Sabtu, 15 Ogos 2009

WAHAI TUAN2 HAJI DAN PUAN HAJJAH



Sejak2 kebelakangan ini panggilan tuan haji@pn hajjah sudah satu kemestian dan kewajipan dan marah atau ralat jika kita tidak memanggil begitu(tidaklah semua begini).Begitukah niat mereka pergi menunaikan haji.Menunaikan haji sama taraf dengan rukun2 Islam yang lain...spt solat,zakat dan puasa....mengucap dua kalimah syahadah itu sudah kemestian.Dalam Islam tidak boleh kurang satu rukun...tidak boleh kita kurang satu rukun itu sudah dikira lulus...tetapi didalam peperiksaan mungkin lulus jika salah satu jawapan....dan dapat markah 40 sudah dikira lulus.Islam tidak begitu....walau pun betul semua, belum tentu kita lulus,Islam tu sempurna bagi kita...lulus@sempurna dikira setelah kita buat semua yang wajib tetapi disyaratkan AQIDAHNYA BENAR dan IBADAH YANG SAH....jika tidak maka sia2lah amalannya.Itu sebab menuntut ilmu fardu ain itu WAJIB.Jangan kita menyangka sudah memiliki ijazah dan masuk universiti kita sudah menabik dada kita pandai semua....dan orang lain bodoh.Jika begitulah sikap kita,orang yang macam ini,jika ia berada dizaman Rasullullah saw ,mungkin orang ini tidak akan beriman,sebab Rasullullah saw itu UMI tidak tahu menulis dan membaca.Maka ia memandang Rasullullah saw itu bodoh....sebab ia menyangka dirinya pandai dan tentulah nabi yang UMI itu tidak layak digelar rasul.Bagi yang telah pergi haji bersyukurlah kepada Allah swt kerana telah ditakdir@dipilih... beroleh menunaikan haji...walaupun kemestian@wajib itu hanya kepada orang mampu dan aman perjalanan untuk menunaikannya serta syarat2 lain...yang sudah tentu tuan2 haji ini sudah maklum.Bila mana kita sudah pergi haji bukan mesti kita dapat haji yang mabrur...malah mungkin kita dapat haji mardud....Jika dapat haji mabrur pun bukan mesti memakai gelaran haji atau hajjah...tiada nas pun..dan tiada digunakan oleh penduduk2 Islam di negeri2 lain.Rasullullah saw,sahabat2,imam yang empat,serta ulamak2 muktabar juga tidak mengunakan gelaran haji.Jika menggunakan juga kerana untuk menunjuk2,bermegah2 maka sudah tentulah haram atau sekurang2 makruh tahrim.Harus diingat title haji bukan bermakna kita boleh mengeluarkan hukum2...atau sebagainya sebab ia bukan alim dalam bidang agama termasuk pak imam2 kecuali mereka ini memang guru agama dan dituliah oleh jabatan agama negeri masing2.Bukan tidak ada tauliah kita tidak boleh mengajar....sekurang2 mengajar solat kepada anak2 kita, isteri2 kita,jika tidak mampu juga,wajib kita menghantar anak2 dan isteri2 untuk belajar ilmu fardu ain.Penulis masih ingat semasa menuntut bab haji..tuan guru memisalkan haji yang tidak mabrur...contoh yang diberi begini 'seorang hajjah sudah berkali2 pergi menunaikan haji...semasa duduk bersama temannya di dalam kapal terbang telah menceritakan bahawa ia telah berkali2 pergi haji,anak2nya pula pandai2 dan berpangkat2...jurutera,doktor,peguam dan lain-lain...dalam ceritanya itu juga ia menceritakan bahawa pergi kali ini anaknya yang jurutera mengeluarkan segala kos ke Mekah'...tuan guru penulis mengatakan hajinya tidak akan mabrur sebab ia berbangga2@menunjuk2 kehebatan keluarganya....dalam kapal terbang sudah gagal dapat haji mabrur....kata tuan guru tu lagi...mungkin hajinya sah jika memenuhi syarat2 dan rukun....cuma tidak berpeluang mendapat haji mabrur.Sambungnya lagi...tanda2 orang dapat haji mabrur sekembalinya ia ke kampung halaman ia berubah sebagai orang benar baru2 dari amalan lama.Amalan buruk atau tidak beberapa elok dahulu telah ditinggalkan sama sekali.Lain haji mardud perangai sebelum pergi dan balik sama...jika baik pun hanya berapa2 bulan,lepas itu tabiat yang tidak elok dilakukan semula....bagi tuan2 haji ....ingatlah pergi haji bukan menjamin kita telah alim dan tidak payah pergi surau atau masjid untuk menuntut ilmu...kalau rasa diri sudah alim ambil tuliah mengajar di surau2 dan masjid,kalau sudah kaya serta bergaji besar,tidak payah ambil saguhati daripada kita mengajar.Kalau begini,betullah...jangan kita cakap2 dibelakang....orang macam ini dipanggil baling batu sembunyi tangan...cakap kasar orang ini bacul...hanya berani cakap dan memburuk2,merendah2 orang dibelakang....macam ada kedengkian pada orang ini.Lebih2 lagi kalau kita menghina ulamak2,guru2 agama yang menyampaikan yang haq...mungkin ia kekasih Allah...kita tidak tahu...kerja kita hanya membodek manusia bukan membodek Allah...membodek dengan kata lain memuji Allah itu wajib....ingat apa kita buat di dunia semua akan disoal...jangan kita macam orang yang tidak berapa pandai hendak menduga orang yang lebih alim dari kita...bak kata perpatah kail panjang sejengkal dan menduga lautan yang dalam....fikir2lah kita siapa disisi Allah....sedangkan kita manusia yang lebih takut pada manusia atau pemerintah daripada Allah swt sendiri....

Tiada ulasan: