Isnin, 28 Disember 2009

MASJID OH MASJID.....SURAU OH SURAU





Terima kasih atas ulasan atau komen.Sebenarnya bukan tajuk ini belum ditulis banyak lagi tajuk tidak diisi tulisan.Memang dibuat begini agar tajuk yang dicerita tidak dilupakan oleh penulis.Maklumlah sebagai manusia kita tidak sempurna malah terlalu banyak kelemahan.Hanya Allah swt yang boleh memperbaiki dan meningkatkan kelemahan yang disamping doa dan usaha.Berbalik tentang tajuk diatas.Baru2 ni,sempena cuti persekolahan,penulis berkunjung ke sebuah tempat peranginan dan perkelahan yang terkenal di Malayasia.Bila waktu maghrib kawan@penduduk tempatan penulis mencari tempat solat yang berdekatan.Penulis tidak penting sebab penulis boleh solat qasar dan jamak.Apa yang sahabat penulis ceritakan ialah keadaan surau atau musolah di stesen minyak tersebut sempit,kotor,berbau,tempat ambil wudhu bercampur lelaki perempuan.Suasana macam tidak urus dengan baik.Sedang tempat itu tiada surau yang berdekatan dan surau tidak disediakan dikawasan perkelahan itu.Begitulah nasib Islam...untuk menunaikan kewajipan begitu diabaikan hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.Dimana peranan majlis tempatan,jabatan agama atau exco pelancungan dan exco agama.Ada mereka tidak bimbang akan ditanya oleh Allah swt dimasyhar nanti.Tidak tahulah kalau mereka tidak mati.....

Kebetulan waktu percutian kena pada hari jumaat...walaupun penulis sebagai musafir solat jumaat itu satu keharusan sahaja,itu kemudahan serta keringanan yang diberi.Disamping jamak dan qasar.Solat tetap solat.Apa yang hendakdiceritakan ramai tidak dapat solat jumaat sebab masjid itu tidak dapat menampung jemaah.Apa yang menghairankan perkara sudah berlarutan dan bertambah2 jika musim cuti.Menghairankan penulis kenapa pihak masjid atau jabatan agama tidak prihatin masalah tersebut.Baguslah sebab ia@mereka datang awal...maka perkara itu sudah tentu tidak disedari.Mengikut perkiraan bodoh penulis,boleh dibuat khemah sementara jenis kekal atau dipasang ketika hari jumaat,sebab penulis lihat ada ruang kosong di masjid tersebut...banyak masjid2 berbuat begitu.Jangan hanya berebut2 hendak jawatan mengurus masjid tapi tidak pandai mengurus.jangan pandai kutip duit daripada jemaah tetapi wang itu tidak digunakan bagi kepentingan jemaah.Lebih malang tidak beradab...khatib sedang berkhutbah ada AJK yang ditugaskan untuk mengutip wang dari jemaah mengunakan karung atau tabung2 diedarkan...Ini tidak boleh buat,sebab Rasullullah saw pernah menegur sahabat bermain pasir sedangkan Rasullullah saw tengah berkhutbah.Boleh kutip tetapi sebelum khutbah...Banyak ustaz2 sudah menegur tetapi macam menuang air didaun keladi.

Masjid kini hanya ditumpukan oleh jemaah untuk solat fardu jumaat dan acara2 kebesaran agama.Sedangkan solat fardu berjemaah amat sedikit begitu juga majlis majlis ilmu.Tetapi bila doa akhir tahun dan awal tahun,15 syaaban,malam jumaat untuk baca yasin bertambah sedikit...seolah-olah mengutamakan perkara sunat daripada yang wajib.Tiada siapa melarang memperbanyakan amalan sunat.Tetapi amalan wajib jangan diabaikan.Hingga berkahwin dengan bekas menantu pun tidak tahu haramnya.Inilah kesan hanya belajar bab solat dan tidak serta mengabaikan ilmu Islam yang lain.Sedangkan ada yang ilmu itu adalah fardu ain,iaitu wajib bererti tidak belajar hukumnya berdosa@haram.

Begini peranan surau atau masjid dizaman kini.Tahniah bagi surau dan masjid yang telah mengunakan dengan penggunaan yang maksimum2nya.


2 ulasan:

:-) berkata...

knape biarkan gmbar berbicara tanpa ulasan..
kenapa biarkn masjid2 dan surau2 kosong tanpa orng..
penuhilah semuanya dengan segala yang bermanfaat..

fendi isa berkata...

hiasan saja..maaf yer