Jumaat, 13 Julai 2012

KITA BOLEH TAHU MEREKA YANG JAHIL AGAMA...TAK BERAMAL...GILA DUNIA...TAMAK...JENIS NAK MENANG AJE...RASA DIA TU PANDAI SANGAT DLL...DARI CAKAP DAN TINGKAH LAKU PUN KITA DAH TAHU@DAH KENAL....ORANG MACAM NI JANGAN LAYAN SANGAT...ALLAH TAHU NAK MENGHUKUM ORANG MACAM NI....

BN: Pembangkang tidak boleh kuasai Sabah

10 Julai 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KOTA KINABALU - Parti pembangkang yang dahagakan kuasa tidak akan mampu menembusi Sabah yang ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah  pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kata Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad.
  
Sebaliknya, katanya BN akan tetap menang di Sabah pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus mengekalkan negeri itu sebagai kubu kuat parti gabungan itu.
  
"Berdasarkan senario politik semasa dan tahap keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional, InsyaAllah, kita (BN) "tatap" (tetap) menang di Sabah pada pilihan raya akan datang," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Program Jelajah Isu peringkat negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Wisma Dang Bandang, di sini hari ini.
  
Sapawi yang juga anggota Parlimen Sipitang berkata kerajaan BN banyak membawa pembangunan dan kemajuan di negeri ini, dan rakyat juga merasa selesa berada di bawah pemerintahan BN yang berjaya mewujudkan keamanan dan suasana politik yang stabil.
  
"Begitu juga dengan kedudukan kewangan negeri. Sejak kerajaan BN mengambil alih tampuk pemerintahan di Sabah pada 1994, kedudukan kewangan Sabah bertambah kukuh terutama semasa pentadbiran Datuk Seri Musa Aman.

"Dulu (1994) Sabah hanya mempunyai rizab kewangan sekitar RM300 juta tetapi kini rizab kewangan meningkat dengan ketara iaitu sekitar RM3.3 bilion...ertinya negeri ini diurus dengan baik terutama daripada segi ekonomi seperti yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara," katanya.
  
Selain itu, Sapawi berkata rakyat Sabah juga yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang pemimpin negara yang realistik dan pragmatik.
  
"Apa yang Perdana Menteri cakap, beliau laksanakan demi kebaikan rakyat," katanya.
  
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba meracuni pemikiran mereka menjelang pilihan raya umum akan datang. - Bernama
SPR: Jangan pertikai dakwat kekal
NURUL AINI MOHAMED ALI
11 Julai 2012
SPR: Jangan pertikai dakwat kekal
Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan dakwat kekal di jarinya ketika mengadakan sesi khas bersama media menunjukkan demonstrasi pengunaan dakwat kekal - Foto Bernama
SPR: Jangan pertikai dakwat kekal
Noha Mohd Fadrullah, yang berkerusi roda, ditanda dakwat pada jari sebelum layak diberi kertas undi - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, penggunaan dakwat kekal dalam urusan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang mempertikaikan kewibawaan SPR apabila menggunakan "finger print" dan kini sistem pengundian ditukar dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dakwat kekal ini halal digunakan dan boleh dibawa (kekal pada jari ketika) solat bagi para pengundi yang beragama Islam.

"Jadi tiada sebab bagi mana-mana pihak  mempertikaikan penggunaan dakwat kekal yang digunakan dalam PRU akan datang," tegas beliau ketika Sesi Khas SPR Bersama Media-Demonstrasi Susun Atur Tempat Mengundi di sini, hari ini.
Tambahnya, penggunaan dakwat kekal ini juga tidak akan memudaratkan kesihatan.

"Dakwat kekal ini disahkan halal dan selamat oleh Majlis Fatwa, Jabatan Kesihatan dan  Jabatan Kimia, jadi tiada sebarang keraguan dalam penggunaannya," tambah beliau.

Pihaknya juga meminta agar tiada mana-mana pihak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung penggunaan dakwat kekal.
"Jangan pertikaikan lagi usaha SPR ini, saya boleh memberi jaminan yang tiada sebarang kesangsian akan berlaku," tegas beliau.

Pekerja Paycomm, Time piket mahu jumpa menteri

Salmiyah Harun|Foto Wan Zahari, 12 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Sekumpulan bekas pekerja syarikat telekomunikasi Paycomm Network Sdn Bhd dan Time Dot. Com mengadakan piket di hadapan bangunan PWTC hari ini bagi menuntut satu pertemuan diadakan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam bagi menyelesaikan tunggakan gaji dan pampasan mereka.

Menurut Ahli Jawatankuasa Bertindak Bekas pekerja Paycomm Network Norma Taharim pihaknya telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan menteri berkenaan malah beliau telah berjanji mengadakan pertemuan pada 5 Jun lalu tetapi ia dibatalkan.

"Kalau dapat jumpa lima minit pun kami tak kisah, janji dapat jumpa dengan menteri itu, kerana dia yang sepatutnya membela nasib kami," katanya.

Ekoran itu katanya, para pekerja bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Subramaniam di Damansara hari ini selepas memaklumkan dalam satu surat yang difakskan ke pejabatnya pada 10 Julai.

"Dalam surat itu kita maklumkan untuk bertemu pada hari ini dan kita jelaskan semua bekas pekerja Paycomm dan Time Dot Com akan hadir," katanya ketika ditemui.

Malangnya kata beliau, kehadiran mereka hari ini seolah-olah dipermainkan apabila mereka dimaklumkan pejabat menteri berkenaan dipindahkan ke bangunan PWTC.

"Kami beramai-ramai ke PWTC untuk menyatakan hasrat kami berjumpa dengan menteri terbabit. Berbagai-bagai tindakan kami buat untuk menuntut hak kami sehinggalah kami terpaksa lakukan apa yang berlaku hari ini," katanya.

Katanya, dalam pertemuan pada 2 April 2012 Subramaniam berjanji akan berbincang dengan Khazanah Nasional atau Kementerian Kewangan supaya baki gaji dan faedah penamatan kerja dibayar jika sekiranya Paycomm masih di bawah GLC.

Bagaimanapun, katanya selepas Suruhajaya Sekuriti Malaysia mengesahkan Paycomm dan Time Dot Com adalah di bawah GLC, menteri terbabit sehingga hari ini enggan bertemu dengan mereka.

Seramai 546 bekas pekerja Paycomm Network Sdn Bhd dan Time Dot Com diberhentikan kerja ekoran syarikat mereka menghadapi masalah kewangan bagaimanapun syarikat enggan membayar gaji tertunggak dan pampasan kepada mereka.

Masalah ini berlarutan sejak Ogos 2010, di mana pada awalnya para pekerja terbabit diarahkan bercuti tanpa gaji.

Difahamkan, syarikat yang menguruskan telefon awam di seluruh Kuala Lumpur ini mengalami masalah kewangan sejak Telecom Malaysia menghentikan perkhidmatan telefon awam di bawah seliaan syarikat berkenaan akibat kegagalannya membayar bil kepada Telekom.

Syarikat Paycomm Network Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai Time Reach Sdn Bhd dan juga dikenali sebagai Uniphone Sdn Bhd sebelum itu. 


 Terhot !!! Panas !!!! Mahadir mahu BN kekal kuasa..? kenapa jom baca
Posted on Thursday, July 12 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"Mahadir ada agendanya tersendiri... makin lama makin sakan ia bercakap.. anwar (Gambar Kiri)

KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak takut untuk menyekat kesalahan yang dibuat oleh bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed demi kepentingan negara.

Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terlibat memberikan kontrak membekalkan minyak kepada MAS kepada syarikat yang dikuasai anaknya, Petron Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) membuat permintaan itu kepada Najib ketika memberikan ceramahnya dekat sini baru-baru ini.

Menurut Anwar, pertembungan beliau dengan Mahathir berlaku sejak dalam Umno lagi apabila Mahathir mengarahkan beliau selaku Menteri Kewangan membantu anaknya, Mirzan yang sedang kesempitan dalam perniagaannya ketika itu.

"Apabila saya menolaknya, dia gunakan RM2,000 juta wang Petronas untuk membantu syarikat perkapalan Mirzan iaitu MISC," kata Anwar.

Menurut Anwar, 10 tahun kemudian, sekali lagi terbukti sikap Mahathir apabila beliau membela tindakan anaknya Mirzan yang membeli penguasaan dalam syarikat pembuat arak dari Filipina, San Maguel dengan harga RM2,900 juta secara tunai.

"Bila kita buat semua tak boleh. tunjuk perasaan haram, tetapi dia semua boleh, beli syarikat arak pun boleh," tempelak Anwar.

Yang terbaru, kata Anwar, San Maguel telah membeli syarikat Esso Mobil Malaysia dan dinamakan Petron.

Lalu, semua kapal terbang MAS telah dipaksa untuk membeli minyaknya dari Petron ini dan tidak boleh membeli minyak dari Petronas.

"Ini pun Najib takut nak bantah. Kat Mahathir takut, Obama takut, Syed Mokhtar takut...balik rumah pun takut...Apa nak jadi dengan Perdana Menteri kita ni," kata Anwar diikuti sorakan dari ribuan hadirin yang hadir malam itu.

Anwar mengajak semua rakyat negara ini agar bersama-sama membina negara ini dengan ilmu.

"Setiap sesuatu kita perlu mulakan dengan ilmu...Min huna naklam...permulaan tindakan kita dengan ilmu," kata beliau bagi memastikan semuanya dibuat dengan betul bukan kerana takut atau emosi.

Anwar memberikan contoh apa yang berlaku di Kelantan sekarang.

"Memang Kelantan secara relatifnya agak miskin tetapi Kelantan berkat," kata beliau.



Tahniah Tun Faisal.. Inilah hasil kebodohan anda..
Posted on Thursday, July 12 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: AnakSgDerhaka

"Bersamalah kita seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat tak kira walau dimana berada mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Pengerusi UMB Tun Faisal...

Gara-gara kebodohannya kini seseorang yang selama ini berada diatas pagar sudah tergerak hatinya untuk turut menentang UMNO...


Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.


Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.

Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.

Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.

Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.


“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Menzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.

Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.

Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.


“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.

Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.


Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.

Sila sambung bacaan anda di SINI"


suntingan Abu luqman"
Ni betul punya HARAM JADAH.....
Posted on Tuesday, July 10 @ 09:52:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: MelayuMerapu

"Para peneroka yang membantah penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia sekali lagi menjadi sasaran cacian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Jika pada satu ketika dulu Najib memaki hamun peneroka-peneroka tersebut sebagai haramjadah, dalam lawatannya ke Felda Chini hari ini beliau menyifatkan peneroka tersebut mereka sebagai 'muka tak malu' kerana mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu. 



Ahli Parlimen Pekan itu turut mengcop peneroka-peneroka berkenaan sebagai pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan peneroka Felda di peringkat global.

"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," laungnya dalam nada menyindir.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di sini hari ini.

Umum mengetahui, di sebalik penyenaraian tersebut bukan peneroka yang hanya diberikan 800 unit saham yang untung, tetapi Pengerusi Felda yang sedang hebat dipertikaikan yang mengaut durian runtuh sebenar iaitu Tan Sri Isa Samad, yang dianugerahkan sebanyak 180,000 unit saham.

Begitu jugalah dengan Pengerusi FGVH Datuk Sabri Ahmad. Barangkali Najib tidak sedar, peneroka-peneroka Umno juga turut mempersoalkan kenapa mereka diberi jumlah saham yang sangat kecil sehingga tidak padan untuk menjadi kaya raya sebagaimana diisytiharkan.

Sudahlah hanya diperuntukan tidak sampai satu lot (1,000 unit) saham bagi membolehkan mereka berjual beli, peneroka dipaksa pula berhutang dengan mengisi borang pinjaman yang tidak tahu berapa jumlahnya yang sebenar.

Sebaliknya Najib dengan bangganya pada majlis tersebut menguar-uarkan bahawa transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.

"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.

Najib bercakap besar dengan penyenaraian tersebut namun pada hakikatnya terpaksa menyandarkan ratusan ribu ekar Tanah Rizab Melayu yang dipajak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada FGVH. Jadi tidak boleh dipersalahkan kepada peneroka jika mereka menentang kerana apabila tanah-tanah milik Melayu tersebut diniagakan di pasaran saham, bermakna sesiapa sahaja boleh membelinya termasuk pemain-pemain saham luar.

Itupun, nasib baiklah FGVH gagal mengheret Koperasi Permodalan Felda (KPF) setelah dilakukan oleh injunksi oleh peneroka.

Sayugia diingat peneroka telah membangunkan tanah Felda daripada hutan belantara sejak setengah abad yang lalu dengan titisan keringat, darah dan air mata maka sudah tentu mereka tidak ingin hak mereka tergadai di depan mata.

Sebagai mana diketahui, tidak ada yang percuma bagi peneroka yang memasuki tanah rancangan. Baik tanah ladang mahupun rumah, baja dan racun, jalan ladang, pinjaman sara hidup hinggalah kepada kereta tolak dan sarung tangan, semuanya dikira hutang, dicaj dan dipotong melalui hasil yang dihantar ke kilang.

Mungkin ada pemimpin Umno yang mengungkit, jika tanpa tanah Felda 112,000 peneroka seluruh negara tidak bertanah. Namun semua itu didapati bukannya secara percuma. Malah hasil penat jerih komuniti tersebutlah Felda muncul menjadi estet terbesar di dunia dan mengaut hasil kedua terbesar untuk negara selepas Petronas.

Kenapa tidak mahu langsung mengiktiraf peranan peneroka?

Sebab itu apabila Najib mengumumkan pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang yang akan dibayar mulai esok, ia sebenarnya bukan duit poket pemimpin negara malah duit peneroka juga.

Bagi peneroka yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas, jika benar-benar Felda mahu mengangkat martabat mereka sudah cukup dikembalikan wang kadar perahan gred (KPG) yang ditipu sejak tidak kurang 15 tahun yang lalu. Ini dibuktikan dengan saman peneroka seluruh negara terhadap Felda. Jumlahnya difahamkan menjangkau puluhan ribu ringgit seorang.

Peneroka juga tidak dikembalikan wang tabung tanam semula (TTS) yang dipotong sejak hampir 30 tahun yang jumlahnya tidak kurang daripada RM17,000 seorang. Malahan banyak lagi Felda ‘terhutang’ kepada peneroka.

Justeru jika benar-benar pemimpin negara mahu melihat martabat peneroka terangkat, generasi kedua dan ketiga Felda juga tidak boleh diabaikan. Bayangkan, masih ada warga Felda yang tinggal bersama sehingga tiga generasi dalam sebuah rumah.

Masalah sosial di kalangan warga Felda juga amat digeruni pada masa ini. Bayangkan, tidak ada satu tanah rancangan pun yang tidak dijangkiti masalah dadah. Semua orang tahu anak-anak peneroka yang berjaya berada di luar Felda maka tinggallah yang kurang bernasib baik di situ.

Kenapa Najib bercakap tentang kekayaan saham Felda di pentas dunia sedangkan nasib warga Felda tidak dibela sewajarnya?

Sebab itu tawaran Pakatan Rakyat dilihat lebih relevan iaitu tanah Felda Plantation (yang sudah dipajak 99 tahun kepada FGVH) akan diagihkan kepada generasi kedua Felda yang layak. Kerana pelaburan melalui pemilikan tanah adalah lebih menguntungkan daripada main saham kerana hasilnya boleh dimakan hingga ke anak cucu!



Ini punca Dr. Asri bangkit menentang Umno

http://addin77.blogspot.com, 12 Jul 2012
Dua print screen dari tweeter Dr. Asri Zainal Abidin menceritakan segala-galanya. Bertitik tolak dari tweet Tun Faisal yang Addin siarkan pada posting sebelum ini (rujuk sini) mungkin menjadi punca kepada Dr. Asri keluarkan kenyataan terbuka dalam tweeternya untuk menentang Umno.
Dengan kenyataan terbuka Dr. Asri ini membuatkan Umno makin menggeletar untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin tak sabar untuk menumbangkan Umno BN pada PRU 13 yang semakin tiba.
Dr. Asri, saya percaya semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menyokong kenyataan Dr. Asri ini. Umno patut diajar..



Tiada ulasan: