Selasa, 13 April 2010

BILA DE WANG , PENGARUH@KUASA SERTA GAGAH KE 2

Dewan diperbuat daripada botol plastik


GAMBAR menunjukkan bangunan diperbuat daripada botol plastik di Taipei.


TAIPEI - Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.

Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu.

Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.

"Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yang diperbuat daripada botol," kata pengarah urusan pemaju projek berkenaan, Arthur Huang.

Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada Dewan Bandar Raya Taipei pada bulan depan untuk dijadikan bahan pameran pada satu pertunjukan bunga-bungaan.

Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa. - Reuters



JAIS siasat 'upacara telan air ludah ustaz'

Abdul Rahim Sabri
Apr 12, 10
5:05pm

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat pendedahan mantan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mendakwa terdapat seorang tokoh agama yang mengadakan 'upacara' orang ramai menelan air ludahnya untuk mendapatkan keberkatan.Pegawai Perhubungan Awam, JAIS Nurhamizah Othman berkata ini adalah pertama kali pihaknya mendengar dakwaan tersebut.

"Kita hendak dapat maklumat lanjut daripada Dr Mohd Asri. Jabatan Akidah JAIS sebelum ini tidak ada (menerima) laporan mengenai upacara telan air ludah ini.

perlis malaysia youngest mufti mohd asri zainul abidin 241106"Kalau beliau ada maklumat lanjut, sila tampil ke hadapan untuk memudahkan JAIS membuat siasatan sama benar ataupun tidak," katanya mengulas pendedahan Dr Mohd Asri mengenai perkara itu dalam kolumnnya dalam Malaysiakini hari ini yang bertajuk 'telan air ludah ustaz'.

Dalam kolumnya itu, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) tersebut mendakwa "upacara itu pula dibuat di masjid" dan tokoh agama berkenaan "ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

"Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!" tulis Dr Asri dalam kolumnya itu.

Mengulas lanjut, Nurhamizah menggesa orang ramai mengetahui mengenai perkara itu agar segera tampil memberi maklumat lanjut kepada JAIS, termasuk siapa tokoh agama terbabit dan di mana ucapacara itu berlangsung.

Nurhamizah berkata, pihaknya memerlukan maklumat tersebut, seperti nama masjid dan tempat upacara itu berlangsung akan memudahkan siasatan dijalankan.

NONEMenurutnya lagi, susulan pendedahan Dr Mohd Asri itu, JAIS telah membuka fail dan telah memulakan siasatan berhubung perkara itu.

Sementara itu, Dr Mohd Asri ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mendedahkan tokoh agama yang didakwa mengadakan 'upacara' menelan air ludahnya'

Sebaliknya, mantan mufti Perlis itu berkata, beliau akan meminta orang ramai yang menghadiri upacara tersebut agar melaporkan kepada JAIS.

Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan JAIS, Dr Asri berkata: "Nanti dahulu, tengok perkembangan siasatan"




Mengapa Kementah beli kasut wanita RM27.5j?

Christine Chan
Apr 12, 10
3:36pm

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) terus mendedahkan lebih banyak kesilapan dan kontrak-kontrak yang dipertikaikan di portal MyProcurement yang menyenaraikan projek-projek kerajaan.

Antara yang menjadi fokus kali ini ialah kontrak RM27.5 juta yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada Syarikat Visi Footwear Sdn Bhd.

Kontrak berkenaan ialah untuk 'membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di Kementerian Pertahanan.

Sambil menjadikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan gurauannya, Pua berkata “kita tahu Wanita Pertama bercita-cita menjadikan Malaysia 'pusat kasut di Timur' tetapi pembelian RM27.5 juta kasut wanita untuk kakitangan awam bukan cara mencapai hasrat itu.”

Beliau menggesa kementerian terbabit menjelaskan pembelian luar biasa bagi kasut wanita unuk kegunaan mereka.

Pua juga mendedahkan data yang baru dikemaskinikan Khamis lalu di portal itu yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ia adalah data pertama yang dimuatkan oleh kementerian itu dalam MyProcurement dan juga merupakan kontrak tunggalnya.

"Apa yang dipertikaikan ialah kementerian itu hanya memberi satu kontrak sejak Jun 2009 dan lebih memeranjatkan Business Information Technology Sdn Bhd diberikan kontrak RM 3.6 bilion bagi projek 'menaik-taraf keselamatan Maklumat, Komunikasi dan Teknologi (ICT) untuk kementerian itu,” kata Pua.

Menurut Pua jika kesilapan kali ini juga berpunca daripada kesalahan meletakkan titik perpuluhan seperti yang dijangkakan, ia membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dengan portal MyProcurement yang dilaksanakan bagi mewujudkan ketelusan dan keterbukaan dalam memberi projek.




Lagi maklumat dicurigai - kontrak hostel RM77.8j

Apr 7, 10 4:11pm
Lebih banyak kesilapan dan maklumat yang tidak lengkap dikesan dalam portal perolehan elektronik MyProcurement, kata wakil Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Menurut beliau, maklumat di dalam portal itu juga tidak lengkap kerana hanya mengandungi maklumat kontrak daripada 16 buah kementerian.

"Kerajaan perlu menurunkan laman berkenaan segera, akui kesilapan mereka dan lancarkan semula," katanya.

Bercakap pada sidang media di parlimen hari ini, Pua berkata beliau juga menemui satu lagi maklumat yang dicurigai dalam portal berkenaan - satu kontrak untuk membina sebuah hostel 200 bilik dengan nilai RM77.8 juta.

"Lebih murah lagi kalau beri setiap orang pelajar itu sebuah banglo," katanya berseloroh.

Tambahnya, kementerian pelajaran perlu membuat penjelasan berhubung kontrak berkenaan.

Beliau juga mengaitkan kementerian pebangunan luar bandar dan wilayah yang menerima peruntukan sebanyak RM2.64 bilion melalui bajet 2009.

"Tap
i hanya RM15 juta (nilai kontrak) yang telah didedahkan di dalam portal ini.

Selain itu, beliau juga memetik maklumat kontrak daripada Jabatan Perdana Menteri yang memperoleh peruntukan sebanyak RM11.2 bilion sebelum ini.

Namun, kontrak yang dipaparkan di portal berkenaan bagi kementerian berkenaan hanyalah sebanyak 1.5% daripada jumlah peruntukan berkenaan.

"Ini akan meningkatkan kecurigaan bahawa kerajaan tidak mempunyai political will untuk membanteras rasuah," katanya lagi.

Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.






Kontrak RM6.47b makanan tentera dipertikai

Salhan K Ahmad
Apr 5, 10
7:32pm

Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM6.47 bilion kepada sebuah syarikat tempatan untuk membekalkan rangsum (catuan makanan) segar kepada anggota tentera, demikian menurut portal 'MyProcurement' yang baru diwujudkan oleh kerajaan.

Mengulas mengenai perkara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, portal berkenaan mungkin memberikan maklumat salah kerana kontrak itu tidak mungkin bernilai sebanyak itu.

"Jumlah ini cukup untuk beli empat buah kapal selam. Tapi saya cenderung untuk percaya ada kesilapan meletakkan titik perpuluhan," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.

Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pua melahirkan kekecewaannya terhadap portal MyProcurement yang didakwanya tidak mengandungi maklumat lengkap dan berguna kepada rakyat.

Satu lagi contoh yang diperhatikannya ialah kontrak untuk membekalkan perisai badan kepada tentera bernilai RM82.3 bilion tanpa menyebut butiran lain.

"Itu yang saya perhatikan sepintas lalu sahaja," katanya lagi yang meminta kerajaan supaya benar-benar mencontohi kerajaan Singapura dalam membina portal pemerolehan seperti itu.

Katanya lagi, portal GeBiz oleh Singapura mempunyai lebih banyak maklumat, termasuk jumlah pembida dan juga bidaan alternatif oleh setiap pembida berkenaan.

Beliau mempertikaikan sama ada kerajaan bersungguh-sungguh untuk membina portal berkenaan.

Tony juga mempertikaikan 38 kontrak yang dimuatkan dalam laman tersebut, yang tidak menyebut nama syarikat terbabit.

"Portal ini juga tidak menyediakan maklumat asas seperti tarikh tender, tarikh dianugerahkan, dan bilangan (kontraktor) yang mengambil bahagian," katanya.

Tambahnya, masalah paling besar dalam sistem perolehan kerajaan ialah kontrak yang diberikan secara rundingan terus.

"Kontrak seperti ini biasanya diberikan secara kroni kepada ali baba, menyebabkan bukan sahaja pembaziran tetapi juga projek yang berstandard rendah atau gagal," katanya.






Tindakan hina mahkamah ke atas Nazri

Christine Chan
Apr 12, 10
4:13pm

Keluarga Teoh Beng Hock mungkin memfailkan usul menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang juga peguam untuk keluarga Teoh berkata di lobi Parlimen hari ini bahawa tindakan itu mungkin diambil pada 20 April ini apabila inkues berkenaan bersambung.

Nazri melabelkan Dr Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia berhubung pembabitannya dengan inkues itu.

"Ada
kah Nazri mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannya itu? Jika tidak, bukankah kenyataannya itu bersifat menghina mahkamah?" soal Lip Eng (kiri).

Ahli parlimen DAP itu juga telah memfailkan notis mengikut Peraturan 18(2) bagi mendebatkan dakwaan Pornthip di Dewan Rakyat sebagai sesuatu yang mempunyai kepentingan umum.

“Rakyat berhak mengetahui jika ada kebenaran dalam dakwaan itu. Mengapa dia dihalang daripada memasuki Kelantan awal tahun ini? Ancaman yang macam mana negara ini akan terdedah jika dia dibenarkan masuk? Adakah dia seorang pengganas atau perisik asing?” soalnya.

Seorang lagi peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo (kanan) berkata Nazri seharusnya menjelaskan mengapa dia menudup Pornthip sebagai pembohong.

"Saya cabarnya supaya tampil jika dia mempunyai bukti bahawa Pornthip telah menipu dalam pengakuannya ketika inkues,” katanya sambil menuntut Nazri mengemukakan bukti di mahkamah nanti.

“Jika Nazri gagal membuktikan tuduhan itu, kita akan bertindak. Satu cara ialah mengenakan usul menghina mahkamah ke atas Nazri. Kita akan putuskan tidak lama lagi menjelang 20 April ini.”

Adik Teoh, Lee Lan (kiri), melahirkan harapan agar Pornthip akan hadir memberi keterangannya.

“Sudah tentu kami mahu dia datang kerana dia adalah saksi penting dan semua orang seharusnya mempunyai peluang untuk memberi keterangan dalam inkues itu,” katanya ketika dihubungi.

Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong menggesa peguam negara (AG) untuk campur tangan kerana pejabatnya juga terbabit dalam inkues itu.

"Bila seorang ahli profesional dari negara luar mendakwa dia diugut olreh kerajaan, AG sepatutnya campur tangan,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Nazri adalah tidak adil kerana dia membuat kesimpulan sebelum siasatan dijalankan.

“Jika Nazri tidak mempunyai bukti, dia sepatutnya memohon maaf terhadap Pornthip,” katanya.

Pemimpin veteran DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (kanan) bersetuju dengan Gobind.

Menurut Lim Nazri sepatutnya menarik balik kenytaannnya itu dan memohon maaf kepada pakar patologi Thailand itu.

Lim juga menggesa jemaah menteri supaya mengadakan mesyuarat khas untuk memberi jaminan kepada Pornthip bahawa dia boleh memberi keterangan tanapa sebarang tekanan dan keselamatannya semasa berada di negara ini adalah terjamin



Nazri nafi ada 'tekanan' ke atas Pornthip

Apr 12, 10 2:48pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pakar patologi terkemuka Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa beliau menerima ”tekanan politik” daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues Teoh Beng Hock.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, Nazri berkata, pakar tersebut hendaklah menamakan pihak yang didakwa memberi tekanan terhadap beliau kerana kerajaan tidak akan dapat mengambil tindakan sekiranya tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan berkenaan.

"Beritahu saya siapa? Datuk Seri Nazri atau orang lain? Kita nak tahulah, kalau tak tahu mana mungkin boleh bantu dia. Siapa juga boleh cakap 'saya dipaksa'. Tapi siapa yang paksa, kita nak tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau

mengulas dakwaan Dr. Pornthip yang mengatakan beliau tidak akan hadir memberi keterangan inkues Teoh Beng Hock yang akan bersambung 20 April ini kerana menerima ”tekanan politik” dari kerajaan Malaysia.

Nazri turut menafikan dakwaan bahawa pakar tersebut juga telah tidak dibenarkan masuk ke Malaysia pada awal tahun ini, kerana menurutnya tiada sebab kerajaan tidak membenarkan pakar itu memasuki negara buat kali kedua memandangkan beliau telah berbuat demikian sebelum ini.

- Bernama




Hisham, AG jamin Pornthip selamat

Apr 12, 10 7:20pm
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (bawah, kiri) hari ini memberi jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip Rajanasunand jika pakar patologi Thailand itu kembali ke negara ini bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock.

Beliau juga meminta Pornthip membekalkan pihak berkuasa Malaysia, segala maklumat berhubung dakwaannya bahawa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues itu.

“Kami akan beri jaminan keselamatan kepada semua, rakyat Malaysia, rakyat asing, pelancong dan sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Adalah tugas kami bagi melindungi dan menjamin keselamatan mereka,” katanya.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Hishamuddin berjanji yang polis akan menyiasat dakwaan Pornthip dan memintanya tampil memberi maklumat.

“Kita selalu menjamin keselamatan rakyat asing tetapi mereka mesti membekalkan butirannya, maklumat dan segala yang berkaitan. Buat masa ini, kami hanya ada tuduhan umum yang beliau kuathir dengan keselamatannya. Bagaimana kami bergerak daripada itu?”

Katanya, pihak berkuasa akan menyiasat dari dua aspek - Pornthip (kanan) ditekan dan beliau bimbang akan keselamatannya.

“Saya menggesanya untuk datang memberikan maklumat agar kami dapat menjalankan siasatan terperinci. Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (bawah, kiri) berkata tidak ada sebab bagi pakar patologi Thailand itu risau mengenai keselamatannya.

“Bagi say
a, kedatangannya adalah dialu-alukan. Saya mahu dia ke mari dan memberi keterangan dengan aman dan tenang....

"Saya akan pastikan bahawa pihak berkuasa membekalkan kawalan keselamatan. Tiada masalah,” katanya di lobi Parlimen.

Timbalan Menteri Luar Negara, A Kohilan Pillay juga mahu Porntip mendedahkan nama orang yang mengugutnya supaya kerajaan boleh menyiasat.

"Biarkan dia berikan nama kepada kami supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan tidak akan menghentikan sesiapa daripada memasuki negara ini secara sah.

Semalam, Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.




Nazri: Dr Pornthip 'pembohong'

Hazlan Zakaria
Apr 11, 10
3:54pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 04Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.

Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini





'Tekanan politik': Pornthip tak hadir inkues Teoh

Apr 11, 10 8:50am
Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

NONEDr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.





MB S'gor: Biar Pornthip beri keterangan video

Aidila Razak
Apr 12, 10
1:08pm

Kerajaan Selangor mahu sidang video digunakan jika pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, kerana mendakwa ada 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

“Kita menghormati keputusan Dr Pornthip kerana ia melibatkan sebab-sebab keselamatan tapi kita mencadangkan kepada mahkamah supaya mengadakan cara telekomunikasi.

"Maknanya, Dr Pornthip berada di Bangkok, kita berada di sini, berkomunikasi melalui sistem telekomunikasi. Ini bolehh kita lakukan dan selalu boleh dilakukan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahm (atas, tengah).

Tambahnya, oleh kerana Dr Pornthip adalah tetamu kerajaan Selangor, maka adalah tanggungjawab mereka untuk melindunginya.

Semalam, Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

“Tetapi saya berharap semua dakwaan itu tidak benar. Adalah menjadi kepentingan semua kerajaan untuk mencari kebenaran,” katanya selepas sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

"Kami tetap mahu beliau ke mari, tetapi jika beliau tidak boleh berbuat demikian, kami berharap beliau masih boleh memberi keterangan melalui internet (sidang video) dan mahkamah akan menerimanya,” kata Khalid.

Kh
alid juga membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang membuat kenyataan, semalam, bahawa pakar dari Thailand itu telah berbohong.

"Secara diplomatik, bukan idea yang baik untuk melabelkan mereka di luar negara sebagai pembohong.

"Dia harus berhati-hati dengan apa yang dia cakap. Dr Pornthip bekerja dengan mayat-mayat,” katanya.

Sebelum ini, pakar patologi itu berkata berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh, beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri.

Keterangannya itu menyaksikan mahkamah mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan.





Bukannya kali pertama, kata peguam

Apr 11, 10 6:28pm
Dalam reaksi kepada dakwaan Dr Pornthip Rojanasunand bahawa beliau berdepan dengan tekanan dari kerajaan Malaysia supaya tidak memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata, ini bukan kali pertama aduan gangguan terhadap pakar patologi itu.

Walaupun Gobind (kanan) berkata beliau masih dalam proses mengesahkan perkara itu dengan Dr Pornthip, ahli parlimen Puchong itu menyifatkan apa yang dihadapi oleh pakar patologi itu sebagai "amat malang".

Usaha sedang dibuat untuk membolehkan beliau hadir di mahkamah, tetapi jika gagal "urusan alternatif" akan dibuat untuk beliau memberi keterangan dalam inkues tersebut melalui pautan video.

"Jika itu juga gagal, maka kita terpaksa teruskan dengan apa yang kita ada dan kita yakin, kita masih mampu berjaya untuk membuktikan kes kita, iaitu Teoh Bengh Hock tidak membunuh diri, tetapi sebaliknya ia adalah jelas kes homisid," kata Gobind dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyifatkan bantuan yang diberikan Dr Pornthip kepada keluarga Teoh sehingga ini sebagai "amat berguna sekali".

"Melalui usaha beliaulah kita dapat menggali semula mayat dan melakukan bedah siasat kedua, di mana keputusannya telah memberi dimensi baru sepenuhnya kepada persekitaran kematian Beng Hock," katanya.

Gobind berkata, bagi pihak keluarga Beng Hock, perjuangan untuk memberi keadilan kepada Beng Hock akan dan mesti diterukan.

"Kita akan meneruskan inkues ini hinggalah ke akhirnya," kata Gobind.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyarankan supaya Dr Pornthip dibenar memberi keterangan dalam inkues tersebut melalui telekomunikasi elektronik.



Ahli '˜musang berbulu ayam'™, Pas bertindak

Apr 12, 10 6:54pm
PAS Kelantan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana anggotanya yang bersifat 'musang berbulu ayam' membocorkan rahsia dalaman parti itu sehingga sanggup mendedahkan kepada umum.

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya akan membuat siasatan teliti dan secara berperingkat bagi menentukan kebenaran dakwaan itu bagi mengelakkan wujud unsur-unsur tidak sihat dalam parti itu.

"Sebelum itu kita akan memastikan kebenaran dakwaan yang ditulis dalam laman blog itu sebelum membuat siasatan di peringkat dalaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Etika Pakaian 2010 di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendedahkan laporan sebuah laman blog yang menyebut ada pemimpin PAS cuba membocorkan rahsia parti ketika bedah siasat selepas pilihan raya umum ke-11 pada 2004, sehingga didedahkan dalam laman blog penulis sensasi Kickdefella.

Mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menolak menjadi wakil perunding bagi kerajaan negeri berhubung tuntutan royalti minyak, Mohd Amar berkata: "Itu terpulang kepada beliau sendiri dan Tengku Razaleigh mungkin menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung isu kesediaannya sebelum itu,"

Katanya kerajaan negeri bersetuju melantik bekas pengerusi Petronas itu mewakili Kelantan dalam rundingan itu walaupun kerajaan pusat sudah memutuskan untuk tidak membayar royalti minyak kepada Kelantan.

"Soal surat tawaran sama ada dihantar atau tidak kepada Tengku Razaleigh saya tidak tahu, kerana ia urusan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

- Bernama



Microsoft China bayar gaji RM1.67 sejam


BEBERAPA pekerja kilang Microsoft di China tertidur keletihan akibat tidak cukup rehat.


BEIJING - Sebuah badan bukan kerajaan berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan nasib pekerja kilang firma komputer terkenal dunia, Microsoft di China yang hanya menerima gaji asas permulaan 3.57 yuan (RM1.67) sejam.

Dalam laporannya diterbitkan semalam, National Labour Committee (NLC) yang merupakan organisasi pemantau hak asasi buruh di seluruh dunia berkata, hasil siasatan selama tiga tahun mendapati pekerja di situ juga dikerah bertugas sehingga 15 jam sehari.

Lebih 1,000 pekerja kilang itu yang terletak di Dongguan, bandar raya terbesar di wilayah Guangdong, 87 kilometer dari Hong Kong, dilarang berbual atau mendengar muzik di dalam kawasan kilang dengan suhu 30 darjah Celsius.

Pengarah Eksekutif NLC, Charles Kernaghan berkata, ramai pekerja mengadu tidak selesa bekerja dan terpaksa bertugas lebih masa kerana gaji bulanan mereka cuma 770 yuan (RM360) semata-mata untuk membantu keluarga miskin di kampung.

Jurucakap Microsoft di Washington, ketika mengulas isu itu berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan NLC secara serius dan memberi jaminan, firma itu dengan 93,000 pekerja di lebih 100 negara, prihatin kepada kebajikan mereka. - Agens



Profesor intai pelajar mandi




BIRMINGHAM - Walaupun berkelulusan dari universiti tersohor Oxford, Cambridge dan Harvard, seorang profesor di England, Paul Hwang (gambar) mengaku bersalah mengintai enam pelajar wanita mandi di sebuah rumah sewanya di sini.

Tertuduh yang mengajar pentadbiran perniagaan di Kolej Universiti Birmingham didakwa di sebuah mahkamah di sini kelmarin kerana memasang kamera kecil digital tersembunyi di dalam alat penyegar udara di bilik air rumah sewanya itu.

Rahsia mangsa yang diintai Hwang sejak sekian lama terbongkar pada Oktober tahun lalu apabila salah seorang pelajar itu memeriksa alat tersebut kerana dilihat agak mencurigakan sebelum terkejut mendapati ia mengandungi kamera.

Hakim Roderick Henderson berkata, biarpun tertuduh memiliki perwatakan baik selama ini, kesalahannya amat berbahaya kerana imej rakaman itu boleh disimpan, diedar kepada pihak lain selain dijadikan sebagai bahan ugutan.

Hwang yang berasal dari Australia dan berpindah ke Britain lima tahun lalu dijatuhkan hukuman perintah kerja kemasyarakatan selama tiga tahun serta namanya didaftarkan di dalam senarai pesalah seks negara itu. - Agensi


Lelaki anggap wanita 'lauk'


IBU empat orang anak, Nor Shamila A. Majid yang menjadi mangsa tetak suaminya Februari lalu.


REALITINYA, setiap hari sepuluh wanita menjadi mangsa dera di negara ini. Namun, itu hanya melibatkan kes yang dilaporkan kepada pihak polis.

Jumlahnya mungkin lebih tinggi, demikian menurut pendedahan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11 Bukit Aman, Superintendan Ong Chin Lan dalam satu seminar tidak lama dahulu.

Ujarnya, kejadian keganasan terhadap wanita boleh berlaku di banyak tempat termasuk rumah, tempat kerja, kawasan awam, jalan raya dan di dalam kenderaan.

"Laporan polis menunjukkan, keganasan terhadap wanita kebanyakannya dilakukan oleh individu yang paling hampir dengan wanita berkenaan seperti suami, ahli keluarga lain atau kekasih," katanya.

Bicaranya lagi, jenayah itu berlaku disebabkan mentaliti segelintir lelaki yang menganggap wanita serta kanak-kanak perempuan adalah insan lemah yang boleh disakiti.

"Gejala ini berlaku dalam semua budaya, bangsa, agama serta status atau kedudukan ekonomi.

"Sesuatu tindak-tanduk itu dianggap sebagai keganasan apabila ia menyebabkan kesakitan fizikal, kesakitan akibat senjata, kesedihan, tekanan minda, jenayah ugut, pengkhianatan hingga merendahkan keyakinan, rogol, liwat dan pembunuhan," katanya.


ISTERI kepada 'hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem, Farinnie Mohd. Farid mendakwa menjadi mangsa dera dan liwat suaminya.


Sementara itu, Ketua Wanita Pusat, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr. Harlina Halizah Siraj pula berpendapat, sejak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 diwujudkan serta dilaksanakan pada 1996 nasib wanita yang didera suami tidak banyak berubah.

"Pada tahun 2005 sahaja terdapat 18,079 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan. Jika dibahagikan, terdapat 50 kes dilaporkan setiap hari sepanjang tahun itu.

"Saya yakin angka ini meningkat setiap tahun. Saya telah berjuang berhubung keganasan terhadap wanita ini lebih 10 tahun tetapi tidak banyak yang berubah," katanya.

Kata Harlina, semua pihak harus kembali kepada hukum Islam untuk menyelesaikan segala permasalahan manusia kerana agama ini lengkap dari segala aspek kehidupan dunia malah di akhirat jua.







Beli permaidani antik RM30 juta



2010/04/17

LONDON: Seorang pembeli barangan antik mungkin mencuci kaki sebelum memijak permaidani yang baru dibelinya.

Tetapi, dengan harganya yang begitu mahal, dia tidak mungkin memijaknya sampai bila-bila.


Permaidani Parsi kurun ke-17 ini dibeli dengan harga £6.2 juta (RM30.63 juta), 20 kali lebih tinggi daripada jangkaan dalam acara lelong di pusat lelong Christie, London.


Pusat lelong itu bingit dengan tepukan sebaik sahaja permaidani itu sah menjadi milik pembida luar negara yang identitinya dirahsiakan.


Harga itu jauh lebih tinggi daripada permaidani termahal sebelum ini, permaidani sutera buatan Isfahan, Iran, yang dibeli dengan harga £2.3 juta (RM11.36 juta) didakwa dihasilkan pada awal 1600 dan dilelong pada Jun 2008 di New York.


Pengarah Permaidani Christie, William Robinson berkata, permaidani itu memiliki kesimbangan dan tarikan tersendiri.


“Rekaannya amat ringkas tapi memiliki makna mendalam,” katanya.


Jurucakap Christie berkata, kualiti permaidani itu mempamerkan kemahiran tinggi penenun Kirman di Iran. - Agensi



Tabung masjid 5 kali dipecah



2010/04/17

MARANG: Penjenayah kini tidak mengira tempat untuk merompak apabila sanggup menjadikan tabung derma masjid untuk mendapatkan habuan segera.

Terbaru, kejadian itu dikatakan berlaku di Masjid Kampung Wakaf Tapai, dekat sini.


Setiausaha masjid berkenaan, Abdul Razak Dollah, 42, berkata dia tidak menyangka penjenayah kini sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang tanpa mengira hukum.


“Dalam bulan ini sudah lima kali tabung masjid dipecahkan dan ia dipercayai dilakukan antara waktu solat Isyak hingga Subuh ketika tiada orang di masjid.


“Walaupun jumlahnya tidak seberapa, tetapi ia memberi kesan kepada kami selaku ahli jawatankuasa masjid kerana wang itu sumbangan orang ramai untuk tujuan baik, tetapi disalah guna pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Harian Metro semalam.


Menurutnya, kebiasaannya pihak masjid akan mengira sumbangan orang ramai setahun sekali dan nilai yang dikumpul mencecah ribuan ringgit, namun sejak berlaku kecurian, ahli jawatankuasa terpaksa membuat kiraan sebulan sekali bagi mengelakkan wang berkenaan dicuri.


“Apa yang mengejutkan, langkah berkenaan tidak juga berkesan apabila tabung masjid tetap dicuri dan memaksa kami untuk membuat kiraan sumbangan seminggu sekali sekarang ini,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Tapai, Sulong Ismail, 66, berkata pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menggunakan satu tabung besi dan diletakkan di luar dewan solat masjid untuk mengelakkan insiden sama daripada berulang.


Katanya, tabung baru itu diyakini tidak dapat dicuri kerana ia bukan saja berat, malah dilengkapi ciri keselamatan terbaru dan hanya dapat dibuka orang tertentu yang memiliki kunci saja.

“Walaupun pelbagai langkah keselamatan diambil, ia tidak bermakna sekiranya orang ramai tidak sama membantu menjaganya dan penjenayah semakin kreatif memikirkan cara mendapatkan wang segera,” katanya.






Tiada ulasan: