Sabtu, 19 Disember 2009

SUSAH JUGA KALAU FIKIR KITA SENTIASA HEBAT,BETUL DAN ORANG LAIN SALAH DAN LEMAH




Rasa hebat ni bermacam2,sebab pangkat dan berkuasa,sebab kaya raya dan harta benda,sebab hensem dan jelita,terkenal serta banyak peminat,bijaksana serta pandai berpidato dan segala macam bentuk rasa diri hebat.Paling teruk hebatnya dirinya macam segala macam mak nenek mampu dibuat sedangkan orang lain lemah lagi tolol belaka.Dia banyak idea bagus,boleh mengendali segala jenis manusia...mungkin bagi harimau dan singa dapat ditundukkan.Hensem dan jelita macam lah dia sorang hensem dan jelita cuma tidak hebat kentut dan tahinya busuk.Mereka bijak bercakap dan menasihat dan menyelesaikan segala macam mak nenek rasa dia lah boleh menyelesai masalah bagi saja boleh setel masalah.Anak bini punya masalah, lawan agama pun tidak tersetel2.Kata sanding tu haram,anaknya kawin pun bersanding.Apa punya orang.Kata2 orang barat dan orang bijaksana kalangan manusia dihairankan dan kagumi serta dijadikan sebagai hujah.Macam nas quran dan hadis sudah kehabisan atau ia memang bodoh cuma tidak mengaku bodoh.Mungkin nak beritahu ia pandai bahasa inggeris,baca buku inggeris sebab dulu belajar dibarat.Maka ia terasa dia lah sebagai model hebat.Perasan aje.Memang yang suka banyak tetapi yang meluat pun banyak.Sebab apa yang didik itu,sekejap je jadi baik dan berubah,lepas tu balik ke perangai asal.Kenapa,kerana usahanya bukan untuk kebajikan tetapi untuk kekayaan dan mengisi kantungnya.Tu lah matlamadnya.Usah berdalih2lah.Macam ia hebat sangat.Teruk manusia macam ini kerana mementingkan duit.

Sekarang ramai orang begini,kerana apa kerana ceteknya agama,sikit amal tetapi banyak cakap,suruh orang ia sendiri tidak buat,mereka sendiri tidak pergi menuntut ilmu agama sebab rasa dah cukup dan hebat.Lebih2 lagi ilmu tasauf@akhlak tidak didalami.Banyak baca buku tetapi tidak berguru.Maka gurunya syaitan.

Yang hebat dan Maha hebat itu Allah...kita banyak kelemahan,ilmu boleh lupa sebab lama tidak diamal atau tidak diajar kepada orang lain.Sekarang orang menilai ijazah,pangkat,kuasa serta kekayaan bukan akidah dan taqwa.Hingga ustaz dan alim ulamak pun terikut untuk menunjukkan kekayaan masing2 serta pangkat2 serta kenalan2 yang hebat2...cuma yang ia tidak kenal malaikat yang ada didalam kubur nanti.

Kehebatan terasa sebab banyak pengikut,kehebatan terasa cakapnya orang ikut...ia tidak sedar orang ikut sebab ia bos bukan kehebatan ilmu dan taqwa.Malah sebab takabur dan tidak berhati perut.Cuma orang macam ini terlepas pandang atau tidak terfikir...orang terinaya atau dizalim akan berdoa atas ketakaburannya,gila kuasa,tidak berhati perut dan segala mak nenek perangai terlarang dalam Islam...Mungkin mereka hanya memikir dan ingat orang fakir itu hampir kepada kekafiran...Ia tidak tahu atau memang bodoh,buta sejarah Islam,orang mula kafir ialah malaikai Izazil@iblis@syaitan kerana apa...kerana sikap sombong dan takabur kepada Allah swt...

Terasa hebat dan sewaktu dengan adalah ciri2 sifat2 terkeji...yang memang dilarang dan haram,malah ada hadis menyatakan walaupun seringan mana sombong kita makan Allah haramkan untuk masuk syurga...Allah sahaja Maha Mengetahui...satu lagi orang berlagak,menyombong diri,terasa hebat,menunjuk2 kuasa orang benci dan meluat cuma didepan berpura-pura sahaja tidak meluat.Malah sentiasa jadi umpat dan keji manusia.Jangan orang mengumpat itu salah...ia juga salah sebab fitnah itu dia sendiri ciptakan dan buat....ia juga bersalah dan haram juga.

Tiada ulasan: