Jumaat, 7 Ogos 2009

BOLEHKAH WANITA BEKERJA


Perkara ini memang ada dibincangkan,tetapi kesan dari perbincangan tiada apa2 susulan atas hukum itu sama ada harus atau wanita haram bekerja,mungkin makruh tahrim @yang boleh membawa kepada haram.Ini agak rumit untuk diputuskan,disebabkan perkara telah menjadi lumrah dan biasa...dan mungkin ada sesuatu tempat kerja dimonopoli oleh pekerja wanita.Di negara kita wanita bekerja macam telah hukumnya harus,tidak lagi bertentang dengan syarak.Jika kita dilihat di negara timur tengah agak kurang wanita terlibat dengan sebarang pekerjaan,lebih2 lagi telah berumah tangga,sudah tentu suaminya bertanggung jawab atasnya,untuk makan minum,pakaian dan sebagainya.Bagi saya agak keberatan menerima keharusan wanita bekerja mungkin boleh@wajib jika ia janda atau wanita yang tiada harta peninggalan baginya untuk nafkah makan minum,pakaian dan sebagainya.Kewajipan@keharusan wanita kerja itu pun kena sesuai dengan wanita dan tidak melanggar batas2 syarak.Jika kita lihat secara rasional wanita bekerja banyak menimbulkan fitnah lebih2 lagi ditempat yang bercampur gaul wanita dan lelaki secara bebas.Apa yang berlaku disebabkan kemodenan cara hidup...dan ingin mengejar kemewahan dan mungkin untuk menunjuk2 siapakah yang lebih kaya dan bergaya.Hingga jika haram pun atau makruh tahrim pun bekerja sudah tidak sedar@tidak nampak lagi...inilah kesan dari penjajahan yang mana penjajah itu sendiri memang tidak beriman kepada Allah swt.Sudah tentu dendam kesumatnya untuk merosakkan@menghancurkan Islam itu sendiri.Kita tidak boleh menolak salah satu faktor,berlaku perceraian,perzinaan,pembuangan anak,pembunuhan kerana cemburu atau terlibat cinta tiga segi dan pelbagai masalah sosial....ditambah jika wanita itu sendiri tidak menutup aurat atau tidak solat fardu...jika menutup aurat pun sebagai fesyen yang tidak mengikut kehendak syarak....Mari kita fikir dan renungan secara rasional,lebih2 lagi jika kita berpandukan Quran serta hadis...memang jelas keharaman atau sekurang2nya makruh tahrim yang boleh membawa keharaman...kecuali bekerja di tempat-tempat yang terhindar dari fitnah,bercampur gaul secara bebas,yang jauh dari perkara2 haram yang dilarang Allah swt.Bagi kesimpulan,penulis cadangan agar wanita2 yang dalam keadaan serba salah,hendak berhenti kerja atau meneruskan pekerjaan agar menunaikan solat sunnat isthirah mohon pertunjuk dari Allah swt.Bagi wanita bekerja di tempat2 haram,sebenarnya mereka merasai haram itu,cuma perasaan haram dibuang jauh2 hingga mereka tidak rasa haram lagi...Ingat kita kan dimatikan bila sampai ajal kita...selepas itu kita akan ditanya segala apa yang kita lakukan di dunia ini dan tidak akan terlepas walaupun sebesar zarah. Oleh itu fikir2lah wahai wanita2 dan para suami2.....

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.