Sabtu, 19 Disember 2009

USTAZ OH USTAZ DAN USTAZAH OH USTAZAH




Setelah sibuk masalah tauliah di Jabatan Agama Selangor@Jais...banyak perkara lain terbongkar.Ini sebenarnya perkara lama,mungkin baru dihebohkan.Iaitu ustaz hidup mewah dengan bayaran tinggi untuk berceramah agama.Walaupun tiada tauliah.Tauliah perkara kedua yang penting ilmu yang ajar adalah yang benar.Perkara jadi musykil ialah bayarannya rm200 ke rm1000 untuk sekali mengajar..Sebenarnya ada penceramahyang mengenakan bayaran rm3000 ke rm8000 sekali ceramah.Memang itu hak mereka.Mereka telah beri ilmu dan kebajikan jadi orang menerima kebajikan kenalah bayar ilmu yang telah dicurahkan.Cuma lojikkah@manasabahkah bayaran yang diterima atau yang diminta itu.Itu soalnya...bagi contoh upah mesin rumput seluas kurang suku ekar bayarannya lebih kurang rm100...yang kena disiapkan dalam masa 3 jam.Berpeluh2 untuk dapat rm100 dalam masa 3 jam...mungkin mereka tidak berpelajaran...orang berpelajaran nilainya tinggi.Sedangkan upah ceramah tidak dapat disukat atau dinilai..

Cuma yang menilai orang@ustaz itu sendiri kerana biasa mereka yang meletakkan harga ceramah dan ilmunya.Setahu penulis Rasullullah saw tidak berbuat demikian.Ini mungkin disebabkan desakan kehidupan yang perlu hidup mewah atau kena menunjukkan kemewahan atau tujuan mereka sahaja yang tahu. Mereka pula tidak boleh berdalih2 dihadapan Allah swt di padang mashyar nanti.Ustaz oh ustaz juga ustazah oh ustazah.Mungkin mereka memikirkan dengan bergulung2 ijazah ilmu,bijak bertutur dan hidup kaya raya menyebabkan orang menghormatinya dan ilmunya jadi berkat dan diikut orang ramai.Jadi orang kagum kehebatannya.Mereka pun tahu sebab ilmu mereka mengunung....bahawa yang memahamkan ilmu itu Allah swt.mereka hanya menjadikan sebab musabab semata-mata.Kita tidak hairan kalau perniaga lain sibuk mengaut keuntungan...sebab masa yang sama sekarang ustaz2 juga mengaut keuntungan dan menunjukkan kekayaan kepada murid2 mereka.Mereka juga berniaga ilmu Islam dan dijaja.Sebagai penjaja mesti mahu keuntungan.Mungkin mereka@ustaz@ustazah menganggap orang lain@murid ini bodoh belaka.Iaitu tidak tahu mana ustaz mata duitan yang mana mengharap keredaan Allah swt.Ini akhir zaman agama diniagakan bukan mengharapkan keredaan dan kerahmatan Allah swt.

Rasullullah saw sudah menyatakan,Baginda tidak khuatir dajal kerana dajal mengaku ia dajal...yang dikhuatiri@ditakuti oleh Baginda ialah ulamak rosak@jahat.Sesat dan menyesatkan.Cakap tidak jelas,memutar2kan hukum,jadi syaitan bisu,mengharus benda haram dll yang menjadi Islam bertambah dagang dan kusut serta diragui.Memang jawatan ustaz sekarang tidak ubah seperti kerjaya lain seperti doktor,penguam,jurutera dll...masing2 mencari keuntungan dunia semata2.Manusia boleh kita tipu dan putar2 alasan serta ulasan TAPI tidak pada Allah swt.Insaflah dan muhasabah diri...kita akan tua..lemah dan mati...salah sekali hidup didunia tak boleh betulkan lagi....Terimalah azab Allah swt.Berani cakap.berani jual agama,berani hidup mewah sudah tentu berani tanggung.

Tiada ulasan: