menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada kejujuran suami
-jauhkan perkahwinan daripada pengaruh orang ke3 jangan membuat tuduhan melulu- berbincanglah Iktiraflah Kepimpinan Suami -sedar tentang kewajipan seorang isteri -jangan mementingkan diri sendiri -menghormati hak suami -sentiasa bersedia dan akur tentang kehendak suami -tetap patuh suami walaupun hati tersinggung -sentiasa mengagumi kebolehan suami.
 Permudahkan penglibatan sosial Suami -faham keperluan sosial setiap individu -berusaha mengenali kawan-kawan suami -jangan terlalu banyak bertanya tentang aktivit di luar rumah Jangan Boros -minta keizinan suami dahulu sebelum berbelanja -Jangan membazir pada benda yang tidak perlu -buat senarai dahulu
-Jangan berhutang Jangan Terlalu Mengawal -menghisab diri dan menilai semula keburukkan yang anda lakukan kepada suami -sentiasa memohon maaf kepada suami
-jangan terlalu mengawal suami hingga suami merasakan yang ada ini seorang penyibuk Berterus terang dan berkomunikasi lah dengan Suami
-jangan berfikir yang suami boleh memahami apa yang anda rasakan dan fikirkan -jangan menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran bagi meluahkan rasa
-jangan memegang prinsip "bohong sunat' -menjaga perkataan dan nada suara semasa berbicara -menggunakan teknik komunikasi yang berkesan
Berjimat-Cermat - merancang perbelanjaan -berdisplin apabila berbelanja -mengenal pasti hirierki kepentingan perbelanjaan -jangan terlalu suka bershopping kerana suami cepat bosan -kretif menguruskan perbelanjaan keluarga satakat tu saja la yang dapat aku kongsikan. yang lain pandai-pandai korang la nak fikir.. but this is the fact yang aku rasa ramai lupa atau terlepas pandang.
Bila dah kawin kita lupa how to keep our marriage to be more and more happiness. Sepatutnya apabila usia perkahwinan semakin meningkat kita semakin bahagia kerana kita dah banyak belajar n semakin memahami pasangan.
 Sentiasa berdoa agar perkahwinan yang di bina kekal bahagia hingga ke syurga ,
sekian.. renung renungkan dan selamat bermuhasabah..
Wallahualam

SUAMI YANG KEDEKUT

Jangan TAKUT belanja ISTERI!

Artikel dari majalah IK: Inspirasi Kejayaan

Tersenyum lebar kakak-kakak dan isteri-isteri membaca topik Bro Razzi kali ni kan… semua suka semacam je. Tengok tuhh… dah hint kat suami masing-masing dan suruh hafal, well… sememangnya artikel Razzi kali ni khas untuk semua, especially nak-nak dekat raya ni kan

Bagi yang sudah bertahun-tahun follow penulisan Razzi semenjak 2006, dari buku-buku dan ebook-ebook saya, dari blog Brother Love dan facebook, pasti tahu apa yang selalu saya bentangkan. Santai dalam panas, macam tengah berjemur kat tepi pantai gitu…

So, SUAMI! Husbands and what a great father you’re… juga harus senyumlah bila membaca saranan saya ni. Bukan apa, sememangnya kita tahu tanggungjawab seorang suami dan betapa banyak perbelanjaan di dalam sesebuah rumahtangga. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah memiliki anak-anak yang bersekolah. Persediaan masuk sekolah pun dah ribu-ribu.

NAMUN, janganlah sesekali merasa gusar atau takut untuk berbelanja kepada keluarga especially isteri. Secara logiknya, setelah isteri yang bertungkus lumus menjaga rumah serta anak-anak, menyiapkan segala keperluan suami dan sebagainya, “She deserved a great treatment from her husband!.” 
Pesan ibu saya :“Esok Razzi kahwin, janganlah takut belanja isteri dan anak-anak, InsyaAllah! berkat dan akan bertambah lebih banyak rezeki nanti!”
Aduuuh!! kalau seorang ibu sudah berpesan sebegitu, takkan kita mahu mengabaikannya? Sesuatu yang baik dan membawa berkat ini sewajarnya kita ikuti dan amalkan. Lagi pun, sesungguhnya, setiap anak-anak kita itu, sedari dalam perut ibunya lagi, Allah telah meletakkan rezekinya sendiri. Begitu juga, si isteri. Rezekinya telah ditetapkan – Inilah yang kadang-kadang tu kita sering terlupa.

Mungkin dalam tiba-tiba kita mendapat rezeki yang banyak. Lantas kita fikir semuanya adalah dari usaha kita seorang diri. Sebenarnya, rezeki yang banyak itu adalah KOMBINASI dari rezeki anak-anak dan isteri yang disalurkan melalui kita.

Sebab itu sering orang kata, “Rezeki anak-anak”… sebenarnya mereka terlupa tentang rezeki dari ‘membina masjid’ itu, iaitu rezeki perkahwinan dan rezeki dari isteri yang dikahwini.

Jadi, JANGANLAH TAKUT untuk BELANJA ISTERI, walaupun isteri mempunyai pendapatannya sendiri. Kalau isteri nak belanja suami, Alhamdulillah!… jika tidak, kita belanja dia banyak-banyak! Hahaha  – manalah tahu, lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah curahkan rezeki dan menambahkan keuntungan buat kita, isteri pun pasti bertambah sayang!

Daripada si suami ni asyik belanja kawan-kawan nak menunjuk dia banyak duit, lebih baiklah belanja anak-anak dan isteri. Sesetengah suami pulak ada yang suka belanja kat entah sapa-sapa dan awek mana. Hmm, ada baiknya belanja isterilah, dah memang sah-sah milik kita. Daripada belanja perempuan mana ni, belakang kita dia melaram dengan jantan lain, kita tak tahu. Buat rugi duit kita je.

PERINGATAN: Amboi, suka sangatlah tu si isteri mendengarnya! TAPI, kena ingat juga isteri-isteri tu… maksud belanja isteri disini BUKAN belanja isteri yang boros dan suka menghabiskan duit suami, sehingga melampaui kemampuan suami.

Tetapi, belanja isteri yang baik, penyayang, solehah, bijak mendidik anak-anak, pandai berjimat, mengurus rumah tangga dan menghormati suami. Kalau isteri yang membazir dan suka menunjuk-nunjuk tu, buat Tuhan tarik rezeki kita lagi ada lah.

So, sebagai seorang suami amatlah berkat berbelanja untuk anak dan isteri. Janganlah sesekali merasa takut habis duit atau menganggap perbelanjaan buat isteri itu satu beban yang memudaratkan. Selalu percaya, dengan berbelanja pada isteri, InsyaAllah! rezeki kita akan bertambah lagi.

Love,Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com


Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam2 tugas untuk suami dan anak2 di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami, dan macam2 lagi .... Kan banyak kerja isteri buat tu!
Asalnya isteri tidak wajib memasak, buat air, sapu sampah, basuh baju suami .... Tapi, apabila suami suruh, baru isteri wajib taat suami. Sebab tu isteri boleh minta upah dari suami. Oleh itu, mana2 perempuan yang buat kerja rumah, dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia.
Dah banyak mana kena bayar? Yang moleknya suami bayar RM1500 sebulan pada isteri. Tu dah kira murah. Tengok pelayan di restoran, gaji katakan RM800, tapi dia tak masak pun, cuma ambil oder saja. Tukang sapu, gaji RM600 cuma sapu sampah je. Orang gaji jaga anak saja, kena bayar RM500. Dah berapa dah jumlah tu. Tapi kerje2 tu semua isteri sorang yang buat.
Jadi sebab dah tahu ni, nanti para isteri bolehlah cakap pada suami, "Ustaz Azhar kata boleh mintak upah dengan suami. Jadi saya nak la dalam RM1500 sebulan..."
( Ustaz Azhar Idrus )

Isteri mengeluh suami kedekut
Isteri mengeluh suami kedekut
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Ada isteri menuduh suaminya kedekut manakala suami pula menuduh isteri boros menggunakan wang suami. Kalau suami dan isteri saling melempar tuduhan bahawa pasangannya kedekut atau pemboros, siapa betul?

Masalah begini sering berlaku dalam rumah tangga sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam hubungan. Masing-masing menegakkan benang basah walaupun mengetahui sikap itu tidak disenangi pasangan.

Perlu diketahui bahawa di antara hak isteri yang paling utama ialah memberikannya nafkah. Menafkahi isteri adalah bentuk ibadah dan taqarub paling besar yang boleh dilakukan seorang hamba. Nafkah itu sendiri mencakupi makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, dan segala yang diperlukan oleh isteri baik jasmaninya mahu pun rohaninya.

Namun masih ada isteri mengeluh kerana suami dianggap kurang dalam menafkahinya. Allah menegaskan dalam al-Quran bahawa lelakilah yang berkewajipan memenuhi keperluan wanita. Itu catatan pertama. Oleh sebab itu, lelaki juga memiliki hak kepemimpinan dan keutamaan dibandingkan wanita, kerana lelaki jugalah yang memberi nafkah kepada mereka, dalam bentuk mahar atau wang belanja. Allah berfirman:

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”

Banyak dalil-dalil daripada kitab, sunah yang sahih dan ulama yang menyebut mengenai wajibnya bentuk pemberian nafkah dan tanggungjawab itu terletak di bahu lelaki yang bergelar suami dan ayah.

Firman Allah :  “…Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang maaruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya….”(Al-Baqarah : 233)

Demikian juga firman Nya:

“….dan apabila mereka (isteri-isteri yang ditalak) dalam keadaan hamil, berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka bersalin…”(Ath-Thalaq : 6)

Seorang suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan keluarganya serta semua yang berada dalam tanggungannya, sebagaimana ditegaskan dalam hadis Jabir bin Abdullah r.a bahawa Nabi s.a.w menyatakan:“Bertakwalah kepada Allah dalam memelihara wanita, sesungguhnya mereka itu adalah tawanan bagi dirimu; kamu memiliki mereka dengan amanah kepada Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimatullah, maka hak mereka atas dirimu adalah hendaknya kamu memberi mereka nafkah dan pakaian dengan cara yang baik.” (HR. Muslim VII : 183)

Dalam hadis Muawiyyah in Hidah disebutkan bahawa dia berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah: “Apa hak seorang isteri terhadap diri suaminya?” Baginda menjawab: “Hendaknya  kamu memberi makan sebagaimana kamu makan, dan memberi pakaian sebagaimana kamu berpakaian, janganlah kamu menjelikkan  wajahnya dan jangan kamu memukulnya.” (HR. Abu Dawud  & Ibnu Majah)

Hadis ini menjelaskan bahawa memberi makan dan menyediakan pakaian adalah wajib. Dan kewajiban itu tentu tergantung kemampuan suami. Namun kerana Nabi s.a.w telah menjadikan itu sebagai hak isteri terhadap suaminya, maka adalah wajib hukumnya, ada ataupun tidak. Maksudnya, ketika suami tidak mampu memberikan nafkah kepada isterinya, nafkah itu menjadi hutang yang harus ditunaikan pada waktu lain sebagaimana kewajipan-kewajipan lain.

Dalam hadis Abu Hurairah diriwayatkan bahawa dia berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Apabila seorang di antara kamu pergi dan mencari kayu bakar, lalu menjualnya, untuk mencukupi keperluannya kemudian dia sedekahkan, itu lebih baik daripada dia meminta kepada orang lain, diberi ataupun tidak. Kerana tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang dibawah. Namun mulailah daripada orang yang berhak engkau nafkahi’.” (HR. Muslim)

Para ulama bersepakat tentang wajibnya memberi nafkah kepada isteri bagi seorang suami, kalau mereka mampu, kecuali bagi isteri yang berbuat nista. Nabi pernah bersabda : “Apabila seorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya, sementara ia menghisab diri, maka itu akan menjadi sedekah baginya.” (HR. Bukhari I : 136)

Menafkahi keluarga menurut ulama adalah wajib. Islam menyebutnya sebagai sedekah, kerana dikhuatirkan orang-orang akan menyangka bahawa dengan melakukan yang wajib itu, mereka tidak memperoleh pahala. Padahal mereka telah mengetahui pahala daripada amal sedekah, agar mereka tidak mengalihkannya kepada orang lain, sebelum mereka mencukupi keperluan keluarga. Maksudnya mendorong mereka agar mendahulukan sedekah yang wajib daripada sedekah sunnah.

Nabi bersabda : “Satu dinar yang engkau nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau keluarkan untuk membebaskan budak, satu dinar yang engkau berikan kepada fakir miskin, dan satu dinar yang engkau berikan sebagai nafkah keluargamu; yang terbaik di antaranya adalah yang engkau berikan sebagai nafkah isterimu.” (HR. Muslim II :692)

Jadi seorang suami akan dianggap kedekut apabila dia melalaikan kewajipannya mencari nafkah, meskipun isterinya tidak pernah menuntut atau mempunyai hartanya sendiri. Selama suami mampu dan berkesempatan, dia wajib mencari nafkah demi anak dan isterinya. Bila tidak, dia disebut sebagai kedekut lebih-lebih lagi apabila suami itu mempunyai kemampuan tetapi kurang memperhatikan keperluan isteri dan anaknya. Sebaliknya dia menghambur-hamburkan hartanya di luar rumah untuk kesenangan peribadi.

Lain halnya bila suami belum mampu mencukupi keperluan keluarga, setelah dia berusaha mencari nafkah namun belum mendapatkan kesempatan memperoleh rezeki yang mencukupi. Atau dia mengawal pemberian kepada anak isterinya untuk tujuan bersama yang lebih utama. Seperti menyimpang wang untuk keperluan kecemasan, membiayai kos perubatan atau membeli peralatan dan keperluan rumah tangga yang hanya boleh dibeli dengan cara menyimpan sebahagian daripada pendapatan.


Santai Sabtu : Kisah Suami Kedekut.


Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak.

Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami. "Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu. "Uuiishh.. mahalnya, tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ. "Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat camtu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran. "Jangan nak ngada-ngada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli". Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dalam bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpalah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80. Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka pergi lagi. Si isteri tadi awal-awal lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. "Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama macam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. "Encik, berapa yang encik sanggup bayar?". "Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat". Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya". "Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot tadi sambil tersenyum. "Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin. Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.

Dia pun buat lah aksi-aksi akrobatik yang diakui membahaya. Macam-macam aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun. Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing-pusing pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dapat RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. "Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut. "Dia dah jatuh masa kau pusing-pusing pesawat tadi" "Hahh apasal tak cakap". "Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jawab si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu...

Suami kedekut keluar duit belanja

Dalam perjumpaan kami baru-baru ini di sebuah restoran dalam sebuah pusat rawatan terkemuka di Kuala Lumpur, Baizura memberitahu mengapa wanita zaman sekarang (bermula sejak tahun 70-an hingga kini) banyak yang terpaksa berkorban untuk membahagiakan keluarga, sedang orang yang sepatutnya berkorban adalah kaum lelaki iaitu si suami.
Setelah menjamu selera Baizura memulakan ceritanya, katanya, ''rata-rata dari apa yang saya pernah baca dalam akhbar, kaum wanita iaitu isteri yang banyak berkorban untuk suami dan anak-anak, berbanding wanita zaman emak saya dulu ayahlah yang berkorban segala-galanya demi kebahagiaan keluarganya terutama anak-anak.
''Macam ayah saya dia bekerja mencari rezeki, ibu saya suri rumah sepenuh masa membesarkan kami lima beradik, saya lihat ayah berkorban wang ringgit unuk menghidupkan kami, memberi makan, menyediakan wang untuk kami bersekolah hinggalah kami menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi selagi mampu.
''Dan beliau sentiasa mengambil tahu hal kami walaupun kini dia tahu kami sudah ada keluarga, tetapi beliau sentiasa mengambil berat, mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya.
''Dulu masa saya kecil, saya lihat dengan mata saya sendiri, setiap bulan ayah akan serahkan semua gaji atau pendapatannya dalam sebulan kepada emak, sambil berkata, ''Mah ini gaji abang sebulan, kau jimat-jimatlah buat belanja makan minum, dan jangan lupa duit saku dan perbelajaan sekolah anak-anak. Pandai-pandai kaulah berjimat. Cukup tidak itulah semua gaji abang." Itu kata ayah, dan emak ambil sambil berjanji akan berbelanjaan sebaik mungkin.
''Emak tak pernah minta duit dari ayah hinggalah hujung bulan bila ayah dapat gaji baru. Cukup atau tidak pandai-pandai emaklah berjimat, kadang tu mak suruh kami berjimat belanja sekolah untuk kegunaan esok hari. Kami diajar menabung demi pelajaran kami nanti, begitu kata emak.
''Setiap hari bila nak pergi kerja ayah akan minta duit dari emak. Biasanya ayah akan minta RM5 sehari, cuma sekali ayah minta lebih atau kurang apabila ditangannya masih ada duit berbaki. Ayah akan kata hari ini abang minta RM3 aja sebab semalam masih ada baki. Emak tak pernah merungut kalau duit tak cukup, dan ayah tak pernah minta lebih.
''Berkat suami isteri baik berpakat, saling percaya mempercayai, iaitu ayah percayakan emak apabila menyerahkan sebulan gajinya, dan emak pulak pandai berjimat maka hidup mereka aman damai, malah mereka boleh beli tanah di kampung dan sebuah lagi tapak rumah. Kalau nak ikutkan gaji ayah berapa sangat, tak sampai pun seribu, ketika itu, tetapi kami 5 beradik semua bersekolah, dan bekerja kini.
''Tapi peliknya zaman ini, kami suami isteri bekerja, tapi suami saya selalu mengeluh tak ada duit, malah melepaskan semua tanggungjawabnya kepada saya, seolah-olah saya ketua keluarga, dia jadi isteri. Saya pernah berbincang dengan suami saya beri gajinya kepada saya, taulah saya mengurus dengan baik, kerana kalau tidak pun semua urusan rumah dia tolak pada saya. Tapi dia tak mahu bagi. Dia nak buat sendiri, sedangkan dia selalu tak ada duit.
''Alasannya tak ada duit kerana kena bayar ansuran rumah murah yang dibelinya di kampung, saya pun ada beli rumah sendiri. Kalau dia kata kena bayar ansuran kereta, saya pun ada kereta, kita sama-sama ada tanggungjawab. Apa yang penting cara kita berbelanja, malangnya bila suami tak jujur pada isteri memang dia tak ada duit. Suka sorok, suka cakap tak ada duit, maka Allah makbulkan permintaannya.
''Pada saya kalau kita gaji tak banyak, baiklah kita berpakat, susah sama susah, senang sama senang, malangnya, macam suami saya dia cuma bayar sewa rumah, sebab rumah saya belum siap sementara rumahnya jauh di kampung. Bab lain dia tak ambil peduli.
''Kalau nak dikira perbelanjaan yang terpaksa saya uruskan lebih banyak daripada sewa rumah, dalam pada itu dia mahu saya sediakan makan minum yang sedap-sedap, walaupun makan sekali waktu malam, tetapi belanja memasak lebih mahal dari kita beli lauk yang sudah siap.
''Lagi satu perangainya yang kurang elok dia terlalu berkira apa juga perbelanjaan yang dikeluarkan rumah kami anak beranak, macamkan dia takut duitnya habis. Bayangkan semasa kami baru berkahiwn dahulu, dia masih belum dapat tukar kerja ke KL. Lebih setahun saya hidup sendirian macam orang belum kahwin. Sebab suami saya tak bagi duit belanja atau sara hidup kepada saya walau sesen pun.
''Alasannya duitnya habis kerana terpaksa turun naik ke KL, jadi kalau saya ikut dia pindah bekerja di negerinya, tentu duitnya tak banyak habis. Masalahnya kerja saya tak boleh berpindah atau bertukar macam kerja dia, bermakna saya kena berhenti kerja. Nak cari kerja baru umur macam saya ketika itu bukan mudah berbanding pekerjaannya boleh bertukar ke KL pada bila-bila masa sahaja sebab ada cawangan dan boleh bertukar.
''Malangnya kerana saya tak mahu bertukar maka dia jadikan saya sebagai alasannya tak ada duit nak bagi nafkah walaupun saya isterinya. Katanya saya bekerja maka tanggunglah diri sendiri. Kalau nak duit sara hidup ikut dia pindah ke negerinya.
''Kerana waktu itu baru setahun kami berkahwin dan saya pulak baru hamil, maka semua alasannya saya diamkan, lagi pun saya masih nak bekerja. Saya terpaksa bersabar, dalam pada itu saya berusaha kumpul segala keperluan bila kami bersedia duduk serumah nanti.
''Akhirnya suami saya dapat pindah ke KL, dan kami cari rumah sewa, takkan nak duduk rumah emak selamanya. Bila pindah, saya lengkapkan semua keperluan rumah, dari sekecil-kecil sebatang sudu hinggalah sebesar-besarnya, perabot dan kerusi meja. Semua lengkap, semua saya usahakan sendiri, sama ada saya beli tunai atau pun saya bayar ansuran. Suami saya masuk rumah cuci kaki.
''Saya kira bila semua dah lengkap tentulah dia sebagai suami akan merasa senang hati untuk mengeluarkan belanja kepada benda-benda lain selain dari bayar sewa rumah, rupanya tidak dia masih tunggu saya siapkan hingga saya terpaksa minta duitnya berulang-ulang kali. Kerana waktu itu saya hampir bersalin, maka saya terpaksa mengikut kehendaknya, sebab tak kuasa nak gaduh, lagi pun malu pada jiran tetangga, duduk rumah flat jiran pasang telinga.
''Semasa bersalin, setengah bayaran duit hospital, upah bidan mengurut, ubat-ubat dalam pantang, lampin pakai buang, susu bayi, semuanya saya kena siapkan, termasuklah pakaian untuk bayi semua saya terpaksa beli dan sediakan semasa sebelum bersalin lagi.
''Bila saya minta suami belikan dia akan kata tak ada duit. Itulah alasannya sepanjang masa apabila saya minta duit. Memang sakit telinga, tetapi saya terpaksa bersabar takkan nak gaduh semasa dalam pantang depan mak bapak tentulah memalukan, lagi pun saya tak mahu jatuhkan maruah suami kita.
''Sebenarnya itulah perangainya dari mula kahwin, hinggalah kami ada dua orang anak. Kalau tak ada duit saya kata berhentilah merokok, sebab masa mula kahwin dulu dia memang tak merokok, tetapi sekarang dah mula merokok balik, ada pulak duit dia beli rokok tu.
''Untuk mencukupkan belanja rumah saya buat kerja sambilan, saya harap dia ikut contoh saya belajar cari duit lebih, tetapi dia lebih suka tidur bila habis kerja. Dia tak suka berusaha. Saya ambil ansuran untuk anak-anak dia marah, katanya menghabiskan duit, sedangkan itu simpanan untuk masa depan anak-anak bila besar nanti ditakdirkan dia perlukan duit untuk belajar.
''Hari berlalu terlalu cepat kini sudah lebih 5 tahun kami berkahwin, saya rasa perangainya tak mahu berubah, hinggakan bawa anak berjalan pun dia tak mahu sebab takut anak minta belikan makanan yang mahal-mahal, dia lebih suka duduk memerap dalam rumah.
''Kerana kesiankan anak-anak, sesekali saya ajak suami keluar berjalan, dia pasti ikut sebab dia tahu saya akan keluar belanja makan, tetapi kalau saya ajak dia keluar dan minta dia keluar belanja, dia akan buat pekak.
''Saya memang pening dengan perangai suami yang kedekut kepada keluarga, adakah ini salah ibu bapa, saya rasa tidak, sebab adik beradik lelakinya semuanya berjaya dalam hidup kerana mereka bertanggung jawab kepada keluarga terutama ibunya.
''Sebab itu saya lihat hidup mereka senang dan mewah. Tak macam suami saya nak hulurkan duit pada emak pun kedekut. Saya selalu ingatkan dia kalau mahukan keberkatan hidup di dunia dan akhirat dia mesti jaga ibunya dan anak-anaknya dengan baik. Itu amanah Allah tak miskin kita jaga kebajikan ibu sebaliknya akan mendapat ganjaran yang lebih dari Allah.
''Sebenarnya saya tak tahu dan tak faham perangai suami saya yang terlalu kedekut ini, kalau tak cukup duit berterus terang, jangan sorok pada isteri. Berunding dan bercerita kalau ada masalah, barulah ada keharmonian dalam keluarga, bukannya bawa hal masing-masing.''
Demikian cerita Baizura tentang suaminya kerana dia juga bukan berjawatan tinggi, dan tidak mampu untuk menanggung beban yang banyak.

Pesanan Uztaz Azhar Idrus kepada Suami

Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.




kata orang, money can't buy you happiness. atau money is not everything. tetapi, jika dengan cinta sesuatu rumahtangga itu boleh bahagia, manakan pula boleh timbulnya krisis apabila wang belanja tidak mencukupi, gaji suami tidak diketahui isteri, isteri tidak diberi wang oleh si suami?


sudah acapkali kita membaca kisah tentang pergolakan yang berlaku antara suami isteri. pada kali ini, kami bawakan isu suami yang tidak memberi nafkah zahir kepada isteri, aka kedekut dengan isteri. masalah ini pernah diutarakan oleh seorang forumer kita seperti di pos #2.

“BERKORBAN apa saja...harta ataupun nyawa... itulah kasih mesra.. sejati dan mulia...”

Itu antara bait lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan sehingga kini, ia masih lagi segar di minda dan boleh lagi diingati oleh peminat pelakon lagenda ini. Bait lagu yang merdu itu jika dihayati mampu meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi pengajaran terutama kepada pasangan suami isteri kerana jelas menunjukkan pengorbanan tidak ternilai daripada pelbagai segi dalam menempuh alam perkahwinan yang penuh pancaroba ini.


Ia juga membangkitkan perasaan untuk saling tolong menolong antara suami isteri demi mencapai kebahagiaan yang diinginkan sepanjang hayat. Perkahwinan bukanlah untuk hidup bersama saja, namun setiap perkara yang berlaku perlu dikongsi demi keutuhan rumahtangga.


Ketika zaman ibu bapa kita dulu, bapa dilihat lebih banyak berkorban untuk menyara anak dan isteri manakala ibu pula menggalas tugas dengan menguruskan makan minum di rumah. Suami akan keluar mencari rezeki untuk membesarkan anak, menyediakan wang persekolahan dan sebagainya.


Lebih mengharukan, sebilangan suami pada zaman itu sanggup menyerahkan gaji bulanannya untuk isteri memandangkan mereka lebih bijak menguruskan perbelanjaan rumah tangga. Cukup atau tidak wang itu, isteri perlu membahagikan untuk keperluan dapur dengan perbelanjaan sekolah dan sebagainya. Jelas menunjukkan suami tidak culas menghulurkan sebahagian besar gajinya. Berkat hidup saling berpakat dan bertolak ansur ini dengan gaji yang tidak sebesar mana, ada juga yang mampu membuat tabungan demi masa depan keluarga.



Namun, senario suami isteri bekerja, sekarang adalah lumrah dalam masyarakat moden. Isteri dilihat mampu meringankan beban kewangan suami, sesuai dengan tuntutan keperluan yang semakin meningkat. Namun harus diingatkan wang gaji isteri sepatutnya digunakan sekadar untuk menampung dan bukannya menanggung keseluruhan perbelanjaan rumahtangga.


Tidak dinafikan, apabila isteri sudi menghulurkan bantuan meringankan beban, ada segelintir suami yang sudah mula berada dalam zon selesa kerana tidak perlu bersusah-payah dan lebih teruk mereka melepaskan sepenuhnya tanggungjawab kepada isteri. Apabila terjadi perkara begini, isteri perlu menanganinya dengan segera.


Jika keadaan menjadi semakin teruk, Islam membenarkan isteri untuk mengambil harta suami tanpa pengetahuan suami, tetapi hanya sekadar memenuhi keperluan isteri, anak serta pembantu, jika ada. Jika ia dikesan oleh suami dan menimbulkan pergaduhan, isteri boleh memaksa suami memberikan nafkah melalui perintah Mahkamah Syariah.


Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan dengan cara yang makruf.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari).



Bagi seorang wanita bekerjaya, Linda, 35, (bukan nama sebenar), 10 tahun hidup bersama orang yang paling dicintainya, beliau tidak pernah merasai suaminya seorang yang bersifat pemurah dan sanggup berkorban untuk dirinya semata-mata. Katanya, walaupun beliau mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang agak tinggi, namun beliau juga teringin untuk merasai nikmat suami menghulurkan nafkah kepadanya walaupun jumlah yang diberikan adalah sedikit.


“Saya tidak pernah berkira sangat kerana tidak mahu rumah tangga yang dibina berkecai begitu saja kerana persoalkan sikap kedekutnya. Bayangkanlah, selama ini suami saya tidak pernah membelikan sehelai baju sebagai hadiah kerana dia tahu saya mampu untuk membelinya sendiri. Bila tiba Aidilfitri, dia beri duit untuk beli keperluan anak, tapi jumlahnya tidak pernah mencukupi dan saya terpaksa menampung semua perbelanjaan berkenaan. Dia hanya lebihkan keluarganya saja. Saya faham dia masih ada ibu dan seorang adik OKU yang terpaksa dijaga. Namun, biarlah adil dengan anak dan isterinya juga,” katanya yang sering berkecil hati dengan perangai suaminya itu.


Linda berkata sehingga sekarang, suaminya tidak pernah membangkitkan untuk membeli rumah sendiri kerana sudah selesa tinggal di rumah ibunya walaupun kini sudah mempunyai tiga anak,” katanya. Tambahnya lagi, banyak lagi keperluan asas yang belum dipenuhi, kereta yang ada tidak mampu lagi memuatkan jumlah keluarganya yang ramai termasuk ibu dan adiknya. Disebabkan terlalu tertekan dan sering didesak suaminya menukarkan kereta lebih besar, akhirnya Linda sendiri yang mengeluarkan wang sakunya untuk membeli kereta baru.


“Malah, jika saya ke luar negara tidak pernah lupa beli hadiah istimewa, tapi bila dia pergi ke luar negara, jarang beli barang mahal kecuali kemeja-T saja. Saya terpaksa pendamkan perasaan itu kerana tidak mahu kerana sifat kedekut suami, rumah tangga kami menjadi porak-peranda. Biarlah selagi saya mampu menggunakan duit sendiri untuk berbelanja,” katanya.



Menerima nasib sama, Aisyah, 30, (bukan nama sebenar), suaminya sering memberi alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana perlu membayar ansuran rumah dan juga keretanya, sedangkan beliau juga mempunyai tanggungan sama membayar kereta dan rumah. Katanya, beliau pernah bersuara kepada suaminya untuk menguruskan wang gajinya, namun ditolak dengan alasan tahu menguruskan sendiri. Malangnya suaminya tidak pernah jujur, malah sering mengatakan tidak mempunyai duit dan sering sorok pendapatannya.


“Saya fikir, bila kita sepakat menguruskan semua gaji secara bersama, hidup tidak akan susah kerana kita saling bekerjasama. Tapi yang dia tahu hanya bayar sewa rumah yang kami duduk sekarang, yang lain dia tak ambil peduli. Dengan anak juga terlalu berkira. Takut sangat duitnya habis bila keluar dengan kami. Lebih menyedihkan ketika bersalin hampir semua bayaran hospital, upah bidan dan keperluan bayi disediakan olehnya. Setiap kali minta duit daripada suami, alasannya dia tidak mempunyai wang. Sakit hati bila fikirkan semua itu, tapi disebabkan tak mahu bergaduh, saya terpaksa bersabar lebih-lebih lagi ketika berpantang,” kata ibu seorang anak ini yang bosan dengan sikap kedekut suaminya itu.


Beliau berkata, sehingga ini tiada jalan penyelesaian terhadap suaminya yang suka menyimpan gajinya dan tidak berterus terang.



INFO: Panduan menabung ketika susah dan senang
* Rancang perbelanjaan lebih awal sebelum memperoleh gaji.
* ‘Bayar’ kepada diri sendiri dulu (buat simpanan wajib seperti saham dan sebagainya).
* Belanja pada waktu perlu saja dan jadilah pengguna yang bijak.
* Jangan terikut budaya orang lain. Tingkatkan pemikiran kita, tetapkan pendirian dan bangga dengan siapa kita dan apa yang kita ada.
* Didik ahli keluarga untuk hidup bersederhana.
* Tetapkan perbelanjaan untuk keperluan saja.
* Muhasabah.


Petua rumah tangga bahagia
* Sering melakukan kegiatan bersama seperti makan, berjalan, membeli-belah, beriadah dan mandi bersama.
* Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
* Kreatif mencipta suasana harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
* Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu.
* Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh menasihati.
* Suami jangan tumpu perhatian berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
* Sentiasa berlembut segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
* Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
* Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya.
* Keluarga Islam amalkan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.