Ahad, 1 November 2009

TAUBAT DAN CARA MEMOHON MAAF



Kesalahan kepada Allah swt serta kepada manusia biasa dilakukan.Seperti lumrah atau sedap serta sudah tidak rasa berdosa sebab sudah kerap melakukannya.....maka elok kita biasakan solat taubat ini.Jika kita bersalah dengan manusia maka kena memohon memaaf kepadanya.Jika kita memalukan disatu jumlah manusia maka jumlah manusia yang sama untuk membetulkan perkara yang kita aibkan...dan kiaskan la...

Solat Taubat

Hukum solat ni sunat aje...boleh buat di sebarang waktu...kecuali waktu yang tidak dibenarkan melakukan solat sunat.

Niat biasa aje...cuma sebutan nama ....sebutlah nama solat iaitu solat sunat taubat

hanya dibuat 2 rakaat....sahaja...dan boleh dibuat diwaktu2 lain...contohnya mengiring solat fardu...

boleh juga dibuat sebelum tidur atau ketika bangun untuk tahjud.

Ada yang berpendapat elok dibuat jika ada sesuatu hajat....susunannya

1.solat taubat

2.solat hajat

3.solat witir.....ini besar kemungkinan hajat mudah tercapai...@makbul

ditambah bersungguh2 dan menangis.

Elok juga dan sepatutnya

untuk melakukan taubat nasoha..sebab melakukan dosa besar....elok buat solat taubat...solat tetap sunat...tetapi hukum bertaubat itu wajib....

lepas solat....

sujud balik berdoa mohon keampunan sungguh2....hingga menangis bersungguh2 menangis menyesali dan bertaubat...menangis hingga keluar hingus

kemudian bertekad....3 perkara sebagai syarat taubat...

1.menyesali

2.tidak buat lagi dosa2 tersebut@BERHENTI

3.jika dosa@salah pada sesama manusia kena memohon maaf kepada manusia tersebut...

ditambah

banyak beramal sunat2 disamping tidak meninggalkan yang wajib...serta sering hadir ke majlis ilmu di surau atau masjid...dan banyakkan bersedakah

cara

macam solat sunat yang lain iaitu 2 rakaat..niat sahaja berbeza...

Kelebihan

Allah swt memang kasih@sayang orang sentiasa menyucikan diri@berwudhu serta selalu@aentiasa bertaubat

dimurahkan rezeki dan disihat tubuh badan...InsyaAllah..disamping segala yang dihajati diperolehi...


peringatan

sama juga sila rujuk guru agama yang berdekat untuk kepastian ilmu....dan ibadah...

selamat bertaubat dan beramal


Sabtu, 31 Oktober 2009

NAZIR@PENGERUSI SERTA AJK MASJID ATAU SURAU BUKAN MEMEGANG JAWATAN BAGAI MENGURUSKAN BALAIRAYA ATAU SEBAGAINYA


Jawatan ini macam seronok dan glumor tetapi...bersambung...

JANGAN KITA TIDAK BERAHLAK DIHADAPAN GURU ATAU USTAZ


Ini bukan berlaku disemua tempat.Cuma tempat2 tertentu mungkin kejahilan atau masalah kefahaman agama terlalu cetek.Ditambah tidak beramal Islam dan ahli maksiat tetapi sombong dan berlagak tak tentu pasal.Biasanya tidaklah semua,biasanya mereka ini pendidikan terlalu rendah mungkin tiada PMR atau setakat sekolah rendah dan tiada belajar secara formal agama dan maaf cakap mereka ini pun tidak pandai mengaji@membaca quran.Mungkin sudah pergi haji itu sahaja kelebihan tetapi bukan mesti dia tahu hukum hakam agama.Adakah patut oleh kerana marah guru agama yang mengajar mereka ini bersikap kurang ajar dan tidak berakhlak contoh belunjur kaki dan mengarah ustaz itu berhenti mengajar.Dibuat dalam masjid pula.Nampak sangat jahil dan sombong bodohnya.

Jika ia rasa pandai ambil tuliah dan mengajarlah jangan kurang ajar.Memang sekarang dia ahli masjid sebab sudah tua dan sudah pergi haji.Alhamdullillah lah.Tahniah.Tapi ingatlah sewaktu muda dulu mungkin mereka tidak sebaik sekarang.Mungkin mereka meninggalkan solat,pengunjung night kelab,berjudi dsbnya.Bukan kita tahu,Jika benci sangat kepada guru mungkin terkena batang hidung,pelahan2 keluar masjid dan tinggalkan masjid.Ini tidak nampak sangat kurang ajar.Lain kali jika guru tu datang, lepas maghrib baliklah.Ada juga imam yang menjadi penghalang atau batu api.Patutkah ia bercakap 'jika tidak suka balik sahaja'.Ini sikap jahat dan dengki.Ada baiknya suruh jemaah tunggu menghormati tetamu sekurang2nya.

Memang gulungan ini ada dan disebut didalam hadis...lebih kurang maksudnya..'Jadilah kita orang yang mengajar,atau jadilah orang yang belajar,jika tidak jailah orang suka kepada orang yang belajar,jangan jadi orang benci kepada orang mengajar dan belajar,ni sejahat2 akhlak'.Kadang2 ada pihak yang memilih guru,ambil sahaja ilmunya, bukan perkara yang dibuatnya, yang bertentang dengan syarak.Jika guru itu betul pada syarak serta tegas kepada hukum serta berani menegakkan yang haq dan mengajak amal makruf,kenapa kita tolak.Ini bererti kita telah menolak rahmat dan kasih sayang Allah swt.Buat masa ini banyak tenaga pengajar ingin berada di zon selesa supaya ia selamat di dunia dan belum tentu mereka selamat di akhirat.Bukan itu sahaja, ada yang merosak kereta penceramah dengan memancitkan tayar dan sebagainya.Ini kerja2 budak nakal.Tetapi kes ini sangat sikit dan terpencil.Tidak tahu dimana salahnya.

Biasanya penceramah yang berani menyebut kemungkaran2 yang dilakukan menyebabkan mereka marah dan naik angin.Sedangkan penceramah tidak menyebut nama hanya gulungan2 tidak solat,berjudi.buka aurat,minum arak dll.Ini mungkin terkena pada dirinya.Itu menyebabkan ia marah.Tak kan penceramah hendak menasihat kepada binatang atau kereta2,lori2 dan sebagainya.tentu mereka kata gila pula.Susah juga orang telah jadi tentera syaitan tapi tidak sedar .Mudahan mereka sedar dan insaf sebelum ajal menjemput dirinya.

JANGAN KITA IMAM TIDAK BERAKHLAK TERASA DIRI HEBAT DAN BAGUS

Imam memang dilantik oleh pihak kariah dan penduduk setempat yang dipersetujui oleh jabatan agama daerah masing2.Tetapi bukan bererti kita yang terbaik dan terhebat.Tetapi mungkin tidak ada orang lain atau orang lebih baik dari kita tidak menunjukkan diri serta ahli kariah tidak tahu dan mengenalinya.Bila kita jadi imam bukan kita jadi pengarah masjid hingga kita tentukan siap boleh ceramah siapa tidak boleh.Jika ada ilmu dan ada tuliah berilah mereka laluan.Jika sudah beri laluan jangan kita tidak berakhlak pula,menyuruh penceramah berhenti dengan tiada beradab,mentang2 kita imam.Boleh suruh ustaz tu berhenti sebab sudah lama berceramah,tapi biar beradab jangan gunakan isyarat tangan.Itu biadab namanya.

Tulislah satu nota kan lebih beradab.Kalau rasa kita pandai jaga masa dan ada ilmu ajarlah.Sampai masa berhenti.Kita kan hebat segalanya.Imam ni bukan tugas jadi imam,baca khutbah,bawa tahlil,kepala bacaan yasin,baca talkin sahaja tetapi menjadi pemimpin agama setempat.Mencegah mungkar dan mengajak amal makruf serta mendalami ilmu lebih feqah,tajwid dan rukun2 solat yang lain.Sebab kita sebagai contoh kepada makmum yang lain. Jangan sampai bacaan fatihah,rukun2 lain salah kita buat.Ini menimbulkan fitnah pada diri kita sendiri.Kita kena sedar mungkin makmum kita yamg dibelakang lebih arif dari kita.Jadi kita sentiasa merendah diri bukan hidung tinggi.Inilah yang disuruh oleh agama.Segala kemungkaran jangan dipejamkan mata serta jangan sokong benda yang maksiat dan perkara bidaah.Lebih2 lagi,hendaklah kita menegah jika ada AJK yang hendak membuat penyelewengan atau hendak mengelap wang masjid.Jangan kita jadi syaitan bisu.Mungkin senyap sebab telah menerima imbuhan.Juga mustahak imam2 ini membereskan masalah keluarganya.Jangan sampai penduduk tahu kalangan anak2 kita tak solat dan tidak menutup aurat dan lebih malang anak kita buat maksiat yang lain.

Kalau begini eloklah letak jawatan kerana nanti menjadi umpat keji..kita berdosa sama sebab kita yang menimbulkan umpat keji itu.Ada baiknya juga kita yang membaca khutbah iaitu imam mengamalkan apa disarankan oleh teks khutbah itu.Jangan nanti kita baca tapi diri sendiri pun tak buat.Malulah atau sekurang2 kita reti malu. Apa dikatakan ni adalah untuk menunjukkan sukarnya jawatan imam yang disandang.Jawatan imam bukan satu jawatan glamur atau hendak dibanggakan tetapi satu jawatan yang sangat berat untuk dipikul.Jika sudah jadi imam pandai2lah mengurus diri sebagai imam bukan jadi imam tidak berakhlak atau syok sendiri..Jadi sentiasalah bermuhasabah diri agar tidak tersasar....

GURU AGAMA ATAU USTAZ SERTA PENCERAMAH JANGAN KENAKAN BAYARAN TERLALU TINGGI

Jangan kita berpendidikan agama bekerja untuk mengajar kekayaan dan kemewahan semata-mata.Jangan pandai bercakap tentang zohod,qanaah,memada dan sederhana dalam ceramah2.Sedang kita datang ke masjid2@surau2 dengan kereta mewah serta berjenama dalam pada itu mengutip derma anak yatim atau sebagainya.Sedangkan kaya kalau tidak bagaimana mampu pakai kereta mewah.Bayaran yang kita kenakan tinggi,tidak mengapalah kalau setakat rm50,kalau sekitar tempat tinggal kita atau beri percuma apa salahnya.Jika jauh..agak2lah,minyak,tol dll.Nazir atau pihak surau masjid tahulah mereka hendak beri saguhati.

Bukan mereka tidak berkereta atau duduk dalam hutan tidak tahu harga minyak,harga tol,upah penat lelah.Jangan kita tetapkan macam yuran atau upah.Macam surau masjid ini perniagaannya besar atau lubuk emas bagi penceramah.Patut2lah,jangan kita menghisap darah dari ilmu Allah.Nanti hilang keberkatan dan tiada rahmah lagi Allah bagi@beri , sebab awal2 lagi kita sudah ambil didunia.Ada yang yang mengenakan ribuan ringgit.Tidak masuk akal.Tidak mengapalah kalau hasilnya 50 orang jadi takwa dan masuk syorga.Diri sendiri pun tak tentu lagi.Pandai kita memainkan lidah dan kata2 hebat,diri belum tentu hebat.

Hebat2 kita belum ada darah gugur dimedan perang.Lainlah syuhada yang telah gugur dimedan perang menegakkan agama Allah,walaupun tak hebat bercakap dan tidak terkenal tetapi telah beri nyawa untuk agama Allah.Kalau kita ajaklah, gulungan penceramah2 hebat ini,belum tentu ia mahu.Mungkin ia akan cakap 'anta pergi dululah,ana dah tua,tak terdaya' dan macam alasan lagi.Sebenarnya,Allah swt sahaja yang tahu.Di akhirat nanti pandai2lah jawab,tu lah Rasullullah saw ada bersabda maksudnya lebih kurang 'Jika menuntut ilmu kerana wang ringgit dan pangkat, bukan taqwa ,maka mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka'.Gulungan ini bukan tidak tahu hadis ini,malah lebih arif tapi buat tak tahu atau buat lupa.Ini kerana kemewahan serta terlalu mengejar dunia hingga menjadinya lupa dan ditunggang oleh syaitan.Keikhlasan mengajar tentu sukar didapati kerana matlamat utama ialah imbuhan yang lumayan kerana ingin memiliki kekayaan di dunia.Lah ni sudah terbalik..dulu kereta@motor buruk atau rumah buruk atau biasa sahaja...itu ustaz punya atau itu rumah ustaz...sekarang lain.Zaman sudah berubah.Kadang2 mereka berfikir dengan kelulusan tinggi dan kaya raya,penuntut ilmu akan segan atau bertambah kagum.

Penuntut2 tu bukan budak2 kecil yang masih berhingus atau baru lahir ke dunia.Tidak tahu langsung hukum hakam.Yang penting bukan kekayaan dan ilmu yang mengunung tetapi ketaqwaan,keikhlasan serta nur yang Allah berikan kepadanya.Hingga Allah pandang dengan kerahmatan dan diberi keberakatan atas ilmu yamng diajar.Jadi janganlah kita mengajar untuk kepentingan perut kita semata2,kemewahan kita semata2 dll.

Jangan kita soal apa kebajikan yang diberi oleh pihak surau masjid kepada kita.Soal juga diri kita, apa kebajikan yang kita bagi pada surau masjid.Kita ni dah untung kerana sudah dihidupkan serta dikurniakan Islam oleh Allah swt.Jadi semaklah semulalah bayaran yang kita kenakan.Jangan menyesal dikemudian hari.Biar kita sederhana dalam segala hal itulah yang diajar oleh Islam.Kita kan memang arif dalam agama,tak kan hingga yang salah kita tidak tahu.Kita kan tahu kisah2 nabi,kisah sahabat2,karun,haman dll.Mengapa kita pilih amalan yang kita selalu beritahu kepada orang kita ajar jangan diikut dan jangan buat.Sedang kita sendiri membuatnya....hairan...hairan


Jumaat, 30 Oktober 2009

JANGAN KEMEWAHAN SERTA KEKAYAAN MENJADI KITA LUPA SERTA MELAWAN KEPADA ALLAH SWT


Memanglah agama Allah tidak melarang untuk mencari kekayaan.Itu sebabnya adanya hukum zakat harta dan zakat fitrah.Sebagai tanda syukur serta tanda taat patuh pada Allah swt yang telah menghidupkan kita serta mengurniakan rezeki dan segalanya kepada kita.Sama ada kita sedar atau tidak,mungkin buat tidak sedar.Itu masalah tuan-puan,biarlah tuan-puan menguruskan jawapan dihadapanNYA di akhirat kelak.Walaupun begitu agama Allah melarang hidup bermewah2 serta menunjuk2...dan bertambah rosaklah jika kemewahan itu menjadikan kita lupa serta lalai kepada tanggungjawab kita kepada Allah swt.Lagi zalim jika kemewahan yang ada untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Mungkin payah kita hendak meniru ketaqwaan Nabi Sulaiman as...walaupun kaya raya ia tetap sujud dan taat kepada Allah swt.Bukan kita tidak tahu kita akan mati dan segala harta akan ditinggalkan serta akan diwarisi.Sedangkan kita akan hitung segala kebajikan dan kejahatan kita lakukan didunia.Jika kejahatan itu mengatasi kebaikan atau tiada langsung kebaikan maka kita akan disumbat kedalam neraka jahanam.Waktu@masa yang kita lalui sebenarnya bertugas mencepatkan atau menanda ajal kian hampir bermakna peluang bertaubat dan ibadah kita kepada Allah bertambah kurang dan sedikit.Kekayaan serta hidup mewah,kelulusan tinggi serta pangkat yang tinggi serta yang sewaktu dengannya,ia amat bahaya.Ini boleh menyebabkan kita sombong,berlagak,mementingkan,sedikit ibadat kurang atau tak ada langsung,cakap besar,berbuat maksiat dan sebagainya,yang dikhuatiri lagi menjadikan kita lupa diri,lupa Allah dan lupa mati,walaupun ini bukan semua.

Sejarah pertama jadi kafir iaitu iblis dengan disebabkan sombong dan berlagak serta meninggi diri ia jadi kafir.Ada baiknya kekayaan kita disumbangkan kepada Islam dan orang yang memerlukan.Jangan kita berkereta besar serta mewah serta rumah yang mahal mengutip derma bagi anak yatim.Bukankah bagus kereta yang berlebih itu dijual dan dibagi @didermakan wang jualan kereta itu kepada anak yatim.Rumah dijual, beli setakat keperluan,lebihan jualan rumah didermakan kepada anak yatim.Sudah2lah tu hidup bemewah2 ,berlagak dan menunjuk2 tu.Akhirnya kita mati juga.Dunia ini kalau dimiliki semua pun masih tak puas.Sudah diikat 5 ikatan mungkin baru puas.Kadang2 yang pelik yang membuat macam ni gulungan2 ahli agama, walaupun tidaklah semua.Jangan kita pandai cakap sahaja diri sendiri bukan contoh yang terbaik...insaflah sebelum nyawa kita melayang dari badan...

Rabu, 28 Oktober 2009

UNDANG2 DI ACHEH WAJIB DISOKONG DAN DITIRU

Penulis ketika itu berada diwarung sambil melihat berita di TV yang biasa jarang ditonton dan ikuti.Apa yang menarik berita pada jam 8 malam bertarikh 27hb.oktober 2009 ialah perlaksanaan undang2 menutupan aurat di Acheh.Acheh yang pernah digemparkan dengan musibah tsunami beberapa tahun dahulu.Baru2 ini pula gempa bumi di Padang,Sumatera yang masih satu pulau dengan Acheh.Mungkin ulamak2 dan ahli2 agama di Acheh mengambil iktibar dari peristiwa di Padang.Dimana undang2 melarang wanita berseluar ketat dan hendaklah digantikan dengan kain labuh manakala lelaki dilarang memakai seluar pendek.

Perkara memang selaras dengan ajaran Islam.Acheh juga memang dikenali sebagai serambi Mekah dan kalau di Malaysia ialah Kelantan.Nas wajib penutupan aurat ada dinyatakan oleh Allah swt didalam Alquran ayat 31 surah An nur serta ayat 59 surah Al ahzab(sila rujuk Alquran).Dinyatakan suruhan menutup kepala hingga kebahagian dada agar tiada diganggu dan membezakan wanita yang beriman.Harus diingat penutupan aurat ialah meliputi dan punggung.Dengan kata mudah tidak menampak susuk tubuh badan wanita itu sendiri.Disamping warna tidak menarik perhatian lelaki.

Memang sifat lelaki dijadikan boleh berahi bila melihat bentuk yang memberahikan,Sebab itu wanita disuruh menutup aurat.Memang dan mungkin mereka ini(lelaki) tidak merogol kita tetapi dikhuatiri kita telah meransang nafsu mereka menjadikan ia merogol,melangani pelancur,onani,berzina dan lain-lain disebabkan kita.Dengan ini kita sendiri berdosa juga.Memakai purdah adalah sunat tetapi jika wajah kita terlalu cantik hingga boleh menimbul fitnah,maka memakainya jadi wajib.Cuma jika dalam urusan jual beli ketika akad berlaku hendaklah purdah itu dibuka.Apa yang dapat kita simpulkan dari undang2 ini ialah pihak Acheh tidak mahu dilanda tsunami kelai kedua atau gempa bumi seperti di Padang.Kemungkaran yang dibuat hingga melampaui batas,dibuat tanpa segan silu atau rasa bersalah ditambah ulamak2 dan ahli2 agama serta pemimpin membisu seribu bahasa.

Hingga kemungkaran dan kemaksiatan yang tidak mahu dibendung menimbulkan kemurkaan Allah swt,maka negara itu atau tempat itu Allah gturunkan bencana.Bencana yang secara tidak langsung kita sendiri mengundangnya atau dari hasil tangan2 serta kezaliman kita sendiri.Apa reaksi kita...sepatutnya dan wajib kita sokong tindakan Acheh dan wajib juga kita mengikut jejak langkah Acheh ini.Bukan sahaja masalah aurat sahaja tetapi masalah lain seperti arak,judi,pelacuran,pergaulan bebas,meninggalkan solat,perlaksanaan hukum quran dan banyak lagi yang difikirkan bersama.Sudah tentu ulamak2 serta ahli2 agama juga peimimpin memikirkan perkara ini.Jangan bencana sudah ditimpakan kepada kita baru hendak bertindak serta menyalahkan antara satu dengan yang lain.Tentu sudah tidak berguna kerna nasi telah menjadi bubur.