Jumaat, 7 Ogos 2009

H1N1 melanda tetapi tidak tahu sebab


Kini kita gawat dengan masalah penyakit ini.Telah jutaan ringgit digunakan untuk mengatasinya.Hebuh dibincangkan di mana2 termasuk di warung2.Penyakit ini juga dikenal sebagai selsema babi.Memang pun ia berasal dari babi.Mengikut kajian veterina@kajian haiwan selsema babi atau apa sahaja penyakit haiwan tidak merebak@menjangkit kepada manusia.Diakhir2 ini pula penyakit ini boleh merebak kepada manusia.Ini berlaku sudah tentu dengan izin Allah swt yang perlu kita fikirkan dan renungkan.Kita jangan lupa bahawa, segala penyakit datang dari Allah swt dan DIA juga yang menyembuhkan.Juga sebelum penyakit itu diturunkan,ubatnya diturunkan lebih dahulu oleh Allah swt.Bukan sahaja H1N1 atau selsema babi,kita pernah dihebuhkan dengan selsema burung,demam denggi,taun,JE dengan virus nipah,chikunguyah serta mungkin penyakit belum selesai2 ialah HIV....ini penyakit.Belum lagi bencana yang Allah swt turunkan kepada kita....yang mungkin kita telah lupa,seperti tsunami,highland tower,bukit antarabangsa,stadium gong badak...jaya supermarket,ribut grek,serta peristiwa2 tanah runtuh,banjir kilat,peristiwa banjir TTDI s.alam serta kes kes2 kemalangan teruk,pembunuhan2,pembuangan anak bayi,penderaan dan pelbagai bencana yang Allah swt izinkan atau takdirkan ianya berlaku.Adakah kita tidak memikirkan atau merenung dan muhasabah diri.Ini berlaku dengan sebab kezaliman manusia sendiri dan banyaknya maksiat yang telah kita lakukan terhadap Allah swt.Malah kita lakukan secara terang2an dengan tidak rasa takut....malah kita lihat mereka bangga dengan perbuatan maksiat yang dilakukan itu.Adakah kita mahu sedar...atau tidak mahu berhenti dari melakukan maksiat dan mungkar tersebut.Malah mungkin kita sendiri malas atau tidak mahu menuntut ilmu fardu ain...lebih malang jika benci dengan majlis ilmu dan orang-orang yang mengajak kebaikan@amal makruf.Janganlah kita jadikan perbuatan2 mungkar hijab untuk mengenal Allah swt dan berat untuk beramal sedangkan kita mesti mati.Jangan kita menjadikan diri kita sebagai tentera syaitan.Cuba renungkan...Adakah segala yang ditimpa pada kita ini disebabkan dosa2 yang telah kita lakukan.

Tiada ulasan: