Ubat Menurunkan Darah Tinggi
Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut.
Gambar hiasan - GoldBamboo.com
Langkah 1:
Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.
Langkah 2:
a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.
b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.
c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.
d. Minum air tersebut 3 kali sehari.
Sekali
lagi, pastikan anda buat langkah-langkah di atas ketika diserang darah
tinggi. Mudah-mudahan ia mampu dijadikan sebagai penawar atau ubat darah tinggi anda tu.
Cincau Ubat Darah Tinggi
Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.
Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa.
Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.
Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!
Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....
Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.
Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe.
Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.
Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!!
Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!
Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.
Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.
Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..
Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini.
Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.
Selamat mencuba!!
Herba dan Ulam yang membantu menurunkan Paras Kolesterol
Info dan Herba dan Ulam yang membantu menurunkan Paras Kolesterol
http://www.khasiatherba.com/?s=kolesterol Apakah Puncanya Masalah Kesihatan Ini… ??? Punca utamanya adalah dari gaya hidup serta amalan pemakanan. Dua unsur utama yang terdapat pada makanan kita sekarang ini (Susah utk mengelak dari tidak mengambilnya) adalah : • Kolestrol dan • Asid Urik Untuk tidak mengambilnya anda harus berpantang tetapi persoalannya bolehkah anda melakukannya??? Sampai bila harusHerba dan Ulam yang membantu menurunkan Paras Kolesterol
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.Penawar Darah Tinggi
Penawar Darah Tinggi
Masalah penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang umum di Malaysia yang memerlukan penawar darah tinggi yang terbukti berkesan, semulajadi, mujarab dan selamat untuk digunakan. HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit paling kerap dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini telah banyak didedahkan begitu juga cara-cara untuk mencegahnya, bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan. Oleh yang demikian, amatlah penting dan sangat berguna untuk amalkan penawar darah tinggi ini setiap hari dalam minuman dan makanan harian kita.Apa itu penyakit darah tinggi ?
TEKANAN DARAH TINGGI adalah merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap darah tinggi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap darah tinggi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.Kajian telah menunjukkan sebanyak 4.8 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 2 per 3 tidak menyedari yang mereka sedang menghadapi penyakit ini. Malah mereka tidak hirau langsung dan menganggap perkara ini tidak serius.
Darah tinggi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.
Sekiranya keadaan tersebut tidak dibendung dari awal boleh membawa risiko serangan atau kegagalan jantung, strok, dan kerosakan buah pinggang.
AWAS : Darah tinggi juga terjadi TANPA SEDAR
Bagaimana Masalah Penyakit Tekanan Darah Tinggi Terjadi ?
Rajah dibawah gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.Mengelakkan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.
JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik…
Kesan Dari Penyakit Tekanan Darah Tinggi Yang Dibiarkan
Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.
Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
Kegagalan jantung kongestif: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.
Simptom atau tanda-tanda yang diatas akan muncul setelah masalah tinggi anda hidapi sudah mula mencapai tahap SERIUS. Bermaksud walaupun sekarang anda bebas daripada serangan penyakit tekanan darah tinggi , Sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup sihat & diet pemakanan seimbang . Anda juga berpotensi untuk mendapat Tekanan DARAH TINGGI
Ramai pesakit darah tinggi biasanya disarankan oleh doktor supaya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan sepanjang hayat . Ubat yang dibekalkan adalah bertujuan untuk memastikan tekanan DARAH TINGGI sentiasa dalam keadaan stabil sahaja, Ianya bukannya bersifat memulihkan salur darah atau membekalkan nutrient penting lain yang sangat diperlukan oleh badan
5 Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi
adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan
juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah
32.3%.
Tekanan darah tinggi adalah apabila
tekanan darah mencapai di atas 140/90 mmHg. Tekanan darah di ukur dengan
menggunakan merkuri, maka unit yang digunakan adalah mmHg. Terdapat dua
bacaan pada tekanan darah, yang atas adalah tekanan sistolik manakala
yang bawah adalah tekanan diastolik yang masing-masing menunjukkan
tekanan darah sewaktu jantung mengepam darah dan sewaktu jantung
berehat.
Ubat tradisional darah tinggi
Di bawah adalah antara ubat tradisional
darah tinggi yang boleh dicuba. Mungkin ada antaranya akan menjadi ubat
darah tinggi paling mujarab untuk anda.
1. Sediakan satu batang pokok belimbing tanah. Rebus dan minum airnya dua kali sehari.
2. Ambil satu mangkuk bulu jagung. Rebus
bersama dua gelas air. Biarkan ia mendidih hingga airnya tinggal lebih
kurang satu gelas.
Minum air rebusan bulu jagung tersebut
sebanyak 2 kali pada hari pertama, sekali pada hari kedua, 2 kali pada
hari ketiga, sekali pada hari keempat dan seterusnya silih berganti
setiap hari. Jika diamalkan berpanjangan dengan izin Allah paras darah
tinggi akan mula menurun.
3. Ambil tujuh pelepah daun cermai. Rebus dengan satu liter air. Sebaik saja air mendidih cepat-cepat keluarkan daun tersebut.
Bila dah sejuk sedikit, minum air
rebusan tu dua kali sehari. Cuba tanya doktor samada terdapat perbezaan,
sebelum dan sesudah mengamalkan petua berkenaan.
4. Ambil satu gelas air kelapa muda.
Campurkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan. Kacau hingga sebati dan
minum. Cuba amalkan dua kali seminggu untuk menurunkan kembali paras
darah tinggi.
5. Amalkan makan dua ulas bawang putih
setiap hari selama seminggu dan lihat hasilnya. Bawang putih tu perlu
dibakar terlebih dahulu.
Satu cara lagi ialah ambil tiga ulas
kecil bawang putih. Tumbuk dan campurkan ke dalam segelas air masak.
Kendian minum setiap hari selepas bersarapan. Amalkan setiap hari selama
seminggu. Dikatakan hasilnya sangat berkesan, insyaAllah. Selain itu,
boleh juga mencuba ubat darah tinggi tradisional yang ada dipasaran.
Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.
4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.
5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)
6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.
7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!
8. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih
9. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual
10. InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.
Tambahan
a. Kalau tak keberatan beli Kapsule Bawang Putih 300 gm dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.
Alhamdullillah saya mendapat penyakit ini sejak 5 tahun dulu, dan saya juga ada keturunan darah tinggi dalam famili. TEtapi dengan sedikit perubahan dalam cara hidup iaitu membuat sedikit senaman dan aktiviti setiap hari, meditasi, dzikrullah tahap darah saya sudah stabil ke 140 - 150 alhamdullilah tetapi diikuti dengan dos ubat yang disyorkan oleh doktor. Bila makan ubat tu, doakan yg kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menyembuhkan. Jangan risau, insyaAllah semua ubat ada penyakit melainkan maut. Allah Kareem. Salam ukhwah Kak Irena Ampang Jaya
http://scentsationalgarden.blogspot.com
http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg09246.html
7 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi TANPA Ubat
Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.
Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.
Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
- Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
- 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:- Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
- Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
- Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
- Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
- Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
- Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet
seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
- Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
- Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
30 ulasan:
Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan
cara utk mengatasi penyakit kencing manis spt mak en hilang trs ada x.
Ada yg boleh urut ayah saya yg stroke sbb darah tinggi ni x? Skrg di balik pulau, penang. Call saya 0127606910
Ada yg boleh urut ayah saya yg stroke sbb darah tinggi ni x? Skrg di balik pulau, penang. Call saya 0127606910
Assalamulaikum, nak tanya tentang cincau tu...ada kesan sampingan tak jika dimakan berterusan? Sampel tuan (mak dan mak mentua) masih makan cincau?
Terima kasih.
Assalam. Jom minum teh hijau,GC Tea. Mujarab utk pesakit drh tinggi, kencing manis, dan yg nk kurus. Dah masuk ke hospital dah produk ni. Wasep +60199927005
Sy dah terai mkn cincau,sebulan.lps tu check pressure.hrmm...cam tu jgk
tekanan darah tinggi memang penyakit serius sebab ia boleh akibatkan penyakit lain juga muncul seperti masalah jantung.
ketahui cara rawatan dan 7 tanda-tanda tekanan darah tinggi
Info yg sgt m'bntu tuan..tq sharing ✌
info yang sangat menarik. Baru tahu rupanya cincau pun boleh mengawal tekanan darah yer. Tq
Selain tradisional saya amalkan omega guard dan garlic dr shaklee..
Salam, minta halal info ye..sy nak share dgn family member
Terima kasih atas segala infonya ya..semoga dimurahkn rezeki untuk kamu..Aamiin
Awak kena makan cincau TESCO, baru mujarab.... Teehehehehee
Mase blend bawang putih tu kne letak air ke ? Klau kne letak brape sukatan air yg diperlukan..terima kasih
Salam, kalau air cincau dlm tin tu boleh la eh?
kalau mkn cincau sebakul pun tapi tak jaga pemakanan memangla tak turun..
Makan cincau mcm tu je ke. Bukan buat air
Bawang puting memang petua turun temurun bantu turunkan darah tinggi
en daud mohamad .bawang putih o bawang puting
untuk kencing manis boleh amalkan minum air rebuasan petai belalang.
insyaAllah turun.
Ubat cara kampung untuk darah tinggi sememangnya terbukit sngat baik.
Lebih2 lagi kalau selalu amalkan dengan betul tanpa skip.
Insyallah berhasil. Good luck!
Tksih ilmunya shbt.. Smga sihat selalu
kawan saya yg mengidap darah tinggi bagitahu mkn 3 ulas bawang putih setiap hari buar ulam masa mkn nasi tghari atau mlam...
gigit sikt2 buat ulam, saya siap standby dlm handbag-standby bila mknkat luar. rasa dia sikit pedal-tahan shj utk buat ubat
Cincau tu makan macam tu ja ka atau di campurkan air
Bagus petua2 ni utk diamalkan.
Perahan sebiji lima nipis dengan air kelapa muda dan minum
Alhamdulillah, info teramat manfaat, tkasih
Info yang sangat baik,terima kasih.
Catat Ulasan