Ahad, 17 Januari 2010

SURAT BERANTAI




Surat sudah lama ujud...sekarang timbul balik jangan percaya dengan surat berantai ini......


Saya terima mesej ini dari seorang sahabat. Saya tak pasti akibatnya jika tidak menghantar kepada org lain..
Tapi apa yg disarankan ada betulnya dan memang dituntut oleh ugama kita. Dari itu bacalah dan buatlah apa yg disarankan melalui PESANAN penulis asal, semuga kita sama2 mendapat Rahmat dan pengampunan dari ALLAH.


> Ini adalah benar
> Sila baca sehingga habis..dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang islam yang boleh
> Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
> Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sheikh Ahmad Maeine. Pada suatu malam ketika membaca Al Quran di makam rasul. Selepas membaca lalu hamba tertidur , dalam tidur itu hamba bermimpi didatangi rasulullah lalu bersabda kepada hamba, dalam 60000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
> a) isteri tidak dengar kata suami
> b) orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
> c) orang tidak lagi berzakat dan dan tidak lagi membuat kebajikan
> oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (kiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari di atas kepala¿
> PESANAN HAMBA INI
> a) berselawat untuk junjungan nabi kita Muhammad SAW
> b) bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka
> c) bersembahyanglah
> d) berzakat-jangan ditinggalkan
> e) menunaikan fardhu haji bila berkemampuan
> f) jangan derhaka kepada ibu bapa
> UNTUK MAKLUMAN..
> 1) seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaanya
> 2) seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannyadan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian, anaknya meninggal dunia
> 3) Tun Dato Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima surat ini dan mengarahkan setiausahanya mencetak 20 salinan dan disebarkan kepada orang lain. Maka selang beberapa hari, dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia Timur.
> 4) Tan Sri Ghazali Jawi, bekas menter besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau meneima surat ini, beliau terlupa mencetak dan terlupa untuk diedarkan.dan beliau sedar kesilapannya dan mengedarkan semula wasiat ini dan beberapa hari kmudian beliau dilantik menjadi menteri cabinet di jabatan perdana menteri
> 5) Zulfikar Ali Bhuno menerima surat ini dan tidak percaya akan kbnarannya, dan menganggap ia adalah palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian, beliau dijatuhkan hukuman pancung.
> 6) Di trg, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima surat ini dari org yg tidak dikenali yg dtg dr perak, lalu beliau mmbuat salinan 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah, dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia.
> Banyak lagi contoh2 lain..ingatlah tolong kirimkan surat ini kepada seberapa ramai org Islam. Kata Sheikh Ahmad, jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan tidak mendapat syafaat rasulullah. Nauzubilla...

kesimpulan

1.Percayakan surat berantai ini syirik.
2.Penulis dan latarbelakang penulis kabur dan tidak dinyatakan.
3.Tidak dijelaskan nyata siapa yang bermimpi@tidak lengkap.....bila tarikh tidak dinyatakan...
4.Tiada kuasa yang sama taraf dengan kuasa Allah swt.
5.Sila hubungi jabatan agama atau guru2 agama untuk mendapat kepastian.
6.Surat begini juga telah ujud dikalangan penganut agama kristian sekitar tahun 1970an...
7.Dikhuatiri ini jelmaan dari surat berantai agama kristian cuma diubah suaikan sahaja.
8.Orang yang contohkan tidak kita kenal dan ada yang sudah mati@meninggal dunia.
9.Awas kerja2 dari kuda tunggangan syaitan.....


Tiada ulasan: