Khamis, 12 Julai 2012

HUDUD LAKSANAKANLAH UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT...SERTA MEMPERLIHATKAN KETAATAN KITA KEPADA ALLAH....

Hukuman Hudud

Pengertian hudud


Kata jamak daripada perkataan Had. bermaksud mencegah atau menyekat atau   halangan.
Hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat iaitu suatu bentuk hukuman keseksaan yang telah ditentukan oleh Allah dan ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak Allah untuk  kepentingan masyarakat awam.
Menurut pengertian lain ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran serta ditetapkan oleh Nabi s.a.w melalui hadith baginda.

Jenis Jenayah Hudud


  1. Berzina
  2. Qazaf
  3. Minum arak
  4. Mencuri
  5. Merompak dam menyamun
  6. Memberontak
  7. Murtad

ZINA
Memasukkan hasyafah ke faraj wanita
Melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara sah, sedang penzina itu adalah seorang yang waras,baligh dengan kemahuan sendiri serta ia mengetahw perbuatan yang dilakukan itu adalah haram.
Syarat Had Zina. 
  1. Cukup umur
  2. Waras
  3. Kemahuan sendiri
  4. Jelas kelelakian dan kewanitaannya bukan khunsa
  5. Masuk kesemua hasyafah kedalam faraj

6.        Persetubuhan yang bukan syubhat


Cara Sabit Zina

  1. Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya
  2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya
  3. Qarinah

Keterangan saksi


Jumhur ulama’ sepakat menyatakan sabit kesalahan dan had zina terhadap seseorang mestilah dengan penyaksian 4 orang saksi lelaki yang adil.

DALIL


…. dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehornatannya,kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi,maka sebatlah mereka 80 kali sebat dan janganlah karnu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasiq …..

Syarat Saksi


  1. Ke empat-empat lelaki
  2. Baligh.
  3. Sempuma akal.
  4. Orang yang adil iaitu orang menjauhi dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil.  Dengan kata-kata lain, ia tidak fasiq, diketahui keadilannya dan bukan orang yang hasad atau khianat.
  5. Beragama Islam.
  6. Benar-benar melihat kejadian zina sehingga dapat memberi keterangan dengan jelas, tempat dan tiada keraguan tentang pelakunya, cara pelakuan, tempat dan masa berlaku perbuatan zina.
  7. Penyaksian itu benar-benar membuktikan berlaku zina.

Sekiranya tidak cukup saksi atau didapati saksi itu tidak apat membuktikan tuduhan tersebut atau mereka berlaku anat, maka mereka wajib menerima hukuman qadzaf iaitu 80 kali sebat.
(Surah al-Nur 24: 4)
Ertinya:          Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan~perempuan yang terpelihara kehor­matannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan.

Cara membawa keterangan di kalangan saksi-saksi


Imam Syafi’l
  1. Saksi-saksi boleh datang secara serentak atau berasingan. Semuanya dikira sah.
  2. Saksi yang datang secara berasingan lebih baik,kerana boleh mengelakkan daripada berlaku dusta atau mungkin mereka sama-sama berpakat memberi keterangan palsu.

Imam Abu Hanifah,
  1. Saksi mesti datang beramai-­ramai serentak tidak boleh secara berasingan.
  2. Sekiranya mereka datang berasingan penyaksian mereka tidak sah dan dikenakan had qazaf.

Pengakuan zina


Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal,
  1. Pengakuan oleh penzina mestilah 4 kali untuk menyamai 4 orang saksi
  2. Keterangan yang diberikan itu mestilah di majlis bersingan.
  3. Berdasarkan hujah di mana Rasulullah s.a.w merejam Ma’iz selepas beliau membuat pengakuan sebanyak 4 kali.

Uama’ Syafi’l dan sebahagian besar Ulama’ maliki
  1. Pengakuan yang dibuat oleh penzina tidak semestinya 4 kali
  2. Tidak perlu pada majlis yang berasingan.
  3. Pengakuan menjadi sah selagi tidak ada keraguan terhadap pengakuan penzina yang menyebabkan ia boleh ditolak.

Syarat Pengakuan Pelaku Zina


  1. Pengakuan ini dibuat di hadapan pemerintah, hakim, qadhi atau wakilnya.
  2. Sempurna akal.
  3. Baligh.
  4. Dengan mulut dan perkataan kecuali orang bisu.  Pengakuannya boleh dibuat dengan bersurat atau isyarat.
  5. Pengakuan itu diberikan dengan cukup jelas dan tepat tentang perbuatan zina sehingga tiada ke­raguan.

Qarenah atau Bukti Pertalian


  1. Kesalahan zina boleh seperti “me­ngandung” bagi perempuan yang tiada suarni atau tiada diketahui suaminya.
  2. Sekiranya tertuduh membuat kenyataan bahawa ia me­ngandung disebabkan paksaan  atau perbuatan rogol tidak dapat diterima melainkan ada bukti-bukti yang sah akan kebenaran punca kandungannya. 
  3. Bukti bagi menyokong dakwaan tersebut perlu bagi mengelakkan perem­puan yang terlibat membuat helah daripada dijatuhi hukuman had zina.

 

Qarinah


Malik
  1. Jelas bukti dan qarinah yang menunjukkan ia berzina mesti dikenakan had.
  2. Contoh seorang perempuan yang tidak bersuami didapati mengandung dan ia bukan perempuan yang suci dan terhormat.
  3. lni kerana qarinah mengandung dan ia pula perempuan yang tidak suci adalah kukuh.

Abu Hanifah,Imam Syafi’l dan Ahmad
  1. Qarinah tidak semestinya diterima dan bukan sebab yang membolehkan sescorang dikenakan had. 
  2. Seseorang perempuan yang didapati mengandung tanpa suami tidak semestinya berzina walaupun bukan perempuan baik.
  3. Kemungkinan besar ia dirogol atau berlaku persetubuhan syubhat atau dipaksa.

Had zina


a.        Penzina yang bukan muhsan dan pernah bersetubuh secara sah


                                                               i.      Hukuman rejam dengan batu sampai mati

 

b.        Penzina yang bukan muhsan


                                                               i.      Sebatan 100 kali dan buang daerah
                                                              ii.      Hamba pula dikenakan sebatan separuh daripada sebatan orang yang merdeka iaitu 50 kali
                                                            iii.      Hukuman buang daerah adalah wajib dan hendaklah dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan.

Cara menjalankan hukuman


Dalil Ertinya: Dan hendaklah disaksikan hukuman ke atas kedua­duanya oleh sekumpulan orang yang beriman.
  1. Dalam hukuman rejam orang ramai yang akan merejam selain saksi dan imam (pemerintah) supaya nyawa pesalah dapat dihabiskan dengan segera. 
  2. Batu yang digunakan untuk merejam, batu yang sederhana besamya.  Jika terlalu kecil akan lama pesalah itu menderita dan jika terlalu besar akan terlalu cepat nyawa pesalah dihabiskan dan luput maksud keseksaan dan had zina.
  3. Pesalah akan disebat dengan cemeti sebanyak 100 kali sebatan sederhana.
  4. Cemeti hendaklah kering dan tidak bercabang dengan tidak perlu ditanggalkan palkaian kecuali jika ia memakai pakaian tebal seperti pakaian musim sejuk.
  5. Sebatan itu tidak bolch ditumpukan kepada satu-satu bahagian anggota supaya tidak luka kerana tujuan sebatan bukan untuk membunuh atau membinasakan, tetapi untuk mencegah pasalah daripada melakukan kejahatan. 
  6. Hukuman ini juga tidak boleh dijalankan pada masa pesalah sakit, ke­datangan nifas dan sedang hamil, pada hari terlalu panas atau terlalu sejuk.

QADZAF

Pengertian
Melontarkan sesuatu.
Menuduh seseorang yang baik dan suci dengan tuduhan zina atau menafikan keturunannya.
  1. Tuduhan zina mempunyai kuatkuasa hukum qadzaf,
  2. Tuduhan-tuduhan yang lain seperti tuduhan mencuri, kafir, minum arak, mengata, mencuri, mencerca dikenakan hukuman ta’zir

Tuduhan zina boleh berlaku:

1.         Antara lelaki dengan lelaki
2.         Antara perempuan dengan perempuan
3.         Antara lelaki dengan perempuan
4.         Antara perempuan dengan lelaki

Kadar Had


  1. Kadar had qadzaf ialah 80 kali sebat
  2. Tidak diterima persaksiannya dalam perkara-perkara lain
  3. Dicela sebagai orang yang fasiq.

Sebab Wajib Qadzaf 
Kerana tuduhan zina merupa­kan tuduhan yang berat yang memberi kesan buruk dan keji kepada yang dituduh melakukan zina.  Oleh itu, dikenakan had qadzaf sebagai melindungi maruah dan kehormatan diri orang yang dituduh.

Rukun Qadzaf


  1. Orang yang menuduh
  2. Orang  yang dituduh.
  3. Lafaz tuduhan zina atau menafikan kandungan atau anak yang dilahirkan.

Tuduhan


Tuduhan yang dilemparkan kepada yang tertuduh hanya me­liputi dua perkara:
  1.  
    1. Tuduhan zina.
                                                               i.      “wahai orang yang berzina”
  1.  
    1. Menafikan anak yang dikandung atau dilahirkan.
                                                               i.      “wahai anak zina”



Lafaz Qazaf


  1. Soreh (nyata)
    1. “wahai penzina”,
    2. “bapa kamu berzina”

  1. Kinayah (kias)  
    1. “wahai pelaku perbuatan terkutuk”
    2. “wahai perempuan kotor”.

  1. Ta’ridh (sindiran)  
    1. “keturunanku tidak pemah me­lakukan zina”,
                                                               i.      “isterimu sudah rosak’
                                                              ii.      “masakan engkau rela hidup dengan perempuan yang kotor”.

Syarat    yang Menuduh


  1. Berakal sempuma.
  2. Baligh.
  3. Gagal membuktikan tuduhan zina dengan empat orang saksi yang adil.
  4. Bukan bapa, datuk sehingga turutan keturunan ke atas, begitujuga bukan ibu, nenek sehingga turutan keturunan ke atas
  5. Bukan paksaan.
  6. Berpegang dengan ahkam.
  7. Tidak mendapat keizinan daripada orang yang kena tuduh.

Syarat yang Tertuduh


  1. Muhsan sama ada lelaki atau perempuan
  2. Berakal sempurna,
  3. Baligh,
  4. Merdeka,
  5. Islam,
  6. Baik dan tidak pernah berzina
  7. Tertentu.  Jika tuduhan ke atasnya sebagai tuduhan rambang seperti dikatakan salah seorang daripada kamu adalah penzina” atau “dalam kumpulan ini seorang penzina” maka tidak wajib had ke atas orang yang menuduh.

Cara Sabit Kesalahan qadzaf

Keterangan saksi:

  1. Kesalahan qadzaf dapat disabitkan melalui keterangan saksi yang menuduh (al-qadzif) tidak dapat mengemukakan saksi yang dapat memberi keterangan atas kebenaran tuduhan zina terhadap tertuduh
  2. Saksi penuhi syarat iaitu Islam, baligh, berakal sempuma, dapat bertutur, dapat mengingatkan dan tidak ada hubungan keluarga.
  3. Bilangan saksi itu memadai dua orang sahaja.  Maka sabitlah kesalahan qadzaf terhadapnya (al-qadzif) dan dia dikenakan had qadzaf.

Pengakuan (ikrar):

  1. pengakuan tertuduh dapat mensabitkan kesalahan qadzaf
  2. Orang yang tertuduh (al-maqdzul) membuat pengakuan dengan sekali pengakuan di hadapan hakim.

Sumpah orang yang tertuduh
  1. pihak tertuduh bersumpah atas permintaan orang yang menuduh bahawa tidak me­lakukan zina.  Sekiranya ia bersumpah, maka sabitlah kesalahan qadzaf.  Tetapi, jika ia tidak mahu bersumpah maka tidak sabit kesalahan Qazaf

MINUM ARAK

Arak ialah segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya baik yang diproses melalui buah tamar,anggur, gandum,nira,tapai,beras atau sebagainya. Apa yang penting nunuman itu memabukkan.
Dalil  pengharaman

Maksudnya;Mereka bertanya kepada mu (wahai Muhammad)mengenai arak dan judi.Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula  manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya……
(Surah AI-Baqarah2-.219)
Hikmah pengharaman

  1. Boleh melemahkan akal fikiran
  2. Menghilangkan kewarasan akal
  3. Membahayakan kesihatan seperti barah
  4. Membazirkan wang
  5. Sanggup melakukan apa saja tanpa segan silu
  6. Dosa besar
  7. Membahayakan diri sendiri dan orang lain

 

Cara sabit had peminum arak

  1. pengakuan peminumnya sendiri dengan syarat yang cukup
  2. Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan yang adil dan cukup syaratnya.


Syarat Peminum Arak yang Dikenakan Hukuman Had
  1. Berakal, terkecuali orang gila.
  2. Baliqh, terkecuali kanak-kanak.
  3. Muslim, terkecuali orang kafir
  4. Kehendak sendiri bukan dipaksa.
  5. Bukan terpaksa meminumnya seperti  ter­cekik
  6. Tahu bahawa yang diminumnya arak.
  7. Tahu bahawa arak itu haram.

Hukuman Kesalahan Minum Arak


  1. Disabitkan minum arak ialah 40 kali sebat
  2. Hukuman sebatan tidak boleh dikurangkan atau ditambah kerana hukuman had adalah mengikut ketentuan nas al-Qur’an dan Hadith Rasulullah s.a.w..
  3. Sekiranya hukuman itu digandakan 80 kali disebabkan oleh muslihat tertentu sesuai dengan tujuan mengajar dan memberi amaran maka hukuman tetap 40 kali dan 40 kali lagi sebagai ta’zir




MENCURI

Ambil barang orang lain secara sembunyi atau tanpa kebenaran daripada tempat simpanan yang sepatutnya.

Dalil


Maksudnya:Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri makahukumannya ialah potong tangan.
Syarat Pencuri

  1. Dengan sukarela atau tidak dipaksa
  2. Harta yang ada nilai.
  3. Tempat simpanan yang khas.
  4. Diletakkan di bawah kawalan.
  5. Tidak termasuk buah yang masih di atas pokok atau barang yang diletakkan di tempat awam.
  6. Cukup kadar harta (nisab):

Hukuman atas Kesalahan Mencuri


  1. Dipotong tangan.  Hukuman ini tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa dan tidak boleh ditukar
  2. Memulangkan semula barang yang dicuri kerana barang yang dicuri itu hak manusia .Oleh itu barang itu wajib dipulangkan kepada tuannya dan tidak memadai hanya dipotong tangan.

Hukuman mencuri dan  Anggota yang boleh dipotong


  1. Mencuri kali pertama dikenakan had potong tangan kanan hingga pergelangan tangan
  2. Mencuri kali kedua dipotong kaki kiri hingga buku Iali
  3. Mencuri kali ke tiga dipotong tangan kiri hingga pergelangan tangan
  4. Mencuri kali keeinpat dipotong kaki kanan hingga buku Iali
  5. Mencuri kali kelima dan seterusnya dikenakan ta’zir atau dipenjarakan hingga bertaubat

Cara sabit  Kes Kecurian


Keterangan saksi:

  1. Keterangan dua orang saksi yang memenuhi syarat­syarat saksi,
  2. Setelah orang yang mengalami kecurian atau wakilnya membuat pendakwaan.

Pengakuan orang yang mencuri

  1. Memadai dengan se­kali pengakuan.
  2. Pengakuan itu hanya akan diterima setelah orang yang mengalami kecurian atau wakilnya membuat pendakwaan.

Gugur Hukuman Potong Tangan:

  1. Tuan barang menafikan orang yang dituduh mencuri hartanya atau menafi­kan keterangan saksi-saksi.
  2. Pencuri menarik balik pengakuan, sedangkan per­tuduhan ke atasnya dibuat tanpa bukti, hanya bersandar­kan semata-mata kepada pengakuannya.
  3. Pencuri mengakui bahawa barang yang dicuri adalah miliknya dengan bukti yang sah yang dapat diterima kesahihannya.

 

 


ROMPAK DAN SAMUN
Tindakan mengganggu laluan awam dengan tujuan untuk menakut-nakutkan manusia, merampas, mengambil harta secara paksaan dan kekerasan

 Hukuman Merompak dan Menyamun


  1. Hukuman bunuh.
  2. Hukuman bunuh dan salib.
  3. Hukuman potong kaki dan tangan secara berselang seli secara sekali gus.
  4. Hukuman buang daerah.

Mengugut dan Mengganggu


lmam Syafi’i,

  1. hukuman tazir
  2. buang daerah sahaja.

Hanafi dan Ahmad

Buang daerah sahaja

Imam Malik

Ikut Ijtihad  hakim

Membunuh


Syafei dan Abu Hanifah

  1. Hukum Bunuh tanpa salib
Imam Malik
  1. Hukum Bunuh tanpa salib
  2. Hukum Bunuh serta salib

Merampas dan membunuh


Syafei dan Ahmad

  1. Bunuh dan salib

Abu hanifah

  1. Bunuh dan Salib
  2. Bunuh tanpa potong tangan dan kaki
  3. Salib dahulu baru bunuh tanpa potong tangan dan kaki

 

Perompak Bertaubat


Jumhur berpendapat
  1. Orang bertaubat sebelum ditangkap  terserah kepada Allah Tidak dikenakan had
  2. Orang yang menjadi mangsa.
  3. Barang yang disamun.
  4. Tempat kejadian dan alat yang digunakan.

Orang yang dituduh melakukan samun:

1. Hendaklah ia baligh dan sempurna akal.
2. Tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan.
Orang yang menjadi mangsa:

  1. Hendaklah ia seorang muslim atau kafir zimmi yang patuh kepada undang-
  2. la hendaklah menjadi pe@lik harta yang disamun atau wakilnya.
  3. Tiada pertalian kekeluargaan antara yang menyamun dan yang disamun, atau ada pakatan antara kedua­dua pihak.

Barang yang disamun:

  1. Harta itu dirampas daripada tempat barang itu disimpan.
  2. Harta itu mempunyai nilai menurut kaca mata Islam, oleh itu arak dan barang yang diharamkan oleh Islam tidak dianggap bemilai.
  3. Barang yang disamun itu bukan milik penyamun.
  4. Barang yang disamun sampai pada nisabnya.

Kesalahan menyamun boleh disabitkan dengan:

  1. Keterangan saksi yang mencukupi syarat.
  2. Pengakuan tertuduh.
  3. Semua pengakuan ini hendaklah memenuhi syarat-­syarat kes curi.

Hukuman terhadap penyamun berbeza-beza mengikut kategori jenayah samun.
  1. Menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam dengan tidak melakukan rampasan atau pembunuhan.
  2. Merompak harta benda sahaja.
  3. Membunuh atau mencederakan sahaja.
  4. Merampas harta benda dan membunuh atau men­cederakan.

Bil Kesalahan Hukuman
1 Menakut-nakutkan dan menggangguketenteraman awam sahaja.                                                Ta’zir atauDibuang daerah selama setahun atau sehingga ia bertaubat.
2 Merampas harta sahaja       Potong tangan dan kaki dengan berselang, danMengembalikan barang yang dirampas kepada tuannya.
3 Melakukan pembunuhan sahaja      Dibunuh tanpa dipalang.
4 Melakukan perampasan atau rompakan dan                 pembunuhan. 1 .Dibunuh,dan2. Dipalang dalam tempoh yang munasabah untuk diketahui oleh orang ramai atau selama tiga hari seperti pendapat setengah-setengah ahli fuqaha’.

MEMBERONTAK
Al-Bughah dari segi bahasa bererti pelampau atau melampaui batas
Dari istilah bererti satu kumpulan orang Islam yang menentang pemimpin muslin-iin, melakukan pemberontakan terhadap pemerintahannya dan enggan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah sama ada orang yang berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia.
Dalam istilah biasa mereka dikenali sebagai pemberontak.  Mereka mempunyai dasar dan undang-undang mereka sendiri, mempunyai organisasi dan pentadbiran sendiri serta mempunyai kekuatan pertahanan, tentera dan senjata untuk melaksanakan pemberontakan.  Contohnya ialah al-Khawarij dan al-Haruriyah yang menentang khalifah ‘Ali ra.

Dalil Kesalahan Memberontak


Ertinya:
            Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanva; Jika salah satunya berlaku zalini terhadap orang lain, inaka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali tizematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka daniaikanlah di antara keduana dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah inengasihi orang yang berlaku adil.
Unsur-unsur dalam Kesalahan Memberontak

1.             Perbuatan menderhaka.
2.             Penggunaan kekuatan dan kekerasan.
3.             Niat memberontak.

Unsur Perbuatan Menderhaka


  1. Perbuatan menderhaka bermaksud menentang pemerintah atau berusaha menggulingkannya, tidak mematuhi perintahnya atau undang-undang yang dikuatkuasakannya dan tidak melaksana­kan kewajipan-kewajipan yang tidak dianggap maksiat. 

  1. Pemberontakan itu ditujukan kepada pemerintah Islarn yang adil yang tidak sepatutnya ditentang atau digulingkan, malahan pemberontakan terhadap pemerintah yang fasiq pun diharam­kan oleh Islain walaupun dengan tujuan untuk melaksanakan amar nw’ruf dan nahi munkar.  Ini disebabkan pemberontakan itu akan memberi kesan yang lebih buruk dan tidak memung­kinkan maksud amar ma’ruf dan nahi munkar tercapai.

Unsur Penggunaan Kekuatan dan Kekerasan


Penggunaan kekuatan dan kekerasan bermaksud bahawa pemberontak mempunyai kekuatan pertahanan mereka sendiri serta mempunyai senjata dan tentera yang dapat melakukan tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman negara dan melakukan kekacauan dan huru hara.

Unsur Niat


Niat yang dimaksudkan di sini ialah untuk melakukan pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah dan bertujuan untuk menggulingkan atau tidak mahu tunduk kepada perintahnya dan enggan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mengikut undang-undang dan peraturan yang ditentukan olch pemerintah.

Langkah Menghadapi Pemberontak


  1. Pemerintah yang menghadapi pemberontakan tidak boleh terus bertindak memerangi atau menentang pemberontak dengan kekerasan sebelum langkah-langkah awal dilakukan bagi mengelakkan pertumpahan darah sesama umat Islam.

  1. Langkah paling utama ialah mengajak mereka ke meja perundingan untuk mengetahui sebab mereka memberontak dan tuntutan mereka:

  1.  
    1. Sekiranya sebab-sebab itu munasabah dan tuntutan mereka wajar, maka pemerintah tidak boleh menafl­kannya, tetapi hendaklah menerimanya dan memenuhi tuntutan mereka.
    2. Sekiranya pemberontak enggan memberi sebab-sebab pemberontakan dengan jelas, maka mereka perlu diberi peringatan akan bahaya peperangan iaitu men­datangkan korban nyawa dan kerugian harta benda.
    3. Sekiranya mereka masih enggan, suruhlah mereka supaya kembali bersatu di bawah naungan pemerintah dan taat kepada pemerintah atau mereka akan menghadapi tindakan yang keras dan tegas daripada ,pemerintah.
    4. Sekiranya mereka tetap enggan dan terus berpegang pada dasar pemberontakan mereka, maka wajiblah mercka diperangi.

Syarat-syarat Memerangi Pemberontak


  1. Pemberontak mempunyai kekuatan tentera, senjata dan pengkalan bagi pergerakan dan pertahanan mereka.  Usaha untuk menjadikan mereka taat kepada pemerintah memerlukan belanja yang besar dan tenaga yang banyak.

  1. Pemberontak menentang pemerintah secara terbuka dan mereka tidak berada di dalam kawalan pemerintah sebab mereka mempunyai pengkalan yang di luar daripada kekuasaan pemerintah.  Ini tidak memungkin­kan pemerintah dapat mengambil tindakan terhadap mereka secara mudah seperti menangkap dan memenjarakan mereka.

  1. Pemberontak mempunyai asas yang menjadi prinsip perjuangan mereka sendiri sekalipun asas itu salah seperti asas yang dipegang oleh al-Khawarij dan al-Haruriyah yang melakukan pemberontakan ter­hadap Sayidina’Ali ra.. Tidak mudah bagi pemerintah untuk berhadapan dengan golongan yang berpegang pada prinsip tentera yang menjadi dasar perjuangan pemberontak lebih-lebih lagi prinsip yang salah.  Ini bererti bertambah sukar untuk menyeru mereka supaya berdamai dan kembali kepada prinsip yang menjadi dasar pemerintah dan menghentikan penentangan terhadap pemerintah.

  1. Pemberontak mempunyai pemimpin yang berpenga­ruh dan ditaati, pemimpin yang dapat mengatur dan mentadbir, merancang dan menyusun strategi bagi melaksanakan penentangan dan pemberontakan.  Andainya mereka tidak mempunyai pemimpin, mereka mudah disedarkan dan dipujuk supaya menghentikan perjuangan yang sia-sia itu.

  1. Walaupun pemerintah diharuskan memerangi pemberontak, mereka tidak boleh dianggap sebagai golongan fasiq dan kafir kerana mereka dapat dianggap sebagai golongan bermasalah berdasarkan asas atau prinsip yang mempengaruhi tindakan mereka.

Tindakan


  1. Tindakan hendaklah didahului dengan memberi pe­nerangan dan nasihat serta berunding dengan mereka supaya mereka kembali kepangkuan jema’ah Islam.
  2. Sesudah berlaku peperangan tentera pemerintah tidak boleh mengejar musuh yang meninggalkan medan peperangan, tidak boleh mereka menghukum yang telah lemah disebabkan luka.  Hanya yang dibolehkan ialah menentang pemberontak seimbang dengan serangan yang mereka lakukan.  Jelasnya mengangkat senjata hanya untuk mempertahankan diri dan jema’ah serta memadamkan pemberontakan.

  1. Tidak boleh membunuh pemberontak yang ditawan.

  1. Tidak boleh merampas harta mereka sebagai harta rampasan perang.

 

Hukuman yang Berbangkit Selepas Pemberontak Dipadamkan


  1. Pemberontak yang terkorban dalam pertempuran mati­nya mati percuma kerana tidak boleh diambil tindakan qisas atau that terhadap pihak yang membunuhnya.

  1. Setelah tamat peperangan atau pertempuran antara tentera pemerintah dengan tentera pemberontak, kemudian ada pula tentera pemerintah yang membunuh tentera pemberontak, pada hal pemberontak telah meletakkan senjata dan kembali taat kepada pemerintah, maka tentera yang membunuh itu dikenakan qisas, melainkan ia bersumpah bahawa ia berpendapat bahawa suatu kegiatan menentang atau cubaan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah di sisi svara’, sama ada dengan mengguna­ senjata atau merancang serta melancarkan peperangan dengan cara zalim

Hukuman Jenayah Memberontak


  1. Dijatuhkan hukuman mati
  2. atau diperangi

Pemeritah juga mestilah meneliti dan mengkaji sebab pemberontakan tersebut dan sekiranya tuntutan itu benar maka pemerintah hendaklah menerima dan melaksanakannya. Sekiranya permintaan mereka tidak  benar, dan mereka masih berdegil tidak mahu mentaati pemerintah, di saat itu mereka bolehlah diperangi.

 

MURTAD


Tindakan seseorang yang keluar daripada agama Islam.
Murtad dan kufur melalui salah satu berikut

  1. Meialui itikad. 
                                                                           i.      Contohnya seseorang yang berhasrat kafir atau ragu-ragu dengan kebenaran al-Qur’an.
  1. Melalui kata-kata dan ucapan. 
                                                                           i.      Contohnyatindakan seseorang yang mencaci dan menghina Nabi s.a.w.
  1. Meialui perbuatan. 
                                                                           i.      Contohnya seseorang memijak al-Qur’an dengan tujuan menghina.

Hukuman Jenayah Murtad


  1. Hakim tahan selama tiga hari supaya bertaubat
  2. Enggan bertaubat baru dihukum bunuh.

Tanda-tanda Zahir Murtad


  1. Mencaci Nabi Muhammad s.a.w. atau mempersenda­kannya seperti yang dilakukan oleh musuh Islam yang menuduh Nabi Muhammad s.a.w. kuat nafsu seks.
  2. Mengingkari larangan Islam yang telah ditetapkan oleh Islam seperti mengingkari haram arak dan riba.
  3. Mengingkari perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Islam seperti solat lima waktu.
  4. Mengingkari perkara yang telah disabitkan dengan dalil seperti mengingkari al-Qur’an sebagai kalam Allah.
  5. Mengingkari perkara-perkara yang telah diwajibkan oleh Islam seperti ingkar wajib puasa dan zakat.
  6. Mengingkari perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Islam secara qot’i seperti mengingkari haram zina dan riba.

Hukum terhadap Kesalahan Murtad


  1. Menyedarkan akan kesalahan yang dilakukannya dan meminta ia bertaubat serta kembali kepada Islam dengan segera.
  2. Memberi peringatan dan amaran kepadanya akan bahaya atau akibat buruk jika ia tidak mahu bertaubat malahan terus murtad iaitu ia akan menerima hukuman bunuh.
  3. Wajib dihukum bunuh sekiranya ia tidak mahu kem­bali kepada Islam. 

Hadith Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:          Tidak halal darah (nyawa) seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa aku Rasulullah melainkan salah satu daripada tiga iaitu mem­bunuhjiwa, janda atau duda vang melakukan zina dan orang yang meninggalkan agama, keluar darijema’ah Islam.

Tertib Hukuman Kesalahan Murtad


Hukumaasalnya ialah bunuh berdasarkan Hadith bererti, “Sesiapa yang me­nukar agamanya maka bunuhlah ia.”
Hukuman ini wajib dikenakan ke atas setiap orang yang murtad
Sekiranya hukuman bunuh itu tidak dapat dilaksanakan oleh sebab-sebab tertentu, maka hukuman gantung boleh
dikenakan kepada orang yang murtad mengikut keadaan:
  1. Jika pesalah telah bertaubat, maka hakim atau qadhi boleh mengenakan hukuman yang sesuai dengan keadaan pesalah seperti sebat, penjara, denda dan memberi amaran, malahan ada ‘ulama’ yang menyarankan supaya diberi hukuman yang berat dan ada pula yang menyarankan diampunkan.  Semuanya itu terserah ke­pada kebijaksanaan hakim atau qadhi dengan melihat kes dan muslihat di sebalik hukuman-hukuman yang diputuskan.

  1. Jika hukuman asal (bunuh) digugurkan disebabkan ada kesamaran seperti yang murtad itu perempuan atau kanak-kanak, maka hakim atau qadhi boleh menj atuhkan hukuman penjara atau ditahan di pusat pemulihan aqidah sehingga ia bertaubat.

Hukuman sampingan:

  1. Murtad dan enggan bertaubat. Dirampas semua harta diletak­kan di bawah pentadbiran pemerintah.
  2. Penyaraan dirinya diambil daripada harta tersebut mengikut keperluan.
  3. Harta itu tetap menjadi miliknya sehingga ia bertaubat baru diserahkan semula kepadanya. 
  4. Sekiranya ia mati, maka hilanglah hak tersebut dari sejak tarikh dia murtad.
  5. Terbatal segala bentuk urusan dan perjanjian seperti jualbeli, pemberian, gadaian dan seumpamanya kerana murtad membatalkan kelahiran untuk urusan-urusan yang tersebut.

  1. Hilang hak perwarisan antara dia dan waris-warisnya,

Hadith  Ertinya:    Tidak boleh seorang muslim mewariskannya (pusaka) kepada orang kafir dan tidak boleh seorang kafir mewariskannya (pusaka) kepada orang Islam
  1. Dipisahkan antara dia dengan isterinya. ‘Aqad perkah­winan digantung sementara sehingga ia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh ‘iddah.  Sekiranya ia bertaubat dan kembali kepada Islam selepas ‘Iddah dia hendaklah melakukan aqad nikah dengan mahar yang baru.


Syarat Perlaksanaan Hukum Murtad


  1. Orang yang murtad itu hendaklah orang yang mukalaf iaitu mempunyai akal yang sempurna dan baligh.
  2. Telah diberi nasihat dan diminta bertaubat dan diberi tempoh masa untuk bertaubat.
  3. Dapat dipastikan telah murtad sama ada dengan pengakuan sendiri atau dengan keterangan saksi yang adil yang me­menuhi syarat-syarat saksi.

Hukum selepas Hukuman Bunuh


Setelah orang yang murtad menjalani hukuman bunuh, maka perkara-perkara hendaklah dipatuhi:
  1. Haram dimandikan, dikafankan dan solat ke atasnya kerana ia telah dihukumkan kafir.
  2. Tidak boleh ditanam di perkuburan Islam, malahan hendak­lah ditanam jauh dari tanah perkuburan Islam.
  3. Tiada seorang warisnya pun yang boleh mempusakai harta­nya kerana telah terputus hubungan keislaman dan haknya terhadap harta-harta tersebut telah gugur.

Tazkirah Subuh

Tanpa Kerjasama Umno - PasHudud Tidak Akan Tertegak?

MENTERI Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sesetengah orang yang memberi gambaran buruk mengenai hudud sehingga usaha menegakkanya menjadi sukar. Tindakan itulah katanya menyebabkan hukum hudud - hukum yang disebut dan dituntut dalam al-Quran dilihat sebagai menggerikan dan ditentang.

Ini berlaku katanya disebabkan oleh mereka jahil mengenai hukum tersebut dan juga jahil mengenai Islam tetapi bercakap mengenainya. Sudah tentulah kejahilan membawa keruntuhan dan kelemahan.

Memang benarlah apa yang dikatakan Nik Aziz itu. Sesetengah orang Islam sendirilah yang memberi gambaran negatif dan buruk mengenai hudud. Mereka jahil tetapi cuba juga hendak bercakap dan menghuraikan apa yang mereka tidak faham. Apa pun tidak akan menjadi baik dan mencapai natijahnya kalau ia dilakukan oleh si jahil. Bagi si jahil satu-satu kegiatan atau perbuatan mereka yang sempurna ialah makan, tidur dan berak saja, sesekali melompat!

Setengah orang mentafsir hudud mengikut akal sendiri dan tidak menggali hikmah di sebalik sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah. Tidak cuba mendalami sejarah atau sebab musabab kenapa hukum itu ditetapkan. Apa juga sesuatu kejadian dan perintah Allah kalau dikaji dengan akal susah untuk diterimanya kerana ada sebahagian tuntutan itu bersifat ghaib - spiritual.

Memang Allah memberi akal fikiran untuk menguruskan kehidupan ini. Tetapi bukan semua akal dapat menjawab segala permasalahan hidup. Banyak perkara yang diluar logik akal yang berladum di sekitar diri kita, yang tidak munasabah tetapi kita dapat merasai akan kewujudannya. Salah satu rukun imam, mempercayai kepada malaikat dan hari khiamat. Kedua perkara itu tidak dapat dicapai dengan deria fizikal melainkan ianya perlu diyakinkan dengan iman (kepercayaan) kerana ia bersifat spiritual dan tidak berjisim dan berjirim.

Begitu juga dengan hukum hudud yang dilihat menyeksa dan menyusahkan itu. Tetapi ia tidak ganjil dan pelik kalau manusia membuka akalnya seluas-luasnya dan menggali segala hikmah di sebalik yang dikendung al-Quran. Dalam hal-hal seperti hukum hudud ia dapat diterima oleh keimanan dan ketakwaan sahaja.

Selagi manusia tidak beriman dan bertaqwa atau menambah iman dan taqwa agar iman dan taqwanya penuh, maka selama itulah hal-hal yang memerlukan penglihatan dengan mata batin (basirah) tidak akan dapat dicapai. Ia tidak akan meresap dalam hati dan jiwa manusia. Kemunasabahan hukum hudud yang melibatkan penyeksaan fizikal tidak dapat diterima oleh fizikal yang amat terhad ilmu untuk mengenali maknawiNya. Ia memerlukan pencapaian deria yang boleh berhubung dengan cara ghaib.

Saya tidak yakin hudud dapat dilaksanakan selagi manusia tidak mencapai peringkat iman yang tertinggi, memiliki sifat-sifat mahmudah. Lagi pun jelas, bahawa segala hukum hakam dan tuntutan Allah hanya berlaku kepada manusia yang beriman dan bertakwa saja.

Semisalnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan segala macam kebaikan hanya tertakluk kepada mereka yang beriman saja atau mereka yang ada iman saja akan terbuka hati untuk berbuat demikian. Mereka tidak beriman - yakin dan percaya mereka terkecuali daripada mempercayai dan menerimanya.

Di dalam al-Quran Nur Karim Tuhan tidak mengatakan; wahai orang-orang kafir hendaklah kamu berpuasa, atau solat atau mempercayai hudud dan lain-lain perintah mutlak. Tetapi Tuhan kata; wahai orang-orang beriman. Kerana begitu kedudukan dan hakikatnya maka solat, puasa, zakat, haji serta hudud tidak akan berlaku atau diterima oleh orang yang tidak percayai atau mempunyai ketauhidan yang tinggi.

Justeru kalau hendak laksanakan hukum Tuhan itu, maka biarlah semua manusia terlebih dahulu beriman dan bertaqwa. Atau majoritinya sudah mempercayai dan yakin. Makanya untuk itu dakwah, ajak, panggil, seru dan berilah kesedaran Islam dulu kepada mereka baru hukum Islam boleh ditegakkan. Payungi mereka dengan Nur Islam terlebih dahulu, baru hukum-hukum itu dilaksanakan. Sebab itu Allah berpesan supaya manusia berdakwah ke jalannya, memberi kesedaran kepada manusia.

Dalam hal ini kesedaran bukan saja kepada orang Islam, tetapi orang kafir juga perlu diberi kefahaman mengenai Islam. Bila mereka sudah faham dan jika dilaksanakan ia tidak akan menolaknya. Bukan bermakna mereka perlu bersyahadat, tetapi cukup biar mereka memahami akan sebab musabab dan hikmah di sebaliknya. Biar mereka mengetahui hukum itu adalah untuk kepentingan sejagat. Perbandingan di antara hukum hudud dengan hukum ciptaan manusia hendaklah dibuat dengan jelas dan tuntas dalam usaha memberi kefahaman ini.

Tidak salah kalau Karpal Singh, Lim Kit Siang atau kumpulan-kumpulan NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia tolak hudud kerana mereka tidak faham dan tidak arif mengenai Islam. Keindaan dan kecantikan Islam mereka tidak pandang dan merasai macam mana mereka boleh menerimanya. Mereka tidak salah tetapi yang salah ialah kita yang tahu tetapi malas atau gagal dalam usaha menyedarkan mereka.

Bukan saja Karpal Singh (yang pernah mengatakan kalau Pas hendak laksanakan hudud langkah dulu mayatnya) hatta orang Melayu sendiri yang tidak tahu kecantikan Islam tidak akan dapat merasai kecantikan itu kandati hudud itu adalah ajaran agamanya. Disebabkan kejahilan itulah maka mereka "tepu" untuk menerima dan melaksanakan hudud. Mereka akan tentang dan akan berbahas dan berhujah dengan dalil akal berlandaskan ilmu profesional mereka untuk menolak.

Jangan marah kepada mereka, sebab mereka tidak hampir dan menghayati Islam maka terjadilah begitu. Dalam hal ini yang perlu dikesal dan dimahasabah ialah diri kita sendiri (Islam Melayu) mencari sebab musabab kenapa kelemahan ataupun ketidaksempurnaan itu terjadi? Dalam hal ini bukan salah ibu mengandung, atau keadaan tetapi salah diri sendiri (Islam Melayu).

Dalam hal ini, saya melihat politik telah menyulitkan keadaan. Politik banyak memisahkan juzuk-juzuk agama didalam kehidupan, dan politik juga sudah menjadi doktrin yang menyesat dan mensasaukan. Maka wajar kalau perkara ini dulu diselesaikan. Buang mata politik dari memandang setiap juzuk kehidupan tetapi ambil mata hati untuk merenungnya kerana mata hati lebih jilah dari mata politik.

Mata politik tidak bersifat bundar (bulat tetapi ia bersifat dimensi, berbentuk). Jadi kalau pandangan itu dari satu bentuk (arah) saja maka ia akan melihat dari sudut itu saja. Kalau ia melihat dari kiri maka pemandangan kiri saja yang dapat dilihatnya dan ternafilah segala panorama indah lain yang berada di sebelah kanan dan dimensi-dimensi lain.

Sebaliknya kalau ia berbentuk bundar (bulat), sifatnya maka pandangan itu menyeluruh. Makanya mata politik atau doktrin-doktrin politik sangat bahaya dalam kehidupan dan inilah yang menyebabkan hidup ini celaru haru biru dan terpisah-pisah laksana kiambang di kolam.

Formula paling mudah dalam konteks orang Islam Melayu, kalau benar mereka (Islam Melayu) ada hajat dan usaha untuk melaksanakan hudud, Pas dengan Umno perlu duduk sekali. Keterpisahan dua puak inilah yang menyebabkan keadaan hudud itu 'berkonfrontasi'. Pas hendakkan hudud, Umno menolak hudud kerana Umno melihat hudud sebagai agenda politik dan bukan satu kewajiban yang ikhlas. Pandangan mata politik Umno melihat begitu. Pandangan politik menyebabkan dua tafsiran ke atas satu objek.

Justeru se
lagi mata politik digunakan ia tidak akan menseragamkan pandangan di antara Umno dan Pas. Hatta kalau mereka melihat objek yang jelas kepada umum tetapi belum tentu lagi mereka mempunyai tafsiran yang sama. Selalu terjadi Pas kata lembu, Umno kata kerbau walhal apa yang dilihat itu hanya kambing Japnapari.

Sebaliknya kalau Pas duduk sekali dengan Umno menyebabkan Umno perlahan-lahan melihat juzuk-juzuk kehidupan termasuk agama itu dari kaca mata Pas dan lama kelamaan mereka akan mempunyai pandangan sama, ketika itulah hudud diterima. Keperluan untuk Pas bersama itu juga demi memberi kesempatan menambah 'ainun' agama kepada Umno.

Selagi Pas duduk berasingan dengan Umno yang juga dilihat ada power dan autoriti untuk bercakap agama walaupun parti itu bersemangat kebangsaan, maka selama itulah kepentingan agama seperti hukum hudud dan lain-lain itu tidak dapat menjadi kenyataan kerana ia akan terus ditentang. Adalah kurang bijak kalau Pas untuk membiarkan ia ditentang sedangkan ada jalan untuk ia diterima.

Terima atau tidak kedua parti politik itu mempunyai kuasa besar ke atas Islam Melayu di negara ini.

Pandangan Dr Asri Zainul Abidin bahawa hudud perlu ditafsirkan atau ada ijtihad baru dalam persiapan untuk melaksanakannya tidak akan ke mana. Tafsir dan ijtihad itu pada saya bukan menjadi titik tolak kepada penerima dan kesuksesan perlaksanaan hudud. Selagi dua kumpulan ini Pas dan Umno tidak duduk dalam satu saf maka hudud itu tetap akan berlaku penentangan di antara satu sama lain. Sedarlah mata politik sangat merbahaya dan berbisa untuk memusnahkan apa-apa juga kebaikan yang diturunkan Allah. Badar lahum... [wm.kl.7:12 am 22/09/11]



Soal Jawab Mengenai Hudud Untuk Pemahaman

Soal Jawab  Mengenai Hudud Untuk Pemahaman
Perkara yang perlu kita ingat adalah HUDUD hanya dijalankan kepada manusia yang jahat. Jadi kenapa kita perlu takut sedangkan HUDUD dijatuhkan kepada manusia yang jahat dalam menjaga keamanan negara.
Disini saya kongsikan beberapa soal-jawab yang saya petik dari forum carigold mengenai hukum HUDUD ini:
Soalan 1.
Saya nak tanya pasal kes zina atau yg seangkatan dgn nya, yg xder saksi yg nyata mengikut spesifikasi yg betul atau yg tak nampak kemaluan lelaki masuk dalam kemaluan wanita atau, kalau nampakpun xcukup jumlah dan fasik lagi..yg ada cuma hasil zina saja seperti anakluar nikah, rakaman 3gp, atau bukti saintifik yg jelas dan semua tahu zina telah dilakukan..
Bagaimanakah kes sebegini harus di adili?
Jwp: ramai orang beranggapan bahawa, sekiranya tiada 4 saksi yang adil maka tertuduh akan terlepas. ini tanggapan yang salah.

4 saksi hanyalah syarat nak menjatuhkan hukum HUDUD.
sekiranya tiada 4 saksi, tertuduh akan menjalani proses hukum Ta’azir pula.
dalam proses Ta’azir, tidak terikat dengan 4 saksi pun takpe. kalau pihak Mahkamah nak terima bukti dari sains dan teknologi seperti DNA ke, CCTV ke or whatsoever pun takpe. cuma, Mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman HUDUD je ke atas tertuduh, hanya boleh jatuhkan hukuman yang bukan HUDUD ke atasnya.
contohnya, si A telah didapati bersalah kerana melakukan zina. Namun, mahkamah mendapati bahawa si A bersalah dengan dibuktikan dengan sains dan teknologi. oleh itu, si A tidak boleh dikenakan hukuman rotan 100 kali. si A boleh dijatuhkan hukuman Ta’azir rotan 99 kali (contoh hukuman Ta’azir).
Soalan 2.
Some people think hudud ni terlalu kejam bro..manusia blh berubah n so on…cmne nk jwb ni?
Jwp: Hudud tu tak kejam..
yang kejam ialah manusia..
dan HUDUD ni hanya untuk manusia yang kejam sahaja..
Soalan 3.
Saya pernah dibagitau oleh member bekerja di masjid, berkenaan hukum hudud nie. Dia ckp..jika hukum hudud dilaksanakan pon…kebanyakkan hukuman yg bakal dijalankan pon akan jatuh kepada hukum takzir(lupa istilah, harap betulkan kalau salah)sbb takzir nie dibawah hudud. So sebenarnya, xde alasan pon utk tidak menjalankan hudud. Nak tanya betul ker apa yg dibagitau tuh?
Nak tanya apa hukum kalau seorg beragama islam betul2 rasa hudud ni mcm satu benda yg teruk hingga sanggup kuar statement cam nie..
Jwp: ini tepat sekali. dan hukum orang yang tolak HUDUD ni ada 3 kategori.
1. KAFIR
2. ZALIM
3. FASIQ
Soalan 4.
saya mahu bertanyakan dari sudut ilmiah….
apakah memang benar bahawa perogol(lelaki) akan terselamat dari mana-mana hukuman(hudud) sekiranya merogol wanita ditempat yang tertutup(tiada 4 orang saksi sewaktu kejadian)….
walaupun air mani lelaki ada pada tubuh wanita & DNA lelaki itu ada pada kuku wanita(kerana sewaktu kejadian pasti wanita tadi mencakar perogol)….
Apakah bukti-bukti seperti ini masih tidak mampu menyabitkan kesalahan keatas si perogol….?
Jwp: terdapat beberapa pendapat Ulamak mengenai takrifan rogol dan zina ini.
Pendapat 1 : rogol dan zina adalah sama, maka perlu ikut proses HUDUD.
Pendapat 2 : rogol perlu ikut proses HUDUD iaitu Qazaf, menuduh orang lain berzina dengannya walaupun secara paksa.
Pendapat 3 : rogol dan zina adalah berbeza, rogol perlu ta’zir dan zina perlu HUDUD.
namun, perbezaan ini tidak menjadi halangan untuk melaksanakan HUDUD.
yang menjadi masalah sekarang ini, RAMAI yang beranggapan, sekiranya TIADA 4 SAKSI, maka tertuduh akan terlepas begitu sahaja!
TIDAK, ini adalah anggapan yang salah. Tertuduh tidak akan terlepas begitu sahaja. Sekiranya tertuduh gagal ikut proses HUDUD, tertuduh perlu ikut proses Ta’azir pula. kita ambil contoh Pendapat 1, sekiranya rogol perlu ikut proses HUDUD.
a. Untuk menjatuhkan hukuman HUDUD ke atas tertuduh, maka pihak pendakwa harus mendatangkan 4 orang saksi yang adil. sekiranya pihak pendakwa berjaya mendatangkan 4 orang saksi tersebut, maka tertuduh boleh dijatuhkan hukuman rotan 100 kali.
b. namun, pendakwa gagal mendatangkan 4 orang saksi, tapi pendakwa mempunyai bukti dari sudut sains dan teknologi seperti DNA, CCTV dsb yang jelas menjurus kesalahan tersebut kepada tertuduh, maka Hakim tidak boleh menjatuhkan HUDUD ke atas tertuduh, tapi boleh menjatuhkan Ta’zir kepadanya. contohnya 99 kali rotan. just kurang 1 rotan berbanding HUDUD.
jadi, tiada masalah pun.
Soalan 5
bolehkah kita kategorikan bahawa undang-undang sedia ada & diguna pakai sekarang adalah sebagai takzir……?
JWP: tidak boleh.
wujudnya Ta’azir kerana wujudnya HUDUD terlebih dahulu.
kita tak boleh mendahulukan Ta’azir daripada HUDUD.
Soalan 6
Adakah HUDUD hanya dikenakan kepada orang islam? Bagaimana pula kalau orang bukan islam yang melakukan kesalahan?
JWP: 1. Sepertimana yang kita tahu, HUDUD hanya untuk orang Islam. bagi orang kafir pula, mereka boleh pilih untuk menggunakan HUDUD ataupun sebaliknya.
2. Pilihan yang disebutkan itu, ialah pilihan yang diberikan kepada MANGSA, bukan kepada TERTUDUH. ini bermakna, sekiranya A mencuri harta B, maka B diberi pilihan samada nak mengadili A dalam HUDUD ataupun tidak.
kalau ikut model khalifah sebelum ni, ringkasannya adalah begini :
orang Islam curi harta orang Islam = kena HUDUD
orang Islam curi harta orang Kafir = kena HUDUD
orang kafir curi harta orang Islam = kena HUDUD
orang kafir curi harta orang Kafir = boleh pilih nak HUDUD atau tidak.
3. jadi, orang kafir yang jahat pun akan fikir 2 kali nak buat jahat…
kekeliruan kes rogol Soal Jawab  Mengenai Hudud Untuk Pemahaman
Jadi apa yang dilukis dalam utusan ini sememangnya sangat tidak benar.
# kalau ada bercanggah fakta sila betulkan…TQ

Memahami Isu Hukum Hudud

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Diharapkan anda semua sihat dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat yang Maha Esa iaitu Allah SWT. Kali ini nak diceritakan sedikit sebanyak isu masalah umat islam di Malaysia terutamanya. Isu yang sering dibangkitkan oleh orang Islam di Malaysia ialah berkenaan undang-undang Islam iaitu Hudud.
Malaysia seperti yang kita semua tahu, Undang-undang hudud masih belum lagi dilaksanakan walaupun hukum ini adalah wajib dilaksanakan oleh pemerintah Islam. Negara kita dikatakan negara islam tetapi pelaksanaan hukum islam masih lagi tidak dilaksanakan oleh pemerintah islam. Namun, isu pelaksanaan ini dirungkai oleh pelbagai pihak terutamanya oleh golongan Ilmuan Islam yang pakar dalam bidang masing-masing, tidak terkecuali jugak isu ini dibangkitkan oleh ahli-ahli politik untuk kepetingan dan tujuan masing2.
Bagi Parti PAS pendirian mereka adalah tegas dalam pelaksanaan hukum hudud iaitu wajib dilaksanakan sebagai penganti undang-undang yang sedia ada yang bukan islamic dan bagi saya ia adalah perlu untuk membangkitkan kesedaran orang islam tentang perjuangan Hukum Allah walaupun tak dapat dilaksanakan lagi. Manakala bagi BN mereka masih lagi dengan pendirian bahawa Malaysia masih belum lagi sesuai untuk dilaksanakan kerana keadaan masih tidak sesuai atau kondusif dan mungkin akan menimbulkan pelbagai keburukan kepada orang awam yang masih belum memahami dengan pelaksanaan hukum hudud tersebut. Namun bagi Parti DAP MCA dan MIC mereka tetap akan menolak pelaksanaan hukum hudud kerana meraka bukan golongan Islam dan masih belum jelas keadilan yang wujud sekiranya ada pelaksanaan Hukum tersebut. Oleh itu, tidak hairan sekiranya golongan kafir menolak pelaksanaan hukum islam. Masalah utama ialah adakah pemerintah sekarang memberi kefahaman kepada orang awam dan golongan bukan islam untuk memahami islam tentang pelaksanaan hukum tersebut supaya mereka dapat lihat akan keadilan hukum islam.
Pada pandangan saya masalah utama ialah sejauhmana pihak pemerintah cuba mewujudkan keadaan kondusif dan memberi pemahaman yang meluas kepada orang Islam dan bukan islam akan keadilan Hukum Hudud. Persoalannya adakah promosi islam secara meluas ini berlaku??? Untuk memberi kefahaman kepada orang awam samada orang islam yang belum betul2 memahami islam dan orang bukan islam yang pasti tak faham islam boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti media elektronik iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, ASTRO dan sebgainya….Manakala media cetak ialah surat khabar, majalah dan sebagainya ataupun memberi risalah percuma mengenai Islam. 
Sebaliknya ialah hiburan yang sering di beri dan disuap kepada orang awam yang akan menyesatkan umat islam itu sendiri. Sepatutnya wacana Ilmu seperti debat, wawancara, dan lain-lain yang memberi kefahaman kepada orang awam perlu dilakukan untuk menampakkan kebaikan Islam itu sendiri. Promosi islam perlu dilakukan melalui media utama seperti TV untuk memudahkan penyampaian yang berkesan kerana majoriti orang awam yang menonton TV iaitu 90 % . Pikir-pikirkanlan dan lihatlah dari sudut yang positif….
Kepada orang awam seperti saya dan lain2 yang ingin lebih memahami mengenai pelaksanaan hudud perlulah menuntut ilmu secera mendalam. Untuk mendapat ulasan mengenai  pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dari salah seorang pakar agama iaitu Ustaz Dr Asri atau DRMAZA dengan pendirian bahawa keadaan negara Malaysia yang masih belum kondusif.
Selamat Menonton dan Memahami


 

 

 

 


Manakala Bahan Bacaan dan ulasan DRMAZA:


 


Ustaz Azhar Idrus – Hudud Bagi Bukan Islam

 


 


AAM HUDUD; Hukum, Hikmah, Kritikan & Jawapan


Saksikan Juga Forum Hudud Oleh:  Ustaz Ismail Kamus dan Dr. Haron Din

 

undang-undang jenayah Islam@Kitab Al-Hudud

Bab Jinayat

Hukum Jenayah Islam

  1. Pengertian Jenayah
  2. Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
  3. Falsafah Jenayah
  4. Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.

Hukum-Hukum Jenayah Islam

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada
  1. HukumHudud
  2. HukumQisas
  3. Hukum Ta’zir

Hukum Hudud

  1. Pengertian Hudud
    1. Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh
    2. Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya;
    3. “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
  2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
      1. Zina;
      2. Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
        Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
      3. Qazaf(menuduh zina);
      4. Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
        Hukuman :sebat 80 kali
      5. Minum arak;
      6. Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.
        Hukuman :sebat 40 kali
      7. Mencuri;
      8. Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
        Hukuman : potong tangan
      9. Merompak
      10. Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
        Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
      11. Riddah(murtad)
      12. Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
        Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.

Hukum Qisas

  1. Pengertian qisas;
      1. Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
      2. Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.
  2. Jenis jenayah qisas;
  3. Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
  4. Hukuman terhadap kesalahan qisas;
  5. Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
    Maksudnya;
    “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”
    (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
  1. wang emas = 1000 dinar
  2. wang perak = 10,000 -12,000 dirham
  3. lembu = 200 ekor
  4. kambing = 2000ekor
  5. Persalinan = 200 persalinan lengkap

Diat jenayah membunuh.

  1. 1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
    1. 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
    2. 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
    3. 40 ekor Hulqah
    Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
  2. 2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
  3. 3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
  1. 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
  2. 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
  3. 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
  4. 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
  5. 20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
  1. Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
  2. Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
  1. Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
  2. Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
  3. Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
  4. Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
  1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
  2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
  3. ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
  4. ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
  5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
  6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
  7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
  8. 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekorunta.
  9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

Hukum Ta'zir

  1. Pengertian ta’zir.
  2. (a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang. (b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
  3. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
    1. Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
    2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
    3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
  1. 3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
  1. Nasihat;
  2. Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
  3. Teguran;
  4. Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
  5. Ancaman;
  6. Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
  7. Pemulauan;
  8. Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
  9. Perisytiharan umum;
  10. Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat..
  11. Denda dan merampas harta;
  12. Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
  13. Penjara;
  14. Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.
  15. Sebat;
  16. Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti
  17. Bunuh;
  18. Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
  19. Buang daerah;
  20. Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

  1. untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
  2. untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
  3. untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat

  1. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
  2. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera..
  3. Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Terbitan: http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm


Kaffarah bunuh كفرة القتل
Saya tulis artikal ini, kerana ramai di kalangan masyarakat kita tidak mengetahui apabila berlaku kemalangan dan ada kematian dengan sebab kemalangan itu, bahawa wajib atas pemandu membayar kaffarah, selain daripada wajib membayar diat.
Apabila sesaorang itu ada membunuh orang yang terpelihara darah, samaada sengaja, tersalah (tidak sengaja) atau menyerupai sengaja maka wajib atas yang membunuh membayar kaffarah.
Orang yang terpelihara darah ialah sekelian orang islam dan kafir yang diberi aman.
Orang yang yang tidak wajib kaffarah ialah:
Oarang yang adil membunuh penderhaka didalam peperangan, begitu juga penderhaka tidak wajib kaffarah.
Orang yang membunuh orang yang hendak membinasakanya.
Orang islam yang membunuh orang yang murtad
Orang yang membunuh kafir harbi.
Kaffarah yang wajib di lakukan
1. memerdeka seorang hamba yang mukmin yang ketiadan cacat yang mencederakan pada berkerja.
2. sekiranya tiada hamba atau ada tetapi harganya lebih daripada harga semasa maka hendaklah orang yang membunuh yang masih hidup berpuasa dua bulan berturut-turut dengan diniatkan kafarah.
* Wajib ditentukan didalam niat bahawa puasa itu untuk kaffarah, tidak mengapa jika didatangkan di dalam niat itu kaffarah sahaja dengan tidak mendatangkan kaffarah bunuh.
* Putus berturut-turut dengan berbuka sehari (tidak puasa sehari) sekalipun tidak berpuasa itu kerana uzur seperti sakit, kecuali uzur yang yang menafikan puasa (tak boleh puasa kerana tidak sah) seperti gila, haidh. dan nifas maka tidak putus berturut-turut apabila kedatangn uzur itu ditengah puasa.
3. sekiranya yang membunuh atau menyababkan kematian telah mati maka hendaklah ahli waris memerdekakan hamba maka harganya diambil daripada harta peningalan mayat, sekiranya ketiadan hamba atu ada tetapi harganya lebih daripada harga semasa maka wajib ahli waris mengeluarkan enam puluh cupak bagi setiap seorang yang dibunuh, dan hendaklah diberikan kepada fakir miskin.
Peringatan: enam puluh cupak yang dikeluarkan itu bukan kaffarah tetapi ganti bagi puasa yang tidak dapat dilakukan.
Jenis-jenis bunuh yang mewajibkan kaffarah
1. bunuh dengan sengaja iaitu melakukan satu perkara yang menyebabkan kematian dengan sesustu yang boleh membunuh pada kebiasannya. Termasuk membunuh diri, menjadi saksi pendusta yang menyebabkan orang yang disaksikan itu dihukum bunuh, hakim yang menghukum bunuh kepada orang yang tidak dihukum bunuh di sisi syarak seperti pengedar dadah, orang yang mengantung pengedar dadah dan sebagainya.
2. bunuh dengan tersalah melakukan suatu perkara yang menyebabkan kematian dengan tersalah/tersilap, seperti:
* menembak perburuan terkena orang.
* pemandu kenderan yang menyababkan kematian, samaada yang mati dirinya sendiri, penumpang atau orang lain yang terlibat dengan kemlangan itu, إن شاء الله perkara ini saya akan terang secara terperinci.
* tersalah memberi ubat yang menyebabkan kematian.
3. bunuh menyerupai sengaja iaitu melakukan satu perkara yang tidak menyebabkan kematian pada kebiasannya seperti memukul dengan rotan, memukul denga tongkat yang ringan pada tempat yang tidak memyebabkan kematian seperti pukul pada kaki dan lainnya.
Bertempur/kemalangan الإصطدام
Bertempur ada beberapa jenis kerana terkadang bertempur antra dua orang yang berjalan kaki, terkadang berkenderan keduanya, terkadang yang satu berjalan kaki dan yang satu lagi berkenderan.
Jenis kemalangan yang wajib kaffah
1. Apabila bertempur dua orang yang berjalan kaki dan mati keduanya maka wajib atas keduanya, dua kaffarah. Satu kaffarah dirinya dan satu lagi kaffarah orang yang ditempuh.
2. Apabila bertempur dua orang dan mati salah seorang maka wajib kaffarh atas yang hidup satu kaffarah.
3. Apabila bertempur dua orang perempuan yang berjalan kaki dan dalam perut keduanya ada kandungan dan mati sekeliannya maka wajib setiap seorang perempuan itu empat kaffarh. Iaitu kaffarah diri masing masing, kaffarah orang yang ditempur, kaffarah anak yang ada didalam perut masing masing dan kaffarah anak yang ada didalam perut orang yang ditempuh.
4. Apabila bertempur dua kenderaan dan di dalamnya ada beberapa orang, seperti empat orang di dalam setiap kenderan maka pemandu setiap kenderan wajib atasnya lapan kaffarah. Iaitu satu kaffarah terbunuh diri masing masing, tiga kafarah terbunuh tiga penumpang yang ada didalam kenderann masing masing, satu kaffarah terbunuh pemandu yang kena tempur, tiga kaffarah terbunuh tiga penumpang yang berada didalam kenderaan orang yang ditempuh.
Selain dari itu dikiaskan dengan apa yang telah tercatat.
Selain daripada kaffarah wajib membayar diat, kerosakkan kenderaan dan kerosakkan barang yang dibawa. إن شاء الله saya akan tulis satu artikal khusus untuknya.

BAB JINAYAT

Bab 1:Pengertian Jinayat

Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-
1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam Pembunuhan

Bab 2 : Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Bab 4: Pembunuhan

1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya dan disediakan azab yang berat untuknya."
(Surah An-Nisa'a Ayat 93)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang."

2. Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :
1) Sengaja semata-semata
i) Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang yang bertujuan untuk membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang boleh membunuh atau mematikan seseorang.
Hukumannya :- - Pembunuhan wajib dibalas dengan bunuh juga (qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh memaafkan dengan membayar diyat mughallazah (denda yang berat) ataupun dimaafkan tanpa membayar diyat(denda) -

Syarat wajib qisas :-

1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris
3) Tersalah semata-mata

- Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh seseorang itu menembak binatang tetapi tertembak seseorang yang lain dan menyebabkan orang itu terbunuh.
Hukuman :-

Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi dia kena diyat mukhafafah (denda yang ringan). Diyat itu dibayar oleh adik-beradik pembunuh dan bayarannya boleh ditangguhkan selama tiga tahun. -

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak disengajakan maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh."
(Surah An-Nisa'a - Ayat 92)

3) Menyerupai semata-mata

- Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu alat yang biasanya tidak boleh membunuh atau mematikan seperti ranting kayu dan mati dengan pukulan itu
.
- Hukumannya:-

Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara beransur-ansur selama tiga tahun.

Bab 5 : Zina

Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN

ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA

Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.

Bab 6: Liwat

Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.

Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)

MUSAHAQAH (LESBIAN)

Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.

Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.

MENDATANGI BINATANG

Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.

BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI

Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.

Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA

Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-

i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)

ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.

iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.

KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).

( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian –Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )

Bab 7: Qazaf

PENGERTIAN QAZAF

Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

PEMBAHAGIAN QAZAF

1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)

PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF

1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.(Riwayat Bukhari Fi Muslim)

CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF

Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:
i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)

ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.

iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF

Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)

Bab 8 : Minum Arak (Khamar)

PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.(Surah Al- Maidah ayat 90)

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut

Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’. (Riwayat Bukhari dalam Sahih)

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)

Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)

Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.

Bab 9 : Mencuri (Sariqah)

PENCURI

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.

Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)

CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI

1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
SABIT KESALAHAN MENCURI
1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.
2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.
3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.
4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.
PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.
HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

Wallahua’lam
RUJUKAN:
1. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/mencuri.htm


UST MUHAMAD NAIM HASHIM
11 FEB 2008/3SAFAR 1429

Kitab Al-Hudud



1. PENGERTIAN HUDUD
Hudud adalah bentuk jama’ dari kata had yang asal artinya sesuatu yang membatasi di antara dua benda. Menurut bahasa, kata had berarti al-man’u (cegahan) (Fiqhus Sunnah II: 302).
Adapun menurut syar’i, hudud adalah hukuman-hukuman kejahatan yang telah ditetapkan oleh syara’ untuk mencegah dari terjerumusnya seseorang kepada kejahatan yang sama (Manarus Sabil II: 360).
2. DELIK HUKUMAN KEJAHATAN
Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya sudah menetapkan hukuman-hukuman tertentu bagi sejumlah tindak kejahatan tertentu yang disebut jaraimul hudud (delik hukuman kejahatan). Yaitu meliputi kasus; perzinahan, tuduhan berzina tanpa bukti yang akurat, pencurian, mabuk-mabukan, muharabah
(pemberontakan dalam negara Islam dan pengacau keamanan), murtad, dan perbuatan melampui batas lainnya (Fiqhus Sunnah II: 302).
3. KEUTMANAAN MELAKSANAKAN HUKUM HAD
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda, “Satu hukuman kejahatan yang ditegakkan di muka bumi lebih penduduknya daripada mereka diguyurhujan selama empat puluh hari.” (Hasan ; Shahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah II ; 848 no : 2538, Nasa’I VIII ; 76).
4. KEWAJIBAN MENEGAKKAN HUKUMAN ATAS KELUARGA DEKAT ATAPUN SELAIN MEREKA DAN ATAS ORANG TERPANDANG MAUPUN RAKYAT JELATA
Dari ubadah bin Shamit bahwa Rasulullah saw bersabda: “Tegakkanlah hukuman-hukuman (dari) Allah pada kerabat dan lainnya, dan janganlah kecamanan orang yang suka mencela mempengaruhi kamu dalam (menegakkan hukum-hukum) Allah.” (Hasan: Shahih Ibnu Majah No. 2058 dan Ibnu Majah 849 No. 2540)
Dari Aisyah bahwa Usamah pernah berbincang-bincang dengan Nabi Muhammad saw perihal seorang perempuan, lalu Beliau bersabda, “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah binasa hanyalah disebabkan mereka biasa menegakkan hukuman kejahatan atas nama orang yang dipandang hina dan mereka tidak menegakkannya atas orang yang terpandang. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalaulah sekiranya Fatimah (binti Mumahammad) melakukan (pencurian) itu, niscaya aku potong tangannya.” (Shahih ; Irwa-ul Ghalil no. 2319 dan Fathul Bari XII 86 no. 6887).
5. TIDAK DIBENARKAN MINTA PEMBEBASAN HUKUMAN, BILA SUDAH DIMEJAHIJAUKAN
Dari Aisyah r.a bahwa kaum Quraisy sangat memusingkan mereka ihwal seorang perempuan suku Makhzum yang telah melakukan kasus pencurian. Mereka mengatakan, “Siapa yang bisa berbicara dengan Rasulullah saw (yaitu mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)?” Tidak ada yang berbicara hal itu, kecuali Usamah kesayangan Rasulullah saw dan Beliau menjawab, “Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?” Kemudian Nabi saw berdiri lalu berkhutbah, “Hai sekalian manusia, orang-orang sebelum kamu menjadi sesat hanyalah disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan (tidak melaksanakan hukuman kepadanya. Demi Allah, kalaulah seandainya Fathimah binti Muhammad mencuri, niscaya Muhammad memotong tangannya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 87 No. 6788, Muslim II: 1315 no 1688, ‘Aunul Ma’bud XII: 31 No: 4351, Nasa’i VII: 74, Tirmidzi II: 442 no: 1455 dan Ibnu Majah II: 851 no: 2547)
6. DIANJURKAN MENUTUP AIB SESAMA MUKMIN
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menutup aib orang muslim, niscaya Allah menutup aibnya (juga) di dunia dan di akhirat.” (Shahih: Mukhtashar Muslim no. 1888, Muslim IV: 2074 no 2699, Tirmidzi II: 539 no 1449, Ibnu Majah I: 82 No. 225, ‘Aunul Ma’bud XIII: 289 no. 4925).
Dianjurkan juga bagi seorang hamba untuk menutup aibnya sendiri, sebagaimana yang ditegaskan dalam sabda Nabi saw, “Seluruh ummatku akan dima’afkan (kesalahannya), kecuali orang-orang yang membeberkan aibnya sendiri; dan termasuk membeberkan aib sendiri seseorang di malam hari melakukan kesalahan, kemudian esok harinya Allah menutupinya, lantas ia berkata (kepada orang lain): Hai fulan, tadi malam saya sudah berbuat begini dan begini. Padahal semalam aibnya ditutupi oleh Rabbnya, maka pada pagi harinya dia membuka tabir Allah itu atasnya.” (Muttafaqun ’alaih: X: 486 no: 6069, dan Muslim IV: 2291 no: 2990)
7. HUDUD SEBAGAI KAFARAH
Dari Ubadah bin Shamit r.a, ia bertutur: Kami pernah berada di dekat Nabi saw dalam salah satu majelis, Beliau bersabda, “Berjanji setialah kamu kepadaku, bahwa kamu tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak akan mencuri dan tidak (pula) akan berzina.” Kemudian Beliau membaca seluruh ayat ini. Lanjut Beliau, “Maka barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, niscaya Allah akan memberikannya pahala. Tetapi siapa saja yang melanggar sesuatu darinya, lalu diberi hukuman maka hukuman itu adalah sebagai kafarah (penghapus dosanya), dan barangsiapa yang melanggar sesuatu darinya lalu ditutupi olah Allah kesalahannya (tidak dihukum), maka terserah kepada Allah; Kalau Dia menghendaki diampuni-Nya kesalahan orang itu dan kalau Dia menghendaki disiksa-Nya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari I: 64 no: 18, Muslim III: 1333 no: 1709 dan Nasa’i VII: 148).
8. PIHAK YANG BERWENANG MELAKSANAKAN HUDUD
Tak ada yang berwenang menegakkan hudud, kecuali imam, kepala negara, atau wakilnya (aparat pemerintah yang mendapat tugas darinya). Sebab, di masa nabi saw, Beliaulah yang melaksanakannya, demikian pula para Khalifahnya sepeninggal Beliau. Rasulullah saw pernah juga mengutus Unais r.a untuk melaksanakan hukum rajam, sebagaimana dalam sabdanya saw:
“Wahai Unais, berangkatlah menemui isteri orang itu, jika ia mengaku (berzina), maka rajamlah!” (Hadis ini akan dimuat kembali dalam kisah yang akan segera dikemukakan)
Seorang tuan boleh melaksanakan hukuman atas hamba sahayanya. Hal ini mengacu pada sabda Nabi saw:
“Apabila seorang budak perempuan berzina, lalu terbukti ia berzina, maka hendaklah dia (tuannya) mencambuknya dengan sunguh-sungguh dan janganlah mencelanya. Kemudian jika ia berzina untuk kedua kalinya, maka juallah ia meki sekedar dengan harga sehelai rambut.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 165 No. 6839 dan Muslim III: 1328 No. 1703).
Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm 815 - 820.

 Mali: Melaksanakan hukum Hudud
Posted on Tuesday, July 10 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuhikam

"Di Mali, tepatnya di kota Timbuktu, Mujahidin dari jama'ah Ansar al-Din, yang memimpin di sana, telah mulai menerapkan Syari'at Islam di berbagai aspek kehidupan. Salah satunya adalah penerapan hukuman hudud bagi pezina.

Solusi dari merebaknya perzinahan adalah ditegakkannya Syari'at Islam, karena dengan demikian para pezina diancam hukuman cambuk bagi pezina yang belum kahwin dan hukuman rajam bagi pezina yang telah menikah, sehingga orang-orang yang suka berzinah akan perit dan takut untuk berzina lagi.

Bulan lalu, tepatnya (20/6/2012), Mujahidin menghukum seorang wanita dan seorang pria atas perbuatan zina mereka. Mereka berdua masing-masing mendapatkan 100 kali cambukan -sesuai aturan fiqh bagi pezina yang belum menikah- yang dilaksanakan di hadapan kerumunan masyarakat sekitar.

Setelah mereka mendapatkan hukuman, Mujahidin memerintahkan mereka untuk dibawa oleh ambulans ke rumah sakit untuk pengobatan luka mereka. Kemudian, hakim yang diperintahkan menangani kasus perzinahan itu memberikan sejumlah uang sesuai dengan kebijakan kepemimpinan Mujahidin.

Dalam sebuah video yang dipublikasikan di YouTube tertanggal (6/7), yang merakam pelaksanaan hudud pada para pezina itu, menunjukkan sebelum Mujahidin melaksanakan hukuman, salah satu pihak yang berwajib melakukan pidato di hadapan masyarakat untuk membuat masyarakat paham akan pelaksanaan hukuman itu dan agar orang yang lain tidak melakukan hal yang sama. Setelah itu Mujahidin mencambuk kedua pezina itu dengan kadar cambukan sewajarnya tanpa berlebihan. (arrahmah.com)"


MOGA2 BOLEH MENOLONG HAZIQ MEMAHAMI BAB HUDUD...MAAF DARI SAYA YANG EMOSI SERTA GARANG...MAKLUMLAH INSAN YANG SANGAT LEMAH.....

Tiada ulasan: