Jumaat, 30 Oktober 2015

HUKUM MENYUSAHKAN ORANG

Allah tidak akan redha dengan orang yang menyusahkan orang lain!

Assalamualaikum.



قال النبي: من ضَارَّ ضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
  
"Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" 
(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa, setiap insan sangat ditegah dalam hal menyusahkan orang lain. Bukankah kita mengetahui bahawa menyusahkan orang lain adalah satu perkara yang sangat dibenci oleh masyarakat? Bahkan Raja segala raja iaitu Allah Azzawajall sendiri sangat murka dengan perkara tersebut. Sehinggakan sekiranya kita tahu ada jiran kita yang sedang lapar, dan kita tidak menolongnya, maka kita bukanlah seorang muslim yang Mukmin.


ليس المؤمن الذي يشبع وجاره جائع

"Bukanlah orang mukmin (yang sempurna Imannya) yang berada dalam keadaan kenyang, sedangkan (dia tahu)  jirannya dalam keadaan lapar"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" dan Al-Baihaqi, sumber Ibnu Abbas: Sahih) 

Bagaimanakah perasaan kita apabila berhadapan dengan kesukaran, kesulitan dan kepayahan? Tentu tiada seorang pun yang masih boleh ketawa hatta senyum yang tak seberapa. Sepatutnya Muslim yang benar-benar mukmin sentiasa membantu muslim yang lain terutamanya bila berada dalam kesulitan. Bukankah orang Islam itu saling  tolong-menolong, bantu-membantu, kuat -menguatkan? Rasulullah berpesan:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
 
"(Kerjasama dan pertolongan) seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti satu binaan yang saling menguatkan atara satu sama lain"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Teringat saya kisah seorang rakan yang bersama-sama mengikuti pengajian diploma (DPLI) di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Beliau pada mulanya berhasrat untuk memilih bidang (opsyen) Bahasa Arab. Tetapi selepas ditemuduga, beliau tidak mampu menguasai bahasa Arab apatah lagi mengajar matapelajaran bahasa Arab di sekolah nanti. Jadi, dengan ihsan si penemuduga, dengan yakin dan penuh kepercayaan, dia sanggup membantu rakan saya ini untuk menukarkan opsyen yang diminta kepada subjek pendidikan Islam. Setelah menunggu keputusan temuduga tersebut, alangkah terkejutnya apabila didapati dia mendapat opsyen Bahasa Arab. Hal ini sama sekali berlwanan dengan persetujuannya dengan penemuduga tempoh hari.


Selepas diterima memasuki pengajian DPLI tersebut di universiti, dia seterusnya cuba mendalami bahasa Arab, akan tetapi dia sangat tidak mampu. Selang beberapa hari, dia meminta pihak atasan universiti tersebut menukarkan opsyennya kepada subjek pendidikan Islam atas alasan tidak dapat menguasai bahasa Arab. Ini kerana rakan saya tadi bukan beralatar belakangkan pendidikan bahasa Arab semasa di UKM dahulu. Oleh yang demikianlah dia tidak mampu untuk meneruskan pengajian diploma pendidikannya ini dalam bidang Bahasa Arab.


Selepas kes ini diutarakan olehnya untuk di "review" bagi pihak atasan universiti, maka beberapa orang dan pensyarah menganggap kes ini sebagai melepaskan batuk di tangga serta tidak bersungguh. Mereka beranggapan bahawa rakan saya ini boleh belajar dan percaya kepada "life-long learning". Betul, tetapi bukan di sini tempatnya kita boleh aplikasikan istilah tersbut untuk merealisasikannya. Kes ini formal dan memerlukan "formalities" yang cekap dan sempurna kerana ia melibatkan KPM, dan pihak universiti.

Beberapa hari dia berulang alik ke pejabat pentadbiran pendidikan universiti tersebut, tapi malangnya, dia tidak punyai kuasa dan pangkat untuk meleraikan masalahnya. Sudah ramai orang yang dia jumpai dan bertanyakan halnya kepada mereka, namun tetap tidak boleh berbuat apa-apa.

Sehinggalah tiba waktu peperiksaan. Dia gagal melakukan yang terbaik walaupun sudah sedaya upaya mencuba yang terbaik. Apabila keputusan peperiksaan semester dikeluarkan, dia gagal dan merayu kepada pensyarah supaya dipertimbangkan (diluluskan) dengan perjanjian yang dia mesti mendapat keputusan "lulus" dalam GPA akan datang.


Dalam masa yang sama, dia cuba mencari dan belajar sedaya upaya untuk mempelajari Bahasa Arab yang sangat dia takuti kerana ketidakbiasaannya terhadap bahasa tersebut walaupun dia pernah bersekolah di sekolah agama (Arab) pada satu ketika dahulu.

Dipendekkan cerita, dia akur dengan "adjustment" yang telah dilakukan oleh pihak universiti dan percaya dia akan dapat menukar opsyennya suatu hari nanti selepas di "posting" ke sekolah.

Sekarang tibalah masa untuk praktikal bagi semua guru pelatih DPLI daripada universiti tersebut. Apabila tiba hari dia di "observe" (diselia) oleh pensyarah pelawat (juga daripada universiti yang sama), dia gagal memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran. Rata-rata pensyarah pelatih mengatakan yang beliau tidak mampu mengajar dengan baik disebabkan kesulitan penyampaiannya dalam bahasa Arab sebagaimana yang saya ceritakan. Dia mengajar subjek Bahasa Arab komunikasi tingkatan 1. Tetapi tahap penguasaan bahasanya amat lemah dan kadang-kadang hampir sama taraf dengan pelajar-pelajarnya.

Pensyarah-pensyarah yang datang menyelianya memberi sokongan dan galakan kepadanya untuk terus berusaha dan dalam masa yang sama, mereka memberi jaminan akan membantu rakan saya ini untuk menukar opsyennya kepada matapelajaran Pendidikan Islam yang ternyata lebih sesuai dengan kemampuan bahasa serta komunikasinya.

Alangkah bahagianya hati, apabila dekan universiti telah meluluskan penukarannya kepada pendidikan Islam. Akan tetapi dia mestilah menambah beberapa minggu praktikalnya untuk di "observe" buat pusingan yang ketiga setelah dua pusingan telah tamat. Dalam pada itu, Alhamdulillah, saya yang juga bersamanya mengajar di sekolah yang sama agak gembira dengan berita itu. Sebaik sahaja saya tamat praktikal, rakan saya tersebut menyambung selama 3 minggu lagi di sana. 


Tiba-tiba, terdengar pula desas-desus yang mengatakan pihak pensyarah juga tidak berpuas hati dengan "teaching practice" nya sehingga beberapa pensyarah lain turun padang. Alangkah kesiannya hamba Allah ini yang bertungkus lumus, mengikut sahaja kehendak pihak universiti (pensyarah) supaya dapat menukar opsyennya kepada pendidikan Islam akhirnya terpaksa mengharungi kepayahan, kesusahan dan kesulitan yang bukan berasal daripada diri sendiri, tetapi orang lain. Apa yang dilakukannya hanya sia-sia sahaja. Sepanjang belajar DPLI di universiti tersebut, kosong. Bukankah begitu ramai orang-orang atasan universiti tersebut dibantu pula dengan pensyarah-pensyarah yang bijak pandai dalam menguruskan hal sebegini? Tetapi kenapa ya nampaknya seperti ada sesuatu yang aneh? Tak boleh kah dibantu seorang pelajar ini sahaja?? Bukankah Rasulullah berkata: من فرج عن مسلم كربة، فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة - "Siapa yang melepaskan suatu kesukaran daripada seserang muslim, maka Allah akan melepaskannya daripada suatu kesukaran daripada kesukaran-kesukaran pada hari kiamat"
Begitu juga dengan praktikal selama 3 bulan di sekolah menengah juga kosong. Lanjutan praktikalnya selama 3 minggu juga tiada apa. Berpenat lelah, letih ke sana ke mari dengan niat ikhlas untuk menjadi seorang guru akhirnya dibebani dengan kepincangan pengurusan dan ketidakadilan. Begini lah jika pengurusan sesuatu tidak dilandaskan kepada sistem dan ajaran Islam. Rasulullah menyebut:

لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت

"Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah segala keinginannya mengikut apa yang aku bawakan (ajaranku)"
(Hadith sahih riwayat Al-Baghawi) 
Berita terbaru ialah, Wallahu A'lam dia terpaksa menyambung pengajian diplomanya (yang sepatutnya tamat pada bulan 11 dan menunggu "posting" untuk tahun depan) pada bulan 12 sehingga bulan 3, 2009 nanti untuk "independent study" dan seterusnya menyambung praktikal pada bulan 3 sehingga bulan 6. Jadi dia terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupannya untuk DPLI selama 2 tahun. Itu pun belum tentu lulus..
 
ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء 
 
"Kasihanilah penduduk di bumi, kelak kamu akan dikasihani oleh penghuni yang berada di langit"
(Hadith riwayat At-Tabarani: Sahih)

Inilah dia kisah seorang manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan. Kesukaran dan kepayahan ini jika nak dibandingkan dengan penderitaan saudara kita di Palestin memanglah tidak boleh diukur, tetapi kita tetap berpegang kepada sokongan terhadap orang yang dizalimi. 


اتقوا الظلم فإن الظلم ظلمات يوم القيامة
 
"Janganlah kalian menzalimi, kerana sesungguhnya kezaliman itu menjadikan kegelapan-kegelapan di hari kiamat"
(Hadith daripada Jabir, riwayat Muslim: Sahih)

Begitu juga dalam hadith yang lain Rasulullah melarang berlaku zalim:


المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يسلمه
 
"Orang Muslim itu ialah saudara bagi orang Muslim yang lain; dia tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya terbinasa"
(Hadith sahih riwayat Abu Daud dan Attirmidzi) 


Tidak kira menjadi mangsa keadaan, rakusnya pentadbiran dan kepincangan pegurusan yang akhirnya menyebabkan seseorang kehilangan haknya yang patut dimiliki secara tenang dan mudah!

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

 
"Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Muslim (Orang Islam)ialah orang yang menyelamatkan orang muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya… (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)

Muslim yang paling baik tidak menyusahkan orang lain melalui tangannya yaitu tindakannya. Dia tidak akan meletakkan kendaraannya hingga menganggu lalulintas. Dia tidak akan membunyikan klaksonnya dengan kuat sehingga menyebabkan orang lain terkejut. Muslim yang paling baik tidaak mencela muslim yang lain melalui lisannya. Dia tidak akan memfitnah sesama muslim. Muslim yang baik juga tidak mempunyai hasad dengki sesama muslim. Islam melarang umatnya mengunakan mulutnya untuk mengumpat atau bercakap koror dan mengunakan anggota  lain untuk menyakiti orang Islam yang lain. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi yaitu akhlak Al-Qur’an. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam Al-Qur’an . Akhlak muslim yang mulia itu berat timbanganya. Amalan yang dilakukan beserta akhlak yang baik , walau sedikit diberikan pahala dan ganjaran yang banyak.



Elakkanlah dari menyusahkan orang lain

Assalaamu’alaikum w.b.t….. Hari-hari kita mesti berdepan dengan bermacam perangai dan jenis manusia. Bilangannya tidak spesifik dan berbeza pada berlainan manusia. Dan yang pasti, tidak mustahil dalam hari-hari yang kita jalani ini kita ada menyakitkan hati orang dan menyusahkan orang, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Sesuatu perkara yang dilakukan dengan tidak sengaja biasanya dimaafkan dalam Islam, kerana “Setiap amal itu dikira berdasarkan niat”. Maka kita tumpukan pada perkara yang sengaja kita lakukan. Mungkin ada di kalangan kita yang suka orang takut pada dia. Suka orang lain susah. Suka orang lain tidak tinggi darinya. Suka orang lain koman darinya dan sebagainya. Maka dengan sifat-sifat demikian mungkin akan timbullah perangai suka menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain.
Saya ambil contoh , jika sekiranya kita menjadi pengurus dalam sesebuah syarikat. Ada pengurus yang suka orang lain takut pada dia. Dan tidak kurang juga yang suka membebankan anak-anak buah nya dengan kerja yang bertimbun-timbun demi ingin mencari kekayaan peribadi. Maka jika kita tergolong begitu, maka kasihanilah diri kita sendiri, janganlah membebankan orang lain dengan bebanan yang berat demi mahu mencapai matlamat kita. Dengan kata lain, jangan lah menyusahkan orang lain. Kerana apa? Kerana dengan menyusahkan orang lain sedikit-demi sedikit hari-hari maka lama-lama akan terkumpul menjadi banyak. Dan dibimbangi kesusahan yang kita akan tanggung sebagai balasan perbuatan kita itu akan lebih dasyat, teruk dan siksa lagi di masa akan datang? Maka tidak takutkah lagi anda? Berani lagi untuk menyusahkan anak-anak buah anda dengan tidak sepatutnya?
Begitu juga kepada orang yang suka tengking-tengking anak-anak buahnya dan orang lain. Menyebabkan orang sentiasa takut dan tidak selesa bersamanya. Apa gunanya orang takut pada kita tetapi di hati kecil mereka tiada perasaan hormat langsung kepada kita? Sebaiknya sekadar orang menghormati kita pun sudah memadai, tidak perlu lah kita menyeksa orang lain dengan perasaan takutnya pada kita. Jika anda suka dalam keadaan demikian, dibimbangi pada masa akan datang anda akan mengalami perasaan takut yang amat sangat dan ditimpa kesusahan yang amat dasyat.
Tidak perlu tunggu kita menjadi pengurus, kita hidup berjiran pun sudah cukup untuk kita berfikir. Elakkanlah dari menyakiti hati jiran, memburuk-burukkan mereka dengan tidak sepatutnya, membuatkan mereka takut dan cuak pada kita dan seumpamanya. Sama-samalah kita cuba untuk mengelakkan diri kita dari sengaja menyusahkan orang lain, sebelum kita mendapat susah yang amat sangat, na’uzubillah. Baarokallahu lakum. Wallahu a’lam :)

BAB 4: SIAPA YANG MENYUSAHKAN ORANG LAIN, ALLAH AKAN MENYUSAHKANNYA


2203[Bukhari 7152] Diriwayatkan dari Jundub ra, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda, "Siapa yang berbuat baik untuk sum'ah[footnote 1], Allah akan berbuat sum'ah (menelantarkan dan menghinakannya) pada hari kiamat. Siapa yang menyusahkan/ menyulitkan orang lain, Allah akan menyusahkan/ menyulitkannya pada hari kiamat". Para sahabat berkata kepada Rasulullah Saw, "Berilah kami wasiat". Rasulullah Saw bersabda, "Sesungguhnya bagian tubuh manusia yang pertama kali membusuk adalah perutnya. Karena itu, siapa yang bisa tidak makan kecuali makanan yang halal, maka lakukanlah, dan siapa yang mampu menghindarkan tangannya dari penumpahan darah sehingga dia terhalang dengan surga, maka lakukanlah".

[footnote 1]: Sum'ah adalah berbuat kebaikan untuk mencari popularitas (bukan mencari ridha Allah)

Siapa Yang Menyusahkan Akan Disusahkan Pula

Siapa Yang Menyusahkan Akan Disusahkan Pula | al-uyeah.blogspot.com
Ganjaran bagi mereka yang menyusahkan orang lain. Perhatikan hadits berikut mamen, Read men! No more "Jika ada yang susah, mengapa dibuat mudah?"

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ الْوَاسِطِيُّ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ طَرِيفٍ أَبِي تَمِيمَةَ قَالَ شَهِدْتُ صَفْوَانَ وَجُنْدَبًا وَأَصْحَابَهُ وَهُوَ يُوصِيهِمْ فَقَالُوا هَلْ سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ وَمَنْ يُشَاقِقْ يَشْقُقْ اللَّهُ عَلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالُوا أَوْصِنَا فَقَالَ إِنَّ أَوَّلَ مَا يُنْتِنُ مِنْ الْإِنْسَانِ بَطْنُهُ فَمَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا يَأْكُلَ إِلَّا طَيِّبًا فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا يُحَالَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجَنَّةِ بِمِلْءِ كَفِّهِ مِنْ دَمٍ أَهْرَاقَهُ فَلْيَفْعَلْ قُلْتُ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ مَنْ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُنْدَبٌ قَالَ نَعَمْ جُنْدَبٌ

Telah menceritakan kepada kami Ishaq Al Wasithi telah menceritakan kepada kami Khalid dari Al Jurairi dari Tharif Abu Tamimah mengatakan, aku menghadiri Shafwan dan Jundab serta sahabat-sahabatnya ketika Jundab memberi wasiat kepada mereka, lantas mereka bertanya; 'Apakah kau mendengar sesuatu dari Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam? ' 
Ia menjawab; aku mendengar beliau bersabda: "Barangsiapa beramal karena sum'ah (ingin didengar), maka Allah menjadikannya dikenal suka bersum'ah pada hari kiamat, dan barangsiapa menyusahkan (manusia), maka Allah juga bakalan menyusahkannya pada hari kiamat." 
mereka berkata; "Wasiatilah kami!" 
ia berkata; 'Yang pertama-tama membusuk dari tubuh manusia adalah perut, maka barangsiapa yang mampu untuk tidak menyantap selain yang baik, lakukanlah, dan barangsiapa tidak ingin dihalangi antara dirinya dan surga karena segenggam darah yang ia tumpahkan, lakukanlah.' 
Saya bertanya kepada Abu Abdillah; 'Siapa yang mengatakan aku mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam, apakah Jundab? ' 
ia menjawab; "Iya, Jundab." (HR Bukhari)

Senin, Agustus 03, 2009


SIAPA YG MENYUSAHKAN ORANG MUSLIM, ALLAH AKAN MENYUSAHKANNYA

Bila kita amati dalam kehidupan sehari-hari, banyak sekali perilaku sebagian orang yang dapat saja termasuk kategori menyakitkan, menyusahkan atau membahayakan orang lain.
Pernahkah anda melakukan / melihat perbuatan seperti :
1. Merokok ditempat umum. Rokok tidak hanya mengganggu kesehatan bagi penghisapnya, tapi juga bagi orang-orang yang terkena asap rokok itu.
2. Memuat angkutan umum melebihi kapasitas. Berdesakan didalam kendaraan umum jelas menyusahkan dan juga berbahaya.
3. Mengemudi dijalan raya secara ugal-ugalan/ngebut. Hal ini dapat mengganggu pengguna jalan lainnya dan dapat menimbulkan kecelakaan.
4. Mengemudikan kendaraan yang kurang/tidak layak jalan. Emisi gas buang melebihi ambang batas, bunyi knalpot nyaring dll.
5. Parkir sembarangan/ditempat terlarang. Menyulitkan pengguna jalan lainnya.
6. Pengguna sepeda motor yang melewati gang di lingkungan perumahan pada waktu penghuni sudah tidur malam.
7. Menjual makanan/minuman tidak/kurang bersih, apalagi mengandung zat berbahaya.
8. Mempersulit urusan.
Perbuatan-perbuatan seperti itu dapat dikatakan, menyusahkan, menyulitkan atau membahayakan orang. Masih banyak lagi perbuatan yang menyusahkan, menyulitkan dan membahayakan orang. Islam mengajarkan agar menghindari perbuatan tersebut. Didalam Al Qur’an Surat Al Ahzab ayat 58 Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”.

Rasulullah SAW juga mengingatkan:” Dari Abu Shirmah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :” Siapa yang membahayakan (orang muslim), maka Allah akan membahayakannya pula. Dan Siapa yang menyusahkan (orang muslim), maka Allah akan menyusahkannya pula”. (HR Tirmidzi).
Agar dalam kehidupan didunia ini tidak bertambah lagi kesusahan, kesakitan dan bahaya, maka berusahalah untuk tidak melakukan perbuatan yang membahayakan dan/atau menyusahkan/menyakitkan orang lain. Ajaran Islam itu indah. Alangkah nyamannya hidup ditengah-tengah masyarakat yang senantiasa menjaga perilaku. Sehingga tidak ada warga tersakiti atau tersusahkan. Islam menjadikan kehidupan ini terasa nyaman.

Permudahkanlah...Jangan Menyusahkan!!! 

 Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka,berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadi mereka menjauhkan diri (daripada Islam)"
(Hadith Riwayat Bukhari; Kitab ilmu, Bab Ma Kana al Nabi (s.a.w) Yatakhawwalukum
bi al-Mawizah wa al-'ilm Kay La Yunaffiru. Jil 1)


Inilah Hadith yang perlu dipegang untuk setiap muslim yang bergelar Pendakwah, tidak mengira bangsa, jantina atau warna kulit, kerana Islam itu datang untuk semua kaum.
Dalam keadaan negara Malaysia yang berbagai ragam dan jenis manusia ini, pendakwah mestilah mempunyai keilmuan dan kebijaksaan yang tinggi.

Firman Allah s.w.t  dalam surah al-Baqarah ayat 185: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.

Dan dalam dalam satu hadith lagi Nabi s.a.w bersabda:

"Agama Islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat
dalam Agama melainkan dia akan kalah sendiri. Maka perbetulkan,perdekatkan, berikan
khabar gembira dan gunakan waktu pagi dan petang serta sedikit daripada
waktu malam". (hadith Riwayat Bukhari;Kitab al-iman, Bab al-Din Yusr. Jil. 1).


 Sesungguhnya manusia itu berbagai ragam, ada yang ingin kepada Islam, tetapi keinginannya tidak begitu kuat, boleh jadi akan ada orang yang murtad kembali kerana perkara yang remeh temeh. Ada juga orang bukan Islam, tidak mahu memeluk Islam kerana nampak Islam itu menyusahkan. Sedangkan perkara yang mereka nampak menyusahkan itu sebenarnya masih khilaf dan tidak qati’i.

Jika non-muslim atau saudara baru kita berkata kepada saya, “jika saya memeluk Islam, adakah perlu saya berkhitan?”. Maka saya akan berkata, bergantung pada anda sendiri, jika anda takut, maka tidak perlu dan tidak wajib pun berkhitan kerana Islam itu sungguh mudah. [1]

Jika mereka (yakni non-muslim atau org yg baru masuk Islam) berkata kepada saya, “saya amat suka makan katak,kura2, biawak. Adakah halal untuk saya memakannya?”. Maka saya akan menjawab, “makanlah dan Ia halal, sesungguhnya Islam itu tidak menyusahkan penganutnya.” [2]

Dan jika mereka berkata kepada saya,”sebelum memeluk Islam saya suka makan babi, selepas masuk Islam,barulah saya tahu, babi itu haram di makan dan bernajis, apakah yg perlu saya lakukan kepada pinggang mangkuk saya, periuk kuali saya?”. Maka saya akan berkata “bukankah kamu sudah membasuh dengan air selepas menggunakannya?.sesungguhnya babi adalah najis sederhana, ia sudah suci dengan basuhan kamu itu”. [3]

Dan jika mereka bertanya lagi kepada saya, “adakah Islam agama yang adil?”. Maka saya akan menjawab “Islam lah Agama yang seadil-adilnya, kerana jika muslim membunuh non muslim (kafir Zimmi), maka pembunuh itu tadi akan turut di bunuh berdasarkan hukum qisas”. [4]

Jika mereka bertanya kepada saya, “adakah semua hidupan laut itu halal untuk dimakan?”. Maka saya akan berkata, “selagi  ia tidak beracun, maka ia halal. Sesungguhnya Agama Islam itu mudah”. [5]

Lihatlah, betapa mudahnya Islam itu untuk penganutnya, sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri pun jika di beri pilihan akan memilih perkara yang mudah selagi mana ia tidak berdosa.inilah Rahmat kepelbagaian mazhab, dan mereka yang terkeliru dengan kepelbagaian pendapat ini, boleh jadi mereka tidak mendapat Rahmat.

Kemungkinan akan ada orang yang bertanya kepada saya, “kenapa kebanyakan jawapan kamu bercanggah dengan mazhab syafi’i?”. maka saya akan menjawab, “tugas saya adalah untuk menyampaikan Agama Islam, bukan mazhab syafi’i”.

Dan bagi mereka yang berpegang dengan satu mazhab, dan terus taksub dengan satu2 mazhab, dan mendakwah menggunakan satu mazhab, boleh jadi orang non-muslim tidak akan masuk Islam, dan boleh jadi orang yang baru memeluk Islam akan murtad kembali, Inilah kerugian jika memakai hanya satu mazhab.
Dan jika ini berlaku, salah siapa? Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak?
Pikir sendiri la…….


Nota:


[1]  jawapan di ambil berdasarkan mazhab hanafi
[2]  jawapan di ambil berdasarkan mazhab maliki
[3]  jawapan di ambil dari mazhab syafi’i yang merupakan pendapat Imam Nawawi
[4]  jawapan di ambil dari mazhab hanafi
[5]  jawapan di ambil dari mazhab syafi’i

ADAB JADI TETAMU

Adab Sebagai Tetamu


  1. tetamu ialah orang yang datang menziarahi
  2. sebagai tetamu, kita perlu menjaga tingkah laku dan adab sopan
  3. memilih waktu yang sesuai untuk mengunjungi rumah kawan atau sanak saudara
  4. sebaik-baiknya bawalah buah tangan untuk mereka
  5. ucapkan salam sebelum masuk
  6. bersalamlah dengan semua isi rumah dan bertanyakan khabar
  7. bercakaplah dengan suara yang lembut dan bersopan santun
  8. bongkokkan sedikit badan jika lalu di hadapan orang lain sebelum duduk
  9. duduklah dengan tertib dan bersopan
  10. hormatlah kepada tuan rumah dan ahli keluarganya
  11. jangan membuat bising atau ketawa dengan kuat
  12. makan dan minum dengan sopan
  13. jangan rosakkan barang-barang kepunyaan tuan rumah
  14. elakkan bertandang terlalu lama kerana mungkin akan mengganggu tuan rumah
  15. mintalah izin dengan sopan dan bersalam sebelum pulang
ADAB MENJADI TETAMU
1. Sebaik-baiknya, MAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU. Bagitahu tuan rumah sebelum kita datang rumah, lebih lebih lagi kalau kita nak tumpang tidur. Bila kita bagitahu, boleh la tuan rumah kemas rumah dan sedia apa yg patut untuk kita.
2. MEMILIH MASA SESUAI. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.
3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:-
i) Memberi salam terlebih dahulu
ii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka
pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
v) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
vi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum
tentang keadaan rumah mereka.
4. ELAKKAN BERTAMU LEBIH DARI 3 HARI kecuali tuan rumah yang ajak atau mintak kita tinggal situ lama lama. Sekiranya tetamu menginap lebih dari tiga hari, maka menjelang hari keempat dan seterusnya tuan rumah berhak memberitahu tetamu sekiranya tidak mampu melayan. Tetapi sekiranya mahu melayan juga, maka ia adalah sunat dan dikira sebagai sedekah.
5. Jangan bertamu kat rumah orang sampai terjadi pergaduhan dlm famili tuan rumah tu, termasuklah jangan sampai tuan rumah tu mengumpat kita sebab kehadiran kita menyusahkan.
6. Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.
7. Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan duduk lama ketika berziarah.
"Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu."




October 17, 2009

ADAB ZIARAH DAN MENJADI TETAMU

akademi.PNG
Petunjuk Rasulullah s.a.w dalam adab ketika berkunjung ziarah.
Saling mengunjungi (berziarah) sesama kaum muslimin memiliki pengaruh yang sangat besar untuk menguatkan hubungan, menambah rasa cinta, serta mempererat persatuan dan keterkaitan di antara mereka. Berziarah juga memiliki keutamaan yang besar apabila dilakukan dengan ikhlas karena Allah Ta’ala atau untuk menyambung tali silaturrahim. Oleh karena itu, sudah seharusnya seorang muslim mengetahui petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam berkunjung agar ia tidak terjatuh dalam kekeliruan dan kesalahan. Adapun di antara petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berkunjung tersebut sebagai berikut:
1. Berniat yang Baik
Apabila seseorang hendak mengunjungi saudaranya, maka yang wajib dilakukan pertama kali adalah mengikhlaskan niat semata-mata hanya karena Allah Ta’ala. Jangan sekali-kali ia meniatkan hanya karena ada tendensi duniawi semata, karena temannya tersebut memiliki harta, jabatan, kedudukan di masyarakat misalnya atau hal-hal lain, sehingga tujuan berkunjungnya ke tempat orang tadi untuk mendapatkan sedikit cipratan dari apa yang diinginkan hawa nafsunya. Maka niatkan ikhlas karena Allah Ta’ala, dasarilah kecintaan kita kepadanya karena Allah Ta’ala dan karena ketaatannya kepadaNya, bukan karena harta, jabatan, kedudukan yang dimilikinya. Demikianlah yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Bahwasanya seorang laki-laki mengunjungi saudaranya di kampung lain, maka Allah mengutus seorang Malaikat kepadanya dalam perjalanannya. Ketika telah bertemu, Malaikat itu berkata kepadanya “Kemana engkau hendak pergi?” Ia menjawab, “ Aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini” Malaikat itu berkata lagi, “ Adakah bagimu satu nikmat yang hendak engkau kejar?” Ia menjawab,“ Tidak, hanya saja aku mencintainya karena Allah” Malaikat itu pun berkata lagi,“Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, bahwasanya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintainya karena Allah.” (HR.Muslim)
2. Tidak Terlalu Sering Berkunjung (ziarah) Hingga Berlebihan
Janganlah terlalu sering berkunjung (berziarah) agar orang yang dikunjungi tidak menjadi bosan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Berkunjunglah sesekali atau sekali waktu niscaya kalian akan saling mencintai” (HR. al-Baihaqi, al-Bazzar, dan ath-Thabrani)
3. Memilih Waktu yang Tepat untuk Berkunjung.
Hendaknya seorang pengunjung memilih waktu yang tepat ketika berkunjung. Tentu tidak layak seseorang mengunjungi orang lain pada pagi buta, tengah hari ataupun larut malam. Karena, waktu-waktu itu adalah waktu untuk tidur dan beristirahat, bukan waktu yang tepat untuk berkunjung. Atau waktu-waktu orang yang akan dikunjungi pada saat itu sedang sibuk atau tidak berkenan untuk diganggu. Terkecuali ada kepentingan yang mendesak atau seseorang telah meminta izin atau mengadakan perjanjian sebelumnya untuk berkunjung pada waktu tersebut.
4. Menjaga Adab-Adab Isti’dzan (Meminta Izin)
Hendaknya orang yang berziarah menjaga adab-adab beristi’dzan (meminta izin). Hal tersebut sangat penting untuk diperhatikan agar tidak melakukan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak Islami. Di antara adab-adabnya adalah seperti: Mengetuk pintu tiga kali, jika tidak ada jawaban maka hendaknya ia pergi. Ketukan pun tidak terlalu keras dan memperhatikan jarak ketukan agar tidak mengagetkan, memperkenalkan diri, tidak menghadap ke arah pintu, mengucapkan salam sebelum masuk, menundukkan pandangan, menerima alasan tuan rumah dan tidak berburuk sangka, meminta izin sebelum masuk menemui mahram atau kerabatnya, dan lain sebagainya dari adab-adab meminta izin.
5. Menundukkan Pandangan terhadap Privasi Rumah (Anggota Keluarga).
Apabila seseorang mengunjungi sebuah keluarga di rumah mereka, maka wajib baginya untuk ghadhdhul bashar (menundukkan pandangan) terhadap privasi (hal-hal yang bersifat pribadi) anggota keluarga mereka. Janganlah ia mengumbar pandangannya agar terhindar dari melihat privasi mereka dan janganlah ia mempunyai keinginan untuk melakukan hal tercela tersebut di dalam hatinya. Allah Ta’ala berfirman artinya, “Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (QS. Mu’min: 19)
Berkaitan dengan tafsir ayat ini, Ibnu ‘Abbas berkata, “Bahwasanya seorang laki-laki masuk kepada ahli bait (tuan rumah), sementara di antara mereka ada seorang wanita yang cantik atau lewat di depannya. Apabila mereka lengah, laki-laki itu pun melihat kepadanya. Jika mereka memperhatikan, maka ia pun menundukkan pandangannya. Jika mereka kembali lengah, laki-laki itu kembali melihatnya dan jika mereka memperhatikan, ia pun kembali menundukkan pandangan. Allah mengetahui isi hatinya bahwa laki-laki tersebut suka seandainya bisa melihat kemaluannya”. (Tafsir Ibnu Katsiir, IV/79-80)
Maka dari itulah, wajib bagi seorang hamba menghiasi dirinya dengan ketakwaan dan muraqabah (merasa diawasi oleh Allah Ta’ala).
6. Hendaknya Seorang Pengunjung Duduk di Tempat yang Telah Diizinkan oleh Tuan Rumah.
Apabila tuan rumah menempatkannya di sebuah kamar atau di tempat duduk tertentu, maka janganlah ia berpindah tempat tanpa seizinnya. Sebab boleh jadi tuan rumah menempatkannya di tempat tertentu tersebut dengan tujuan agar privasi atau aurat mereka tidak tersingkap.
7. Janganlah Mengumbar Pandangan untuk Melihat-lihat Perabot dan Barang-Barang Lain di sekitarnya.
Banyak orang yang merasa risih apabila orang yang mengunjungi melihat-lihat perabot dan barang-barang lain yang ada di sekitarnya. Terlebih lagi jika ditanyakan kepadanya, “Ini berapa harganya?” atau “Dari mana anda mendapatkannya?”, dan pertanyaan-pertanyaan lain yang tidak layak untuk di pertanyakan.
8. Jangan Mengangkat Suara di dalam Rumah.
Hendaknya seorang pengunjung tidak mengangkat suara karena dapat mengganggu orang-orang yang dikunjungi. Dan janganlah mengangkat suara tinggi-tinggi ketika berbicara, berdebat dan lain sebagainya, sehingga orang lain tidak terganggu olehnya. Allah Ta’ala berfirman: “…Dan lunakkanlah suaramu…”(QS. Luqman: 19)
9. Jangan Mencuri Dengar atau Mengintai Tuan Rumah.
Sebagian orang memasang kedua telinganya untuk mendengarkan pembicaraan tuan rumah di kamar sebelah atau pembicaraan mereka dengan keluarganya atau pembicaraan kaum hawa dari penghuni rumah tersebut, dan hal-hal lain yang bersifat rahasia. Perbuatan-perbuatan seperti ini tidaklah sepantasnya dilakukan seorang muslim yang berakhlak mulia. Lebih-lebih jika ia berniat buruk atas perbuatanya tersebut, maka hal itu diharamkan.
10. Tidak Membiarkan Anak-Anaknya Merosakkan Harta di Rumah Orang.
Hendaknya seorang pengunjung tidak membiarkan anak-anaknya bermain-main, merusak dan memecahkan perabotan, menghancurkan barang-barang, memukul anak tuan rumah, serta teriak-teriak atau menjerit. Karena semua itu dapat mengganggu dan membuat mereka keberatan dikunjungi. Bagaimanapun juga bahwa menggangu seorang muslim adalah perkara yang dilarang dalam agama.
11. Tidak Mengimami Tuan Rumah di Rumah Mereka.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Barangsiapa mengunjungi suatu kaum di rumah mereka, maka janganlah ia mengimami mereka, namun hendaknya salah seorang dari mereka (tuan rumah) bertindak sebagai imam”. (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi dan beliau menshahihkannya). Akan tetapi, apabila mereka mempersilahkan dan mengizinkannya disebabkan ilmu, keutamaan atau umurnya, maka ia boleh menjadi imam, menurut sebagian ahli ilmu.
12. Tidak Berlama-lama Ketika Berkunjung.
Apabila seseorang terbiasa berlama-lama ketika mengunjungi orang lain, maka akan membuat orang yang dikunjungi menjadi bosan, merasa berat, tidak menyukai kunjungannya atau enggan menerima kedatangannya lagi, bahkan bisa jadi dia akan membicarakan tentang keburukan dirinya.
13. Menyuruh kepada yang Ma’ruf dan Mencegah dari yang Mungkar.
Apabila seseorang berkunjung, kemudian melihat kemungkaran di rumah yang ia kunjungi seperti foto-foto atau gambar yang terpajang, patung, atau melihat mereka meninggalkan shalat, mendengarkan lagu-lagu, tidak menutup aurat, atau melakukan hal-hal yang melanggar aturan agama lainya, maka wajib atasnya menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar sesuai dengan kemampuannya. Janganlah ia merasa malu atau takut untuk melakukannya. Akan tetapi tentunya harus tetap menjaga adab yang baik dengan cara yang penuh hikmah dan mau’izhatil hasanah agar bisa diterima oleh tuan rumah.
14. Tidak Beranjak Pulang kecuali jika telah Diizinkan oleh Tuan Rumah.
Seseorang tidak diperbolehkan beranjak pulang tanpa meminta izin kepada tuan rumah. Atau keluar dari majelis untuk pulang tanpa izin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian mengunjungi saudaranya lalu ia duduk bersamanya, maka janganlah ia bangkit hingga saudaranya tersebut mengizinkannya”. (HR. ad-Dailami). Sebab jika ia bangkit dari majelis tanpa izin, bisa jadi akan tersingkap baginya aurat tuan rumah, dan tentunya hal ini tidak diperbolehkan.
15. Mensyukuri (berterima kasih) kepada Tuan Rumah atas Jamuan Mereka.
Hendaknya seseorang bersyukur atau berterima kasih atas jamuan yang disuguhkan Tuan rumah, khususnya apabila mereka telah menerimanya dengan baik. Sebab barangsiapa tidak mensyukuri manusia, berarti ia tidak bersyukur kepada Allah Ta’ala. Seseorang harus membalas kebaikan orang lain kepada dirinya atau paling tidak ia mendo’akannya dengan berkata, “Jazaakumullahu Khaira…” (semoga Allah Ta’ala membalasmu dengan kebaikan atas penyambutanmu…) dan lain sebagainya dari ucapan-ucapan yang baik. Wallahu A’lam

Adab Menjadi Tetamu!

3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan Syawal ni, ramai yang hidupkan kembali amalan ziarah menziarahi. Alhamdulillah, satu amalan yang mulia dan dituntut dalam Islam. Walau bagaimanapun, Adakah kita menjaga adab kita sebagai tetamu? Adakah kita mendidik anak-anak kita menjadi tetamu yang beradab. Ada beberapa adab kita sebagai tetamu, menurut hadis Rasulullah s.a.w:
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah." [Riwayat:  At-Tabrani]
Huraian Hadith: 
  1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.
  2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.
  3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:
    • Memberi salam terlebih dahulu
    • Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
    • Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
    • Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
    • Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
    • Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.
  4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya. 
Sumber: JAKIM

Ini antara adab yang dianjurkan dalam Islam. Banyak lagi adab lain seperti, tidak mengumpat, tidak bertanyakan soalan sensitif, ajar anak beradab di rumah orang. Tegur dan kawal anak sendiri..jangan sampai tuan rumah tarik muka. Adab-adab ini jika kita jaga..insha Allah..ukhwa terpelihara.

Adab menjadi tetamu

  • Jika kita dijemput ke rumah seseorang, maka kita sahajalah yang patut pergi tanpa membawa orang lain melainkan setelah mendapat persetujuan dari orang yang menjemput.
  • Nabi s.a.w tidak pernah menghampakan harapan orang yang menjemputnya untuk makan di rumah mereka.
  • Betulkan niat kita apabila menjadi seorang tetamu iaitu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
  • Semasa berada di rumah yang menjemput kita sebaik-baiknya janganlah masuk ke dalam rumahnya sehinggalah kita disuruh berbuat demikian.
  • Apabila masuk ke rumahnya, duduklah ke arah yang menuju ke luar rumah bukan ke arah dapur atau ke bilik mereka.
  • Mata kita janganlah terlalu liar memandang ke seluruh kawasan rumahnya dan mulut kita janganlah terlalu ramah menanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Apabila hidangan diletakkan, biarlah ianya diletakkan di mana-mana yang dikehendaki oleh tuan rumah dan tidak perlu bagi kita mengubahkannya ke tempat lain kecuali jika tuan rumah meminta kita berbuat demikian.
  • Makanlah setelah tuan rumah memulakannya atau dia menjemput kita berbuat demikian.
  • Sama ada makanan yang dihidangkan itu sedap atau tidak, maka sebaik-baiknya hendaklah kita zahirkan sesuatu yang boleh menyenangkan tuan rumah.
  • Makanlah rnakanan yang berdekatan dengan kita tetapi jika makanan yang dihidangkan itu berjenis jenis, maka tidak ada salahnya kita mengambil dari mana-mana arah.
  • Janganlah menampakkan yang kita terlalu lapar atau gelojoh dengan berebut-rebut sehingga memalukan. Sebaliknya makanlah dengan tertib dan perlahan-lahan.
  • Jika di rumah orang miskin maka zahirkan rasa syukur dan jangan komen apa-apa pun. Sebaliknya jika di rumah orang kaya maka janganlah seperti pelanduk masuk kampung.
  • Apabila makanan dihidangkan maka makanlah dengan tertib dan bacalah doa-doa waktu makan dan doa sebagai tetamu
  • Setelah selesai keperluan kita sebagai tetamu maka hendaklah segera mengundurkan diri kerana memberi kerehatan kepada tuan rumah. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Jika kita menjadi tetamu kepada orang alim, maka lebih banyak mendengar nasihat dan mendapatkan ilmu darinya, sebaik-baiknya bawalah hadiah untuknya.

MEMULIAKAN TETAMU

Petikan dari Blog – Adab Menerima dan Melayan Tetamu

Berikut ada lah satu petikan dari sebuah blog. Mungkin kita tidak perasan dan tidak berapa ambil berat tentang adab-adab menerima dan melayan tetamu khasnya bila tetamu itu adalah orang yang terlalu biasa dengan kita  seperti ibu-bapa kita, adik beradik kita atau saudara-mara kita mau pun sahabat handai kita yang biasa bertamu ke kediaman kita.  Petikan ini amat berguna untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita dan juga anak-anak kita. Di dalam kesibukan kita dalam berkerja dan mencari rezeki, kadang-kadang kita lupa untuk melengkapkan diri kita serta anak-anak kita dengan ilmu kehidupan ini. Apa lagi bila anak-anak kita belajar di sekolah berasrama dan masa mereka bersama kita hanyalah pada cuti sekolah sahaja. Kita kena ketahui bahawa itulah dosa kita sebagai ibu mahu pun bapa jika kita gagal atau alpa dalam memperlengkapkan ilmu kehidupan yang dituntut oleh Islam ini kepada anak-anak kita. Oleh itu, (peringatan buat diri saya sendiri juga) masih tidal terlambat bagi kita untuk mendidik mereka walau pun mereka dah berkerjaya serta berumahtangga. Petikan ini diharap dapat dibaca oleh ibu/ bapa serta semua anak-anak agar memperoleh rahmat Allah SWT  serta menjadi umat yang berjaya dalam kehidupan dan kebarkatan di akhirat nanti.
Ini lah petikannya:
Thursday, May 29, 2008TAZKIRAH AKHLAK ISLAMIYYAH
ADAB MELAYAN TETAMU
Siapakah tetamu? Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. Apa ada terhadap tetamu?Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;

1. Memberikan layanan yang baik. Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidak mahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alasan, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu. Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang datang layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis. Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir.Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topik yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual,selepas itu jangan pula tetamu tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1perkataan je. Tidak boleh sama sekali. Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T. Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu. Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal  mengenal antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah,ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.
APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
Jagalah adab-adab berikut:
1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan datang pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama.
2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.
3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan  selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah.
4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul.
5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok.
6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu.Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau  yang tidak menutup aurat atau rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu. Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang. Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.

Sunday, January 19, 2014

ADAB MENYAMBUT TETAMU

Assalamu'alaikum.  Semoga kita selalu di bawah naungan Allah s.w.t. selalu.  Diberi hidayah dan bimbingan dari masa ke semasa.
Niat yang betul
Tuan rumah perlu berniat mengharapkan pahala dalam menyambut kedatangan tetamu daripada makanan yang dihidangkan serta sambutan yang baik kepada mereka.  Tetamu juga hendaklah meniatkan pahala daripada mendatangi undangan tersebut
kepada tuan rumah.  Dengan demikain, kedua-dua belah pihak akan mendapat pahala atas sebab itu.
Memuliakan Tetamu
Tuan rumah perlu menerima tetamunya dengan hormat dan memuliakannya, iaitu menerimanya dengan senyuman, wajah yang ceria dan mengucapkan kata-kata selamat datang dan sambutan.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalm masa 3 hari
- Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuan tuan rumah
- Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada  keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah
Menempatkan Tetamu di Tempat yang sesuai
·         Mempersilakan duduk di tempat yang paling selesa
·         Jika tetamu wanita, tempat yang tidak menyingkap aurat mereka
·         Tempat yang tidak tersebar bau yang kurang senag dan kotor
Menyegerakan Hak Tetamu
Tuan rumah perlu segera menghidangkan hak tetamu seperti air minuman, makanan dan sebagainya.  Jangan lambat dalam menyediakan hidangan sehingga tetamu balik.
Menghidangkan makanan merupakan adab yang dianjurkan seperti Firman Allah s.w.t dalam surah al-Dhariyat 51:27 yang bermaksud “Lalu hidangkan kepada mereka…”
Tidak berlebihan dalam menjamu tetamu
Tuan rumah tidak perlu memberatkan kemampuan diri di luar kemampuannya dalam menyediakan makanan kepada tetamu.  Namun, hidangan yang disediakan untuk tetamu perlu disertai dengan sikap memuliakan mereka.  Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih seekor anak lembu yang gemuk untuk tetamunya.  Itu ialah hidangan terbaik yang dimiliki baginda.
Layanan terbaik kepada tetamu
- Melayani sendiri tetamu merupakan satu adab yang dianjurkan dalam al-Quran, sebagaimana dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian ia masuk menemui keluarganya serta membawanya keluar seekor anak lembu (yang dipanggang).  Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: ‘Silakan makan.’” ( surah al-Dhariyat 51 : 26 – 27)
- Antara layanan baik yang boleh diberikan kepada tetamu ialah menyediakan tempat tidur yang selesa, memastikan anak2 kita tidak membuat bising, tidak menganggu tetamu,
sentiasa tersenyum dgn muka yang manis, berbual bertanya khabar sama tentang diri atau keluarga, jaga tutut kata supaya tidak mengikut perasaan dsbnya.

- Elakkan melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu seperti melunjurkan kaki ke arahnya
- Pesan Rasulullah saw: Makanlah bersama tetamu kerana tetamu malu makan bersendirian

 Menghantar ke muka pintu
Apabila tiba waktu tetami akan pulang, tuan rumah perlu menghantarnya sampai ke pintu rumah sebagai tanda memuliakan dan mengormatinya.
Abu ‘ubaid pernah mengunjungi Imam Ahmad di rumahnya. Dia bercerita: “ Ketika aku bangkit ingin pulang, Imam Ahmad juga bangun bersamaku.  Aku berkata: ‘Jangan susah wahai Abu Abdillah.’ Beliau mengatakan bahawa al-Sha’bi berkata: ‘Termasuk kesempurnaan memuliakan tetamu ialah tuan rumah berjalan bersama tetamu hingga ke pintu rumah dan sehingga mereka menaiki kenderaannya.’” (al-Adab al-Shari’yyah, jil. 3, hlm. 227)
Tuan rumah tidak terus masuk ke rumah dan mengunci pintu sejurus tetamu keluar rumah kecuali setelah tetamu sudah berlalu pergi atau kenderaannya sudah bergerak.


Batas-batas pergaulan bersama tetamu
Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat

Kelebihan melayan tetamu
- Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat drpd Allah swt
- Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunungi
- Menarik perhatian orang bukan Islam terhadap keindahan Islam
- Mengiratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan
- Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah swt
 Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.
Wassalam



Renungan Buat Pecinta Syurga: Memuliakan Tetamu Undang Rahmat

Renungan Buat Pencinta Syurga Oleh Mohd Shahrizal Nasir
Renungan Buat Pencinta Syurga Oleh Mohd Shahrizal Nasir
SETIAP individu di dunia ini semestinya pernah dikunjungi oleh tetamu. Mereka yang datang bertandang ke rumah, pastinya dengan hajat dan keperluan tertentu.

Islam amat menitik-beratkan hubungan antara sesama manusia. Oleh itu, Islam telah menggariskan adab dan etika tertentu bagi memuliakan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Sebenarnya, tetamu yang bertandang ke rumah adalah satu amanah ALLAH yang harus ditunaikan haknya. Pihak tuan rumah bertanggungjawab sepenuhnya selama keberadaan tetamu di rumahnya serta berkewajipan membelanjakan sebahagian rezekinya untuk mereka.

Menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya menjadikan seseorang muslim itu memiliki iman yang sempurna. Lebih utama lagi apabila tetamu yang berkunjung ke rumah adalah saudara seagama sendiri. Di sini jelas terpancar keindahan Islam yang amat menitikberatkan amalan bantu-membantu sesama manusia.

Namun, keadaan ini tidak menafikan hak tetamu yang bukan beragama Islam untuk mendapat layanan terbaik daripada pihak tuan rumah yang beragama Islam. Golongan bukan Islam yang menjadi tetamu kepada orang Islam juga berhak mendapat layanan yang terbaik daripada tuan rumah.

Berkaitan hubungan sesama manusia, khususnya yang beragama Islam, Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang menerangkan betapa perlunya kita menghormati dan menyayangi saudara seagama. Perkara ini berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang individu muslim.

Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia menyukai (sesuatu kebaikan terjadi) untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Menghormati serta memuliakan tetamu juga merupakan sunnah para nabi dan rasul sebagai contoh ikutan terbaik buat umat manusia. Misalnya, Nabi Ibrahim adalah antara para rasul yang amat memuliakan tetamunya.

Baginda menerima tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan hati terbuka serta melayani mereka dengan layanan terbaik. ALLAH telah merakamkan perihal baginda yang menghormati tetamunya serta memberi layanan terbaik kepada mereka menerusi firman-NYA:

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” - Surah al-Zariyat : 24-27

Begitu juga dengan kisah Nabi Lut ketika didatangi tetamu yang sebenarnya para malaikat untuk menguji kaum baginda. Tetamu Nabi Lut telah datang ke rumah baginda dengan menyerupai wajah lelaki yang sangat memikat.

Oleh kerana kaum Nabi Lut memiliki perasaan cintakan kaum sejenis, maka mereka berusaha untuk mengganggu tetamu baginda. Lalu baginda telah sedaya upaya menjaga keselamatan para tetamu tersebut daripada menjadi mangsa kezaliman kaumnya yang dilaknat ALLAH. Al-Quran merekodkan kisah ini:

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya) sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: “Wahai kaumku. Di sini ada puteri-puteriku. Mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada ALLAH dan janganlah kamu memberi malu kepadaku di hadapan tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” - Surah Hud : 78

Inilah di antara contoh yang jelas bagi menggambarkan pentingnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Jika disoroti sejarah Rasulullah pula, dapat dilihat bahawa golongan Ansar telah menunjukkan contoh yang baik dalam hal memuliakan tetamu.

Mereka telah memberi layanan dan bantuan yang amat istimewa kepada golongan Muhajirin yang meninggalkan keluarga, harta benda serta kemuliaan di Mekah semata-mata untuk berhijrah ke Madinah.

Segala keperluan hidup yang diperlukan oleh golongan Muhajirin dipenuhi dengan sempurna oleh Ansar. Bahkan, golongan Ansar ini sanggup menceraikan sebahagian daripada isteri-isteri mereka untuk dijadikan isteri kepada kelompok Muhajirin. ALLAH menjelaskan kemuliaan sifat-sifat golongan Ansar ini menerusi firman-NYA:

Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya. - Surah al-Hashr : 9

Sebenarnya, amalan menghormati dan memuliakan tetamu bukan sahaja menunjukkan akhlak yang terpuji, malah ia berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang muslim. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, hendaklah dia memuliakan tetamunya. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah bersabda:

Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat maka hendaklah dia menyambung silaturahim. - Hadis riwayat al-Bukhari

Di antara adab-adab yang dianjurkan oleh Islam bagi memuliakan tetamu ialah menyambut kedatangan mereka dengan perasaan gembira serta berwajah manis, saling bertanya khabar berita, sedaya upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga, menyajikan makanan, menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam. Perkara-perkara ini harus dizahirkan agar para tetamu yang datang merasa selesa dan rasa dihormati oleh tuan rumah.

Apa yang lebih penting, kesemuanya ini disediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah, tidak terlalu berkira atau berlebihan serta bukan dengan niat untuk bermegah-megah atas rezeki dan kemewahan yang dimiliki.

Kemudahan yang disediakan kepada tetamu pula haruslah pada kadar kemampuannya yang sederhana, serta tidak membebankan. Jika berasa terbeban dengan apa yang diusahakan untuk tetamunya, maka ia telah jauh tersasar daripada tujuan sebenar jalinan hubungan baik antara tuan rumah dengan tetamunya. Firman ALLAH:

Dan juga mereka (yang diredhai ALLAH itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidaklah melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. - Surah al-Furqan : 67

Para ulama menyatakan bahawa bertamu yang disyariatkan oleh syarak adalah selama tiga hari. Melayani tetamu pada tahap yang wajib secara yang terbaik mengikut kemampuan hanya untuk sehari semalam sahaja. Manakala dua hari yang selebihnya disyariatkan melayani tetamu dengan apa yang ada di rumah sahaja.

Keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Perbuatan yang pada awalnya dikira sebagai mulia, tetapi jika berlarutan sehingga sampai ke tahap menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri ia akan menimbulkan suasana tidak elok. Malah, mungkin menimbulkan persengketaan pada kemudian hari. Rasulullah bersabda:

Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana caranya dia berdosa?” Jawab baginda: “Orang itu menetap di rumah saudaranya, sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu.” - Hadis riwayat Muslim

Bagi tetamu pula, mereka juga seharusnya menjaga adab serta etika sepanjang berada di rumah orang lain. Contohnya, mereka seharusnya memilih masa yang sesuai bagi pihak tuan rumah sebelum bertandang.

Tidak manis sekiranya tetamu itu datang bertandang pada waktu pagi selepas solat subuh, waktu tengah hari ketika orang sedang beristirehat, waktu maghrib dan juga larut malam. Inilah hak tuan rumah yang mesti dihormati oleh para tetamu.

Penuturan kata-kata juga mestilah sentiasa dijaga agar tidak mengundang rasa kurang senang dan menyakiti hati tuan rumah. Selain itu, tetamu seharusnya sentiasa menjaga setiap tingkah laku serta tidak mengganggu masa tuan rumah yang sepatutnya diperlukan untuk menyelesaikan tugasan harian mereka yang lebih penting.

Tetamu sepatutnya mengucapkan ucapan ‘terima kasih’ di atas segala layanan yang telah diberikan pada akhir kunjungan mereka serta mendoakan kebaikan buat tuan rumah seisi keluarga. Lebih penting, pihak tetamu wajib menjaga rahsia serta aib tuan rumah sepanjang keberadaan mereka di rumah tersebut.

Dalam konteks yang lebih besar, sebagai rakyat sebuah negara Islam terbaik, maka seharusnya kita sentiasa mempamerkan akhlak dan budaya yang terpuji kepada para pengunjung.

Para pelancong serta pelajar asing yang memilih Malaysia sebagai tempat untuk memenuhi hajat masing-masing seperti belajar dan bekerja sebenarnya adalah tetamu negara yang layak diberi layanan terbaik.

Tanpa mengira agama dan budaya, mereka seharusnya diberi bantuan sewajarnya sepanjang berada di negara ini. Sifat tidak kedekut memberi senyuman serta ringan mulut untuk memberi bantuan apabila diajukan soalan-soalan tertentu adalah antara cara bagi menunjukkan tatasusila dan budaya rakyat Malaysia yang mulia seperti mana yang dianjurkan Islam.

Budaya dan akhlak islamiah perlu ditonjolkan bagi memberi keselesaan kepada para tetamu negara sehingga berjaya memikat hati mereka untuk merasai keindahan Islam yang sentiasa menyeru umatnya supaya berakhlak mulia serta menjaga hubungan baik sesama manusia.

Sesungguhnya mereka ini mengundang rahmat dan keberkatan daripada ALLAH dalam kehidupan, menghilangkan dosa serta menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan para tetamunya menurut tuntutan Islam.



Bagi yang tiada masa ke kedai buku, bolehlah membuat pesanan secara pos.  Sila bank in bayaran (menurut harga buku)  ke akaun Karangkraf Mall Sdn Bhd. (Maybank - 0142 7120 4204). Tambah RM7 senaskhah bagi kos pos. Kemudian, fakskan slip bank (nyatakan nama, judul buku, alamat & no.tel) ke 03-5101 7483.

Atau sertakan Kiriman Wang/Wang Pos/Cek atas nama KARANGKRAF MALL SDN. BHD. Kirimkan ke Unit Langganan Karangkraf Mall Sdn Bhd, P/S 7041 Pejabat Pos Besar Shah Alam, 40700 Shah Alam, Selangor.

Sebarang pertanyaan mengenai langganan sila hubungi  03 51017480/7481 /7478 HP: 019-3310102 atau http://mall.karangkraf.com

Menghormati tetamu termasuk tuntutan iman

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Posted in Berita Harian
SESUATU yang menarik dan tidak putus-putus diperkatakan mengenai tradisi menyambut Syawal adalah kunjung-mengunjungi antara sesama saudara, sahabat handai, kaum dan bangsa.

Demikian juga amalan mengadakan rumah terbuka yang bukan saja membabitkan sesebuah keluarga, malah kini dianjurkan pelbagai organisasi dan institusi.

Tradisi ini pula tidaklah menyalahi hukum dan adat, malah amat digalakkan kerana ia membawa banyak kebaikan kepada masyarakat negara ini, khususnya dalam mengerat hubungan antara anggota masyarakat.

Dalam kemeriahan dan keghairahan memenuhi undangan menghadiri jamuan dan rumah terbuka, pasti ada adab-adabnya yang tidak wajar diabaikan.

Adab meraikan tetamu dan memenuhi undangan dijelaskan terperinci dalam kitab Ihya' `Ulumuddin, karangan Imam Muhammad al-Ghazali Jilid 2 muka 10 hingga 13.

Adab ini yang dapat memastikan bahawa setiap tingkah laku dan tindakan tuan rumah yang mengadakan jamuan serta tetamu yang memenuhi undangan kekal terpelihara dan tidak melanggar batas sempadan.

Bagi tuan rumah yang mengadakan jamuan, ia sebenarnya memenuhi tuntutan agama agar sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Ini seperti ditegaskan Rasulullah saw yang bermaksud: "Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu." Amalan mengundang tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama ini juga adalah amalan nabi-nabi.

Misalnya, diriwayatkan Nabi Ibrahim akan berjalan sejauh sebatu atau dua batu untuk mencari orang yang akan bersama-sama dengannya.

Sikap ditunjukkan Nabi Ibrahim ini menunjukkan betapa penting kita menjemput orang lain menjadi tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama.

Apatah lagi, jika mengadakan majlis meriah seperti majlis perkahwinan, jamuan hari raya atau majlis seumpamanya seperti kenduri kesyukuran dan sebagainya. Di sini juga letaknya keutamaan atau kepentingan memberi makan khususnya kepada golongan fakir dan miskin.

Dalam perkara ini, Rasulullah pernah ditanya,yang bermaksud: `Apakah iman itu? Jawab Baginda: `Menghidangkan makanan dan mengucapkan salam.' Dalam menjemput atau mengundang orang lain sebagai tetamu, kita diingatkan supaya tidak membebankan tetamu dengan sesuatu perkara hingga menyusahkannya.

Umpamanya, menetapkan sesuatu peraturan ketika berada di rumah kita hingga membuatkan tetamu berasa tidak selesa. Ataupun, kita memintanya membawa hadiah atau melakukan sesuatu yang jika tidak dilakukan akan menyebabkan marah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu membebankan tetamu atau kamu memarahinya dan sesungguhnya orang yang memarahi tetamu, dia memarahi Allah dan sesiapa yang memarahi Allah, maka Allah murkainya."

Perbuatan memarahi tetamu atau menyebabkan dia berasa tidak selesa. Ia bukan saja bertentangan dengan tata cara ditetapkan Islam, malah menunjukkan yang kita tidak menghormati tetamu.

Sedangkan, menghormati tetamu amat dituntut Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah."

Seterusnya, dalam mengundang tetamu juga, kita hendaklah mengutamakan golongan yang bertakwa atau lebih tepat lagi, orang berakhlak mulia, di samping golongan fakir dan miskin. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Pastikan bahawa makanan kamu dimakan orang yang baik-baik."

Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Seburuk- buruk makanan adalah makanan (di majlis) kenduri yang hanya dijemput golongan kaya dan mengetepikan golongan fakir." Begitu juga dengan usaha mengundang dan menghidang makanan untuk golongan fakir dan miskin.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Sa'id, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap orang Islam yang memberikan pakaian kepada orang Islam lain yang tidak berpakaian, maka Allah akan memberikannya pakaian daripada pakaian hijau di syurga; dan setiap orang Islam yang memberi makan orang Islam lain yang dalam keadaan lapar, maka Allah akan memberikannya makanan daripada buah-buahan dari syurga. Setiap orang Islam yang memberi minum kepada orang Islam lain, maka Allah akan memberikannya minum daripada minuman yang termeteri bekasnya."

Selain golongan fakir dan miskin, kita diingatkan supaya tidak melupakan saudara terdekat kerana tindakan mengabaikan atau mengetepikan mereka hanya akan menyebabkan tersinggung atau melukakan hati mereka.

Lebih buruk lagi, jika ia mengeruhkan hubungan. Sebaik-baiknya, kita dapat menjemput semua tetamu mengikut keutamaan mereka, iaitu bermula dengan terdekat tidak kira sama ada mereka kaum kerabat, sahabat atau kenalan.

Di samping itu, kita diingatkan supaya tidak mengadakan majlis atau menjemput tetamu ke rumah semata-mata untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk.

Sifat yang buruk ini hanya mendatangkan kerugian kerana Allah tidak menerima perbuatan mengundang tetamu itu sebagai ibadat dan tidak akan memperoleh keberkatan.

Sebaliknya, kita hendaklah membahagiakan dan menggembirakan hati saudara seIslam serta menurut sunnah Rasulullah.

Dalam memenuhi undangan juga, kita diingatkan agar tidak menjadikan jarak sebagai halangan kerana ia hanyalah pada adat.

Dalam kitab Taurat atau sesetengah kitab lain menyebut: "Berjalanlah kamu sebatu untuk menziarahi pesakit, berjalanlah kamu dua batu untuk mengiringi jenazah, berjalanlah kamu tiga batu untuk memenuhi undangan dan berjalanlah empat batu untuk menziarahi saudara di sisi Allah."

Perkara ini menunjukkan kita digalakkan memenuhi undangan dan menziarahi saudara walaupun jaraknya jauh.

Adab terakhir adalah menghadiri sesuatu majlis bukan dengan niat memuaskan nafsu makan semata-mata kerana ia akan mendorong kita cenderung kepada hal-hal keduniaan. Sebaliknya, kehadiran kita biarlah dengan niat yang baik.

Mudah-mudahan, kita akan mendapat ganjaran yang baik di dunia dan akhirat.

Memuliakan Tetamu

Memuliakan Tetamu
Dari Abu Hurairah R.A katanya: “ Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
–         hadith riwayat Muslim

Hadith ini membicarakan tentang suruhan Allah:
  1. menghormati jiran tetangga
  2. memuliakan tetamu
  3. berkata yang baik-baik
Namun, untuk posting kali ini saya hanya ingin menyentuh berkenaan dengan suruhan memuliakan tetamu.
Maksud Tetamu.
Maksud tetamu dari sudut bahasa secara ringkasnya bermaksud: seorang yang menziarahi seseorang samada dijemput atau tidak dijemput.
Hebatnya tetamu.
Sungguh hebat orang yang bergelar tetamu ini. Sehinggakan Allah memuliakan mereka setinggi itu. Sehinggakan Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan erti kata lain, seseorang itu belum boleh disebut beriman selama mana ia tidak memuliakan tetamunya. Ini adalah kerana tetamu yang datang menziarahi sudah semestinya mempunyai tujuan dan maksud yang tertentu.
Perintah memuliakan tetamu ini disebut secara am. Ianya tidak disebut tetamu muslim, tetamu kaya, tetamu berpangkat dan sebagainya. Ini bermakna tugas kita memuliakan tetamu tanpa mengira tetamu itu miskin atau kaya, hodoh atau cantik, pangkat rendah atau berpangkat tinggi, bukan Muslim atau Muslim. Semua yang bertandang wajiblah dimuliakan.
Ada beberapa kisah dan hadith berkenaan perkara ini:
Kisah 1
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman A.S pernah ditegur oleh Allah SWT kerana melayan tetamu dengan tidak sepenuh hati.
Pada suatu hari Nabi Sulaiman AS telah dikunjungi oleh seorang tetamu. Dia adalah seorang yang kafir. Baginda pada waktu itu berfikir bahawa tidak perlu tetamu itu dimuliakan dan dihargai sepertimana tetamu dari kalangan pengikutnya kerana dia adalah seorang yang kafir. Lantas baginda hanya menghidangkan tetamunya dengan minuman dan bercakap dengan seadanya.
Sekembalinya tetamu itu, baginda telah didatangi malaikat Jibril A.S menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau melayan tetamu seperti itu ?
Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?”
Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?”
“Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin.
Jibril : “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?”
Nabi Sulaiman : “Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril : “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Nabi Sulaiman A.S terdiam dan terus bersujud”.
Nabi Sulaiman : “Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.”
Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, pergilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”.
Dengan segera Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman A.S dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”
Tetamu tadi menoleh dan melihat keadaan Nabi Sulaiman dengan kehairanan lalu bertanya: “Kenapa?”
“Saudara… sudikah kamu memaafkan tingkah laku saya tadi, ketika mana kamu menjadi tetamu di rumah saya tadi?”
Orang itu diam. Jauh di sudut hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda.
Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?”
“Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya.
“Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” Tetamu itu terus bertanya.
“Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu sebagai tetamu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?” Nabi Sulaiman menerangkan keadaan sebenar.
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub.
“Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” ucap si tetamu.
Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.
Sebenarnya bila Allah memerintahkan kita berbuat sesuatu ataupun meninggalkan sesuatu pasti akan ada hikmahnya yang besar di sebaliknya. Lihatlah, dengan hanya memuliakan tetamu bisa membuatkan hati seorang kafir menjadi lembut dan menerima Islam.
Kisah 2
DIKISAHKAN bahwa ketika berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah.”
Setelah fakir itu berkata demikian, maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.
Sebaik gadis itu memberikan roti itu, maka keluarlah bapa gadis berkenaan yang bakhil terus memotong tangan kanan anak gadisnya hingga putus.
Sejak peristiwa itu, Allah mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya hingga dia menjadi seorang yang fakir. Akhirnya, dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah itu.
Ibu itu terpegun dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis itu dan berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis berkenaan. Maka, selepas perkahwinan itu selesai, si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia kudung kerana ibunya merahsiakan perkara itu. Apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.
Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata: “Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tata cara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”
Selepas si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.
Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu: “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah SWT, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana-Allah, maka tidak ada halangan bagi-Allah SWT memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”
Setelah gadis itu mendengar suara itu, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya dan mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya. Dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir. Sesungguhnya apabila dia datang ke rumah kita, maka dia adalah tetamu kita.
Hadith 1

Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah, beliau berkata: “Pernah datang seorang lelaki kepada Nabi, lalu berkata: ‘Sesungguhnya aku sangat lapar’.
Baginda pun menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada salah seorang isteri Baginda, namun isteri Baginda berkata: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air.
Baginda pula lalu menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada isteri Baginda yang lain, namun isteri Baginda ini juga mengatakan hal yang sama, sehingga semua isteri Baginda juga mengatakan hal yang sama, iaitu: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air.
Nabi lalu berkata kepada sahabat: Adakah daripada kamu yang mahu menjamu orang ini malam ini? Seorang daripada kalangan Ansar berkata: Saya, wahai Rasulullah. Seterusnya, orang itu pun membawa orang tadi ke rumahnya. Sesampai di rumah, dia berkata kepada isterinya: Muliakanlah tetamu Rasulullah ini.
Dalam riwayat lainnya disebutkan bahawa dia berkata kepada isterinya: Adakah engkau mempunyai makanan? Isterinya menjawab: Tidak, kecuali hanya sebatas yang cukup untuk makan anak-anak kita.
Dia berkata: Lakukanlah sesuatu yang boleh membuat mereka lupa makan. Jika mereka teringat minta makan, maka dodoikanlah mereka. Seterusnya, jika tetamu kita sudah siap untuk bersantap apa yang kita hidangkan, padamkanlah lampunya dan tunjukkanlah tanda bahawa kita seakan-akan juga ikut makan.
Akhirnya, mereka duduk bersama di ruang makan dan tetamu itu pun menyantap makanan, sementara tuan rumah melalui malam harinya dengan perut kosong. Pagi harinya, orang Ansar tadi melaporkan apa yang diperbuatnya semalam kepada Nabi dan Baginda berkata: Sesungguhnya Allah merasa gembira terhadap apa yang kamu lakukan terhadap tetamu kamu malam tadi.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Lihatlah betapa para sahabat sezaman Rasulullah begitu menghormati tetamu melebihi kaum keluarga sendiri demi mengharap keredhaan Allah.
Hadith 2

Lagi Hadith tentang memuliakan tetamu ini:
Dari Abu Syuraih Al ‘Adawi r.a. katanya :
“Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat, ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya jamuan tambahannya.”
Mereka bertanya : “Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah”
Beliau menjawab : “Sehari dan malamnya” Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah sedekah.”.
Beliau bersabda lagi : “Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja”.
(Hadis sahih riwayat Muslim)
Dalam hadith ini Rasulullah telah menerangkan tentang layanan istimewa terhadap tetamu dan tempoh masa yang WAJIB (3 hari) melayan tetamu dengan layanan yang istimewa.
Walaupun Islam begitu menitik beratkan perihal memuliakan tetamu, namun Islam juga melihat kepada tuan rumah ataupun orang yang menerima tetamu di mana tamu tidak boleh memberati atau menyusahkan tuan rumah.
Hadith 3
Dari Abu Syuraih Al Khuza’i r.a katanya :
“Rasulullah s.a.w. bersabda : “Menerima tamu tiga hari dan jamuan tambahannya sehari semalam. Tidak halal bagi seorang Muslim bertamu dirumah saudaranya sampai menyebabkan saudaranya berdosa.”
Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa?
Baginda menjawab : “Dia masih tinggal dirumah saudaranya itu, sedang saudara itu tidak mempunyai apa-apa untuk menyediakan makannya.”
– Hadis sahih riwayat Muslim
Mengikut hadith ini tidak halal ataupun berdosa jika tetamu terlalu lama menjadi tetamu tuan rumah (melebihi 3 hari) sehinggakan menyusahkan tuan rumah untuk memenuhi layanan.
Hadith 4
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menghormati tetamu, menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahan Alah SWT . Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah.”
Hadith 5
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”
Adab-adab layanan kepada tetamu.
Dalam melayan tetamu yang bertandang, ada adab-adab yang perlu dijaga seperti :
Memberikan layanan yang baik
  • menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka, kalau boleh di muka pintu atau di halaman rumah
  • Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menjemput tetamu masuk dan menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
  • Wajib menutup aurat.
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
  • Menyediakan tempat duduk yang selesa dan bersih.
  • Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.
Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
  • Menyediakan makanan dan minuman yang terbaik mengikut kemampuan.
  • Makan bersama-sama tetamu.
  • Jaga tingkah laku ahli keluarga ketika makan bersama-sama tetamu.
  • Jangan mengemas meja makan sebelum tetamu selesai makan.
Bersifat ikhlas dan berlapang dada
  • Gembira dan berlapang dada atas kedatangan tetam
  • Tidak merasa kedatangan mereka mengganggu perjalanan kehidupan dan aktiviti harian kita.
Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu mengikut kemampuan
  • Menyediakan keperluan tandas dan bilik air yang bersih kepada tetamu
  • Memberi keselesaan kepada tetamu seperti kipas angin dan sebagainya mengikut kemampuan
Adab-adab yang tersenarai ini adalah yang terlintas di fikiran saya semasa mengarang posting ini. Ada banyak lagi perkara-perkara yang baik yang sepatutnya kita lakukan kepada tetamu kita mengikut keadaan yang tertentu.
Hikmah Memuliakan Tetamu

Antara hikmah-hikmah suruhan Allah ini adalah :
  • Ia adalah sunnah Rasulullah dan suruhan Allah – membuatnya anak diberi ganjaran oleh Allah.
  • Dengan sikap memuliakan tetamu ia akan lebih mengeratkan tali silaturrahim dan mengekalkan ukhuwwah sesama manusia (baik muslim maupun bukan Islam)
  • Ia akan menolong tetamu yang dalam musafir terutama dari aspek tempat tinggal,  makan minum dan keperluan asa yang lain.
  • Ia akan meninggikan darjat diri tuan rumah yang mana dia akan dimuliakan orang.
  • Sikap ini akan meninggikan lagi syiar Islam di mana orang-orang bukan Islam akan dapat melihat tingginya akhlak seorang muslim dan ini akan sedikit sebanyak menarik minatnya kepada Islam
  • Orang yang melayan tetamunya akan sentiasa murah rezeki dan mendapat rahmat dari Allah
  •  Orang yang memuliakan tetamu akan mendapat pahala sedeqah atas layanan yang diberikan kepada tetamunya.

Konklusi
Allahuakbar. Besarnya hikmah-hikmah yang tersembunyi disebalik perintah Allah menyuruh kita ummat Islam memuliakan tetamu.
Di sini saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga pembaca  blog sekelian supaya amalkanlah sikap memuliakan tetamu. Percayalah, apa yang kita bagi baik tenaga maupun harta benda yang kita korbankan untuk di berikan kepada tetamu dengan ikhlas demi melaksanakan perintah Allah, setiap satunya akan di balas Allah dengan kebaikan.
Jauhilah sikap bermasam muka kepada tetamu. Kepada suami dan bapa, didiklah isteri dan anak-anak kita untuk turut sama memuliakan tetamu. Tidak perlulah membuat pelbagai alasan (sehinggakan ada yang sanggup menipu hanya sekadar untuk mencipta alasan) untuk mengelakkan daripada menerima tetamu ataupun supaya tetamu memendekkan waktu ziarah. Dengan perbuatan ini bukan sahaja mendapat dosa bercakap bohong malah rahmat Allah juga akan meninggalkan kita.
Kepada kawan-kawan saya yang pernah bertandang ke rumah saya yang tidak seberapa ini, maafkan saya jika layanan sebelum ini tidak memuaskan hati. Jangan jemu datang lagi. insyaAllah selepas ini saya akan cuba memberikan yang terbaik mengikut kemampuan saya kepada anda sebagai tetamu saya. Moga usaha ini akan mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan olehNya. Amiin.
Kepada sahabat-sahabat saya yang pernah menjadi tuan rumah sewaktu saya menjadi tetamu, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Maaf jika saya menyusahkan sahabat.

Wallahua’lam.