Ahad, 1 Mei 2011

JANGAN KITA MENDAHALUI ATAU MENUNJUK LEBIH BIJAK DARI RASULLULLAH SAW

Hadith 5

Ibadah dan Bid ah


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain
berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak ( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550.
Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).

Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

a) Dalam Ibadat : Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan) Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya. Menongkok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empatempat) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).

b) Dalam Muamalat :

i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ : Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram). ‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa izinnya).

Pengajaran hadis:

lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

SAINS KEJADIAN...TELAH JELAS DALAM ISLAM...YANG TAK DIJANGKAU SAINS BIASA...ATAU SAINS YANG KITA PELAJARI

Hadith 4

Kejadian Manusia - Al Qadar


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim : Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14) Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh : Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi
menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin : Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.

Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh
jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.

JANGAN SATU PUN DIABAIKAN...ROSAK ISLAM KITA

Hadith 3

Islam Terbina Atas 5 Perkara


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :

Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir. Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma). Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq. Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

3) Matlamat Ibadat :

Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

DALAM ISLAM KENA BUAT SEMUA...BARU SEMPURNA...TIDAK BOLEH DITINGGAL...WALAUPUN SATU DARIPADANYA.....

Hadith 2

Iman, Islam, Ihsan, Qadr


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Kepentingan Hadith

Ibnu Daqiq al-'Iid berkata: "Hadith ini adalah hadith yang merangkumi semua amalan zahir dan batin. Ilmu-ilmu syariat semuanya merujuk dan lahir daripada hadith ini. Ia seperti ibu kepada sunnah kerana ia mengandungi himpunan ilmu-ilmu sunnah, sepertimana al-Fatihah dinamakan Ummul Quran kerana ia mengandungi himpunan pengertian al-Quran.

Kandungan Hadith

1. Memperelokkan Pakaian dan Perawakan

Digalakkan memakai pakaian yang bersih, menggunakan wangi-wangian atau bau-baun yang harum untuk memasuki masjid, menghadiri majlis-majlis ilmu, beradab ketika berada di majlis tersebut dan beradab dengan alim 'ulama. Datangnya Jibril adalah untuk mengajar manusia melalui keadaan dan kata-katanya.

2. Apa Itu Islam?

Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Alah swt. Dari segi syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas iaitu: Syahadah (penyaksian) bahawa tiada Tuhan (ilah) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan dan memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nagkah ahli keluarganya.

3. Apa Itu Iman?

Iman dari segi bahasa ialah at-tasdiq (membenarkan) dan dari segi syarak ialah: Tasdiq yang jazim (keyakinan yang tidak berbelah bagi) terhadap kewujudan Allah Taala yang Maha Pencipta dan bahawasanya Allah Taala itu Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

Begitu juga membenarkan kewujudan makhluk Allah Taala iaitu para malaikat-Nya dan mereka adalah hamba-hambaNya yang dimuliakan. Mereka tidak makan dan bersifat dengan sifat lelaki mahupun perempuan serta tidak berketurunan. Tidak seorangpun yang mengetahui bilangan mereka kecuali Allah Taala.

Juga membenarkan kitab-kitab sabawiah yang turun dari sisi Allah. Kitab-kitab ini adalah syariat Allah Taala sebelum ia diselewengkan dan diubah oleh tangan-tangan manusia.

Juga membenarkan para rasul. yang telah dipilih Allah Taala untuk memberi petunjuk kepada makhlukNya dan Allah menurunkan kepada mereka kitab-kitab samawiah. Juga beriktiqad bahawa para rasul itu adalah manusia yang maksum (terpelihara dari dosa).

Juga membenarkan hari kiamat, iaitu hari Allah Taala membangkitkan manusia dari kubur dan menghisab amalan-amalan serta memberi balasan kepada mereka. Jika baik, maka baiklah balasannya dan jika buruk, maka buruklah balasannya.

Juga membenarkan bahawa semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan takdir Allah Taala dan kehendakNya berdasarkan hikmah yang hanya diketahui Allah sahaja.

Inilah rukun-rukun iman. barangsiapa yang beriktiqad dengannya, akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Begitulah sebaliknya. sesiapa yang mengingkarinya, dia akan sesat dan kecewa. Firman Allah Taala:

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya, dan kepada kita

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Kedudukan hadis ini - ibu kepada hadis-hadis lain. mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.
2) Islam - terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
3) Iman - asal iman/ iman dan islam/ qaul - amal juga sebahagian dari iman. hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar………..
4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di langit
- semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.

Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam. Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertuka menjadi hartawan yang kaya raya.

NIATLAH MEMBEZAKAN ADAT DAN IBADAT

Hadith 1 -

Setiap Amalan Perlu Ada Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)



SYARAH HADITH OLEH DR. MUSTAFA AL-BUGHA DAN MUHYIDDIN MISTO

Kepentingan Hadith:

Sesungguhnya hadith ini adalah di antara hadith penting yang menjadi paksi kepada putaran Islam. Ia adalah asas kepada Islam. Kebanyakan hokum-hukam Islam bersandarkan kepada hadith ini. Ini jelas dapat dilihat daripada kata-kata para ulama’

Imam Abu Daud berkata: “Sesungguhnya hadith ini iaitu hadith bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat”

Sementara Imam Ahmad dan Imam Syafie pula berkata: “ Di dalam hadith ini (iaitu hadith “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat”) mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut.” Kerana itulah para ulama’ suka memulakan kitab-kitab serta penulisan mereka dengan hadith ini. Imam Bukhari telah meletakkan hadith ini pada awal kitab sahihnya. Imam Nawawi juga telah memulakan ketiga-tiga kitabnya iaitu Riyadhus Sholihin, al-Azkaar dan al-Arba’uuna Hadiithan (Hadith Empat Puluh) dengan hadith ini.

Faedah pembukaan dengan hadith ini ialah sebagai peringatan kepada penuntut ilmu agar mrngikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah Taala di dalam menuntut ilmu dan melakukan amalan kebaikan.

Maksud Kalimah

Al-Khafshu: Singa dan abu khufshin adalah gelaran kepada Saidini Umar bin al-Khattab

Innama: Bahawasanya. Ia adalah huruf hasr yang bertujuan untuk menisbatkan sesuatu yang disebut selepas daripada perkataan ini dan menafikan selainnya.

Binniyat: Jamak (plural) kepada niati. Maknanya dari segi bahasa ialah tujuan. Dari segi istilah pula ialah tujuan yang diserai dengan perbuatan.

Amrii: setiap orang. Iaitu semua insane sama ada lelaki mahupun perempuan.

Hijratuhu: Hijrahnya. Hijrah pada bahasa ialah meninggalkan. Dari segi syara’, hijrah ertinya berpindah dari Negara kafir ke Negara Islam kerana takutkan fitnah. Yang dimaksudkan dengan hijrah di dalam hadith ini ialah perpindahan dari Mekah dan lainnya ke Madinah sebelum berlakunya pembukaan kota Mekah.

Ilallahi: kepada Allah, iaitu ke tempat yang diredhai oleh Allah Taala dengan niat dan tujuan yang diredhaiNYA.

Fahijratuhu ilallahi warasulihi: Maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan RasulNya. Maksudnya, hijrahnya itu diterima dan diberikan ganjaran. Lidunya yushibuha: kerana dunia yang akan diperolehinya. Maksudnya, kerana tujuan keduniaan yang ingin diperolehinya.

Sebab Hadith ini Dilafazkan

Imam at-Thabrani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantaian perawinya yang tsiqah, daripada Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu beliau berkata: “Terdapat di kalangan kami, seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai ‘Penghijrah Ummu Qais’.


Kandungan Hadith

1. Syarat Niat

Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti sembahyang, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.

Manakala ibadat tidak langsung, iaitu yang hanya menjadi wasilah seperti wudhuk dan mandi, maka ulama’ Mazhab Hanafi berpendapat bahawa niat adalah syarat sempurna sahaja bagi menghasilkan pahala. Manakala ulama’ mazhab Syafi;e dan lain-lain menyatakan bahawa niat juga merupakan syarat sah. Oleh itu, ibadat-ibadat langsung tidak sah kecuali disertai dengan niat.

2. Waktu niat dan tempatnya

Waktu niat ialah permulaan ibadat, seperti takbiratul ihram di dalam ibadat sembahyang dan ihram di dalam ibadat haji. Manakala di dalam ibadat puasa, memadai niat sebelum bermulanya puasa kerana kesukaran untuk memerhati fajar pagi.

Tempat niat ialah di hati, justeru itu tidak disyaratkan berlafaz dengan niat tersebut. Walaupun begitu, disunatkan berlafaz sebagai menolong hati untuk memudahkannya mengingati apa yang ingin diniatkan. Disyaratkan juga pada niat, menentukan perkara yang diniatkan dan membezakannya daripada perkara lain. Oleh itu tidak memadai bagi seseorang itu sekadar meniatkan sembahyang sahaja, bahkan mesti menentukan jenis sembahyang tersebut sama ada zohor atau asar dan seterusnya.

3. Berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh

Hadith ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang seseorang daripada melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

4. Ikhlas di dalam amalan dan ibadat

Hadith ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia.

5. Amalan yang bermanfaat

Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.

JIKA ADIL DAN SAKSAMA...TIDAK DOUBLE STANDARD....TIDAK AMBIL HAQ RAKYAT SECARA BATIL...TAK RASUAH..TELUS...TOLAK MAKSIAT...RAKYAT AKAN SOKONG

Lagi ahli agama mahu Anwar bersumpah
Mei 1, 11 1:36pm

Seorang lagi tokoh agama Dr Mohd Azri Zainul Abidin mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.

NONE"Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mndedahkan keaiban orang lain.

"Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut kenyataan penuh bekas mufti Perlis itu:

Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.

NONEJika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.

Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.


Bapa berang dengan 'keangkuhan' polis
Hafiz Yatim
Mei 1, 11
5:06pm

Keluarga remaja Muhamad Arif Abu Semah yang ditahan bawah Ordinan Darurat sejak Mac 2008 berang tengan layanan polis yang hanya memberikan masa berjumpa hanya tiga minit kepada mereka.

Bukan itu sahaja, polis berpakaian biasa didakwa dengan kasar menarik rakan Arif, Fuqran, 17, daripada bilik apabila bertanyakan tahanan lain tentang keadaan rakannya, tempat ditahan dan sama ada akan dibawa ke mahmamah.

Bapa Arif, Abu Semah Ab Rahim kemudian bertanya kepada polis tentang insiden pada jam 11 pagi di balai polis Rawang.

"Mereka tidak menjawab, sebaliknya menarik kami selepas berjumapa Arif baru tiga minit. Perkara ini amat dikesali sedangkan biasanya saya boleh melawat selamat sejam setengah. Apa salahnya kawan anak saya bertanyakan soalan itu?"

"Adakah kita tidak mempunyai hak untuk tahu ke mana dibawa, dan bila dia akan dibawa ke mahakamah," katanya dalam linangan air mata apabila dihubungi Malaysiakini.

Abu Semah semalam ditemani peguam Edward Saw. Remaja itu didakwa didera menggunakan kayu, wayar dan batang besi yang disebat di kaki.

Arif juga mahukan rawatan perubatan tetapi mendakwa dinafikan pihak berkuasa.

Keluh-kesah Arif itu diketengahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty pada Khamis berkaitan remaja dan pemuda yang ditahan bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969.



Polis tahan peserta demo hari buruh
Wartawan Malaysiakini
Mei 1, 11
11:00am

Seramai 18 orang, termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar Devaraj ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.

Selain beliau, turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

NONEJeyakumar ditahan berdekatan Jalan Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi selepas rundingan beberapa minit dengan pihak polis.

Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berkumpul di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dekat Maju Junction di ibu negara.

Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagu "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja seluruh dunia.

Kumpulan itu bagaimanapun bersurai tengah hari tadi dengan sebahagian daripada mereka bertukar arah ke balai polis Dang Wangi dekat Jalan Maharajalela bagi memberikan sokongan kepada rakan mereka yang dibawa ke situ.

may day march 010511 sit in at suhakamJumlah tangkapan bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. Pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit berhimpun.

Bermula jam 10 pagi tadi, berlaku demonstrasi kecil depan Maju Junction-Pejabat Tabung Haji.

Kumpulan itu, termasuk pelajar memakai ikat kepala hitam dengan tulisan "May Day Parade" dan membawa beberapa kain rentang antikapitalis.

Mereka membantah perjanjian perdagangan bebas dan keadaan semasa pekerja.

Perhimpunan itu juga diadakan bagi menuntut gaji minimum ditetapkan bagi golongan pekerja.

Tahan sementara waktu saja, kata polis
Mei 1, 11 2:35pm

Polis menahan 18 individu dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja bagi membantah kenaikan harga barang dan menuntut Akta Gaji Minimum dilaksanakan, di sekitar Maju Junction dan Jalan Chow Kit di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Ibrahim berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

"Mereka ditahan untuk sementara waktu bagi merekodkan keterangan," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan bermula pukul 10.30 pagi disertai hampir 500 pekerja swasta daripada 75 syarikat pelbagai perkhidmatan.

Rata-rata mereka hadir dengan memakai baju berwarna merah dan membawa sepanduk serta kain rentang tertera "kami mahu hak kami", "gaji minimum", "harga barang naik, tapi gaji masih minimum" dan sebagainya.

Suasana pada mulanya terkawal apabila mereka berjalan dari Jalan Chow Kit ke Maju Junction menjadi kecoh apabila mereka yang berhimpun tidak berpuas hati dengan penahanan beberapa rakan mereka, dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai.

Mereka kemudian duduk di pekarangan Menara Tabung Haji sambil membaca protes dan ada yang menyanyikan lagu menuntut hak pekerja.

Selepas selesai melaungkan hak mereka, seorang lelaki dilihat menyampaikan kertas "deklarasi satu Mei 2011" kepada Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam, yang berada di lokasi perhimpunan.

Nagayam ketika ditemui berkata tuntutan itu akan dibawa ke pihak berkaitan.

Kesemua yang berhimpun bersurai kira-kira pukul 12 tengah hari.

--Bernama



PERKASA sambut hasrat Soi Lek undur jika ditolak
Mei 1, 11 4:45pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyambut baik pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk berundur jika parti itu ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata keputusan itu adalah yang terbaik bagi pemimpin parti yang calonnya gagal mendapat sokongan rakyat.

"Ini merupakan pendirian bermaruah dan tepat dalam politik. Tidak ada sebab untuk berada dalam kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan dalam kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan Perkasa Pulau Pinang, di George Town hari ini.

Sementara itu, mengulas perkara berbeza Ibrahim meminta pihak yang berkenaan meningkatkan pemantauan terhadap unsur subversif yang didakwanya semakin menular menerusi laman sesawang di negara ini.

Beliau berkata gerakan itu semakin agresif dan secara terang-terangan mempersendakan agama Islam serta isu sensitif lain termasuk isu kaum.

--Bernama


PAS: Kerjasama dengan DAP dibenarkan agama
Mei 1, 11 10:10am

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadi“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempelawa PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN.

Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

pakatan convention 191209 anwar guan eng hadi“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya.

Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya seperti dipetik akhbar web PAS.

Nik Aziz: Itu perkara lama
Mei 1, 11 10:19am

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat

Menteri Besar Kelantan itu menolak cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta PAS keluar dari pakatan pembangkang kerana pakatan itu jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

"Tolak, tolak, itu perkara lama," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Program Bina Ummah "Maqasid al-Syariyyah" anjuran Perbadanan Tabung Amanah Tok Kenali di Balai Islam, Lundang di Kota Baharu, pada Sabtu.

Perdana menteri dalam lawatannya ke Terengganu berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Najib berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO.

Sementara itu di Bachok, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyokong saranan Najib agar PAS meninggalkan pakatan itu kerana ia ternyata tidak pernah memperjuangkan nasib bangsa dan agama.

Katanya, Kelantan di bawah kepimpinan PAS telah tertinggal semakin jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain dalam pelbagai bidang, kata Timbalan Menteri Kewangan itu kepada pemberita selepas meraikan pasukan bola sepak Bachok di Dewan Haji Hussin Perupuk di sini, hari ini.

"Umno Kelantan sanggup berkorban apa saja demi menjayakan gagasan itu demi kepentingan rakyat Kelantan.

"Malah jawatan dan pangkat tidak penting bagi kami, apa yang perlu difikirkan nasib dan masa depan rakyat Kelantan yang perlu diutamakan," kata beliau.

--Bernama

NASI LEMAK JELAS HALAL...TIADA RAGU2...KENAPA YANG JELAS HARAM..SIAP ADA NAS...TIDAK GEMPUR...TAK DISEKAT...APA AGENDA SEBENAR...ALLAH AJE TAHU

Tinggalkan Umno, sertai PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.

Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.

Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?

“Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

“Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?” soalnya.

Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.


Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan
Dr. Dzulkefly Ahmad

Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.

Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang "Sumpah Mubahalah" yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.

Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.

Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang "Sumpah Mubalahah".

Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.

Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah "Sumpah Mubahalah" di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah "muktamad" bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul - atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.

Lalu disyari'atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.

(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari'at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.

Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda 'Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu 'Penjagaan Maruah'.

Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH 'Qazaf' (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana
tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.

Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.


Kenapa kerajaan enggan laksana qazaf
Fakhri Ali

KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.

"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.

"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.

Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar.

Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.

"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.

"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi.


Rakyat Malaysia jangan terus jadi tukang angguk
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 April: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya mengingatkan seluruh rakyat Malaysia jangan terus menjadi seperti pokka yang asyik mengangguk sahaja kerjanya sepanjang hayat.

Datuk Hashim (gambar) berkata, rakyat negara ini mesti berani menggunakan kuasa mereka untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun mengiyakan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan.

"Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi pokka (sejenis haiwan yang suka menganggukkan kepala) lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun," kata beliau serius dalam seloroh.

Untuk makluman, binatang pokka atau sesumpah mirip mengkarung yang kerjanya hanya mengangguk sahaja tanpa sekali pun mengingkari perbuatan itu meskipun berlaku apa sahaja di sekelilingnya.

Bekas pensyarah UM dan UIAM berusia 72 itu berucap demikian ketika bercakap dalam Bicara Buku Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawy di Masjid Negeri, dekat sini, tengah hari tadi.

Turut serta adalah Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Jurnalis dan Editor Majalah Sabili Indonesia, Herry Nurdi dengan moderator oleh Ustaz Nazmi Karim.

Slot Bicara Buku anjuran Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) sempena mesyuarat agung pertama hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Hashim kesal dengan tulisan Ulama Muda UMNO dalam sebuah akhbar harian yang dengan mudah menyimpulkan rakyat tidak mentaati kerajaan sekarang ini boleh dibunuh.

"Rakyat hanya wajib mentaati kerajaan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya," tegasnya sambil menghuraikan dengan lebih lanjut tentang duduk perkara sebenar.

Menurutnya, mereka yang membaca tulisan seumpama itu hendaklah berhati-hati jangan mudah terpengaruh dengan huraian yang jauh menyimpang dari kehendak dan pengajaran agama.

Sementara itu, ketika membahaskan isi kandungan buku Syeikh Yusuf, Datuk Hashim berkata, terdapat satu pengajaran besar yang terdapat di dalam buku itu.

"Setiap orang yang dilahirkan sebagai Muslim adalah seorang ahli politik yang boleh menggunakan kuasa mereka untuk menentukan siapa yang layak memerintah negara ini.

"Rakyat Malaysia sudah memberikan masa kepada kerajaan yang ada ini melebihi lima puluh tahun dan kini sampai masanya untuk mereka menggunakan kuasa ini memilih parti yang berhasrat mengangkat perjuangan kebenaran," tegasnya sambil menunjukkan isyarat mengundi.

Ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung pertama Salimah selepas itu, Datuk Hashim berkata, penubuhan NGO Islam ini tepat pada masanya kerana berlaku berbagai masalah dalam negara ketika ini.

Menurutnya, perjuangan untuk merubah keadaan ke arah penegakan kebenaran akan memakan masa, perlukan pengorbanan dan bersedia dengan cabaran menyentuh perasaan.
Turut berada di pentas adalah Penasihat-penasihat Salimah, Cikgu Azmi dan Mohideen Abdul Kader.


Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat hajat tersebut akan diadakan bahagian belakang dewan masjid, sejurus selesai solat Jumaat.

Eskey dijadual melakukan sumpah laknat bagi mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada dua lagi rakan trio 'Datuk T' itu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim akan menyertainya.

Media juga hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.


Jangan permainkan sumpah laknat
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.



Isu nasi lemak untuk lindungi wabak negara
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS sangat prihatin terhadap isu yang berlaku menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini termasuklah aspek pemakanan di sekolah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata, PAS tidak mahu isu pemakanan menenggelamkan isu besar seperti isu akhlak di kalangan pelajar dan belia, isu PPSMI, isu diskriminasi politik termasuk ke atas guru, rasuah, jenayah, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain yang belum diselesaikan.

“Apakah isu pemakanan ini serius atau hanya untuk menabiri dan melindungi isu-isu besar yang sedang mewabak dalam negara?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada keputusan Kerajaan untuk menyekat penjualan nasi lemak di sekolah seperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar harian bersama dengan sejumlah senarai makanan dan minuman yang lain.

Menurutnya, isu pemakanan untuk pelajar-pelajar bukanlah isu yang sangat besar berbanding dengan isu akhlak dan gejala sosial yang menjadi wabak di kalangan pelajar dan belia dalam negara hari ini.

Beliau menambah, sesuatu isu sepatutnya diselesaikan secara berstrategik dalam erti kata ianya hendaklah mengambil kira kemampuan anggota masyarakat untuk mengikuti aturan dan peraturan yang hendak dikenakan.

“Apakah isu sebenar di kalangan pelajar dewasa ini?” tanya beliau lagi.

Menurutnya lagi, diandaikan isu pemakanan merupakan isu besar, maka ia mestilah dikaji secara teliti di mana spek-aspek kebudayaan dan cara hidup khususnya yang membabitkan aspek pemakanan dalam masyarakat.

Katanya, budaya pemakanan ini tidak boleh ditukar secara drastik dengan suatu penguatkuasaan undang-undang kerana aspek perundangan tidak boleh mengatasi aspek kemanusiaan.

Beliau berkata, menukar menu makanan di sekolah secara drastik membabitkan makanan tradisi seperti nasi lemak walaupun nampaknya mudah tetapi akan menekan kehidupan dan kebiasaan yang belum tentu mendatangkan mudarat, sedangkan memaksa mereka meninggalkannya lebih menyusahkan dan membebankan banyak pihak kerana makanan itu adalah mengenyangkan dan mudah serta menjadi adat dan kebiasaan yang sudah bersebati dalam kehidupan masyarakat.

“Mana satu yang lebih mudarat membiarkan menu nasi lemak seperti biasa ataupun membebankan masyarakat dengan peraturan-peraturan yang baru?

“Apa bezanya nasi lemak dengan nasi minyak, mee kuning, nasi goreng, nasi dagang, roti canai dan seumpamanya?” soalnya lagi.

Oleh kerana itu, ujarnya maka pendidikan kepada anggota masyarakat untuk mengamalkan budaya baru yang difikirkan baik adalah lebih penting daripada memaksa meraka meninggalkan kebiasaan yang tidak terbukti kemudaratannya.

Dalam isu ini, katanya aspek-aspek kemampuan ibu bapa dalam semua lapisan masyarakat di bandar dan luar bandar, kamampuan pengusaha-pengusaha kantin dan asrama dan kemampuan sekolah untuk melaksanakan peraturan dan kemampuan pelajar untuk mematuhi adalah isu besar yang memerlukan masa dan proses mendidik untuk memampukan mereka mematuhi peraturan-peraturan yang hendak dijalankan.

Sebagai perbandingan, katanya lagi isu pelajar-pelajar merokok, walaupun ia tidak dibenarkan dan diharamkan, namun peraturan-peraturan yang ada tidak dapat menyekat mereka daripada merokok bahkan masalah menjadi bertambah besar kerana makin ramai pelajar yang merokok.

Beliau berkata isu gengsterisme, pencabulan, pemakaian yang tidak menutupi aurat dan terlalu ketat pergaulan bebas, seks rambang, dadah, arak, ponteng sekolah, rempit, mencuri, ragut, vandalisme tidak menghormati guru dan menderhakai ibu bapa adalah isu-isu yang sangat menyayat hati dan mesti ditangani segera.

Pada hari ini, ujarnya terlalu banyak isu yang sedang berlaku menyentuh bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini yang kalau tidak ditangani akan memberi kesan buruk kepada masa depan negara dan rakyat.

“Apabila pihak Kerajaan mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adakah ia bermakna isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) telah pun diselesaikan sesuai dengan tuntutan Perlembagaan Negara dan kepentingan nasional serta menjamin hak umat Islam di negara ini?” soalnya.