HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 9 Ogos 2009
KEGIGIHAN DAN KETABAHAN SEORANG WANITA
Tidak payah penulis sebut nama dan sebarang klu mengenalnya wanita ini...cukup sahaja penulis panggil Am@bukan nama sebenar...secara ringkas penulis mulakan@ceritakan... Am ini ditugaskan bertugas di satu kawasan pendalaman di sebuah negeri di Malaysia.Tugas beliau adalah sebagai pendidik...yang mulia disisi masyarakat.Am asalnya tinggal di kawasan segala kemudahan asas ada disediakan kepada kawasan yang tiada kemudahan secara total...air bergantung kepada tadahan hujan dari anugerah Allah,walaupun air paip yang kita terima itu pun hakikat dari kurniaan Allah,kita hanya memproses sahaja.Segala bahan membuat alat memproses,pencipta alat,apa sahaja hingga ia menjadi yang jernih,hakikatnya dari kurniaan dan kehendak Allah swt jua...tetapi manusia tidak mahu berfikir atau memang tidak terfikir,menjadikan ia melihat mahkluk lebih hebat dari Pencipta sebenarnya iaitu Allah swt.Mari kita berbalik kepada cerita Am...Kedatangan pertamanya disambut dengan banjir setinggi peha...bukan karpet merah atau bunga mangar jauh sekali paluan kompang....bayangkan bila qada hajat,diwaktu malam Am kena mengarung air sedalam paras peha dalam keadaan gelap gulita...kerana bekalan letrik dipadam pukul 11.30 malam,perkidmatan letrik pun hanya dari pukul 7.00 hingga 11.30 malam sahaja...apa perasaan mula2 yang berlaku kepada seorang wanita yang begitu asing tempat baru yang ditugaskan...tentulah keluh kesah,hiba,sayu,takut macam hendak menangis...mungkin Am sudah pun menangis....apa kata penulis kepada Am,jika penulis berada ditempatnya,penulis sudah cabut atau berhenti kerja...diceritakan oleh Am untuk ke sekolah terpaksa lalu jalan berbukit2 serta berbelok2...yang dikenalkan oleh penduduk tempatan dengan panggilan bukit ular...begitu cabarannya Am terima...dan semasa penulis menulis blog ini,tempatnya bertugas tiada air,susah hendak berwudu,membasuh kain...wudhu dan air minuman bergantung pada air mineral.Membasuh kain terpaksa pergi bandar berdekatan yang belanja@tambang mencecah rm300.Jika tidak salah penulis Am terpaksa menyewa sebuah rumah di pekan tersebut untuk bermalam@menginap dihujung minggu untuk membasuh,pergi bank,membeli keperluan harian.Bayangkan pergorbanan Am,penulis nakal juga,dengan mengusiknya...adakah Am hendak tukar...kebetulan penulis banyak kenalan dipihak atasan untuk menolong ia tukar,sebab penulis kesian...sekurang2nya pindah ke pekan itu sendiri.Penulis terperanjat sebab ia menolak,sebab sayang dengan pelajarnya,jika ia pindah siapa pula yang hendak mengajar,dan ia mula menyukai tempat itu...Syabas dan tahniah Am...atas ketabahan serta kegigihannya...penulis tabik kepadanya...Sepatutnya orang macam ini kita beri penghargaan atas sumbangan yang tidak ternilai.Kadang2 bila berhubung,Am kata kepada penulis kalau boleh sekarang ia hendak pindah...bukan sebab keadaan yang sukar itu tetapi rindu,cinta kepada kampung halaman serta ayahbonda di kampung...Selama mana pun Am di sana ia akan pindah ke negeri asalnya...kecuali jodohnya di sana.Harap Am bersabar dan berbahagia di sana serta Am dalam rahmat Allah swt.Bagi pendidik yang berada dalam kemewahan kemudahan asas serta keselesaan hidup di bandar2 bersyukurlah kepada Allah swt,supaya jangan merunggut2 panas,jerebu,jem dan pelbagai masalah lagi...kita lebih seronok kalau hendak dibandingankan dengan Am....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan