Jumaat, 2 Mac 2012

BILA SIMUDA TAK MUHASABAH DIRI...SITUA DULU LAH LAHIR DAN BERKECIMPUNG...BILA PANDAI SIKIT DAN BERPANGKAT SIKIT LUPA DIRI...LUPA SITUA..

Lynas: Ulama perlu nyatakan pendirian

Mohd Azmi Abdul Hamid, 01 Mac 2012
Teras menggesa agar golongan ulama dapat menyuarakan pandangan mereka mengenai isu projek Lynas yang dibantah oleh rakyat. Ini adalah kerana terdapat hujah mengenai mudharat dan manfaat yang menjadi isu yang diperbahaskan.
Walaupun pandangan ulama mungkin tidak diambilkira oleh syarikat Lynas, namun pandangan ulama akan memberi kesan kepada bantahan yang sedang ditunjukkan oleh rakyat.

Sehingga ini umum mendapat maklumat bahawa projek Lynas akan mendedahkan masyarakat persekitaran kepada risiko radioaktif akibat buangan sisa dari loji berkenaan. Terdapat juga alasan saintifik yang dikumpulkan oleh pakar sains yang mendedahkan memang ada mudharat yang bakal dihadapi oleh penduduk di sekitar loji Lynas dalam jangka masa panjang.

Akan tetapi terdapat juga hujah yang menyatakan bahawa ia tidak merbahaya dan boleh mendatangkan manfaat kepada ekonomi negara dan mengujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat. Hujah ini masih boleh dipertandingkan kerana Malaysia sudah ada pengalaman berhadapan dengan kesan kepada kesihatan manusia seperti yang berlaku di Bukit Merah, Perak.

Lynas yang merupakan  syarikat yang bermodal ratusan juta sememangnya akan mempertahankan hujahnya kerana keuntungan lumayan yang bakal diraih juga besar.

Dalam hal inilah Teras berpendapat ulama harus tampil untuk memberikan pandangan tanpa berpihak melainkan hanya kepada kebenaran, agar kemaslahatan rakyat diberi keutamaan dan pandangan dari sudut syarak dijadikan rujukan.

Sudah sampai masanya ulama megenengahkan sisi pandangan syariat dalam pelbagai projek-projek yang menjejaskan maslahat masyarakat dan alam sekitar.

Teras berpendirian bahawa Himpunan Hijau 2.0 yang telah diadakan dan menghadhirkan ribuan rakyat di Kuantan beberapa hari yang lalu sudah semestinya membawa makna yang serius terhadap projek Lynas. Tidak mungkin kemarahan sedemikan ramai rakyat boleh diketepikan.

Lynas Corporation dari Australia dikatakan akan membina kilang memproses Bumi Nadir (Rare Earth) di Kuantan yang terbesar di dunia  bernilai RM700 juta. Kilang di Kuantan itu dijangka siap dibina dan beroperasi pada Julai-Sept 2011.

Tidak dinafikan kilang memproses Bumi Nadir  sangat terkenal meninggalkan sisa atau produk sampingan radioaktif iaitu  Thorium – ada yang mengatakan ia hanya punya sedikit unsur radioaktif. Akan tetapi sedikit  tidak mungkin  boleh dianggap selamat apatah lagi jika 22,000 ton setahun sisa toksid  dikeluarkan.

Pengalaman di Bukit Merah, Perak yang pernah dahulu juga digelar "tapak sisa radioaktif  terbesar di  Asia" harus diambil kira. Setelah ia didapati mengakibatkan pelbagai isu kesihatan yang serius (kanser, kecacatan bayi dan lain-lain) dan akibat tekanan dari penduduk tempatan telah menyebabkan ia diarah  tutup  pada  1992. Proses membersihkan sisa toksid di tapak kilang tersebut  yang menelan belanja rRM100 juta masih dijalankan secara senyap untuk mengelakkan dari pengetahuan masyarakat.

Soalnya jika kilang ini dianggap selamat kenapa negara lain menolak kilang ini. Inilah kilang pertama selepas 30 tahun  seumpama ini dibina di luar China? Adakah Malaysia terlalu perlu membina kilang itu di sini?

Di China  pun,  kilang tersebut diletak di kawasan pedalaman di Mongolia, jauh dari kawasan penduduk. Bagaimanapun kilang yang akan dibina di Kuantan  hanya 25 km dari Bandar Gebeng.

Kuantan akan menjadi tapak pembuangan toksid beradioaktif berskala besar. Natijahnya, kemungkinan bahan radioaktif secara perlahan-lahan menyerap ke air bawah tanah , sungai, laut dan ikan tidak dapat ditolak. Jika sebarang kejadian bencana berlaku ia akan mendedahkan penduduk kepada pencemaran radioaktif di dalam semua sistem air yang ada dan  suatu malapetaka besar bakal berlaku.

Kita perlu mengambil pelajaran dari gempa bumi dan tsunami  yang berlaku di Jepun yang melibatkan janakuasa nuklear terbakar. Malaysia tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan bencana yang melibatkan bahan radioaktif.
Walaupun sisa radioaktif didakwa akan dikitar semula untuk dijadi bahan binaan jalan, ia tidak terlepas dari risiko kepada masyarakat.

Yang pasti radioaktif yang dikeluarkan sedikit demi sedikit adalah tidak selamat. Thorium mempunyai jangka hayat 14.05 bilion tahun dan isu sejauh mana pekerja dikilang itu akan bersentuhan dengan debu bumi nadir itu ketika ia diproses, belum jelas. Sisa air kilang Lynas yang bakal dibuang setiap hari dijangka sebesar 3 kali ganda saiz kolam mandi Olimpik dan kesan yang bakal diterima juga tidak pasti.

Yang pasti jika suatu kemalangan berlaku di loji tersebut, kemusnahan yang akan terjadi sukar untuk dipulihkan kembali.

Kilang mendakwa akan menapis atau memantau dan membersihkan sisa. Soalnya, siapakah yang akan memantau dan apa kriteria keselamatan yang akan diguna?

Nampaknya Malaysia dipilih oleh syarikat Australia itu kerana ia tidak ada sistem membahaskan projek seperti ini untuk diluluskan melalui parlimen dan tidak ada peraturan yang ketat sebagai syarat kelulusan seperti yang baru diperkenalkan di China.

Di samping itu, Malaysia memberi pengecualiaan cukai selama 12 tahun kepada Lynas.

Keghairahan Kuantan sebagai Zon Ekonomi Khas menerima pelabur asing walaupun termasuk jenis industri yang membawa bahan kimia toksid dan radioaktif, tidak akan menjamin keselamatan kepada rakyat.

Teras menuntut kerajaan supaya menjelaskan apa kaitan sisa buangan Lynas iaitu Thorium  dengan Malaysia bercadang untuk membina janakuasa nuklear. Kerajaan perlu telus dan berterus terang mengani isu ini.

Kerajaan juga tidak boleh bergantung kepada dokumen Lynas semata-mata untuk meluluskan projek ini ketika menentukan risiko kepada manusia, penduduk dan alam sekitar.

Jika benar ia selamat seperti yang didakwa oleh syarikat tersebut kenapa ia tidak dibina di Australia itu sendiri? Jika Lynas sukar untuk meyakinkan masyarakat dan ahli politik di Australia untuk menerima loji itu, kerajaan Malaysia tidak harus tunduk untuk mudah menerima loji yang mendedahkan penduduk kepada risiko.

Teras turut membantah projek ini. Selagi tidak ada ketelusan dalam membuat keputusan dipihak kerajaan, jaminan Lynas bahawa loji tersebut adalah selamat, tidak meyakinkan kami.

Gesaan kami bahawa ulama perlu bersuara adalah bersandarkan syariat Islam mempunyai perspektif dan kaedah yang tepat bagaimana sesuatu itu boleh diterima atau ditolak.

Kerajaan perlu menghormati  pandangan dari sudut syar'ie kerana dengan ini sahaja segala kekusutan dapat dirongkai dengan lebih mantap.

Mohd Azmi ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Kelantan ambil berat kegiatan anak muda

Muhammad Yusri Amin, 01 Mac 2012
KOTA BHARU, 1 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri mengambil perhatian berat terhadap kegiatan anak muda terutama membabitkan kegiatan kebajikan dan kesihatan.
Justeru Menteri Besar berkata, kerajaan negeri berhasrat mengembangkan ‘prinsip kesihatan’ rakyat termasuk sukan ‘bina badan’ serta disiplin pemakanan dan riadhah rakyat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Presiden Persatuan Bina Badan Negeri Kelantan (KEBBA), Azaizuree Ahmad, 33, di Hospital Pakar Perdana di sini petang tadi.

Azaizuree terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh malam kelmarin apabila Ford Ranger yang dipandunya bertembung dengan Toyota Rush dipandu Che Aminudin Abdullah, 42, yang terbabas dan terbakar.

Azaizuree dari Kampung Bukit Kecik, Melor dan penumpangnya, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaung Lati, Pasir Mas tercedera dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Azaizuree kemudiannya diberi rawatan susulan di Hospital Pakar Perdana di sini.

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdaganan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Zulkifli Mamat.

Hadir sama Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hafiz Musa dan atlit bina badan negeri, Mohd Khushairi Siban.

“Pertama sekali, orang sakit, kita disunatkan melawatnya. Kedua, kalau orang sakit itu mempunyai status di kalangan masyarakat adalah lebih mustahak lagi dilawati, kita ‘beri ketenangan hati’ kepadanya,” ujarnya.

Tuan Guru mendoakan semoga pesakit itu diselamatkan Allah Taala.

“Dia adalah pemimpin satu NGO bina badan, dan ianya merupakan satu benda baru terutama di kalangan orang Melayu,” ujarnya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada Azaizuree.

Umno Kelantan melutut kepada Tengku Razaleigh?

Mohd Sayuti Omar, 01 Mac 2012
Menurut maklumat dari Fb Sdr Sobere Shafei petang semalam Mustapa Mohamed bersama Awang Adek Hussein dan Annuar Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah di kediamannya di Langgak Golf, Ampang. Kurang pasti apakah tujuan kunjungan hormat itu, apakah mereka ingin memberi tahu Tengku Razaleigh bahawa nama anak raja Kelantan itu masih disenarai sebagai calon BN di Gua Musang atau apa?


Atau kunjungan itu ada kena mengena dengan pemergian Najib Razak ke Kelantan esok dalam rangka kerja sekaligus berkempen.


Mungkin 'tiga pahlawan' Kelantan itu datang bersembah lutut untuk meminta Tengku Razaleigh pulang meraikan Najib di Kelantan. Kalau Tengku Razaleigh ada sama mungkin keadaanya lebih gah lagi. Maklumlah Tengku Razaleigh orang lama kalau dia berada dalam majlis Najib boleh menambahkan seri kepada Umno.


Di celah-celah ini saya hendak tanya sedikit, kenapa Annuar Musa yang mengiringi Mustapa dan Awang Adek untuk berjumpa Tengku Razaleigh. Atas kapasiti apakah beliau ikut sama ke Langgak Golf? Kenapa tidak Norzaidi Omar selaku setiausaha badan perhubungan Umno atau pun Hanafi Mamat selaku Bendahari Umno? Kenapa Annuar Musa. Dia tidak ada apa-apa jawatan dalam badan perhubungan Umno Kelantan kecuali sebagai ketua bahagian Ketereh.


Apakah kerana Annuar Musa kini selaku Presiden Kafa yang mana dia mendakawa kira-kira 200,000 penyokong pasukan gedebe merah Kelantan telah menyokong Umno? Begitukah. Dan kalau benar begitu apakah kena mengenanya penyokong pasukan bola Kelantan dengan Umno? Tidak semestinya orang yang membeli tikit untuk tengok pasukan red warriors Kelantan akan menyokong Umno.

Annuar nampaknya telah cuba hendak menjual dirinya seorang yang hebat mengurus pasukan bola sepak dengan kecerahan suka bola sepak di Kelantan akhir-akhir ini. Tetapi sekali lagi... mengurus bola tidak secara automatik boleh mengurus parti. Telah lebih 10 tahun Annuar Musa menjadi timbalan pengerusi Umno Kelantan, Umno tetap juga kalah. Umno tidak mengalami apa-apa perubahan, statik dari segi sokongan. Keadaan itu membuktikan Annuar gagal dalam politik. Dia sendiri sudah tiga kali kalah.

Apapun bagus kalau Mustapa, Awang Adek atau Annuar Musa teringatkan Tengku Razaleigh. Seharusnya begitulah kalau Umno ingin kuat dan bercita-cita untuk merampas Kelantan. Pemimpin masa kini perlu mendekati dan mendampingi pemimpin veteran yang berjasa seperti Tengku Razaleigh dan lain-lain itu. Tanpa kerjasama dan komitmen Tengku Razaleigh agak mustahil untuk Umno dapatkan Kelantan. Rahsia kekuatan Umno masih ditangan Tengku Razaleigh. Hakikat ini kena diterima.


Sepatutya mereka bertiga tidak 'buat huduh' kepada Tengku Razaleigh. Mereka tidak patut melupai Tengku Razaleigh. Sepatutnya mereka mengunjungi Tengku Razaleigh bukan hari tetapi sejak lama dulu. Mereka perlu dekat dan belajar daripada bekas Menteri Kewangan itu bagaimana hendak mencabar Pas. Mereka perlu menjadikan Tengku Razaleigh sebagai biduwanda tua yang memiliki seribu kemahiran.


Saya telah catat dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, dalam sejarah hidup Tengku Razaleigh beliau telah berjaya menjatuhkan dua kerajaan di Kelantan. Pada tahun 1978 beliau telah menumbangkan kerajaan Pas ketika. Dan pada tahun 1990 bersama Pas beliau telah menumbangkan kerajaan Umno yang dibinanya pada tahun 1978.


Tidak siapa dapat nafikan kejayaan-kejayaan ini adalah hasil daripada kerja dan strategis halus politik Tengku Razaleigh.


Sejarah itu sepatutnya dikenang oleh Mustapa, Awang Adek dan Annuar Musa yang boleh dianggap sebagai anak dan adek Tengku Razaleigh. Sayangkan mereka terlupa dan tidak melihat kehebatan Tengku Razaleigh itu. Mereka 'semabu mata' dengan pandangan dan kata-kata Mahathir Mohamad yang mengecam dan 'buat huduh' kepada Tengku Razaleigh. Annuar Musa terutamanya terbelit dalam air ludah Mahathir.


Tengku Razaleigh seorang yang gentleman dan berhemat tinggi. Dia masih terima kunjungan tiga 'pahlawan botol' itu. Beliau masih sediakan air dan kueh mueh. Kalau saya jadi anak raja itu, usahkan jamu kueh, terima masuk ke dalam rumah pun tidak. Cukuplah dengan apa yang mereka lakukan kepada Tengku Razaleigh selama ini yang melupai asal usul dan masinnya budu saat Tengku Razaleigh turun gelanggang menentang musuh.


Wajar kalau Tengku Razaleigh berbuat begitu. Apa yang mereka bertiga itu dan para pemimpin Umno Kelantan tidak lakukan kepadanya. Annuar Musa jika boleh diungkitkan dialah orang yang mengkhinanti dan derhaka kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Dialah orang yang berkata, "saya sayangkan Tengku Razaleigh, tetapi saya lebih sayangkan Umno", ketika berlaku perlawanan di antara Tengku Razaleigh dengan Mahathir untuk merebut jawatan presiden.

Apa maksud Annuar Musa itu. Dia rela membelakangkan kawan dan sahabat dari negeri sendiri dan mengangkat Mahathir setinggi langit. Nah, hari ini ketika Umo Kelantan tercungkap-cungap untuk merampas Kelantan mereka menebalkan muka datang berlutu di depan Tengku Razaleigh.


Begitu juga dengan Mustapa Mohamad dan Awang Adek, lebih kurang sama dengan perangai dan jahat budi Annuar Musa. Semasa Tengku Razaleigh bercadang hendak mencabar Abdullah Badawi untuk jawatan presiden kerana beliau nampak Abdullah tidak mampu memimpin parti dan kerajaan, kedua ketua bahagian ini tidak sudi pun memberi pencalonan kepadanya. Mereka lupa nama Tengku Razaleigh tetapi ingat nama Abdullah.


Mengenang perbuatan dan jahat budi itu sepatutnya Tengku Razaleigh tidak melayani mereka apa lagi untuk memberi nasihat dan formula terbaik dalam politik. Tetapi Tengku Razaleigh bukan seperti saya yang memang tidak boleh masuk parti politik; Tengku Razaleigh seorang yang berhemat, tinggi budi dan sedia melupai perbuatan huduh orang ke atasnya. Inilah kelebihan dan keistimewaan Tengku Razaleigh yang saya lihat kontras dengan dirinya sebagai anak raja yang selalunya sepatutnya ego dan sombong.


Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, kenapa huduh perangai orang Umno Kelantan terhadap Tengku Razaleigh? Saya juga mencari apakah dosa Tengku Razaleigh terhadap Umno Kelantan sehingga kebaikan yang dibuatnya tidak diingati. Sikap huduh perangai inilah yang melemahkan Umno. Kalau mereka sepadu dan sepakat menyokong sesama mereka, sudah lama Umno Kelantan berjaya merampas Kelantan. Atau pun sudah lama negeri Kelantan mendapat seorang perdana menteri sama seperti Johor, Pahang dan Kedah.

Saya masih ingat sewaktu kali pertama Tengku Razaleigh hendak melangkah ke jawatan nombor dua beradu kekuatan (bertanding) dengan Musa Hitam, (1982) orang Kelantanlah juga yang mengkhianti Tengku Razaleigh. Bahagian Rantau Panjang yang dipimpin Hussein Ahmad (Hussein Serama) awal-awal mencadangkan nama Musa Hitam.

Begitu juga dengan Muhammad Yaacob (Allahyarham) yang boleh jadi MB kerana Tengku Razaleigh juga tidak menyokong Tengku Razaleigh. Seorang lagi ialah Ketua Umno bahagian Kuala Krai Dr Nik Hussein Abdul Rahman. Orang-orang inilah menjadi penentang Tengku Razaleigh, kawan melupai kawan.

Manakala kali kali kedua Tengku Razaleigh mencuba, kali ini untuk jawatan nombor satu berlawan dengan Mahathir, (1987) orang Kelantan juga tidak memberi sokongan padu kepadanya. Sekali lagi Hussein Ahmad menjadi sang bota jaguh menolak Tengku Razaleigh. Dan kali ini ia dikuti sama oleh Annuar Musa.


Saya pernah menghimbau perkara ini, kegagalan Tengku Razaleigh untuk menjadi pemimpin nombor satu negara disebabkan sikap rakannya sendiri dari Kelantan. Kekecewaannya ialah kerana pemimpin Umno Kelantan tidak dapat melihat dan membezakan di antara intan dengan kaca. Mereka lebih terpesona dengan kaca dari luar Kelantan dengan intan yang berada di bawah telapak kaki mereka. Pemimpin Umno Kelantan dari dulu dan kini tidak merupakan jauhari yang mengenali maknikam.


Seperti dikatakan tadi, tindakan Mustapa, Awang Adek dan Annuar berjumpa Tengku Razaleigh elok untuk Umno Kelantan. Tetapi kalau Tengku Razaleigh tidak memenuhi kesemua kehendak mereka jangan marahkan beliau. Sebab sebagai manusia Tengku Razaleigh juga ada hati dan perasaan. Sebaik-baik Tengku Razaleigh dia juga ada sejuris perasaan amarah. Apa lagi selalu terjadi saat Umno Kelantan berada dalam keadaan bahaya, air di paras hidung barulah ada orang terhegeh-hegeh datang untuk meminta sufaat dan berkat darinya.
tang meminta tolong nya.

Iya Tengku Razaleigh baik, humble, berhemat dan berbudi pekerti tetapi dia juga ada prinsip dan maruah yang menjati dirikan dia sebagai seorang pemimpin bersifat negarawan. Kalau mereka bertiga jujur menjelang perhimpunan agung Umno yang melibatkan pemilihan nanti cadang dan sokonglah Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan presiden? Bolehkah? - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Tumpu PRU13, jangan terperangkap titik bengik

Harakahdaily, 01 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal perlantikan pimpinan dari kalangan bukan Islam dalam parti.


Ini, katanya kerana perlembagaan parti jelas memperuntukkan Islam sebagai syarat utama dengan menjadikan al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias sebagai rujukan.

“Tidak mungkin seseorang yang tidak yakin dengan sumber rujukan parti akan dipilih sebagai pimpinan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan media  mengenai pandangan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Justeru, Tuan Ibrahim menambah, PAS menyeru seluruh ahli memberikan fokus kepada persiapan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang semangkin hampir.

“Jangan terperangkap dengan plot yang dirancang oleh musuh, tanpa kita sedari. Kerana terlalu banyak masa, tenaga dan tumpuan kepada titik bengik dalaman parti, sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan Pilihan raya Umum,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

SEDARLAH KITA KEBANYAKAN KITA DAPAT ILMU SEKULAR...JANGAN RASA HAIRANKAN DIRI..DULUKAN JEMAAH BUKAN EGO DIRI..TAK DE SAPE TAK BUAT SILAP...KAJI BURUK DIRI JANGAN BURUK ORANG HINGGA LUPA BURUK SENDIRI....

Pertemuan mahabbah PAS Pusat, Kedah malam esok

Hazayani Zakaria, 02 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Semua ahli jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan pertemuan mahabbah dengan PAS Kedah malam esok bagi mendengar segala permasalahan di pihak kepimpinan parti negeri itu.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

"Kami mengambil keputusan untuk mengadakan pertemuan pada Sabtu di Alor Setar, Kedah di mana kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua belah pihak iaitu Ustaz Azizan dan Datuk Phahrolrazi," kata beliau selepas mesyuarat khas jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Mesyuarat kira-kira empat jam itu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS Pusat yakin isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik setelah mengadakan 'pertemuan mesra' dengan semua peringkat di Kedah.

"Malam ini kami telah mengadakan perjumpaan secara harmoni, dan mengambil berat apa yang berlaku.

"Oleh itu, PAS akan turun bermesra dengan semua peringkat iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan perhubungan negeri dan akan dengar semua pandangan dan penyelasain sedang diatur dan saya yakin PAS akan muncul lebih kuat selepas ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media, setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Selasa lalu, Mohamad Sabu, Salahudin Ayub dan Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Azizan dan Phahrolrazi secara berasingan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Hasil pertemuan tersebut dibawa ke mesyuarat malam tadi.

Selasa lalu, lapan  Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing  di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Bagaimanapu, Phahrolrazi dikatakan enggan menyambung jawatannya.

Jangan jadi tua sebelum tua

Abu Syahid Al-Tilmisani,
Apabila seorang tokoh politik tanah air, Dr Dzulkefly Ahmad membawa cadangan asing, "Timbalan Presiden PAS adalah dikalangan bukan Islam", timbul pelbagai persepsi yang menarik serta yang bersifat negatif.

Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bahawa kepimpinan PAS adalah muslim yang soleh tanpa mengira bangsa, manakala Tuan Ibrahim menasihatkan supaya fokus kepada gerak kerja pilihan raya dan jangan terperangkap dengan musuh.

Kita sebagai anak muda yang mempunyai nilai intelektual jangan jadi tua sebelum tua. Lontaran idea Dr Dzulkefly perlu dibahaskan oleh anak muda yang ada nilai akademik dan jangan cepat menutup ruang perbincangan.

Teringat kepada Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad yang pernah melontarkan idea hebat "keahlian kepada bukan Islam", idea ini bukan sahaja ditolak malah dikecam sebagai tidak masuk akal pada waktu itu dengan alasan ini Parti Islam!!.

Tapi setelah 50 tahun, ijtihad politik Allahyarham Professor Dr Zulkifli Muhammad ini baru dibahaskan dan mulai ramai yang menerimanya sebagai idealisme yang realistik pada zaman ini.

Kembali kepada idea Dr Dzulkefly Ahmad ini, jangan mudah menghentam dengan alasan-alasan yag taboo seperti "ini parti Islam, ini jemaah islam, kepada siapa kita ingin wala' dan sebagainya yang berbunyi islamis sehingga ruang perbincangan akhrinya tertutup.

Seharusnya anak mudalah yang segera menyambutnya dengan diskusi ilmiah, pembentangan kertas kerja, debat terbuka bagi melahirkan kematangan dan penjelasan kepada lontaran idea besar ini.

Apa guna gerakan Islam mahasiswa seperti GAMIS, PKPIM, IKRAM & juga ISMA jika idea-ida seperti ini tidak mahu dibincangkan dalam dunia intelektual mahasiswa.

Parti Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir, Parti Huriyyah Wal 'Adalah telah membuka ruang ijtihad politik yang hebat dengan melantik bukan Islam sebagai pimpinan parti tersebut. Ia seiring dengan keadaan massa politik di Mesir. Begitu juga dengan ijtihad parti gerakan Ikhwan Muslimin di Tunisia, Parti Nahdah yang mengumumkan tidak akan fokus kepada perlaksanaan undang-undang Islam sebaik sahaja memerintah. Ini semua ijtihad-ijtihad politik yang agak janggal tetapi sudah dilaksanakan di negara mereka.

PAS sebagai Parti Islam dibahaw gerakan Islam massa perlu melihat kepada ijtihad-ijtihad politik yang membantu mengembangkan PAS kepada umat seluruhnya di Malaysia ini. Cukuplah untuk PAS memandang hebat kepada Iran dan Hizbullah di Lubnan yang dikaitkan dengan kejayaan politik mereka. Zaman mereka sudah berakhir dengan bangkitnya The Arabic Spring kini. Mari kita buka kembali perbincangan yang berbentuk ilmiah dan penuh idealisme ini untuk menuju kepada pembinaan masa depan negarawan yang hebat dan memberi kebahagiaan dan kasih sayang kepada ummat di Malaysia.

Perspektif KPRU: Program 6P bakal temui kegagalan

KPRU, 02 Mac 2012
Proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) akan dilanjutkan sehingga 10 April tahun ini. Program 6P telah dijalankan selama 7 bulan. Pada Jun 2011, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat pengumuman buat pertama kali dan pelaksanaannya bermula pada bulan Ogos tahun yang sama.

Rasional KDN berhubung Program 6P adalah untuk memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, membantu mengawal kemasukan baru pekerja asing ke negara ini, membantu pengurusan aktiviti ekonomi negara ini dan membantu mengawal perkembangan jenayah di negara ini.

Walau bagaimanapun, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, meskipun Program 6P telah dilanjutkan beberapa kali, program pemutihan tidak dapat mencapai kejayaan dan tidak berkesan dari segi pengawalan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI). Hal ini kerana program pemutihan tersebut bukan kali pertama tetapi sudah kali kelima dilaksanakan dan melibatkan pengampunan PATI. Kerajaan Persekutuan pernah melakukan tindakan pengampunan PATI pada tahun 1989, 1991, 1996 dan 2004. Secara am, tindakan kerajaan pada tahun-tahun tersebut bertujuan untuk mengurangkan jumlah PATI. Tetapi hakikatnya, bilangan PATI meningkat setiap tahun.

KPRU juga berpendapat, bilangan PATI di negara ini tidak banyak berubah jika sekiranya masalah sedia ada seperti masalah penyelewengan, struktur serta bentuk ekonomi berorientasikan pekerja asing, dan butiran serta pelaksanaan dasar berkaitan yang mengelirukan tidak diselesaikan.

Pada ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbicara tentang program transformasi yang kononnya dapat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, apa yang kita saksikan ialah, jumlah kiriman wang aliran keluar daripada Malaysia ke negara lain semakin meningkat. Sumbangan pekerja asing dalam aspek ini cukup besar.

Sehingga 19 Ogos 2011, sejumlah 2,088,358 PATI dan pekerja asing sah telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut, 952,859 orang direkodkan melalui pendaftaran pekerja asing sah dan 1,135,499 orang direkodkan melalui pendaftaran PATI1. Rekod tersebut jelas tidak memuaskan walaupun KDN sering mendakwa kononnya Program 6P telah mencapai kejayaan. Merujuk kepada statistik The Migration and Factbook 2011,2 bilangan pekerja asing sah dalam negara ini dianggarkan berjumlah 2.4 juta orang. Apabila dibandingkan statistik The Migration and Factbook 2011 dengan statistik Program 6P di atas, jurang perbezaan fakta ini bermaksud, masih terdapat kira-kira 1.4 juta pekerja asing sah yang belum didaftarkan di bawah Program 6P. Ini belum lagi termasuk bilangan PATI yang sukar dianggarkan secara tepat atau lebih tepat kalau disifatkan sebagai ‘hilang kawalan’.

Untuk memberikan gambaran tentang pendaftaran pekerja asing sah dan PATI mengikut negara, KPRU telah mengumpulkan statistik berkaitan sehingga 18 Ogos 2011 sementara statistik pada perenggan di atas merupakan jumlah besar sehingga 19 Ogos 2011 tanpa butiran mengikut negara. (Sila lihat Jadual 1)

Jadual 1: Pendaftaran Pekerja Asing Sah dan PATI Mengikut Negara (setakat 18 Ogos 2011)
Your browser may not support display of this image.
Sumber: The Star, 18 Ogos 2011.3

Berdasarkan panduan Program 6P, PATI boleh membuat pilihan sama ada mahu terus bekerja di Malaysia atau balik ke negara asal setelah melalui proses pendaftaran. Selepas itu, bagi PATI yang memilih untuk tidak kembali ke negara asal, semasa proses pemutihan, KDN menyaring kelayakan PATI dari segi sektor dan penawaran kekosongan kerja. Kepada PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan (begitu juga yang memilih untuk balik ke negara asal), mereka akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan.

Dalam kenyataan KDN, sehingga 16 Disember 2011, sejumlah 53,682 PATI yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah meninggalkan Malaysia. Jumlah paling tinggi direkodkan ialah Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).4 KPRU mendapati angka 53,682 tidak sama dengan jumlah besar (iaitu 53,284) apabila angka setiap negara dijumlahkan. (Sila lihat Jadual 2)

Apa yang lebih penting ialah, jumlah besar tersebut hanya mencakupi 4.69 peratus daripada keseluruhan jumlah PATI yang berdaftar. Setelah diambil kira bilangan PATI yang meninggalkan Malaysia melalui proses pengampunan, jumlah PATI dianggarkan menurun kepada 940,495 orang.

Jadual 2: Jumlah Pengampunan di bawah Program 6P Mengikut Negara
Your browser may not support display of this image.
Sumber: Portal rasmi KDN.

Semenjak proses pemutihan di bawah Program 6P bermula pada 10 Oktober 2011, sejumlah 67,665 PATI iaitu 5.96 peratus daripada keseluruhan PATI yang berdaftar telah diputihkan. Berdasarkan statistik tersebut, pecahan mengikut negara merekodkan Indonesia dengan jumlah paling tinggi iaitu 42,544; diikuti Bangladesh (13,838); Myanmar (6,527); Nepal (2,107); India (903); Vietnam (612); Kemboja (447); Pakistan (362); Filipina (126); Sri Lanka (112); dan Thailand (87). (Sila lihat Jadual 3)

Jadual 3: Jumlah Pemutihan di bawah Program 6P Mengikut Negara
Your browser may not support display of this image.
Sumber: Portal rasmi KDN.

Selepas pemutihan, didapati jumlah pekerja asing sah mengikut negara merekodkan Indonesia dengan jumlah yang paling tinggi iaitu 404,006; diikuti Nepal (201,523); Bangladesh (133,798); Myanmar (106,948); India (49,086); Filipina (43,913); Vietnam (37,719); Pakistan (11,024); Kemboja (5,679); China (4,391); Thailand, (4,266) dan Sri Lanka (2,595). (Sila lihat Jadual 4)

Jadual 4: Jumlah Pekerja Asing Sah selepas Pemutihan Mengikut Negara
Your browser may not support display of this image.
Sumber: Portal rasmi KDN.

Selepas pengampunan dan pemutihan PATI, KPRU mendapati jumlah pekerja asing sah meningkat kepada 1,000,557. Namun, selepas proses pengampunan dan pemutihan, masih terdapat sejumlah 872,830 PATI yang membuat pendaftaran di bawah Program 6P yang belum diketahui status mereka. (Sila lihat Jadual 5)

Jadual 5: Jumlah PATI selepas Pengampunan dan Pemutihan Mengikut Negara
Your browser may not support display of this image.
Merujuk kepada kenyataan media Menteri Dalam Negeri bertarikh 13 April 2011, bilangan pekerja asing mungkin dihadkan kepada 1.5 juta orang.5 Walau bagaimanapun, Program 6P tidak mencapai kejayaan, justeru matlamat menghadkan bilangan pekerja asing kepada 1.5 juta lebih merupakan khayalan. KPRU khuatir, Program 6P tidak dapat mengurangkan bilangan pekerja asing dalam erti kata yang sebenarnya dan bilangan PATI terus kekal dalam keadaan ‘hilang kawalan’, sementara pungutan dana melalui Program 6P tidak dimanfaatkan untuk pembangunan negara tetapi digunakan untuk tujuan politik.

Pengampunan - Bukan Kali Pertama

Pengampunan PATI pernah berlaku pada tahun 1989, 1991, 1996 dan 2004. Apabila ditinjau kembali sejarah, tindakan pengampunan PATI lazimnya berlaku semasa ekonomi berada dalam keadaan tidak menentu. Apabila ekonomi menjadi lemah, kerajaan terpaksa memberhentikan projek pembangunan, seterusnya pengawalan kemasukan pekerja asing baru6 dan pengurangan bilangan PATI.

Kerajaan Persekutuan telah meminda Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) pada tahun 2002 dan memberatkan hukuman terhadap majikan yang mengupah PATI. Pesalah berdepan dengan denda sebanyak RM10 ribu, 5 tahun penjara, 6 kali sebatan7 dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan bilangan PATI.  Pada 1 Mac 2005, kira-kira 3 ribu orang anggota polis serta 5.6 ribu anggota RELA mula mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang masih berada dalam negara selepas pengampunan sekitar tahun itu. RELA boleh mendapat emolumen RM100 bagi setiap penangkapan PATI.8

Walaupun kerajaan sering menyatakan kemahuan untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja asing, tetapi fakta menunjukkan hakikat yang sebaliknya. Apabila dibandingkan 7.3 juta pekerja asing sah pada tahun 1996 dengan 20 juta pekerja asing sah pada tahun 2008, bilangan perkerja asing sebenarnya tidak menurun, tetapi meningkat secara besar-besaran. (Sila Lihat Jadual 6)

Jadual 6: Jumlah Pekerja Asing Sah Mengikut Negara, 1999-2008
Tahun
1999
2000
2001
2002
2003
Negara
Jumlah
%
Jumlah
%
Jumlah
%
Jumlah
%
Jumlah
%
Indonesia
269,194
65.7
603,453
74.8
634,744
74.7
788,221
73.8
988,165
73.9
Bangladesh
110,788
27
158,149
19.6
114,308
13.5
82,642
7.7
94,541
7.1
Thailand
2,130
0.5
2,335
0.3
2,508
0.3
20,599
1.9
10,158
0.8
Filipina
7,299
1.8
14,651
1.8
11,944
1.4
21,234
2
17,400
1.3
Pakistan
2,605
0.6
3,101
0.4
2,392
0.3
2,000
0.2
2,141
0.2
Lain-lain
17,644
4.3
25,407
3.1
83,933
9.9
152,833
14.3
224,575
16.8
Jumlah
409,660
100
807,096
100
849,829
100
1,067,529
100
1,336,980
100











Tahun
2004
2005
2006
2007

2008
Negara
Jumlah
%
Jumlah
%
Jumlah
%
Jumlah
%
Jumlah
%
Indonesia
1,024,363
69.7
1,211,584
66.7
1,174,013
62.8
1,148,050
56.1
1,085,658
52.6
Bangladesh
54,929
3.7
55,364
3
62,669
3.4
217,238
10.6
316,401
15.3
Thailand
5,463
0.4
5,751
0.3
14
0.7
18,456
0.9
21,065
1
Filipina
16,663
1.1
21,735
1.2
24,088
1.3
23,283
1.1
26,713
1.3
Pakistan
1,156
0.1
13,297
0.7
11,551
0.6
16,511
0.8
21,278
1
Lain-lain
367,516
25
507,507
28
583,077
31.2
621,267
30.4
591,481
28.7
Jumlah
1,470,090
100
1,815,238
100
1,869,209
100
2,044,805
100
2,062,596
100











Sumber: Kementerian Dalam Negeri, disusun oleh Cheong.9

Pekerja Asing Sah Memberi Keuntungan

Pekerja asing sah bukan sahaja menyumbangkan sumber tenaga untuk membangunkan negara, bahkan aspek pembekalan, pengurusan dan pengawasan pekerja asing telah menjadikannya satu industri yang boleh membawa keuntungan kepada pelbagai sektor termasuk ejen dan kroni, malahan kepentingannya diberi perhatian khusus oleh pihak penguatkuasa.

Lantaran itu, kita sering kedengaran dakwaan berhubung penyelewengan kuasa dan seumpamanya. Contohnya, Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja mendakwa tujuan KDN memungut dana melalui program pemutihan berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU Ke-13).10

Apabila ditinjau kembali kes pengampunan PATI sekitar tahun 2004, sebanyak 309,248 PATI11 menukar status mereka kepada pekerja asing sah, tetapi atas syarat bahawa mereka harus balik ke negara asal dahulu, kemudian datang semula ke Malaysia. Dalam proses tersebut, pekerja-pekerja berkenaan diwajibkan membayar levi dan membuat pemeriksaan fizikal dalam pusat kesihatan yang ditetapkan – FOMEMA (The Foreign Workers Medical Examination Monitoring Agency). Dasar ini membekalkan hasil pendapatan kepada hosipital dan kerajaan.12 Ini kerana FOMEMA merupakan sebuah syarikat swasta yang dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd, syarikat pemegangan pelaburan milik kerajaan yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan dalam industri dan pasaran baru.

Pada tahun 1993-2004, FOMEMA menjalankan 27 juta pemeriksaan terhadap pekerja asing. Pada tahun 2002, FOMEMA mendapat kos bayaran daripada pekerja asing sebanyak RM17 juta.

Sementara itu, kerajaan juga mewajibkan majikan membeli insuran untuk pekerja asing dalam 10 syarikat insuran yang dilantik oleh kerajaan. Sumbangan tahunan sebanyak RM72.00 hingga RM86.00. 13

Apabila diteliti Belanjawan Negara, butiran anggaran hasil tahunan 2009-2012 (berkaitan dengan pekerja asing dan warga asing) adalah seperti berikut: (Sila lihat Jadual 7)



PENDAPATAN SEBENAR TAHUN 2009
PENDAPATAN SEBENAR TAHUN 2010
ANGGARAN DISEMAK TAHUN 2011
ANGGARAN TAHUN 2012
71305
Permit Kerja Untuk Pekerja Bukan Warganegara
291,949,975
235,565,978
268,714,000
279,776,000
71309
Levi Ke Atas Pekerja-pekerja Asing
1,819,457,663
1,520,756,984
1,929,678,000
2,009,113,000
72111
Bayaran Perkhidmatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian untuk Pesakit Luar- Warganegara Asing
19,312,461
22,444,864
23,791,000
24,788,000
72115
Bayaran Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh - Warganegara Asing
632,115
882,115
782,000
815,000

Jumlah
2,131,352,214
1,779,649,941
2,222,965,000
2,314,492,000

Sumber: Lapaporan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2011 dan 2012.

Jadual 7: Hasil Kerajaan daripada Pekerja Asing Sah pada tahun 2009-2012
Your browser may not support display of this image.
Sumber: Laporan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2011 dan Tahun 2012.

Kerajaan mengenakan caj levi pada majikan ke atas setiap pekerja asing yang diambil untuk bekerja, dan membenarkan majikan menguna cara memotong gaji bulanan untuk menbayar levi. Walaupun Kementerian Sumber Manusia  pernah memberi kenyataan bahawa majikan harus menanggung bayaran levi pekerja asing tetapi masih terdapat banyak majikan yang memotong gaji pekerja asing untuk bayaran levi.

Jadual 8 di bawah menunjukkan, daripada hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011 berjumlah 183,375 juta, anggaran hasil daripada pekerja asing seperti permit dan levi berjumlah 2,223 juta, iaitu 1 peratus pada tahun 2011. Walaupun, peratusan ini dianggap kecil dalam keseluruhan hasil Kerajaan Persekutuan, tetapi angka berkaitan tidak termasuk manfaat ekonomi yang lain.

Jadual 8: Kiriman Wang Aliran Keluar
Your browser may not support display of this image.
Sumber: The Migration and Remittances Factbook 2011.14

Merujuk kepada Jadual 8 di atas yang dipetik daripada The Migration and Factbook 2011, kiriman wang aliran keluar daripada pekerja asing yang bekerja di Malaysia semakin meningkat, daripada USD3,462 juta pada tahun 2003 kepada USD6,800 juta pada tahun 2009. Pengarah Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia, Baslian Krisnayoza dalam kenyataannya menyatakan bahawa, sekitar Januari hingga November tahun 2011, kiriman aliran keluar dari Malaysia ke Indonesia adalah sebanyak USD2,100 juta. 15 Malaysia merupakan negara pengirim wang ke luar negara terbanyak di Asia Pasifik.

Sementara itu, kiriman wang aliran masuk ke Malaysia daripada warga Malaysia yang bekerja di luar negara adalah sebanyak USD1,110 juta pada tahun 2009, dan meningkat kepada USD1,576 pada tahun 2010. Angka ini hanya mencakupi 16 peratus daripada kiriman wang aliran keluar pada tahun 2011. Ini juga menunjukkan ketidakseimbangan antara aliran keluar dan masuk mata wang, menyebabkan kerugian kewangan negara ini.

Sebagai rumusan, Malaysia masih bergantung kepada tenaga pekerja asing untuk pembangunan negara dalam jangka masa pendek. Soal sama ada Malaysia dapat membebaskan diri daripada pergantungan kepada pekerja asing dalam jangka masa panjang masih tidak jelas apabila diteliti dasar dan program kerajaan sehingga hari ini. KPRU tidak mempunyai keyakinan terhadap program transformasi dalam isu pekerja asing.
***
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.

Bahaya ribut dalam cawan

Ahmad Lutfi Othman, 02 Mac 2012
Tidak sukar untuk memahami kegelisahan ahli-ahli PAS peringkat akar umbi tentang situasi terkini politik di Kedah. Mereka risau dan bimbang perkembangan dramatik yang disensasikankan media itu boleh menyebabkan rakyat menolak Parti Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

Hinggakan ada pembaca yang menelefon saya meluahkan rasa takut kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang, sepertimana pernah berlaku di Perak genap tiga tahun lalu. "Bilangan Adun Pakatan dalam Dun Kedah, termasuk DAP, tinggal 20 orang, satu kelebihan yang cukup kecil berbanding 36 kerusi semuanya," katanya, sambil meminta Harakah memberi penjelasan lanjut senario sebenarnya.

Selepas Mohd Radhi Salleh (Lunas) dan  Tan Wei Xu (Bakar Arang) mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, KeADILan hanya mempunyai tiga Adun. Wakil PAS tetap 16, manakala DAP seorang. Kerajaan majoriti mudah terbentuk melalui 19 Adun.

"Insya-Allah, kerajaan negeri tetap stabil. Tak mungkin berlaku pengkhianatan di kalangan Adun PAS sampai BN boleh mengambil kesempatan, seperti kes Perak. Kalaupun ada perselisihan, ia hanya perbezaan pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan," jawab saya.

Bagaimanapun reaksi pembaca setia Harakah itu jelas tidak berpuas hati dengan respons saya: "Yang untung hanyalah Umno, tiada pihak lain. Dan makin cerahlah peluang mereka tawan Kedah. PAS dalam posisi yang lebih sukar."

Seorang lagi menyuarakan keresahan sama: "PAS sukar digugat daripada luar. Semakin kita ditekan, tambah padu dan jitu, tetapi dengan pergolakan dalaman, kedudukan kita goncang dan mudah dikalahkan, apatah lagi dalam realiti di Kedah, kerajaan campuran baru satu penggal berkuasa."

SMS daripada rakan-rakan saya di kampung, Tunjang, Jitra dan lebih ramai lagi di Alor Setar, bertali arus. Sebahagian besarnya seperti kebingungan: "Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?"

"Rakyat bercakap soal laluan Pakatan ke Putrajaya. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin meramalkan BN hanya selamat di tiga negeri dan kejutan hampir pasti berlaku di Sabah dan Sarawak. Takkan ketika banyak pihak ghairah ingin melihat perubahan di seluruh negara, tiba-tiba Kedah yang dalam genggaman pun mungkin terlepas, bukan kerana BN kuat tetapi PAS yang lemah," usik seorang pemerhati politik.

Menyalahkan media milik Umno yang mengeksploitasi semahunya isu ini -- meskipun kebanyakan laporannya tersasar dan hilang punca -- tentulah tidak banyak menyelesaikan masalah. Dungu sangatlah Utusan Malaysia dan TV3 (serta tidak terkecuali The Star yang dikuasai MCA itu) jika tidak memanipulasikan peluang keemasan ini untuk membantu taukehnya, BN, menawan kembali Kedah dalam PRU13.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk ahli dan pendokong PAS, sukar ditenteramkan hanya dengan nasihat atau peringatan mesti mendapatkan khabar daripada sumber berautoriti parti. Dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, maklumat atau tohmahan hanya di hujung jari.


Secara peribadi, saya  sukar membayangkan jika negeri kelahiran saya itu bakal direbut semula oleh Umno, hanya berpunca daripada masalah dalaman parti yang gagal diuruskan dengan baik. Umum mengetahui bahawa Umno Kedah kini bukannya dalam kedudukan terbaik untuk melakukan kejutan. Kelemahan ketara mereka daripada segi barisan kepimpinan yang lemah dan tidak menonjol.

Sejak 1969, prestasi PAS di Kedah begitu membanggakan. Meskipun penguasaan kerusi Dun ada
kalanya begitu menyedihkan, namun kekuatan asas PAS tetap bertahan.

Aktivis PAS negeri ini pasti mengalir air mata mengenangkan kesungguhan, ketekunan dan ketabahan pemimpin agungnya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mengharungi siri kesukaran dan penderitaan, termasuk menanggung keuzuran yang menyiksakan.

Ya, Ustaz Fadzil yang begitu dekat dan terasa cukup akrab dengan sanubari para aktivis parti ...

Penggerak PAS Kedah tentunya masih mengingati sedalamnya tribulasi yang terpaksa dihadapi mereka hanya kerana mahu mendaulatkan kebenaran yang dibawa Parti Islam. Peristiwa Memali pada 19 November 1985 memakan korban yang ramai dan menganugerahkan syuhada buat 14 pejuang PAS.

Sebelumnya, ia didahului tragedi Lubuk Merbau, yang mengorbankan aktivis PAS, Othman Talib, yang terbunuh semasa kempen pilihan raya kecil Padang Terap pada Januari 1985, selepas diserang ahli-ahli Umno.

Pada akhir 1980-an, ramai aktivis PAS dikurung ISA ekoran rampasan tanah Muassasah Darul Ulum seluas 48 relung di Pokok Sena, lebih kurang 20km dari Alor Setar. Ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah bergilir-gilir membuat kawalan, siang dan malam, bagi mempertahankan hak mereka.

Sesungguhnya keringat, air mata dan darah menyuburi tapak kekuatan PAS Kedah.

Sebenarnya, yang menghalang PAS daripada membentuk kerajaan negeri lebih awal hanyalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu di Kedah yang ketika itu masih setia kepada BN. Misalnya, pada pilihan raya umum 1999, BN berpaut rapat dengan masyarakat bukan Melayu apabila sebahagian besar kerusi majoriti pengundi Melayu dikuasai PAS. 


Kemenangan manis pada Mac 2008 adalah hadiah paling istimewa buat aktivis PAS Kedah yang terbukti tetap istiqamah dan komited mengungguli perjuangan meskipun diasak kiri dan kanan. Amanah rakyat ini perlu dipelihara sebaiknya; kepercayaan tinggi mereka usah dipersiakan.

Beberapa rakan mengingatkan saya: "Kini, Umno boleh menyimpan peluru miliknya kerana mereka boleh menggunakan peluru yang dihadiahkan PAS untuk menyerang PAS sendiri. Adat orang berseteru, termasuk sesama dalam sebuah parti, akan timbul sedikit sebanyak serangan peribadi yang memburukkan sesama sahabat. Lebih bimbang lagi jika ia hanya fitnah."

Seperti ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan yang lain, saya amat mengharapkan ada kaedah atau pendekatan terbaik menangani kemelut ini. "Ribut dalam cawan" ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi jika ia bukan hanya membabitkan dua tiga tokoh sahaja.

"Walaupun ribut dalam cawan, tetapi mesti pastikan air tidak tumpah ataupun terpercik keluar." Ungkapan ini pernah saya dengar belasan tahun lalu, juga semasa PAS dilanda krisis dalaman.

Apa pun, laporan Harakahdaily, Selasa lalu, memberi sinar positif.

Rombongan PAS Pusat yang bertemu pemimpin negeri, yakin isu di Kedah  dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Mereka juga turut menemui Exco Kanan Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, yang menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini.

Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu turut disertai Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.

Mereka berkunjung ke rumah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi. "Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian. Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam Rabu," kata Salahudin.

Semasa ramai prihatin dengan perkembangan di Kedah, saya mendapat emel, antara lain merakamkan: "Semua pemimpinan Pakatan mesti menjaga perlakuan serta percakapan kerana dibimbangi ia boleh menjerat diri. Mesti berhenti daripada berasa "akan menang" atau "selangkah ke Putrajaya" takut-takut  kita mudah berpuas hati dan mengurangkn gerakerja serta mengharapkn orang lain melakukan tugas yang kritikal.

"Terus terang cakap,jangan seronok sangat kononnya ramai orang sokong Pakatan. Harakah harus beri kefahaman tentang perjuangan Islam PAS kepada orang Melayu dengan sejelasnya.

"Akhir sekali tetapi penting, berhenti berangan-angan, rapatkan saf dan gempur habis-habisan. Semua perkara harus dilakukan dengan pantas dan tersusun. Kurang bercakap, banyakkan kerja, cakap hanya yang penting saja," kandungan emel itu dipetik.

Dalam pada itu, ingatan seorang pemimpin cawangan PAS di Selangor juga perlu diberi perhatian. Melalui telefon beliau mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti meneliti impak  program-program bekas Pesuruhjaya  PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, yang kini aktif berceramah di seluruh negara.

"Jangan hanya serahkan isu Hasan Ali kepada PAS Selangor semata-mata. Dalam situasi setiap undi begitu penting, sama ada buat Pakatan,  mahupun BN, maka pilihlah jalan lebih selamat iaitu memandang serius semua isu yang berkait dengan PAS," ujarnya.

"Mungkin ada yang berkata siri ceramahnya itu, pada sesetengah tempat agak ramai hadirin, kerana ia ditaja Umno, lalu dipandang remeh. Saya tak setuju. Saya bimbang ada pengundi Melayu confuse dan keliru bila dengar ceramahnya. Kesan akhirnya, ini akan menguntungkan Umno," tekannya lagi dengan nada serius.

Pandangan rakan saya, editor kanan sebuah akhbar harian, mungkin boleh disanggah dengan mudah, tetapi saya lebih selesa untuk bersikap berhati-hati dan tidak meremehkannya. Beliau berkata, isu-isu di Kedah dan Selangor, meletakkan PAS pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.

"Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor," tambahnya.

Dunia tahu hubungan dagang Malaysia-Israel

Harakahdaily, 01 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan bahawa pihak yang ghairah dan sedemikian bernafsu menuduh orang lain pro Yahudi menghentikan bersikap hiprokit.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan yang sayangnya juga didukung oleh sebahagian pemimpin NGO dan tokoh masyarakat, telah mengelirukan rakyat sehingga semua pemberitaaan yang diolah oleh media arus perdana menutup kebenaran.

“Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis surat kepada tiga Perdana Menteri Israel - Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak lebih rasmi mengadakan perhubungan dengan Israel.

“Apakah pemimpin kerajaan dapat menafikan hakikat bahawa sejak zaman Tun Mahathir sendiri lagi isyarat untuk mengadakan hubungan dengan Israel sudah mula dirintis?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Harakahdaily membuat pendedahan eksklusif hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel yang berjalan sekurang-kurangnya sejak tahun 2001 kalau tidakpun sebelum itu.

Kerajaan pula mendedahkan surat antara Tun Dr Mahathir dengan pemimpin Israel.

Katanya, rakyat selama ini telah dikaburi dengan sandiwara pemimpin negara bahawa kononnya Malaysia sama sekali tidak berhubung dengan Israel.

Justeru, tegasnya Mapim menuntut agar kerajaan mengisytiharkan dengan jelas apakah sebenarnya dasar perhubungan luar antara Malaysia  dengan Israel.

Beliau berkata, nampaknya semua fakta yang mula terdedah jelas menunujukkan bahawa Malaysia sememangnya ada hubungan dengan Israel.

Menurutnya, dunia akan melihat dasar hipokrit yang akan menelanjangkan Malaysia di kacamata seluruh masyarakat antarabangsa.

Katanya, di satu pihak Malaysia nampak sangat lantang mengutuk Israel, akan tetapi di pihak yang lain kerjasama perdagangan ekonomi sangat subur antara dua negara itu.

“Sekarang PM tidak boleh lagi berselindung bahawa memang benar beliau telah mengupah APCO sebuah syarikat konsultan komunikasi Israel untuk membantu memperbaikki imej pemimpin BN,” ujarnya lagi.

Mapim, ujarnya menegaskan bahawa polisi yang tidak konsisten itu akan meletakkan  imej Malaysia sebagai negara yang tidak berintegriti dalam hubungannya dengan Israel.

Malah, kata beliau akan menjadi momokan seluruh dunia bila Malaysia adalah antara negara yang aktif berdagang dengan Israel  tetapi dalam masa yang sama sering mengutuk Israel.

“Dengan tidak mengiktiraf Israel tetapi aktif berdagang dengan Israel sudah cukup bagi Israel untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rakannya yang strategik untuk menjaga kepentingan Israel dengan cara yang paling efektif,” katanya.

Malah, katanya dengan mengambil syarikat Israel untuk menjadi penasihat komunikasi untuk menaikkan imej pemimpim kerajaan dan juga melantik syarikat Israel untuk menguruskan data keselamatan negara akan menjadikan Malaysia sebagai alat Israel yang mudah diolah untuk menjaga kepentingan Israel.

Tegasnya, Mapim tidak dapat menerima dan membantah keras pemimpin negara yang secara rahsia mengadakan hubungan dengan Israel.

“Kerajaan perlu memastikan bahawa semua urusniaga yang dilakukan oleh syarikat Malaysia dengan Israel dikawal dengan rapi dan mengujudkan polisi mengharamkan sebarang urusan perdagangan dengan Israel,” katanya lagi.

LAPORAN BERKAITAN

Hubungan dagang Malaysia-Israel sejak 2001

Surat kepada Israel dedah sikap pura-pura BN

Umno perlu perjelas dagangan M’sia-Israel