Jawapan Pada Persoalan 33
Alhamdulillah, dapat saya meluangkan masa sedikit untuk berkongsi jawapan. semoga memberi manfaat untuk diri saya dan semua
Abdollah Melaka
Sya difahamkan bahawa membaca alquran atau tulisan ayat yang diletakkan
didepan semasa sembahyang hukumnya makroh. Mana satu yang benar?
2009-07-28 3:38 PM
Tidak makruh
morazas
Salam,sy beri pinjam RM3000 kpd kawan.Dlm 1 thn,cuma bayar RM250.Jika
simpan RM3K di TabungHaji sy dpt profit sbb genap 1 thn.Boleh sy kenakan
profit? 2009-07-28 9:38 AM
tak boleh, mana-mana kenaikan di atas pinjaman itu Riba’
OreoCheese.
Salam.Bolehkah seorg wanita mencabut bulu kening jika niat adalah
supaya ia lebih terurus? T.kasih, ustaz. 2009-07-28 6:08 AM
Hukum
asal tak boleh, tetapi jika mencabut kerana sesuatu darurat tak apa.
Dalam bab mencabut kening untuk kelihatan terurus, kita timbangkan,
adakah ia termasuk di dalam darurat?
IPOH Apakah hukumnya membela anjing sebagai haiwan kesayangan? 2009-07-28 4:25 AM
Tak boleh
esan Salam, Minta pendapat ustaz mengenai situasi di tempat kerja.
semasa menghadiri meeting, saya mendengar azan zohor. Apakah tindakan
yang afdal? 2009-07-29 2:28 AM
kalau mahu tindakkan afdhal, berhenti dan sembahyang dulu
Nur Salam Ustaz.. Bila kita ini Hamba dan bila kita ini khalifah disisi Allah. 2009-07-29 12:47 AM
Hamba dalam semua keadaan, khalifah beban tambahan untuk mentadbir muka bumi
Nur Salam Ustaz.TQ jwpn sblm ini. Mohon panduan cara terbaik menegur
suami (dlm bab solat). Sy juga perlu baiki diri dan Moga Allah beri
kekuatan pd sy.TQ 2009-07-29 12:39 AM
Ajak suami belajar sama-sama, kadang-kala, dia memerlukan orang yang dia hormati untuk menegur.
Mizan Salam Ustaz, Blhkah kt niat witir tapi ikut imam yg solat
tarawikh pd raka'at ke 10, bila selesai kmudian kt buat 1 raka'at solat
witir.Terima kasih. 2009-07-29 12:23 AM
Ada pendapat mengatakan tidak boleh kerana jenis sembahyang tak sama.
Yang membolehkan, mengatakan jenis itu sama dari sudut jenis sembahyang itu ialah sembahyang sunat.
Bagi saya boleh
mom salam, sy tidak bertegr sapa dgn ibu mertua sehingga dia meninggal,
selpas saya tahu dia selalu memburuk2kan saya. apa harus saya buat?
2009-07-28 4:41 PM
taubat dan selalu doakan arwah ibu mertua
haz apa hkmnya mempercayai law of attraction? 2009-07-28 4:36 PM
boleh tuan terangkan lebih lanjut apa kandungan perkara ini?
zirah Sembhyg tahajud mesti dilakukan selepas tidur atau boleh dibuat sblm tidr? 2009-07-28 4:35 PM
tidur
bukan syarat menunaikan tahajjud. Ia sebagai afdhal (terbaik). Jika
telah berjaga hingga tengah malam, maka boleh terus buat tahajjud
mohd niza salam ustz apakah boleh kita solat qasar dan jamak tahkir zhr
dlm asar stelah kita sampai dirumah tmpt kita bermukim stelah pulang
dari musafir 2009-07-28 3:50 PM
telah sampai tak boleh
Misha
Salam ustaz saya ingin tahu syarat untuk masuk ke Yayasan al-Ijabah dan
berapa minima umur utk memasukinya. 2009-07-29 11:14 AM
1. anak yatim atau orang susah
2. lulus temuduga
3. istikharah
4. bergantung pada kekosongan
Guest
salam.ade pendapat mengatakan wajib solat jumaat jika kita bermusafir
selepas subuh, betul ke?kalau bermusafir sbl subuh tidak perlu solaj
jumaat. 2009-07-29 11:12 AM
Ye betul, ada sebahagian pendapat dari mazhab Syafie demikian.
Kalau bertolak sebelum subuh maka jumaat gugur, boleh digantikan dengan zohor.
Guest bagaimana cara terbaik meghapuskan dosa2 termasuk dosa besar 2009-07-29 9:32 AM
Taubat nasuha
Aida sambung...di malan nisfu syaaban. mohon pandangan ustaz 2009-07-29 8:54 AM
Solat
dan doa banyak-banyak. Imam Syafie berkata, lima malam yang kita tahu
masanya, mesti kena bangunkan sebab banyak waktu mustajab
1. malam awal rejab
2. malam nisfu sya’ban
3. malam hari raya fitri
4. malam hari raya adha
5. malam jumaat
Aida
salam. apakah amalan terbaik yang boleh dilakukan pada mlm nisfe
syaaban menurut pandangan ustaz. dr asri ada mengulas byk perkara bidaah
yang berlaku 2009-07-29 8:54 AM
Yang tak nak bangunkan malam, boleh tidur. Kalau tidur untuk cergas mencari nafkah pada esok hari pun baik.
Yang tak baiknya menyalahkan orang itu dan ini.
Ummu firdaus Ustaz, saya nak beli air UAdC dalam botol 5liter sebanyak
30botol sebulan. saiz yg ustaz jual tu tak ekonomik untuk saya.Boleh
ustaz pack botol 5liter2009-07-29 8:31 AM
InsyaAllah, setakat ini, ini sahaja kita mampu buat, kita bertatih sendiri tanpa pinjaman mana-mana pihak.
Guest
salam. Jika seorg ustaz tidak menunjukkan keperibadian seorg ustaz di
mana beliau sanggup kahwin kali kedua di thailand.Kenapa ini terjadi.
2009-07-29 4:51 AM
Kahwin bagus, Cuma setiap orang ada kelemahan. Dia kahwin kat sana, itu kelemahan dia. Kita tolong baiki dia.
Orang kalau baik, tak semua tempat dia baik. Kalau dia jahat, tak semua tempat dia jahat.
Kita yang melihat, ambil iktibar dan bantu dia memperbaiki dirinya
GuestW (samb.) samada gurau/serius/kedua2. Adakah berdosa sebab
MENYURUH buat perkara dilarang (salam antara tak mahram) jika masa tu
belum lagi salam? tk 2009-07-29 4:44 AM
Benda haram
jangan dimulakan. Ia payah nak berhenti. Mula-mula memang orang suka
acah-acah dulu. Inilah kerja syaitan yang ingin kita membiasakan sesuatu
perkara. Apabila dilihat, macam ok, maka dia akan naikkan lagi tahap
maksiat tu.
GuestW T.kasih jawapan ustaz utk soaln
lelaki suruh wanita salam sebab berikan bonus. Tapi nak tanya lagi.
Wanita itu tak mahram. Adakah lelaki itu berdosa 2009-07-29 4:35 AM
Dosa
atikah
salam ustaz, utk membanyakkan susu amalkan surah Al-Qasas ayat
7..bagaimana cara mengamalkan..harap ustaz dpt terangkan..ma'asalamah
2009-07-29 4:16 AM
baca dan niatkan dengan keberkatan
ayat ini, semoga Allah kurniakan susu yang banyak seperti mana Allah
kurniakan pada ibu Nabi Musa.
izah ustaz apakah ubat untuk penyakit mlas nak solat?? 2009-07-29 3:42 PM
kalau anak-anak kecil, rotan. Kalau dah besar kena tarbiah. Doa semoga Allah beri keringanan untuk bersolat
Abdollah Melaka
Seseorang dlam musafir dan membuat embahyang jamak zohor dan asar.
Tetapi sampai dirumah semula sebelum waktu asar. Adakah dia wjib smbahyg
asar ll 2009-07-29 2:23 PM
wajib
Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada kesamaran, boleh tanya kembali
"Pertanyaan, Kunci Pengetahuan"
al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Sya'ban 1430/ 31 Julai 09
Jam 5.50 petang
Jawapan Pada Persoalan 34
Alhamdulillah, dapat diberi kesempatan berkongsi jawapan. Semoga ada manfaatnya.
hawzi
salam ustaz, saya hanya ada acc. m2u. utk transfer sy perlu bussines
regis or ic..boleh tak kiranye ustaz pamerkan..atau ada acc m2u pun
bagus juga..t 2009-07-29 1:56 PM
Akaun Yayasan tak ada lagi Maybank. InsyaAllah nanti kita uruskan. Terima kasih sebab mahu bersama untuk berbakti
Guest
Apa hukunnya seorg suami yg tlh memberikan semua hartanya kpd anak
tanpa memberi apa apa kpd isteri yg tidak mempunyai anak? 2009-07-29
1:23 PM
Kalau pemberian itu ketika dia hidup dan masih sihat, tak ada masalah. Harta dia, terpulang pada dia siapa dia nak bagi.
Cuma, janganlah sampai bagi semua hingga nafkah anak isteri yang lain terabai
Guest Apa hukumnya anak tiri yg derhaka pd emak tiri yg berkahwin dgn ayahnya selama 18 thn? 2009-07-29 1:21 PM
Dosa, mak tiri macam mak sendiri
Guest kalau org belayar dikira musafir k 2009-07-29 1:20 PM
Ye
Guest assalamualaikum.ustaz apa hukum makan sup sirip ikan jer 2009-07-29 12:59 PM
Harus, cuma tengok adakah tangan orang Islam yang masak dan juga bahan-bahan lain yang digunakan, adakah halal atau tidak
Guest sedekah fatihah utk datuk nenek yg dah meninggal.sampaikah pahala? 2009-07-29 11:38 AM
Sampai
Guest ingin melarikan diri dr org yg menmpat.tapi sentiasa dikelilingi
org yg berkenaan.saya takut.dosa dgn manusia ni terlalu kompleks
2009-07-29 11:31 AM
Minta bimbingan dari Allah banyak-banyak, caranya dirikan solat banyak-banyak
lin
salam..uztaz saya bekerja dgn sebuah institut pendidikan tetapi di
naungi oleh bro of st gabriel.adakah haram saya bekerja di siniebagai
seorg instrac 2009-07-30 3:16 AM
Niatkan untuk berdakwah
azam salam ustaz. saya nak tau kadar pendapatan yang wajib dikenakan zakat dan cara pengiraannya. 2009-07-30 3:11 AM
untuk pengiraan, saya nak cerita di sini panjang, sila rujuk e-zakat.com.my
Lin
ada tetamu diumh. Masuk zohor saya sbhyg zohor saja.Lepas tetamu balik
masih ada zohor lagi. Boleh x saya sbhyg rawatib zohor? Adakah di kira
qada?2009-07-30 3:10 AM
Boleh
Lin Salam, bila azan berkumandg di radio/tv dan masjid serentak,yg mana satu harus dijawab. 2009-07-30 3:01 AM
Masjid
Guest
Saya ditugaskan utk menghias pejabat sewaktu perayaan seperti Hari
Raya,Depavali,Xmas & CNY dgn lampu kelip2,kad ucapan,pokok x’mas
& dll..boleh ke? 2009-07-30 12:49 AM
Syubhat
saya ustaz ,xpe ke kalau perempuan tindik lebih dari 1 ? 2009-07-29 8:40 PM
tak apa tetapi juga lihat niat
Guest
berdosa tak kalau sy mintak cerai.sy ada pekerjaan,yang geram nya suami
suka pinjam duit saya,janji nak bayar,tapi dah dekat dua tahun tak
bayar2. bagi sy takde suami pun takpe.ambil lah kalau no2 nak.sy pun
bukan nakberebut.sy takut berdosa mintak cerai.takut tak mencium bau
syurga. 2009-07-29 5:04 PM
Cerai bukan jalan terbaik dalam kes ini.
Guest sy dimadukan.bila giliran dirumah sy,suami asyik bersms dan
beremail dengan isteri no2.sewaktu nak tidur pun htr sms
'gudnight..muahss" sy ada bukti apa hukum suami poligami macam tu.kalau
suami disana,takde pulak nak bersms dan bg gudnight.hati saya rasa sedih
dan pilu.apa patut saya buat. 2009-07-29 4:55 PM
Sabarlah, semoga air mata kesedihan ini membuatkan kita gembira di sana nanti.
Bagi suami, kena baiki diri. Bagi kita kena baiki diri juga.
Kalau sama-sama baiki diri, insyaAllah, semua diberi keberkatan
Guest salam,ustaz apa doa yang boleh mempercepatkan jodoh. 2009-07-31 6:04 AM
Banyakkan selawat fateh
Guest hukum wanita tua 80-an x mengenakan tudung (tutu aurat) pada bukan muhrim 2009-07-31 5:48 AM
Tak boleh jika penampilannya boleh menimbulkan syahwat.
Syaaban Ustaz, sunah atau bidaah amalan 3 yassin pada nisfu syaaban? 2009-07-31 4:08 AM
Sunnah baca al-Quran pada waktu apa-apa pun. Ulama kita susun amalan ini untuk orang yang selalu lupa, ada waktu mengingatinya.
Selagi ada dalil, maka ia bukan bid’ah.
Guest Assalamuailaikum,ustaz apakah yg perlu dilakukan pada orang yang suka menganiaya org lain 2009-07-31 3:36 AM
Maafkan dan doakan agar Allah ubah sikap dia
Guest ustaz bolah tak bagi doa cepat jodoh...minta bantuan ustaz..tq 2009-07-31 2:27 AM
Baca selawat banyak-banyak
darling
Tahniah ustaz, ari ni surat khabar utusan malaysia dh keluar pelancaran
jenama air mineral utaz tu, muga bertambah rezki ustaz untk
melaksanakan segal 2009-07-31 2:24 AM
terima kasih banyak-banyak
Ingintahu salam ustaz. saya ingin tahu apakah hukum memgunakan pelaris dari ayat al-quran utk perniagaan, tk 2009-07-30 2:40 PM
Elakkan. Takut akhirnya percaya pada bentuk ayat itu, bukannya kuasa Allah
Noor Ustaz, teruskan hasrat dan tujuan ustaz untk mengeluarkan pesakit
aids dari gereja, Kami akan membantu sebaik boleh, Berserah pada Allah.
2009-07-30 5:31 AM
Terima kasih puan
Guest
bolejkah anak angkat dapt harta pusaka. jika keluarga angkat x ada anak
lain. jika x boleh, harta itu perlu di beri kepada siapa 2009-07-30
5:12 AM
Tak boleh, jadi, sebelum meninggal, baik hibah
pada anak angkat itu. Jika tak ada anak, dia akan jatuh pada pewaris
lain seperti ayah, ibu, adik beradik
Guest salam.ank sy
nk bkawin dgn seorg pemuda yg sy x suka krn sikapnya.adakah apa2 doa/
amln y dpt mlembutkn hati ank sy utk dgar ckp sy? 2009-07-30 3:35 AM
Doakan dapat agar dia mendapat jodoh terbaik. Terbaik bagi kita tak semestinya terbaik bagi Allah
Lebih baik doakan dia mendapat jodoh terbaik. Jika akhirnya dia kahwin dengan pemuda itu, maka artinya, ia adalah terbaik.
Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada kesamaran, maka bolehlah diajukan kembali
"Pertanyaan, Kunci Pengetahuan"
al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Sya'ban 1430 / 31 Julai 09
jam 6.05 petang
Diari 95 - Solat Itu Tiang Agama
Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah
mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah
meruntuhkan agama (maksud Hadith)
Oleh kerana, solat itu wajib,
maka mempelajarinya juga wajib. Oleh kerana mempelajarinya wajib, maka
orang yang mampu untuk mengusahakan untuk mengajarnya juga wajib berbuat
demikian.
Syabas saya ucapkan di atas usaha membuat program
solat oleh Layar Consult Sdn Bhd, sebuah syarikat pembikinan filem dan
dokumentari Islam.
Rabu 29 Julai 09, inilah pertama kali dalam
hidup saya menghadiri penggambaran hampir lima jam berterusan, bermula
jam dua lebih hingga mencecah jam tujuh malam. Berhenti rehat hanya
untuk solat. Rakaman ini sambungan dari rakaman yang lepas yang belum
siap.
"Ustaz, pastikan baju yang dipakai sama macam yang lepas ye" pesan penerbit pada saya.
Dengan berbekal 100 Plus, Alhamdulillah, tenaga terus ada, cuma kemudian, asyik ke tandas.
Saya melihat krew yang bertugas, kejap-kejap betulkan lampu, betulkan kedudukan, betulkan kamera betulkan itu, betulkan ini.
Mmm, susah juga buat sesuatu program TV ni. Selalu dengan TV 3 atau TV 9 semua dah siap.
Tapi apa yang menarik bagi semua krew dari Layar Consult ini ialah, mereka semua menjaga solat.
Alhamdulillah. Barulah betul. Buat program agama, krew juga ada pegangan agama yang baik.
Taklah buat program agama, tapi krew pun liat nak sembahyang.
Sedikit
yang boleh kita kongsi ialah, isi perbincangan program ini. Ia lebih
menumpukan penunaian solat secara praktikal menurut Mazhab Imam
as-Syafie.
Untuk menunaikan solat dengan sempurna, seseorang perlu menjaga tujuh perkara:-
1. Syarat sah solat
Syarat sah solat ada 5 iaitu, menutup aurat, menghadap kiblat, masuk waktu, suci dari najis dan suci dari hadas
2.
menunaikan sunat sebelum solat seperti, azan dan iqamat, solat
berjemaah, meletakkan sutrah (penghadang solat) dan sebagainya.
3. menyempurnakan rukun solat yang 13
4. memperbanyakkan sunat-sunat di dalam solat seperti bacaan surah, mengangkat tangan ketika takbir al-ihram dan sebagainya.
5. menjaga makruh dalam solat seperti meliarkan mata ketika solat
6. menjaga perkara yang membatalkan solat seperti bergerak tiga kali berturut-turut
7. khusyuk dalam solat.
Tujuh perkara ini, jika dijaga dengan betul, kita akan memperolehi dua kelebihan.
Kelebihan
di dunia, solat kita akan menjaga kita dari perkara keji dan mungkar.
Kelebihan di akhirat, solat kita akan menjaga kita dari api neraka.
Yang paling penting adalah, solat menjadikan kita semakin rapat dengan Allah. Itu yang Allah sebut di dalam al-Quran:-
"Dirikanlah kamu solat untuk mengingatiKu"
Semoga
kita dapat menyempurnakan solat kita. Ia bukan untuk orang lain.
Kebaikannya kembali pada diri kita, sama ada di dunia mahupun di
akhirat.
"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Khamis 30 Julai 09 jam 8.45 pagi
Wajib bersegera qada solat
Posted on March 22, 2008 by nuraiman
Wajib bersegera qada solat
SOALAN:
SAYA
ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita
terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu
itu?.
Atau
selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan
saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas
solat Isyak.
JAWAPAN:
SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat
kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal
solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal
tanpa keuzuran.
Para
ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah
dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib
yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa
keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut
segera.
Dosa
yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada
dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu
Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar
telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda:
“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat
beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan
para sahabat terus tidur.
Apabila
hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal
tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang
terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w
adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal
berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang
menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap
untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu
baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang
siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia
teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya
Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku,
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat
Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
Persoalannya
bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram
mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir
masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas
waktu subuh walaupun qada solat.
Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda
Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan
jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik
tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya
matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).
Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat,
adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi
mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh
‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para
Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan
al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam
hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr.
Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan
dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada
bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat
ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila
sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Justeru,
dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang
muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada
bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.
Ini
kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak
ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap
kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur,
terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi
itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.
Solat
tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa
atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas
sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak
akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam
memelihara solat.
Soalan
Assalamualaikum, saya telah berkahwin dgn seorang janda beranak 3.
Mereka semua tinggal dan berada dibawah tanggungan saya. Soalannya,
bolehkah saya buat aqiqah untuk ketiga2 anak tiri saya? Perlukah saya
minta izin bapa kandung mereka? Terima kasih.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, anda diharuskan untuk membuatkan Aqiqah untuk mereka kerana mereka kini di bawah tanggungan anda.
Mengenai ayah kandung mereka, jika anda memberitahunya adalah lebih
wajar kerana beliau adalah wali kepada ketiga-tiga anak tersebut.
Wallahu 'alam.
Soalan
Assalamualaikum,ustaz,ustazah? saya ingin bertanyakan tentang,
1.saya telah meninggalkan solat selama bertahun-tahun,apakah yang harus
saya lakukan untuk mengantikan solat yang ditinggalkan dahulu?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, anda perlu bertaubat dan wajib mengqadha’kan kesemua
solat fardu yang telah anda tinggalkan. Ia adalah hutang yang perlu
anda bayar kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sabda Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Sesiapa lupa hendak menunaikan Solat, maka hendaklah menunaikannya
semasa dia mengingatnya. Dia tidak dikenakan denda apa-apa (yakni tidak
berdosa) selain daripada qada Solat itu sahaja.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Wallahu 'alam.
Soalan
Salam Ustaz.Saya nak tanye,seminggu sebelum puasa saya bergaduh dgn
suami.saya ugut(melalui sms)kalau dia tak ceraikn saya,saya akn
lari.xlama lepas tu dia balas berbunyi "aku ceraikan kau (nama penuh
saya) dgn talak 1.aku puaskan hati kau.ko nk sgt kn."sebelum tu kami ade
berjimak dan saya belum mandi wajib lg.adekah talak tu jatuh?lepastu
saya ade berjumpa suami dn dia ade mencumbui saya.adekah perbuatan itu
dikira rujuk?sebulan selepas itu suami sms"saya nk baik balik dgn awk
saya sayang awk.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
perkara ini perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan
dengan tempat anda. Sms yang dikirimkan oleh suami anda perlu dipastikan
terlebih dahulu sama ada yang menghantar tersebut adalah dirinya
ataupun sebaliknya.
Selain itu, persetubuhan yang telah anda lakukan dengannya tidak
menjadi batu penghalang untuk terjatuhnya talaq ke atas diri anda
sekalipun waktu itu anda masih belum melakukan mandi wajib lagi.
Demikian juga dengan perbuatan bercumbu dengan anda, ia tidak dianggap
sebagai perbuatan rujuk di dalam Mazhab Syafi’i. Menurut mazhab ini,
rujuk perlu dilakukan dengan menggunakan lafaz (kata-kata). Sila ke
Mahkamah Syariah untuk penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu 'alam.
Soalan
Assalamualaikum... Ketika mengerjakan solat subuh tiba-tiba ada cecair
yang keluar dari alat sulit tetapi saya ingat air tersebut adalah air
mutlak selepas membasuh alat sulit selepas membuang air kecil... selepas
selesai solat subuh saya periksa air tersebut adalah air mazi..
bagaimanakah solat saya adakah solat saya sah atau tidak? Mohon pihak
tuan atau puan perjelaskan perkara tersebut?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, solat yang anda dirikan adalah tidak sah kerana
terdapatnya najis pada tubuh anda (air mazi adalah najis). Oleh itu,
anda perlu mengqadha’kan solat fardu Subuh tersebut. Wallahu 'alam.
Soalan
1. Seseorang yang membuat Qurban pada hari raya qurban boleh tak dia
mengambil daging qurban tersebut untuk dibuat masakan untuk
keluarganya.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Hukum melaksanakan korban itu adalah sunat muakkad (sunat yang
sangat-sangat dituntut oleh ugama).Malah korban itu terbahagi kepada dua
iaitu:
1.Korban Sunat - Sunat makan daging korban terutama hati binatang korban bagi tujuan mendapat keberkatan
2.Korban Wajib/Nazar- Haram makan daging korban.Jika termakan wajib ganti dengan kadar yang telah dimakan.
Daging korban sunat ,perlu diambil oleh peserta korban 1/3, manakala
1/3 lagi disedekahkan kepada fakir miskin,manakala 1/3 lagi diberikan
kepada orang yang berada.
Sebagai contoh jika setelah dilapah dan ditimbang keseluruhan daging
bagi 1 ekor lembu korban dapat 84 kilogram,ia tidak termasuk
tulang,maka setiap peserta korban dapat 12 kilogram ,kemudian anda
hanya berhak ambil 1/3 daripada 12 kilogram bersamaan 4 kilogram .Ini
yang perlu untuk anda masak manakala 8 kilogram lagi disedekahkan
kepada fakir miskin dan orang yang berada.
Panel tegaskan bahawa ,pastikan korban yang anda lakukan itu korban sunat dan bukannnya korban wajib/nazar.Wallahu a'lam.
Soalan
Adakah membaca al quran dgn tajwid yg betul sama penting dgn bertadabbur
dan memahami isi kalamullah melalui kitab tafsir? Terima kasih ustaz.
Jawapan
Dalam membaca Kitab Suci ini, pembacanya perlu mentadabbur isi
kandungannya dan juga membacanya mengikut kaedah bacaan dan sebutan
huruf yang betul. Kedua-dua perkara ini sama pentingnya kerana ia
merupakan perkara yang telah Allah Subhanahu Wa Ta'ala tegaskan di dalam
firmannya yang bermaksud:
“...dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu”.
(Surah Al-Furqan 25:32)
Soalan
assalammualaikum.apakah hukumnya menjawab salam terlebih dahulu sedangkan orang itu belumpun memberi salam?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Perkataan salam itu membawa maksud selamat/Doa.Cuba ucapkan
Assalamualaikum, yang bermakna, sejahteralah kamu,lalu dijawab oleh
orang yang diajukan salam dengan lafaz untuk mendoakan bagi orang yang
telah memberi salam iaitu,waalaikumusalam warahmatullahi wabaratuh, yang
bermaksud:Ke atas kamu juga keselamatan dan kerahmatan serta
keberkatan daripada Allah SWT.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,andaikata anda menjawab salam
sedangkan tiada orang yang memberi salam bagi tujuan untuk membalas
salam itu seolah-olah perbuatan anda itu dianggap janggal dan di luar
kebiasaan.Ini kerana panjang atau pendeknya jawapan salam itu akan
membawa kebajikan tertentu bagi pemberi salam.Perkara ini ditekan dalam
sebuah hadis baginda saw.
Justeru panel nasihatkan agar anda bersabar dan tunggu sehingga ada
orang beri salam baharulah dijawab salam berdasarkan kaedah yang telah
disunnahkan oleh baginda saw.Wallahu a'lam.
Soalan
Salam tuan,saya sgt musykil wudhuk dalam tandas, dimana perlukah memakai
selipar dalam tandas utk mengambil wudhuk,kalau tiada selipar,jika kita
mengambil wudhuk adakah najis didalam tandas tidak berjangkit di kaki
kita..umum kita mengetahui bahawa tidaklah suci didalam tandas
tersebut,mesti ada percikan2 air kencing
Jawapan
Wassalam,
Dalam hal ini, wudhu’ yang anda ambil adalah sah. namun, tandas adalah
tempat yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk berwudhu’
kerana di dalamnya dilarang sama sekali untuk disebut/diucapkan kalimah
Allah.
Selain itu, dibimbangi juga terdapatnya kesan-kesan air kencing ataupun
air yang telah bercampur dengan najis lebihan air semasa beristinjak
akan melekat di kaki ataupun anggota badan anda.
Ringkasnya, tandas adalah tempat yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berwudhu’.
Oleh itu, carilah tempat yang lebih sesuai untuk berwudhu’. Wallahu 'alam.
Soalan
Salam, saya baru aqiqahkan anak perempuan saya(1 thn) dengan menumpang
sebahagian 1/7 daripada lembu Qurban. Soalan saya: Bolehkah saya
aqiqahkan anak perempuan saya itu buat kali kedua dengan seekor kambing
pula di tahun hadapan? Mohon penjelasan. T/kasih.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Hukum melaksanakan akikah pada pertama kali adalah sunat muakkad (sunat
yang sangat-sangat dituntut oleh ugama ).Manakala akikah pada kali
kedua itu yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan itu hukumnya adalah
harus sahaja.Wallahu a'lam.
Soalan
Salam, Saya dan Suami tidak sefahaman, dan saya tlh minta cerai pada
suami dan suami berkta "Meh sini, biar ko ngndung anak no 2 baru aku
ceraikan..Dan saya telah mglami keguguran 2x slpas lafaz itu
dikeluarkan..Adakah jika saya ada anak kedua sah talak itu ataw talak
itu sudah sah semasa saya ngandung...X silap sya kata itu sudah 2x
dicakap olehnya
Jawapan
wassalam,
dalam kes ini, kata-kata yang suami anda ucapkan adalah satu ta’liq.
Ini bermakna, apabila anda mengandung anak yang kedua sahaja, maka akan
gugurlah talaq ke atas diri anda.
Oleh sebab anda telah mengalami 2 kali keguguran, ini bermakna sudah dua kali anda mengandung.
Oleh sebab itu, anda dan suami diminta supaya merujuk kes ini kepada
pihak Mahkamah Syariah yang terdekat bagi mengenal pasti status lafaz
yang pernah disebut oleh suami anda sebelum ini.
Ringkasnya, apakah dengan hamilnya anda buat kali kedua telah
menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas diri anda ataupun tidak masih
menjadi pertanyaan lagi. Wallahu 'alam.
Soalan
suami sy curang dan ingin berpoligami walaupun tidak mampu dr segi adil
dan ekonomi serta sering menganiaya sy dan anak,sy telah memaksa suami
lafaz cerai dgn mengugut utk mencederakan diri. tapi dlm kekecohan suami
berkata sy dah lafazkan td dimana sy tidak mendengari langsng lafaz
tersebut.ada saksi tp bila sy tny dia hanya mendiamkan diri.saksi
tersebut tinggal disarawak dan suami tidak mahu memberi no tepon utk
menghubungi saksi.apa yg perlu saya lakukan?perlu dftr cerai mhkmh kah?
Jawapan
dalam kes ini, anda diminta supaya merujuknya kepada pihak Mahkamah
Syariah yang berdekatan dengan tempat anda. Sila dapatkan pengesahan
daripada pihak mahkamah mengenai dakwaan suami anda yang menyatakan
beliau telah melafazkan talaq ke atas diri anda.
Dalam pada itu, Panel menasihatkan supaya anda tidak mengambil tindakan
yang terburu-buru di dalam mencari jalan keluar daripada masalah yang
sedang dihadapi. Gunakanlah segala peruntukan undang-undang yang
terdapat di dalam undang-undang keluarga Islam yang sedang diguna pakai
di negara ini.
Sila berhubung dengan pegawai di Unit Runding Cara Keluarga yang
terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berdekatan untuk dapatkan nasihat
mengenainya.
Panel doakan semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan
dengan cara yang baik. Ingatlah bahawa talaq adalah perkara halal yang
paling dibenci oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.
Soalan
assalamualaikum.... disini saya ada kekeliruan mengenai perkahwinan antara sepupu...
ad yg berkata haram berkahwin dengan sepupu belah ayah.... adakah benar?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam Islam, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak
boleh dikahwini adalah disebabkan wujudnya hubungan mahram di antara
lelaki dan perempuan tersebut.
Dalam hal ini, hubungan sepupu sama ada dari sebelah ayah ataupun ibu
adalah tidak termasuk di dalam hubungan mahram yang menyebabkan
terhalangnya untuk mereka berkahwin.
Walau bagaimanapun, hujah yang paling kuat di dalam menyatakan hukum
perkahwinan di antara sesama sepupu baik dari sebelah ayah ataupun dari
sebelah ibu adalah diharuskan di dalam Islam ialah firman Allah
Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Surah Al-Ahzab, maksudnya:
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu
yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau
miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan
perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan
sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari
sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah
bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta
anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah
berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu)
mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi
(untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka
berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu
semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya;- sesungguhnya
Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mu'min
mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka
miliki; -. supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzaab 33:50)
Oleh yang demikian, dakwaan yang menyatakan bahawa perkahwinan di
antara sepupu dari sebelah ayah dihukumkan haram adalah bercanggah
dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam
Al-Quran sebagaimana maksud ayat di atas.
Dari itu, perkahwinan seorang lelaki dengan sepupunya (anak perempuan
adik-beradik ayahnya) adalah sah dan menepati dengan apa yang dianjurkan
oleh Islam. Wallahu 'alam.
Soalan
arwah saya telah menulis wasiat yg mana rumah dan tanah pesaka diberi
untuk saya yg mana masa hidupnya saya bertugas dikampung melaka,
malangnya selepas kematian ayah saya telah berpindah bertugas di shah
alam, bila rumah tersebut dijual kerana ibu juga telah berhijrah di shah
alam ibu telah mengubah yang mana saya hanya berhak dapat bahagian
tanah sahaja sedangkan rumah tidak. Apa hukum mengubah wasit yang telah
dibuat oleh si mati .
Jawapan
Dalam persoalan ini, menurut hukum pewarisan harta di dalam Islam,
mereka yang menjadi ahli fardu tidak boleh menerima sebarang jenis
wasiat.
Hal ini adalah kerana pemberian wasiat tersebut akan mengurangkan
bahagian ahli fardu yang lain sedangkan dirinya memang akan mendapat
bahagian daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Oleh itu, anda disyorkan supaya merujuk kes ini kepada Mahkamah Syariah
yang berhampiran dengan tempat anda untuk mengetahui status wasiat
tersebut. Wallahu 'alam.
Soalan
Assalamualaikum . Semasa saya sakit , saya telah bernazar apabila sembuh
saya akan menyumbang seekor lembu pada majlis perkahwinan adik saya
sebagai tanda kesyukuran .
Soalannya :
1. adakah syarat2 lembunya same seperti lembu yang dkorbankan pada
sambutan hari raya korban seperti cukup umur , sihat dan sebagainya
kerana saya bernazar untu menyumbang bukan korban dan majlisnya pun
bukan pada tarikh hari raya korban
2.bolehkah jemputan yang bukan islam memakannya ?
harap dibalas .
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, lembu yang boleh anda gunakan untuk menunaikan nazar
tersebut adalah tidak terikat dengan syarat tersebut. Akan tetapi, jika
anda ingin mengikutinya ia adalah lebih baik.
Hal ini adalah kerana di dalam syarat atau ciri-ciri tersebut, ia
sebenarnya bagi dijadikan panduan untuk memilih hanya daripada
haiwan-haiwan yang sudah matang dan mempunyai kandungan daging yang baik
untuk disedekahkan kepada orang yang berhak menerimanya.
Oleh itu, jika anda ingin menggunakan syarat tersebut sebagai panduan
untuk anda memilih haiwan yang ingin dijadikan sebagai haiwan bagi
melaksanakan nazar tersebut, ia adalah lebih baik.
Ringkasnya, berilah sesuatu yang mempunyai nilai dan mutu yang tinggi
di dalam melaksanakan sesuatu ibadat. Semoga nazar anda diterima Allah
Subhanahu Wa Ta'ala dan ganjaran kesihatan yang sedang anda nikmati akan
berpanjangan. Insya’ Allah. Wallahu 'alam
Soalan
saya mudah terangsang ketika menjalani ibadah puasa
Jawapan
Waalaikumusalam,
Sebenarnya falsafah di sebalik puasa itu ialah untuk mendidik nafsu
seseorang supaya jangan mudah terangsang dengan tidak tentu
pasal.Andaikata semasa puasapun anda masih terangsang,panel nasihatkan
agar anda kurangkan memakan daging merah seperti lembu,kambing dan
seumpamanya.
Tumpukan kepada ibadah puasa yang sedang anda lakukan.Sekiranya semasa
puasa anda terangsang tetapi tidak sampai mengeluarkan air mani ,itu
tidak membatalkan puasa,sebaliknya hanya mengurangkan pahala puasa
sahaja.
Andaikata anda terangsang sehingga mengeluarkan air mani itu bermakna
ia telah membatalkan puasa anda.Jika puasa yang sedang anda lakukan itu
puasa wajib ,maka anda wajib kada' dengan kadar segera.Wallahu a'lam
Soalan
Salam.Saya bekerja di pelabuhan jadi saya perlu memeriksa kapal yang
masuk ke pelabuhan.Soalan saya, boleh atau tidak saya meninggalkan solat
jumaat disebabkan terdapat kapal yang saya perlu periksa ketika itu?
Jawapan
Dalam persoalan ini, sebarapa daya upaya anda perlu mencari jalan
keluar agar anda boleh mengerjakan Solat Juma'at. Hal ini kerana
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda mengenai ancaman
terhadap mereka yang meninggalkan Solat Juma'at sebanyak 3 kali secara
berturut-turut tanpa sebarang alasan yang dibenarkan, mereka dikira
sudah menjadi seorang yang munafiq dan hati mereka tidak disinari dengan
cahaya hidayah Allah Subhanahu Wa Ta'ala lagi. Sabda Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“ Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali kerana mengambil mudah, maka Allah mengecap hati mereka”.
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Dari itu, adalah disyorkan kepada anda agar berbincang dengan majikan
anda supaya tugas anda diambil alih oleh kakitangan yang bukan beragama
Islam pada waktu anda keluar mengerjakan Solat Juma'at.
Jika tidak berjaya mendapat kebenaran untuk keluar, anda mesti berazam
untuk mencari pekerjaan lain yang membolehkan anda keluar untuk
mengerjakan solat tersebut.
Semoga dengan usaha dan pengorbanan yang sedikit ini menyebabkan rezeki
yang anda perolehi diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa
Ta'ala. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi ni'matku kepada kamu, dan
demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah
keras".
(Surah Ibrahim 14: 07)
Wallahu 'alam.
Soalan
perlukah bernikah semula selepas melahirkan anak? sedangkan ketika
wanita itu hamil lbih 7bulan bru bernikah.kenapa harus bernikah semula
dan sambil wanita itu mendukung anak nya?
Jawapan
Dalam masalah ini, apabila sesuatu perkahwinan yang dilakukan telah
diakui sah oleh Islam, maka ia sudah tidak perlu untuk diualang lagi.
Apatah lagi jika anak di dalam kandungan itu adalah anak zina (anak luar
nikah/anak tidak sah taraf) ia tidak akan menyebabkan pernikahan yang
dilakukan oleh ibunya menjadi tidak sah. Wallahu 'alam
Soalan
assalamualaikum.. apakah hukum memakan daging korban yang tertulis kalimah ALLAH pada daging tersebut?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Kebesaran Allah dapat dibuktikan di mana-mana sebagai contoh kalimah
Allah kadang-kadang terdapat dalam buah terung,dalam potongan kayu
balak,tomato,daging dan seumpamanya.
Berhubung hukum untuk memakan daging korban sunat yang mempunyai
kalimah Allah itu adalah sunat dimakan. kecualilah jika sembelihan
binatang korban itu dibuat atas niat korban wajib/nazar maka orang yang
berkorban haram makan daging yang dikorbankan.Perlu dingatkan bahawa ,
binatang korban itu bukannya binatang yang haram di makan.Wallahu
a'lam.
Soalan
asalamualaikum uztaz...adakah sah mandi wajib kita dengan situasi berikut:-
sesaorang mandi wajib menggunakan air kolam yg tidak mencapai dua qolah
dan pada ketika yang sama air yang digunakan termasuk ke dalam kolam
dengan tidak sengaja..tolong jelaskan yang arif,terima kasih
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mandi wajib dalam keadaan tersebut adalah tidak sah. Hal ini adalah
disebabkan air yang digunakan untuk mandian tersebut bukan air mutlak
lagi kerana telah bercampur dengan lebihan air mandiannya.
Ringkasnya, untuk mandi wajib air yang digunakan mestilah air yang
mutlak sedangkan dalam keadaan di atas air yang terdapat di dalam kolam
tersebut sukatannya adalah kurang daripada 2 kolah dan bercampur pula
dengan air musta’mal (lebihan mandi wajib). Keadaan ini telah
menyebabkan air dalam kolam tersebut menjadi air musta’mal dan bukannya
air mutlak lagi. Atas sebab inilah mandian tersebut menjadi tidak sah.
Wallahu 'alam.
Soalan
Salam...saya nk thu adakah saya dan suami msh suami isteri lg kerana
kami bertengkar dan suami saya tlh sebut "kau diam kalu xdiam aku cerai
kau"jd secara x langsung saya msh lg cakap...adakah saya sudah pun
bercerai....trims ksh.... r
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut Akta / Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia hari
ini sama ada yang digunapakai di Wilayah Persekutuan @ di negeri-negeri
lain .Sesuatu pengesahan perceraian dan rujuk itu hanya boleh diketahui
setelah perkara ini dibawa ke Mahkamah syariah yang berhampiran dengan
tempat tinggal anda.
Justeru panel nasihatkan agar anda berdua pergi dengan kadar segera ke
mana-mana Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mendapatkan
pengesahan kedudukan perceraian anda.Ini kerana hanya Mahkamah Syariah
sahajalah yang mempunyai autoriti untuk memutuskan status anda.Wallahu
a'lam.
Soalan
benarkah ada pendapat mengatakan tidak boleh membawa pulang daging sembelihan melebihi 3 batu.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Setakat yang panel tahu,tidak ada sebarang nas/dalil yang sahih,
melarang seseorang untuk membawa pulang daging sembelihan korban
melebihi daripada 3 batu.Malah di Mekah ketika sembelihan daging korban
di perkhemahan muassim semasa musim haji pun jika hendak dikira jarak
antara tempat melontar ke Mekah lebih daripada 3 batu tetapi daging
korban yang disembelih tetap diagihkan kepada penduduk sekitar
Mekah.Jika terdapat larangan dari sudut agama, besar kemungkinan
Kerajaan Saudi tidak akan berbuat sedemikian.Wallahu a'lam.
Soalan
assalammualaikum,soalan sya di sini ialah,saya dan suami sudah lama
tidak tggal bersama selama 6bulan 14 hari,jadi adalah ini sah perceraian
kami tanpa lafaz talak dari suami?? di mana sya boleh mendapat borang
tuntut cerai?? download boleh ke??
Jawapan
Waalaikumusalam,
Bagi mengesahkan kedudukan sebenar sama ada telah berlaku perceraian
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Islam,panel cadangkan agar anda
pergi ke mana-mana mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat
tinggal anda untuk tujuan tersebut.Pihak mahkamah syariah akan
mengeluarkan keputusan muktamad.Wallahu a'lam.
Soalan
Assalamuaikum,
Apakah perkara2 sunnah masuk rumah baru?Adakah azan di 4 penjuru termasuk dlm sunnah.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato'Dr Harun Din ,cara untuk memasuki rumah baharu ialah seperti berikut:
1.Baca Bismillahirrahmanirrahim
2.Tepuk daun pintu 3 kali
3.Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah
4.Jika tiada reaksi dengan apa-apa bunyi (sama ada cicak dan
seumpamanya) maka rumah itu belum ada berpenghuni.Rumah tersebut selamat
didiami untuk anda sekeluarga.
5.Sekiranya semasa/selepas beri salam terdengar bunyi cicak,itu
bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak
nampak.Sebagai jalan penyelesaian anda kena buka pintu depan dan
belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah tiga (3) petang di ruang
tengah rumah.Habis azan tutup kedua-dua pintu,lakukan selama tiga petang
semasa maghrib.
Panel doakan semuga anda boleh amalkan.Wallahu a'lam.
Soalan
Salam, saya sekarang tinggal di Kuala Belait, Brunei & selalu ke
Miri, Sarawak yg jaraknya cuma 45km. Saya dimaklumkan & difahamkan
yg perjalanan ini dikira bermusafir atas sebab merentas dua negara yg
berbeza walaupun jaraknya tidak cukup 2 marhalah. Solat-2 boleh di jamak
& qasar. Betul ke pemahaman saya ni? Harap dpt diperjelaskan.
Jawapan
Wassalam, perjalanan yang anda lakukan dari Kuala Belait ke Miri yang
jaraknya hanya 45 KM sahaja menyebabkan anda tidak layak untuk
mengerjakan Solat Jamak dan Qasar.
Ringkasnya, berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang
yang melakukan perjalanan yang membolehkan dirinya melakukan Solat Jamak
dan Qasar:
1. Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jarak perjalanan tersebut mestilah tidak kurang daripada dua marhalah (90 KM).
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna/jemaah tempatan).
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
2. Syarat Solat Jamak
a. Solat Jamak Taqdim
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat
Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat
Isya'.
ii. Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama
sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul
ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur
atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang
kedua (Asar atau Isya’).
b. Solat Jamak Ta’khir
i. Hendaklah berniat jamak dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Demikianlah syarat yang perlu anda penuhi sebelum boleh mengerjakan Solat Jamak dan Qasar.
Panel berharap jawapan di atas dapat dijadikan panduan untuk anda di
dalam mengerjakan Solat Jamak dan Qasar ini. Wallahu 'alam.
Siapa yang makan cili, dia lah yang merasa pedas. Mungkin ada yang terasa bila aku menulis tentang
hukum meninggalkan solat.
Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri dan para pembaca
Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.
Hukum qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur
hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib
diqada’kan solat itu.
Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur
syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang
yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.
Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.
Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau
terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.
Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang
disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh
syarak.
Menurut Ibnu Haja al-Haitami,
Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya
untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan
hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang
air, mencari nafkah, dan sebagainya.
Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,
Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran
untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan
kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan
kewajipan qada’ itu sendiri.
Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,
Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan
pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi
menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk
menguruskan hajatnya yang wajib.
Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.
Cara Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa
uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi
habis waktunya.
Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.
Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.
Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur
daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang
ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat
qada’ daripada solat sunat rawatib.
Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat
seperti diqada’kan Zuhur sebelu Asar, dan begitulah seterusnya.
Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.
Walau apa pun, ingatlah – hutang WAJIB dibayar. Wallahu a’lam.