Sabtu, 30 Januari 2010

BAGAIMANA KITA MASIH KITA MASIH RAGU2 KEKUASAN ALLAH SWT

DUNIA

Nenek ditemui hidup - Selepas seminggu terperangkap di celah runtuhan


ZIZI meneguk air selepas dia dibawa keluar dari celah runtuhan sebuah gereja di Port-au-Prince kelmarin.


PORT-AU-PRINCE - Seorang wanita warga emas, Ena Zizi antara empat mangsa yang masih hidup dan berjaya diselamatkan kelmarin setelah dia terperangkas dalam runtuhan sebuah bangunan selama seminggu akibat gempa yang melanda Haiti pada 12 Januari lalu.

Nenek berusia 69 tahun itu ditemui terperangkap di sebuah gereja Roman Katholik di sini oleh pasukan penyelamat Mexico namun paderi Joseph Serge Miot yang berada dekat dengan wanita tersebut ketika gempa pada minggu lalu ditemui terbunuh.

Zizi berkata, sewaktu bencana, dia menghadiri satu pertemuan keagamaan di kediaman biskop Haiti di gereja tersebut dan semasa tertimbus, wanita itu menghabiskan masa dengan berdoa dan menunggu untuk diselamatkan.

"Saya bercakap kepada tuan saya, iaitu tuhan dan berkata, saya tidak memerlukan lagi manusia," katanya yang sempat bercakap dengan seorang paderi di bawah runtuhan sebelum lelaki itu akhirnya senyap menandakan dia meninggal dunia.

Doktor yang memeriksa Zizi mendapati mangsa itu mengalami nyahhidrat selain patah kaki dan terkehel pinggul manakala pasukan penyelamat bertepuk tangan sambil bersorak semasa melihat wanita itu dibawa keluar dari runtuhan.

Dua wanita lain berjaya diselamatkan dari sebuah bangunan universiti yang musnah dan menjelang tengah malam kelmarin, seorang wanita, Lozama Hotteline, 26, antara mangsa terbaru masih hidup dan berjaya dibawa keluar.




Dia ditemui di sebuah kedai runcit yang runtuh di kawasan kejiranan Petionville di sini oleh pasukan bantuan penyelamat Perancis dan pihak berkuasa Haiti berkata, setakat ini hampir 100 orang sudah berjaya diselamatkan.

Menurut sebauh stesen radio Perancis semalam, beberapa anggota penyelamat berjaya menarik keluar seorang bayi perempuan berusia tiga minggu dari celah runtuhan.

Bayi itu ditemui di sebuah leluang sempit di celah runtuhan sebuah rumah di bandar Jacmel. Menurut bapa saudara bayi itu, anak saudaranya itu berumur 23 hari.

Bayi itu kini berada dalam keadaan sihat dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setakat ini seramai 121 orang berjaya ditarik keluar dari celah runtuhan sejak gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Haiti dengan gnggaran lebih 200,000 orang terbunuh. - Agensi

Tiada ulasan: