Ahad, 1 Mei 2011

SEMPURNAKAN ISLAM KITA...AGAR DIGOLONGANKAN DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG BERTAQWA DAN MASUK SYURGA

Hadith 12

Antara tanda Sempurna Islam seseorang




عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ

إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.
2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.
silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga
sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.
Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk
di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu
perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi
kain orang.
Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah
pembangunan umat.
Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena
mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan
produktiviti yang berkualiti.

BUKAN SAJA JAUHKAN YANG HARAM DAN MAKRUH....MAKA ELOK JUGA JAUHKAN YANG SYUBAHAT

Hadith 11

Menjauhi perkara syubahat



عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ هِ

رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَ ا

لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح.

Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan
orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Menjauhi perkara syubhaat :
menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara’.
langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.
2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat :
kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat.
kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.
3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ :
dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - ikut lebih baik.
yakin dalam suci dan syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).
4) Wara’ hanya bagi orang yang Istiqomah :
yang melakukan perkara yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang.
mereka yang melakukan dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat -
wara’ sesat namanya - kisah darah nyamuk - orang Iraq.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu.
Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama
adalah suatu sifat wara' yang terpuji.
Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan
diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan
mesti diulangi.

ALLAH SUKA YANG BAIL-BAIK...KENAPA KITA MAIN BELASAH...DAN IKUT NAFSU...INGAT KITA HIDUP SEKALI AJE...

Hadith 10

At Toyyib


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis :

1) Suci Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak tidur.

2) Diterima atau tidak amalan

- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah.

3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya: perjalanan yang jauh - (hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya)
berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’. mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya. mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
penjagaan makanan, minuman dan pakaian .

Pengajaran hadis:

lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian,
kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.

Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.

Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal. Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah.

KENAPA KITA PILIH MEMATUHI MANUSIA...SEDANG TIDAK MEMATUHI PERINTAH RASULLULLAH SAW...NI MUNGKIN SEBAB MENGEJAR DUNIA YG SEMENTARA...

Hadith 9

Cara mematuhi perintah Rasulullah


Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kandungan Hadis :

1) Sebab Hadis - Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.

2) Jauhi Larangan :

i) sebab haram - dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii) sebab makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.

3) Buat apa yang disuruh :

i) wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa.
ii) sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.

4) Larangan banyak bertanya : perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’. Pada perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati. Pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina. Bertanya mengenai masalah yang tidak berlaku.

Pengajaran hadis:

Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang
dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi. Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.
Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

PILIHLAH BERJIHAD KEJALAN ALLAH...BUKANNYA BERPUSU2 MENGERJAKAN MAKSIAT DAN MELAWAN ALLAH...

Hadith 8

Konsep Jihad


Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Wajibnya perang - difardhukan - tolak tipu daya musuh - naikkan bendera Islam.

2) Terpelihara darah dan harta :

i) orang yang mengucap dua kalimah syahadah.
ii) orang yang mendirikan solat fardhu.
iii) orang yang membayar zakat.
iv) orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

3) Perjalanan Hukum - hanya pada zahir - batin serah pada Allah.

Pengajaran hadis:

Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

MENOLAK NASIHAT...ITU ADA UNSUR SOMBONG..SOMBONG DILARANG DALAM ISLAM...SOMBONG ITU SELENDANG@PAKAIAN ALLAH SWT...

Hadith 7

Agama itu Nasihah


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis :

1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.

2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup - sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.

3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya - agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.

4) Nasihah Li aimmati muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari berlaku zalim.

5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.

Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan
status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

BAIK HATI MAKA BAIKLAH SEGALANYA...INSYAALLAH....

Hadith 6

Pembersihan Hati


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas : Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat : berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya. yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat : tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah. syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut - (kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat). tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.

4) Peranan Hati : banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati) hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.