Tindakan tegas jika siar gambar anggota polis untuk tujuan politik
Polis
Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik
yang menyalah guna gambar anggota atau pegawainya yang lengkap
beruniform untuk dicetak pada bunting kempen, misalnya bagi tujuan
mengadakan ceramah.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.
Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.
Beliau berkata walaupun bekas pegawai kanan polis itu merupakan seorang daripada penceramah, gambarnya yang masih dalam uniform polis tidak boleh dicetak bagi mengelak salah tanggapan masyarakat.
Bunting yang digantung di jalan raya Meranti, Pasir Mas turut memapar gambar dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir untuk memberi ceramah.
Jalaluddin berkata pihaknya mengambil tindakan mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Polis 1967 (kuasa untuk membuat perintah-perintah bagi mengawal pertunjukan bendera dan lain-lain) yang boleh membawa hukuman denda RM500 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
- Bernama
"Tiga samseng cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah saya,
memecah pintu pagar saya, guna taktik ugutan, kemudian beredar," tulisnya dalam twitter beliau pada kira-kira jam 4.50 petang.
Ong (kiri) mengesyaki bahawa serangan itu "bermotifkan politik" dan bukan cubaan rompakan biasa.
Ong kemudian membuat laporan di balai polis SS2 Seapark.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau menceritakan kejadian yang katanya merupakan satu cubaan untuk menakut-nakutkannya.
"Ia berlaku pada kira-kira 4.45 petang, tiga India dalam kereta Wira coklat berhenti di depan rumah saya. Saya percaya ia mensasarkan saya, mereka tahu rumah mana nak serang.
"Mereka memecahkan pintu pagar automatik saya dan masuk ke dalam dan cuba untuk memecah buka pintu depan, walaupun mereka tahu saya berada di dalam. Saya menjerit ke arah mereka.
"Gagal untuk memecahkan pintu depan, mereka beredar. Tetapi salah seorang daripada mereka menunjuk jari ke arah saya, seperti memberi amaran, dan kemudian memukul bonet kereta saya. "
Beliau percaya serangan tersebut ada kaitan dengan kritikannya baru-baru ini terhadap agensi kerajaan Pemandu, MCA dan MP Labis Chua Tee Yong dalam Twitter dan platform lain.
Katanya, walaupun tidak boleh membuktikannya secara positif, tetapi Ong berkata sikap agresif dan sasaran serangan tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakutkannya.
Ong juga memuji polis yang bertindak cepat selepas menerima panggilannya dan tiba hanya lima minit selepas kejadian itu berlaku.
Ia diumumkan oleh harian berbahasa Cina itu melalui notis yang disiarkan di muka depan edisi malam ini.
Selepas ini, menurut notis tersebut, akhbar berkenaan akan diposisikan semula sebagai sebuah akhbar berbahasa Cina yang memberi tumpuan kepada berita kewangan dan ekonomi.
"Ekoran pelarasan strategi pemasaran, akhbar ini akan menutup edisi malam mulai Julai 15 (Ahad ini), tetapi pembaca masih boleh mendapat liputan yang komprehensif daripada edisi pagi kami."
Akhbar tersebut juga turut mengucapkan terima kasih kepada pembaca atas sokongan mereka.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua pengarangnya, Choong Choong Nam enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai sebab di sebalik penutupan edisi malam itu.
"Anda boleh baca daripada notis kami (di muka depan akhbar)."
Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan semalam.
Dalam SMS jawapannya kepada Malaysiakini, beliau berkata ia telah difailkan dan terdapat beberapa alasan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan alasan rayuan itu.
Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga esok untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Hakim Mohamad Zabidin Md Diah.
Hakim Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu berkata arahan tersebut dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri.
Bercakap di lobi bangunan DUN Selangor, Ronnie berkata keputusan
tersebut tidak pernah dirujuk kepada kerajaan negeri.
"Tak diberitahu, (saya) hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar. Ini bertentang dengan peraturan di seluruh Selangor," tambahnya.
Ronnie yang juga ADUN Pandamaran berkata yang dipertua majlis berkenaan telah diarahkan supaya menangguhkan pelaksanaan arahan tersebut.
Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan pihak panggung wayang yang mahu memperbaharui semula lesen mereka, telah diarahkan untuk menguatkuasakan arahan pengasingan gender tersebut.
Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.
Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.
Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.
Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.
Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.
Beliau berkata walaupun bekas pegawai kanan polis itu merupakan seorang daripada penceramah, gambarnya yang masih dalam uniform polis tidak boleh dicetak bagi mengelak salah tanggapan masyarakat.
Bunting yang digantung di jalan raya Meranti, Pasir Mas turut memapar gambar dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir untuk memberi ceramah.
Jalaluddin berkata pihaknya mengambil tindakan mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Polis 1967 (kuasa untuk membuat perintah-perintah bagi mengawal pertunjukan bendera dan lain-lain) yang boleh membawa hukuman denda RM500 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
- Bernama
Samseng serang rumah penganalisis politik
Sekumpulan
samseng menyerang rumah penganalisis politik, Ong Kian Ming awal petang
ini. Mereka gagal memecah masuk ke dalam rumah walaupun telah
memecahkan pintu depan."Tiga samseng cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah saya,
memecah pintu pagar saya, guna taktik ugutan, kemudian beredar," tulisnya dalam twitter beliau pada kira-kira jam 4.50 petang.
Ong (kiri) mengesyaki bahawa serangan itu "bermotifkan politik" dan bukan cubaan rompakan biasa.
Ong kemudian membuat laporan di balai polis SS2 Seapark.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau menceritakan kejadian yang katanya merupakan satu cubaan untuk menakut-nakutkannya.
"Ia berlaku pada kira-kira 4.45 petang, tiga India dalam kereta Wira coklat berhenti di depan rumah saya. Saya percaya ia mensasarkan saya, mereka tahu rumah mana nak serang.
"Mereka memecahkan pintu pagar automatik saya dan masuk ke dalam dan cuba untuk memecah buka pintu depan, walaupun mereka tahu saya berada di dalam. Saya menjerit ke arah mereka.
"Gagal untuk memecahkan pintu depan, mereka beredar. Tetapi salah seorang daripada mereka menunjuk jari ke arah saya, seperti memberi amaran, dan kemudian memukul bonet kereta saya. "
Beliau percaya serangan tersebut ada kaitan dengan kritikannya baru-baru ini terhadap agensi kerajaan Pemandu, MCA dan MP Labis Chua Tee Yong dalam Twitter dan platform lain.
Katanya, walaupun tidak boleh membuktikannya secara positif, tetapi Ong berkata sikap agresif dan sasaran serangan tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakutkannya.
Ong juga memuji polis yang bertindak cepat selepas menerima panggilannya dan tiba hanya lima minit selepas kejadian itu berlaku.
Nanyang tutup edisi malam mulai Ahad ini
Akhbar Nanyang Siang Pau akan menutup penerbitan edisi malam mulai Ahad ini ekoran "pelarasan strategi pemasarannya".Ia diumumkan oleh harian berbahasa Cina itu melalui notis yang disiarkan di muka depan edisi malam ini.
Selepas ini, menurut notis tersebut, akhbar berkenaan akan diposisikan semula sebagai sebuah akhbar berbahasa Cina yang memberi tumpuan kepada berita kewangan dan ekonomi.
"Ekoran pelarasan strategi pemasaran, akhbar ini akan menutup edisi malam mulai Julai 15 (Ahad ini), tetapi pembaca masih boleh mendapat liputan yang komprehensif daripada edisi pagi kami."
Akhbar tersebut juga turut mengucapkan terima kasih kepada pembaca atas sokongan mereka.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua pengarangnya, Choong Choong Nam enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai sebab di sebalik penutupan edisi malam itu.
"Anda boleh baca daripada notis kami (di muka depan akhbar)."
AG fail rayuan terhadap pembebasan Anwar
Jabatan
Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
tuduhan liwat.Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan semalam.
Dalam SMS jawapannya kepada Malaysiakini, beliau berkata ia telah difailkan dan terdapat beberapa alasan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan alasan rayuan itu.
Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga esok untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Hakim Mohamad Zabidin Md Diah.
Hakim Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.
S'gor beku arahan asing pasangan Muslim di pawagam
Kerajaan
Selangor hari ini membekukan peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor
yang mengarahkan pasangan Muslim yang belum berkahwin supaya duduk
berasingan dalam pawagam.Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu berkata arahan tersebut dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri.
Bercakap di lobi bangunan DUN Selangor, Ronnie berkata keputusan
tersebut tidak pernah dirujuk kepada kerajaan negeri.
"Tak diberitahu, (saya) hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar. Ini bertentang dengan peraturan di seluruh Selangor," tambahnya.
Ronnie yang juga ADUN Pandamaran berkata yang dipertua majlis berkenaan telah diarahkan supaya menangguhkan pelaksanaan arahan tersebut.
Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan pihak panggung wayang yang mahu memperbaharui semula lesen mereka, telah diarahkan untuk menguatkuasakan arahan pengasingan gender tersebut.
Dokumen 'sahkan' PM campurtangan, dakwa PKR
PKR
telah mendedahkan satu dokumen yang didakwanya membuktikan bahawa
jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT
Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh
George Kent Bhd.Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.
Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.
Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.
Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.
'Kenapa perangi jenayah dengan urus persepsi?'
Kerajaan
mengambil pendekatan salah dalam memerangi jenayah apabila
membelanjakan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan
(GTP) bagi memerangi jenayah untuk menguruskan persepsi semata-mata,
dakwa PKR.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa 71 peratus daripada belanjawan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tahun 2012 adalah untuk aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.
Pada masa sama, tambahnya, kerajaan hanya memperuntukkan 3.67 peratus untuk mengurangkan jenayah pecah rumah dan curi kereta, 11.27 peratus untuk mengurangkan jenayah jalanan, 2.75 peratus untuk membawa penjenayah ke pengadilan, dan 11.25 peratus untuk meningkatkan tahap kepuasan awam dengan polis.
"Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan kepada persepsi rakyat," katanya sambil mendakwa RM170 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.
Dalam sidang akhbar yang sama, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, Laporan Tahunan 2011 GTP melaporkan pada tahun lepas kerajaan hanya mengadakan dua tinjauan untuk mengukur persepsi orang ramai di bawah aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap jenayah.
Justeru, katanya, persoalan timbul tentang bagaimana RM170 juta itu dibelanjakan untuk menguruskan persepsi jenayah pada tahun ini memandangkan separuh daripada tahun 2012 telah pun berlalu.
"Apa yang kerajaan buat cuma buat survey (tinjauan), kenapa kerajaan memerangi jenayah dengan menguruskan persepsi?
"Pada pendapat saya fokus kerajaan adalah salah.
"Kerajaan sepatutnya membelanjakan 70 peratus untuk memerangi jenayah dan 30 peratus untuk menguruskan persepsi.
"Adakah mereka membeli airtime (untuk hebahan)? Kita pun tidak tahu.
"Ceramah Pakatan Rakyat pun menelan belanja RM300 sahaja (untuk hebahan aktiviti Pakatan)," katanya.
PKR sebelum ini menggesa kerajaan berhenti mengintip rakyatnya dan menumpukan kepada pembasmian jenayah.
Ia kerana Cawangan Khas dilaporkan membuka sebanyak 733,000 kertas siasatan berbanding hanya 212,000 kertas siasatan jenayah dibuka oleh Jabatan Siasatan Jenayah.
Sementara itu, menjawab soalan tentang ura-ura akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang, Wan Azizah mengulangi bahawa beliau sedang mempertimbangkan perkara itu.
"Saya memang boleh bertanding (DUN), tetapi kami akan bincang tempat mana paling sesuai," katanya ringkas.

Gempar nelayan dapat hasil tangkapan 420 kg
Suasana
yang biasanya sepi di perkampungan nelayan Kampung Kempadang dekat sini
bertukar menjadi riuh hari ini apabila sekumpulan nelayan berjaya
menaikkan hasil tangkapan ikan kembung seberat 420 kilogram (kg).
Tiga daripada nelayan berkenaan tidak menyangka hasil tangkapan begitu banyak kerana sebelum ini memperoleh tangkapan antara 30 hingga 50 kg sahaja pada hari biasa.
"Kami terkejut menaikkan seberat itu hasil tangkapan dalam masa satu jam berbanding pulangan hanya sekitar 30 hingga 50 kg sehari di hari biasa," kata Omar Baru, 54, ketika ditemui pemberita di pangkalan jeti nelayan.
Penduduk kampung dan orang luar tidak ketinggalan berkumpul di kawasan tempat nelayan berkenaan menaikkan ikan untuk membeli ikan kembung dengan harga lebih murah iaitu RM10 sekilogram berbanding RM12 di pasar basah sekitar bandar Kuantan.
Dua nelayan muda yang juga adik beradik, Mohd Hafizan Abdul Jalil, 22, dan Ahmad Firdaus Abdul Jalil, 18, begitu teruja dan tidak menyangka rezeki yang diterima dan menganggapnya satu rahmat kerana belum pernah memperoleh tangkapan 300 kg sebelum ini.
Ahmad Firdaus berkata beliau bersama abangnya turun ke laut pukul 6.30 pagi dengan memandu bot sejauh 12 kilometer dari pesisir pantai kampung sebelum melabuhkan pukat.
"Selepas satu jam kami menarik naik pukat dan terkejut melihat begitu banyak tangkapan. Kami melepaskan pukat sebanyak dua kali sahaja dan begitu teruja dengan jumlah tangkapan," katanya.
Katanya, sebelum ini mereka hanya balik ke pantai pada lewat petang dengan membawa hasil tangkapan yang tidak seberapa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan